Anda di halaman 1dari 3

AKHLAK MULIA

Tajuk
ADAB DAN AMALAN 3S (SENYUM, SAPA & SALAM)
1. Mewujudkan budaya saling menghormati dalam kalangan warga
sekolah.
Objektif
2. Melahirkan warga sekolah yang berakhlak mulia
3. Mewujudkan suasana sekolah yang penuh nilai kasih sayang.

Masa 60 minit

Bahan Buku nota & Lampiran 4

Sasaran Tahun 1-6

Aktiviti A

1. Guru meminta murid memberi 5 perkataan yang menunjukkan


kesantunan tutur kata yang kita selalu amalkan dalam kehidupan
harian.
Contoh;
Tolong (Please), Minta maaf (Sorry), Terima kasih (Thank you),
Maafkan saya (Excuse me) dan Bolehkan saya ( May I)

2. Guru meminta murid menyatakan cara dan contoh situasi yang


menunjukkan tingkah laku hormat-menghormati dalam kalangan
rakan, ibu bapa dan guru dan orang yang lebih tua daripadanya
dengan menggunakan kesantunan tutur kata seperti Tolong
(Please), Minta maaf (Sorry), Terima kasih (Thank you),
Maafkan saya ( Excuse me) dan Bolehkan saya ( May I) dalam
Langkah/ Kaedah kehidupan harian.

3. Contoh;
▪ murid mengucapkan terima kasih ketika menerima hadiah di
pentas daripada pengetua/ perasmi dan lain-lain.

Aktiviti B

1. Guru menerangkan maksud Senyum, Sapa dan Salam dan


situasi 3S ini digunakan. (Rujuk Lampiran 3)

2. Guru menerangkan cara memberi salam dengan betul iaitu:


▪ Guru Besar
Assalamualaikum Puan Guru Besar (bagi murid yang
beragama Islam).
▪ Semua guru.
Assalamualaikum Cikgu

▪ Pelawat
Assalamualikum tuan/puan

3. Guru akan melatih murid sehingga mereka mahir.

4. Guru menguji kefahaman murid dengan soalan-soalan berikut:


▪ Jika jumpa Guru Besar, bagaimana anda memberi
salam?
▪ Jika anda jumpa guru, apakah salam yang perlu
diucapkan?
▪ Jika anda jumpa pelawat, bagaimana anda memberi
salam?

5. Setelah selesai, murid perlu menulis nota ringkas berkenaan lima


perkataan yang menunjukkan kesantunan tutur kata dan amalan
3S.

Dalam pergaulan seharian murid dapat menunjukkan sikap berakhlak


Keberhasilan/outcome
mulia dan sifat hormat-menghormati.

▪ Budaya menghormati pemangkin perpaduan masyarakat


▪ Nilai sesorang individu terletak pada akhlak. Akhlak membezakan
Falsafah
antara insan dengan haiwan. Akhlak menerangkan apa yang
seharusnya dilakukan oleh manusia.
Aktiviti A

5 Perkataan perkataan yang menunjukkan kesantunan tutur kata.


Contoh:
▪ Tolong (Please)
▪ Minta maaf (Sorry)
▪ Terima kasih (Thank you)
▪ Maafkan saya ( Excuse me)
▪ Bolehkan saya ( May I)

Aktiviti B

Amalan 3S

Senyum

Senyum adalah riak wajah yang ditunjukkan manusia biasanya ketika gembira.
Senyum ditunjukkan dengan mulut, dan boleh juga dengan mata. Gerak bibir yang
ternaik pada hujungnya disertai sinaran mata dan biasanya membayangkan rasa
suka.

Sapa
Tegur atau mengajak untuk bercakap.
Contoh: Hai...Hello

Salam
Pemberian hormat, mengucapkan kata hormat.
Contoh: Memberi ucapan salam seperti selamat pagi/ salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai