Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PROJEK PENANAMAN KAKTUS

Projek penanaman kaktus telah dijalankan di Program Pendidikan Khas Sk Seri Aman Pokok Assam Taiping. Projek ini telah dimulakan pada awal bulan januari 2012 dan telah diteruskan sehingga ke tahun 2013. Projek penanaman kaktus ini adalah dibawah kelolaan En Mohd Azmi bin Ahmad Hanipiah dengan dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Bagi menjayakan Projek ini, murid dari kelas Permata dan Delima telah di pilih untuk bersama sama berganding bahu untuk memastikan kelancaran projek. Keseluruhan murid berjumlah 14 orang. Perlaksanaan projek penanaman kaktus ini bermula dengan pembelian peralatan bagi tujuan pembiakan anak pokok kaktus seperti pasu pelbagai saiz, benih kaktus dan juga baja. Selain daripada benih yang dibeli, usaha berjimat cermat telah dilaksanakan dengan mendapatkan benih kaktus dari koleksi kaktus guru yang bertugas di sekolah ini. Aktiviti projek kaktus ini dimulakan pada waktu Kemahiran Hidup pada setiap hari selasa ( 8.40-10.10 pg ) dan hari Jumaat ( 9.10-11.00pg ). Projek penanaman kaktus ini dilaksanakan berselang seli dengan projek cuci kereta yang turut dijalankan hari dan waktu yang sama. Pembahagian tugas dikalangan murid yang terlibat dengan projek ini juga telah dilaksanakan. Ini adalah bagi memastikan setiap pokok kaktus yang ditanam akan dapat membesar dengan sempurna. Projek penanaman kaktus ini di lihat mempunyai potensi yang besar di masa hadapan. Walaupun projek ini baharu sahaja dilaksanakan, namun ianya telah mula menerima tempahan dan permintaan daripada para guru dan pekerja di sekolah ini. Selain dari untuk tujuan pemasaran, melalui projek penanaman penanaman kaktus ini juga diharapkan akan memberi peluang dan pengalaman yang baru kepada murid-murid Pendidikan Khas yang terlibat. Dengan adanya projek seumpama ini diharapkan ianya akan menjadi batu loncatan kepada murid Pendidikan Khas untuk menjadi warganegara yang mampu berdikari dan seterusnya menjadi penyumbang kepada pembangunan negara. Secara keseluruhannya, semua warga Pendidikan Khas berasa gembira dengan aktiviti yang telah dilaksanakan ini. Pihak pengelola program mengharapkan agar program ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan. Kejayaan projek ini juga adalah atas sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak termasuk Ibu Bapa murid-murid Pendidikan Khas. Diharapkan program ini telah mencapai objektif perlaksanaannya.

Disediakan oleh, .................... (MOHD AZMI BIN AHMAD HANIPIAH ) Penyelaras Projek Penanaman Kaktus

Disemak oleh, . ( NOOR SHAM BT MOHAMAD ) Pengerusi Projek Penanaman Kaktus

Penyedian Pasu Oleh Murid

Proses Penjagaan

Pelbagai Saiz Pasu

Deretan Kaktus Yang Di Tanam

LAPORAN PROJEK CUCI KERETA Projek Cuci Kereta telah dijalankan di Program Pendidikan Khas Sk Seri Aman Pokok Assam Taiping. Projek ini telah dimulakan pada awal bulan jun 2012 dan telah diteruskan sehingga ke tahun 2013. Projek Cuci Kereta ini adalah dibawah kelolaan En Mohd Azmi bin Ahmad Hanipiah dengan dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Bagi menjayakan Projek ini, murid dari kelas Permata dan Delima telah di pilih untuk bersama sama berganding bahu untuk memastikan kelancaran projek. Keseluruhan murid berjumlah 14 orang. Perlaksanaan projek Cuci Kereta ini bermula dengan pembelian peralatan bagi tujuan mencuci kereta. Antara barangan yang telah dibeli ialah seperti getah paip, berus sabut, syampu pencuci kereta, baldi, tuala dan pengilat tayar. Setelah kesemua barangan ini dibeli, guru telah menerangkan kepada murid berkenaan dengan fungsi kaedah pengunaan setiap peralatan tersebut. Aktiviti cuci kereta ini dimulakan pada waktu Kemahiran hidup pada setiap hari selasa ( 8.40-10.10 pg ) dan hari Jumaat ( 9.10-11.00pg ). Projek Cuci Kereta ini dilaksanakan berselang seli dengan projek penanaman kaktus yang turut dijalankan hari dan waktu yang sama. Pembahagian tugas dikalangan murid yang terlibat dengan projek ini juga telah dilaksanakan. Ini adalah bagi memastikan setiap pelanggan yang menghantar kereta ke sini akan berpuas hati dengan hasil kerja yang telah dilaksanakan. Setiap kereta yang di hantar ke sini untuk di cuci akan dikenakan bayaran mengikut servis yang diberikan. Cucian bahagian luar kereta sahaja akan dikenakan bayaran sebanyak RM 4. Manakala bagi cucian kereta untuk bahagian luar dan dalam kereta pula akan dikenakan bayaran sebanyak RM10. Setiap kutipan hasil cucian kereta akan dimasukkan ke dalam tabung yang telah disediakan. Projek Cuci Kereta ini di lihat mempunyai potensi yang besar di masa hadapan. Walaupun projek ini baharu sahaja dilaksanakan, namun ianya telah mula menerima tempahan dan permintaan daripada para guru dan pekerja di sekolah ini. Selain dari untuk tujuan pemasaran, melalui projek Cuci Kereta ini juga diharapkan akan memberi peluang dan pengalaman yang baru kepada murid-murid Pendidikan Khas yang terlibat. Dengan adanya projek seumpama ini diharapkan ianya akan menjadi batu loncatan kepada murid Pendidikan Khas untuk menjadi warganegara yang mampu berdikari dan seterusnya menjadi penyumbang kepada pembangunan negara. Secara keseluruhannya, semua warga Pendidikan Khas berasa gembira dengan aktiviti yang telah dilaksanakan ini. Pihak pengelola program mengharapkan agar program ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan. Kejayaan projek ini juga adalah atas sokongan yang telah diberikan oleh semua pihak termasuk Ibu Bapa murid-murid Pendidikan Khas. Diharapkan program ini telah mencapai objektif perlaksanaannya. Disediakan oleh, .................... Disemak oleh, .

(MOHD AZMI BIN AHMAD HANIPIAH ) Penyelaras Projek Cuci Kereta

( NOOR SHAM BT MOHAMAD ) Pengerusi Projek Cuci Kereta

Mencuci Bahagian Luaran

Antara Yang Terlibat

Pembersihan Bagaian Dalaman

Proses Mengelap

LAPORAN PROGRAM MY HAPPY DAY 3 TARIKH MASA TEMPAT : : : 23 Oktober 2008 8.00 pagi 12.00 tengah hari LAMAN BESTARI, PKBP

Program My Happy Day 3 sepatutnya dilaksanakan pada hari Jumaat 24hb Oktober 2008 tetapi Pendidikan Khas telah memberi laluan kepada aktiviti sekolah iaitu Hari Kanakkanak dan mengadakannya pada hari Khamis 23 Oktober 2008 dengan kerjasama serta sumbangan daripada semua guru, PPM dan Ibu Bapa. Program ini meraikan semua warga Pendidikan Khas yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan September hingga Disember. Seramai 19 orang yang telah dirai terdiri daripada 14 orang murid, 3 orang guru Pendidikan Khas, Guru Besar dan seorang PPM. Aktiviti telah dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan acara permainan boling kelapa. Permainan ini telah disertai oleh guru-guru iaitu Puan Noor Sham, Puan Zaizura dan Encik Ahmad Saharullah dan murid-murid yang dirai. Keputusannya adalah seperti di bawah:Pertama Kedua : : Kumpulan Encik Ahmad Saharullah Kumpulan Puan Zaizura Markah: 25 Markah: 11

Ketiga

Kumpulan Puan Noor Sham

Markah:

Majlis secara rasminya telah dimulakan pada jam 8.45 pagi dengan ucapan daripada Pengerusi Majlis, Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Guru Besar. Acara memotong kek telah diketuai oleh Tn Hj Ismail bin Hj Hassan bersama warga Pendidikan Khas yang dirai. Hadiah telah disampaikan oleh Pn. Juriah bt Abu Bakar kepada semua warga Pendidikan Khas yang diraikan. Setelah selesai, semua warga Pendidikan Khas dan tetamu telah menjamu selera di perkarangan Laman Bestari PKBP. Permainan bersambung selepas jamuan makanan. Kali ini semua murid terlibat dalam beberapa permainan seperti kotak beracun, pinata dll. Majlis secara rasminya selesai pada jam 12 tengah hari. Secara keseluruhannya, semua warga Pendidikan Khas berasa gembira dengan aktiviti yang telah dilaksanakan ini. Pihak pengelola program mengharapkan agar program ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan. Kejayaan program ini juga adalah atas sumbangan berbentuk kewangan dan tenaga yang telah diberikan oleh semua pihak termasuk Ibu Bapa, guruguru, PPM dan murid-murid Pendidikan Khas. Diharapkan program ini telah mencapai objektif perlaksanaannya. Disediakan oleh, .................... ( LOH POH YOON ) Penyelaras Program My Happy Day 3 Disemak oleh, . ( NOOR SHAM BT MOHAMAD ) Pengerusi Program My Happy Day 3

Anda mungkin juga menyukai