Anda di halaman 1dari 281

KELANTAN

SIAPA BERANI CABAR

Bismillahirrahmanirrahim

rahim zain

mempersembahkan untuk saudara anak-anak Kelantan

ii

Pembaca digalak menggunakan kandungan buku ini untuk majlis ilmu dan diskusi supaya Kelantan dapat lihat partisipasi rakyat dengan segar mengikut visi, matlamat dan nilai yang jelas dan realistik.

Buku ini dijual dengan tanpa syarat.Selepas dibaca ia boleh dipinjamkan, dijual semula, disewakan tanpa perlu mendapat izin penulis asalkan syarat copyright tidak dilanggar.

iii

Cetakan Pertama September 2003

Hakcipta terpelihara Rahim Zain Mana-mana bahagian penerbitan ini boleh disalin dalam apa jua bentuk sama ada secara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya atau cara lain dengan mendapat izin bertulis daripada penulis pemilik hak cipta terlebih dahulu

Penerbit Penerbitan Ceria (No. 001297080x No. 7, Jalan Kencana 27 Taman Kencana 56100 Cheras, Kuala Lumpur

ISBN 983-2578-09-3 Pencetak Wingtat Packaging Sdn. Bhd.(239045-P)


2-4 Jalan Gangsa SD 5/3G Bandar Baru Sri Damansara 52200 Kuala Lumpur

iv

PENULIS

DEDIKASI

KANDUNGAN PRAKATA PENERBIT PROLOG ---- ANAK KELANTAN ANAK MALAYSIA 1. MEMBANGUN BERSAMA ISLAM 2. PIMPINAN BAWA REBAH 3. KOLAM TERATAI KERING KONTANG 4. RISIKO vs CABARAN 5. RAKYAT KELUAR KEPOMPONG 6. SIAPA PAYUNG SIAPA 7. PEMIMPIN ADA KELAS 8. KELANTAN di luar KELANTAN 9. PRINSIP JANGGAL 10. ORANG ADA KITA PUN ADA 11. PETANI BERSUARA 12. NASIB KELANTAN

13. ISTANA AIR MATA 14. TZAR EKONOMI 15. TANAH TANEH 16. YANG TAHU DAN YANG MAHU 17. KUASA PECAH BELAH 18. RAKYAT MENDESAK 19. KELANTAN KAYA 20. KUASA TARIK TURUN 21. KELANTAN RUGI 22. KELANTAN DIDERA 23. KUASA DI TANGAN 24. MINDA MELAYU KELANTAN 25. KELANTAN KE 2020 26. VISI atau MIMPI HANYUT 27. ANAK-ANAK KELANTAN MELANGKAH 28. PEMBESAR CUAI 29. MELAYU TERSENTAK DI TENGAH JALAN 30. KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG EPILOG BINGKISAN

vi

PENULIS

Rahim Zain dilahirkan di 337, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Ugama Islam, dan selepas itu ke Sekolah Islah, Ismail English School, dan Sultan Ismail College; kesemuanya di Kota Bharu. Dari situ beliau ke Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Ijazah pertama beliau

diperolehi di MCKK sebelum melanjutkan pengajian seterusnya di Universiti Malaya dengan mendapat ijazah B.A. Hons. Pernah menuntut selepas itu di Belanda, United Kingdom, dan Jepun, dan menjelajah banyak negara di Asia, Eropah, Afrika dan Amerika. Sekarang beliau adalah seorang consultant bebas di bidang pengurusan dan industri; di samping bergerak dalam badan-badan sukarela dan persatuan. Beliau adalah antara ahli pengasas Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim PAKATAN di Kuala Lumpur; pernah menjadi Penolong Setiausaha persatuan itu di awal penubuhannya dan sekarang masih bergiat dalam Persatuan itu. Beliau juga adalah Pemimpin Jaringan Anak Kelantan (Warga Jaringan - WAJAR).

rahimzain01@hotmail.com

vii

JARI DISUSUN

Terlebih dahulu ampun dipohon Melanggar batas berani bicara Api genggaman tidak ku lepas Cik Siti Wan Kembang hidup tidak sia-sia

Awan mendung berarak lepas Menghujani sinar seribu harapan Tanah Serendah Sekebun Bunga Bukankah itu kita sama-sama punya

Kenapa ada tergamak mendera Rumpunan aman damai sedia Anak-anak Kelantan bangun menyata Cik Siti Wan Kembang hidup tidak sia-sia

viii

DEDIKASI

Alhamdulillah;

Alhamdulillah ku bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. yang telah memberi ilham, izin, dan petunjuk untuk ku mulai menulis. Dalam keheningan sebelum subuh dan selepas subuh segala yang ada dalam dada berhamburan keluar. Yang baik itu semuanya dari Allah s.w.t. dan yang cacat itu dari hamba yang serba kekurangan. Ku dedicate buku ini dengan ingatan kasih sayang untuk isteriku Ruhayah dan anak-anakku Nazimm, Farez, Farin, Ida Mariam dan Nurin Hasanah. Juga kenangan abadi untuk arwah Ibu dan Ayah ku, nenek ku Che Bah dan moyang ku Hj. Sulong dan datuk nenek ku yang lain yang sentiasa memberi kebanggaan kepada ku menjadi anak cucu mereka. Dan tidak lupa juga kepada mahaguru ku di MCKK Mr. R. D. Naidu yang telah memberi kunci hikmat untuk ku menimba ilmu. Inilah sumbangsih ku kepada semua anak Kelantan, anak bumi bertuah Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang. Ku rakamkan penghargaan istimewa kepada sahabatku saudara Muhammad Hj Zain yang bukan sahaja memberi dorongan tetapi mengambil masa untuk mengurus penyediaan manuskrip dan bersama-sama menyemaknya. Kepada En. Masri, Tn. Hj. Mustafa Wahab, En. Mohd Shuyuti Abdullah, En Zakaria Bidin dan semua yang turut menjayakan buku ini dalam pelbagai peringkat ku ucap berbanyak terima kasih.

Penulis rahim zain

ix

PRAKATA PENERBIT Sekali pandang buku ini bercorak politik. Pastinya ia buku politik apabila kita membicarakan Negeri Kelantan yang banyak menimbulkan kontroversi sepanjang musim dalam usaha Barisan Nasional mahu menawan semula negeri itu atas hanya satu sebab menebus maruah. Pelbagai cara telah dilakukan. Ini termasuklah menukar pemimpin di peringkat UMNO sendiri yang mewakili Barisan Nasional. Sedangkan MCA dan MIC hanya melihat cara UMNO menyusun orang-orangnya dari masa ke semasa. Tetapi tidak kepada parti-parti lain seperti DAP dan Keadilan. Mereka mahu campur tangan kerana dalam melihat masalah antara UMNO dan PAS, mereka mereka harus mencelah untuk menumpang nasib.Untung sabut, timbul. Untung batu, tenggelam. UMNO di bawah naungan BN lebih beruntung kerana .kerana mempunyai alat perhubungan penting seperti saluran TV, akhbar arus perdana dan segala macam kemudahan kewangan untuk digunakan. Namun ternyata ia tidak mampu meraih Kelantan dalam pilihan raya 1990 lalu. Kegagalan dalam pilihan raya lalu telah menampakkan kelemahan UMNO dalam usaha menawan Kelantan. Tetapi dalam negara yang mengamalkan demokrasi peluang itu tetap ada apabila pilihan raya pasti berlansung dalam tempoh lima tahun. Kini sampai masanya tahun 2004 merupakan tahun pilihan raya umum sekali lagi menguji kekuatan PAS yang mempertahan dan UMNO menyerang. . Perkara boleh atau tidak boleh UMNO menawan Kelantan satu perkara menarik apabila apabila sesiapa saja, walaupun mereka yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Kelantan akan menggeleng kepala menyatakan Kelantan lain dari negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.. Rakyatnya tidak duduk berpakat mengundi siapa, tetapi tangan pengundi akan tetap terpukau apabila menurunkan keputusan memangkah PAS.. Apabila PAS menghadiahkan kerusinya kepada Keadilan dalam pilihan raya lalu rakyat Kelanta masih cenderung memangkah lambang bukan BN. Ertinya BN terlalu sukar untuk mendapatkan kembali Kelantan.Malah generasi baru yang telah melihat perkembangan dan kemajuan negeri-negeri luar Kelantan tetap masih mengekalkan kepimpinan PAS. Dalam pada itu PAS terus mengembangkan niatnya mahu mendapatkan negeri-negeri lain seperti Kedah, Pahang, Selangor dan Perlis. Ini pula bukan bererti PAS tidak mahu Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawaki. Tetapi maksudnya bukan sekali gus. Namun bukanlah pemerintahan PAS di Kelantan dan Trengganu itu lebih baik dari pemerintahan BN, tetapi lebih kepada penonjolan pemimpin yang mewakili parti masing-masing. Lagak seseorang pemimpin dari kalangan UMNO lebih menjadi ukuran kepada mata rakyat. Ini termasuklah janji, tingkah laku, cara menggayakan kepura-puraan, pergaulan dengan masyarakat setempat, tingkah laku ahli keluarga masingmasing, keadaan rumah, cara berbelanja dan sebagainya. Dari sudut itu apa yang kurang di Kelantan ? Semuanya ada seperti kata penulis buku ini. Isu kemiskinan yang menjadi propaganda BN lansung tidak siapa di Kelantan hirau.kerana di negeri-negeri lain juga asa orang miskin. Ini menunjukkan ada perkara lain yang harus diperbetulkan. Rahim Zain, anak Kelantan jati, melihat setiap sudut perjuangan kedua-dua belah pihak lantas menulis buku ini tanpa prejudis untuk renungan semua pihak, semua lapisan, semua peringkat umur, malah seluruh rakyat Malaysia supaya sedar apa yang berlaku dan apa yang harus dilakukan. Dalam menerbitkan buku ini Rahim Zain bukan seorang diri. Beliau insan biasa yang bergaul semua peringkat, malah tidak kurang dikenali ramai, mesra dan mudah mendapat feedback yang ikhlas untuk beliau membuat analisa. memaparkan isi kandungan buku ini kepada umum. Tidak dinafikan Rahim Zain turut berhati-hati menggunakan ayat atau perkataan persembahanya kerana maklumlah orang kita mudah tersinggung, mudah melenting apabila dikritik. Tetapi dinilai keseluruhanya beliau yang pertama menulis buku bercorak politik menunjukkan keikhlasan dan berterus terang apa yang dirasai dan ditanggung oleh Kelantan bukan satu perkata yang harus kita ambil ringan. Kepada pembaca jua diserahkan kandungannya. Selamat membaca. Zakaria Bidin Penerbit .

PROLOG

ANAK KELANTAN ANAK MALAYSIA

nak-anak Kelantan dari angkatan sebelum merdeka sempat berbangga dengan orang-orang alimnya, institusi-institusi keilmuannya, semangat perjuangannya,

cara hidup Islamnya, seni budayanya, serta kegiatan ekonomi dan perniagaan yang kesemuanya membawa kemasyhuran kepada Kelantan pada satu masa dahulu. Pada hari ini pun anak-anak Kelantan mewarisi kebanggaan itu. Siapa tidak bangga dengan tanah tumpah darahnya? Kelantan Siapa tidak bangga dengan kampung halamannya. Anak-anak

bersama-sama berbangga sebagai anak Kelantan.

Saya membesar dalam

suasana Kelantan disanjung sebagai sebuah negeri Melayu dengan keistimewaankeistimewaan tersendiri dalam keluarga negeri-negeri Tanah Melayu dan negeri-negeri Selat termasuk Singapura, Pulau Pinang, Melaka, dan juga Brunei yang pada masa dulu sama-sama di bawah penjajah British dan mengguna mata wang yang sama. Sebelum dan sehingga orang-orang politik Kelantan yang dari jenis tidak senang dengan suruhan-suruhan Allah dan Rasul dan yang gila kuasa muncul mewujudkan iklim zalim yang membawa masalah rakyat Kelantan pada masa itu boleh mengharap kepada masa depan yang damai dan cerah. Boleh dikatakan seluruh anak-anak Kelantan hidup bersatu, masing-masing dengan pekerjaan dan perushaan masing-masing tanpa perbalahan politik walaupun memang mereka tidak sunyi dari masalah-masalah hidup masyarakat biasa. Umumnya anak-anak Kelantan berbangga dengan cara hidup harian yang diselubungi dengan nilai-nilai moral dan sosial yang tinggi. Anak-anak Kelantan tahu menghormati dan mengenang jasa pemimpin dan pejuang Melayu tulen. Tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Ustaz Zulkefli Muhammad dan lain-lain pejuang dari luar Kelantan yang ditekan oleh penjajah atau yang ditekan di tempat sendiri telah di selamatkan dengan diberi sokongan moral dan material oleh anak-anak Kelantan supaya mereka tidak hanyut dan tenggelam, supaya mereka dapat terus berperanan dengan jaya. Pejuang-pejuang Melayu itu telah mendapat sanjungan dan diberi penghargaan dan

pengiktirafan semasa mereka masih hidup lagi.

Pernah

Dato Onn Jaafar diusung

dengan pedati di atas bahu anak-anak Kelantan dan diarak seperti raja sebagai tanda penghormatan kepada beliau. Pejuang-pejuang Melayu dari luar Kelantan yang dihantar ke Parlimen oleh anak-anak Kelantan termasuklah Prof Zulkefli Mohamad, Abu Bakar Hamzah, Othman Abdullah dan baru-baru ini Prof Daeng Sanusi dan Tn. Hj. Mohamad Sabu. Demikianlah besarnya jiwa anak-anak Kelantan dengan keterbukaannya. Saperti masyarakat-masyarakat lain yang belum lupa identitinya sehingga hari ini pun bagi anak-anak Kelantan yang berada di perantauan apabila mereka mendengar sahaja loghat Kelantan perasaan sekampung terus muncul. Tidak kira pangkat dan kedudukan, orang-orang Kelantan mudah mesra sesama Kelantan melalui loghatnya. Bahkan orang-orang yang bukan dari Kelantan tetapi pandai bercakap dengan loghat Kelantan pun mudah diterima dan dilayan terus sebagai orang sekampung. Suasana berurusan harian sesama orang Kelantan baik di pasar, di pejabat atau di mana-mana tempat jua mahu pun di Kelantan atau di luar Kelantan mempunyai kemesraan orang sekampung. Anak-anak Kelantan yang merantau pun juga mudah diterima oleh orangorang di tempat mereka merantau. Pendidikan agama yang meluas di Kelantan pada masa sebelum Merdeka dahulu sehingga hari ini menjadi asas untuk pembinaan akhlak dan moral bagi sebahagian besar anak-anak. Pelajaran di sekolah-sekolah Melayu, sekolah-sekolah Arab dan sekolahsekolah Inggeris Kerajaan dan bukan Kerajaan dan sekolah-sekolah agama rakyat memberi nilai-nilai kemanusiaan yang cukup meyakinkan dan boleh menjamin kesejahteraan. Apa tidaknya apabila demokrasi yang diajar memberi erti demokrasi itu sebagai satu cara hidup yang menggalak dan menghendakkan manusia diberi kebebasan memilih, kebebasan bersuara dan kebebasan bertindak mengikut undang-undang. Rasa cinta dan taat setia kepada tanah tumpah darah dipupuk oleh susana membesar dalam keadaan bebas, selamat, hubungan antara kaum yang baik, dan layanan yang tidak kasar dan zalim dari pihak berkuasa. Patriotisma bukanlah perkara yang dilatih dalam masa tiga bulan di pusat latihan bagi tujuan sedemikian.. Ia lahir melalui proses membesar dalam persekitaran yang baik yang memberi banyak kenagan manis dan asam garam yang tetap memupuk rasa : inilah negeri ku, tanah tumpah darah ku. Ku percaya dan ku rasa rakan-

rakan ku dari kaum Cina, India, Siam dan lain-lain yang membesar bersama ku mempunyai rasa yang sama terhadap tanah tumpah darah sendiri. Murid-murid diajar dan diasuh melalui persatuan-persatuan dan kelab-kelab di sekolah supaya memegang jawatan melalui pemilihan. Mereka diasuh supaya tahu berkelakuan yang mulia bila berjaya dipilih dan tahu menerima keadaan bila kecundang. Presiden misalnya kalau tidak dipilih semula akan dengan rela hati melepaskan jawatannya dan turun menjadi ahli biasa; dan ahli biasa jika dipilih boleh naik memegang jawatan yang dipertandingkan. Sesiapa pun boleh dicalun dan dipilih. Tidak ada

perbalahan; tidak ada yang mahu memegang jawatan seperti sesetengah orang gila kuasa dalam politik hari ini. Dan pergaulan ahli-ahli dalam persatuan dan kelab benar-benar mencerminkan kebebasan berinteraksi dan kebebasan memilih. Itulah demokrasi yang diajar dan diasuh di sekolah. Demokrasi, kebebasan, keselamatan harta benda, tubuh badan dan nyawa, undang-undang, kedaulatan perlembagaan dan raja semuanya diajar dan diasuh dengan penuh nilai perikemanusiaan. Raja bagi Tanah Melayu yang merdeka adalah raja yang memerintah mengikut perlembagaan dan tidak mengikut suka hati. Perjalanan jentera kerajaan negeri terletak di tangan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Menteri Besar menjadi Ketua memimpin kerajaan, dan negeri ditadbir mengikut kuasa yang digariskan dalam Perlembagaan; Raja dengan kuasa raja dan Menteri Besar dengan kuasa kerajaan. Begitulah suasana anak-anak Kelantan membesar di Kelantan dahulu sebelum politk kasar muncul. Melayu, Cina, India, Serani, Siam serta lain-lain kaum bergaul baik di Kelantan sehingga hari ini kecuali di mana politik perkauman mungkin menimbulkan rasa perbezaan. Namun demikian rakyat Kelantan dari berbilang kaum berurusan harian dengan baik dan damai. Dari dulu Rakyat Kelantan tidak banyak bergantung kepada kerajaan kecuali mereka yang makan gaji dengan Kerajaan. Mereka berdikari mencari rezeki dengan pelbagai cara sebagaimana yang diamalkan oleh datuk nenek moyang mereka. Sebenarnya mereka yang bekerja sendiri banyak menyumbang kepada kerajaan. Mereka membayar zakat dan cukai; mereka membantu dengan memberi sumbangan hasil pertanian, ternakan dan tenaga apabila diminta berbuat demikian untuk majlis-majlis keramaian yang dianjurkan oleh kerajaan atau raja. Mereka yang tidak banyak bergantung kepada kerajaan atau merasa tidak banyak bergantung kepada kerajaanlah

yang berani berdiri membuat keputusan mengamalkan hak demokrasi menukar kerajaan tanpa rasa terhutang budi kepada mana-mana pihak apabila mereka dapati satu-satu kerajaan itu tidak berkesan dalam menunaikan tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat dan negeri.. Alhamdulillah, anak-anak Kelantan dapat berbangga kerana datuk nenek mereka turun-temurun pandai bercucuk tanam, menternak, dan menangkap ikan. Pencarian

hidup mereka boleh dirancang dan dikawal. Kehidupan mereka stabil. Padi dan tanaman lain serta ternakan dan tangkapan laut yang dihasilkan memberi pendapatan lebih dari keperluan untuk makan minum. Dengan pendapatan yang lebih mereka dapat mengupah orang-orang yang ada kebolehan, kemahiran dan kepandaian tertentu untuk mengkhususkan perkhidmatan sebagai tukang kayu, tukang peralatan pertukangan, tukang besi, tukang perak dan tembaga, tukang peralatan pertanian, tukang senjata, tukang rumah perabot dan perahu, tukang tenun dan batik, tukang peralatan muzik, tukang masak, tukang kuih muih, guru, orang seni dan pelbagai kepakaran lagi yang diperlukan dalam kehidupan hari-hari. Masyarakat berbudaya pertanian yang menanam padi, sayur-sayuran, berdusun, menternak, menangkap ikan di laut dan di sungai adalah masyarakat berdikari yang menikmati kedamaian alam dan boleh dikira selamat dari ancaman tidak cukup makan. Mereka melahirkan kemahiran pertukangan dan pembuat peralatan yang bukan sahaja bermutu tinggi dalam konteks zaman dahulu, tetapi juga bernilai seni yang indah dan menarik. Barang-barang ditempa, diukir, disulam, dianyam dan direkabentuk dengan mencerminkan jiwa manusia yang bebas. Merka sentiasa berusaha mencari

kecemerlangan. Masyarakat yang di luar dari lingkungan itu tetapi yang berinteraksi dengannya juga turut mendapat faedah. Masyarakat Melayu demikian mempunyai jiwa merdeka. Mereka telah menempa banyak kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan, pelayaran, perniagaan, dan perdagangan luar negeri. Mereka mampu ke luar negara menuntut ilmu, dan menghantar anak-anak mereka ke luar negara untuk mencari ilmu. Pusat-pusat pengajian adalah institusi yang tidak asing dalam masyarakat Melayu Kelantan. Sebelum pengaruh luar dan penjajah datang ke Tanah Melayu membuka ladang, lombong dan menyediakan kemudahan jalan raya dan pengangkutan keretapi mereka sudah lama menikmati

keupayaan berdikari. Rakyat dalam masyarakat berbudaya pertanian dan menternak serta menangkap ikan baik di Kelantan mahu pun di luar Kelantan lebeh dahulu pandai mengatur hidup. Ada musim kerja, ada musim menunggu tanaman berbuah, ada masa bermain dan berpesta, dan ada masa belajar. Ada masa untuk dunia dan ada masa untuk akhirat. Masyarakat kampung di seluruh pelusuk Tanah Melayu dan negeri-negeri Selat dulu bukan saja kenal dan biasa dengan penjaja-penjaja kain dan barangan-barangan lain dari Pakistan dan Afghanistan tetapi mereka juga kenal dengan anak-anak Kelantan yang menjelajah jauh menggalas kain untuk menjaja, berniaga, dan berdakwah. Bahkan di sana sini telah bertapak anak-anak mereka asaskan. Keadaan demikian berbeza dengan kehidupan yang dialami oleh kelompok kelompok masyarakat Melayu yang tidak mempunyai tradisi pertanian di jelapang padi dan menangkap ikan di laut luas. Kegiatan ekonomi mereka terhad dan hanya Kelantan dengan kampung-kampung Kelantan yang

berkembang dengan ketibaan pendatang dari Nusantara dan kedatangan pengusahapengusaha lombong, ladang getah dan keretapi yang membuka peluang bagi mereka mengambil upah dan makan gaji. Minda mereka dijajah walaupun mereka merasa bebas. Gulungan Melayu yang tidak bebas jiwanya dari mulanya lagi mudah dikongkong oleh elite feudal dan pegusaha-pengusaha lombong dan ladang serta juga penjajah bagi di jadikan mereka boneka atau orang suruhan untuk bermuka-muka sebagai Melayu yang bersetuju dengan kehendak-kehendak penjajahan mereka berbanding dengan kalangan Melayu yang tidak senang dengan penjajahan dan kehilangan pertuanan Melayu. Gejala ini wujud hingga ke hari ini dalam manifestasi yang halus. Di waktu dahulu penjajah yang cergas di kawasan-kawasan kelompok di mana Melayu lemah telah memberi pendidikan dan asuhan kepada anak-anak Melayu supaya mereka muncul sebagai orang yang terpelajar dan berbudaya berbanding dengan rakyat jelata Melayu yang tidak berpeluang. Penjajah berjaya menyebar pengaruh dikalangan Melayu seperti itu yang ketiadaan akar maruah Melayu yang mendalam. Dengan mudah orang Melayu yang diperdayakan boleh disuruh mengikut logik penjajah. Mereka mudah dimanupulasi. Pengaruh orang Melayu yang diletak dijawatan tinggi telah digunakan oleh pentadbiran penjajah bagi melemahkan kedudukan Melayu. Nilai budaya Melayu yang

diasuh sebagai alat penjajahan telah dipengaruhi oleh nilai yang diterima dari masyarakat pendatang. Pergaulan bebas, minuman arak, pengabaian perkara halal haram, pakaian barat, dan penerimaan apa yang datang dari Barat sebagai yang baik adalah menjadi pegangan orang besar Melayu pada zaman penjajah. Pembesar-pembesar yang dipupuk sedemikianlah yang ditunggang oleh penjajah. Mereka dikenalpasti sebagai kumpulan yang berkelayakan untuk duduk bersama dengan mereka berunding mengenai syarat-syarat kemerdekaan sedangkan pemimpin-pemimpin Melayu yang lebih berilmu dan lebeh murni perjuangan mereka dari segi perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air sengaja diketepikan dengan pelbagai helah.

Mereka yang mempelupuri perjuangan kemerdekaan ditekan, diancam, dan diburu. Masyarakat diajak memusuhi orang-orang Melayu bermaruah tinggi yang berani melaung jeritan MERDEKA lama sebelum UMNO muncul merampas inisiatif mereka dalam perjuangan.. Dari satu perspektif tindakan menuntut kemerdekaan oleh mereka itulah yang tidak menyenangkan penjajah dan mendorongkan penjajah bercakap tentang memberri kemerdekaan dan mengambil langkah secara berperingkat untuk

memerdekakan Tanah Melayu untuk mengelak berhadapan dengan pejuang kemerdekaan yang lebih lantang dari golongan yang dididik oleh mereka. Kebetulan pula pembebasan tanah jajahan sudah menjadi ajenda Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada masa itu.. Saya berbangga kerana anak-anak Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang, tanah tumpah darah saya adalah dari mereka yang berjiwa merdeka dan bertradisi tidak banyak bergantung kepada kerajaan. Pemikiran mereka dari dahulu lagi adalah lain dari yang lain; tidak bermentaliti hamba yang dikongkong oleh penjajah. Walaupun pada masa Tanah Melayu memperjuang kemerdekaan pihak British telah menonjol cerdik pandai Melayu untuk menyenangkan proses peralihan kuasa yang memehak kepada kehendak mereka tetapi itu tidak menunjukkan pilihan kecemerlangan Melayu sebenar. Jiwa pemimpin-pemimpin tajaan penjajah itu adalah jauh dari jeritan batin rakyat Melayu yang melihat kepada kemerdekaan sebagai penebusan kebebasan, maruah, dan keselamatan Melayu di bumi Melayu. Pemikiran orang Melayu pada masa itu ialah jika orang English ada Englandnya sebagai tanah air, orang India dengan benua kecil Indianya, orang China dengan tanah besar Chinanya sebagai ibu pertiwi, kenapa tidak orang Melayu juga mendapat kembali Tanah Melayunya yang telah dirampas secara

helah dan halus oleh penjajah. Melayu pada masa itu mahu jaminan-jaminan yang kukuh terhadap ketuanan dengan tidak pula tidak ada timbang rasa yang sewajar dan mulia tehadap kaum-kaum pendatang. Pemimpin-pemimpin Melayu yang ke meja perundingan kemerdekaan memang mempunyai kedudukan tetapi dalam menjalankan tugas itu jelas mereka menjadi tunggangan British. Kelantan pada masa Tanah Melayu memperjuang kemerdekaan sudah mempunyai cerdik pandai berilmu, dan ilmuan Islam yang tidak kurang hebat. Tulisan-tulisan

mereka menjadi bukti. Syarikat-syarikat percetakan di Kelantan menjadi bukti kesuburan berfikir dan penulisan di kalangan Melayu Kelantan. Mereka mempelupori

persuratkhabaran Melayu. Itu belum lagi diambil kira kekayaan unsur seni dan budaya yang asli lahir dari kehidupan rakyat yang berjiwa seni yang boleh mengukir, menganyam, membentuk, menghias, membina, mereka, menyulam, memasak pelbagai makanan dan kuih muih istimewa, dan menghibur dalam berbagai bentuk hiburan yang berupa hiburan rakyat dan hiburan istana yang masing-masing mempunyai daya tarikan tersendiri dan memupuk kegemaran ramai. Itulah Kelantan yang dalam keadaan damai dengan kehidupannya tersendiri mampu bersama dengan rakyat Melayu lain merancang slogan menuntut kemerdekaan mutlak bagi bangsa Melayu kembali kepada keadaan berkerajaan Islam seperti sebelum dijajah dahulu demi kedaulatan agama bangsa dan tanah air. Itulah Kelantan yang mahu mencapai kemajuan dan pembangunan bersama Islam. Itulah Kelantan yang membuat rakyatnya sentiasa menjadi bangga dengan sebutan anak Kelantan. Seni budaya

Kelantan menjadi asas penubuhan Museum Negara sebagai kebangaan negara. Ciri-ciri budaya Kelantan menjadi teras art form ukir dan seni tari negara bersama dengan unsur unsur dari lain. Walaupun banyak tahun telah berlalu semenjak demokrasi dan slogan perjuangan Melayu diteriakkan dan dinyatakan dengan lantang oleh orang-orang Kelantan namun harapan lama yang belum tercapai masih hidup segar. Rakyat mencari barisan yang dapat memberi kepuasan hati mencapai hajat mendaulatkan agama Islam, bangsa dan tanah air. Saya berbangga secara senyap dengan kebijaksanaan rakyat Kelantan membuat pilihan, berani membuat pilihan; menunjuk sifat merdeka dalam membuat pilihan; menyatakan dengan jelas pilihan mahukan yang Islam, yang dipimpin oleh ulama, yang

bersandarkan Al-Quran dan Hadith.

Saya bangga dengan kegigihan barisan yang

walaupun tidak banyak pengalaman mentadbir tetapi berjaya membentuk kerajaan, berjaya mendapat keyakinan rakyat. Tetapi sejak kebelakangan ini saya dilanda oleh perasaan cemas melihat apa yang sedang berlaku. Sindrom cakap tidak serupa bikin boleh menghampakan rakyat yang berani membuat pengorbanan memilih barisan yang berjanji membangun bersama Islam. Keupayaan orang politik mentadbir dan memimpin rakyat dan kerajaan dengan cekap dan berkesan sentiasa bermain di kepala anak-anak Kelantan sebagai tanda-tanya. Keadaan sekarang hampir sama ataupun sama dengan keadaan di bawah kerajaan yang diguling oleh rakyat dahulu. Di bawah kerajaan pimpinan politik sekular dulu tidak nampak ada pelan pembangunan yang boleh dijadikan tapak untuk pembangunan jangka pendek, sederhana, dan jangka panjang. Jikalau pun ada pelan seperti itu ia tidak menampakkan kesannya. Tidak mudah ditunjuk kerja-kerja yang dimulakan di bawah pelan itu yang disambung oleh kerajaan yang ada bagi membawa Kelantan ke arah matlamat pelan demikian. Dalam tempuh dua belas tahun pemerintahan di bawah kerajaan baru pun masih tidak kedengaran oleh rakyat tentang pelan pembangunan yang sepatutnya diketahui dan difahami dengan jelas oleh rakyat umum. Jika pelan itu ada maka ia harus diberi tahu kepada rakyat kerana semua peringkat rakyat patut digembeling dalam apa jua program pembangunan; rakyat dari gulongan koporat dengan peranannya, rakyat dari gulongan berada dengan sumbangan dan peranan setimpal, gulongan professional dengan peranan professional, dan begitu juga rakyat dari gulongan pekerja dengan peranan mereka; seluruh rakyat dengan peranan mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Kebanggaan rakyat Kelantan terhadap negeri Kelantan dan Kerajaan Kelantan dan kebijaksanaan menjalani kehidupan harian dengan mencari keredhaan Allah mungkin akan musnah jika Kerajaan Kelantan hari ini salah terima kesabaran dan kesanggupan rakyat menunggu pembangunan di bawah Kerajaan Islam sebagai sokongan kepada batang tubuh individu-individu yang dipilih untuk memimpin. Rakyat Kelantan boleh bertukar selera bukan kerana tidak yakin kepada perjuangan Islam, tetapi tidak mahu di hampa oleh barisan kepimpinan yang tidak mahu mengambil risiko berusaha membawa pembangunan di Kelantan semasa Kelantan masih mempunyai ruang dan pilihan yang

luas untuk mengambil inisiatif Membangun Bersama Islam.

Rakyat tidak dapat

menyokong barisan kepimpinan yang kaku dan lesu bila berhadapan dengan cabaran. Rakyat tidak dapat menyokongkerajaan yangtidak pandai mentadbir negeri Rakyat mahu keputusan-keputusan yang bernas dan bijaksana yang boleh memecah kebuntuan membuka jalan ke arah pembangunan. Rakyat sedar perubahan tidak boleh dibuat dalam sekelip mata; tetapi rakyat dapat membeza apa dia keputusan dasar dan apa dia program yang boleh membawa harapan cerah, dan apa dia yang terus lemah dan lesu ke arah kegelapan. Tidak membuat keputusan bererti tidak membuka jalan ke arah pembangunan. Menangguh membuat keputusan bererti menangguh usaha ke arah pembangunan. Takut membuat keputusan bererti takut berhadapan dengan cabaran pembangunan. Tidak mahu membuat keputusan bererti tidak mahu tunai janji Membangun Bersama Islam. Membuat keputusan dalam perkara-perkara besar yang boleh menggerakkan kemajuan dan pembangunan adalah satu risiko. Tetapi risiko itu boleh dielak dengan membuat

keputusan. Halangan yang dihadapi dalam usaha membawa pembangunan di Kelantan perlu diatasi. Keputusan-keputusan walau kecil sekalipun perlu dibuat. Bantuan dan pertolongan jika perlu mesti dicari dan diminta. diperolehi. Strategi yang sesuai perlu diterokai. Anak-anak Kelantan yang cerdik pandai di perantauan terutama yang bergiat di Kuala Lumpur dan di luar negara adalah kumpulan yang berpotensi besar untuk memberi sumbangan menjana pertumbuhan ekonomi Kelantan. Mereka mempunyai bisnes yang besar-besar, memiliki dan mengetuai entiti-entiti korporat dan profesion yang berjaya, dan mempunyai hubungan yang baik dengan banyak pihak termasuk pemimpin politik tertinggi negara untuk memudahkan langkah. Tetapi malangnya sehingga ini hampir tidak ada pengusaha dan sebarang bentuk pelaburan atau kegiatan ekonomi yang boleh mencermin usaha besar untuk Kelantan membina asas pertumbuhan ekonomi secara strategik. Mungkin ada perusahaan atau pelaburan di bidang perniagaan dan pembuatan dan perkhidmatan di sana sini yang dibuat oleh mereka melalui penglibatan keluarga atau nominee-nominee; tetapi yang nyata Kelantan belum mendapat faedah dari kehadiran tokoh-tokoh itu secara yang boleh memberi rangsangan dan galakan yang kuat, baik secara individu, kumpulan, atau atas nama syarikat-syarikat gergasi yang mereka pimpin. Keupayaan yang tidak ada perlu

Individu-individu itu memang bangga menjadi anak Kelantan tetapi oleh kerana sesuatu, tidak ramai yang berperanan dalam menjana ekonomi Kelantan. Ada beberapa buah syarikat anak Kelantan milik orang yang berkedudukan yang secara low profile melabur di Kelantan. Langkah mereka ini memang boleh dibanggakan. Seperti lain-lain hal juga kehadhiran mereka yang terpencil itu tidak boleh dijadikan bukti oleh Kerajaan Kelantan yang ada bahawa mereka ada menarik pelaburan. Yang wujud adalah di atas inisiatif rakyat sendiri. Potensi anak-anak Kelantan dan siapa saja tidak boleh dibiarkan begitu. Usaha perlu digiatkan oleh Kerajaan untuk membuka pintu hati mereka dan memudahkan urusan dan perbincangan mereka dengan pemimpin-pemimpin di Kelantan melalui hubungan individu, perjumpaan sosial, perjumpaan atau mesyuarat resmi dan mesyuarat penerangan. Initiatif mesti datang dari pemimpin Kelantan. Secara bermusim tiap-tiap kali ada pilihan raya, ada sahaja individu-individu yang beria-ia mengajak rakyat

Kelantan membuat pilihan secara bijaksana supaya Kelantan dapat dimajukan dengan pesat dengan pelbagai projek pembangunan. Tetapi selepas sahaja pilihan raya mereka pun hilang, bayang pun tak nampak. Projek yang dilaung-laungkan sebelum pilihan raya seolah-olah tidak pernah disebut, hilang dengan mereka. Yang nyata, Kelantan tetap mempunyai potensi. Dari satu sudut potensi Kelantan untuk pengusaha adalah tinggi kerana paras pembangunannya sekarang adalah rendah dan oleh keadaan rendah demikian banyak yang masih boleh dilakukan bukan sahaja untuk meningkatkan kegiatan dan kedudukan ekonomi ke paras negeri-negeri lain di Malaysia tetapi melonjak lebih dari itu. Kelantan mempunyai masa depan yang cerah jika pemimpin-pemimpin politik dan pentadbir menumpukan usaha memajukannya secara tersusun dan berkesan. Anak-anak Kelantan yang berjaya dalam pelbagai bidang usaha perniagaan, perindustrian, pendidikan, professional dan pelbagai bidang seni yang berada di luar Kelantan berbangga dengan Kelantan. Kerajaan Kelantan perlu memberi perhatian berat kepada cara, usaha dan galakan untuk membuka dialog untuk menarik penglibatan mereka dalam aktiviti pembangunan; kalau tidak kerana mereka ingin membangun bersama Islam pun mungkin kerana mereka ingin membawa pembangunan kepada tanah tumpah darah yang dicintai dan dibanggakan yang sekaligus boleh menyumbang kepada

10

penjanaan kekayaan negara.

Hendaknya soal siapa yang patut mengambil langkah

pertama hendaklah diketepikan. Samaada ada atau tidak ada langkah pertama dari anakanak Kelantan di perantauan Kerajaan negeri perlu meneropong dan mendekati ahli-ahli korporat, pengusaha-pengusaha, peniaga-peniaga dan profesional-profesional yang berada di luar Kelantan terutama yang ramai ada di Kuala Lumpur dan di luar negara. Penglibatan mereka patut dilihat sebagai bakal pemberi tenaga bagi menghasilkan pertumbuhan ekonomi dengan cepat. Bahawa mereka di Kuala Lumpur, di lain-lain tempat, dan di luar Kelantan cinta dan bangga menjadi anak Kelantan memang tidak diragui. Fahaman politik mereka mungkin berbeza tetapi keadaan demikian tidak harus menghalang Kerajaan negeri dari bertindak secara positif, secara terus terang mengajak mereka bergerak dalam satu program untuk memajukan Kelantan. Adalah rugi bagi Kelantan jika anak-anak Kelantan di perantauan yang sudah bersedia menanam modal di Kelantan tiba-tiba tidak jadi berbuat demikian atas sebab berbeza fahaman politik dengan kerajaan yang ada, bukan atas sebab halangan dari kerajaan yang tidak mahukan mereka. Adanya usaha-usaha oleh anak-anak Kelantan di perantauan yang menanam modal di Kelantan tidak boleh dijadikan bukti sudah ada usaha Kerajaan Kelantan menggembeling potensi anak-anak Kelantan di perantauan. Rakyat belum lihat program yang terancang dan kesungguhan ke arah itu. Lebih cepat saluran komunikasi diwujudkan bagi tujuan itu lebih baik. Kalau dahulu Kelantan boleh, tidak ada sebab sekarang Kelantan tidak boleh. Kemajuan dan pembangunan banyak bergantung kepada pentadbiran dan pengurusan. Anak-anak Kelantan tetap optimis. Pak Ali pun optimis.

11

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

embangun Bersama Islam yang diwujudkan sebagai cogankata dan seruan perjuangan oleh pemimpin Islam Kelantan adalah satu ilham suci dan segar,

satu slogan yang cukup potent, cukup berdaya tarik; cukup bertenaga untuk mengajak pengorbanan umat Islam, dan memberi rangsangan yang kuat bagi umat Islam yang sudah lama menunggu untuk mengecap nikmat perjuangan mendaulatkan agama, bangsa dan tanah air. Sejarah akan menunjukkan bahawa penciptaan slogan Membangun Bersama Islam yang dibuat dengan tidak banyak fanfare itu adalah satu peristiwa yang cukup memberi kesan dan pengaruh dalam perjuangan menarik perhatian dan sokongan orang Islam. Membangun Bersama Islam membuka imaginasi serba boleh bagi menghadapi cabaran dan dugaan mengikut saluran yang diredhai Allah. Membangun Bersama Islam di bawah Kerajaan yang bersandar kepada Al-Quran dan Hadith memberi keyakinan dan jaminan bahawa apa yang dikata akan dikota. Membangun Bersama Islam adalah satu visi bertenaga yang menghidupkan Islam dan berupaya mengenjakkan paradigma perjuangan Islam yang secara sengaja atau tidak sengaja selama ini membawa imej kerohanian, ibadat, akhirat dan kurang perhatian kepada perkara material, perkara pembangunan, sains dan teknologi yang seimbang dunia dan akhirat. Membangun

Bersama Islam membentang kembali kemungkinan percantuman ilmu dunia dan ilmu untuk akhirat yang telah terbukti mampu menjadi penjana kemajuan dan kecemerlangan masyarakat Islam zaman silam seperti yang pernah wujud di Andalusia, Alexandria, dan Baghdad. Slogan Membangun Bersama Islam mencabar rohani dan jasmani orang Islam. Ia membawa janji, harapan dengan kesabaran, dan mengajak rakyat memberi kepercayaan kepada pemimpin Islam. Membangun Bersama Islam mengoyak selaput yang

menyelubungi minda dan visi orang-orang Islam yang selama ini digelapkan oleh tekanan pengaruh penjajah dan kuasa pentadbiran sekular yang tidak mampu dan tidak berapa mahu mendaulatkan agama Islam dalam kehidupan orang Islam. Membangun Bersama Islam melambangkan keberanian berfikir dan menyatakan visi sebagai manifestasi dari

12

keimanan yang kuat di hati, di lidah dan dalam perbuatan. Kekuatan tauhid kepada Allah dan keupayaan membebaskan diri dari segala ketakutan kecuali pada Allah merupakan panji-panji yang berani mengajak rakyat Membangun Bersama Islam dalam suasana pancaroba di mana orang-orang Islam sendiri yang menjadi penghalang besar kepada perkembangan Islam. Membangun Bersama Islam mengenepikan orang-orang yang

memperkecilkan peranan ulama dan menyekat, menghalang, menyindir, mencemuh, mempersenda, menghina dengan pelbagai cara terhadap usaha murni orang Islam yang mahukan Islam sejati. Membangun Bersama Islam menelanjang kepura-puraan orang Islam yang mengaku berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air tetapi yang berat lidah dan berat tulang untuk menegakkan agama Allah s.w.t. Membangun Bersama Islam adalah loceng pengingat kepada yang lalai dengan cara sekular. Bahkan Membangun Bersama Islam Insya-Allah akan dapat melembutkan hati orang-orang Islam yang telah beroleh pangkat, kuasa, dan harta melalui alam sekular bahawa kuasa, harta, pangkat, darjat, ilmu sains dan teknologi yang mereka takut hilang di bawah pimpinan Islam tidak akan hilang; bahkan Insya-Allah akan memberi mereka manfaat dunia dan akhirat jika mereka halakan semua itu untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Membangun Bersama Islam adalah satu ilham dan inspirasi suci yang boleh

menjadi penyelamat manusia moden. Pemegang saham dalam Membangun Bersama Islam bukanlah terhad kepada rakyat Kelantan sahaja malah meliputi umat Islam seluruhnya. Allahu Akbar! Allahhu Akbar! Allahu Akbar! Membangun Bersama Islam membangkitkan rangsangan dan semangat di kalangan pemimpin-pemimpin kecil dan aktivis serta orang-orang biasa yang berjiwa besar untuk tampil bergerak dalam pelbagai cara formal dan tidak formal menghulurkan bahu memikul usaha murni. Sudah pun dapat dirasai penghijrahan pengikut-pengikut

pemimpin sekular atau penjinakan pengikut-pengikut pemimpin sekular ke arah cara hidup yang bertujuan mencari keredhaan Allah s.w.t. Membangun Bersama Islam

membuka peluang bagi kemunculan kepimpinan bersifat dan bersikap baru yang imaginatif dan kreatif, cergas, positif; berbeza dengan yang lesu. Bidang kepimpinan di semua lapangan dan peringkat sebenarnya terbuka luas dan menanti disahut oleh orangorang Islam terutama muda-mudi untuk muncul mengenjak paradigma perjuangan Islam kepada yang lebih relevan dengan keperluan zaman dari kepimpinan kampungan yang
13

tidak mahu menyesuaikan diri dengan peranan dan tanggungjawab memimpin negeri kepada yang mampu mentadbir negeri; bahkan mentadbir negara jika diizinkan Allah s.w.t. Membangun Bersama Islam membawa hikmat yang perlu dikenalpasti dan di manfaat. Membangun Bersama Islam perlu dihurai sebagai satu piagam bagi ummah. Ia tidak harus hidup dalam kesamaran, kekaburan dan kesukaran pentakrifan. Ia mesti dihurai dan ditafsirkan seboleh-boleh yang termampu supaya ummah faham dan bertindak, bukan faham dan diam. Ia harus menjadi pendorong kepada usaha yang lebih besar, lebih mulia dan lebih luas yang meliputi gerakan Islam sejagat. Membangun Bersama Islam bukan sahaja mengajak tetapi menyuruh, iaitu menyuruh umat Islam berusaha keras membuat kerja, menghasilkan pertumbuhan ekonomi melalui peningkatan produktiviti iaitu tidak lagi mengeluarkan hasil berdasarkan apa yang biasa diguna untuk mengeluarkan hasil itu, tetapi lebih dari itu, pengeluaran di masa akan datang perlu ditentukan oleh kecekapan yang lebih, pengurusan yang bermutu tinggi, kepandaian yang lebih, kemahiran yang tinggi, penyelidikan dan pembangunan yang dipertingkatkan dan pengeluaran hasil yang bermutu tinggi dan sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh pelanggan atau pengguna. Membangun Bersama Islam menyuruh orang Islam berikhtiar menggunakan ilmu pengetahuan yang lebih bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan atau proses yang bernilai tinggi dan sentiasa mencari ruang untuk menjadikan hasil usaha mereka itu istimewa, lain dari yang lain dan oleh itu dapat atasi saingan dan tembusi pasaran. Lebih penting dari itu Membangun Bersama Islam adalah satu peluang bagi umat Islam membuat persediaan dari segi kewaspadaan yang dikehendaki dilakukan bagi menghadapi masa depan supaya ancaman dan dugaan dapat dihadapi dengan teguh, dan berani seta bermatlamat yang jelas tidak seperti bagai mana umat Islam berhadapan dengan cubaan pentadbiran negeri pada hari ini. Seharusnya umat Islam di Kelantan sudah digerak oleh gelombang besar di bawah pimpinan Kerajaan dari segi hala tuju untuk melahirkan kreativiti dan pembaharuan dalam kegiatan ekonomi dan sosial secara yang berjangkit-jangkit dan berlumba-lumba meningkatkan produktiviti dan daya saing masing-masing dari serendah-rendah kegiatan. Bayangkan potensi kepimpinan yang menunggu tenaga-tenaga minda positif di Kelantan

14

dari segenap lapisan dan bidang baik dari yang berpelajaran agama mahu pun yang dari jurusan bukan agama. Membangun Bersama Islam perlu dilihat secara positif, imaginatif dan kreatif dan bukan setakat pemikiran biasa. Hanya dengan cara positif, imaginatif dan kreatif barulah potensi yang dihuraikan dapat dimanfaat oleh ummah. Membangun Bersama Islam menyuruh Kerajaan Kelantan gembleng segala pemimpin Islam yang ada dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan, di Parlimen dan dalam barisan kepimpinan Islam seluruh negara dan dari luar negara baik yang berilmu agama Islam atau pun yang berilmu dalam lain-lain bidang untuk menyemarakkan perkembangan visi suci itu. Segala rupa

sokongan Kerajaan dan penglibatan Kerajaan perlu ditampilkan dengan jelas supaya gelombang Membangun Bersama Islam tidak mati di tengah jalan disebabkan kerana pemimpin hanya tahu melahirkan idea tetapi tidak tahu menyuburkannya kepada potensi yang terbaik untuk menjadikan Islam agama yang berdaulat dalam erti yang menarik dalam masyarakat berbilang kaum. Tanpa huraian dan tafsiran yang bersemangat hijrah dan reformasi Membangun Bersama Islam akan tinggal kata-kata yang tidak berdaya. Apa yang didengar dan dibaca akhir-akhir ini mencerminkan keadaan yang tidak memberangsangkan. Nyatalah bahawa jika tidak dikemudikan dengan segera ke landasan yang betul oleh Tok Guru slogan itu akan ditakrifkan secara murahan oleh pegawai-pegawai yang membajukan idea sempit dan pemikiran lama mereka mengenai pembangunan dengan baju baru Membangun Bersama Islam. Lagi sekali Kelantan mungkin dikelentong dan dikhianati oleh pegawaipegawai kerana pemimpin tidur dan ambil jalan mudah. Membangun Bersama Islam mesti diselamatkan dari pegawai dan pemimpin kampungan dan tempurungan yang tidak dapat membezakan berlian dari kaca. Membangun Bersama Islam perlu kepada disiplin. Sebelum subur menjadi

budaya hidup orang Islam Membangun Bersama Islam pada peringkat awalnya perlu dibimbing dan didorong secara disiplin untuk mencegah yang negatif dan menggalak aktiviti yang positif efisien dan berdaya saing. Segala peraturan dan undang-undang yang wujud perlu digunakan secara yang boleh menggalak dan menyokong penglibatan masyarakat. Masyarakat di bawah gagasan Membangun Bersama Islam tidak patut dan tidak boleh dibiar secara laissez faire tetapi diasuh dan dipupuk ke arah amalan positif

15

untuk kebaikan, kemajuan, dan kesejahteraan bersama. Sains dan teknologi mesti diberi tempat yang setimpal. Membangun Bersama Islam mesti mengelak pengekalan

kelompok-kelompok masyarakat Islam yang meleset, yang ketinggalan dan yang berkekurangan dalam konteks masyarakat berbilang kaum dalam negara, dan dalam konteks Baldatun Tayyibatun. Ada sesuatu yang mungkin tidak kena dengan dasar atau prinsip atau kemahuan atau sikap apabila pemimpin-pemimpin mengungkit-ungkit tentang apa guna membangun jika ketaqwaan rakyat dan tauhid rakyat atau amalan keIslaman rakyat masih terumbangambing dan perlu diselesaikan dahulu. Membangun Bersama Islam tidak perlu tunggu. Membangun Bersama Islam mampu mengajak masyarakat berbilang kaum walaupun yang belum lagi berpengalaman dengan suasana toleransi di Kelantan untuk mengecap kemanisan dari Kerajaan Islam yang menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan untuk semua. Mereka boleh mengambil bahagian dengan cergas dan giat sama-sama mewujudkan keadilan dan kemakmuran. Bukankah itu pernah menjadi nyata di suatu masa dalam sejarah duuuluu di mana orang bukan-Islam bersama mengecap nikmat hidup di bawah kepimpinan Islam. Hari ini pun orang Islam masih kenang dengan bangga tetapi hiba tentang kegemilangan zaman Islam lalu di negara-negara besar yang sekarang sudah ditelan zaman. Membangun Bersama Islam tidak boleh dan tidak memadai dengan hanya

diperkatakan sambil lewa oleh pemimpin di Kelantan seperti: Membangun Bersama Islam telah berjaya melakukan begitu banyak perubahan ke arah hasanah di dunia dan hasanah di akhirat .. atau Melicinkan kehendak Al-Quran itulah kita panggil Membangun Islam .. atau Kini Kelantan sedang membangun dengan cara dan gayanya tersendiri Membangun Bersama Islam . atau Sepanjang tempoh 1990 hingga 2000 banyaklah berlaku perubahan di negeri Kelantan ke arah mencapai gagasan Membangun Bersama Islam . Bersama

16

atau Konsep dan dasar Membangun Bersama Islam menuntut pemimpin Kerajaan melaksanakan syariat Allah, menyampaikan dakwah, berusaha menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran . atau Di bawah dasar Membangun Bersama Islam pimpinan Tok Guru tidak mengamalkan sistem gelojoh untuk maju dan membangun tanpa had dan batas sempadan .. atau Kerajaan yang mengamalkan dasar Membangun Bersama Islam telah merancang dan melaksanakan strategi pembangunan

Semua itu adalah cakap-cakap. Isinya, bentuknya, dan buktinya perlu dinikmati oleh rakyat. Kata-kata sambil lewa seperti yang dipetik diatas menjadikan Membangun Bersama Islam nampak hanya sebagai satu label sahaja yang diguna sewenang wenang sebagai label dan sandaran bagi apa-apa yang dibuat yang hendak dikaitkan dengan Membangun Bersama Islam walaupun perkara yang dibuat itu perkara lama yang dibuat atau diikut oleh pentadbiran. Menggunakan slogan Membangun Bersama Islam menyedapkan pendengaran tetapi ia boleh mengakibatkan kesan indah dengar dari nyata; dan boleh menghampakan peluang keemasan untuk seluruh ummah dan rakyat berbilang kaum Membangun

Bersama Islam jika visi itu tidak diletak di tempat yang wajar dan dihidupkan dengan meah dan bertenaga. Yang malas berfikir, dan malas serta tidak mampu dan tidak mahu mencari hikmah dari visi Membangun Bersama Islam sebenarnya tidak layak diberi tugas untuk membawa obor anugerah Ilahi yang amat bernilai itu. Anak-anak Kelantan mahu visi Membangun Bersama Islam itu dihidupkan dengan bijaksana sesuai dengan visi Islam sejagat. Bahkan orang-orang Islam mahu visi itu hidup bertenaga secara praktik. Yang di bangku sekolah mahukan Membangun Bersama Islam untuk masa depan. Yang di pondok mahukan Membangun Bersama Islam. Yang di universiti mahukan Membangun Bersama Islam. Yang dewasa mahukan Membangun Bersama Islam untuk ditinggalkan sebagai pusaka kepada anak cucu untuk dijadikan tapak bagi

17

mereka meneruskan hidup berpandukan Al-Quran dan Hadith dalam satu cara hidup Islam yang tidak lagi pincang kesejahteraan di akhirat. Oleh itu Kerajaan Kelantan patut memberi perhatian berat tentang strategi menjayakan visi itu. Jika benar pemimpin-pemimpin dalam barisan Kerajaan Kelantan ada kelemahan, mereka mesti berani belajar dengan cepat. Mereka mesti berusaha tetapi berimbang untuk kesejahteraan di dunia dan

mendapat pertolongan dari orang yang benar-benar mempunyai kebolehan menolong supaya visi Membangun Bersama Islam dapat dijadikan realiti; supaya proses pembangunan dapat dilihat berjalan, supaya sokongan dan penyertaan rakyat dapat disalurkan ke arah yang ditentukan; supaya perjalanan di dalam visi itu sendiri memberi kepuasan, menjadi penggalak dan menjadi rangsangan ke arah kejayaan yang di citacitakan, dan kepada penerusan kewujudan Kerajaan Islam. Rakyat Kelantan akan kecewa dengan ketiadaan satu treatment yang serious dan mendalam dari Kerajaan negeri untuk membuat penilaian dan memilih strategi dalam menghadapi cabaran pembangunan. Anak-anak Kelantan telah dengar tentang hasrat Kerajaan Kelantan melaksanakan pembangunan yang berimbang, pembangunan rohani dan pembangunan jasmani yang berimbang. Pembangunan jasmani tidak dapat tidak perlu dilihat dari segi keperluan rakyat dan keperluan manusia yang kian bertambah ramai di Kelantan yang berkehendakkan kepada kemudahan dan keselesaan yang setimpal dengan zaman. Permintaan rakyat, hasrat rakyat, idaman rakyat yang makin sedar tentang tanggungjawab kerajaan perlu diberi perhatian. Kelantan memerlukan pelan pembangunan yang berstrategi strategi dalam ertikata kaedah atau cara yang difikir, dicari, dan dipilih untuk digunakan bagi mencapai satu-satu matlamat dan dalam masa yang sama dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh kepimpinan ulama dalam pentadbiran negeri. Rakyat tahu bahawa Kerajaan di bawah pimpinan Tok Guru yang disanjungi umum menghadapi halangan, sekatan dan berbagai macam masalah dan gangguan. Oleh kerana itu kaedah-kaedah dan cara

mengatasinya perlu dicari segera supaya segala perancangan dan aktiviti pembangunan yang dijanji dapat ditunaikan. Pemimp pemimpin dalam kerajaan tidak boleh bermegah

18

dengan rekod rakyat tidak mendesak. Rakyat tidak mendesak kerana rakyat cerdik. Jangan jadikan itu sebagai bukti atau tanda mentadbir dengan baik. Strategi membawa pemikiran dan kaedah yang tidak lazim, dan pasti perlu bersifat kreatif dan imaginatif untuk menyelesai masalah. Pelan yang berstrategi ialah pelan yang membawa bersamanya harapan perjuangan. Pelan pembangunan Negeri Kelantan tidak boleh bersifat pelan biasa yang tidak mencermin kehendak dan harapan rakyat Kelantan yang sudah lama menunggu pembangunan dan kemajuan, dan menaruh harapan besar untuk Membangun Bersama Islam di bawah pimpinan ulama. Pelan

sekadar dalam bentuk pengumpulan maklumat, perangkaan dan perumusan idea kecil bagi tujuan pembangunan negeri tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat Kelantan. Pelan pembangunan Kelantan perlu mengambil kira sejarah dan pengalaman rakyat Kelantan, mengambil kira pengalaman rakyat Kelantan di tangan pengurusan dan pentadbiran pembangunan mengikut sistem yang ada; mengambil kira keadaan politik Kelantan dan politik negara yang selama ini mempengaruhi tempo dan corak pentadbiran dan pengurusan pembangunan, serta mengambil kira keadaan pembangunan itu sendiri. Kelantan berada dalam keadaan ketinggalan akibat tekanan dari luar dan dalam. Kelantan dipinggir, dihalang, diancam, difitnah dan dihebohkan sebagai negeri yang pemimpinannya tidak pandai mentadbir dan tidak mampu membawa pembangunan. Pada pandangan orang ramai, Kelantan dihalang dari menikmati kemajuan apabila projek-projek insfrastruktur tidak dibawa ke Kelantan sebagaimana yang sepatutnya, dan pelaburan dari luar seolah-olah dihalang secara langsung atau secara halus daripada memasuki Kelantan. Apa yang nyata, suasana dan amalan biasa dalam pentadbiran dan pengurusan yang wujud di negeri-negeri lain di Malaysia tidak wujud di Kelantan. Kelantan menghadapi masalah tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari pegawai-pegawai perkhidmatan awam Negeri yang nampak jelas berbelah bagi kesetiaan mereka. Ada yang diyakinkan supaya setia kepada raja, ada yang setianya kepada

pemimpin pusat, dan ada pula yang setia kepada orang-orang politik. Keadaan demikian memberi kesan negatif kepada sesetengah pegawai, mengakibatkan mereka tidak bersungguh-sungguh berkhidmat dan berusaha membawa pembangunan kepada negeri Kelantan.

19

PEMBANGUNAN bagi negeri Kelantan membawa implikasi jangka pendek yang serius: 1. Pembangunan mencabar Kerajaan supaya slogan Membangun Bersama Islam benar-benar memenuhi hasrat rakyat untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. 2. Rakyat Kelantan dan lawan politik Kerajaan Kelantan sentiasa memerhati dan mengukur keupayaan ulama mentadbir dan mengurus pembangunan negeri berdasarkan keberkesanan sesuatu projek sama ada projek pembangunan rohani atau projek-projek pembangunan fizikal. Apa telah jadi kepada visi Kota Bharu Bandar Raya Islam 2005 3. Kerajaan Kelantan perlu memenuhi permintaan rakyat yang dahagakan kesejahteraan hidup dengan mendapat peluang pekerjaan, pendapatan yang lebih tinggi, kemudahan perumahan dan persekitaran yang selesa, taraf kesihatan dan pendidikan serta penguasaan teknologi dan segala aspek kehidupan yang mampu dimimpi dan dikhayali akibat dari apa yang dilihat di luar negeri. 4. Kerajaan Kelantan dalam peringkat konsolidasi perlu mengekalkan sokongan rakyat jelata amnya, lebih-lebih lagi rakyat yang terpelajar yang menjadi pemimpin pemikiran masyarakat dan mudah melihat kelemahan Kerajaan apatah lagi jika pembangunan yang diharap-harapkan lambat muncul atau dihantui dalam perancangan yang tidak kemas. 5. Janji Membangun Bersama Islam adalah satu slogan yang menaruh harapan tinggi kepada kebolehan Islam. Janji itu perlu ditunaikan supaya daya tarik slogan dan potensinya terus memaut hati umat Islam untuk bersama barisan orang yang berjaya. 6. Pembangunan dijadikan batu uji oleh golongan skeptik untuk menilai kebolehan pemimpin-pemimpin yang berpendidikan agama untuk memimpin dan mentadbir. 7. Pembangunan menguji kesediaan pemimpin-pemimpin dalam barisan Islam memberi kepercayaan kepada orang-orang Islam dari kalangan berkelulusan tinggi dalam bidang selain ilmu agama Islam dan penyerapan mereka tanpa diskriminasi . 8. Pembangunan menguji keupayaan dan kesediaan wakil-wakil rakyat berusaha memajukan kawasan masing-masing dari perspektif orang politik yang ingin
20

membawa perubahan kepada masyarakat, bukan wakil rakyat bisu kelu, tanpa idea tanpa usaha.

Kerajaan Negeri menghadapi tanggungjawab yang besar dan berat. Hanya pelan yang berstrategi pintar sahaja yang boleh memberi keupayaan kepada Kerajaan Negeri untuk bergerak maju. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri

memerlukannya mencari dan memilih pendekatan yang berani meneroka, yang diasaskan kepada pemikiran yang kreatif dan imaginatif yang berorientasikan penyelesaian masalah dan boleh mencari jalan keluar dari perangkap kebuntuan. Kredibiliti Kerajaan yang menjanjikan Membangun Bersama Islam perlu dijaga dengan prioriti yang betul, disokong dengan strategi dan pelan-pelan yang mampu menghasilkan landasan kukuh untuk pembangunan. Kepimpinan dalam Kerajaan hari ini mempunyai tanggungjawab yang cukup besar untuk mempastikan supaya rakyat yang memilih untuk Membangun Bersama Islam tidak tawar hati kerana tidak nampaknya langkah sesuai yang diambil ke arah janji besar itu. Pada hari ini barisan Islamlah yang nampak tidak bercelaru dalam kepimpinan atasan. Keputusan dan arahan datang dari satu sumber sahaja dan tidak nampak ada pihak yang menonjol diri untuk mencari populariti. Tetapi jika pucuk pimpinan itu menjadi terlalu berpusat, kuat, disegani dan ditakuti oleh wakil-wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin parti maka besar kemungkinannya sifat positif dari segi membawa perpaduan akan bertukar menjadi negatif kerana semua keputusan dan tindakan akan bergantung kepada pusat. Pemimpin-pemimpin akan menunggu dan bergantung kepada Tok Guru. Pun sudah ada yang mengampu-ampu lebih dari batas. Rakyat tidak mahu melihat sikap bergantung dan menunggu keputusan dari Tok Guru boleh menjadi punca pengurusan yang lembab, berat, dan takut membuat keputusan-keputusan besar. Tarik tali di antara pembangunan rohani dan pembangunan jasmani menentukan mana satu yang menjadi pilihan rakyat atas pagar. Tetapi bagi Kerajaan yang muncul sebagai alternatif atau pilihan lain kepada Kerajaan dulu yang lemah moral dan kurang upaya, pembangunan berimbang adalah harapan di hati rakyat Kelantan. Usaha

pembangunan rohani di Kelantan boleh dianggap maju tetapi pembangunan di bidang ekonomi, industri, teknologi, perkhidmatan dan pengurusan masih tidak boleh
21

dibanggakan. Pelaksanaan program-program nampak tidak seimbang. Tumpuan lebih diberikan kepada pembangunan rohani hingga meminggirkan pembangunan jasmani. Orang Islam Kelantan memilih barisan kepimpinan Islam bukan kerana dahagakan sangat kepada ajaran-ajaran Islam lebih dari apa yang biasa diperolehi dalam keadaan biasa. Tetapi di sebalik pilihan itu ialah satu penyataan pencapaian hajat untuk merealisasikan mimpi, idaman, visi, aspirasi dan cita-cita silam untuk mendaulatkan kembali Islam. Islam telah lama berdaulat di Kelantan sebelum penjajah datang. Semasa penjajahan kedaulatan itu dimusnahkan sedikit demi sedikit. Bila muncul peluang bertindak dalam masa menuntut kemerdekaan dan selepas mencapai kemerdekaan peluang itu dikhianati oleh pemimpin sekular. Pemimpin sekular tidak mengambil berat. Kedaulatan Islam gagal ditegakkan. Islam sebagai agama resmi sengaja diberi takrif yang lemah. Dengan munculnya slogan Membangun Bersama Islam, cita-cita lama itu hidup kembali. Slogan itu menjadi janji baru yang benar-benar memberi keyakinan bahawa rakyat Kelantan tidak tersilap membuat pilihan. Rakyat Kelantan tidak dibeli. Rakyat Kelantan memilih dengan hati dan mata terbuka. Slogan itu sekali gus mencabar dan menggelisahkan orang-orang Islam yang leka dengan pembangunan yang tidak berimbang. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab ke atas rakyat, yang penting ditunaikan ialah pelaksanaan program berimbang; mengimbangkan pembangunan insan dengan pembangunan jasmani dan pembangunan fizikal yang rakyat sudah lama menunggu!

22

PIMPINAN BAWA REBAH

idak keterlaluan jika dikatakan bahawa kalau tidak kerana Tok Guru rakyat jelata Kelantan sudah menjadi mangsa kepimpinan politik pecah-belah. Tok

Guru telah berjaya mengamalkan prinsip menjadi ketua atau Menteri Besar kepada semua rakyat Kelantan, tidak sebagai Menteri Besar kepada puak sendiri seperti yang dilakukan oleh pemimpin dahulu. Anak-anak Kelantan cukup bertuah kerana seorang dari mereka telah muncul sebagai pemimpin dari gulungan ulama yang lulus pelbagai ujian kelayakan untuk menjadi calon pewaris nabi besar kita. Ulama adalah pewaris nabi dan Kelantan mempunyai ramai ulama, orang yang berilmu dalam berbagai jurusan pengajian Islam yang hidup beramal dengan ilmu yang ada dalam dada mereka. Tetapi walaupun demikian masih ada ulama yang belum bersedia menghadapi risiko berkorban untuk memimpin rakyat sebagai mana orang politik memimpin, membawa risalah suci untuk memandu ummah ke jalan Allah, dari lorong yang memusuhi Islam. Dalam dunia pancaroba yang mencabar dan menggoda orang Islam untuk memilih jalan yang liberal dan yang kurang beri perhatian atau fikir dua kali kepada soal halal haram dengan sikap semua boleh Tok Guru telah tampil menyelamat pada masa dan ketika yang sangat memerlukan ketokohannya. Beliau sanggup kehadapan. Walaupun beliau tidak suka dipuji rakyat Kelantan tahu pengorbanan beliau dan hargai apa yang telah dilakukan oleh beliau. Dari segi kepimpinan ugama di Kelantan beliau adalah saorang dari satu million orang rakyat yang diberi kepercayan untuk menyambung perjuangan suci bagi mendaulatkan agama, bangsa, dan tanah air; perjuangan yang terbantut dalam tahun 1957 di tangan pengkhianat. Keinginan pemimpin-pemimpin dari kaum elit pada masa itu untuk memegang dan mengekalkan kuasa dan kedudukan telah menyebabkan mereka gadaikan prinsip perjuangan Melayu Islam yang dipelupori oleh nasionalis tulen. Dari satu sudut rakyat boleh bersyukur kepada Allah dan berterima kaseh kepada Tunku Abdul Rahman kerana dapat

menjadikan Islam sebagai ugama resmi negara walaupun pada praktiknya rakyat rasa itu sebagai ungkapan di bibir sahaja. Rakyat Kelantan bijak tidak melepaskan peluang

23

menyerah kepimpinan kepada Tok Guru pada masa dan ketika yang diperlukan. The righat man at the right time for the right job. Alhamdulillah Tok Guru telah muncul sebagai satu simbol yang mudah diterima rakyat, dan dengan slogan Membangun Bersama Islam telah menarik imaginasi dan harapan rakyat untuk mencuba dan berusaha mencari keredhaan Allah di dunia dan di akhirat, walaupun parti yang dipimpin oleh beliau tidak banyak menunjuk bukti kemampuan mentadbir. Semua itu setakat ini tidak diambil kira oleh rakyat kerana rakyat juga percaya bahawa masa yang ada adalah masa untuk belajar, berlatih, berusaha untuk melengkapkan diri kerana Membangun Bersama Islam adalah perjalanan jauh yang perlu dilalui peringkat demi peringkat. Rakyat bersabar kerana hendakkan sangat untuk hidup di bawah payung Islam. Tetapi rakyat mungkin tidak sanggup menyokong barisan kepimpinan yang tidak dapat menunjukkan buktinya. Penantian mestilah dalam sesuatu tempoh tertentu dan tidak boleh berlarutan tanpa hujung. Orang Kelantan yang berilmu pengtahuan dan rakyat gulungan pertengahan tidak mungkin berdiam diri lama jika apa yang diharapkan tidak ditunaikan oleh kerajaan. Di Kelantan ada dua aliran utama kepimpinan politik; satu berjuang menegak Islam berasaskan Al-Quran dan Hadith, dan satu lagi berjuang atas dasar kebangsaan dengan memilih cara pragmatis dan sekular. Dalam konteks kepimpinan Melayu yang di katakan sekular adalah mereka yang mendahulukan apa yang difikir secara logik dan dan mengikut ilmu dunia dan falasafah serta undang undang yang dicipta oleh manusia dan membelakangkan ajaran agama. Mulut mereka mengaku Islam tetapi perbuatan mereka melemahkan Islam. Dalam keadaan biasa yang sekular adalah sekular dan yang agama mendahulukan agama. Tetapi di Kelantan pemimpin-pemimpin yang terang terang bergiat di atas landasan dan aliran politik sekular tidak mahu dikenali sebagai pemimpin sekular. Mereka mahu dikenali sebagai pemimpin Islam. Dalam keadan demikian dan sebagai satu cara membeza mereka di Kelantan sahaja mereka boleh lah dilabelkan sebagai pemimpin sekular dengan erti bahawa mereka Islam kerana hati mereka tersangkut dengan Islam datuk nenek mereka sedangkan mereka sayang kepada dunia dan berpegang kepada pemikiran dan logik keduniaan dan undang undang ciptaan manusia dengan rela hati. Mereka cukup liat untuk mencari ilham dari AL Quran dan Hadith untuk panduan politik dan pentadbiran..
24

Nyata pada semua bahawa semenjak hari pertama Merdeka lagi rakyat Kelantan, sebahagian besarnya, berkehendakkan kepada politik Islam yang mampu mentadbir dan melaksanakan undang undang Islam sebagaimana yang wujud sebelum Kelantan dijajah dahulu. Keinginan ini tidak ada kena mengena dengan kehidupan kaum kaum yang tidak beragama Islam. Rakyat Kelantan mahu anak-anak dilahir, membesar, dan hidup dalam pangkuan agama Islam mengamal perintah Allah dan mati sebagai umat Islam yang sempat mencari keredhaanNya. Orang bukan-Islam tidak dikehendaki dipaksa supaya tunduk kepada agama orang Melayu asalkan tatasusila terhadap agama resmi negara di hurmati. Di atas kehendak inilah kepimpinan politik Islam telah subur berakar umbi. Keadaan bertambah teguh dengan munculnya pemimpin-pemimpin yang berilmu Islam, berkewibawaan, bijaksana dan disayangi ramai dari semua kaum. Dilihat dari perspektif dinamik, kepimpinan Islam di Kelantan berada di peringkat muda, peringkat mengasuh generasi muda, peringkat membimbing dan memberi peluang kepada yang muda menunjukkan bakat mereka. Ia mempunyai daya tahan, patah tumbuh hilang berganti, kerana Islam itu sendiri disokong oleh semua peringkat rakyat. Di dalam budaya Islam dan barisan Islam pemimpin-pemimpin muda dan pemimpin-pemimpin rendah tidak banyak mempunyai kecacatan diri kerana penapisan kelayakan ialah halal haram. Kalau ada pun kelemahan peribadi itu adalah jarang dan terbatas kepada

peringkat diri individu dan sukar berjangkit kepada barisan kepimpinan am. Walaupun ramai guru-guru agama yang memimpin masyarakat tidak pergi jauh untuk belajar tetapi berkat ilmu dan azam menegak Islam pengaruh mereka dapat dirasai di mana-mana. Apatah lagi hari ini dengan ramainya pemimpin muda yang berkelulusan tinggi dari pusat-pusat pengajian agama dan bukan agama di dalam negara dan juga di seberang laut, pengaruh Islam tambah tersebar dan dinamik. Rata-rata orang Kelantan berjiwa keagamaan hasil dakwah alim ulama dahulu. Dilihat dari manifestasi cara hidup masyarakat nyatalah keinginan kepada agama jelas kelihatan. Sebelum pemimpin dan aktivis politik sekular muncul mengeruhkan suasana dengan memperlekehkan Islam dan politik Islam anak-anak Kelantan seluruhnya memuliakan Islam dengan setinggi-tinggi kemuliaan dengan rasa bangga terhadap agama dan gerun yang amat sangat terhadap bala dan laknat Allah s.w.t; jauh sekali dari berkata-kata yang tidak menghormati ajaran AlQuran dan Hadith dan tidak menghormati junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan
25

alim ulama tok guru tok guru. Yang menodai Islam di Kelantan ialah mereka yang gila kuasa dan sanggup memperlekehkan Islam dan institusi Islam yang diwarisi. Yang tidak boleh dan tidak mahu menyambut kepimpinan agama ialah mereka yang terperangkap dengan budi dan janji atau sindrom mengharap dari yang berkuasa di dunia. Mereka terikat kerana budi, kedudukan, jawatan, pangkat, harta, kemudahan, bantuan, dan berbagai pengikat sehingga terbawa-bawa mengikut pemimpin sekular. Pada realitinya kepimpinan adalah cara dan kemahiran bertindak, satu teknik dan taktik yang dipakai untuk mempengaruhi dan mendapat sokongan yang jika diamalkan kena pada tempat dan masanya boleh memberi faedah; jika tidak akan membawa padah. Pemimpin berwawasan perlu menjadikan pengikutnya tetap aktif dan

berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka mesti mempunyai matlamat yang jelas dan bergerak ke arah matlamat itu bersama masyarakat dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab. Rakyat Kelantan mudah berpaut kepada pemimpin yang

berkedudukan, yang berwatak keagamaan, yang merendah diri, yang tidak ketinggalan ke majlis-majlis rakyat, dan yang ada atau mencari masa untuk menolong mereka yang bermasalah, terutama masalah-masalah kecil. Lain-lain ciri kepimpinan yang biasanya disenaraikan dalam buku-buku, walaupun baik, tidak menjadi buah mulut rakyat. Entah di mana mulanya, orang Kelantan seolah-olah gemar kepada pemimpin yang pandai jaga hati penyokong walaupun kerja-kerja penting kepimpinan tidak nampak dibuat. Tetapi apabila kemajuan dan pembangunan yang diharapkan dari pemimpin itu tidak muncul mereka juga mudah untuk menolak pemimpin-pemimpin itu. Satu lagi sifat dan sikap rakyat Kelantan ialah mudah menerima raja dan orang agama sebagai pemimpin. Orang-orang golongan lain perlu berkerja keras untuk menarik perhatian sebagai pemimpin, dan selepas itu mereka mesti terus berusaha untuk mengekalkan kedudukan. Barisan kepimpinan di Kelantan yang nampak bersatu dan ada fokus bagi pengikut-pengikut ialah barisan kepimpinan Islam. Selain dari barisan itu yang lain-lain dapat disifatkan sebagai pemimpin pecah-belah. Kepimpinan politik sekular Kelantan adalah jalinan dan susunan kepimpinan yang diasaskan atas sistem pecah-belah dan moral yang rendah. Di kalangan mereka, ada sekurang-kurangnya lima jenis pemimpin, masing-masing dengan pengikut yang

26

berpecahbelah dan dipecah-belah. Golongan pertama terdiri dari pemimpin veteran yang ada rekod berjuang untuk kemerdekaan. Mereka faham erti perjuangan dan nilai-nilai demokrasi, kebebasan, kebebasan bertutur, berkumpul, menulis, dan kebebasan dari kejahilan, kebuluran dan penyakit. Mereka berpegang kepada perjuangan mendaulatkan agama, bangsa dan tanah air. Dan apabila matlamat itu sudah tidak diberi penekanan yang wajar mereka tidak lagi bangga dengan parti mereka. Ada yang keluar mencari kedamaian dalam parti lain; dan yang masih tinggal memimpin tidak lagi berdaya bersuara menyeru ke arah perjuangan asal walaupun disuruh oleh Presiden mereka. Ratarata mereka membisu supaya dapat mengekal kedudukan dan menikmati apa yang selama ini mereka perolehi. Pemimpin seperti itu sudah tidak ramai lagi. Kehadiran mereka tidak digemari oleh angkatan muda. Mereka tidak diberi tempat yang mulia oleh golongan muda, tetapi mereka masih mahu kedudukan. Apabila berpeluang bercakap di media mereka berbangga dengan penglibatan mereka tetapi yang mereka belum sedar atau sengaja tidak mahu akui ialah mereka telah mengkhinati perjuangan bangsa Melayu dengan tidak membuat apa apa yang significant terhadap meneguhkan kedudukan Melayu dan agama Islam. Cara mereka diketepikan oleh yang muda muda yang tidak sabar menunggu menimbulkan pecah-belah yang tidak terkira sesama mereka. Golongan yang ke dua dalam barisan kepimpinan pecah-belah di Kelantan ialah pemimpin-pemimpin yang tidak datang dari akar umbi parti tetapi yang dipayung terjunkan sebagai calon-calon dalam pilihanraya. Mereka terdiri dari individu-individu profesional atau pegawai-pegawai yang dikenalpasti sebagai boleh menolong membawa kemenangan dalam pilihanraya terutama dalam keadaan susah hendak cari calon di kalangan yang sedia cergas. Orang-orang yang dibawa masuk seperti itu biasanya tidak mempunyai jiwa politik seperti yang dimiliki oleh orang-orang politik golongan pertama dengan perjuangan politik sebagai misi hidup, segar dengan romantika politik. Sebaliknya pemimpin payung terjun itu sudahlah tidak berjiwa politik, tetapi tidak mengasuh diri bercakap mengenai politik sebagai orang politik, tidak mampu memberi syarahan politik di dalam majlis-majlis politik. Yang negatifnya selepas menjadi wakil rakyat mereka buat apa saja pula untuk jadi Ketua Bahagian dengan memecahbelahkan kedudukan Ketua Bahagian yang sedia ada. Sebaik sahaja berjaya menjadi Ketua
27

Bahagian, kepimpinan kawasan dibuat secara proxy. Dengan cara demikian tidak dapat tidak politik wang digunakan untuk menentukan supaya sokongan tidak terancam. Tarik menarik sokongan berlaku. Masyarakat pecah-belah. Kemunculan pemimpin seperti itu tidak digemari oleh golongan pemimpin akar umbi yang dari awal penglibatan mereka dalam politik tempatan mengharap-harap untuk meningkat naik walaupun mereka tidak mempunyai kebolehan dan ketokohan untuk menarik undi. Golongan yang ketiga ialah pemimpin katak yang melompat keluar dan melompat masuk balik parti. Mereka tidak punya prinsip baik yang lelaki maupun yang perempuan. Tiap-tiap kali mereka melompat parti pengikut jadi mangsa. Mereka keluar

meninggalkan masalah. Mereka masuk balik pun membawa masalah yang membawa kepada pecah-belah. Orang seperti itu tidak istiqamah dalam perjuangan. Mereka

bermentaliti orang politik boleh diperlembukan beramai ramai. Mereka adalah bukan golongan yang boleh dipercayai untuk mewarisi parti, bukan boleh disuruh jaga kubu parti atau pertahanan parti. Merekalah yang memecahbelahkan orang Melayu dengan ramai. Mereka belum berdamai dengan diri mereka. Mereka belum berdamai dengan agama dan bangsa mereka. Yang jadi mangsa ialah pengikut-pengikut. Pemimpin

lompat melompat seperti itu tidak bermaruah dan tidak patut disanjung. Yang layak disanjung ialah pemimpin yang berani berpindah ke pihak yang benar dan mencari keredhaan Allah s.w.t. Golongan ke empat ialah pemimpin yang memperolehi jawatan peringkat bawah dengan bersandar dan bergantung kepada pemimpin-pemimpin peringkat atas. Mereka tidak kenal perjuangan parti. Mereka tidak berusaha mengenali dan menjiwai perjuangan parti. Tidak sedikit dari gulongan ini adalah terdiri dari kalangan yang tidak ada kelulusan dan pilihan untuk berjaya dalam bidang cari makan seperti biasa. Mereka memilih jalan politik untuk berdekat-dekat dengan pemimpin dan pihak berkuasa untuk mendapat apa-apa kontrak yang dapat diperolehi sambil menggunakan wang ringgit untuk mendapat tempat peringkat demi peringkat dalam parti dalam apa-apa jawatankuasa mungkin tanpa mahu ambil tahu tentang asas perjuangan politik. Yang mereka nampak adalah apa yang ada di depan mata sahaja. Mereka terus kenal politik perbalahan, politik rebut-merebut dan itulah politik bagi mereka. Yang mereka nampak ialah kedudukan, kekayaan yang datang apabila ada kedudukan dan jawatan, dan
28

peluang-peluang yang ada untuk direbut di sekeliling mereka secara halal atau secara salah guna kuasa. Mereka hanya taat setia kepada bos mereka iaitu orang politik

berjawatan tinggi peringkat negara atau negeri. Merekalah orang suruhan peringkat bawah tokoh-tokoh di atas itu. Jika sesuatu menimpa bos mereka seperti kehilangan kuasa dan kedudukan mereka pun turut bertindak menentang parti, menentang pengganti bos mereka; mungkin lebih merbahaya dari orang-orang parti lawan. Dalam keadaan demikian jika mereka tidak dapat cari dan berjinak-jinak dengan bos baru atau bos lain ada yang menjadi musuh dalam selimut kepada parti, atau menjadi penentang secara terang-terangan. Rakyat ikut berpecah-belah kerana mereka. Golongan yang ke lima ialah pemimpin yang terdiri dari orang-orang bukan ahli ataupun ahli-ahli biasa yang berjaya dalam hidup atas daya usaha sendiri. Mereka setelah kaya raya dan setelah dijolok teringin mengecap nikmat kuasa dan kedudukan melalui politik. Mereka pasang kaki menanam pengaruh, membina kekuatan sokongan dan

membuat apa saja untuk merebut jawatan Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan. Untuk itu wang ringgit diguna sepenuhnya. Sokongan dijual beli. Rakyat berpecah-belah. Dari segi moral dan tingkah laku pemimpin-pemimpin politik Kelantan rata rata boleh di bahagikan kepada tiga kategori. Kategori pertama adalah orang baik baik; kategori kedua adalah orang yang berpura pura baik; dan kategori ketiga adalah orang yang tidak baik yang siang malam mencari jalan untuk mencari kuasa dan berkuasa mengikut cara yang tidak disukai oleh masyarakat. Perebutan kedudukan dalam bentuk cabaran oleh muka yang tidak disangka sangka sudah tentu membawa pecah-belah di kalangan penyokong. Hasad dengki

membawa kepada tindakan sabotaj dan pengkhianatan ke atas mereka yang nampak akan naik. Yang ingin menjadi pemimpin besar mencantas pemimpin yang berpontesi besar. Yang bercita-cita tinggi lupa kepada politik sebagai perjuangan dan perkhidmatan. Keutamaan mereka kepada kepentingan diri membawa kepada gerakan menjatuhkan pemimpin lain. Di kalangan orang-orang politik sekular di Kelantan tidak ada tandatanda keredaan dalam perbalahan dalaman. Empat lima orang yang bercita-cita menjadi ketua besar mempunyai penyokong dan strategi masing-masing. Ini diketahui dan

dilihat oleh rakyat Kelantan. Perpecahan di peringkat atas dan perpecahan di peringkat

29

bawah menjadikan perjuangan mereka di Kelantan seperti telur tembelag; di luarnya nampak baik tetapi di dalamnya busuk. Dalam jangka pendek tidak nampak ada tokoh yang dapat tampil menyatupadukan mereka. Walaupun ada usaha secara perhimpunan dan seminar untuk mencari perpaduan tetapi belum nampak apa-apa perubahan ke arah formula untuk bersatu padu, walaupun ada jalan penyelesaian yang baik, mudah, dan terhormat. Yang nyata Kelantan tidak patut berada di tangan pihak yang tidak mampu membawa perpaduan, pihak yang sendirinya berpecah-belah. Rakyat Kelantan mahu supaya orang politik membawa kemajuan dan kesejahteraan untuk mereka. Akibat dari kepimpinan yang berpecah-belah ahli-ahli dan penyokong di akar umbi berpecah-belah. Kesetiaan kepada parti menjadi goyah. Ada yang lebih setia kepada personaliti atau tokoh tertentu. Ada yang kecewa dengan perjuangan parti dan pemimpin, ada yang hilang pertimbangan moral dan nilai-nilai demokrasi, kebebasan, dan keadilan. Ada yang malu dengan bendera parti sendiri. Ada yang masih tidak boleh menyanyi lagu parti walaupun sudah 20 tahun menjadi ahli parti. Ada yang hilang semangat, dan ada yang hilang sifat berkhidmat sukarela untuk parti. Diibaratkan badan manusia, badan itu sakit teruk walaupun zahirnya sihat. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli seperti itu menjadi beban kepada parti. Pemimpin-pemimpin sekular tidak ada rekod yang mereka berusaha bersungguhsungguh, berusaha sedaya upaya untuk mencapai visi perjuangan orang Melayu. Mungkin sebaliknya ada pengikut-pengikut pemimpin-pemimpin itu yang telah mati dalam salah pimpin, mati dalam keadaan tertipu oleh pemimpin yang tidak berprinsip. Pemimpin-pemimpin itu hanya pandai memukau rakyat dengan janji-janji. Tetapi janjijanji itu banyak kosong. Mereka berkata mereka berjuang merempuh halangan dan rintangan untuk membawa Melayu ke tahap yang ada pada hari ini, tetapi sebenarnya mereka telah memilih jalan yang cukup mudah dengan segala macam kompromi dan ambil hati sehingga Melayu hampir atau mungkin sudah pun tergadai dalam negeri sendiri. Pemimpin-pemimpin sekular yang ditonjol oleh akhbar dan media lain sebagai pelampau Melayu atau ultra Melayu adalah sebenarnya pengacau yang pandai main sentimen Melayu bagi tujuan sempit peribadi tetapi tidak berdaya mempengaruhi dasar dan program untuk meneguhkan kedudukan Melayu. Kajilah sejarah dan kesanlah apa
30

yang ditinggal oleh mereka secara konkrit yang Melayu hari ini boleh tumpang rasa selamat dan bermaruah. Jika ada yang lulus ujian itu maka itulah dia wira Melayu. Yang lain-lain hanyalah bogus. Mereka hanya pandai bersyarah, berpidato berapi-api

menaikkan semangat Melayu tetapi tidak mampu membuat sesuatu untuk menjamin kedudukan Melayu. Ramai dari golongan bogus itu telah mengabil kesempatan dari orang Melayu tanpa bakti abadi kepada perjuangan Melayu. Hari ini Melayu masih berdiri di atas tanah gambut yang tidak stabil. Jika di dalam mengkompromikan kedudukan Melayu bangsa Malaysia telah serentak diperteguhkan maka bolehlah dianggap orang Melayu tidak sia-sia membuat pengorbanan demi menjamin pertumbuhan bangsa Malaysia berbilang kaum yang sihat. Tetapi malangnya itu tidak dibuat. Integrasi sebenar telah diabaikan walaupun gimik integrasi dihebohkan. Kedudukan Melayu dihakis secara sia-sia bagi mencapai matlamat dan tujuan jangka pendek dan sempit pemimpin-pemimpin Melayu. Satu lepas satu kedudukan Melayu dihakis bagi kepentingan peribadi pemimpin baik dari segi mengekal kedudukan atau pangkat atau harta. Melayu bersongkok dan bersampin dicucuk hidung supaya mengikut dan bersetuju dengan apa jua selama 45 tahun. Mungkin ada di sana sini pemimpin sekular yang faham dan menjiwai perjuangan Melayu tetapi mereka yang ada itu telah juga hanyut di bawa arus gila kuasa. Kredibiliti mereka sebagai pejuang Melayu sudah hilang. Pragmatisme sebagai satu tindakan yang bijak mudah dijadi alasan murahan bagi membuat keputusan dan tindakan yang tidak bermaruah dan merugikan perjuangan Melayu. Pragmatisme Melayu mesti diselamatkan dan diletak di atas

landasan positif jika masa depan Melayu hendak dikendalikan dengan bermanfaat. Pada ketika Melayu sudah lemah sekarang pun ada lagi yang mahu menipu Melayu dengan mengatakan apa yang telah berlaku itu adalah asam garam hidup yang tidak harus ditangisi. Sekali lagi Melayu dicuba ditipu dengan diajak kononnya akan terus berjuang mengatasi segala rintangan dan berani menentang segala ribut dan taufan politik. Di manakah rekod pemimpin sekular berjuang seperti itu. Bolehkah diharap pemimpin-pemimpin yang tidak ada tulang belakang dan gagal memperjuangkan kedudukan Melayu dalam tanah air sendiri sejak 47 tahun dahulu berfungsi lebih dari itu? Melayu tidak patut terus dikecewakan. Melayu Kelantan patut nyatakan hasrat dengan

31

lantang tidak mahu ditipu dengan janji yang tidak realistik dan praktik. Anak-anak Kelantan adalah konsisten dalam visi Islam. Melayu dapat laluan dalam tanah tumpah darah sendiri selama ini seolah-olah atas ihsan kaum lain. Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan dalam suasana iri hati dan benci dan penyelewengan yang tak habis-habis sehingga Melayu digambarkan sebagai pihak yang merampas dan tidak adil. Melayu sama Melayu pun ada yang rasa dianaktirikan. Tidak ada kemuliaan dan maruah bagi Melayu dalam pelaksanaan dasar itu. Pelaksanaan dasar itu dibuat saolah olah Melayu berada di Tebing Barat dengan peluru berterbangan mencari sasar yang berupa salah laku, salah guna kuasa, pilih kasih, dan tidak adil. Melayu dilihat sebagai tidak adil terhadap kaum kaum lain. Alangkah baiknya jika beban mempertahankan dasar itu tidak sahaja dipikul oleh pemimpin Melayu dan rakyat biasa Melayu tetapi dipertahankan dengan lantang dan yakin juga oleh pemimpin-pemimpin dan rakyat biasa bukan Melayu yang diberi faham betul-betul tentang satu dasar negara yang penting dalam menyusun semula masyarakat. Dalam hal ini kepimpinan sekular telah kurang bijak dalam pembuatan dan pentadbiran dasar. Dasar yang baik menjadi igauan. Pelaksanaan DEB yang dibuat secara curi-curi dan tersangkut-sangkut sekali boleh dan sekali tidak boleh apa bila ada bangkangan, dengan banyak bergantung kepada ketiadaan bangkangan kaum lain dalam perlaksanaannya adalah rapuh. Asas pelaksanaan dasar itu tidak kukuh; seperti tidak kukuhnya asas rumah setinggan yang di konkrit di malam hari secara curi-curi. Peluang untuk meletakkan dasar itu di atas landasan yang kukuh yang dijalin dengan integrasi nasional tidak diambil. Sebagai satu format kerjasama antara kaum dalam membina dunia baru melalui bidang perniagaan dan perushaan Ali Baba ada lah cukup berpotensi. Tetapi amalan perkongsian Melayu-Cina atau Melayu-India tidak disusun dan dibimbing. Cara itu dicemoh sendiri oleh pemimpin- pemimpin Melayu yang terbawa bawa oleh sentimen surat khabar Melayu yang mengejek Ali Baba sehingga satu cara kerjasam kaum yang berpotensi besar mati di tangan pemimpin Melayu yang tidak berpandangan luas. Tidak terlambat jika Ali Baba atau Ali Samy dimertabatkan kembali di atas prinsip dan bimbingan yang bermoral dan bermatlamat integrasi nasional. Ali Baba patut dihidupkan dengan nafas dan imej positif di bidang penyertaan dam perkongsian. Latihan, tunjuk ajar, dan penyeliaan mesti datang dari Kerajaan dam pemimpin-pemimpin kaumdi bawah

32

program yang teguh yang di iktiraf oleh semua kaum. Pemimpin-emimpin Melayu mesti pandai mempopularkan semula amalan usahasama antara kaum. Demkianlah Melayu selama ini dengan kepimpinan yang tidak boleh dikatakan relevan dan dengan ketuanan palsu yang dibanggakan.. Anak-anak Kelantan yang dibuai dalam suasana kampung mungkin tidak berapa sedar dengan apa yang berlaku tetapi yang terdedah sudah lihat dan merasa bagaimana dasar diubah dengan mendadak apabila timbul pressure untuk dihentikan atau dipinda atau dilonggarkan. Anak-anak Kelantan tahu mengharap apa yang patut dan munasabah dalam masyarakat berbilang kaum. Anak-anak Kelantan cintai damai. Anak-anak

Kelantan menghargai harmoni berbilang kaum. Anak-anak Kelantan mahu kesejahteraan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Apa yang dilihat sebagai fenomena Melayu

berpecah adalah sebenarnya satu akibat dari proses Islam menyatupadukan jiwa-jiwa yang mahu kepada keredhaan Allah s.w.t. Anak-anak Kelantan bijak membuat pilihan. Melayu hanya mulia dan ada ketuanan, dan Islam hanya ada kedaulatan dalam negara kita hanya dalam satu jangka waktu yang singkat dalam sejarah negara Malaysia merdeka. Kemuliaan, kedaulatan, dan ketuanan yang ada tersurat dalam Perlembagaan sebagai saki baki dari perundingan kemerdekaan dan ihsan Kerajaan penjajah tidak dapat dikecap dan dinikmati sebagai mana sepatutnya oleh kaum yang baru terlepas dari belenggu. Walaupun Perlembagaan itu cacat dari segi tidak menepati kehendak orang Melayu mengembalikan kedudukan bangsa Melayu seperti sebelum Tanah Melayu dijajah dahulu orang Melayu sanggup menerima dan menaruh harapan besar menghidupkan bangsa dengan megah dan mulia di atas kerangka yang cacat itu. Tetapi kemuliaan, kedaulatan dan ketuanan Melayu yang dijamin sedikit dalam Perlembagaan itu tidak segar lama; tidak sempat Melayu menikmatinya, tidak ubah seperti bunga sakura yang gugur ditiup angin sejuk sejurus selepas mengembang. Melayu yang menjadi boneka penjajah telah memusnahkan warisan Melayu itu dengan membuat pentafsiran Perlembagaan secara yang lemah terhadap orang Melayu; lain halnya jika ditekan untuk berbuat demikian oleh orang orang bukan Melayu. Demikian juga dengan tafsiran Islam sebagai agama resmi Persekutuan. Dengan demikian kunci kebanggaan Melayu telah dipatahkan. Islam sebagai agama resmi negara telah diperlekehkan, sedangkan Islamlah yang memberi maruah kepada Melayu yang

33

animis. Jika Islam diberi tempat yang berdaulat dalam negara mungkin hari ini rakyat tidak berpecah-belah di atas pilihan pemimpin. Lama rakyat bersabar dengan sanjungan di bibir terhadap Islam sebagai helah tidak mahu menabal Islam sebagai agama resmi negara. Rakyat keseluruhannya boleh terima simbol-simbol penghayatan Islam yang dijadikan pengganti kepada panji-panji Islam sebagai agama resmi negara. Rakyat terima Tilawah Al-Quran, rakyat terima Bank Islam, rakyat terima Maal Hijrah, rakyat terima radio Islam, rakyat terima pembinaan masjid walaupun di tempat-tempat di mana masjid sudah ada. Rakyat ikut terima segala sandiwara yang dilakukan bagi menunjukkan pemimpin-pemimpin tidak abaikan Islam walaupun rakyat tahu pemimpin-pemimpin tidak mahu memberi pentafsiran yang ikhlas, mulia, dan agung terhadap maksud Perlembagaan yang mengisytiharkan dengan jelas dan lantang bahawa agama resmi Persekutuan ialah agama Islam. Tetapi apabila timbul tanda-tanda bahawa kepimpinan sudah hilang ketakwaan sebenar dan sanggup memperkecil dan mempersendakan ajaran Allah s.w.t rakyat mula memihak kepada yang benar. Melayu bukan berpecah, cuma Melayu ramai memilih mendampingi Islam. Peruntukan-peruntukan penting dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipersetujui oleh wakil raja-raja, wakil kaum-kaum dan negeri-negeri dalam perbincangan dalam misi merdeka dan di dalam Persidangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tekah diukir dan dipahat dalam bentuk kata-kata dan ayat-ayat dengan bijak oleh pakar-pakar undang-undang dan negarawan-negarawan yang terbilang di antarabangsa yang dipilih dan dilantik menjadi ahli suruhanjaya khas yang di tubuh untuk menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan tujuan menjadikannya satu Perlembagaan yang saksama untuk rakyat semua kaum. Pakar-pakar itu telah meneliti hasrat kaum-kaum di Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat melalui banyak memorandum dari semua pihak termasuk pihak penjajah sendiri. Jaminan-jaminan yang kukuh untuk melindungi kedudukan orang Melayu yang berupa saki-baki matlamat perjuangan Melayu telah diambil kira dalam penyediaan dokumen itu yang kemudiannya telah diterima oleh semua pihak iaitu wakil raja-raja dan semua kaum di Tanah Melayu, dan direstui oleh Kerajaan British. Perlembagaan itu telah dianggap sebagai dokumen keramat oleh semua pihak kerana kedudukan semua pihak dijamin. Yang tidak layak

34

diberi kerakyatan diberi status rakyat; agama-agama lain dari Islam diberi kebebasan. Banyak yang dikompromi dan rekod-rekod kompromi itu adalah terbuka, dan

kompromi-kompromi itu dicapai secara gentleman. Tetapi kenapakah ukiran yang dipahat di dalam perlembagaan dengan begitu berhikmah dicederakan sendiri oleh pemimpin Melayu? Kenapakah pentafsiran

perlembagaan kedudukan Islam dan Melayu diperlemahkan oleh kuasa Melayu sendiri. Apakah faedah yang diperolehi dari perbuatan belot itu? Di manakah kebijaksanaan Melayu sekular dahulu dan apakah tanda-tanda Melayu sekular sekarang dan pemimpin Melayu sekular akan datang boleh diharap untuk menunjuk kebijaksanaan sebagai penjaga bangsa Melayu. Anak-anak Kelantan yang progresif tidak perlu digesa supaya kembali ke perjuangan asal sebagai satu cara menghidup kembali azam dan semangat juang. Anak-anak Kelantan tidak pernah lari dari perjuangan. Perjuangan asal Melayu yang diwarisi oleh anak-anak Kelantan bermula dengan perjuangan menyambung harapan perjuangan kemerdekaan untuk menghidupkan saki-baki dari perundingan, tawar-menawar dan apa yang dipersetujui oleh penjajah sebagai apa yang baik untuk Tanah Melayu merdeka. Orang Melayu telah terima itu semua, walaupun kurang dari apa yang patut, dengan penuh harapan sebagaimana yang telah dizahirkan dalam teriakkan Merderka! Merdeka! Merdeka! di saat perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka dahulu. Dalam konteks ini perjuangan Melayu adalah bagi menentukan supaya hasrat yang terkandung dalam perlembagaan itu hidup segar mendorong orangorang Melayu ke arah kemajuan bersama dengan kaum-kaum lain dalam rumpun bangsa Malaysia. Segala jaminan kedudukan agama Islam, bangsa Melayu dan Tanah Air orang Melayu telah termaktub di dalam perlembagaan. Secara terbuka tidak ada pihak yang telah mendesak jaminan itu dihakis, dipinda, atau digugur. Secara terbuka juga pemimpin-pemimpin Melayu sekularlah yang telah meletakkan kaum Melayu dalam keadaan berisiko tinggi dalam tanah air sendiri dengan meminda-minda perlembagaan dan menipis-nipiskan pentafsiran mengenai kepentingan Islam dan Melayu. Perjuangan Melayu sebenar bukanlah lagi dalam kegiatan menyatupadukan Melayu. Itu tidak relevan. Itu bukan priority.

Perjuangan Melayu ialah bagi memperkukuhkan aspek-aspek jaminan yang ada di

35

dalam perlembagaan dan aspek-aspek kemajuan yang berimbang dan pemupukan persefahaman antara kaum dalam Malaysia maju. Pemimpin sekular Kelantan mempunyai rekod mengamal, menyokong, dan selesa dengan dasar-dasar yang tidak mententeramkan rakyat jelata dalam erti kata rakyat terpilih diberi banyak faedah, dan hasrat rakyat biasa dipinggirkan. Rakyat Kelantan sudah lihat betapa pincangnya dasar di bawah kepimpinan sekular. Bila ekonomi tumbuh pesat orang atas disuburi. Golongan korporat mendapat jolokan, lebih pesat, lebih laju, lebih banyak. Kekayaan mereka dimudahkan tumbuh berganda-ganda. Yang di atas mendapat faedah; orang politik mendapat faedah. Korupsi wujud sebagai satu cara hidup. Dalam keadaan ekonomi tumbuh pesat pun orang bawah mudah berpeluang mengecap perubahan nasib dari perubahan dasar tanpa didesak-desak; sekali sekala mereka dapat puji-pujian kosong seperti biasa. Pemimpin sekular Kelantan tidak kedengaran bersuara tentang perlunya ada mekanisme pengurusan yang bergerak ke arah distribusi peluang dengan adil supaya yang kurang bernasib baik di Kelantan akan dapat pembelaan untuk maju. Rakyat Kelantan sudah lihat pemimpin sekular Kelantan tidak pun bersuara apabila rakyat tunggang langgang dimangsakan oleh majikan apa bila ekonomi menjunam.Yang dibuang kerja dan diturun gaji adalah yang di bawah-bawah yang menderita tanpa pembelaan dari pemimpinpemimpin sekular. Rakyat melihat dengan sinis sandiwara menurun elaun apabila

ekonomi negara dalam kegawatan dilanda krisis tetapi belum pun apa-apa elaun dan gaji pihak berkepentingan dinaik lebih dari apa yang munasabah di mata rakyat. Dalam keadaan rakyat sedang belum dapat jaminan, orang atas sudah mendapat faedah besar. Demi ketenteraman dan kedamaian rakyat Kelantan sudah pandai menyesuaikan diri dengan realiti perbezaan fahaman politik dalam kehidupan hari-hari di Kelantan. Mereka sudah pandai cari kedamaian dengan mengelak apa yang sensitif, pandai jaga diri dalam hubungan persahabatan dan sosial, dan pandai jaga diri di tempat kerja dan di medan kegiatan ekonomi. Mereka sudah faham dengan politik Kelantan di tangan

pemain-pemain utama yang sedia ada. Mereka boleh menerima bahawa perlawanan dan pertandingan yang tidak membina tidak boleh dibiarkan meluas membuka peluang kepada individu perosak yang terus mengancam ketenteraman untuk mencapai hajat peribadi. Alhamdulillah sehingga kini Kelantan selamat dari kegilaan seperti itu. Tetapi

36

kegilaan tetap menjadi ancaman dan akan kembali jika rakyat Kelantan tidak berwaspada. Individu-individu perosak itu akan memperdayakan rakyat dengan cakap-cakap perpaduan Melayu, ketuanan Melayu, agenda Melayu. Sampai hari ini apa-apa yang dicakap-cakapkan itu hanya ada dalam kepala masing-masing pemimpin sahaja. Rakyat tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan agenda Melayu itu. Rakyat Kelantan

berpecah-belah kerana nafsu individu-individu perosak yang ingin menjadi ketua besar. Kerajaan Kelantan tidak boleh menganggap keadaan lawan yang nanar dan lemah itu sebagai menjamin keselamatan kedudukannya. Jika formula bersatu padu yang mudah itu dijumpai oleh pihak sekular dan janji Membangun Bersama Islam tidak nampak diasas atas tapak perancangan dan program yang mampu menjana pembangunan dan kemajuan, besar kemungkinan jentera dakyah sekular akan kembali membawa kerosakan teruk kepada lebuhraya perjuangan memertabatkan Islam dalam kehidupan orang Islam di tanah air. Barang dijauhkan Allah. Politik Kelantan telah dimainkan oleh pemimpin-pemimpin yang sanggup mengorbankan cinta mereka kepada Kelantan untuk berjudi mendapat jawatan. Tidak ada sebab Kelantan perlu diseksa. Rakyat Kelantan terpaksa menanggung penderitaan. Pemimpin-pemimpin perosak sanggup melihat Kelantan merana. Alhamdulillah kebijaksanaan rakyat Kelantan telah menyelamatkan Kelantan dari ancaman pemimpin perosak yang memecahkan suasana politik sederhana dengan membawa politik ganas, keras, tidak bijaksana dan tidak sopan sebagai senjata menewas kawan dan lawan. Budaya ganas dan lapar undi telah dilahirkan oleh kepimpinan yang tidak mudah kenyang dengan kemenangan biasa tetapi tiap-tiap kali mahu memang seratus peratus. Menang jadi arang kalah jadi abu merupakan satu bala yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Kelantan yang cinta damai. Selama ini walaupun mereka berbeza fahaman politik tidaklah mereka sampai kepada tahap benci-membenci dan berkonfrontasi. Jikalau individu perosak dibiarkan dengan caranya untuk menawan Kelantan tanpa mengambil kira sensitiviti rakyat Kelantan, yang menjadi mangsa ialah suasana toleransi di Kelantan. Dan yang sedihnya jika individu perosak tidak berjaya Kelantan yang diporak-perandakan itu akan ditinggalkan begitu sahaja seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Rakyat Kelantan tidak perlu ada pemimpin yang mementingkan pangkat

37

dan jawatan dan sanggup membawa derita kepada rakyat demi mengejar pangkat dan jawatan. Apakah pemimpin-pemimpin perosak itu buat selama ini sehingga Kelantan digembar-gembur masih miskin dan mundur? Wajarkah rakyat Kelantan dipecah-

belahkan kerana pemimpin-pemimpin perosak itu memilih cara itu untuk melayakkan diri kepada parti untuk memimpin parti? Rakyat Kelantan yang cintakan damai bersyukur kerana pecah-belah yang dibawa oleh individu-individu perosak dapat direda dan diubati dengan adanya kesediaan masing-masing menjernihkan yang keruh. Rakyat tidak mahu lagi melihat berulangnya kerja perosak yang membawa binasa kepada tempat mereka dihantar bertugas, binasa yang tidak kenal batas perikemanusiaan dan moral, dan tidak kenal batas kehormatan masyarakat setempat. Kadang-kadang rakyat Kelantan bertanya dan mencari-cari di manakah letaknya kemahiran berpolitik pemimpin-pemimpin perosak. Bagaimana dengan politik memaut hati rakyat, politik membuka minda, politik membawa berita gembira, politik membebas jiwa yang terperangkap, politik membawa kedamaian dan perpaduan. Rakyat Kelantan rasa tidak terlambat jika pemimpin-pemimpin perosak itu bertukar watak menjadi pemimpin yang baik yang mengutamakan Kelantan, yang sayangkan Kelantan, yang tidak pecah-belahkan rakyat Kelantan, yang tidak lagakan istana dengan rakyat, yang datang dan pergi dengan mission mereka tanpa tinggal kudis di kalangan rakyat Kelantan, yang tetap boleh disanjung sebagai anak Kelantan yang berjasa oleh seluruh rakyat, dan yang membawa perubahan dan pembangunan dengan tidak menimbulkan perbalahan. Di dalam barisan Islam pula mungkin ada benarnya asas bagi rakyat Kelantan meragui individu-individu, baik yang di atas mahu pun yang di bawah, yang pembawakan diri mereka tidak membezakan mereka dari pemimpin-pemimpin sekular jika dibanding. Rakyat tidak dapat percayai mereka sebagai pejuang Islam. Namun demikian mereka yang mempunyai kelemahan manusia biasa itu tidak harus dijadi batu pengukur umum bagi pemimpin-pemimpin Islam yang ramai lagi yang tahu dan teguh kepada matlamat mendaulatkan Islam dalam hidup orang Islam untuk mendapat keredhaan Allah. Pada amnya kepimpinan Islam telah memperlihatkan sifat yang konsisten dan jujur dalam mengajak rakyat ke jalan Al Quran dan Hadith. Ada nya dua tiga kerat di kalangan mereka yang cacat tidak seharusnya memusnahkan harapan rakyat kepada kepimpinan Islam.
38

Bagi pemimpin-pemimpin yang bermimpi dan yang merancang untuk menawan Kelantan dari Kerajaan yang ada perlulah diingatkan bahawa kerja membalikkan rakyat Kelantan memerlukan masa; masa untuk memberi penjelasan yang terang, masa untuk memupuk kemesraan, masa untuk mewujudkan keyakinan, masa untuk membangkitkan kesedaran terhadap apa yang lebih baik, masa untuk memupuk rasa ingin berkorban demi menegakkan apa yang benar, masa untuk memupuk keberanian diri untuk mula bercakap di mana-mana secara bijaksana tentang apa yang dipegang sebagai yang benar. Masa yang diperlukan mestilah jangkamasa yang menasabah. Pemimpin yang tidak mahu melihat kacau bilau dalam negeri mesti tahu apa itu jangkamasa yang munasabah, yang dianggap oleh orang-orang berfikiran baik sebagai berpatutan. Untuk tugas itu jangkamasa pendek adalah jangkamasa syaitan yang akan membawa keburukan. Tidak mustahil dalam jangka masa sedemikian, penyakit-penyakit yang pernah meletus dulu akan berulang diamalkan: Pecah-belahkan rakyat Kelantan Pecah-belahkan Melayu Islam Gunakan Fitnah Gunakan wang Peralatkan pegawai-pegawai Kerajaan Peralatkan raja Peralatkan kaum ibu / kanak-kanak Perlemahkan pegangan Islam di kalangan rakyat Palingkan rakyat Kelantan lebih kepada kebendaan dari Islam Palingkan rakyat Kelatan kepada faedah jangka pendek di dunia Bertindak ke atas ahli-ahli parti sendiri yang tidak disenangi Menjilat segala kata-kata yang dihambur sebelumnya Longgarkan ajaran Islam Menegangkan suasana pilihanraya dengan cara-cara kasar dan tidak demokratik; menafikan peluang untuk pemilihan dalam suasana tenang. Gunakan kekerasan untuk mendapat kemenangan dan mengekal kedudukan.

39

Mematah dan memusnahkan mata pencarian dan kehidupan Melayu yang berani menyatakan pilihan yang berlainan dengan mereka. Mengenepikan Melayu cerdik pandai, profesional, usahawan dan kontraktor yang memilih cara hidup memartabatkan Islam. Mengelirukan rakyat tentang tanggungjawab Kerajaan dengan apa yang dikatakan budi, dan tidak henti-henti memaksa rakyat mengenang budi. Menyenaraihitamkan professional dan syarikat yang yang dicurigai

berbeza politik dengan mereka.

Satu perkara yang patut diingat dan diakui ialah hakikat rakyat Melayu Kelantan pada amnya menjunjung agama Islam. Apa guna pemimpin-pemimpin sekular

memperkecilkan usaha-usaha pejuang Islam mendaulatkan Islam jika mereka sendiri apabila menghadapi rakyat Kelantan dalam pilihanraya bertukar wajah membawa imej agama dengan pakaian yang menyerupai pakaian ulama dan lebai, dan dengan ucapan yang mahu ditunjukkan kepada rakyat bahawa mereka adalah juga pendokong agama dan tidak membelakangkan agama. Jika itu dianggap sebagai penting untuk menarik

keyakinan dan sokongan rakyat kenapa tidak dari awal-awal lagi dalam kehidupan mereka hari-hari ditonjolkan imej yang disukai rakyat itu? Kenapakah mereka itu tidak terus memperjuangkan Islam dalam erti kata sebenar sebagai perjuangan politik yang lengkap bagi orang Melayu walaupun dalam parti yang sama? Kepada pemimpin-pemimpin Kelantan yang bermimpi dan yang merancang untuk menawan Kelantan dari Kerajaan sekarang, rakyat Kelantan ingin bertanya mampukah mereka menahan kedudukan Melayu dan agama Islam dari dihakis seperti yang terjadi kepada Melayu dan agama Islam di negeri-negeri lain? Mungkinkah muncul kembali kedai judi merata-rata, kedai arak merata-rata, imam dan ulama yang tidak berani mencegah kemungkaran dan kezaliman, pendedahan aurat, pertandingan ratu cantik, iklan-iklan tidak sopan, pelbagai tempat hiburan, pertunjukan hiburan berahi, tempat dan rumah maksiat, tekanan ke atas ulama dan sekolah-sekolah agama, amalan pilih kasih dalam memberi bantuan dan memberi peluang penyertaan di bidang ekonomi, ancaman

40

terhadap tanah rezab Melayu, dan ancaman terhadap kemurnian malam dan hari Jumaat sebagai cuti minggu, dan berpandangan remeh terhadap keadilan? Adakah Kelantan akan dikembalikan kepada keadaan di mana perkara halal haram dipinggirkan, rakyat dizalimi, kuasa disalahgunakan, kekayaan dan khazanah negeri disalahuruskan, imam dan penggawa diganti, pegawai-pegawai ditukar dan diganti, pergaulan lelaki perempuan dibebaskan, korupsi disuburkan, nepotisme dan kronisme diamalkan, pelajaran agama diringankan dan berbagai aspek hidup yang telah diubah oleh Kerajaan sekarang dilonggarkan? Dan kepada pemimpin-pemimpin yang bermimpi dan yang merancang untuk menawan Kelantan dari Kerajaan yang ada rakyat Kelantan ingin tahu adakah usaha mendaulatkan Islam sebagai cara hidup rakyat Islam akan diteruskan atau ditentang, disindir dan direndah-rendahkan, dicaci dan dihina, dicurigai, dipersenda secara celupar, biadap dan kurang ajar, difitnah dan dizalimkan? Mungkinkah apa yang berlaku di luar Kelantan akan dibawa ke Kelantan di mana pendidikan lebih kepada sekularisme yang menyebabkan nilai-nilai murni Islam terpendam dan asas pendidikan agama menjadi rapuh? Mungkinkah pegawai-pegawai dan kakitangan perkhidmatan Kerajaan

disalahgunakan dengan menjadikan mereka kuda politik lebih dari dijadikan jentera pembangunan untuk kebaikan rakyat dan pembentukan masyarakat yang sejahtera, adil, makmur dan aman damai? Mungkinkah hartabenda, wang dan jentera Kerajaan akan diguna untuk menelentangkan orang yang menentang? Mungkinkah berulang amalan di mana pemimpin sibuk meraih kekayaan dan kemewahan dan bukan memperjuangkan nasib rakyat terbanyak sebagai perjuangan yang harus sebati dengan tujuan berpolitik? Sayangnya dalam masa pembetukan negara baru pemimpin-pemimpin tinggi Melayu yang mendapat jawatan dan kedudukan dalam kerajaan di perinkat negara mudah lupa politik negeri dan kenegaran apabila mendapat kuasa. Rakyat tidak mudah ingat bilakah mereka terkenal sebagai pemimpin yang sambil maenjalankan tugas resmi tidak henti-henti memupuk dan membina semangat perpaduan, integrasi nasional, dan kemesraan di antara pemimpin dengan masyarakat dari segi perjuangan dan aspirasi politik. Mereka tidak mahu dengar dan tidak mahu belajar dari apa yang disuarakan oleh rakyat, Mereka tidak boleh bersabar dengan perbezaan pendapat. Mereka tidak ke

41

hadapan sebagai orang politik untuk memupuk keamanan, harmoni, keadilan sosial, kebebasan, toleransi kaum dan perpaduan negara sebagai pemimpin yang mempunyai kewibawaan politik dan keutuhan nilai nilai perikemanusiaan yang mampu membangkit rasa kagum, hurmat, setia dan sayang di kalangan masyarakat. Mereka tidak harus sentiasa muncul sebagai pemimpin yang hanya mahu cakap cakap mereka didengar dan diikuti kerana ada kuasa dan undang undang yang menyokong mereka. Ramai pemimpin politik Melayu yang apabila mendapat kuasa, kedudukan, dan kemewahan mudah pandai memain peranan dan lagak orang kaya dan orang atasan seolah olah mereka turun temurun datang dari keluarga atasan. Ada dengan mudah dan cepat jadi pekat dengan pantang larang berjumpa dengan rakyat seperti yang di popularkan di graffiti yang dijumpa di India itu off the people, far the people, buy the people. Mereka cepat sekali pandai mencari dan menggunakan kuasa memilih, mengagih, menyekat, dan menarik balik. Cepat anak buah mereka tahu apa yang boss boleh lulus. Mereka cepat menggunakan dan menunjukkan kuasa dengan mengambil tugas yang dalam keadaan biasa diperturunkan kepada pegawai tanpa perlu melibatkan orang atas yang mempunyai beban tugas yang lebeh penting. Tentang siapa berhak meletak kereta di parking lot mana pun mereka mahu campur tangan menunjukkan kuasa. Mereka melayan hal-hal pentadbiran yang biasa memadai ditangani oleh petugas-petugas bawah sahaja. Sebaliknya pegawai-pegawai yang sepatutnya kesana sini melaksanakan

tanggung jawab menyelia duduk di pejabat, dan orang politik pula yang keluar membuat kerja menaggung segala macam kecaman yang diakibatkan oleh kerja yang tidak baik oleh pegawai-pegawai. Pemimpin-pemimpin seperti itu tidak ada masa untuk menjadi orang politik negara yang berfikir dan yang memperjuangkan nilai nilai perjuangan Melayu yang sebenar. Jika kesebukan menjalankan tugas penyeliaan dan pentadbiran yang boleh dijalankan oleh pegawai-pegawai itu dikatakan kepimpinan politik sehingga tidak ada masa untuk berfikir untuk politik Melayu dengan berkesan maka itu adalah politik sesat. Sudah lama pegawai-pegawai kanan kerajaan berasa lega kerana mereka boleh lepas tangan berhadapan dengan rakyat kepada wakil rakyat. Jadilah selama ini apa yang tidak baik atau tidak kena atau salah atau kurang semuanya ditanggung oleh orang politik.

42

Rakyat tidak marah kepada pegawai-pegawai jika anak-anak mereka di kampung tidak dapat ke sekolah dan keciciran kerana tidak ada perkhidmatan pengankutan bagi kampung berkenaan; rakyat tidak marah kepada pegawai jika sekolah sudah siap tetapi murid tidak ada; atau program televisyen tidak baik; atau harga barang keperluan mahal kerana tidak dikawal; atau jalan jalan tidak elok; atau pertanian tidak maju; atau jika Melayu ramai menghidap HIV/AIDS; atau ramai Melayu menagih dadah; atau anak-anak Melayu ketinggalan dalam mata pelajaran sains dan metametik dan agama Islam. Budaya pegawai dilindungi adalah di antara lain akibat dari keingininan orang-orang politik kepada kuasa walaupun kuasa itu kuasa pegawai. Maka tidak boleh disalahkan rakyat jika rakyat tidak nampak sumbangan mereka, pemikiran mereka, bimbingan mereka dalam isu-isu besar yang dihadapi oleh masyarakat Melayu. Apa lagi kakunya mereka dalam perkara nilai-nilai politik dan kemanusiaan. Segala kelemahan pentadbiran yang patut ditanggung oleh pentadbir orang politik yang kena jawab. Orang politik yang tidak sabar dengan teguran, dan tidak sabar mendengar kemarahan rakyat terhadap kelemahan pentadbiran akan menyalahkan rakyat dan akhirnya mereka tidak popular dengan rakyat. Melayu tidak ingat dan tidak mahu ingat pemimpin-pemimpin yang hanya mahu mencari publisiti tetapi tidak meninggal jasa jasa kenegaraan. Juga sayangnya kehadhiran pemimpin-pemimpin korporat akhir akhir ini di dalam barisan kepimpinan Melayu adalah sebahagian besarnya sekadar bermuka-muka memberi gambaran bahawa kedudukan Melayu adalah kukuh, sedangkan orang orang Melayu yang kaya itu sendiri tidak mampu berperanan politik dan tidak gemar kepada cara orang berpolitik. Mereka nampak lebeh suka memakai orang suruhan untuk kerja kerja politik. Di manakah pemimpin-pemimpin politik Melayu yang mengorbankan kepentingan diri dan kepentingan jangka pendek untuk membawa perubahan kearah menghasilkan kesejahteraan dan kemajuan masyarakat Melayu melaui politik yang mereka ceburi? Kepimpinan politik kadang-kadang dikelabui dengan peranan mentadbir dan mengurus negara. Ramai pemimpin-pemimpin politik yang bangga dengan lama dalam kedudukan dan kekayaan sebagai pemimpin negara saolah olah lupa tentang asal usul politik mereka atau pun dari dulu lagi apabila mereka dibawa masuk ka barisan hadapan mereka hanya mahu berperanan sebagai pentadbir. Bertahun tahun mereka memegang jawatan dengan

43

tidak ada tanda tanda mahu turun sedangkan isi dan nilai perjuangan politik Melayu tidak nampak dibawa oleh mereka. Rakyat tidak dengar dan tahu buah fikiran mereka. Mereka tidak berkongsi dengan rakyat visi dan misi perjuangan yang lebeh besar yang sentiasa perlu segar. Yang didengar dari mereka ialah cakap-cakap kecil, ungkapan, dan pandangan bercorak politiking yang tidak mampu meneguhkan perjuangan Melayu, dan jauh sekali mencerminkan sifat mereka sebagai pemimpin Melayu yang berpemikiran tajam, pintar dan bijak untuk memandu massyarakat kepada kemajuan yang lebeh, dan kearah integerasi nasional yang kukuh. Di bawah pemimpin-pemimpin Melayu yang belum bersedia dan yang lebih mementingkan kedudukan dan jawatan dari isi dan erti perjuangan rakyat orang Melayu selama ini menjadi mangsa harapan tidak menjadi. Pemimpin-pemimpin seperti itu satu lepas satu datang dan pergi. Dalam setengah abad rakyat menonton sendiwara mereka. Apa bila mereka mendapat kepercayaan orang atas mereka muncul berperanan, suara di dengar, pandangan diterima, semua pentas tidak lengkap jika muka mereka tidak ada. Apa bila kepercayaan sudah hilang mereka hilang seperti kabus; ilmu, pengalaman, dan pandangan mereka tidak lagi kedengaran. Yang bodoh pernah diketengahkan sebagai yang cedik, dan ramai yang cerdik dibodohkan. Melayu kerugian apabila dikenangkan ramai yang berpotensi memberi sumbangan telah dibagkulsampahkan sewaktu masih bertenaga dan berkemampuan. Mereka hilang tidak bersuara dan berperanan seperti tidak ada guna lansung. Tunku Abdul Rahman sendiri telah dibakulsampahkan. Mereka jadi orang biasa. Melayu tidak dapat faedah seterusnya dari pengalaman mereka. Usaha membina dan mencantas menghasilkan kesan kerja sia-sia dan mungkin itulah juga salah satu sebab kenapa Melayu hari ini rasa kurang teguh. Bangsa Melayu rugi. Melayu tipu Melayu. Kalangan pemimpin sekular angkatan baru tidak mempunyai asas yang kuat untuk meyakinkan rakyat tentang perjuangan mereka selain dari penyataan matlamat perjuangan secara kabur dan penyataan sentimen takut Melayu hilang ketuanan. Orang Kelantan sudah cari wadah yang lebih kredibel. Yang kekal menyokong parti sekular ialah orang-orang yang jiwa mereka sudah tergadai kerana terhutang budi atau malu mata kepada pihak-pihak yang telah memberi dan mengadakan sesuatu kepada mereka, ahliahli keluarga mereka dan orang-orang dekat dengan mereka atau sahabat-sahabat mereka.

44

Di antara perkara-perkara yang ditabur untuk memikat dan mengikat rasa terhutang budi dan perlu memberi sokongan ialah pelbagai pekerjaan dalam bentuk makan gaji dari sekecil-kecil jawatan ke setinggi-tinggi jawatan termasuk pekerjaan dalam jabatan-jabatan serta agensi dan dalam badan-badan sukarela yang memberi faedah kewangan dalam bentuk upah, elaun serta jawatan dan pangkat. Mereka yang lemah semangat memang tertambat. Yang tidak makan gaji pula ada yang terikat kerana lesen, permit, kebenaran, kelulusan, kuota, gerai, kedai, tapak rumah, rumah, rumah murah, rumah sewa, bantuan teknikal, subsidi, bekalan percuma baja, benih, baka, bot, pukat dan enjin. Ada yang anak-anak mendapat bantuan buku, uniform, tambang, biasiswa, bukan setakat di sekolah tetapi di universiti dalam negeri dan luar negeri. Ada yang terhutang budi kerana bantuan perubatan dan rawatan dan ada yang terhutang budi kerana mendapat bantuan tempat riadhah, alat-alat dan gelanggang sukan dan olahraga. Tidak kurang ramainya yang diberi jawatan-jawatan dalam jawatankuasa-jawatankuasa awam, dan dalam jawatankuasa-jawatankuasa parti di setiap peringkat untuk memberi kedudukan walaupun mungkin jawatankuasa-jawatankuasa itu langsung tidak memberi manfaat dan kesan kepada masyarakat. Namun pemegang-pemegang jawatan merasai diri mereka penting. Beribu-ribu telah menerima pingat dan pelbagai anugerah serta darjah kebesaran. Mereka yang telah menerima sesuatu itu, terutama yang pentingkan dunia dari akhirat sanggup membuta tuli dan membisu bila berhadapan dengan dan ketidakadilan{kezaliman}. Merekalah yang masih menjadi penyokong pemimpinpemimpin sekular. Oleh kerana tidak ada yang memberi kefahaman ideologi dan asas perjuangan kepada gulongan itu keupayaan untuk mereka berkongsi keyakinan mereka dengan orang lain cukup tipis. Yang dapat mereka pengaruhi ialah orang-orang yang memang kena ikut telunjuk mereka dalam lingkungan kuasa mereka sahaja. Keadaan mungkin berubah jika pemimpin-pemimpin membekalkan kepada mereka itu asas perjuangan yang solid. Semata mata kerana gila kuasa pemimpin-pemimpin sekular di Kelantan kadang-kadang nampak lebih dari orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak henti-henti menghina, mengejek, dan memperkecilkan usaha orang-orang Islam yang cuba mendaulatkan Islam di Kelantan.

45

Sambil menolak musuh Islam rakyat Kelantan seharusnya waspada dan siangsiang lagi mengenepikan pemimpin-pemimpin yang lantang tidak mahu melihat Kelantan mundur tetapi sewaktu ada kuasa dan ada pengaruh tidak berbuat apa-apa yang berkesan, dan sewaktu tidak ada kuasa tetapi ada pengaruh pun masih juga tidak berbuat apa-apa sehingga Kelantan terkeluar dan terpinggir dari segala kemudahan, peluang dan pembangunan. Pemimpin-pemimpin itu gila-gila bersemangat waktu pilihanraya. Yang lebih pelik lagi mereka tunggu kuasa diberi dari atas, seolah-olah jika ada jawatan baru mereka mahu aktif, tiada jawatan mereka pasif dan senyap. Mereka tidak dapat rasa dan menjiwai sokongan rakyat yang masih diberi kepada mereka di sana sini sebagai sokongan politik yang membawa harapan. Dan mereka tidak merasai legitimacy yang datang dari rakyat penyokong mereka yang mahu pemimpin yang kalah untuk terus memberi pimpinan dalam apa bentuk walaupun tidak berjawatan. Kenapa mereka

sanggup menghilangkan diri, berhenti bergiat untuk memajukan negeri dan rakyat Kelantan yang dahagakan kemajuan? Kenapa mereka sanggup meninggalkan penyokongpenyokong seperti anak ayam kehilangan ibu tanpa pembelaan yang adil? Baik yang tua mahupun yang muda mereka sama sahaja. Pemimpin politik seperti itu bukan pemimpin yang membawa idealisme perjuangan dan perkhidmatan untuk memaju rakyat jelata dan negeri. Perkhidmatan untuk rakyat dan negeri Kelantan sebenarnya tidak perlu

menunggu masa dan ketika. Tambahan pula tidak ada kuasa yang boleh menyekat usaha memberi faedah dan kebaikan kepada rakyat Kelantan sama ada oleh anak-anak Kelantan atau oleh sesiapa sahaja; Allah s.w.t. yang maha kuasa.

46

KOLAM TERATAI KERING KONTANG

ika Kelantan tidak membangun dan ketinggalan selama ini dibanding dengan negeri-negeri lain itu adalah disebabkan oleh rakyat Kelantan sendiri. Hanya Rakyat Kelantan rata-rata mahu

rakyat Kelantan yang boleh membuat perubahan.

mendaulatkan Islam, mahu Membangun Bersama Islam. Maka rakyat mesti pastikan bahawa Kerajaan yang dipilih itu benar-benar berusaha, mengambil langkah menguatkan keupayaan supaya nampak kepada umum bahawa landasan pembangunan sedang dibina; tidak seperti yang berlaku semenjak 45 tahun dahulu di mana kerajaan lepas kerajaan hinggalah ke hari ini tidak menunjuk sebarang program yang boleh dijadikan asas pembangunan. Perubahan sejak dulu hingga sekarang memang ada. Penduduk bertambah ramai, pejabat-pejabat kerajaan telah dipertingkatkan, sekolah-sekolah bertambah, jalan dan jambatan dibuka, pasar-pasar disediakan, pusat membeli-belah diadakan, perumahan kos rendah dilaksanakan, rumah-rumah kediaman yang dibina sendiri tumbuh macam cendawan, masjid dan surau dibina, lebuhraya juga ada dibina, hotel dan resort dibina, kawasan perindustrian dibuka, pelaburan-pelaburan ditarik, projek perparitan dan saliran dilaksana, bahkan projek hidro elektrik pun telah siap dibina. Tetapi semua itu tidak boleh dijadikan tapak yang teguh bagi penjanaan pembangunan ekonomi sosial yang keberterusan, yang sustainable. Jika apa yang dilihat di Kelantan hari ini sudah memberi puashati kepada Kerajaan yang ada, itu satu petanda tidak baik. Jika tahap pembangunan di Kelantan hari ini tidak menggesa barisan kepimpinan Kelantan mencari dan berikhtiar mendapat strategi dan program yang dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan, itu pun satu petanda tidak baik. Jika Kerajaan Kelantan hari ini terus bersandar kepada jentera pentadbiran negeri dan mengharapkan supaya jentera itu menghasilkan idea dan program pembangunan yang hebat sedangkan pimpinan yang ditunjukkan oleh barisan Kerajaan tidak berupaya menarik imaginasi dan memberi rangsangan yang boleh menghasilkan response yang hebat, itu juga satu petanda yang tidak baik; tidak baik kerana keadaan itu membawa kecewa kepada rakyat; kecewa

47

kerana rakyat mengharapkan tahap dan kualiti perkhidmatan yang boleh memberi sumbangan yang lebih hebat dari apa yang Kelantan perolehi dari pentadbiran Kelantan semenjak sepuluh tahun lalu, dua puluh tahun lalu atau tiga puluh tahun lalu. Tetapi itu tidak berlaku. Lain halnya jika dalam satu dua bulan ini, satu perubahan yang besar telah berlaku di mana pegawai-pegawai tinggi Kerajaan Kelantan telah sedar bahawa selama ini rakyat mengharap yang terbaik dari mereka dan mereka mahu memberi yang terbaik untuk negeri Kelantan dan kesejahteraan rakyat jelata. Perkembangan seperti itu tidak mustahil. Tetapi apakah ikhtiar yang boleh dan patut diusahakan. Rakyat sudah gelisah dengan keadaan Kerajaan yang tidak mampu menangani karenah anggota-anggota pentadbiran negeri. Rakyat telah menyahut seruan yang dilaungkan di sana sini dalam

ceramah-ceramah politik supaya kuasa Kerajaan diperteguhkan dengan memberi mandat yang kuat, memberi kemenangan lebih dari majoriti 2/3 supaya rintangan dalam pentadbiran dapat ditangani. Rakyat yang ingin terus dengan kepimpinan Membangun Bersama Islam telah memberi mandat yang begitu kuat, mandat yang membuka pintu untuk meminda undang-undang dan undang-undang kecil dan peraturan-peraturan yang ada yang menghalang dan merintangi usaha Kerajaan yang mereka pilih. Perkara itu memang di tangan Kerajaan. Rakyat tidak boleh campurtangan urusan Kerajaan.

Kerajaanlah yang berhak memilih untuk bertindak membuat pindaan atau tidak membuat apa-apa. Itu rakyat faham. Itu rakyat tahu. Tetapi rakyat mengharap sekurang-

kurangnya kuasa yang ada itu boleh digunakan untuk memulakan reformasi pentadbiran ke arah pentadbiran yang mampu dan bersedia hadapi cabaran. Rakyat tidak boleh terima keadaan di mana kuasa yang begitu kuat yang diberikan oleh rakyat dibiarkan begitu sahaja, tidak digunakan untuk faedah kemajuan negeri dan rakyat jelata. Rakyat

mengharapkan perubahan dan kemajuan dapat dibawa dengan kuasa mutlak yang ada pada Kerajaan yang mereka pilih. Bagaimanapun, rakyat tidak mahu kuasa itu diguna sewenang-wenangnya. Rakyat mahu kuasa itu diguna dengan bijaksana; rakyat Kelantan tidak mahu orang politik berdolak-dalik. Rakyat tidak mahu ada yang berdalih mengatakan Kerajaan kena gunakan kuasa dengan bijaksana dan dengan logik itu menyebabkan itu tidak boleh dibuat dan ini tidak dapat dibuat dan akhirnya apabila habis penggal apa pun tak dak!
48

Akan padahlah sesiapa yang mengenepikan kepentingan rakyat dengan mementingkan diri sendiri. Jika Kerajaan sekarang berakhir seperti sepuluh tahun sebelum ini atau dua puluh tahun sebelum ini di mana susah hendak cari apa yang dapat dibanggakan, tandatandanya ada bahawa rakyat akan memberi hukuman. Kerajaan sudah menewas dua puak musuh. Mungkin musuh akan datang ialah rakyat sendiri, rakyat yang tidak boleh terima Kerajaan yang tidak menunjuk kemajuan dalam pentadbiran negeri. Musuh lama sentiasa menunggu untuk mengapi-apikan rakyat. Kerajaan boleh berbangga dengan pengurusan yang tidak membazir, kutipan hasil dari pembalakan yang lebih efisyen dan pelaksanaan cara-cara hidup Islam di dalam masyarakat. Kesemuanya itu diakui baik dan disanjung, tetapi itu tidak mampu Lebuhraya

melahirkan perubahan yang boleh menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Pantai Timur mesti dibawa ke Kelantan, pelabuhan perlu dibina, sumber asli perlu diusahakan dengan bijak, ICT perlu dimanfaatkan, sains dan teknologi perlu diguna secara berkesan dalam pertanian dan lain-lain dan semua itu adalah bahagian penting dalam wawasan Membangun Bersama Islam. Atau pun mungkin akan ada yang berkata itu bukan wawasan Membangun Bersama Islam! Perkembangan di bidang-bidang pembangunan yang disebut itu boleh diusahakan oleh Kerajaan negeri jika ia bersedia menilai pilihan strategi yang ada terbentang luas di hadapannya. Jika pilihan yang ada itu tidak dihirau, keputusan-keputusan yang penting dielak, dan barisan kepimpinan lebih seronok dengan kejayaan-kejayaan kecil di bidang melaksanakan program Islam yang tidak dinafikan sememangnya penting, rakyat tidak boleh mengharap pembangunan yang seimbang berlaku. Seperti yang dialami semenjak tiga puluh tahun lalu kemajuan yang berlaku hanya berupa pertumbuhan sekolah, bangunan, jalan, jambatan dan parit memarit, rumah-rumah kediaman yang kecil dan besar, beberapa industri kecil, peluasan kawasan Kerajaan Tempatan, pasar dan kedaikedai perniagaan, hotel dan pertambahan kenderaan termasuk kesesakan jalan raya. Semua itu ada menyumbang kepada kesegaran ekonomi negeri Kelantan tetapi ia tidak berupaya menjana pertumbuhan ekonomi dengan cepat dan hebat. Bagi orang yang tidak nampak kemungkinan Kelantan dapat dimajukan itu satu masalah peribadi.

49

Tetapi Kelantan sebagai satu wilayah yang kaya dengan sumber asli dan tenaga manusia yang terbukti bermutu dan berkemahiran sudah tentu tidak patut diabaikan bukan sahaja oleh Kerajaan Negeri tetapi lebih tidak patut diketepikan oleh pemimpinpemimpin Pusat. Kelantan mempunyai potensi besar menyumbang kepada Negara dalam banyak bidang termasuk kepimpinan, pendidikan Islam, tenaga mahir, tenaga profesional dan pengurusan, dan dalam bidang ekonomi dan industri amnya. Lebih cepat pemimpin Pusat menjadi mesra Kelantan lebih baik. Ia tidak merugikan sesiapa, bahkan akan meninggikan imej semua pihak sebagai insan yang berhemah tinggi dan yang tahu apa yang baik untuk rakyat jelata. Itulah yang dikatakan prosper thy neighbour.

Pembangunan Kelantan akan membuka peluang kepada rakyat Kelantan dan rakyat di luar Kelantan untuk mendapat faedah ekonomi dan sosial. Kelantan mampu menjadi foreign exchange earner bagi Malaysia, dan Kelantan juga mampu menjadi engine bagi Malaysia dalam beberapa aspek. Sebenarnya politik menafikan pembangunan Kelantan adalah politik peninggalan zaman guru sekolah Melayu menjadi pemimpin, di mana ketajaman memimpin secara berfikir tidak pernah dirasai di bidang pentadbiran dan pembangunan. Rakyat dipimpin seperti lembu dicucuk hidung mengikut saja janji-janji yang ditabur oleh pemimpinpemimpin. Barsian kepimpinan sekularlah yang mula-mula menjadikan sekolah pelantar bagi kegiatan guru besar dan guru-guru biasa dalam politik luar bandar untuk mengambil kesempatan dari pengaruh angkatan guru di kampung kampung. Sekolah sekolah dijadikan tempat musyuarat dan lain-lain kegiatan politik. Ramai guru guru di Kelantan yang mendapat permit, lesen, kuota, dan pelbagai kelulusan itu dan ini sebagai galakan dan habuan kerana menolong orang orang atasan yang bergantung kepada mereka untuk jawatan peringkat atas, bahkan untuk medapat sokongan bagi jawatan perinngkat bahagian. Pada zaman tiga puluh dan empat puluh tahun dahulu cara yang paling mudah untuk menunduk lawan dan bakal lawan ialah dengan cara tunjuk kuasa bukan dengan cara berhujah atau meyakinkan dengan cara taakulan mengenai perkara-perkara dasar dan matlamat perjuangan politik. Oleh kerana tidak ada tradisi meyakinkan orang ramai dengan cara berhujah, hingga ke hari ini pun orang-orang tua dalam parti sekular tidak dapat perturunkan ilmu berhujah kepada yang muda-muda. Angkatan muda kenal dan
50

membesar dengan politik kebendaan, politik upah, politik salah guna kuasa, politik sekat menyekat, politik menafikan orang sekampung dari mendapat faedah baja, subsidi dan kredit pertanian dan perkhidmatan kejenteraan dan lain-lain perkhidmatan yang diwujudkan bagi memajukan kehidupan mereka. Bayangkan sahaja faedahnya jika

tenaga yang tersekat dan potensi yang diikat di Kelantan itu dapat digemblengkan untuk menghasilkan sesuatu yang berguna untuk negara. Apakah agenda Melayu jika ini tidak mendapat keutamaan dalam sistem pemikiran pemimpin? Masanya sudah tiba bagi pemimpin-pemimpin barisan sekular diajar ilmu dan perjuangan politik untuk berkhidmat dan dilatih untuk berhujah dengan reasoning yang baik bagi meyakinkan orang ramai tentang nilai perjuangan mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat, membawa kemajuan dan pembangunan. Pemimpin barisan Islam sentiasa dapat menawan hati hadirin di majlis-majlis ilmu. Mereka mengajak rakyat sebagai orang Islam supaya menjunjung segala perintah Allah s.w.t dan menjauhkan diri dari segala larangannya. Majlis-majlis itu sendiri menjadi ibadah. Tanpa ilmu yang lebih, tanpa kebolehan yang lebih, tanpa isi politik yang lebih pemimpin sekular tidak dapat tandingi daya tarik pemimpin-pemimpin barisan Islam. Pemimpin-pemimpin sekular Kelantan yang keluar di kaca TV nampaknya tidak pun berupaya berhujah dengan waras dengan penuntut-penuntut yang menunjuk kefahaman nilai-nilai politik sejagat yang luas, dan pemikiran yang lebih matang bagi menarik sokongan. Sebaliknya pemimpin sekular lebih condong kepada cara memaksa orang-orang yang tidak yakin kepada mereka untuk menerima pandangan dan perjuangan mereka. Bukan sahaja

pemimpin muda sekular patut pandai berhujah, mereka patut menimba ilmu Islam dengan lebih supaya mereka dapat menyeru rakyat kepada pilihan yang terbaik. Prestasi pemimpin-pemimpin sekular Kelantan yang kadangkala menjadi tidak senonoh adalah disebabkan oleh kekurangan ilmu pengetahuan dan tiada modal untuk berhujah walaupun ada yang berpelajaran tinggi. Jalan mudah bagi mereka ialah

menghentamkan lawan, memfitnah, mencarut dan menuduh pemimpin barisan Islam salah laku. Apa yang adil dianggap tidak adil dan apa yang tidak adil dianggap adil. Pendekatan seperti itu tidak menimbulkan situasi untuk rakyat buat pertimbangan yang bersimpati. Kalau pun ada di kalangan pemimpin-pemimpin itu individu-individu berilmu dan pandai berhujah mereka tidak dapat memanfaatkan kepandaian itu kerana dalam
51

pandangan masyarakat mereka tidak ada credibility. Mereka berdiri di atas tapak yang cacat; cacat dari segi ketidakadilan {kezaliman), rasuah, salah guna kuasa, kronisma, pilih kasih, dan pelbagai kelemahan yang sudah diketahui umum dan yang menyebabkan rakyat meluat. Kelemahan pemimpin-pemimpin atasan juga menjadi kelemahan mereka. Rapat umum mereka sudah lama hilang daya tarikan. Yang didengar oleh rakyat bukan hujah yang baik-baik tetapi ucapan meraih simpati supaya jasa dikenang. Kaedah-kaedah berfikir yang digunakan ialah crooked thinking, satu aliran berfikir yang muncul kuat kebelakangan ini yang dapat dibaca dan didengar hari-hari dalam akhbar, radio dan TV. Bukan mereka tidak boleh berfikir lurus tetapi bagi mereka berfikir lurus hanya cepat membawa mereka ka perangkap sendiri, ke penghujung jalan, ke jalan buntu, ke jalan surrender. Hanya cara putar belit, lidah bercabang, dan cara kotor sesama sendiri dan dengan orang lain yang membolehkan mereka bertahan dalam situasi tidak adil, kejam dan rasuah yang mereka wujudkan sendiri. K-ekonomi yang diheboh-hebohkan oleh pemimpin sekular sudah lama diasuhkan dalam diri murid-murid oleh ustaz-ustaz. Ilmu dalam sistem pemikiran orang Islam sudah lama diletak di barisan hadapan. Ilmu sebagai sesuatu yang penting sudah lama ditarbiah oleh ustaz-ustaz. Ajaran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w supaya ilmu dicari walaupun jauh ke Negeri China sentiasa disebut-sebut untuk mendorong orang Islam mengutamakan usaha mencari ilmu. Tiap-tiap tahun dalam majlis-majlis perayaan berkaitan dengan agama orang Islam diingatkan kembali tentang kejayaan Islam silam kerana ilmu. Masanya cukup sesuai untuk pemimpin-pemimpin barisan sekular membawa perubahan dengan meninggalkan cara berpolitik hitam yang tidak berasaskan ilmu kepada cara berpolitik yang berhemah baik yang berasaskan kepada ilmu. Hadapilah lawan dan rakyat dengan ilmu. Pautlah hati dan perasaan lawan dan rakyat dengan ilmu. Alangkah baiknya jika pemimpin-pemimpin barisan sekular Kelantan yang baru, yang diri mereka sendiri belum lagi banyak bergelumang dengan cara-cara politik pecah-belah dapat membersihkan suasana dengan membimbing pemimpin-pemimpin bahagian dan cawangan dan pemimpin-pemimpin akar umbi supaya membuat persediaan diri untuk menawan lawan dan rakyat dengan berhujah dan berilmu. Cara kotor dan kasar yang diamalkan selama ini patut dibuang. Pemimpin-pemimpin yang menggunakan

52

cara kotorlah yang membawa padah. Pemimpin-pemimpin seperti itulah yang membawa rebah. Rakyat kenal pemimpin-pemimpin yang tidak senonoh. Rakyat memberi

gelaran yang bukan-bukan kepada mereka. Dalam senario demikian adalah cukup baik jika pemimpin baru dapat mempastikan bahawa pemimpin-pemimpin di bawahnya juga dipilih dari kalangan mereka yang tidak begitu kotor atau yang kurang kotor ataupun walaupun kotor tetapi mempunyai potensi menjadi bersih di bawah bimbingan orang baik-baik. Orang baik-baik telah ditugaskan untuk memimpin barisan sekular Kelantan dan kepada orang baik-baik itulah rakyat Kelantan meminta agar mereka diselamatkan dari politik kotor, politi pecah-belah. Kepada mereka rakyat meminta supaya Islam dapat didaulatkan bagi kesempurnaan hidup orang Islam. Semenjak negara merdeka negeri Kelantan dan rakyat Kelantan tidak maju bukan kerana tidak ada hasil bumi, bukan bumi tidak subur, bukan rakyat malas, bukan rakyat jelata tidak ada kepandaian atau tenaga atau tidak sihat. Kelantan tidak maju kerana rakyat Kelantan menjadi mangsa orang-orang politik yang gila kuasa dan kedudukan dan pegawai-pegawai tinggi yang berat tulang. Kelantan dipercaturkan untuk kepentingan politik diri dan politik parti. Di bawah Kerajaan sekular dulu Kelantan tidak disediakan dengan asas pertumbuhan ekonomi yang teguh. Jika dilihat dalam senarai projek yang telah dibuat di antara 1978 hingga 1990 sukar ditunjuk perkara-perkara yang telah dibuat itu yang boleh dijadikan asas pembangunan Kelantan yang kukuh. Rakyat boleh menilai sendiri hari ini bahawa peninggalan Kerajaan dahulu tidak boleh dijadikan asas. Masa yang begitu lama telah dihabiskan untuk berpolitik mengekal kuasa dan setelah dapat kuasa tidak pula bersungguh-sungguh gunakan kuasa dan kedudukan untuk membawa pembangunan ke tahap yang dapat meletakkan Kelantan sebagai sebuah negeri maju. Berjuta-juta ringgit hasil dari pembalakan hilang tanpa memberi kesan kepada tapak pembangunan. Sebaliknya Kelanatan dijadi oleh Kerajaan sebelum ini sebagai negeri berhutang besar. Prestasi kemajuan Kelantan boleh diibaratkan sama seperti Kerajaan di bawah zaman penjajah. Kerajaannya ada tetapi usaha pembangunannya tidak membawa negeri ke mana-mana. Pembukaan ladang di Kelantan Selatan adalah seperti kegiatan penjajah

53

dahulu membuka ladang di Ulu Kelantan.

Rakyat dikekal diparas buruh walaupun

sekarang disebut sebagai peserta. Pembangunan ladang tidak disusuli dengan pelaburanpelaburan di bidang industri untuk membawa perubahan sosioekonomi dan kemajuan yang pesat yang boleh membezakan langkah penjajah dahulu dari langkah Kerajaan yang merdeka. Apa yang dibuat dengan pinjaman beratus juta rakyat tidak tahu. Apa yang dibuat dengan hasil pembalakan yang dikutip rakyat tidak tahu. Yang nyata kemajuan yang dilihat tidak boleh dijadikan tapak untuk membesarkan kek ekonomi negeri. Usaha perlu dibuat oleh Kerajaan sekarang dengan perancangan yang baik. Jika program

sosioekonomi di Kelantan dirancang untuk menjana pertumbuhan ekonomi sudah lama Kelantan maju dan membangun. Pada musim pilihanraya ke sepuluh ada disenaraikan dengan bangganya projekprojek yang telah disiapkan oleh Kerajaan dari tahun 1978 hingga 1990. Projek-projek yang dibanggakan itu ialah: ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ Kota Darul Naim Kota Bharu. Projek Semerak - Kemasin. Balai Islam Kota Bharu. Akademi Islam Kota Bharu. Lapangan terbang Kota Bharu. Kompleks Pejabat Persekutuan Kota Bharu. Jambatan Pasir Mas. Sekolah Rendah & Menengah. Kawasan Industri Pengkalan Chepa dan Tanah Merah. Hotel Perdana Kota Bharu. Bazar Buluh Kubu Kota Bharu. Tempat letak kereta Seksen 9 Kota Bharu. Bangunan PKINK. Cawangan Universiti Sains di Kota Bharu.

54

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Pasar Besar Siti Khadijah di Kota Bharu. Perumahan Kos Rendah. KESEDAR. Lebuhraya Timur Barat. Lebuhraya Kuala Krai Gua Musang Kula Lipis. Empangan Pergau. Bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok, Pasir Mas, Pasir Puteh, Jeli dan Gua Musang.

Pembinaan Masjid dan Surau.

Senarai itu tidak menyebut parit dan longkang dan tidak juga menyebut lori-lori sampah dan tong-tong sampah baru. Tetapi begitulah daifnya senarai yang ditonjolkan untuk menunjukkan bahawa orang politik Kelantan sebelum ini telah berjasa. Kerajaan sekarang pun telah juga mengeluarkan senarai kejayaan 10 tahun. Senarai itu sama daif dengan apa yang telah dibuat oleh Kerajaan dulu. Rakyat boleh nilai semua itu dengan kritis. Kerajaan di bawah barisan kepimpinan Islam akan ditanya dan diminta bukti yang lebih kuat. Dua belas tahun telah berlalu tanpa rakyat nampak usaha menyambung kerjakerja Kerajaan dahulu secara berkesan. Jika lebuhraya sudah ada di Kelantan apakah program yang dapat dikaitkan dengan lebuhraya itu supaya kegiatan ekonomi di Kelantan dapat disuburkan? Jika lapangan terbang sudah ditingkatkan apakah lagi yang perlu di usahakan bagi melengkapkan nya untuk menarik minat pelabur? Apakah usaha yang telah dibuat untuk melengkapkan Kelantan dari segi infrastruktur sebagai tapak pembangunan industri? Rakyat sukar mencari bukti usaha-usaha memperteguhkan

ekonomi di atas peninggalan Kerajaan dahulu dan rakyat sukar mencari langkah-langkah baru yang datang dari barisan kepimpinan Islam. Projek Tok Bali yang sudah berusia berbelas tahun tidak menampakkan asas yang kuat untuk maju. Begitu juga perjanjian persefahaman untuk menghasilkan makanan di atas kawasan seluas 5,500 hektar di

55

Kelantan tidak mempunyai asas yang meyakinkan untuk maju di bawah paradigma yang ada. Setakat ini berita itu adalah baik bagi politicking tetapi belum cukup untuk

mengajak rakyat Kelantan berkenduri riang dengan projek itu. Rakyat boleh bersyukur kerana ada langkah positif. Tetapi yang rakyat mahu tahu ialah apakah asas-asas yang memberi optimisma kepada Kerajaan negeri. Tok Bali sebagai projek tahun 70an masih tidak ke mana-mana, masih seperti pengkalan-pengkalan yang rakyat sendiri pernah buat di tempat-tempat lain, jauh dari mencermin wawasan moden. Tetapi walaupun dalam keadaan non starter tidak henti-henti pemimpin barisan Islam bercakap mengenainya. Perancangan keseluruhan projek Tok Bali perlu dikaji semula dengan segera. Program pelaksanaannya juga perlu disusun semula. Jika tidak pemimpin barisan Islam dan rakyat Kelantan akan sia-sia menanggung kegagalan bagi projek yang dimula oleh barisan sekular tanpa perancangan dan pelaksanaan yang baik. Projek KESEDAR, SEMERAK KEMASIN dan lain-lain perlu dikaji semula dan diorientasikan matlamatnya supaya relevan dengan prinsip pembangunan. Kerajaan sekarang jangan jadi Pak Turut dan menanggung kesilapan Kerajaan dahulu atau membiar kesilapan diteruskan tanpa bersuara. Kelantan yang perlembagaannya jika tidak dipinda pun boleh maju, boleh membangun, asalkan keupayaan mentadbir ada di tangan Kerajaan. Tentunya Kerajaan mempunyai sebab-sebab tertentu tidak mahu pinda perlembagaan, tetapi undang-undang lain dan peraturan-peraturan perlu disesuaikan dengan keperluan untuk menggalak kecekapan pengurusan dan menarik minat pelabur. Kerajaan Kelantan perlu mencari petunjuk dari pengalaman Kerajaan Pusat bagaimana kuasa dan kekebalan raja disesuaikan dengan kehendak pentadbiran supaya raja dengan kedudukan dan kemuliaan darjatnya bukan saja terjamin tetapi memberi ketenteraman jiwa. Bolehkah Kerajaan Negeri membuat semakan ke arah penyusunan kuasa yang seimbang supaya tarik tali kuasa dapat dikendurkan? dapat didamaikan? Adakah Kerajaan negeri perlu kepada negotiator untuk berbuat demikian? Tidak adakah orang tua yang boleh diserahkan tugas itu? Kerajaan boleh membawa kemajuan dan pembangunan di Kelantan jika keupayaan mentadbir ada di tangan Kerajaan. Keupayaan mentadbir akan melahirkan pelan yang berstrategi, yang mampu membentangkan dengan jelas bidang-bidang projek
56

kepada pelabur-pelabur dan memudahkan mereka membuat keputusan untuk melabur. Pentadbiran yang cekap akan mempastikan bahawa pelabur-pelabur dan pengusahapengusaha yang sudah menanam modal dan memulakan perusahan akan mendapat layanan yang membuat mereka rasa mereka telah membuat keputusan bijak untuk bertapak di Kelantan. Bandingkan ini dengan keadaan di mana dasar pelaburan tidak diketahui umun kerana orang-orang yang ditugas tidak berusaha mempromosikannya. Bukan sahaja dasar yang pelabur tidak tahu, projek-projek dan peluang-peluang pun ramai yang tidak tahu. Bagi negeri yang ingin dan perlu sangat kepada pembangunan, keinginan itu tidak dicerminkan dalam pengurusan. Jawapan kepada pertanyaan bakal pelabur yang lazim didengar dari jabatan-jabatan di barisan hadapan ialah . yang susah di Kelatan ni, Kerajaan takdak tanah cik kena cari sedirilah tanah tu lepah tu mari semula sini kita takdak pelan serupa hak cik nak tu, . Begitulah jawapan pegawai pentadbir. Pegawai yang memberi response itu bercakap benar. Panduan pelaburan yang dibukukan lebih berupa prosedur membuat permohonan dan proses membuat keputusan, jauh dari apa yang dikehendaki oleh bakal-bakal pelabur seperti maklumat-maklumat mengenai perkara-perkara yang boleh menarik minat mereka dan memudahkan mereka membuat keputusan awal untuk mengambil tindakan melihat kepada Kelantan sebagai satu prospek pelaburan. Kelantan perlukan persediaan yang lebih dari itu. Pamphletpamphlet dan laman web yang diadakan perlu mencermin kesungguhan untuk memberi sebanyak-banyak maklumat kepada pelabur dalam bentuk dan cara yang menarik, bukan setakat melepaskan batuk di tangga . Bidang-bidang yang hendak digalakkan pelaburan perlu dikaji, disediakan kertas projek secara menarik, diadakan promosi secara cergas kepada pelabur-pelabur yang teguh dan berkemampuan tinggi di dalam dan di luar negeri. Usaha ini perlu di jalan terus menerus tidak henti-henti. Pegawai-pegawai yang berkelayakan khas perlu dilantik untuk mencari pelabur, bukan untuk duduk di pejabat menunggu pelabur; biar sampai timbul buah mulut orang ramai bahawa Kelantan benar-benar aktif mencari pelaburan di dalam dan di luar negeri. Kerajaan perlu wujudkan suasana proaktif, segar, ceria,

berjaya, dan puashati di kalangan pegawai-pegawai dan jabatan-jabatan; tidak seperti yang ada, lembab, malap, tidak bermaya, tidak berminat, tidak ada kesungguhan, tidak
57

ada keceriaan. Lihat sahaja pada kertas dan brochure dan bahan bahan promosi di lamanlaman web; langsung apa yang diwujudkan itu tidak menimbul selera, tidak menunjukkan bahawa ketua-ketua jabatan yang menyediakan bahan-bahan itu mahu berbangga dengan tugas organisasi masing-masing. Jika raja hendak berperanan di dalam usaha menarik pelaburan seperti yang ada didengar itu harus dilihat secara positif. Tetapi peranan demikian hendaklah mengikut agenda Kerajaan yang harus mengambil kira situasi-situasi tertentu yang boleh menghasilkan kesan terbaik dari penglibatan sedemikian. Sikap mudah mengaku kalah sebelum turun padang mesti dikikis. Rungutan rungutan yang didengar dari pemimpinpemimpin Kelantan bahawa mereka senghaja tidak hendak bercakap tentang menarik pelabur ke Kelantan semasa berada di luar negara kerana kononnya ada pihak yang menyekat pelaburan ke Kelantan mungkin ada benar dan ada asasnya. Tetapi cakap cakap seperti itu adalah nyata menggambarkan kurang keyakinan diri dan mungkin juga helah untuk menutup kelemahan. Jika keadaan lembab menunggu pelabur seperti laba-laba menunggu makanannya disebabkan tidak ada imaginasi atau tiada pegawai yang bersifat go getter atau tiada budget, rakyat Kelantan tahu ada cara lain lagi yang boleh menukarkan promosi pelaburan bagi Kelantan supaya aktif, bermaklumat, menepati citarasa bakal pelabur, berpontesi memikat minat pelabur, mesra orang ramai, memberi puashati kepada petugas dan orang ramai. Yang amat penting dalam konteks Membangun Bersama Islam ialah keyakinan yang dipancarkan kepada penyokong-penyokong bahawa Kerajaan yang dipilih mereka bergerak dan tahu bertindak dengan bijak, dan tidak membiarkan diri diselaputi oleh tradisi pentadbiran lama sebagaimana Kota Darul Naim diwarisi. Kerajaan hari ini mungkin kerana terbawa bawa oleh sikap ambil mudah telah secara negetif mengekalkan Kota Darul Naim dalam imej lembab lesu senyap sunyi sehingga kolam teratai pun kering kontang tidak siapa yang peduli. Bolehkah suasana Kota Darul Naim dihidupkan supaya dapat ia dijadikan lambang kecergasan pentadbiran, di mana bukan sahaja pelawat kenamaan yang berkunjung tetapi juga pelabur-pelabur besar turut datang menghidu peluang seperti yang dilihat di pejabat-pejabat di Kuala Lumpur dan Putrajaya..

58

Kelantan mempunyai banyak peluang.

Pegawai-pegawai yang memimpin

jabatan-jabatan Kerajaan tidak payah tunggu arahan dari Tok Guru untuk mencergas dan mempercekapkan perkhidmatan jabatan-jabatan masing-masing. Ketua-ketua jabatan

yang mempunyai maruah patut dengan sendirinya sedar dan mencari jalan dan ikhtiar untuk mencergaskan jabatan masing-masing dengan memberi jasa dan perkhidmatan baik dan berkesan kepada rakyat jelata Kelantan. Sekurang-kurangnya setiap hujung tahun mereka dapat berbangga memberi tahu anak isteri mereka yang mereka berjaya menyumbang kepada usaha memajukan Kelantan tanah tumpah darah sendiri.

59

RISIKO vs CABARAN

lhamdulillah, Kelantan pada zahirnya dan di atas kebijaksanaan Tok Guru dapat diterima oleh umum sebagai negeri yang mahu Membangun Bersama Islam.

Tetapi yang ramai tidak tahu ialah Kelantan berada dalam keadaan yang cukup berisiko. Kelantan menghadapi cabaran yang amat berat yang perlu dihadapi dan ditangani dengan cara luar biasa, cara kreatif dan imiginatif dan cara yang strategik; dan cara-cara ini sendiri adalah satu cabaran besar untuk dikuasai oleh orang-orang yang tidak lazim dengan pemikiran strategik dan kreatif. Masalah dan cabaran yang dihadapi Kelantan wujud dalam berbagai bentuk dan bidang: Banyak cabaran dihadapi secara serentak. Corak pentadbiran yang berbentuk penyenggaraan tidak berupaya menangani cabaran. Pentadbir dan jentera kerajaan peringkat Negeri dan Persekutuan tidak menunjukkan rekod pencapaian luar biasa dalam mengatasi cabaran-cabaran yang wujud. Ketiadaan strategi dan perancangan yang kreatif dan imiginatif yang boleh memberi kesan dan impak kepada masyarakat untuk menggerakkan usaha ke arah perubahan yang cepat dari biasa.

60

Tiada kesanggupan untuk membuat keputusan dan melaksanakan program dengan tersusun dan berkesan. Kenyataan dan penyataan harapan, hajat dan hasrat tidak disusuli dengan tindakan yang konkrit; Program yang dilaksanakan tidak mengikut arah berasaskan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Adakah Kelantan bersedia dari segi wawasan dan barisan kepimpinan yang berwawasan untuk menggerakkan pembangunan sosio-ekonomi secara pesat dengan:

Membuat keputusan dengan berani dan jelas. Mengarah perlaksanaan program dengan berkesan. Meneraju segala yang perlu dilaksanakan oleh jentera kerajaan. Menentukan strategi berjalan dengan berkesan.

Strategi dan perancangan perlu datang dari kepimpinan yang berwawasan iaitu:

yang kreatif yang imiginatif yang memberi pimpinan yang memberi bimbingan yang menentukan supaya segala keputusan, dasar, program dan sumber-sumber yang patut dan perlu adalah digembelengkan dalam tindakan yang selaras dan berkesan.

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Kelantan perlu dikenalpasti satu persatu supaya cabaran-cabaran dan masalah-masalah itu diakui dan ditangani secara nyata oleh setiap pemimpin politik yang diberi tanggungjawab dalam Kerajaan; dan yang berperanan sebagai pemimpin, pejuang dan sebagai wakil rakyat. Pembangunan infrastruktur di Kelantan sudah memudahkan rakyat bergerak dari segi perhubungan sosial dan ekonomi, jika dibanding dengan keadaan tidak ada jalan dan
61

jambatan dan tidak ada banyak jalan-jalan kecil dan jalan-jalan bendang pada suatu masa dahulu. Walaubagaimanapun, tahap pembangunan infrastruktur pada keseluruhan dari segi keperluan pembukaan kawasan-kawasan yang kaya dengan sumber alam dan keperluan pengangkutan dan perhubungan bagi industri dan perdagangan adalah ditahap yang masih rendah. Pembinaan dan peningkatan mutu dan kapasiti jalan, jambatan dan lebuhraya perlu dilaksanakan. Lapangan terbang perlu disesuaikan dengan keperluan industri dan perdagangan luar. Pelabuhan perli dibina. Begitu juga dengan perkhidmatan pengangkutan dan persediaan tapak-tapak industri yang boleh menarik minat industri bernilai tinggi dan teknologi tinggi. Bekalan air adalah dalam keadaan bermasalah bagi keperluan rakyat dan industri. Sehingga kini tidak banyak industri besar yang bertapak di Kelantan. Juga seperti di bawah Kerajaan dahulu masih tidak ada kegiatan industri-industri besar yang bertalian dengan kegiatan-kegiatan ekonomi rakyat yang boleh menjadi penggerak, pendorong dan penjana pertumbuhan aktiviti pembangunan lain secara berterusan. Keadaan pembangunan sosioekonomi dan pembangunan fizikal yang secara relatifnya rendah wujud seperti di bawah kerajaan dulu kerana ketiadaan pimpinan yang berwawasan yang tahu, berani, dan mahu bertindak untuk menghasil perubahan yang bermanfaat kepada rakyat dan negeri. Tidak mungkin sebuah Kerajaan dapat bergerak dengan cekap dan berkesan jika anggota pasukannya tidak bergerak lincah, pantas, dan bertenaga. Ahli-ahli exco tidak patut berpuashati dengan jawatan dan dalam jawatan. Mereka tidak boleh mudah puas hati dengan perlantikan mereka ke jawatan tinggi sebagai satu hadiah politik dan ambil jalan selamat secara ambil hati ketua sepanjang jalan walaupun dengan demikian itu boleh melumpuhkan Kerajaan. Rakyat dengar jawapan-jawapan mereka baik dalam Dewan atau di luar Dewan Undangan Negeri sebagai menegak benang basah. Alangkah baiknya jika rakyat dapat dengar di sana sini idea, gesaan dan rangsangan untuk rakyat maju, untuk program disusun dan dilaksana, untuk perubahan dibuat, untuk pentadbiran dan pengurusan dipercekapkan bagi tujuan mencapai kemajuan dan mendorong pembangunan. Kini bibit-bibit kemungkinan perbalahan Kerajaan dengan rakyat sudah mulai tumbuh. Pengumuman oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Kewangan dan Perkhidmatan Awam tentang penubuhan pasukan petugas 16 orang untuk memungut

62

tunggakan cukai darinya.

tanah termasuk mengambil tindakan undang-undang adalah satu langkah memungut tunggakan dibuat hari-hari oleh pihak

Sungguhpun

berkuasa dan pihak-pihak sektor awam apa yang di umum oleh ahli exco Kelantan itu jika tidak diurus baik-baik boleh membawa kesan menang jadi arang kalah jadi abu. Langkah pergi ke rakyat kerana Kerajaan Negeri menjangka hasil negeri akan surut adalah tidak ubah seperti pentadbiran dulu. Kerja dan beban yang patut dibuat oleh Pegawai Pentadbir sekarang dipikul oleh orang politik. Kerajaan dahulu yang tidak bawa kemajuan telah diguling, dan besar kemungkinan Kerajaan yang ada juga akan diguling rakyat oleh kerana pentadbir-

pentadbir dan pengurus-pengurus Kelantan tidak membuka kemungkinan untuk membolehkan rakyat mengeluarkan hasil yang lebih dari tanah untuk membayar cukai tetapi sebaliknya pentadbir menekankan pemungutan cukai ke atas rakyat yang sudahlah tidak mampu membayar cukai dalam keadaan biasa, inikan pula di bawah tekanan tunggakan. Rakyat pemilik tanah memang mesti patuh kepada undang undang. Tetapi mereka sepatutnya dalam suasana membangun dibimbing, ditunjuk ajar, atau diajak membuat sesuatu yang boleh meningkatkan penggunaan tanah dan peningkatan hasil dari segi pertanian atau lain-lain jenis penggunaan yang melibatkan amalan baru,

teknologi baru, jenis baru. Itu semua tidak dibuat secara yang sepatutnya. Pentadbir ala penjajah mudah melihat tuan tanah sebagai sumber hasil, dengan tidak menghirau sama ada tuan tanah mampu membayar atau tidak. Tidak juga diambil tahu kenapa tunggakan telah timbul. Mungkinkah langkah itu akan menjadi punca kemarahan rakyat? Langkah itu secara tidak langsung menunjukkan kepada rakyat dan kepada lawan bahawa Kerajaan buntu dalam cara-cara mempelbagaikan punca hasil. Jika

Kerajaan tidak segera

umum langkah-langkah lain yang positif dan proaktif yang

terbentang luas andaian bahawa Kerajaan buntu dalam hal meningkatkan hasil akan kekal dalam pandangan rakyat. Apakah tujuan pengumuman penubuhan pasukan

petugas itu dibuat? Kenapakah urusan itu perlu melibat pihak petugas 16 orang apabila 7 orang sudah memadai dan dengan itu membebaskan yang lain untuk tugas yang lebih produktif bagi tujuan lain. Rakyat yang ditolong atau dibimbing untuk meningkatkan pendapatan dapat membayar cukai tanpa masalah. Kerajaan dan pentadbir yang prihatin mengutip cukai dengan cergas dalam musim-musim rakyat ada duit. Bertindak
63

mengutip cukai dalam keadaan rakyat berada dalam

keadaan ekonomi sempit

menggambarkan fahaman asas yang sempit mengenai pengutipan cukai. Musuh politik Kerajaan, jika mereka cerdas, akan mengambil langkah yang cukup mendapat mata politik. pengadilan? Mampukah Kerajaan yang dahagakan sokongan rakyat yang berterusan, yang tidak berbuat apa-apa untuk membesarkan kek ekonomi, bertindak ke atas rakyat yang tidak mampu membayar cukai. Mungkinkah tindakan dibuat secara berpilih-pilih. berkesan bagi ke

Benarkah pasukan petugas sanggup membawa rakyat

Bagaimana jika jentera yang mengutip tidak bertindak? Dan apa akan jadi jika buat pertama kali pegawai-pegawai yang tidak mahu lihat kerajaan tidak bermasalah

bertindak secara cukup berkesan dan rakyat yang tidak membayar cukai diatur untuk dihadap ke keadilan secara nakal untuk mencemaskan barisan kepimpinan Islam. Banyak Kerajaan telah ditumbangkan kerana tindakan mengenai cukai yang tidak disukai oleh rakyat. Pandangan yang disuarakan oleh kepimpinan Islam Kelantan tentang apa guna ada pembangunan fizikal yang besar jika pembangunan Islam belum mantap, jika pegangan rakyat terhadap ajaran Islam belum sempurna adalah satu pandangan yang tidak boleh dan tidak patut dijadikan salah satu penentu dasar pengurusan negeri Kelantan. Apa yang muncul sebagai ilham menolak dakyah pihak sekular tentang

pembangunan dan janji-janji pembangunan mudah bertukar menjadi pegangan prinsip pemimpin-pemimpin barisan Islam. Memang benar bukan satu pihak sahaja di tanah air ini yang boleh dan pandai membawa pembangunan. Pihak-pihak lain pun boleh juga membawa pembangunan dengan sama baik dan sama hebat atau lebih baik dan lebih hebat. Rakyat Kelantan tidak henti-henti diragui tentang janji pembangunan oleh pihak sekular dan sebaliknya diajak Membangun Bersama Islam. Mesejnya ialah bukan sahaja barisan sekular yang boleh menghasilkan pembangunan. Sebagai hujah dalam bidang politicking itu adalah satu ilham yang baik yang berkesan untuk mematahkan dakyah pemimpin-pemimpin sekular, terutama di majlis-majlis ilmu dan circus politik. Sekali imbas itu adalah tanda bijak berpolemik barisan Islam, dan bijak berpolemik itu memang

64

sentiasa menggerunkan pihak lawan. Yang mengecewakan ialah pandangan yang patut dihadkan kepada medan politicking dan polemik telah mudah disalah faham oleh pemimpin-pemimpin barisan Islam sendiri dan hujah itu diterima seolah-olah Kelantan pun tidak payah ikut apa yang pihak sekular mahu. Dari situ timbul pandangan bahawa lain-lain pembangunan boleh tunggu. Semasa pembangunan insan dan pengIslaman

sistem pentadbiran dan penghayatan Islam dalam kehidupan rakyat mendapat tumpuan utama kerajaan yang sama juga bertanya kepada kritik kritik: pembangunan bagaimanakah lagi yang mereka kehendaki? Soalnya sampai bila rakyat kena tunggu apabila pelan pembangunan pun tidak rakyat ketahui.

Walaupun niat dan usaha ke arah pembangunan adalah mulia dan tidak dipertikaikan oleh anak-anak Kelantan yang sentiasa mahu mendaulatkan Islam dan yang mahu Membangun Bersama Islam tetapi anak-anak Kelantan juga mahu melihat pemikiran semula dibuat oleh Kerajaan Kelantan tentang prinsip serong mengenai pembangunan yang diwarnai oleh sentimen menolak dakyah kaum sekular yang mahu menonjolkan pembangunan sebagai daya tarikan perhatian rakyat dari tumpuan kepada dakwah Islam. Anak-anak Kelantan ingin melihat pandangan serong pemimpinpemimpin Islam di Kelantan diganti dengan pandangan terbuka terhadap matlamat pembangunan sosioekonomi dan fizikal sebagai matlamat suci, berdasarkan visi Islam. Rakyat mahu keyakinan kepada matlamat pembangunan akan bersinar dalam pemikiran pemimpin-pemimpin Islam moden di Kelantan. Anak-anak Kelantan mahu hapuskan di kalangan pemimpin-pemimpin segala pemikiran yang berbelah bagi seperti mulut kata bukan anti pembangunan tetapi hati curigai pembangunan. Atau hati mahu pembangunan tetapi oleh kerana daya dan

kepandaian ke arah pembangunan tidak ada itu diketepikan dan perkara-perkara lain yang ditumpukan terutama bidang-bidang yang mudah dicakap dan sedap didengar oleh rakyat; bidang yang mudah-mudah yang tidak perlu belanja banyak. Maka bidang

mudah-mudah itulah yang diulang-ulang selama 12 tahun. Jika pemimpin-pemimpin tidak dikejutkan mungkin keadaan lena terlampau yakindiri itu akan melimpah ke 5 tahun lagi. Anak-anak Kelantan mempunyai alasan yang sihat untuk mengajak pemimpinpemimpin Kerajaan negeri Kelantan segera memberi perhatian kepada perancangan

65

program pembangunan sosioekonomi dan fizikal secara bersungguh-sungguh. Anakanak Kelantan mahu kepimpinan Islam di Kelantan menerima secara aktif, bukan hanya di mulut, akan peranan intelek dan logik orang oramg Islam yang berkelulusan dalam ilmu ilmu lain dari ilmu Islam tradisional bagi memperteguhkan keupayaan. Adalah benar sumber rezeki datang dari Allah s.w.t. Adalah benar tidak lari gunung dikejar. Tetapi 12 tahun adalah lama dalam hidup manusia. Di tangan orang yang pandai, berani, dan berupaya banyak yang boleh diusahakan dalam masa 12 tahun, Insya-Allah. Program ekonomi dan pembangunan fizikal yang mengikut kehendak-

kehendak Islam boleh dilaksanakan untuk faedah rakyat jelata Muslim dan bukan Muslim. Sambil program pengIslaman pentadbiran dan pembangunan insan diusahakan perancangan pembangunan sosio ekonomi dan fizikal yang bervisi Membangun Bersama Islam boleh diuruskan serentak. Rancangan 5 Tahun ke Lapan negeri Kelantan patut digubal semula untuk membawa visi perjuangan Islam. Dengan adanya wawasan dunia dalam wawasan akhirat barulah Membangun Bersama Islam lengkap. Anak-anak Kelantan dan bahkan bukan anak-anak Kelantan bertanya apakah bezanya orang Islam yang mahu selesaikan dahulu pembangunan insan sebelum melangkah ke peringkat pembangunan ekonomi dan fizikal dengan orang-orang Islam yang mahu tangguhkan penggubalan dan pelaksanaan kanun Hudud sehingga seluruh orang-orang Islam bersiap sedia. Kedua-dua pendirian yang merugikan Islam itu dan yang lari dari visi Membangun Bersama Islam perlu direnung bersama oleh semua anak Kelantan yang cintakan Islam terutama mereka yang berada dalam golongan pemimpin dan aktivis. Perkataan yang tidak banyak kedengaran dari pemimpin-pemimpin Islam Kelantan ialah ikhtiar; ikhtiar; ikhtiar; iaitu usaha yang bersungguh-sungguh mencari jalan untuk menguruskan negeri dengan jaya. Benar kepada Allah s.w.t kita berserah tetapi ikhtiar kita mesti cari bermati-matian. Cara yang diamal sekarang dan yang

dimegah-megahkan ialah apa yang dikatakan cara mudah. Tetapi cara itu terlalu mudah ke arah yang mungkin menyesatkan bagi orang-orang yang terikut-ikut dengan propaganda pemimpin barisan Islam. Jika diperhati dari tutur kata dan yang ditulis oleh Melayu yang asyik menonjol keunikan pemerintahan Kelantan mereka menyuarakan harapkan kepada yang ghaib dengan cara yang boleh mengliruka. Cara mereka mentadbir

66

dan mengharapkan kemajuan adalah cara mudah jika dilihat dari kaca mata orang yang biasa diasuh supaya bekerja keras dengan sentiasa berfikir, berusaha, berikhtiar bersungguh-sungguh, membuat segala yang patut sebelum menyerah kepada Allah s.w.t. Memang orang Islam diajar supaya meminta pertolongan dari Allah s.w.t pada bila-bila masa kerana Allah lah yang Maha Berkuasa. Tetapi apa yang ditonjolkan sebagai

keunikan pemerintahan di Kelantan adalah terlalu mudah untuk disalah terima oleh yang malas dan yang sesat. AstaghfirullahhalAzim, AstaghfirullahhalAzim,

AstaghfirullahhalAzim.

67

RAKYAT KELUAR KEPOMPONG

akyat Kelantan mahukan pemimpin politik berfungsi menerajui perkhidmatan awam secara profesional. Rakyat sedar akan keadaan dan suasana yang wujud

tetapi seperti dalam mana-mana negeri rakyat mahu orang politik memimpin anggota perkhidmatan awam dengan: Mengenengahkan personaliti yang berdaya memberi nilai kepada mutu kepimpinan dan menarik serta memaut hati pegawai-pegawai yang dipimpin dengan ransangan. Menunjuk watak yang memberi keyakinan kepada pegawai-pegawai bahawa mereka tidak sia-sia di belakang pemimpin yang bersungguhsungguh bersama mereka. Memberi anggota-anggota perkhidmatan awam Kelantan rasa seronok dan puashati; memberi bimbingan dan sebab yang dapat terus mengekal kesegaran misi untuk memberi yang terbaik dari mereka. Membuat anggota-anggota perkhidmatan awam Negeri Kelantan berasa senang dengan Kerajaan yang boleh mereka berbangga. Membuat anggota-anggota perkhidmatan awam Negeri Kelantan berasa senang dan suka dengan suasana yang diwujudkan oleh pemimpinpemimpin Kerajaan.

Rakyat Kelantan mahu supaya pemimpin-pemimpin politik terutama yang berada dalam Kerajaan dan yang menjadi wakil rakyat dan ketua agensi-agensi Kerajaan tidak memandang ringan tugas melayakkan diri memimpin anggota-anggota perkhidmatan awam secara berkesan, secara yang mengikut norma yang berlandaskan prinsip dan usaha memimpin, dan yang sentiasa mencuba untuk mendapat hasil yang terbaik dari usaha memimpin, membimbing dan meneraju. Untuk berlaku adil kepada orang orang politik yang tidak lazim dengan pentadbiran dan pengurusan tugas demikian adalah bukan

68

mudah. Usaha keras perlu dicurah untuk mendapat kebolehan itu. Rakyat akui hakikat itu tetapi rakyat juga tidak sanggup menunggu terlalu lama tanpa melihat perubahan kualitatif. Rakyat Kelantan ada satu pertanyaan yang mudah tetapi berat implikasinya iaitu apakah gunanya orang-orang politik mengajak rakyat menyokong mereka tetapi setelah diberi sokongan kuat tidak bersungguh-sungguh dan tidak mampu membawa rakyat keluar dari kepompong kemunduran. Rakyat tidak mahu keadaan terawang-awang. Rakyat mahu ke arah yang lebih cerah, bertenaga, selamat dan terjamin. Jika tidak ada kebolehan wakil rakyat boleh belajar dan berlatih cepat-cepat, cari guru, cari pembimbing, minta tolong pakar supaya tugas dapat dilaksanakan. Rakyat akan lebih bersimpati dengan pemimpin yang tidak berkebolehan tetapi yang berusaha dan dilihat oleh mereka berusaha meningkatkan kebolehan. Jika pemimpin Kerajaan ada kebolehan tetapi menghadapi masalah itu pun tidak harus menyebabkan Kerajaan jadi kaku kerana mereka takut bertindak dan takut membuat keputusan. Kerajaan patut minta tolong dari pihak yang lebih berupaya memberi pertolongan. Rakyat Kelantan meminta pemimpin-pemimpin politik Kelantan bekerja keras untuk mencapai matlamat memimpin jentera Kerajaan dengan berkesan.Jika boleh rakyat Kelantan mahu pemimpin-pemimpin politik Kelantan menggunakan kebijaksanaan dan daya istimewa mereka untuk mencetus kesedaran di kalangan anggota perkhidmatan awam negeri untuk berjasa kepada Kelantan dan anak-anak Kelantan. Biarpun pilihan politik mereka berbeza namun perkhidmatan pegawai-pegawai kepada Kelantan tidak harus terjejas. Untuk itu rakyat mahu orang politik membuat persediaan dan mengambil initiatif untuk menghidupkan rasa keyakinan dan hormat-menghormati di antara pegawai dan pemimpin. Rakyat mahu pemimpin-pemimpin politik yang dipilih mewakili rakyat memenuhi aspirasi dan kehendak rakyat. Mereka diharap dapat benar-benar berhemah tinggi dalam pandangan anggota-anggota perkhidmatan awam. Rakyat mahu mereka memimpin secara jujur, adil, tegas, istiqamah, bijak dalam menyemarakkan penglibatan pegawai-pegawai; dan benar-benar ambil tahu dan berminat dengan kerja-kerja dan keadaan perkhidmatan awam sebagai mana majikan yang baik memberi perhatian kepada

69

pekerja. Orang politik tidak patut memberi sebab atau menunjuk sifat-sifat yang membuat pegawai-pegawai memandang sepi terhadap mereka.

Rakyat tahu dan rakyat tidak mahu mengulangi peringatan bahawa sebelum terlambat rakyat mengharap pemimpin-pemimpin politik berintraksi dengan anggotaanggota perkhidmatan awam negeri terutama pegawai-pegawai tadbir negeri secara yang memberi kesan baik dan rasa baik dari segi Hubungan mesra Rasa persaudaraan Urusan yang ceria Sikap mengambil tahu Berilmu pengetahuan Sentiasa bersedia Jelas dalam komunikasi Jujur, ikhlas, amanah, bijak Berkesan Bagus dalam kerja-kerja Benar-benar memberi rasa boleh dipercayai dan diharap Berkebolehan dan dapat memimpin jawatankuasa atau lain-lain tugas sehingga menjadi buah mulut sebagai orang yang berkesan. Menghasilkan idea dan projek pembangunan.

Jika harapan itu diabaikan, wawasan Membangun Bersama Islam akan menghadapi risiko. Kerajaan tidak perlu tambah bilangan ahli exco jika kualitinya tidak ada. Adalah lebih baik jika Kerajaan segera adakan dasar melantik orang-orang yang mempunyai kepakaran tinggi sebagai penasihat dan pembantu kepada ahli-ahli exco bagi membantu mereka yang belum ada pengalaman atau yang belum berupaya dalam bidangbidang tertentu menjalankan tugas dengan baik.

70

Apa yang perkhidmatan awam harap dari perwatakan pemimpin-pemimpin adalah juga watak yang patut ada pada pegawai-pegawai dalam hubungan mereka dengan pemimpin-pemimpin politik dan rakyat jelata. Rakyat jelata Kelantan meletak prioriti tinggi kepada penyelesaian masalah hubungan perkhidmatan awam dengan pemimpinpemimpin politik. Rakyat tidak mahu Kerajaan diganggu gugat. Rakyat mahu supaya jentera Kerajaan menjadi jentera Kerajaan dan pemimpin Kerajaan berfungsi sebagai pemimpin Kerajaan untuk menyempurnakan janji Membangun Bersama Islam. Sewaktu Kerajaan tidak menguasai majoriti 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri kelemahan itu boleh dijadikan alasan tidak dapat membawa pembangunan; tetapi apabila rakyat telah memberi sokongan yang begitu teguh apa pula yang hendak dijadikan alasan? Penyelesaian kepada masalah yang menghadapi Kerajaan Kelantan adalah terletak di tangan Kerajaan Kelantan. Pihak-pihak lain boleh membantu dan menolong. Pihakpihak lain akan membantu dan menolong jika diminta tolong. Pihak-pihak lain akan membantu dan menolong jika jelas kepada mereka bahawa usaha-usaha membangun dan memajukan Kelantan adalah diurus secara berwibawa dan ada kredibiliti, dan tidak di remeh-temeh oleh isu-isu politik peribadi dalaman dan prinsip-prinsip pembangunan sosio-ekonomi songsang. Dasar dan landasan pembangunan bagi mencapai matlamat Membangun Bersama Islam mestilah jelas dan projek-projeknya viable. Pakar mesti berada di sisi Kerajaan, mesti ada di sisi setiap ahli exco jika batang tubuh yang berkenaan tidak berupaya menguasai bidang dan tanggungjawab yang diserahkan kepada mereka sebagai pemimpin politik. Bahaya besar akan menimpa Kelantan jika pemimpin-pemimpin politik yang berada dalam exco tidak berupaya memain peranan sebagai Menteri di peringkat negeri dan sebaliknya berpura-pura sibuk tahun demi tahun tanpa memberi kesan kemajuan dan pembangunan yang sepatutnya di bidang portfolio masing-masing. Tanpa kepakaran janji Membangun Bersama Islam mungkin tidak akan dapat ditunaikan. Perkembangan dan kemajuan biasa akibat pertumbuhan penduduk dan lain-lain perkembangan atas usaha rakyat yang berinisiatif mencari cari pelung sendiri mungkin akan disalah tafsir sebagai tanda pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan sedangkan asas pembangunan atau perkara-perkara fundamental tidak dibina dan disusun.

71

Menambahkan bilangan ahli exco supaya tugas pentadbiran ditingkatkan adalah salah satu cara memperolehi kecekapan dan nilai tambahan. Tetapi yang lebih penting ialah menambah keupayaan dan menyusun semula barisan supaya mereka yang berada dalam exco adalah bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi yang berupaya bertindak dan memimpin jentera di bawahnya. Selagi rakyat tidak nampak usaha-usaha Kerajaan untuk memperbetulkan kelemahan dan menghapuskan kepincangan yang terdapat dalam pelaksanaan programprogram Kerajaan selama itulah rakyat akan terus beranggapan bahawa Kerajaan ditipu oleh petugas-petugas; dan Kerajaan mungkin tidak tahu pun cara-cara untuk memantau kerja-kerja jabatan dan mengambil langkah mengubati kelemahan-kelemahan

pelaksanaan pembangunan kerana rakyat tidak nampak hasil kerja kerja sedemikian. Tok Bali sebagai satu projek adalah lemah dan pincang tetapi ia dibiarkan tahun demi tahun tanpa penilaian dan peneguhan pendekatannya. Tahun demi tahun Kerajaan Kelantan berbangga dengan projek penanaman padi di MulongLating/Ana. Kenapakah itu tidak diperluas ke seluruh kawasan padi? Apakah yang dipelajari? Kenapakah tenaga jabatan jabatan dan lain-lain agensi yang diberi tugas pertanian tidak dapat diselaraskan untuk membuka jalan dengan hebat ke arah amalan pertanian yang moden dan menguntungkan, ke arah masyarakat pertanian yang maju dan moden? Apabila Kerajaan Kelantan menandatangani persefahaman menentukan tanah 5,500 hektar dikhaskan untuk pengeluaran makanan rakyat ingin tahu apakah perkara baru yang ada dalam pendekatan yang diumumkan itu, apakah matlamatnya? Apakah nilai-nilai faedah darinya? Apakah corak pengurusan yang akan menjamin perubahan dan kemajuan? Berapa luaskah yang akan diusahakan dalam tahun 2001, 2002 dan 2003. Apakah yang lebihnya tentang pendekatan itu? Dan apakah persediaan yang sudah ada di Kelantan? Ataupun adakah Kelantan sekali lagi dipermainkan oleh pihak-pihak yang hanya pentingkan agenda sendiri bukan agenda Kelantan. Rakyat masih ingat bahawa di bawah Kerajaan dahulu beberapa pusat pembangunan pertanian telah ditubuh dan pusatpusat itu akhirnya dikelilingi menerung. Rakyat masih ingat pusat kejenteraan pertanian yang ditubuh sudah jadi kedai perniagaan. Rakyat ingin tahu apakah kaedah, ilmu

pengetahuan, dan pendekatan yang dibawa bersama ke meja apabila upacara menandatangani persefahaman program pengeluaran makanan di Kelantan dilakukan.
72

Jika ada senjata baru biarlah rakyat tahu. Kalau tidak ada yang baru, juga perlu rakyat diberitahu. Jika jabatan-jabatan berkaitan hendak bertenggek di atas kejayaan

pengusaha-pengusaha individu rakyat juga ingin tahu. Jika program di bawah persefahaman itu bergantung kepada tenaga manusia dan jabatan-jabatan yang ada, dengan sistem yang ada, rakyat juga ingin tahu. Jika orang yang sama diharap menggerakkan pertumbuhan cepat (accelerated growth) sedangkan mereka itu selama ini hanya berpengalaman dalam perlaksanaan projek bertaraf rendah, maka rakyat mengingatkan Kerajaan Kelantan supaya berwaspada kerana jentera berkuasa kuda rendah tidak mungkin boleh buat kerja berat. Selama 20 tahun birokrat dan teknokrat pertanian Kelantan telah mengecewakan rakyat jelata. Kewujudan tanah terbiar, pengurusan saliran dan perparitan yang tidak kemas, ketiadaan rekod pemindahan teknologi pengeluaran makanan yang membanggakan, dan pergantungan bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan dari Thailand adalah dalil kenapa pengauditan keupayaan birokrat dan teknokrat pertanian perlu dibuat segera supaya harapan Kerajaan dan harapan rakyat perlu diasaskan di alam nyata, bukan khayalan. Lain halnya jika selama dua puluh tahun sudah birokrat dan teknokrat pertanian berlumba-lumba hendak menunjukkan kebolehan dan kepakaran tetapi dalam tempoh itu mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Adakah ketiadaan kemajuan yang sepatutnya selama ini disebabkan kerana pegawai-pegawai tidak diberi kesempatan atau mereka sengaja tidak mahu ambil kesempatan. Rakyat ada keraguan mengharap usaha baru dari jabatan yang tidak credible berdasarkan hasil kerja yang sudah-sudah. Pada amnya, Kerajaan Kelantan perlu membuat penilaian ke atas semua agensi pembangunan sosioekonomi di Kelantan, termasuk yang dikelolakan oleh Kerajaan pusat melalui forum yang ada di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri. Rakyat ingin tahu keberkesanan jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang diberi tugas dan tanggungjawab memajukan pertanian masyarakat pertanian dan perikanan. Adakah agensi-agensi itu selama ini menjadi agensi pembangunan atau agensi yang menumbuhkan kelompok-kelompok masyarakat meleset di muka bumi Kelantan? Bahkan Kerajaan Kelantan patut menilai KEMAS yang selama bertahun-tahun kekal sebagai alat politik dengan imej kampung, mengajar kemahiran tidak berteknologi.

73

Kelas-kelas dan latihan dijalan dengan tiada kelengkapan yang cukup dan guru yang boleh beri kesan kemajuan. Orang politik mengabdikan KEMAS. Peserta diberi kemahiran rendah dan

selepas lulus dari KEMAS pelajar-pelajar di kelas KEMAS terus masuk ke alam meleset. Peluang kerja tidak terbuka kepada mereka dan kemahiran mereka menghasil pendapatan rendah. Kenapakah rakyat jelata di Kelantan dibelenggu dengan satu sistem pendidikan dan latihan yang jauh ke belakang berbanding WAWASAN 2000. Kerajaan Kelantan patut bawa perkara ini kepada pengetahuan Kerajaan Pusat supaya KEMAS segera di upgrade, ditingkatkan ke peringkat yang mencermin wawasan yang lebih cerah dari persekitaran pengurusan KEMAS yang ada. Apa yang kena mengena dengan

kesejahteraan rakyat jelata Kelantan adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Kelantan walaupun projek-projek itu diusahakan dan uruskan oleh jabatan-jabatan dan agensi pusat. Kerajaan Kelantan perlu mengambil tahu semua yang berlaku di Kelantan. Kegagalan rakyat Kelantan dalam KEMAS akan memberi kesan buruk kepada Kerajaan Kelantan. Kerajaan Kelantan tidak boleh lepas tangan selagi yang terlibat ialah rakyat Kelantan dan yang berlaku itu berlaku di bumi Kelantan.

74

SIAPA PAYUNG SIAPA

ekurang-kurangnya ada tiga jenis anggota perkhidmatan awam di Kelantan. Ibarat dalam sebuah perahu, ada yang berkayuh ke depan, ada yang berkayuh ke

belakang dan ada yang membocorkan perahu. Keadaaan ini seolah-olah seperti penyakit yang sangat buruk, teruk dan sesiapa yang dijangkiti olehnya dianggap pembawa penyakit yang serious. Mana-mana anggota perkhidmatan awam Kelantan yang terasa ianya dihinggapi penyakit itu sepatutnya segera celik dan bertindak. Setiap penyakit ada ubatnya; tetapi ubat itu perlu dicari. Sebagai satu badan perkhidmatan yang dianggotai oleh pegawai-pegawai berkelulusan tinggi dan diselia oleh badan yang tidak kurang hebat tanggungjawabnya kepada rakyat dan kerajaan Kelantan banyak yang boleh dibuat oleh kepimpinan perkhidmatan awam Negeri Kelantan untuk emberi perkhidmatan yang berkesan ke arah pembangunan dan bukan setakat pentadbiran menyelenggara dan mengurus rumah tangga Kelantan tahun demi tahun tanpa tindakan yang boleh membawa perubahan positif kepada rakyat dan negeri. Kadang-kadang

timbul pertanyaan bagaimanakah pegawai-pegawai tinggi dan pegawai-pegawai rendah Kerajaan Kelantan mendapat inspirasi, dorongan dan galakan untuk berkhidmat ke arah kesejahteraan rakyat jelata? Siapa yang menjadi sumber inspirasi? Bagaimanakah proses itu berlaku? Sebagai anggota perkhidmatan awam yang sudah lama wujud, Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kelantan tidak dapat bersandar kepada contoh contoh dan trophy trophy kebijaksanaan dan kegemilangan lampau. Itu tidak ada. Tradisi kebijaksanaan mungkin tidak dapat dicari dari sesetengah Pegawai Tadbir Negeri Kelantan sekarang. Mereka yang bertugas dalam perkhidmatan tadbir Negeri Kelantan tidak boleh di anggap sebagai satu kumpulan cerdik pandai yang boleh berbangga di barisan hadapan bertungkus lumus mencari jalan memajukan Kelantan. Semenjak Merdeka lagi mereka demikian. Sepatutnya dalam keadaan orang politik belum pandai berfungsi, pegawaipegawai kerajaan yang berkeupayaan dan berkebolehanlah yang harus menolong orangorang politik sebagai penasihat dan pendokong kerajaan untuk menjana pembangunan.

75

Merekalah yang paling layak kerana mereka mempunyai ilmu pengetahuan, maklumat dan pengalaman mentadbir dan mengurus, dan dipercayai untuk bertindak memajukan negeri. Barisan pegawai-pegawai tadbirlah yang diharap dapat memainkan peranan penting melicinkan peralehan dari kerajaan dulu kepada kerajaan baru, memindahkan pengalaman dan pengetahuan kerajaan lama kepada kerajaan baru, dan menolong anggota-anggota kerajaan baru memahami dengan cepat, mendalam dan berkesan akan segala gala ciri pentadbiran dan pengurusan supaya mereka dapat muncul berperanan dengan cepat dan berkesan bagi melaksanakan janji politik mereka, manifesto plitik mereka. Lebih dari itu mereka dikehendaki memberi perkhidmatan dan pertolongan kepada rakyat. Malangnya pegawai-pegawai kanan itu tidak nampak menunaikan peranan dengan berkesan. Perkhidmatan mereka tidak meninggalkan kesan dalam penjanaan pembangunan negeri Kelantan. Mereka terus mentadbir seperti pentadbir zaman

penjajah. Mereka memungut cukai dan hasil dan membelenjakan pendapatan negeri untuk perbelanjaan mengurus dan menyenggara. Pengurusan Negeri dibuat seperti

pengurusan Kerajaan Tempatan yang tidak berwawasan, yang sangat lemah, dan tidak menepati kehendak pembangunan. Lebih mengecewakan ialah sifat-sifat negatif di kalangan mereka yang dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat. Ada yang tidak produktif, tidak menunjuk keupayaan menghasilkan pentadbiran yang baik, tidak menyumbang kepada Kerajaan dan kepada rakyat Kelantan, tidak bersefahaman sesama sendiri, tidak proaktif, tidak bertindak positif mengikut kehendak dan peraturan Kerajaan, tidak mesra rakyat, megah dengan kedudukan elit, tidak mengguna ilmu pengetahuan untuk menolong rakyat jelata membangun, tidak membuahkan hasil yang diharap dari pentadbiran dan pengurusan bagi negeri yang sedang di peringkat kurang membangun, tidak menunjukkan keupayaan menyelesai masalah masyarakat dan negeri, tidak menunjuk visi dan keupayaan memimpin secara berstrategi, sanggup pula ingkar perintah, mencari perlindungan dan kedudukan selamat di bawah bayangan istana.

