Anda di halaman 1dari 9

2020102310123 GSB 1012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU

PENTAKSIRAN ALTERNATIF DISEMBER 2020

PROGRAM PPISMP
(Programme)
AMBILAN JUN 2020
(Intake)
SEM SEMESTER 1
(Sem)
ANGKA GILIRAN 2020102310123
(Index Number)
NO. K/PENGENALAN 020330110068
(Identity Card No.)
KOD KURSUS GSB 1012
(Course Code)
NAMA KURSUS KESANTUNAN MASYARAKAT
(Course Tittle) MALAYSIA
TARIKH PEPERIKSAAN 29.12.2020
(Examination Date)

ARAHAN KEPADA CALON


2020102310123 GSB 1012

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dala perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan
kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.
2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarism dan hendaklah mematuhi
peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG
3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.
4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.
BAHAGIAN ESEI
(100 MARKAH)
Soalan 1
Budaya secara amnya membincangkan hal-hal yang
berkaitan dengan budi dan akal manusia yang berhubungan rapat dengan
masyarakat. Budaya merangkumi tiga aspek penting iaitu budaya objektif,
subjektif dan budaya kompleks. Di Malaysia, terdapat terdapat tiga kaum majoriti
yang hidup bersatu padu iaitu Melayu, Cina dan India.

Elemen-elemen kesantunan yang merentas budaya


pula tidak tertumpu hanya kepada satu-satu bangsa sahaja. Konsep ini
merangkumi budaya yang pelbagai yang meliputi amalan perkahwinan, kelahiran
bayi, kematian dan juga adat resam yang lain. Pemahaman tentang perkara yang
dikatakan sebagai santun dalam pelbagai budaya haruslah diberi penekanan
dalam proses komunikasi kerana proses komunikasi akan mewujudkan silang
budaya. Komunikasi tahap silang budaya boleh diukur melalui pandangan
terhadap dunia, kepercayaan, sistem kod, tanggapan terhadap perhubungan dan
tingkah laku.

Bagi masyarakat Melayu, mereka amat berpegang


teguh dengan ajaran Islam dengan meletakkan segala perlakuan dan tindakan,
sama ada dalam berbahasa atau bukan berbahasa sebagai sesuatu nilai yang
murni agar seseorang memperoleh ganjaran pahala di setiap perlakuannya.
Masyarakat Melayu menampilkan tiga ciri asas, iaitu beragama Islam, bertutur
2020102310123 GSB 1012

menggunakan bahasa Melayu dan mengamalkan adat dan budaya Melayu. Islam
telah mencorakkan kehidupan seseorang yang syumul merangkumi semua
aspek kehidupan bermula saat kelahiran bayi sehinggalah kematiannya. Dalam
masyarakat Melayu, mereka menekankan nilai-nilai kesantunan dengan
berpegang kuat pada agama dan adat resam seperti patuh dengan ajaran Islam.
Ajaran ini mengajar masyarakat Melayu untuk sentiasa melakukan kebaikan dan
menghindari kemungkaran seperti minum arak dan berjudi. Hal ini kerana ia satu
kesalahan yang melanggar ajaran agama dan seseorang akan mendapat dosa
atas perbuatan tersebut. Seterusnya, memberi salam apabila bersua sama ada
dengan orang yang dikenali atau tidak untuk menunjukkan kesopanan dan
kemesraan dalam masyarakat Melayu. Apabila orang yang lebih tua bercakap,
masyarakat Melayu dilarang menyampuk atau mencelah percakapan mereka
kerana itu adalah satu perbuatan yang tidak santun. Adalah digalakkan untuk
mereka bercakap setelah orang tua tersebut telah menghabiskan ucapannya.
Selain itu, masyarakat ini juga menggunakan kata gelaran kepada seseorang
untuk menandakan kedudukan dan pangkat seseorang untuk mewujudkan
kemesraan dan tanda hormat. Contohnya adalah panggilan ayah, ibu, kakak,
adik dan sebagainya yang digunakan dalam sebuah keluarga.

Masyarakat Cina pula memperlihatkan kesantunannya


melalui isyarat badan seperti tunduk ketika memberi salam yang dianggap
sebagai tingkah laku yang sopan yang bertujuan untuk menunjukkan rasa hormat
kepada orang lain. Selain itu, apabila berada di meja makan, golongan yang lebih
muda perlu memberi keutamaan kepada golongan yang lebih tua untuk
menikmati hidangannya terlebih dahulu. Mereka juga perlu menunggu semua ahli
keluarga tiba di meja makan dahulu sebelum menjamu selera sebagai tanda
penghormatan mereka kepada ahli keluarga. Ketika berada di dalam tokong
untuk upacara tertentu bagi masyarakat beragama Buddha, mereka tidak boleh
memakai topi dan kasut kerana perbuatan tersebut diannggap sebagai tidak
menghormati Tuhan. Hal ini juga diamalkan oleh masyarakat apabila ingin
memasuki ke dalam rumah. Perbuatan ini diakukan adalah untuk menghormati
tuan rumah.
2020102310123 GSB 1012

Bagi masyarakat India, apabila berada di meja makan,


mereka perlu duduk dalam keadaan bersila kerana itu merupakan cara duduk
yang sopan ketika menjamu selera. Masyarakat India juga tidak dibenarkan
membazirkan makanan kerana ia dianggap tidak santun dan membazir juga
adalah perbuatan tidak baik jika dilakukan. Dalam upacara keagamaan, mereka
tidak dibenarkan memakai kasut ketika masuk ke kuil dan hal ini juga diamalkan
oleh masyarakat Melayu dan Cina. Mereka juga digalakkan untuk bersalam
dengan orang yang lebih tua sebagai tanda penghormatan terhadap mereka.
Bagi masyarakat India, mereka berpegang kepada kepercayaan kepada banyak
Tuhan iaitu Poleteisme. Agama dalam masyarakat ini terbahagi kepada dua, iaitu
agama Hindu dan agama Buddha. Dalam agama Hindu, terdapat dua mazhab
yang penting iaitu Saivanisme yang menyembah Dewa Siva dan Vaishnavisme
yang menyembah kepada Dewa Vishnu. Dalam agama Buddha pula
menekankan konsep kelahiran semula sebagai peringkat paling bahagoa. Agama
ini mengajar tentang ahimsa, iaitu tidak boleh memusnahkan dan merosakkan
segala benda hidup.

Kesantunan merentas budaya masyarakat Malaysia


wujud dari segi pendidikan. Pertamanya adalah dari aspek kesantunan
pemakaian bagi setiap bangsa. Bagi penjawat awam, guru tidak boleh
berpakaian yang boleh berpakaian yang dianggap tidak santun seperti pakaian
yang jarang dan menampakkan bentuk badan. Mereka boleh memakai pakaian
pakaian tradisi mereka tetapi mestilah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Selain itu, tindakan dan gerak-geri guru juga adalah penting dalam menghadapi
sesuatu situasi tertentu yang berhubung dengan orang lain sama ada dalam
urusan dengan pelajar mahupun dengan yang lebih berpangkat. Cara
berkomunikasi yang digunakan juga adalah menggunakan bahasa Melayu dan
hal ini juga perlu dipraktikkan oleh bangsa lain. Perkataan dan bahasa dalam
komunikasi juga mestilah betul dan menggunakan kesantunan berbahasa agar
tidak menyinggung perasaan orang lain.
2020102310123 GSB 1012

Berdasarkan setiap penerangan tersebut, setiap warga


negara perlu menghayati dan memahami maklumat-maklumat yang disampaikan
untuk sifat yang baik akan mewujudkan masyarakat yang baik dan bersopan
santun. Kesantunan akan wujud apabila ramai warga negara yang
mengamalkannya tidak kira bangsa, agama dan budaya. Tambahan pula,
generasi kini semakin hanyut dibawa arus pemodenan yang semakin canggih
dengan kepelbagaian teknologi ang banyak baik dan juga buruknya serta
pengaruh anasir-anasir luar yang tidak baik. Kesantunan perlu diterapkan dalam
diri mereka supaya mereka menjadi insan yang lebih berguna dan bersantun.
Nilai-nilai kesantunan juga perlu sentiasa diamalkan untuk melambangkan identiti
sesuatu masyarakat yang baik dan penuh tatasusila yang mampu memberikan
kebahagiaan kepada orang lain juga.

Kesimpulannya, kesantunan berbahasa wujud dalam


pelbagai aspek kehidupan yang mendorong masyarakat untuk melakukan
perkara yang baik dalam hubungan sesama masyarakat. Sifat baik yang dibentuk
oleh adat dan budaya adalah penting kerana kesantunan berbahasa merupakan
nilai kesopanan yang wujud ketika menggunakan bahasa sama ada dalam
bentuk lisan atau tulisan. Kesantunan adalah bersifat menyeluruh kerana setiap
bahasa di dunia ini mempunyai sistemnya yang berbeza.
2020102310123 GSB 1012

Soalan 2

Jenayah siber merupakan satu jenayah komputer yang


tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat pada abad ini. Jenayah ini adalah
berunsurkan penipuan, pengubahsuaian program dan data komputer, pencurian
maklumat, penggodaman dan banyak lagi. Kemunculan internet merupakan
faktor utama berlakunya masalah ini dan penyebaran maklumat yang pelbagai
menyebabkan ramai yang terjerat dalam jenayah ini. Jenayah ini banyak berlaku
dalam kalangan orang yang lebih dewasa dan juga golongan warga emas. Pada
abad ini, penjenayah siber sering menggunakan taktik tipu helah untuk menjerat
mangsa mereka supaya dapat memperoleh keuntungan daripada penipuan
tersebut. Antaranya adalah dengan menyebarkan iklan-iklan pinjaman wang
tanpa faedah, memancing data (phishing), penyamaran sebagai kakitangan
sebuah institusi kewangan yang terkenal dan sebagainya.

Satu kaedah yang sesuai untuk mengesan penipuan


yang berlaku dalam penggunaan kesantunan berbahasa ialah pihak kerajaan
mengadakan kempen anti-scammer yang tertumpu pada semua aspek penipuan
siber. Yang pertama adalah kesedaran melalui hubungan talian oleh penjenayah
siber terhadap mangsa. Penjenayah siber amat cenderung untuk menghubungi
mangsa mereka bagi mendapatkan maklumat peribadi pengguna bagi
mengakses maklumat dan data mangsa mereka. Hal ini juga dikenali sebagai
teknik memancing data atau phishing. Penjenayah akan menghubungi mangsa
2020102310123 GSB 1012

dan memperkenalkan diri mereka sebagai seorang kakitangan institusi dan dan
ada juga yang mengakui diri mereka sebagai badan kerajaan seperti anggota
polis. Mereka menggunakan taktik ini untuk memberikan kepercayaan kepada
mangsa untuk meyakinkan mangsa bahawa mereka adalah orang yang boleh
dipercayai apabila berurusan dengan sesuatu perkara. Penjenayah akan
menggunakan bahasa yang betul dan menarik untuk mempamerkan diri mereka
sebagai kakitangan institusi yang memiliki jawatan dan kelulusan untuk
berhubung dengan mangsa. Seterusnya, penjenayah akan menjelaskan tujuan
mereka menghubungi mangsa sekaligus menyatakan beberapa butiran
maklumat mangsa seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat rumah
dan sebagainya. Penjenayah siber biasanya akan memberitahu bahawa mangsa
telah membuat pinjaman dengan pihak kewangan dan mangsa belum
melunaskan hutang tersebut. Dari segi penggunaan bahasa apabila bercakap
pula, ada dalam kalangan penjenayah siber yang menggunakan kata ganti nama
diri mereka sebagai ‘abang’ apabila ingin mengadakan konsultasi dengan
mangsa. Hal ini telah membuktikan bahawa individu tersebut adalah penjenayah
siber kerana pihak institusi tertentu tidak akan menggunakan kata ganti diri
tersebut sebaliknya menggunakan ‘saya’ dan ‘encik’, ‘cik’, ‘tuan’ dan ‘puan’.
tujuannya adalah untuk mewujudkan komunikasi secara formal dalam urusan-
urusan yang rasmi dan penting.

Seterusnya ialah apabila seseorang ingin mendapatkan


pinjaman wang untuk kegunaan tertentu. Seringkali kita terlihat notis dan iklan-
iklan yang digantung pada tiang-tiang di sepanjang jalan tertentu yang berkaitan
dengan pinjaman yang dijamin tiada faedah, pinjaman dengan bayaran
pendahuluan, pinjaman yang terhad kepada golongan tertentu sahaja di mana
peminjam membuat pembayaran dalam kadar tertentu pada waktu kelulusan dan
sebagainya. Pada awalnya, mereka menggunakan iklan secara dalam talian
seperti melalui Google, Facebook, WhatsApp, Instagram dan sebagainya untuk
menggalakkan mangsa membuat pinjaman dengan mereka. Kaedah ini selalu
digunakan oleh kebanyakan penipu pinjaman, namun jika masyarakat
pertimbangkan hal tersebut dengan sebaik-baiknya, ia adalah benar-benar tidak
2020102310123 GSB 1012

masuk akal sama sekali untuk membayar wang yang tidak kita peroleh untuk
mendapatkan pinjaman tersebut. Oleh itu, pengguna siber mestilah mempunyai
ilmu berkaitan pinjaman jika ingin membuat pinjaman secara atas talian. Caranya
adalah dengan mengenal pasti tanda-tanda penipuan pinjaman. Contohnya
adalah dengan mengenal pasti bahawa pemberi pinjaman tidak akan
memberikan pinjaman yang tidak mengambil kira sejarah kredit pengguna.
Sudah semestinyapemberi pinjaman ingin mengetahui kredit pengguna jika
pengguna ingin meminjam wang bagi tujuan memulakan perniagaan atau tujuan
lain. Penjenayah siber bijak dalam menggunakan kata dan slogan yang baik
untuk mempengaruhi mangsa seperti “Tidak susah, wang cepat dijamin”, “Kami
tidak peduli tentang kredit anda”, “Pinjaman ini adalah untuk anda” dan
sebagainya. penjenayah siber bijak menggunakan bahasa yang betul untuk
mempengaruhi mangsa. Seterusnya adalah bayaran pendahuluan. Pengguna
siber perlu berhati-hati jika pemberi pinjaman menuntut pengguna untuk
memberikan fi permohonan terlebih dahulu. Kebanyakan pemberi pinjaman yang
sah tidak akan peminjam membayar apa-apa sebelum membuat pinjaman.
Penjenayah siber akan memberitahu mangsa bahawa fi tersebut adalah adalah
untuk pemprosesan dan bayaran pendahuluan kerana sejarah kredit buruk
peminjam. Jika diperlukan, bayaran ini akan ditolak daripada pinjaman tersebut
sebelum pembayaran.

Selain itu, peminjam digesa untuk memberikan


maklumat peribadi atau apa-apa wang sebelum urusan pinjaman dilakukan.
Penjenayah siber akan mendesak mangsa untuk bertindak dalam kadar yang
segera supaya tidak terlepas peluang untuk mendapatkan ansuran tanpa faedah
kerana peluang hanya disediakan sebanyak satu kali sahaja. Jika ia melibatkan
wang, peminjam perlulah meminta kerja kerja dan meneliti perjanjian untuk
memastikan pinjaman tersebut adalah betul dan sah. Jika pemberi pinjaman
ingin mengetahui dan meminta maklumat peribadi, pengguna jangan sekali-kali
memberikan maklumat akaun bank atau maklumat kad kredit mereka melalui
telefon atau rangkaian internet melainkan pengguna mengetahui sebab-sebab
maklumat itu diperlukan oleh pemberi pinjaman dan syarikat yang memintanya.
2020102310123 GSB 1012

Perkara ini adalah sebahagian dari kesedaran yang perlu diperjelaskan kepada
umum dalam sesuatu kempen yang diadakan.

Seterusnya adalah melalui pembelian secara atas


talian melalui laman web runcit yang kini sangat popular dalam kalangan
masyarakat. Apabila ingin membuat pembelian, pengguna terlebih dahulu
membaca kontrak pelanggan, perjanjian, maklumat produk dan sebagainya untuk
memastikan laman tersebut adalah sah. Pengguna juga tidak boleh tertipu
dengan harga produk kerana ada produk yang dijual pada harga yang murah
namun tidak dapat dipastikan kualiti barangannya sama ada bermutu atau tidak.
Penjenayah siber boleh membuat promosi dan sebagainya untuk menggalakkan
pengguna membeli produknya. Seterusnya, pengguna perlu melihat kepada
ulasan pelanggan jika terdapat lebih banyak aduan pelanggan berbanding ulasan
positif. Jika perkara tersebut berlaku, pengguna perlulah mencari web lain untuk
membuat pembelian dalam talian. Pengguna juga dilarang daripada mengakses
pautan e-mel untuk sebarang hadiah “tawaran”, beli-belah atau cabutan bertuah
dan tidak mendedahkan maklumat peribadi dalam mana-mana promosi e-mel ini.

Oleh itu, kempen ini hendaklah dilaksanakan dengan


sebaik mungkin dengan menerapkan semua maklumat yang telah diberikan dan
membuat penambahbaikan dalam memberikan maklumat lain yang cukup
berguna untuk membantu pengguna siber menghadapi masalah ini. Pengguna
siber juga mengambil langkah untuk berfikir sejenak sebelum terpengaruh
dengan kesantunan berbahasa yang disampaikan oleh penjenayah siber supaya
diri terlindung daripada penipuan siber.

Anda mungkin juga menyukai