Anda di halaman 1dari 5

Nama Guru Pelatih: FOO HUI CHEAN

Minggu Praktikum: 3

Tarikh: 16.8.2018

Tajuk Jurnal: Klien Tidak Aktif Semasa Menjalankan Sesi Kaunseling Individu

1.0 Isu Yang Difokuskan

Saya telah menjalankan beberapa sesi kaunseling dengan murid yang menghadapi
masalah. Semasa sesi kaunseling dijalankan, saya mendapati sesetengah klien yang saya terima
tidak mahu bercakap atau rasa sangat takut dan malu apabila berkongsi sesuatu perkara dengan
saya. Mereka juga rasa tension apabila berkomunikasi dengan saya secara individu dan mereka
ingatkan saya ialah guru disilpin yang ingin mendenda mereka. Jadi, mereka memerlukan masa
untuk menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan saya semasa menjalankan sesi kaunseling.

2.0 Analisis Isu Yang Difokuskan

Setelah saya membuat analisis terhadap isu yang saya hadapi iaitu klien tidak aktif
semasa menjalankan sesi kaunseling, punca berlakunya isu tersebut adalah sesetengah klien
saya belum bersedia yang menerima perkhidmatan kaunseling. Hal ini demikian kerana klien
saya tersebut adalah klien yang dirujuk oleh guru kelas mereka dan mereka juga tidak tahu
mereka perlu berjumpa dengan kaunselor dan menerima perkhidmatan kaunseling. Dengan itu,
mereka rasa gelisah dan takut apabila berhadapan dengan saya. Kesannya, mereka enggan
bercakap dan berkongsi atau memberi respond yang pendek seperti “ya”, “betul”, “bukan” dan
sebagainya. Ini juga menyebabkan saya memerlukan masa yang panjang untuk memahami latar
belakang mereka dan mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh mereka.

3.0 Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu

Kajian yang dijalankan oleh Ruhani Mat Min (2016) menyatakan bahawa klien yang tidak
aktif apabila bersama dengan kaunselor pelatih dalam sesi kaunseling adalah sesuatu perkara
yang biasa tetapi perlu mengendalikan dengan cepat supaya dapat membantu klien dengan
berkesan. Beliau juga berpendapat bahawa kaunselor perlu merancang beberapa langkah
penyelesaian yang boleh menggalakkan klien bercakap dan aktif dalam sesi kaunseling.
kaunselor juga perlu menunjukkan ciri-ciri peribadi yang baik dan menguasai kemahiran
kaunseling yang amat diperlukan semasa menjalankan sesi kaunseling. Bukan itu sahaja, kajian
oleh Watson (2006) juga memberi pendapat bahawa klien akan mempunyai perasaan tidak
mempercayai kaunselor terutamanya kaunselor pelatih. Hal ini demikan kerana klien belum
mengenali kaunselor itu, maka klien akan rasa takut dan tidak bercakap dengan banyak. Dengan
ini, kaunselor perlu menunjukkan ekspresi muka yang boleh dipercayai kepada klien semasa
bertemu dengan klien supaya klien dapat berkongsi dengan kaunselor secara bebas.

4.0 Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah
dikenalpasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut
berdasarkan pendapat dari guru pembimbing dan pembacaan yang dijalankan, antaranya
termasuklah:

i. menyediakan persekitaran yang membolehkan klien rasa selesa.


ii. merasai perasaan mereka apabila mereka sedang menceritakan sesuatu isu yang sedang
dihadapi supaya mereka dirinya dihargai.
iii. menggunakan laras bahasa yang sesuai dan membolehkan klien rasa selesa untuk
didengar dan tidak menyinggung perasaan mereka.

5.0 Tempoh Masa Penyelesaian

Tempoh masa penyelesaian adalah selama 2 minggu.

6.0 Tindakan Susulan

Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah
dikenalpasti, saya akan mengambil tindakan susulan menyelesaikan masalah yang dihadapi
tersebut. Antaranya termasuklah:

i. banyak mengaplikasi kemahiran menyoal soalan terbuka yang membolehkan mereka


dapat berkongsi dengan banyak sehingga saya sebagai kaunselor dapat memahami klien
itu dan membantu dia untuk berkembang secara positif.
ii. sentiasa berempati dan memahami perasan klien dengan menunjukkan mimik muka yang
sesuai supaya klien boleh merasakan bahawa dia sedang dibantu dari segi jasmani,
emosi serta mental ketika itu.
7.0 Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan

Tarikh tindakan susulan yang akan dilaksanakan adalah dari 26 Ogos 2018 hingga 06
September 2018.

8.0 Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan

Selepas saya melaksanakan tindakan susulan yang saya cadangkan tersebut, klien mula
boleh bercakap dengan banyak dan meluahkan perasaan mereka tanpa sembunyikan apa-apa.
Klien juga tidak rasa gelisah dan takut apabila berkomunikasi dengan saya.

9.0 Kesimpulan

Saya merasa berpuas hati dengan keadaan klien yang boleh melibatkan secara aktif
dalam sesi kaunseling. Saya berharap keadaan klien seperti ini dapat diteruskan supaya
perkhidmatan kaunseling yang saya diberikan dapat betul-betul membantu mereka berkembang
secara ke arah positif.
10.0 Rujukan
Ruhani Mat Min. (2016). Clients’ experiences in counselling sessions with counsellor trainees.
Canadian Center of Science and Education, 212-221.
Watson, J.C. (2006). Addressing client resistance: Recognizing and processing in-session
occurrences. VISTAS articles, 1-14.
Pandangan / Komen Guru Pembimbing

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Tarikh :____________________________

Tandatangan:____________________________

Nama :_____________________________

Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

Tarikh :____________________________

Tandatangan:____________________________

Nama :_____________________________

Anda mungkin juga menyukai