Anda di halaman 1dari 8

MOHAMAD HASSANASHAARI BIN MOHD SHAHRIDIN

MUHAMMAD KHAIRI BIN KHAIRUL ANUAR


MOHAMMAD `AIZAT BIN ZAKARIA
 Pengekalan hafazan (Muraja'ah/I'adah) merupakan
peringkat di mana mengekalkan hafazan yang tersimpan
dalam ingatan.
 Bagi seorang hafiz al-Quran, adalah amat penting dan
menjadi kewajipan supaya dia menjaga dan memelihara
hafazannya agar terus kekal dalam ingatannya.
 Kebiasaannya pada suatu tahap tertentu akan timbul rasa jemu dan
malas untuk mengulangkaji hafazan walaupun pada awalnya
semangat tersebut amat berkobar-kobar.
 Di sinilah fungsinya bergaul dengan orang-orang yang sedang atau
sudah menghafaz al-Quran. Ia dapat membantu seseorang itu untuk
konsisten dalam mengulang-ulang ayat-ayat al-Quran kerana
wujudnya semangat persaingan untuk berlumba-lumba
membacanya.
 Selain itu, mereka turut berperanan sebagai pemberi motivasi
kepada seseorang yang mula malas dan lesu untuk mengulang
hafazan.
 Mendengar bacaan dari seorang hafiz al-Quran dapat memberi
semangat kepada seseorang yang ingin mengekalkan hafazannya.
Hal ini boleh dilakukan dengan mendengar kaset-kaset rakaman,
radio ataupun cakera padat al-Quran.
 Sekiranya ingin memperolehi manfaat yang lebih banyak, seseorang
hafiz itu boleh mendengar dengan teliti bacaan-bacaan yang
diperdengarkan dengan memerhatikan hukum-hukum tajwidnya,
ghunnah-ghunnahnya serta alunan irama bacaannya.
 Cara ini merupakan cara popular yang digunakan oleh para ulama
zaman dahulu untuk mengingati ilmu yang telah mereka pelajari.
 Begitu juga bagi seorang hafiz yang melakukannya secara konsisten,
hafazan al-Quran lebih mudah dikekalkan.
 Malah pada masa yang sama, ketika berlaku ketidaklancaran pada
bacaan salah seorang antara mereka, rakannya dapat membetulkan
bacaan tersebut.
 Seringkali membaca ayat-ayat yang telah dihafaz di dalam solat
sudah tentu akan memudah dan melancarkan lagi hafazan seseorang.
 Ini kerana suasana solat itu sendiri memerlukan konsentrasi dan
keseriusan dalam melaksanakan ibadat tersebut. Maka seorang hafiz
perlulah membuat pengulangan bacaan yang intensif dan
melapangkan waktu yang agak panjang.
 Walaupun demikian, ini bukanlah bermakna tidak terdapat langsung
kesalahan seperti kesilapan bacaan ataupun terlupa ayat yang
hendak dibaca semasa membacanya di dalam solat.
 Namun apabila perbuatan ini menjadi rutin, lama-kelamaan akan
terhasil juga satu sistem hafazan ayat-ayat suci al-Quran yang amat
lancar.
 Dengan mengikuti pertandingan seumpama ini menyebabkan
seseorang itu mendapat motivasi untuk mengulang hafazannya
secara berulangkali.
 Ini kerana pertandingan tersebut dianggap satu suasana ujian yang
amat genting.
 Melalui pertandingan yang disertai ini, penghafaz bukan sahaja
dapat menguji kemampuannya dalam menghafaz ayat al-Quran
malah turut memperolehi pengalaman yang berharga apabila dapat
bertukar-tukar ilmu dan buah fikiran dengan peserta daripada
daerah dan negeri lain.
 Dipetik dari:

 KEBERKESANAN KAEDAH HAFAZAN DI PUSAT TAHFIZ

 PENYELIDIK-PENYELIDIK:

 USTAZ ABDUL HAFIZ BIN HAJI ABDULLAHPROF. MADYA AJMAIN BIN SAFARUSTAZ MOHD

ISMAIL BIN MUSTARIUSTAZ AZHAR BIN MUHAMMADUSTAZ IDRIS BIN ISMAILUNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA2003

Anda mungkin juga menyukai