Anda di halaman 1dari 5

Jeremy seorang anak tunggal.Dia mempunyai seorang ayah dan ibu yang kuat bekerja di sebuah warung penjaja.

Mereka menjaja kuih- muih tradisional di sebuah warung berdekatan dengan rumah mereka. Kuih mereka amat laris dijual kerana kuih mereka murah lagi enak.Walaupun ibubapa Jeremy amat sibuk dengan perniagaan mereka,namun mereka tidak mangabaikan Jeremy dan memberikannya sepenuh perhatian dan kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.Jeremy berasa amat bangga kerana mempunyai ibubapa yang begitu menyayanginya walaupun mereka hanya tinggal di sebuah rumah pangsa yang kecil. Di sekolah pula, Jeremy seorang pelajar yang aktif dalam sukan terutamanya dalam permainan badminton.Jeremy merupakan jaguh sekolah dan pernah mewakili sekolah ke peringkat negeri.Bukan sekadar sahaja dia aktif dalam sukan namun dia juga cemerlang dalam pelajaran terutamanya matapelajaran sains dan matematik. Loceng berbunyi menandakan tepat pukul 5.30 pagi. Jeremy bingkas bangun daripada pembaringannya lalu mencapai tuala yang disidai di ampaian.Begitulah kebiasaanya setiap hari persekolahan.Jeremy tidak suka melegah-legahkan masa bangunnya kerana masa itu emas.Dia mahu cergas setiap pagi dan memulakan hari persekolahannya dengan perasaan penuh ceria dan bertenaga. Sayang,cepat bersiap dan makan sarapan. Kata ibu sambil mengetuk pintu biliknya. Jeremy segera berlari ke arah meja makan dan terus membuka tudung saji di atas meja makan dan kelihatan kuih badak dan kuih sagu yang disaluti kelapa parut kegemarannya.Terima kasih ibu.Kata Jeremy dengan penuh ikhlas dan memeluk ibunya. Ayah Jeremy pun memberikannya dua ringgit Malaysia sebagai wang saku harian.Jeremy pun mengucapkan selamat tinggal kepada kedua-dua orang tuanya.Dia pun berbasikal untuk ke sekolah .Sekolahnya terletak hanya 2 kilometer dari rumahnya. Semasa di sekolah,Jeremy rajin membantu guru-guru dan rakan-rakannya yang lain.Oleh kerana sikapnya yang pemurah,terdapat segelintir pelajar mencemburuinya dan mengejeknya miskin.Jeremy tidak memperdulikan ejekkan tersebut kerana kemiskinan bukan penghalang untuk berjaya. Suatu hari,semasa Jeremy tidur petang di atas sofa yang empuk,telefon rumah antiknya berdering,Kringkring.Kring!!!! Jeremy terus mengangkat gagang telefon lalu menjawabnya.

Selamat petang,siapakah yang sedang bercakap ini?? kata Jeremy dengan sopan. Selamat petang,saya doktor Shamal doktor pakar wanita dari Hospital Serdang ingin bercakap dengan Puan Lee Yoon Ling.Adakah dia berada di rumah dan siapakah anda? Doktor Shamal berkata. Maafkan saya Dr.Shamal.Saya anaknya dan beliau telah keluar mencari nafkah.Ada apa-apa pesanan? Oh begitu.Laporan kesihatan ibu anda telah pun keluar.Sila mengambilnya sebelum keesokkan harinya. Laporan kesihatan???kata Jeremy dalam hati. Ok,tiada masalah.Terima kasih kerana memberitahu.lalu Jeremy meletakkan gagang telefon dan berasa hairan dengan perbualan tadi .Adakah ibu sakit? Jeremy pun bergegas dan menuntun basikalnya ke Hospital Serdang yang terletak 5 kilometer dari rumahnya. Setelah sampai di hospital , Jeremy pun mengambil laporan kesihatan ibunya.Dia ingin membuka sampul putih bersaiz kertas A4 tetapi tidak sanggup mencerobohi hak peribadi ibunya.Dia hairan akan isi kandungan sampul surat tersebutdan mula berfikir bukan-bukan.Adakah ibu mengalami penyakit kewanitaan ataupun itu cuma laporan biasa ataupun aku akan mempunyai adik kelak? bisik hatinya.Jeremy selama ini menginginkan seorang adik kerana dia kebosanan seorang diri dan memerlukan teman untuk bermain. Apabila ibu dan ayahnya balik dari berjaja,Jeremy segera menyerahkan sampul surat putih itu kepada ibunya.Ibunya segera ke bilik dengan alasan ingin mandi tetapi membaca surat itu.Tidak lama kemudian,ibu pun keluar dan kelihatan mukanya kepucatan.Bagaikan hantu! Ibu Jeremy pun menyediakan juadah makan malam. Eh,masinnya sayur ini!kata ayah kepada ibu Mak,mengapakan ikan ini berbau hanyir!kata Jeremy kepada ibu Ibunya kelihatan lesu ,runsing ,kepucatan dan tiada selera untuk makan.Tiba-tiba ibu Jeremy menghulurkan sampul surat putih itu tadi kepada ayah Jeremy.Jeremy dan ayahnya membaca bersama-sama dan mereka amat terkejut akan isi kandungan tersebut.Isi kandungan tersebut menyatakan bahawa ibu Jeremy telah menghidapi penyakit pertumbuhan di payudara peringkat akhir dan hanya mampu hidup untuk beberapa bulan sahaja.Ibu pun mengatakan hasratnya untuk melihat Jeremy berjaya dalam hidup .

Jeremy menjaga ibunya yang kian hari kian lemah sambil mengulang kaji pelajaran.Jeremy pun telah menduduki peperiksaan PMR dan keputusannya akan diumumkan dua minggu lagi.Disamping menunggu keputusan PMR , dia berdoa agar ibunya dapat melihat keputusannya dan keajaiban akan muncul. Tanggal 28 bulan Disember 2004,keputusan PMR akan diumukan sebentar lagi.Jantung Jeremy berdenyut kencang bahkan kilat.Jeremy menenangkan dirinya dengan mendengar radio dan menyuapkan ibunya makan.Dia mengusup rambut ibunya yang semakin gugur dan semakin memutih itu lalu mencium pipi ibunya sebelum keluar untuk ke sekolah.Ibu memberikan senyuman yang lebar kepada Jeremy. Kelopak mata Jeremy melompat lompat dan jantungnya berdenyut kencang lagi sekali.Selepas sampai ke sekolah,Jeremy segera menuju ke arah dewan sekolah dannamanya dipanggil .Jeremy menjerit kegembiraan kerana berjaya mendapat keputusan yang cemerlang .Dia berjaya mendapat 7 A dapat PMR.Jeremy segera berbasikal ke rumah untuk memberitahu ibunya.Malang tidak berbau,ibunya telah menghembuskan nafas terakhir dan meninggalkan dunia ilahi ini ,kata ayahnya dan ibu telah meninggalkan sekeping kaset kepadanya. Kepada anak kesayanganku Jeremy, Setelah Jeremy telah mendengar kaset ini,ibu telah meninggalkan dunia ini tanpa rasa kesal.Ibu meminta maaf kepada Jeremy kerana tidak dapat melihat keputusan Jeremy seperti yang dijanjikan.Tahniah atas pencapaian Jeremy yang cemerlang dalam PMR!Belajarlah bersungguh-sungguh sehingga ke menara gading.Jadilah seorang yang berguna kelak dan berbakti untuk rakyat. Ibu Jeremy pun mendendangkan sebuah lagu kegemaran Jeremy sejak kecil lagi berjudul Twinkle twinkle little star. Titisan air mata mula membasahi pipi Jeremy.Jeremy menangis teresakesak di biliknya tanpa pengetahuan sesiapa dan mengulangi kaset tersebut.Setelah upacara pengembumian ibunya,ayahnya telah berubah sikap.Ayahnya berjudi dan meminum alkohol sehingga mabuk teruk.Jeremy juga menjadi mangsa deraan ayahnya yang kian gila itu.Ayahnya tidak menjalankan perniagaan kuih-muih itu tetapi berjudi sehingga menghabiskan wang simpanan untuk Jeremy melanjutkan pelajaran kelak.Dia juga meminjam wang daripada jeti . Setiap minggu, jeti-jeti akan ke rumahnya untuk meminta wang yang dipinjam oleh ayahnya.Ayahnya tidak mempunyai wang dan jeti-jeti tersebut menyemburkan cat merah di hadapan pintu rumahnya .Pernah sesekali jeti-jeti itu cuba membakar rumahnya tetapi telah diketahui oleh jirannya iaitu,Encik Muthu.Jeremy tidak sanggup untuk tinggal bersama dengan ayahnya lagi.

Jeremy mencari kerja sambilan untuk melangsaikan hutang ayahya sebagai penjual mi kari pada waktu malam. Jeremy telah memasuki kelas aliran sains pertama di sekolahnya.Dia telah gagal dalam ujian bulanan pertama sekolahnya dan terpaksa diturunkan ke kelas sastera.Cikgu Suraya iaitu guru kelasnya membuat rayuan kepada pengetua sekolah agar tidak menurunkan Jeremy ke kelas sastera.Cikgu Suraya jelas akan cita-cita Jeremy dan faham akan kesusahannya.Beliau telah menolong Jeremy dengan memberikan sedikit sumbangan wang dan memberikan kelas tambahan secara percuma selepas waktu persekolahan.Jeremy amat berterima kasih kepada cikgu Suraya kerana menolongnya dan menjadikannya sebagai anak angkat. Pada waktu malam pula,Jeremy pun bekerja dan kelihatan ayahnya dipukul oleh jeti-jeti tersebut kerana tidak memulangkan wang yang dipinjam serta bunga yang dikenakan.Jeremy mempertahankan ayahnya dengan membalas pukulan itu.Jeti jeti itu semakin garang lalu menolak ayahnya ke bawah tanggal.Akibat darpada rentakan kepala yang terlalu kuat,ayahnya telah meninggal dunia. Jeremy hilang hala tuju.Secara kebetulan,sekumpulan samseng berlalu di sana dan berjanji akan menolongnya untuk mengembumikan ayahnya.Jeremy setuju.Sejak hari itu,Jeremy telah berubah menjadi lebih ganas dan tidak hadir ke sekolah selama dua bulan.Jeremy mula terjebak dalam kegiatan sosial seperti merokok,menghisap dadah dan menjual cakera padat cetak rompak.Cikgu Suraya melawat dan menasihatinya supaya menjauhkan dirinya daripada mereka namun nasihatnya diendahkan.Jeremy melawan katanya dan juga telah menolaknya ke arah kerusi .Cikgu Suraya kecewa akan sikapnya dan air mata mula menitis.

Suatu hari ketika Jeremy dan rakan-rakan samsengnya sedang berniaga menjual cakera padat cetak rompak di pasar,sekumpulan polis telah mengepung di sekitar kawasan mereka.Rakan-rakan samsengnya telah mengkhianati Jeremy dengan melarikan diri tanpa memberitahunya.Akibatnya,Jeremy diberkas oleh polis dan dibawa ke pusat pemulihan. Jeremy menyesal kerana tidak mendengar nasihat cikgu Suraya.Dia berhasrat untuk memulakan hidup baru dengan belajar bersungguhsungguh.Selepas tiga bulan terperuk dalam pusat pemulihan,barulah Jeremy dibebaskan.Jeremy telah berpindah ke sekolah baru di Johor .Jeremy berazam untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Cikgu Suraya selalu menghantar pesanan ringkas kepada Jeremy untuk bertanyakan khabar namun Jeremy langsung tidak membalasnya kerana dia

malu untuk berhadapan dengan cikgu Suraya.Cikgu Suraya mengetahui di mana dia berada dan bersekolah.Beliau juga telah menghantar nota-nota dan buku rujukan kepada Jeremy .Jeremy terharu dan akhirnya membalas pesanan ringkas cikgu Suraya dengan ucapan terima kasih. Hasil daripada itu,Jeremy telah lulus dengan cemerlang iaitu telah merauh sebanyak 10 A1 dalam peperiksaan SPM .Dia juga telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di London dalam jurusan perubatan.Cigu Suraya amat gembira akan pencapaiannya yang cemerlang dan sejak itu, mereka tidak berhubung lagi. Selepas enam tahun menetap di negara orang,akhirnya Jeremy kembali ke tanah air untuk berbakti kepada rakyat sebagai seorang doktor pakar wanita.Setelah sampai ke tanah air,Jeremy dengan berpakaian kot yang segak,kasut yang berkilat dan memandu kereta BMW berwarna biru tua menuju ke bekas sekolahnya.Jeremy rindu akan zaman persekolahannya dan melawat di persekitaran sekolah yang tidak berubah.Dia terlihat seorang guru yang berbaju kurung berwarna merah jambu ,berselendang dan memakai cermin mata rabun dekat dan terus menuju ke arah cikgu tersebut. Cikgu Suraya ??Jeremy memanggilnya dengan nada suara yang gembira. Cikgu Suraya menolek ke belakang lalu mengimbas kembali siapa sebenarnya dan membalasnya dengan memanggil namanya Jeremy??. Jeremy mengangguk kepalanya dan mengucapkan Terima kasih , cikgu! Air mata cikgu Suraya mula membasahi pipinya kerana terharu dan gembira melihat Jeremy menjadi seorang doktor yang berjaya dan Jeremy mempelawanya untuk makan bersama di sebuah restoran mewah.

Anda mungkin juga menyukai