Anda di halaman 1dari 21

Artikel 1 : KECERGASAN FIZIKAL

Perangkaan perubatan menunjukkan bahawa masyarakat kini telah dinafikan banyak aktiviti fizikal. Ini boleh menyebabkan keadaan fizikal yang lemah. Ujian-ujian mudah ke atas kekuatan otot, stamina, kelembutan, koordinasi dan kemahiran motor asas telah menunjukkan keputusan yang lemah. Kekurangan aktiviti fizikal boleh menyebabkan penurunan prestasi paru-paru dan saluran darah tersumbat dengan kolesterol. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakupayaan fungsi seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi, aterosklerosis dan lain-lain masalah pengaliran darah. Tambahan lemak badan, kemerosotan kekuatan otot badan boleh menjejaskan posture dan menyebabkan masalah fizikal seperti kecacatan ortopedik. Oleh itu fizikal harus dirangsang. Aktiviti fizikal harus dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit untuk 3 hari dalam seminggu. Apa dia Kecergasan Fizikal?

Kecergasan fizikal adalah kemampuan dan kebolehan seseorang melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih serta masih mempunyai tenaga untuk melakukan aktiviti kesenggangan. Definisi kecergasan fizikal: Falls (1980) "Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang

membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya" Tiap-tiap orang boleh meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Untuk mencapai ke tahap kecergasan ini seseorang harus baik dalam tiap-tiap komponen kecergasan. Program kecergasan fizikal yang seimbang terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Terdapat dua komponen utama kecergasan iaitu :

Komponen Kecergasan Kesihatan. Komponen kecergasan kesihatan melibatkan kecergasan kardiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan dan daya tahan otot kelenturan serta komposisi badan Komponen Kecergasan Perlakuan Motor. Komponen kecergasan perlakuan motor melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan yang diklasfikasikan sebagai kecergasan motor

Ringkasan dan komen Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang. Program kecergasan fizikal yang seimbang terdiri dari gabungan senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Terdapat dua komponen utama kecergasan iaitu komponen kecergasan kesihatan dan komponen kecergasan perlakuan motor. Bagi pendapat kami, kecerdasan fizikal bermaksud keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa penat yang keterlaluan. Di samping itu, dia juga mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi cabaran apabila timbulnya kecemasan.

Definisi ini perlu mengambil kira kecerdasan fizikal untuk kesihatan serta kemahiran dalam prestasi sukan dan permainan. Kecerdasan fizikal untuk kesihatan bertujuan mengurangkan risiko menghidap penyakit. Oleh itu, setiap orang terutamanya seseorang atlit atau pemain perlu memiliki kecergasan fizikal dalam kesihatan.

Artikel 2 : Kecergasan Fizikal Masyarakat Greek percaya bahawa kecergasan hanya akan berfungsi dikemuncak keupayaan mereka apabila badan sihat dan kuat. Manakala Presiden Kennedy (1960) menyatakan "hardy spirits and tough minds usually inhibit sound bodies". Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:-

1. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan

a. Daya Tahan Kardiovaskular. Keupayaan melakukan kerja dalam jangka masa yang lama yang melibatkan keseluruhan badan. contohnya berjogging.

b. Kelembutan. Kebolehan meregang otot atau ligamen bagi membolehkan sendi bergerak dengan bebas dalam julat pergerakan yang maksimum. Contohnya aktiviti split.

c. Kekuatan Otot. Daya yang dapat dikenakan kepada otot atau sekumpulan otot dalam satu pengecutan maksimum. Contohnya mengangkat objek besar.

d. Daya Tahan Otot. Keupayaan otot bekerja dalam jangka masa yang lama tetapi kurang dari keupayaan maksimum. Contohnya melakukan aktiviti bangkit tubi. e. Komposisi Badan. Ia merujuk kepada peratus lemak dalam badan.

2. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Perlakuan Motor Ianya bermaksud kualiti yang membolehkan individu melakukan tugasan yang spesifik.

a. Kordinasi. Kebolehan menyesuaikan deria dengan otot bagi menghasilkan ketepatan, kelicinan dan keharmonian pergerakan.

b. Ketangkasan. Keupayaan menukar arah dengan cepat dan berkesan.

c. Kelajuan. Keupayaan bergerak dari satu titik ke titik berikut dengan cepat.

d. Imbangan. Jenis koordinasi yang melibatkan penglihatan reflek dan sistem otot rangka yang mana dapat mengekalkan keseimbangan.

e. Masa Tindakbalas. Masa yang diperlukan untuk bergerak balas atau memulakan pergerakan setelah diberikan rangsangan.

f. Kuasa. Keupayaan melakukan kerja dalam masa yang singkat.

JENIS-JENIS LATIHAN KECERGASAN FIZIKAL

1. Litar 2. Bebanan 3. Farklek 4. Tekanan

5. Jeda 6. Plyometrik 7. LSD (Long Slow Distance)

Faedah Kecergasan Fizikal

Membina daya tahan kardiovaskular dan otot


Membantu jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah kekal sihat Menjadikan kita lebih bertenaga contohnya berjalan laju, berlari2 anak, berbasikal, berenang, bersukan dan aerobik.

Membina kekuatan dan daya tahan otot


Membantu tulang dan otot kekal kuat Memperbaiki postur Mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis contohnya menaiki tangga, mengangkat dan membawa barang2, senam tekan tubi dan senaman bangun tubi

Membina Kelenturan (fleksibiliti)


Membantu pergerakan badan Merehatkan otot2 Memudahkan pergerakan sendi contoh senaman regangan, mencuci lantai, taichi dan yoga

Ringkasan dan komen Antara faedah Kecergasan Fizikal ialah membina daya tahan kardiovaskular dan otot. Selain itu, membina kekuatan dan daya tahan otot disamping membantu tulang dan otot kekal kuat, memperbaiki postur dan mencegah penyakit tulang serta membina kelenturan (fleksibiliti). Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan dan Kecergasan Fizikal Berlandaskan Perlakuan Motor. Terdapat 4 kategori dalam kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan, iaitu daya tahan kardiovaskular, kelembutan, kekuatan otot dan daya tahan otot. Bagi kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor pula terbahagi kepada 6 iaitu kordinasi, ketangkasan, kelajuan, imbangan, masa tindakbalas dan kuasa. Berdasarkan artikel yang berkaitan dengan kecergasan fizikal ini, kami dapati orang yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi bukan sahaja mempunyai badan yang sihat, malah sanggup menerima cabaran fizikal dalam aktiviti harian. Sebaliknya orang yang mempunyai tahap kecergasan fizikal yang rendah adalah tidak tabah dan tidak berani menerima cabaran fizikal kerana cepat berasa letih dan kehilangan tumpuan.

Individu yang mempunyai kecergasan fizikal tidak mempunyai banyak lemak dalam badan, iaitu tidak gendut. Dengan demikian, dia tidak mudah menghidap penyakit seperti tekanan darah tingi dan penyakit kardiovaskular.Dalam sukan atau permainan, seseorang yang cergas berpotensi untuk mencapai prestasi yang baik dan tidak mudah tercedera.

Dengan adanya kecergasan fizikal, seseorang lebih mudah mencapai pertumbuhan yang sihat bukan sahaja dari segi fizikal, bahkan juga dari segi mental, emosi, rohani, dan sosial.

Artikel 3 : Kecergasan

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan .

Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan berasaskan fizikal.

Kecergasan Fizikal Koordinasi


Imbangan Ketangkasan Kuasa Masa Respons Kepantasan

Berasaskan pelakuan motor


Berasaskan kesihatan Daya tahan kardiovaskular Daya tahan Otot Kekuatan Kelenturan Komposisi badan

Kemahiran Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot. Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi.

Kesukanan Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan. Kesihatan Diri dan Keluarga

Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan

Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan

Gaya Hidup Sihat

Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan.

Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah

Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas Latihan Fizikal Dalam mencapai kecergasan yang optima seseorang itu perlu mengetahui dan merancang latihan secara saintifik dan bersistematik. Latihan itu perlu dijalankan mengikut prinsip-prinsip latihan serta disiplin yang tinggi untuk mencapai hasil yang sempurna. Maka adalah penting seseorang itu mengetahui dan mendalami kaedahkaedah dan jenis-jenis latihan yang sesuai.

Latihan fizikal merupakan satu proses senaman yang dilakukan secara berulang ulang dan beransur maju di mana ia melibatkan unsur-unsur pembelajaran dan penyesuaian diri. Tujuan utama seseorang atlit menjalani latihan fizikal adalah membaiki dan meningkatkan komponen-komponen dalam kecergasan dan dapat mengelakkan diri daripada mengalami kecederaan. Peluang untuk tercedera hanya dapat dikurangkan apabila atlit memiliki koordinasi otot saraf yang baik, otot rangka yang kuat serta imbangan badan yang stabil dan tidak cepat lesu apabila menjalani aktiviti fizikal. Latihan fizikal yang dirancang dan dijalankan secara bersistematik dapat membantu para atlit meningkatkan prestasi. Semasa menjalani latihan fizikal ini atlit-atlit harus mengetahui secara mendalam prinsip-prinsip latihan supaya apa yang dilaksanakan nanti berkesan dan memberi manfaat pada diri sendiri.

Ringkasan dan komen Kecergasan Fizikal merangkumi koordinasi iaitu dari segi imbangan, ketangkasan, kuasa, masa respons dan kepantasan. Selain itu, kecergasan fizikal berasaskan pelakuan motor merangkumi kesihatan, daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan, kelenturan dan komposisi badan. Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot. Konsep kecergasan fizikal ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan. Dari segi kesihatan pula, tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan. Bagi gaya hidup yang sihat pula, tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah. Latihan fizikal merupakan satu proses senaman yang dilakukan secara berulang ulang dan beransur maju di mana ia melibatkan unsur-unsur pembelajaran dan penyesuaian diri. Tujuan utama seseorang atlit menjalani latihan fizikal adalah membaiki dan meningkatkan komponen-komponen dalam kecergasan dan dapat mengelakkan diri daripada mengalami kecederaan. Pada pandangan kami, seseorang yang sudah mencapai kecergasan fizikal dapat mengatasi cabaran aktiviti fizikal dalam kehidupan harian, manakala seseorang yang mempunyai kecergasan fizikal yang lemah akan berasa letih sesudah melakukan aktiviti fizikal. Individu yang mempunyai kecergasan fizikal yang baik dapat meningkatkan kecekapan sistem respirasi dan sistem kardiovaskular yang merangkumi denyutan jantung, peredaran darah dan menambah kekuatan otot. Individu seumpama ini boleh mengelakkan penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi.

Artikel 4 : Kecergasan Fizikal (Physical Fitness)

Adakah fizikal anda cukup cergas?pernah kah anda berfikir kenapa adakalanya anda rasa anda tidak kuat seperti yang disangkakan?Jangan jadi rakyat Malaysia yang lembik!! Jadilah rakyat Malaysia yang sihat dan bertenaga.Ianya dapat dilakukan dengan mengamalkan prinsip Physical Fitness. Apa itu kecergasan fizikal? Kecergasan Fizikal adalah:-kebolehan badan untuk berfungsi secara efektif dan berkesan. -kebolehan untuk bekerja secara efektif -sihat tubuh badan -mengurangkan penyakit kinetik seperti penyakit Diabetis, Osteoporosis, Sakit belakang, obesiti, mental, Athsma, Infection dan sindrom haid (PMS) Bagaimana anda ingin memastikan anda dalam kesihatan yang baik?? Caranya adalah mengamalkan cara hidup sihat (Healthy Lifestyle). BERSENAMLAH!

Ada beberapa bahagian dalam senaman.Antaranya ialah bersenam untuk meningkatkan tahap kardiovaskular, bersenam untuk meningkatkan kekuatan, ketahanan dan flexibiliti otot2 anda.

