Anda di halaman 1dari 2

KEM PEMILIHAN PELAJAR YTM 2011

BAGI PROGRAM PERSEDIAAN LUAR NEGARA

Sila ambil perhatian tentang perkara-perkara berikut sebagai panduan


berkaitan program.

1. Pendaftaran

1.1 Peserta dikehendaki mendaftar nama masing-masing di TNB Integrated


Learning Solution Sdn Bhd (ILSAS) UNITEN Bangi, Selangor pada jam
8.00 pagi hingga 9.00 pagi, 15 April 2011.

2. Pengangkutan

2.1 Perjalanan pergi dan balik ke tempat kursus adalah dibawah tanggungjawab
pelajar sendiri.

3. Peraturan Pakaian dan Disiplin

3.1 Memakai pakaian rasmi yang sesuai semasa menghadiri kuliah/kursus atau
selepas kuliah seperti berikut:

3.1.1 Menghadiri kuliah


 Semasa di kelas, peserta wanita dikehendaki memakai pakaian
rasmi dan bertudung (Muslim ) seperti berbaju kurung atau
berkebaya.
 Sementara bagi peserta lelaki hendaklah berkemeja lengan
panjang serta bertali leher.
 Atau pakaian yang bersesuaian seperti yang diarahkan oleh
Facilitator dari masa kesemasa.

3.1.2 Senaman dan riadah


 Semua peserta hendaklah memakai pakaian sukan yang
bersesuaian dan tidak menjolok mata semasa aktiviti sukan.

3.1.3 Memakai pakaian lengkap untuk bersolat jemaah. (Muslim)


3.1.4 Tidak dibenarkan memakai sandal getah kecuali di asrama.
3.1.5 Peserta lelaki tidak dibenarkan memakai barangan hiasan melainkan
yang berkaitan keagamaan.
3.1.6 Peserta perempuan tidak boleh berpakaian ketat, jarang, berbelah
serta menjolokkan mata, bersolek keterlaluan dan mewarnakan
rambut.
3.1.7 Mesti memakai kad pengenalan diri/kad peserta di sepanjang
program ini.
3.1.8 Semua peserta dikehendaki hadir disemua program yang telah
disusun tepat pada waktunya.

4. Makan dan penginapan

4.1 Sepanjang program, makanan dan penginapan peserta akan disediakan oleh
pusat latihan.
4.2 Sila maklumkan kepada Urusetia sekiranya terdapat peserta yang
menghadapi masalah pemakanan.
5. Keselamatan

Urusetia Yayasan TM akan berusaha untuk mempastikan keselamatan peserta di


sepanjang program berjalan.

6. Aturcara Program

Akan diedarkan semasa pendaftaran/kursus.

7. Peralatan dan alatulis

Saudara/saudari hendaklah membawa kelengkapan alatulis serta peralatan mandi


masing-masing.

8. Disiplin

Semua peserta adalah tertakluk kepada disiplin sebagaimana yang digariskan


oleh pihak Yayasan TM/Fasilitator. Peserta juga dikehendaki mematuhi syarat-syarat
dan peraturan di sepanjang kursus berkenaan.

10. Pertanyaan

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung kursus ini, saudara/saudari


bolehlah berhubung dengan Urusetia Program di talian 03-22401594 atau 013-
3540389 (Encik Ihsan Said) dan Puan Rohana 03-22401580 atau 013-3369188.

Disediakan oleh:
Yayasan TM
Aras 14 (Selatan), Menara TM
Jalan Pantai Bahru
50672 Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai