Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN-PERATURAN BAGI PESERTA-PESERTA KURSUS INDUKSI MODUL KHUSUS UiTM

KANDUNGAN

PERATURAN-PERATURAN BAGI PESERTAPESERTA KURSUS MODUL INDUKSI KHUSUS 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pendahuluan Objektif Pentadbiran Kuliah, Latih Amal dan Ko-Kurikulum Peperiksaan Penutup Muka Surat 2 2 3-4 4 4-5 5

J P b S M

2 0 0 8

PERATURAN-PERATURAN BAGI PESERTAPESERTA KURSUS INDUKSI MODUL KHUSUS

1. PENDAHULUAN Peraturan-peraturan ini menjelaskan perkara-perkara yang perlu diikuti oleh peserta-peserta yang menghadiri Kursus Induksi Modul Khusus. 2. OBJEKTIF Peraturan-peraturan ini dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif berikut : i. menyediakan satu suasana dan pesekitaran kursus yang lebih teratur dan selesa. melatih dan membimbing peserta kursus ke arah pembentukan tingkah laku dan perbadi yang berdisiplin dan cemerlang.

ii.

J P b S M

2 0 0 8

3. PENTADBIRAN 3.1 Peserta-peserta dimestikan hadir 100% sepanjang tempoh kursus dijalankan. Tiada pengecualian boleh diberi, sekiranya peserta tidak hadir 3 sesi ceramah bermakna ianya telah tidak dapat untuk memenuhi kehadiran dan dianggap gagal. Sekiranya peserta-peserta mempunyai sebarang kemusykilan dan masalah berkaitan dengan kursus, ianya hendaklah dirujuk kepada Penyelaras Kursus melalui Penghulu Kursus. Peserta-peserta dikehendaki melantik seorang Penghulu dan Jawatankuasa bagi kursus ini. Selain dari itu, setiap kumpulan latih amal dikehendaki melantik seorang Ketua Kumpulan. Segala urusan dengan Penyelaras Kursus hendaklah dibuat menerusi Penghulu dan Ketua Kumpulan sahaja. Buku-buku dan peralatan atau barang-barang lain yang dipinjam hendaklah dikembalikan sebelum kursus berakhir. Peserta-peserta tidak dibenarkan merokok di dalam dewan kuliah, bilik latih amal atau di tempat-tempat yang dilarang merokok. Peserta-peserta dilarang sama sekali melakukan sebarang perbuatan atau kegiatan yang menyalahi undang-undang jenayah, agama dan perbuatan yang tidak bermoral sepanjang tempoh kursus. Peserta-peserta yang didapati bersalah kerana melakukannya akan diambil tindakan bagi tujuan disingkirkan dari kursus. Peserta-peserta adalah dikehendaki berpakaian kemas semasa berkursus. Peserta lelaki adalah dikehendaki memakai tali leher dan baju lengan panjang. Bagi peserta wanita mereka adalah dikehendaki menutup aurat dan berpakaian sopan. Bagi sesi latihan jasmani dan riadah, para peserta dikehendaki memakai baju kemeja T berkolar, track-bottom, kasut sukan dan stokin yang sesuai. Peserta-peserta adalah dikehendaki menandatangani di borang kehadiran mengikut waktu yang ditetapkan melainkan seperti yang diarahkan oleh Penyelaras.

3.2

3.3

3.4

3.5

3.6

3.7

3.8

3.9

3.10 Merekod kehadiran orang lain adalah satu kesalahan. Sesiapa yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan untuk disingkirkan dari kursus.

J P b S M

2 0 0 8

4. KULIAH, LATIH AMAL DAN KO-KURIKULUM 4.1 Peserta-peserta diwajibkan menghadiri kuliah, menyempurnakan semua latih amal dan melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum yang diadakan sepanjang kursus kecuali mendapat kebenaran Penyelaras Kursus. Peserta-peserta dikehendaki sentiasa menghormati majlis atau sesi kuliah, latih amal dan aktiviti ko-kurikulum dengan tidak meninggalkan kuliah yang sedang berjalan tanpa kebenaran, membuat sebarang gangguan termasuk penggunaan telefon mudah alih (handphone).

4.2

5. PEPERIKSAAN 5.1 Setiap peserta dikehendaki menduduki semua peperiksaan atau ujian yang ditetapkan. Peserta hendaklah hadir di dewan peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan bermula. Calon yang lewat akan hanya dibenarkan menduduki peperiksaan oleh Ketua Pengawas sekiranya ia dapat memberikan alasan yang munasabah. Peserta-peseta tidak dibenarkan meninggalkan dewan peperiksaan sehingga masa peperiksaan tamat kecuali telah mendapat kebenaran dari Ketua Pengawas. Kertas-kertas jawapan hendaklah ditulis dengan nama penuh/ nombor kad pengenalan bagi setiap helaian kertas jawapan yang digunakan. Semua jawapan hendaklah ditulis nombor soalan berkenaan. Setiap jawapan hendaklah dimulakan atas helaian kertas yang berasingan. Setiap peserta hanya dibenarkan membawa alat-alat dan keperluan yang dibenarkan sahaja ke dalam dewan peperiksaan. Nota-nota, buku, latih amal, beg, fail dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan. Ketua Pengawas berhak mendapat penjelasan daripada peserta jika difikirkan ada unsur-unsur penipuan atau keadaan yang meragukan. Meniru dan membenarkan ditiru adalah dilarang keras semasa peperiksaan atau ujian.

5.2

5.3

5.4

5.5

5.6

5.7

5.8

5.9

J P b S M

2 0 0 8

5.10 Bercakap atau bertanya sesama sendiri tidak dibenarkan semasa peperiksaan atau ujian sedang berjalan. Sebarang pertanyaan atau soalan hendaklah ditujukan kepada Ketua Pengawas atau Pengawas Peperiksaan. 5.11 Peserta tidak dibenarkan mengubah-suai tempat duduk di dalam dewan peperiksaan. 5.12 Setiap peserta dikehendaki mematuhi semua arahan yang diberikan sebelum atau semasa peperiksaan atau ujian sedang berjalan. 5.13 Ketua Pengawas berhak mengusir seseorang peserta kursus dari dewan peperiksaan jika didapati peserta berkenaan melanggar peraturan peperiksaan atau ujian dan peraturan kursus. 5.14 Bagi Modul Khusus keputusan akan dikeluarkan dalam dua kategori iaitu Lulus atau Gagal.

6. PENUTUP Peserta-peserta dikehendaki memahami dan mematuhi peraturan atau arahan yang ditetapkan dan sentiasa memberi perhatian terhadap perubahan program kursus yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan kursus dari semasa ke semasa.

J P b S M

2 0 0 8

Anda mungkin juga menyukai