Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan

Salam Sejahtera.

Yang berusaha Dr Qhamariah Binti Samu


(Timbalan Pengarah, Sektor Pengintegrasian Teknologi Pendidikan,
Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, KPM.)

Para pembentang AlCoB School Network Project Virtual Conference 2021

Yang Dihormati Guru besar - guru Besar,

Penolong Kanan sekolah yang terlibat dan

guru-guru sekalian.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr


Qhamariah Binti Samu, (Timbalan Pengarah, Sektor Pengintegrasian
Teknologi Pendidikan, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,
KPM), Guru besar - guru Besar, Para Pentadbir dan guru-guru yang hadir
pada hari ini. Saya Tn Hj Ab Rashid Bin Hj Md Ihsan selaku Guru Besar SK
Seksyen 13 ingin mengalu-alukan kehadiran pihak BSTP, para
pembentang dan semua guru-guru. Hari ini kita akan mengadakan
“AlCoB School Network Project Network Virtual Conference 2021”. Ini
adalah program persidangan dalam talian buat kali pertama.

Hadirin sekalian,

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, SK Seksyen 13 Sekolah


Kluster kecemerlangan telah menjalankan program ALCoB School
Network Project sejak tahun 2012 di bawah pimpinan Pn Ong Bee Bee.
Di bawah program ini, SK Seksyen 13 telah mengadakan program
kolaborasi dengan beberapa buah sekolah Korea seperti Songhwa
Elementary School,Chuncheon, Dochon Elementary School,Yanggu,
Dunggung Elementary School dan Haksa Elementary School, Busan.
Selain itu, SK Seksyen 13 juga telah bekerjasama dengan beberapa
sekolah di Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor berkaitan dengan
program ini.

1
Umum mengetahui matlamat persidangan ini bertujuan sebagai
pendedahan kepada semua sekolah dan guru-guru ALCoB School Network
Project di Malaysia tentang penggunaan medium pengintegrasian
multimedia di dalam program pertukaran murid serta kebudayaan di
antara Malaysia dan Korea Selatan. Persidangan ini turut dijalankan bagi
membantu para guru ALCoB School Network Project berupaya menimba
ilmu sebanyak mungkin berkaitan pengintegrasian multimedia dan
mengaplikasikannya semasa menjalankan program pertukaran pelajar di
sekolah. Persidangan ini akan menjadi platform bagi menambahkan ilmu
pengetahuan guru-guru ALCoB School Network Project mengenai
pelaksanaan “Web Cam Class” semasa melaksanakan program. Saya
percaya program ini akan memberi pendedahan dan pengalaman kepada
pihak guru serta menarik minat mereka untuk mendalami program
ALCoB School Network. Bagi pihak sekolah pula, saya berharap
persidangan ini dapat memberi panduan dan idea pengintegrasian
multimedia dalam program yang dijalankan.

Hadirin sekalian,

Saya juga percaya persidangan ini dapat memberi peluang kepada


ahli-ahli ALCoB School Network Project yang terpilih untuk
memperkembangkan potensi individu secara holistic, menyeluruh dan
bersepadu, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Akhir
kata,saya berharap program ini boleh dijadikan sebagai medan
menimba pengalaman dan idea bagi menjana kecemerlangan bagi
sekolah ALCoB School Network Project.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai