Anda di halaman 1dari 2

PENGAJARAN BERPASANGAN

NAMA : NUR NADRAH HASFINIE HASANUDDIN


NAMA PASANGAN PRAKTIKUM : RAHIM NANANG
KURSUS DAN AMBILAN : PISMP BAHASA MELAYU SJKT AMBILAN JANUARI 2012
TARIKH : 25 APRIL 2014
MASA: 8.50 9.50 PAGI
TAHUN :4

KEKUATAN

Semasa awal pengajaran, saya mendapati semua murid hadir untuk mengikuti
pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. pada langkah set induksi, saya
menggunakan teknik bercerita menggunakan boneka lidi dan boneka tangan. Murid
sangat tertarik dengan set induksi tersebut kerana saya menggunakan unsur muzik
semasa menjalankan aktiviti bercerita tersebut. Murid tertarik dengan teknik penceritaan
melalui rakaman yang memudahkan murid untuk mendengarnya dengan jelas. Selain
itu, dalam langkah pengajaran , saya menyediakan kostum yang menarik semasa
bercerita sedikit sebanyak meningkatkan motivasi mereka untuk membuat aktiviti
bercerita dengan lebih bersemangat. Saya juga dapat menyerlahkan bakat dan
kelebihan murid pemulihan yang bernama Muhammad Hilmi Farhan yang berkebolehan
dalam bercerita walaupun mempunyai kesukaran dalam membaca. Saya memberikan
bantuan gambar bersiri untuk bercerita. Pada akhir pengajaran, saya mendapati
beberapa orang murid tahun 4 yang mempunyai bakat dalam bercerita.

KELEMAHAN
Terdapat beberapa kelemahan yang saya kenal pasti semasa pengajaran dan
oembelajaran iakah tidak menyediakan kad jawapan yang mengandungi ayat yang
lengkap. Saya menyediakan jawapan yang ringkas dan boleh mempengaruhi murid

untuk menulis ayat yang ringkas dan tidak gramatis untuk menjawab soalan
kefahaman.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KELEMAHAN


Saya seharusnya memberikan kad ayat yang lebih lengkap. Selain itu, saya
juga perlu memberi penekanan kepada murid untuk menjawab soalan kefahaman
dengan jawapan yang lengkap.

Disemak oleh guru pembimbing

Disahkan oleh pensyarah penyelia

Tandatangan :..

Tandatangan :.

Nama :.
Nama :.
Tarikh :
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai