Anda di halaman 1dari 6

MODUL BADMINTON (PUKULAN LOB)

WAN MOHD SUKRI BIN W. YUSOFF D20101039275 PROGRAM: AT-59, PENDIDIKAN JASMANI

PENSYARAH: EN YUSOP BIN AHMAD

Pendahuluan. Badminton adalah acara sukan olimpik dengan lima disiplin yang kompetitif iaitu

perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran di mana setiap pasangannya adalah lelaki dan perampuan. Bagi tahap permainan yang tinggi, sukan ini memerlukan penjagaan kesihatan yang amat cemerlang. Pemain-pemain mestilah mempunyai stamina, aerobic, ketangkasan, kekuatan, kelajuan dan ketelitian. Ia juga memerlukan koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal dan kebolehan yang tinggi di dalam penggunaan raket. Melalui ayat di atas dapatlah kita fahami bahawa permainan badminton merupakan sukan yang memerlukan daya tahan serta kemahiran yang tinggi kerana ia memerlukan ketangkasan di samping kecekapan yang cepat dan pantas semasa bermain. Seorang pemain badminton seharusnya cekap mengawal emosi dan minda bagi mengawal permainan yang bagus. Badminton atau dahulunya di kenali sebagai satu permainan gelanggang yang menggunakan raket dan amat popular di Malaysia. Permainan ini harus dimainkan oleh 2 orang yang berada didalam keadaan bertentangan antara satu sama lain. Menyerupai permainan tenis, permainan badminton dimainkan dengan pemain disetiap belah dan cuba untuk memukul bulu tangkis melepasi jaring agar jatuh di dalam kawasan ihak lawan. Mereka juga harus mencuba untuk menghalang lawan mereka daripada menjatuhkan bulu tangkis tersebut di kawasan mereka. sukan ini memerlukan kepantasan yang cekap serta latihan yang berterusan agar kemahiran permainan dapat di tingkatkan. Di dalam permainan ini terdapat berbagai-bagai jenis pukulan dan salah satu daripadanya adalah pukulan lob iaitu pukulan yang tinggi. Semasa pukulan ini dilakukan, bulu tangkis di pukul tinggi untuk di hantar kekawasan belakang pihak lawan.

Ansur maju pukulan lob. 1.Fasa permulaan. 1. Jurulatih menerangkan serba sedikit maklumat mengenai pukulan lob kepada para pelajar. 2. Guru juga menerangkan tujuan penggunaan pukulan lob semasa di dalam permainan kepada para pelajar. Semasa melakukan pukulan lob, jarak pukulan bulu tangkis di pengaruhi oleh kekuatan lengan dan tangan serta sudut raket ketika membuat pukulan. 3. Pelajar hendaklah mendengar semua perkara yang di sampaikan oleh guru.

2.Fasa memanaskan badan. 1. Guru akan member masa kepada para pelajar selama 10 minit untuk meregangkan semua otot-otot dan sendi bagi mengelakkan kecederaan berlaku semasa proses permainan berlangsung. 2. Para pelajar akan melakukan regangan bermula daripada kepala hinggalah ke bahagian kaki. 3. Pemanasan badan bboleh dilakukan dalam keadaan dinamik ataupun static. Terdapat juga para pelajar yang melakukan pemanasan badan yang menggabungkan kedua-dua teknik terbabit.

3.Fasa perkembangan. 1. Pelajar akan berbaris di hadapan guru dalam keadaan dua barisan.

2. Jurulatih akan member penerangan mengenai teknik pukulan lob kepada semua pelajar. 3. Jurulatih akan memberitahu pelajar mengenai teknik memegang raket kepada pelajar semasa pukulan lob di lakukan. Raket harus di pegang dengan cara yang betul iaitu dengan menggunakan cara genggaman salaman atau genggaman pistol 4. Raket akan di hayun daripada belakang ke depan setinggi yang mungkin 5. Ansur maju 1. Menggunakan teknik bayangan. Guru akan menunjukkan demonstrasi hayunan raket dalam pukuan lob atas kepala di hadapan pelajar. Selepas itu, para pelajar akan melakukan hayunan raket tanpa bulu tangkis mengikut 3 fasa. Pelajar dikehendaki melakukan 5 percubaan tanpa menggunakan bulu tangkis.

6. Fasa persediaan Pelajar akan menggenggam raket menggunakan cara genggaman salam atau pistol. Tangan memegang raket serta kepala raket akan menghala keatas. Imbangi berat badan sama rata di atas kedua-dua kaki.

7. Fasa perlaksanaan.(pukulan) Jangkau dengan kaki domonan. Pasak dan pusing bulu tangkis. Ayunan kehadapan untuk sentuh bulu tangkis setinggi yang mungkin. Pronasi lengan. Kepala raket ikut lajak.

8. Fasa ikut lajak.

Pada peringkat ini, pelajar akan melakukan gerakan yang mengikut lajak. Hayunan raket di teruskan ke atas. Pusingkan lengan yang memegang raket. Tolak badan ke tengah gelanggang.

9. Ansur maju kedua. Pelajar berbaris di dalam dua barisan secara membelakangi antara satu sama lain. Pelajar akan melakukan gerakan kaki bergabung dengan hayunan raket seperti di ansur maju 1 tanpa menggunakan bulu tangkis Pelajar dikehendakki melakukan sebanyak 3 kali ulangan.

10. Ansur maju ketiga. Guru akan menunjukkan demonstrasi. Pelajar akan melakukan teknik pukulan lob atas kepala menggunakanbulu tangkis seperti di ansur maju 1 dan 2. Pelajar dikehendaki melakukan 2 kali percubaan.

11. Kemuncak. Satu permainan kecil akan dilakukan. Pelajar akan dibahagikan kepada 2 kumpulan . setiap kumpulandiwakili oleh 2 orang pelajar dimana seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan. Guru dan pelajar akan membuat penilaian. Seterusnya guru akan bertanyakan apa kesalahan yang dilakukan oleh wakil kumpulan.

Aspek-aspek keselamatan. 1. Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai semasa melakukan pergerakan pukulan lob. 2. Kasut hendaklah dipakai. 3. Pastikan kasut yang dipakai tersebut sesuai untuk permukaan gelanggang badminton. Sebaik- baiknya pelajar hendaklah memakai kasut khas badminton. 4. Rambut hendaklah diikat bagi pelajar yang mempunyai rambut yang panjang. 5. Pelajar hendaklah memegang raket dengan pegangan yang betul agar raket tidak terlepas daripada pegangan.

Rumusan. Pukulan lob adalah sejenis pukulan tinggi yang dihantar ke belakang gelanggang pihak lawan. Pukulan lob merupakan satu pukulan yang amat penting semasa didalam permainan terutamanya jika permainan tersebut adalah permainan perseorangan. Pukulan lob dapat meletihkan ppihak lawan dan pemain yang mempunyai stamina yang tinggi akan mempunyai kelebihan untuk memenangi permainan tersebut. Pukulan ini amat mudah untuk dipelajari kerana terdapat cara untuk di ajar. Sebagai contohnya, ansur maju diatas amat senang untuk dilakukan dan

kebarangkalian untuk para pelajar berjaya melakukan pergerakan tersebut adalah tinggi.

Anda mungkin juga menyukai