Anda di halaman 1dari 4

Bismillahirahmanirrahim Assalamu'alaikum Alhamdullilah, di pagi yang indah ini, saya masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah

swt. Alhamdullilah dikelilingi oleh orang yang baik-baik. Alhamdullilah, tidak putus-putus nikmat yang Allah swt kurniakan pada diri ini terutama nikmat iman dan hidayah yang masih segar dalam diri, yang masih kuat menegur dan 'memarahi' diri ini jika terleka dengan dunia yang penuh dengan kepalsuan. Alhamdullilah, sy telah post dalam blog saya sebelum ini yang bertajuk "kenapa saya berpurdah?". Nampaknya ramai yang berminat tentang purdah tidak kira perempuan maupun lelaki atau mempunyai niat yang baik bagi orang yang berpurdah maupun tidak. Langkah pertama dalam mencari ilmu dan maklumat adalah salah satu cara hidayah awal sampai pada seseorang. Apabila seseorang itu mencari, kemudian memahami dan mendalami, insyaAllah satu masa nanti Allah swt akan buka hatinya untuk mengamalkan dalam kehidupan seharian atas usaha yang dilakukan. Manakala, bagi lelaki, mereka akan berkongsi segala maklumat yang diperolehi dengan ahli keluarga, adik-adik perempuan, isteri dan kawan-kawan perempuan. Kali ini saya akan berkongsi cerita tentang purdah dengan pengalaman sendiri ,juga pengalaman orang lain dan ilmu tak seberapa yang ada pada diri ini. Saya telah lama memasang niat untuk berpurdah, dan sebelum berpurdah bermacam-macam persoalan yang bermain dalam diri seperti boleh ker aku pakai purdah dengan bidang bioteknologi, bagaimana penerimaan keluarga, apa tanggapan orang lain pada diri ini dan sebagainya. Semuanya ini bermain dalam fikiran saya ketika saya berangan-angan untuk berpurdah.

Gambar hiasan Alhamdullilah, saya ditemukan dengan beberapa orang yang berpurdah dan saya menganalisa mereka sebagaimana orang lain sedang menganilisa diri saya. Perkara biasa dalam kehidupan untuk mengenali orang disekeliling kita dengan memerhatikan mereka. :) Banyak yang saya belajar

daripada mereka perkara yang baik atau sebaliknya. Jika yang baik, kita tanam dalam diri untuk jadikan teladan. Manakala yang sebaliknya,kita jadikan sebagai peringatan agar tidak mengikuti apa yang dilakukan. Saya banyak mencari maklumat berkenaan berpurdah seperti hukum berpurdah, kelebihankelebihan berpurdah dan sebagainya. Hati pada mulanya tawar untuk berpurdah apabila menemui sebahagian yang berpurdah tapi bersikap jelek tapi apabila berjumpa dengan rakan-rakan lain yang berpurdah yang menunjukkan akhlak yang baik,hati berbunga-bunga untuk berpurdah. Purdah dapat mendidik anda untuk lebih menjaga pandangan dan hati; jika itu yang anda perlukan dalam kehidupan. Jadi ilmu itu amat penting disamping berpurdah untuk mendidik anda menjadi insan yang lebih baik. Ilmu yang ada pada diri anda akan mendidik anda memperbaiki diri dari masa ke semasa. :) Atas permintaan seorang sahabat: salam akak, Apa kata akak tulis satu artikel pandangan kritik dlm blog mengenai "Budaya mencampurkan unsur tabarruj dlm berpurdah yg akhirnya menyebabkan masyarakat menjadi keliru". Syifa tengok ramai remaja yg jahil agama kat facebook berpurdah sbb suka dgn "imej" wanita solehah cantik ttp pada masa yg sama menunjuk-nunjuk/tabarujj dan berperangai gedik tak tentu hala. Ironik sungguh!! Sedangkan berperangai gedik dan bertabarujj tu menunjukkan hilangnya malu dan adab sopan seorang gadis muslimah. Sekian Saya akan cuba mengulas isu yang diminta oleh sahabat saya ini dengan sedikit ilmu yang ada pada saya. Sahabat saya meminta saya mengulas isu ini memandangkan saya juga berpurdah. Isu yang saya highlight adalah: remaja yang jahil agama kat facebook berpurdah sebab suka dengan imej wanita solehah. Perkataan jahil disini sudah memberikan jawapan bagi persoalan kawan saya ini. Maksud jahil menurut dewan bahasa adalah tidak mengetahui atau cetek pengetahuannya. Perkara yang dilakukan oleh remaja terbabit sangat bagus, iaitu berpurdah tapi niat mereka dari awal lagi sudah tidak betul. Perkara pertama yang perlu dilakukan bagi seseorang yang ingin berpurdah adalah mencari ilmu berkenaan perkara tersebut. Ilmu akan membimbing diri agar tidak sesat dan mendidik menjadi insan yang lebih baik. Selain itu, perkara lain perlu diutamakan dahulu seperti menutup aurat yang wajib seperti lengan, tudung melepasi dada, stokin kaki, baju dan tudung tidak jarang,baju tidak ketat dan sebagainya. Jika semua perkara wajib masih dianggap enteng, sewajarnya niat untuk berpurdah ditangguhkan dulu. Perbaiki diri dulu dengan berpakaian menutup aurat sepenuhnya sebagaimana yang diajar oleh Islam. Kenapa saya nyatakan tangguhkan? Kerana jika anda teruskan niat anda, ia akan memberi fitnah kepada orang yang berpurdah. Hanya kerana anda, namun semua orang yang berpurdah akan dilabel begitu oleh masyarakat. Di samping itu, amalan dan akhlak amat ditekankan dalam mendidik diri untuk berpurdah. Sebelum saya berpurdah, perkara pertama yang saya nilai pada diri adalah amalan seharian dan akhlak. Namun, bukanlah beerti , awak berpurdah sebab awak dah cukup baik tapi amalan seharian yang terjaga dan akhlak yang baik itu akan mencantikkan lagi

perempuan yang berpurdah. Purdah juga akan mendidik perempuan-perempuan yang menjaga amalan dan akhlak yang baik menjadi lebih baik. Semua perkara yang sebutkan diatas adalah penting dalam persediaan untuk anda istiqamah , rasa selesa dan bahagia berpurdah. Apabila anda telah membuat persediaan, ikhlaskan niat berpurdah kerana Allah SWT bukan kerana untuk kelihatan cantik, untuk dapat suami yang alim, untuk nampak solehah dan sebagainya. Ikhlaskan demi mencari redha, kasih sayang, syurga,dan rahmat Allah SWT.

Gambar hiasan Ketika saya berkawan dengan orang yang berpurdah namun sikapnya tidak seiring dengan pakaian, ia buat saya sering berfikir, "kenapa begitu, awak berpurdah sewajarnya sikap awak tidak lebih jelek daripada orang yang jarang-jarang solat?" Dan begitu lah saya analisa diri saya. Saya analisa diri ini dan akhlak agar seiring dengan pakaian saya, saya tidak ingin ia menjadi fitnah buat orang lain yang berpurdah. Amat penting dan saya tekan sekali lagi ; amat penting bagi yang berpurdah menjaga akhlak diri. Persoalannya, "bagaimana ingin menjaga akhlak seiring dengan pakaian?". Jawapannya, "jaga amalan sehariannya anda". Jaga ibadat anda, jaga pandangan dan hati anda, insyaAllah secara automatik akhlak anda akan terjaga dan Allah SWT akan sentiasa memberi peringatan pada hati anda jika anda terlalai dengan dunia ini. Bukan mudah dan juga bukan susah jika anda benar-benar inginkan. Di samping itu, pastikan anda sentiasa menuntut ilmu berterusan, atau bacalah bukubuku agama yang dapat mendidik dari masa ke semasa. Manakala bagi tabaruj, itu terpulang pada si pemakai. Bagaimana anda ingin mencantikkan diri anda dengan berpurdah. Kecantikkan adalah sesuatu yang subjek. Anda tidak perlu meletakkan batu permata di atas purdah anda untuk kelihatan cantik. Tidak perlu, cukup indahkan diri anda dengan akhlak yang baik. Ia akan kelihatan cantik, pada hati yang baik dan ia akan kelihatan tidak cantik pada hati yang bermasalah. Sebenarnya, secara rasional anda sudah terselamat dari pandangan orang yang mempunyai penyakit dalam hati walaupun anda dipandang tidak cantik oleh mereka.

Setakat ini dulu ulasan saya dan perkongsian berkenaan berpurdah. Banyak sumber ilmu yang anda boleh perolehi seperti buku, internet ,tv dan sebagainya. Moga sedikit usaha ini dapat menjadi bekal buat saya disana nanti. Penulis merupakan lulusan Ijazah Sarjana muda sains(Bioteknologi),Universiti Puta Malaysia dan sekarang sedang menuntut dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri, Universiti Selangor. Boleh dihubungi melalui :yummie_mariam@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai