Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK


PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH
AMBILAN NOVEMBER 2018
SEMESTER 2

KOD KURSUS : EDUP2053

NAMA KURSUS :TEKNOLOGI DAN MEDIA DALAM PENGAJARAN

TUGASAN 3: PENULISAN ESEI

Nama Pelajar : 1. JAMILAH BINTI MUSTAFHA


2.
3.
4.
Angka Giliran : 1. 2018312420116
2.
3.
4.
No. Kad Pengenalan : 1. 880204135432
2.
3.
4.
Kumpulan/Unit : PDPP MT11118
Nama Pensyarah : ENCIK BIDARI BIN HAILI
Tarikh Hantar : 21 SEPTEMBER 2019
SENARAI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

Senarai Kandungan i

1.0 Pengenalan

2.0 Huraian Dan Analisis Model Assure Berasaskan Media Pengajaran


Yang Dibina
3.0 Rumusan

4.0 Rujukan
1.0 Pengenalan
ASSURE adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh dijadikan panduan untuk
merancang penggunaan media dan teknologi secara sistematik. ASSURE adalah singkatan
daripada Analyze Learners (Analisis Pelajar), State Objectives (Nyatakan Objektif),
Select Media, Materials and Method (Memilih media, bahan dan kaedah), Utilize Media and
Material (Gunakan Media dan Bahan), Require Learner Participation (Mendapatkan Penglibatan
Pelajar) dan Evaluate and Revise (Menilai dan Semak) (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2017). Jamalludin & Zaidatun (2003), menegaskan bahawa pelbagai kaedah baru
diperkenalkan bagi menjadikan pengajaran guru lebih berkesan dan pembelajaran murid lebih
bermakna. Oleh itu, guru perlu mempunyai kreativiti dalam menghasilkan aplikasi multimedia
yang interaktif yang dapat dijanakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.0 Huraian Dan Analisis Model Assure Berasaskan Media Pengajaran Yang Dibina
2.1 Analyze Learners (Analisis Pelajar)
Komponen pertama ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan dan
pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar yang merangkumi
tiga perkara utama iaitu cirri-ciri umum, kompetensi khusus peringkat masuk dan stail
pembelajaran., Contohnya, dalam media pembelajaran yang kami bina, kebanyakan pelajar
adalah mempunyai kepelbagaian etnik, psikologi, personaliti, sosiekonomi, kognitif dan
sebagainya. Apabila kami merancang pembinaan media ini, kami membuat andaian terhadap
kompetensi pelajar di mana mereka mempunyai pengetahuan dalam mengenali sisi
bersebelahan, sisi bertentangan dan hipotenus tetapi perlu dipertingkat lagi pengetahuan
mereka melalui kemahiran mengaplikasi. Oleh itu, kami akan memperkenalkan sub topik baru
dengan menggunakan persembahan video audio dan bahan multimedia persembahan
Microsoft Power Point.
2.2 State Objectives (Nyatakan Objektif)
Dalam komponen ini, objektif pelajaran yang akan dicapai oleh pelajar dan perubahan tingkah
laku yang akan berlaku di akhir sesuatu pembelajaran perlu dinyatakan. Kami telah memilih
objektif pembelajaran dari Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP) Matematik
Tingkatan 3 di mana mereka perlu menguasai sekurang-kurangnya tahap penguasaan 3 dalam
DSKP. Contohnya, dalam media pengajaran tersebut kami telah memilih pelajar perlu
mengenal pasti sisi bertentangan dan sisi bersebelahan berdasarkan suatu sudut tirus dalam
segi tiga bersudut tegak.
2.3 Select Media, Materials and Method (Memilih media, bahan dan kaedah)
Media dan bahan yang dipilih merupakan perhubungan antara objektif dan pelajar bagi
menentukan sama ada sesuatu objektif itu boleh dicapai atau tidak. Kumpulan kami telah
membina media video yang berkaitan dengan nisbah trigonometri dan perkaitannya dengan
kehidupan seharian untuk dibentangkan dengan pelajar. Semasa menganalisis pelajar, kami
telah memilih untuk menggunakan Microsoft Power Point untuk mempersembahkan isi
pengajaran nisbah trigonometri yang merangkumi nota, video, kuiz dan rumusan.
2.4 Utilize Media and Material (Gunakan Media dan Bahan)
Semasa membina media pengajaran, kami harus merancang bagaimana untuk
mengimplemenkan media dan bahan itu untuk mencapai objektif pembelajaran. Contohnya,
media pengajaran yang dibina adalah untuk menerangkan penggunaan nisbah trigonometri dan
penggunaan akronim untuk mengenal pasti sinus, kosinus dan tangen. Secaratidak langsung,
mereka mendapat pengalaman belajar yang berguna dari media tersebut.
2.5 Require Learner Participation (Mendapatkan Penglibatan Pelajar)
Kepelbagaian animasi, tulisan, grafik dan sebagainya dibina dalam media pengajaran tersebut
bagi mendapatkan penglibatan pelajar secara aktif serta suasana pembelajaran yang sesuai
dalam pembelajaran. Contohnya, melalui tayangan video secara visual dan audio yang telah
dibina, pelajar akan didedahkan kepada situasi yang dinamik dan realistik di sekeliling mereka.
2.6 Evaluate and Revise (Menilai dan Semak)
Dalam komponen terakhir ini, satu proses penilaian yang berterusan dan bersepadu dijalankan
yang bukan sahaja penilaian di peringkat penggunaan media dan bahan tetapi di semua
peringkat. Contohnya, kuiz yang dibina di dalam Microsoft Power Point selepas tayangan video
akan dapat memastikan penglibatan pelajar di samping menilai keberkesanan pengajaran
melalui teknologi yang dibina.
3.0 Rumusan
Model ASSURE mempunyai asas yang kukuh dijadikan panduan pembinaan bahan
media pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan senantiasa menunggu kedatangan guru
untuk mengajar sekiranya model ASSURE ini diguna pakai sepenuhnya dalam menyedia dan
membina bahan media untuk pengajaran dan pembelajaran.Malahan, pengajaran akan menjadi
lebih mudah, menarik dan berkesan.
4.0 Rujukan
Jamalludin.H & Zaidatun.T (2003). Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Publications.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2017), Modul Pembelajaran EDUP2053 Teknologi Dan
Media Pembelajaran Sekolah Menengah. Cyberjaya : Kementerian Pendidikan Malaysia

Anda mungkin juga menyukai