Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN AM IHTIFAL KAFA PERINGKAT SEKOLAH

KELAYAKAN
1. Murid sekolah rendah yang mengikuti kurikulum KAFA.
2. Had umur peserta bagi pertandingan adalah murid KAFA yang berusia 12 tahun dan
kebawah.
3. Seseorang peserta hanya dibenarkan menyertai satu acara sahaja.
4. Sekiranya peserta dalam keuzuran atau kes kecemasan peserta tersebut boleh diganti
dengan peserta lain sebelum pertandingan bermula.

TATACARA DAN KAEDAH MERAKAM VIDEO


1. Rakaman boleh dibuat oleh guru.
2. Peserta mesti berpakaian seragam sekolah dan bersongkok bagi murid lelaki serta
kemas.
3. Tempat yang sesuai, tiada sebarang gangguan.
4. Suasana tenang dan terang (pencahayaan yang sesuai).
5. Latar belakang yang menarik.

KAEDAH PENGHANTARAN VIDEO


1. Video dihantar oleh wakil guru / Penyelaras Ihtifal Sekolah kepada Unit Kokurikulum.
2. File Video perlu dinamakan mengikut susunan berikut : Daerah, Nama Sekolah, Acara,
Kategori dan Tajuk (contoh : DAERAH, NAMA SEKOLAH, HAFAZAN LELAKI, SET A)
HAFAZAN
1. Peserta dikehendaki menghafaz semua surah mengikut pilihan peserta dengan
memilih satu set hafazan sahaja berdasarkan pilihan di bawah :

SET A
1. Al-Fatihah (Wajib)
2. As-Syarh
3. Al-Qori’ah
4. Al-Fajr
5. ‘Abasa

SET B
1. Al-Fatihah (Wajib)
2. Al-Humazah
3. Al-‘Adiyat
4. Al-Layl
5. At-Tariq

SET C
1. Al-Fatihah (Wajib)
2. Al-Qadr
3. Al-‘Alaq
4. Al-Balad
5. Al-Inshiqaq

2. Perlu membaca keseluruhan ayat di dalam surah dalam keadaan mata tertutup.
3. Tiada had masa yang ditetapkan.
4. Syarat-syarat asas pertandingan adalah seperti yang terkandung di dalam Garis
Panduan (Ihtifal MIKK).
5. Video tidak boleh disunting sama sekali.
6. Video dirakam menggunakan video kamera sedia ada yang terdapat pada peranti
tanpa menggunakan aplikasi lain. Contoh (viva video).
7. Video dirakam dalam keadaan statik dengan gambar dan suara yang jelas.
8. Jarak antara video dengan peserta lebih kurang 3 meter.
9. Kedudukan rakaman mesti berkeadaan melintang.

Anda mungkin juga menyukai