Berjogging

Antara senaman yang boleh dilakukan ialah berjogging. Berjogginglah selama 20-45 minit untuk membakar lemak anda dan meningkatkan kebolehan kardiovaskular anda. Bersenam di Gym

Pergilah ke mana2 gym yang terdekat. Bersenamlah di dalam gym untuk meningkatkan kekuatan badan dan otot2 anda.Banyak latihan dalam gym yang perlu untuk anda lakukan untuk menjadi sihat dan fit. Antaranya ialah latihan kekuatan, latihan Ketahanan, latihan functional,latihan flexibiliti, latihan kardiovascular dan latihan pernafasan. Semua latihan2 ini lah yang anda harus lakukan untuk menjadi individual yang kuat dan sihat!! Senaman Spiritual

Apa itu senaman spiritual??Ianya adalah senaman seperti Yoga, Qi Gong, Tai Chi, Pilates dan banyak lagi.Senaman ini juga memainkan peranan penting dalam kesihatan kita.Nak tau tak kenapa?Sebabnya dengan melakukan senaman2 ini, ia boleh meningkatkan ketenangkan mental, teknik pernafasan yang betul, mengurangkan stress dan mendapatkan tidur yang berkualiti.

PEMAKANAN YANG SEIMBANG

Kalau bersenam tapi makan tak jaga,tak akan jadi juga.So apa yang perlu kita buat, kita makan makanan yang seimbang. Seperti yang dalam Pyramid Makanan yang seimbang tu.. So dapatla kita jadi lebih sihat,fit,mantap dan kuat dengan adanya kesedaran anda dalam pentingnya gaya hidup sihat ini.Jadikan gaya hidup sihat sebagai gaya hidup anda!! Dalam segmen yang seterusnya,saya akan terangkan lagi secara detail lagi semua tentang info kesihatan.Wait for it!! -TURN YOUR LIFESTYLE TO HEALTHY LIFESYTLE!!!- By Apize

Ringkasan dan komen : Kecergasan Fizikal adalah kebolehan badan untuk berfungsi secara efektif dan berkesan. Selain itu, kebolehan untuk bekerja secara efektif, sihat tubuh badan dan mengurangkan penyakit kinetik seperti penyakit Diabetis, Osteoporosis, Sakit belakang, obesiti, mental, Athsma, Infection dan sindrom haid (PMS). Antaranya ialah bersenam dapat meningkatkan tahap kardiovaskular, bersenam untuk meningkatkan kekuatan, ketahanan dan flexibiliti otot. Antara senaman yang boleh dilakukan ialah berjogging. Bersenam di dalam gym untuk meningkatkan kekuatan badan dan latihannya ialah kekuatan, latihan Ketahanan, latihan functional,latihan flexibiliti, latihan kardiovascular dan latihan pernafasan. Selain itu, senaman spiritual boleh meningkatkan ketenangkan mental, teknik pernafasan yang betul, mengurangkan stress dan mendapatkan tidur yang berkualiti. Akhir sekali, makan makanan yang seimbang supaya badan menjadi lebih sihat, fit, mantap dan kuat. Daripada konsep kecergasan ini, kami dapati bahawa semua orang haruslah bersenam kerana senaman merangkumi semua bentuk kecergasan fizikal. Senaman sederhana boleh meningkatkan kadar denyutan jantung, pengudaraan paru-paru, peredaran darah, dan metabolisme lemak untuk mengelakkan kegendutan dan akhirnya melicinkan proses perkumuhan seperti perpeluhan dan pembuangan air kencing.

Artikel 5 : KECERGASAN Pencapaian kesihatan dan kecergasan yang optima adalah merupakan sesuatu yang sangat-sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Masyarakat moden secara puratanya tidak dapat mencapai tahap kesihatan dan kecergasan yang optima. Kebanyakan dari kita memadai memilih tahap pencapaian yang minimun terhadap kedua-dua komponen ini. Bagi mencapai piawaian yang optima, kita perlu merangka gaya hidup kita ke arah yang lebih aktif dan cuba mengelakkan gejalagejala yang memudaratkan seperti penyakit dan tingkah laku sosial yang tidak berfaedah. Menurut Stokes et. al (1981) terdapat beberapa faktor risiko yang boleh mengurangkan kesihatan dan kecergasan seseorang. 1. Warisan Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung sebelum umur 50 atau 60 tahun meningkatkan anda untuk mendapat penyakit ini. 2. Tidak Aktif Mereka yang aktif mempunyai risiko yang rendah berbanding kategoi "sedentary". 3. Kegemukan Penambahan lemak mempunyai pertalian yang rapat dengan kencing manis. 4. Darah Tinggi Dikenali sebagai penyebab kepada anging ahmar dan penyakit jantung. 5. Merokok Terdapat korelasi yang tinggi di antara merokok dengan penyakit jantung. 6. Tekanan Tekanan memberi kesan ke atas jantung dan boleh mengakibatkan beberapa penyakit lain. 7. Peningkatan Paras Kolesterol Kuantiti dan kualiti kolesterol mempunyai kesan yang terus terhadap jantung. 8. Diabetes Mempunyai korelasi di antara diabetes dengan masalah sistem peredaran. Kehidupan zaman moden memandu ke arah ketidakcergasan, tetapi kita boleh membuat pilihan ke atas senaman, merokok, pemakanan dan pengawalan tekanan. Adalah sangat perlu bagi kita memulakan dari peringkat seawal mungkin. Lebih cepat kita memulakanya maka lebih mudah kita dapat mengurangkan risiko-risiko

yang akan dihadapi. Keadaan kesihatan kita adalah bergantung kepada tanggung jawab kita. Di USA umpamanya terdapat lebih kurang 25000 orang membunuh diri setiap tahun dan bagi pelajar kolej bunuh diri adalah penyebab kedua ke atas kematian. Kecrgasan fizikal dan senaman dapat memberi menafaat dari segi psikologi kerana berupaya mengurangkan ketegangan dan putus asa (Lambther 1972).

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kecergasan 1. Genetik. Setiap manusia dianugerahkan oleh Allah dengan kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Oleh itu genetik boleh digunakan sebagai panduan untuk menilai kekauatan dan kelemahan seseorang. Gunakan kelebihan pada diri anda untuk menonjolkan keupayaan pada tahap yang sebenarnya dan memperbaiki kelemahan setelah kita mengenalpasti kelemahan berdfasarkan maklumat-makluamt genetik. 2. Persekitaran. Ia menentukan peluang-peluang yang boleh diperolehi oleh seseorang. Sebagai contohnya keluarga Haji Sidek boleh menakluki dunia badminton di peringkat dunia. Mengapa Australia yang mempunyai bilangan penduduk yang sedikit boleh menjadi kuasa bvesar dalam bidang sukan. 3. Tingkahlaku. Faktor ini merupakan faktor penentu di antara ketiga-tiga faktor di atas. Sebagai contohnya seseorang individu yang mempunyai genetik dan persekitaran yang baik tidak berupaya menghasilkan kecergasan yang baik disebabkan tingkahlakunya yahng negatif seperti merokok, minum arak dan mengamalkan tabiat-tabiat buruk. Sebaliknya walau pun seseorang yang mempunyai genetik dan persekitaran yang kurang baik tetapi mempunyai tingkahlaku yang baik berupaya meningkatkan tahap kecergasan apabila mengamalkan gaya hidup sihat. Kecergasan Fizikal Masyarakat Greek percaya bahawa kecerdasan dan kemahiran hanya akan berfungsi dikemucak keupayaan mereka apabila badan sihat dan kuat manakala

Presiden Kennedy (1960) menyatakan "hardy spirits and tough minds usually inhibit sound bodies". Kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama:1. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan a. Daya Tahan Kardiovaskular. Keupayaan melakukan kerja dalam jangka masa yang lama yang melibatkan keseluruhan badan contohnya berjogging. b. Kelembutan. Kebolehan meregang otot atau ligamen bagi membolehkan sendi bergerak dengan bebas dalam julat pergerakan yang maksimun. Contohnya aktiviti split. c. Kekuatan Otot. Daya yang dapat dikenakan kepada otot atau sekumpulan otot dalam satu pengecutan maksimun. Contohnya mengangkat objek besar. d. Daya Tahan Otot. Keupayaan otot bekerja dalam jangka masa yang lama tetapi kurang dari keupayaan maksimun. Contohnya melakukan aktiviti bangkit tubi. e. Komposisi Badan. Ia merujuk kepada peratus lemak dalam badan. 2. Kecergasan Fizikal Berlandaskan Perlakuan Motor Ianya bermaksud kualiti yang memolehkan individu melakukan tugasan yang spesifik. a. Kordinasi. Kebolehan menyesuaikan deria dengan otot bagi menghasilkan ketepatan, kelicinan dan keharmonian pergerakan. b. Ketangkasan. Keuapyaan menukar arah dengan cepat dan berkesan. c. Kelajuan. Keupayaan bergerak dari satu titik ke titik berikut dengan cepat. d. Imbangan. Jenis kordinasi yang melibatkan penglihatan reflek dan sistem otot rangka yang mana dapat mengekalkan keseimbangan. e. Masa Tindakbalas. Masa yang diperlukan untauk bergerakbalas/memulakan pergerakan setelah diberikan rangsangan. f. Kuasa. Keupayaan melakukan kerja dalam masa yang singkat.

