Anda di halaman 1dari 4

Project Description: Projek yang kami akan jalankan iaitu Open Source @ School bertujuan untuk memperkenalkan perisian

sumber terbuka. Kami berharap dapat memperluaskan penggunaannya dalam kalangan murid-murid SMK Bukit Rambai serta komuniti setempat khususnya di Bukit Rambai. Kami juga berharap melalui projek ini kami mampu menyedarkan murid-murid dan masyarakat tentang perisian sumber terbuka Open Office yang mereka boleh gunakan sebagai alternatif bagi menggantikan perisian hak milik. Problem Statement: Ramai pengguna menggunakan perisian cetak rompak apabila ingin membuat instalasi semula sistem operasi dan perisian aplikasi memandangkan harga perisian hak milik yang tulen agak mahal. Pengguna biasa yang tiada kesedaran tentang hak cipta dan harta intelek sewenang-wenangnya melakukan pelanggaran sama ada dari sudut etika mahupun undang-undang. Skill Moodle, WAMP Server, Course Lab, Open Office, GIMP, Team Building Project Impact To School/Community Para pelajar dan komuniti yang telah dilatih akan faham dan dapat mengaplikasikan cara menggunakan portal Maxis Cyberkids dan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari melalui siri bengkel yang dianjurkan di sekolah seperti penggunaan Perisian Open Office, Course Lab, Moodle dan team building Community Involvement: Guru-guru Tadika jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Belia 4B Bukit Rambai Challenges: Kemudahan komputer yang tidak mencukupi di mana sekolah ini mempunyai pelajar seramai 1890 orang namun hanya mempunyai sebuah bilik komputer dengan bilangan komputer sebanyak 20 unit. Selain itu talian internet juga mengalami masalah. Long Term Plan: SMK Bukit Rambai melalui Projek Open Source at School berusaha untuk menjadikan projek ini satu projek jangka panjang dalam melahirkan para pelajar yang celik tentang ICT dan mempunyai kemahiran berkaitan Sumber Terbuka yang cukup terlatih sebagai asset masa depan negara untuk menempuh alam pekerjaan kelak dalam suasana persaingan global. New Skill Learn: Penggunaan perisian Open Office dalam pengajaran dan pembelajaran, Sistem Operasi Ubuntu, pengurusan blog, email, internet marketing dan pengurusan projek

Cyberkids Club: Yes Club Establishment Date: 9/8/2011 No of Members to Date: 126 ACTIVITY 1 Preview Maxis Cyberkids Dan Pendaftaran Ahli Date: 29-07-2011 No of Participants Attended:124 org Brief Description about the Activity: Preview MCK dibuat mengikut kelas sesi pagi dan petang untuk memperkenalkan Projek MCK kepada pelajar dan portal MCK Knowledge/Skills Used & Transferred: ACTIVITY 2 Sesi Table Talk Date: 6/8/2011 No of Participants Attended: 15 Brief Description about the Activity: Sesi Table Talk diadakan pada setiap hari Sabtu untuk membolehkan para fasilitator membuat promosi MCK kepada para pelajar. Dalam sesi ini setiap fasilitator akan membimbing cara mendaftar dan menggunakan portal MCK dengan berkesan, dan menjawab pertanyaan dari para pelajar. Ini sebahagian dari strategi MCK bersama pelanggan. Knowledge/Skills Used & Transferred: Portal MCK, pengurusan Email, mencipta avatar ACTIVITY 3 Majlis Berbuka Puasa MCK Date: 26/08/2011 No of Participants Attended: 42 org Brief Description about the Activity:

Majlis berbuka puasa MCK telah diadakan di Hotel Permaisuri, Stadium Hang Jebat bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim para ahli MCK tingkatan lima yang akan meninggalkan sekolah selepas SPM. Portal MCK akan menjadi talian penghubung untuk mereka berkomunikasi dengan rakan-rakan dan guru-guru. Para fasilitator tingkatan 5 diminta menguruskan majlis bermula dengan jualan kad berbuka puasa, membuat tempahan tempat duduk, menguruskan pengangkutan dan urusan surat menyurat. Knowledge/Skills Used & Transferred: Pengurusan Majlis, Booking System, Kemahiran Interpersonal

ACTIVITY 4 Bengkel Course Lab Guru Sejarah Date: 15/10/2011 No of Participants Attended: 11 org Brief Description about the Activity: Bengkel ini merupakan bengkel separuh hari bertujuan bagi mendedahkan kepada guruguru dengan perisian Course Lab 2.0. Di akhir bengkel para peserta perlu menghasilkan perisian kursus (courseware) bagi topik yang dipilih. Sambutan sangat menggalakkan. Knowledge/Skills Used & Transferred: Penggunaan perisian Course Lab 2.0, penggunaan email dan blog link

ACTIVITY 5 Bengkel Blog dan Email Belia 4B Bukit Rambai Date: 22/10/2011 No of Participants Attended: 18 org Brief Description about the Activity: Bengkel Pembinaan Blog dan Pengurusan Email telah diadakan di Cubic Cyber cafe. tujuan bengkel ini diadakan untuk membimbing para belia untuk membina blog dan menguruskan email. Kemahiran lanjutan ialah untuk menggalakkan para belia memanfaatkan teknologi ICT untuk meningkatkan perkongsian idea disamping menjana kewangan melalui program affiliate dan jualan secara online. Knowledge/Skills Used & Transferred: Blogspot, wordpress, email (yahoo dan gmail)

ACTIVITY 6 Bengkel Pembinaan bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Guru Tadika JAIM Date: 25/9/2011 No of Participants Attended: 8 org Brief Description about the Activity: Bengkel ini bertujuan untuk membimbing guru-guru Tadika jabatan Agama Islam Negeri Melaka membina bahan P&P secara interaktif menggunakan perisian Course Lab. Bengkel ini diadakan di Tadika JAIM Bukit Rambai di mana setiap peserta diwajibkan membawa komputer atau laptop sendiri bersama broadband masing-masing. Di akhir bengkel ini para guru tadika berjaya menghasilkan bahan pengajaran secara ringkas menggunakan perisian tersebut. Kursus lanjutan akan diadakan pada tahun hadapan. Knowledge/Skills Used & Transferred: Course Lab, Blog, Email ACTIVITY 7 Pelancaran Penubuhan Kelab Maxis Cyberkids SMK Bukit Rambai Date: 9/11/2011 No of Participants Attended: 908 org Brief Description about the Activity: Majlis Pelancaran Kelab Maxis Cyberkids telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Bukit Rambai pada 9-11-2011 bertempat di Dataran BRASS pada jam 8.30 pagi. Knowledge/Skills Used & Transferred Perkongsian ilmu, pembinaan jati diri dan budaya literasi maklumat

The date entered in the Date field is incorrect. Please use a date in the format dd-mmyyyy

Anda mungkin juga menyukai