Anda di halaman 1dari 13

INDEKS, KUASA DUA DAN PANDUAN

PUNCA KUASA DUA PENGAJARAN

Objektif
Mengaplikasi hukum-hukum indeks bagi menyelesaikan masalah.

Tempoh Pembelajaran
80 minit

Istilah Baharu
Indeks, Asas, Hukum- hukum indeks, Indeks sifar, Indeks negatif

Penekanan
Proses Matematik, model 5E Engage (Penglibatan), Explore (Penerokaan), Explain
(Penerangan), Extend (Pengayaan), Evaluate (Penilaian), Inkuiri, Aplikasi kehidupan
sebenar, Kemahiran berfikir aras tinggi

Pengajaran tentang Indeks


Indeks adalah suatu cara mudah untuk mewakili nombor yang besar atau kecil yang
merupakan elemen penting dalam algebra dan juga bidang-bidang yang lain.

Pengetahuan dan Kemahiran Indeks di Peringkat


Sekolah Rendah
Indeks tidak termasuk dalam silibus Matematik sekolah rendah. Namun begitu, murid
seharusnya telah mempelajari operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Murid juga telah
mempelajari penyelesaian masalah yang melibatkan operasi gabungan.

Pengetahuan dan Kemahiran Indeks di Peringkat


Sekolah Menengah
Di peringkat sekolah menengah, pengetahuan tentang indeks termasuk dalam silibus
Matematik Tingkatan 3. Sebelum mempelajari topik Indeks, murid perlu terlebih dahulu
didedahkan dengan topik Kuasa Dua, Punca Kuasa Dua, Kuasa Tiga dan Punca Kuasa Tiga
dalam silibus Matematik Tingkatan 2.

Dalam modul ini, murid seharusnya diberi peluang bukan sahaja untuk mengenali bentuk
indeks, tetapi juga untuk mengaplikasi hukum-hukum Indeks dalam pelbagai masalah
yang melibatkan situasi harian. Murid juga seharusnya dapat menganalisa maklumat
berkaitan hukum-hukum Indeks dengan lebih mendalam melalui aktiviti penerokaan dan
pembuktian.

INDEKS, KUASA DUA DAN PUNCA KUASA DUA 2


INDEKS, KUASA DUA DAN PANDUAN
PUNCA KUASA DUA PENGAJARAN

Slaid 3

Domain Kognitif: Pengetahuan, Mengaplikasi &


Menaakul
Mulakan pengajaran dengan melontarkan soalan. “Kenapa nombor yang sangat
besar atau kecil perlu diwakili dengan tatatanda indeks?”

Murid berbincang secara pasangan dan seterusnya memberikan respons mereka.


Bincangkan jawapan murid.

Slaid 4 - 6

Domain Kognitif: Pengetahuan, Mengaplikasi &


Menaakul
Teruskan pengajaran dengan meminta murid mengkaji contoh-contoh indeks dalam
kehidupan seharian. Tekankan bahawa indeks bagi suatu nombor boleh bernilai
positif atau negatif, atau dalam bentuk pecahan.

Minta murid mencari maklumat tentang kegunaan indeks dalam kehidupan seharian
dan membuat pembentangan di dalam kelas pada waktu pengajaran yang lain.

INDEKS, KUASA DUA DAN PUNCA KUASA DUA 3


INDEKS, KUASA DUA DAN PANDUAN
PUNCA KUASA DUA PENGAJARAN

Slaid 7 - 9

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/Menaakul


Minta murid menjalankan aktiviti di atas secara berpasangan.

Kemukakan soalan dalam Contoh 4 dan Contoh 5. Murid perlu berbincang secara
aktif dengan rakan dan menyelesaikan soalan tersebut.

Bincangkan jawapan murid.

Slaid 10

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/Menaakul


Bimbing murid untuk mengenali tatatanda indeks, asas dan indeks dengan
menggunakan contoh yang diberi. Tekankan maksud setiap nombor dalam tatatanda
indeks. Minta murid memberikan beberapa contoh selain daripada contoh yang
diberi.

Kaitkan tata tanda indeks dengan sejarah penemuan indeks.

Bagi merangsang pemikiran murid, lontarkan pertanyaan “Apakah maksud an?”.

INDEKS, KUASA DUA DAN PUNCA KUASA DUA 4


INDEKS, KUASA DUA DAN PANDUAN
PUNCA KUASA DUA PENGAJARAN

Slaid 11 - 14

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/Menaakul


Minta murid mengkaji hukum-hukum indeks. Jalankan aktiviti secara berpasangan.

Murid mengkaji algoritma pendaraban nombor berindeks dan mengenal pasti pola
yang terlibat. Rangsang pemikiran murid dengan melontarkan soalan-soalan pada
slaid yang dipaparkan.

Seterusnya, murid membuat pengitlakan berdasarkan contoh-contoh berangka yang


diberi dengan menggunakan simbol yang sesuai.

Minta murid menyelesaikan soalan secara individu.

Bincangkan jawapan murid.

Jawapan Slaid 14:


(a) b5 (b) c10 (c) 12e7

Slaid 15 - 17

INDEKS, KUASA DUA DAN PUNCA KUASA DUA 5


INDEKS, KUASA DUA DAN PANDUAN
PUNCA KUASA DUA PENGAJARAN

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/Menaakul


Jalankan aktiviti secara berpasangan.

Minta murid mengkaji algoritma pembahagian nombor dan pola yang terlibat.
Rangsang pemikiran murid dengan melontarkan soalan-soalan pada slaid di atas.

Minta murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh berangka yang diberi


dan menulis kesimpulan dengan menggunakan simbol yang sesuai.

Minta murid menyelesaikan soalan secara individu.

Bincangkan jawapan murid.

Jawapan Slaid 17:


(a) p (b) 3r7

Slaid 18 - 20

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/Menaakul


Galakkkan murid untuk menjalankan aktiviti secara berpasangan.

Murid peru menyelesaikan soalan kuasa bagi indeks dengan mengkaji pola pada
contoh yang diberi. Rangsang pemikiran murid dengan melontarkan soalan-soalan
pada slaid.

Minta murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh berangka yang diberi


dan menulis kesimpulan dengan menggunakan simbol yang sesuai.

INDEKS, KUASA DUA DAN PUNCA KUASA DUA 6


INDEKS, KUASA DUA DAN PANDUAN
PUNCA KUASA DUA PENGAJARAN
Murid menyelesaikan soalan.

Bincangkan jawapan murid.

Jawapan Slaid 20:


(a) 4–6 (b) 3–8

Slaid 21 - 26

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/Menaakul


Minta murid mengkaji contoh yang diberi secara berpasangan.

Rangsang pemikiran murid dengan melontarkan soalan-soalan pada slaid. Murid


mengenal pasti pola yang terlibat dan membuat kesimpulan tentang pola tersebut.
Murid menulis kesimpulan dengan menggunakan simbol yang sesuai.

Murid menyelesaikan soalan yang diberi secara pasangan. Bincangkan jawapan


dengan murid. Pastikan murid dapat menyelesaikan soalan-soalan ini dan
menerangkan proses untuk mendapatkan jawapan tersebut.

Jawapan Slaid 26:


36 2 x6
(b) 3 y
9 8
(a) 5

Slaid 27 - 28

INDEKS, KUASA DUA DAN PUNCA KUASA DUA 7


INDEKS, KUASA DUA DAN PANDUAN
PUNCA KUASA DUA PENGAJARAN

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/Menaakul


Pengajaran diteruskan dengan indeks sifar dan indeks negatif.

Minta murid berbincang dan menyelesaikan soalan yang dipaparkan dengan


mengaplikasikan hukum-hukum indeks yang telah dipelajari. Kaji algoritma yang
terlibat, tentukan pola dan buat kesimpulan.

Minta murid membentangkan kesimpulan di dalam kelas.

Bincangkan hasil pembentangan murid.

Jawapan Slaid 28:


1
(b) a
2
(a) 1 (c) 1

(d) 1 (e) 1 (f) 3–1

(g) 2–2 (h) 5–3

Slaid 29 - 33

INDEKS, KUASA DUA DAN PUNCA KUASA DUA 8


INDEKS, KUASA DUA DAN PANDUAN
PUNCA KUASA DUA PENGAJARAN

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/Menaakul


Minta murid menyelesaikan soalan secara berpasangan.

Bagi merangsangkan pemikiran murid, lontarkan pertanyaan berikut.


 Apakah yang anda perhatikan daripada penyelesaian di atas?
 Adakah terdapat sebarang pola?
 Apakah pola tersebut?
 Terangkan kefahaman anda.

Minta murid menyelesaikan soalan yang dipaparkan. Bagi soalan ini, pastikan murid
dapat menyelesaikannya dengan tepat dan menjelaskan proses yang dilakukan bagi
mendapatkan jawapan.

Jawapan Slaid 31:


1. 7 2. 3 3. 0.2

Jawapan Slaid 33:


1. 9 2. 27 3. 0.04

Slaid 34 - 36

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/Menaakul


Minta murid membaca soalan dengan teliti dan menjelaskan langkah yang perlu
dilakukan bagi menyelesaikan soalan yang dipaparkan.

INDEKS, KUASA DUA DAN PUNCA KUASA DUA 9


INDEKS, KUASA DUA DAN PANDUAN
PUNCA KUASA DUA PENGAJARAN

Bincangkan jawapan murid.

Jawapan Slaid 35:


(a) 36 (b) 66 (c) 43

(d) 1 (e) 4–9 (f) 43

Slaid 37 - 39

Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/Menaakul


Minta murid meneliti soalan yang dipaparkan dan seterusnya menyelesaikannya
secara berpasangan.

Murid perlu menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan


soalan tersebut.

Bincangkan jawapan murid.

Slaid 40

INDEKS, KUASA DUA DAN PUNCA KUASA DUA 10


INDEKS, KUASA DUA DAN PANDUAN
PUNCA KUASA DUA PENGAJARAN
Domain Kognitif: Pengetahuan/Menganalisa/Menaakul
Guru membimbing murid membuat refleksi tentang hukum-hukum indeks.

Rangsang pemikiran murid dengan melontarkan soalan-soalan yang berikut.


 Apakah perbezaan antara setiap hukum indeks?
 Terangkan perbezaan tersebut dengan menggunakan contoh-contoh yang sesuai.

INDEKS, KUASA DUA DAN PUNCA KUASA DUA 11


INDEKS, KUASA DUA DAN PANDUAN
PUNCA KUASA DUA PENGAJARAN

INFO EKSTRA
Deduksi hukum-hukum indeks

1. Mula dengan contoh-contoh numerik seperti dalam slaid dan seterusnya gunakan
contoh seperti di bawah.
(a) a2 × a3 = a × a × a × a × a
= a2 + 3
= a5

am × an = am + n

aaaaa
3
(b) a ÷ a =
5 aaa
aa
= 1
= a5 – 3
= a2

am ÷ an = am – n

Hukum ini boleh digunakan untuk deduksi dua fakta penting.


aaa
=1
(i) a  a  a

INDEKS, KUASA DUA DAN PUNCA KUASA DUA 12


INDEKS, KUASA DUA DAN PANDUAN
PUNCA KUASA DUA PENGAJARAN
a3
= 3
a
=a 33
=a 0
Oleh itu, a0 = 1, dengan a ≠ 0.

a
= a 1 4
(ii) a
4

= a–3
1
n
= an ,
Oleh itu, a dengan a ≠ 0.

Kaedah yang sama boleh digunakan untuk mendeduksi hukum-hukum yang lain.
Tegaskan bahawa am × bn atau am ÷ bn tidak boleh dipermudahkan dengan
menggunakan hukum-hukum indeks kerana asas yang berbeza.

INDEKS, KUASA DUA DAN PUNCA KUASA DUA 13

Anda mungkin juga menyukai