Komponen-komponen kecergasan.

Terdapat lima komponen dalam kecergasan : 1. sosial 2. mental 3. fizikal 4. emosi 5. rohani.

Kecergasan sosial Seseorang itu dapat bergaul dengan masyarakat dan memberikan sumbangan yang positif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Komponen ini dapat mengeratkan masyarakat, mewujudkan perpaduan yang membawa keamanan dan kesejahteraan negara.

Kecergasan mental Keupayaan berfikir dan bertindak dengan rasional dan berhikmah. Seseorang yang mempunyai kecergasan mental yang baik akan dapat menyumbangkan tenaga dan fikiran kearah kebajikan masyarakat dan negara.

Kecergasan fizikal Terbahagi kepada dua aspek iaitu, berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.

Aspek fizikal berasaskan kesihatan diri terdiri daripada : a) daya tahan kerdiovaskular b) kekuatan otot c) daya tahan otot d) regangan dan fleksibiliti e) komposisi tubuh badan

Aspek kecergasan fizikal pula berasaskan perlakuan motor terdiri daripada : a) kelajuan/kepantasan b) imbangan c) ketangkasan d) kuasa e) masa tindak balas f) koordinasi

Kecergasan emosi keperluan pembinaan asas kecergasan fizikal, sosial dan mental merupakan pengawalan emosi. Seseorang yang mempunyai kecergasan emosi yang stabil akan dapat mengawal diri dengan baik dan tidak bertindak mengikut perasaan.

Kecergasan rohani Merupakan keupyaan dalaman seperti beriman, sabar, ikhlas, rendah diri dan lainlain. Komponen ini dapat melahirkan individu yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi, berperibadi mulia, berdisplin tinggi dan disegani.

Ringkasan dan komen :

Terdapat beberapa faktor risiko yang boleh mengurangkan kesihatan dan kecergasan seseorang. Contohnya warisan, tidak aktif, kegemukan, darah tinggi, merokok, tekanan, peningkatan paras kolestrol dan diabetes. Antara faktor- faktor yang mempengaruhi kecergasan ialah dari segi genetik, persekitaran, dan tingkahlaku.Terdapat lima komponen dalam kecergasan iaitu sosial, mental, fizikal, emosi dan rohani. Keperluan pembinaan asas kecergasan fizikal, sosial dan mental merupakan pengawalan emosi. Kecergasan rohani juga dapat melahirkan individu yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi, berperibadi mulia, berdisplin tinggi dan disegani. Bagi kecergasan sosial pula, seseorang itu dapat bergaul dengan masyarakat dan memberikan sumbangan yang positif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Komponen ini dapat mengeratkan masyarakat, mewujudkan perpaduan yang membawa keamanan dan kesejahteraan negara. Kecergasan mental membolehkan seseorang yang mempunyai kecergasan mental yang baik akan dapat menyumbangkan tenaga dan fikiran kearah kebajikan masyarakat dan negara. Kami berpendapat bahawa kecergasan fizikal dan senaman dapat memberi menafaat dari segi psikologi kerana berupaya mengurangkan ketegangan dan putus asa. Orang yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi bukan sahaja mempunyai badan yang sihat, malah sanggup menerima cabaran fizikal dalam aktiviti harian. Kecerdasan fizikal juga bermaksud keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa penat yang keterlaluan. Di samping itu, dia juga mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi cabaran apabila timbulnya kecemasan.

Anda mungkin juga menyukai