Negeri Kelantan tidak sepatutnya berada dalam keadaan kaku, tidak ikut membangun sebagaimana negeri-negeri lain. Kelantan juga tidak patut berada dalam

76

keadaan tidak berupaya mempromosikan imejnya kerana sikap dan pergaulan yang tidak cergas di arena nasional. Kelantan ada potensi. Selama ini rakyat beranggapan bahawa pegawai-pegawai tadbir Negeri Kelantan patut memainkan peranan yang berkesan dalam pentadbiran dan pengurusan negeri untuk menjaminkan supaya ianya maju membangun. Dan apabila orang-orang politik tidak menunjukkan kebolehan atau keupayaan, rakyat mengharap kepada barisan pentadbir untuk mengimbangkan keadaan dengan menunaikan peranan mentadbir dan mengurus dengan berkesan di bawah dasar dan peraturan yang berkuatkuasa. Dalam hal ini kemungkinannya luas. Walaupun barisan pentadbir tidak sebulu dengan Kerajaan yang memerintah, banyak yang boleh dibuat atas nama berkhidmat kepada rakyat dan Negeri Kelantan. Peruntukan kewangan untuk

belanja mengurus dan pembangunan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri tiaptiap tahun memberi peluang yang cukup untuk pegawai-pegawai tinggi mengatur rancangan dan tindakan membina tapak dan landasan pembangunan Negeri Kelantan. Berpuluh tahun telah berlalu, dan hari ini rakyat Kelantan masih tidak dapat menikmati kemudahan-kemudahan dan landasan pembangunan ekonomi. Yang ada ialah usaha di sana sini yang tidak dapat dijadikan tapak pembangunan Negeri keseluruhannya. Usaha dan projek yang dilaksanakan itu tidak membuka jalan, tidak mengadakan peluang, tidak memudahkan kemunculan pelabur untuk masuk memulakan kegiatankegiatan ekonomi yang lebih bernilai dari segi serba serbi pelaburan, tekonologi, ilmu pengetahuan, prasarana, ICT dan lain-lain. Dari perspektif 45 tahun yang lepas,

perkhidmatan awam negeri Kelantan boleh dikatakan tidak banyak berubah. Masih ada pegawai-pegawai tinggi dengan sikap tidak mesra rakyat dengan cara mentadbir ala penjajah sedangkan mereka bertanggungjawab dalam maju mundurnya Negeri Kelantan. Tambah sedih lagi dalam tempoh 12 tahun lepas rakyat Kelantan tidak mendapat apa yang sepatutnya dari pegawai-pegawai tadbir Negeri. Kecemerlangan dan kesungguhan menggerakkan rakyat dalam bidang ekonomi tidak diperlihatkan oleh mereka. Apa yang telah terjadi kepada ubudiyah, masuliyah, dan itqaan. Rakyat Kelantan berharap kepada perubahan positif di kalangan pegawai-pegawai tinggi Kerajaan supaya langkah-langkah memajukan Negeri Kelantan dapat

dilaksanakan. Yang sangat penting ialah perlu lahirnya di kalangan pegawai-pegawai tinggi kesedaran dan rasa cinta dan tanggungjawab sebagai golongan terpelajar dan yang

77

berkuasa di Kelantan untuk berkhidmat kepada negeri dan berjasa kepada rakyat jelata. Walau apa pun ideololgi politik yang mereka anuti mereka tidak harus gunakan perbezaan fahaman politik sebagai alasan dan helah untuk tidak memberi yang terbaik bagi memajukan rakyat dan Negeri Kelantan. Banyak bidang pengurusan yang

budgetnya telah diluluskan boleh dilaksanakan secara yang terbaik dan memberi kesan yang terbaik. Mereka boleh berperanan di situ. Bahkan jika pengurusan dijalankan

dengan cekap dan adil dan berfaedah kepada rakyat itulah sebenarnya apa yang diharap dari mana mana perkhidmatan awam. Dalam keadaan sekarang rakyat berharap dan ingin melihat supaya jabatanjabatan berfungsi dengan matlamat tertentu dan bertindak mencapai matlamat dalam jangkamasa yang ditentukan, tidak secara seperti yang tidak ada penghujungnya. Rakyat tidak mahu tunggu lebih lama lagi untuk menikmati kemajuan. Di Kelantan seolah-olah ada penyakit luar biasa Penyakit Jijik Petra dari virus Petra B negatif. Penghidap penyakit ini biasanya berotak baik dan berbadan sihat serta sempurna sifat anggotanya tetapi tidak dapat mengawal sepenuhnya pergerakan anggota badannya, kadang-kadang boleh kawal, kadang-kadang tidak boleh. Otak boleh

menyuruh tetapi anggota badannya tidak bergerak seperti yang disuruh. Adakalanya pula lain yang disuruh lain yang dibuat. Yang penting tidak dibuat, yang tidak penting dibuat. Lebih parah lagi suruhan langsung tidak dihirau. Sebelum terlambat dan sebagai satu cara menjaga kesihatan pentadbiran dan pengurusan negeri, penilaian organisasi perlu dilakukan oleh semua pihak baik di peringkat Kerajaan Negeri mahupun di peringkat jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan. Penilaian yang dimaksudkan boleh bermula dengan soalan yang mudah seperti: Adakah organisasi kita lemah? Adakah organisasi kita lembab? Jika lemah dan lembab kenapa? Kenapa yang patut dibuat tidak dibuat? Adakah pemimpin utama ada pengetahuan, kebolehan, pengalaman, dan keupayaan memimpin? Adakah ahli-ahli Lembaga Pengarah agensi-agensi Kerajaan tahu, faham dan sedar akan tanggungjawab mereka?

78

Adakah objektif organisasi jelas dan berdaya mendorong penglibatan semua? Bagaimana dengan pencapaian organisasi selama ini berlandaskan objektif yang ada?

Jika penilaian dibuat dengan jujur hasilnya akan sekaligus membawa kesedaran mendalam di kalangan anggota organisasi berkenaan. Lebih segera penilaian seperti itu dibuat lebih baik pada kaca mata rakyat Kelantan yang ingin Membangun Bersama Islam. Kelemahan yang dikenalpasti boleh diatasi dengan langkah-langkah pembetulan seperti latihan, pendedahan pegawai-pegawai dan kakitangan kepada pengalaman di tempat lain yang boleh meningkatkan keupayaan mereka, dan perlantikan pakar-pakar yang boleh menolong supaya organisasi boleh memberi kesan kepada masyarakat dengan lebih dari apa yang dialami selama ini. Pemimpin-pemimpin pentadbiran Kelantan pada amnya langsung tidak menunjuk kewibawaan sebagai pihak yang sepatutnya menerajui pentadbiran dan pengurusan pembangunan negeri. Kekecewaan lebih terasa jika dilihat bahawa perkhidmatan itu ialah perkhidmatan khusus untuk Negeri Kelantan yang dianggotai oleh anak-anak Kelantan yang berpelajaran tinggi. Prestasi pegawai pegawai dari sudut pembangunan negeri tahun demi tahun semenjak lebih dari tiga puluh tahun dahulu tidak boleh dibanggakan. Mereka seolah-olah tidak wujud. Masyarakat Kelantan sukar mencari jaguh dari kalangan mereka baik dalam pembangunan ekonomi mahupun pembangunan sosial. Kepimpinan mereka tidak terserlah. Mereka tidak kedengaran sebagai pejuang atau advokat. Pegawai Jajahan tidak bersuara tentang tanah-tanah terbiar di bawah

jagaan mereka. Pegawai Jajahan tidak bersuara tentang perlunya permodenan dalam pertanian dan perikanan. Pegawai-pegawai kanan lain tidak bersuara tentang perlu ditingkatkan infrastruktur, rangkaian infrastruktur pengangkutan Kelantan dengan negerinegeri lain. Tidak keterlaluan jika dikatakan ramai pegawai-pegawai tadbir Negeri

Kelantan masih ditakuk lama, bisu dan kaku. Selama ini mereka telah mengabaikan tanggungjawab besar bagi mewujudkan asas dan gerakan pembangunan bagi Kelantan. Kerja-kerja rutin yang dilakukan hari demi hari, tahun demi tahun, tidak boleh dijadikan bukti bahawa mereka berfungsi. Berdetiknya kehidupan di seluruh Kelantan tidak juga

79

boleh dijadikan bukti bahawa pegawai-pegawai tadbir Negeri Kelantan berfungsi secara berkesan. Masyarakat Kelantan mahu pentadbiran Kelantan lebih cekap, berkesan dan bertenaga. Banyak yang boleh dicapai untuk faedah rakyat Kelantan jika perkhidmatan awam Negeri Kelantan bergerak atas dasar kecemerlangan mentadbir, walaupun dalam keadaan tidak sebulu dengan fahaman ahli-ahli politik yang dipilih oleh rakyat Kelantan. Perkhidmatan awam Negeri Kelantan boleh memberi pimpinan dalam pembangunan ekonomi, industri, sosial, sukan, pendidikan dan banyak lagi tanpa menyentuh perkara politik. Perkhidmatan awam Negeri Kelantan boleh dan patut

membina jambatan dengan pentadbir-pentadbir di luar Kelantan untuk menimba ilmu pengetahuan dan kepakaran bagi memajukan Kelantan. Tetapi semua itu tidak nampak dibuat dan jika dibuat pun tidak ada kesan, dan tidak dapat disanjung oleh rakyat, kecuali oleh golongan kecil yang mendapat faedah. Memang ada seribu satu alasan yang akan dikemukakan oleh dan bagi pihak perkhidmatan awam Negeri Kelantan untuk menyatakan mereka berkhidmat. Bukti-bukti akan dikemukakan tentang jawatan, tugas dan kerja yang dibuat hari demi hari seolaholah tanpa itu semua pentadbiran negeri akan lumpuh. Itu semua tidak dinafi. Kerja seperti itu memang dibuat. Itu tidak dipertikai. Itu kerja rutin, kerja yang tidak memberi impak kepada Negeri Kelantan yang dalam keadaan belum ada asas yang teguh untuk take off dari segi pembangunan. Kerja merancang, berfikir, bertindak, mendesak dan menasihat Kerajaan ke arah langkah pembangunan yang rasional adalah tanggungjawab perkhidmatan awam Negeri Kelantan. Peranan ini nampak tidak dimainkan. Pengabaian tanggungjawab seperti yang dirasai sekarang adalah satu pengkhianatan kepada watan Kelantan yang sekian lama menunggu-nunggu pembangunan. Cerdik pandai yang

dibayar gaji dan diamanah untuk mentadbir Kelantan telah gagal menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Sekurang kurangnya rakyat Kelantan berhak mengharap kepada pentadbiran untuk menolong membuka peluang kepada pendidikan dan latihan perolehan ilmu seluas luasnya, peluang kepada pekerjaan, perniagaan, perusahaan, dan perubahan ke arah ekonomi yang lebeh baik bagi seluruh negeri Kelantan; berubah secara berperancang dari keadaan dunia ketiga kepada dunia kedua dan dunia pertama.

80

Sekurang kurangnya rakyat Kelantan mengharap kepada pegawai-pegawai tadbir menjalankan tugas dengan berkesan menyokong kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Pembaziran dapat dilihat oleh rakyat tiap tiap hari. Yang berurusan dengan pejabat-pejabat dapat merasa dan melihat sebahagian dari pekerja pekerja pejabat tidak bekerja dengan bersungguh sungguh atau nampak seperti tidak ada kerja bagi mereka, dan mungkin benar mereka tidak ada kerja atau tidak mendapat arahan kerja yang baik. Atau mungkin kerja dibawah tidak ada keran orang diatas tidak buat kerja sewajarnya. Rakyat tidak berurusan dengan pejabat pejabat kerajaan juga dapat melihat pembaziran tiap tiap hari apabila kakitangan kerajaan dan buruh yang bertugas di luar pejabat tidak menjalankan kerja dengan baik dan cekap. Ini pengetahuan umum. Kerja kerja yang patut diselesaika dalam dua hari memakan masa empat hari, yang satu minggu jadi tiga minggu. Kerja tidak dijalankan dengan cekap, kemas, dan teratur seolah olah tiada pihak yang yang memberi arahan dengan baik, atau menyelia dengan baik. Gaji se bulan untuk bekerja sepuluh hari adalah satu pembaziran. Keadaan demikian menyebabkan kerja kerja penyenggaran bukan sahaja tidak sempurna tetapi tidak bermutu. Bandar bandar menjadi kotor bukan kerana tidak ada orang yang dibayar gaji untuk membersihkannya lengkap dengan peralatan dan jentera tetapi masalahnya ialah pekerja-pekerja tidak membuat kerja dengan berkesan dan pegawai-pegawai nampaknya seperti makan gaji buta apabila tidak dilihat kesan-kesan perancangan, pengurusan dan penyeliaan yang baik tehadap kerja-kerja seperti itu dari pihak yang bertanggungjawab. Apakah keupayaan pengurusan majlis perbandaran dan badan badan kerajaan tempatan lain untuk menjamin supaya bandar-bandar kecil dan besar dapat diurus supaya sentiasa bersih dan effisyen sesuai dengan suruhan agama Islam. Kerja itu bukan kerja orang politik walaupun orang politik menjadi pemimpin organisasi-organisasi itu. Walaupun ada atau tidak ada orang politik menganggotai majlis atau jawatankuasa namun kerja merancang dan mengatur perlu dibuat dengan kemas oleh pegawai-pegawai dan kaki tangan badan-badan perbandaran. Dengan peruntukan yang ada baginya setiap tahun, dengan bilangan kakitangan dan pekerja yang ada, dan dengan pengurusan yang cekap dan sentiasa waspada bandar Kota Bharu patutnya sentiasa bersih. Begitujuga hendaknya bandar bandar lain. Walaupun ada kerja kerja diswastakan dengan anggapan salah bahawa dengan pengswastaan hasil kerja akan jadi lebih baik namun orang ramai

81

nampak seolah olah tidak ada perbezaan. Kerja kerja patu ditugaskan dengan jelas, dan arahan arahan kerja mesti kemas dan memudahkan penyeliaan dan tindakan susulan. Kenapakah tidak kelihatan hasil peniruan cara bandar bandar lain yang bersih diuruskan. Memandangkan ketiadaan kebersihan dan kecantikan kawasan kawasan kerajaan tempatan pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai yang diberi tugas nyatalah kurang berupaya mentadbir. Mereka mesti dilatih, diajar, ditegur, atau ditukar untuk tugas-tugas lain atau di berhentikan sahaja dari merugikan wang rakyat. Bayangkan jika Kelantan tidak ada perkhidmatan awam Negeri; yang ada hanya pentadbir dan pengurusan secara kontrak yang dilantik atas dasar kebolehan dan kemahiran. Sudah tentu prestasi negeri Kelantan boleh jadi lebih jauh cergas dan maju dari keadaan di bawah pentadbiran yang lemah, lembab dan tidak berwawasan. Lebih lama Kelantan diabai dari segi mengadakan rancangan dan program pembangunan strategik lebih luas jurang taraf pembangunan di antara Kelantan dengan negeri-negeri lain. Jurang seperti itu tidak perlu berlaku dan mesti dielakkan. Ia merugikan bukan sahaja rakyat dan Negeri Kelantan tetapi merugikan negara dalam banyak hal kerana Kelantan adalah negeri yang kaya dengan potensi dan sumber pembangunan negara, yang jika digembeling dengan baik dan berkesan dapat menyumbang kepada keupayaan dan kejayaan pembangunan negeri dan negara. Walaupun peruntukan disediakan oleh pentadbiran Pusat bagi projek projek di bawah tiap tiap rancangan pembangunan lima tahun namun rakyat rakyat Kelantan berasa perbuatan menahan dan menyekat pengaliran pelaburan dan industri serta penyekatan perkembangan peningkatan infrastruktur pengangkutan dan lain-lain rangkaian perhubungan ke Kelantan adalah satu pengkhianatan. Sebagai perbuatan

khianat dalam hidup manusia ianya adalah sia-sia, tidak menguntungkan pihak yang melakukan pengkhianatan dan mendera pihak yang dikhianati tanpa hujung. Tetapi seperti mana-mana entiti Kerajaan, walauapapun pengkhianatan telah dilakukan terhadapnya, perkhidmatan awam Negeri Kelantan mesti dan patut bertanggungjawab mencari jalan dan ikhtiar untuk menentukan supaya kesan dari pengkhianatan itu tidak terus menerus meminggirkan Kelantan. Apakah yang dilakukan oleh perkhidmatan

awam Negeri Kelantan untuk memajukan asas atau tapak pembangunan sosio-ekonomi Negeri Kelantan. Apakah strategi yang dapat dilihat oleh rakyat. Apakah langkah-

82

langkah penting untuk menggalakkan pelaburan dan industri hasil dari perancangan dan nasihat dasar serta perlaksanaan program pembangunan yang boleh dikaitkan dengan pemikiran dan penggunaan ilmu pengetahuan cerdik pandai dalam perkhidmatan awam Negeri Kelantan? Keadaan di mana pegawai-pegawai kanan dalam perkhidmatan awam tidak nampak tampil berperanan untuk meninggalkan kesan cemerlang dalam bidang pengurusan negeri tidak boleh dibiar melembabkan pembangunan. Banyak cara yang ada untuk mengatasi situasi seperti itu. Apakah sentimen mahu buangkan yang keruh oleh kepimpinan negeri terhadap pegawai tadbir negeri yang disuara dengan penuh harapan di Simposium Perdana Membangun Bersama Islam masih kekal. Adakah simposium itu benar benar menandakan bermulanya era baru di mana pegawai-pegawai tadbir akan bergerak melaksanakan dasar dan piagam kerajaan dengan taat setia yang menjadi

tanggungjawab pegawai-pegawai itu. Rakyat dengar, rakyat baca, dan rakyat perhati . Rakyat mahu perkembangan yang positif. Rakyat mahu melihat susulan positif kepada Simposium itu. Bolehkah satu Simposium lain segera diatur supaya seluruh pegawai pegawa tadbir dapat hadhir untuk memahami dan menjiwai visi membangun bersama Islam supaya perlaksanaannya menjadi laju, berkesan dan bergema di seluruh negeri Kelantan sebagai tanda peralihan bahawa pegawai-pegawai yang selama ini sesat telah menebus balik maruah untuk muncul secara istimewa sebagai angkatan pentadbir pelopor Membangun Bersama Islam di bawah ketua baru yang selama ini tidak bermasalah. Peluang berperanan seperti itu untuk dunia dan akhirat hendaknya tidak dilepas. Di Malaysia peluang seperti itu sukar dicari. Kelantan membuka peluang yang unik itu kepada pegawai-pegawainya untuk kejayaan di dunia dan di akhirat.

83

PEMIMPIN ADA KELAS

epanjang yang diketahui, rakyat jelata tidak pernah marah apabila pemimpin Melayu membuat harta dan memperolehi kekayaan dan hidup dengan gaya

orang atasan. Mungkin rakyat mahu melihat pemimpin mereka ada kelas yang sekaligus menaikkan imej rakyat yang dipimpin. Tetapi rakyat akan marah apabila seseorang pemimpin itu terlampau tamak dan korup. Oleh kerana banyak sumber kekayaan negeri tidak dimaju apa yang ada menjadi rebutan dan punca pergeseran. Orang-orang atasan yang berjiwa rakyat berebut-rebut dengan rakyat untuk itu dan ini, dan jika tidak diperolehi kerajaan dimusuhi. Oleh kerana kawasan hutan pada anggapan umum mudah mendatang kekayaan kerana balak, maka hutan menjadi rebutan dan punca perbalahan. Yang dapat sedikit tidak puas hati, yang tidak dapat tidak puas hati, maka wujudlah kegelisahan serta tuduh menuduh di kalangan yang berkepentingan. Semua itu adalah kerana kek ekonomi Negeri Kelantan adalah kecil dalam keadaan sekarang. Siapa yang menyempitkan keadaan itu? Dari satu sudut mereka yang mentadbir Kelantanlah yang meyempitkannya sehingga pemimpin-pemimpin yang benar-benar ingin membuat perubahan tidak dapat berbuat demikian kerana keadaan tidak mengizinkan. Akibatnya rakyat jelata menjadi celaru tidak dapat maju. Dari satu sudut lain Kelantan mempunyai potensi besar. Kalaulah pemimpin politik dan pentadbirannya memalingkan perhatian dan pemikiran ke arah strategi dan rancangan untuk membesarkan kek itu bukan sahaja rakyat akan mendapat faedah tetapi kekayaan yang akan dijanakan dan peluang-peluang ekonomi yang akan wujud akan dapat memberi penyertaan dan kepuasan kepada semua, termasuk orang atasan yang sekarang gelisah dan berbalah. Orang-orang politik yang berjasa tentu boleh diberi tempat dan kedudukan jika itulah yang dikehendaki. Begitu juga dengan orang-orang atasan, mereka akan dapat sama-sama menikmati peluang dan layanan yang setimpal. Dalam keadaan demam yang dihadapi oleh pihak atasan Kelantan hari ini, penawar yang mujarab perlu dicari melalui perkembangan ekonomi, pembukaan peluang penyertaan dalam kegiatan ekonomi yang menguntungkan, dan penyertaan di dalam pelbagai pelaburan yang patut diwujudkan. Oleh kerana tahap pembangunan Kelantan

84

sekarang masih rendah maka dapat dijangka bahawa peluang untuk membangun adalah cukup luas. Perhatian kepada pemimpin dan harta diketengahkan bukan kerana kesejahteraan rakyat jelata tidak diutamakan. Tetapi dengan diketengahkan isu kesempitan kerana perbuatan sendiri itu mungkin akan terbuka ruangan untuk mencari penyelesaian. Dengan adanya langkah membesarkan kek ekonomi insyaAllah pemimpin-pemimpin yang gelisah dan pemimpin-pemimpin lapisan muda tidak akan menuduh orang yang memimpin negeri sebagai golongan yang bercakaran merebut harta. Jika inilah realiti yang mencorak kepimpinan dan viability Kelantan di masa depan maka lebih awal aspek materialistik ini diambil kira lebih baik. Proses Membangun Bersama Islam perlu

berlandaskan pentadbiran dan pengurusan yang melibatkan semua kepakaran pentadbiran dan pengurusan. Ilmu ekonomi, kewangan, perancangan, sosiologi dan lain-lain disiplin mesti digembeling. Landasan demikian perlu dibina serta merta. Kepakaran yang

diperlui tetapi tidak ada mesti diperolehi. Ahli-ahli exco perlu berupaya memimpin dalam bidang-bidang berkaitan. Kepakaran luar dalam bidang-bidang berkaitan perlu diguna sehingga tenaga dalaman dapat dibariskan dalam exco. Proses ini mengambil masa tetapi permulaannya pasti dibuat secepat mungkin jika keyakinan rakyat kepada Kerajaan hendak dikekal dengan bukti usaha dan ikhtiar Membangun Bersama Islam. Jika itu dapat dilihat oleh rakyat, mereka akan sanggup bersabar, berkorban dan mengambil risiko meneruskan perjuangan dan menyokong usaha Membangun Bersama Islam. Tetapi jika keputusan-keputusan bernas tidak dibuat, kepakaran mentadbir dan mengurus pembangunan tidak digembeling, maka tidak ada asas yang kukuh bagi barisan pemimpin Islam dapat meyakinkan rakyat untuk terus bersama mereka terutama mereka dari kalangan muda dan yang berpendidikan. Perkembangan demikian dikhuatiri akan menggugat dan memusnah mimpi indah untuk berjaya Membangun Bersama Islam. Barang dijauhkan Allah. Memang politik yang sebenar bukanlah tempat makan gaji dan cari makan, tetapi realitinya berlainan. Buat ketika ini rakyat faham bahawa yang kuat berjuang untuk menegak Islam perlu dibantu dan disokong dengan cara membebaskan mereka dari beban berat mencari makan. Gaji, elaun, dan pelbagai bayaran dan perbelanjaan yang patut di bayar kepada pemimpin-pemimpin dan petugas-petugas politik bagi tugas-tugas yang

85

mereka buat perlu dibayar mengikut amalan semasa setanding dengan sektor-sektor lain supaya pemimpin dan petugas barisan Islam juga menerima ganjaran yang setimpal dan tidak dipandang rendah oleh pihak lain sebagai tidak berdaya. Barisan Islam jangan asyik bangga dengan khidmat kos rendah. Pisahkan politicking murahan dengan dengan bertindak mengikut amalan di alam nyata dengan membuat perbelanjaan yang munasabah. Adalah tanggungjawab rakyat untuk meletakkan pemimpin barisan

perjuangan Islam dalam keadaan terjamin dari segi kewangan dan dalam kedudukan yang mempunyai kelas supaya usaha yang lebih besar dan yang memakan masa lama dapat diteruskan.

86

KELANTAN di luar KELANTAN

urut membinasakan Kelantan dengan deraan ialah media. Perbuatan kotor akhbar, tv dan radio yang bermatlamatkan sesuatu yang sukar difahami oleh Tidak ada pertimbangan

anak-anak Kelantan telah menjejas teruk imej Kelantan.

langsung yang diberi kepada lebih dari satu juta anak-anak Kelantan yang tidak berdosa yang sangat memerlukan kesempatan untuk maju seperti rakyat Malaysia lain. Yang sedihnya anak-anak Kelantan tahu bahawa kerja-kerja terkutuk itu telah dibuat oleh beberapa orang anak Kelantan sendiri juga. Mereka tidak segan silu mahu menunjuk sumbangan mereka supaya mendapat perhatian orang atas dan seterusnya mendapat faedah jaminan jawatan, kedudukan, dan kemudahan mencari makan. Nilai jaminan itu lah yang menggelap mata mereka. Mereka menggunakan kebebasan memilih untuk memilih membuat sesuatu yang ramai rakyat Kelantan tidak suka. Sudah lama media menjadi pengkhianat kepada wajah Kelantan yang damai, aman, nyaman, dan berbudaya yang mahu mencari kebaikan, dan berusaha mencari tempat di hati anak-anak Malaysia lain. Yang ditonjolkan oleh media adalah Kelantan yang negetif . Minda minda muda yang segar dan berkelulusan tinggi yang berkhidmat dengan media telah dinoda oleh orang-orang politik untuk ketepikan nilai-nilai murni dan sebaliknya melacurkan ilmu mereka untuk meracuni pemikiran rakyat dan negara terhadap Kelantan. Baik yang berilmu uagama Islam mahupun yang tidak berpendidikan ugama Islam semuanya dilacurkan untuk merendahkan imej Kelantan. Di balik nama samaran dan nama sebenar mereka menulis memfitnah, mengampu, dan mendusta. Bagaimanakah nilai diri Melayu dalam media yang megah dan berani menulis tetapi memakai nama samaran? Bagaimanakah orang yang tidak mahu bermuka mengharap untuk memimpin pemikiran Melayu lain. Bila kah amalan buruk itu hendak dihentikan? Yang didengar, disiar, ditunjuk, ditulis oleh media ialah putarbelit keadaan sebenar dan cerita perbalahan politik. Berita-berita negatif yang menyentuh perbezaan politik, malapetaka, dan perkara kontroversial dalam kehidupan Kelantan dihebohhebohkan; berita-berita mengenai hukum hakam Islam dan langkah-langkah penghayatan Islam disiarkan secara menakut-nakutkan atau secara yang boleh menimbul salah faham hubungan antara kaum, dan amnya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang-

87

orang bukan-Islam; sedangkan berita-berita positif tentang kehidupan rakyat biasa yang bermutu, positif dan berjaya, berita masyarakat rukun damai, dan kejayaan-kejayaan di kalangan usahawan di bidang perniagaan, perkhidmatan, pertanian, dan lain-lain kegiatan ekonomi yang boleh meransangkan penglibatan lebih ramai dalam bidang-bidang yang berpontensi di Kelantan tidak pula dilapor dan dihebahkan, jika tidak sebagai berita pun sekurang-kurangnya dalam bentuk lain. Oleh hal demikian tidak banyak yang diketahui mengenai kegiatan rakyat; dan tambahan pula kegiatan-kegiatan penggerak masyarakat makin sepi. Siapa hendak disalahkan jika bakal-bakal pelabur dan pengusaha di luar Kelantan melihat Kelantan dengan pelbagai prasangka, keraguan dan kurang kepercayaan tentang kestabilan dan peluang yang ada di Kelantan. Siang malam berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus buah kenderaan bas berulang alik di antara Kelantan dan Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain. Keretapi, kapal terbang dan kenderaan persendirian dan lain-lain kenderaan mengangkut anak-anak Kelantan dan bukan orang-orang Kelantan pergi balik dari Kelantan setiap hari. Namun demikian kehadiran Kelantan di peringkat kehidupan negara tidak banyak dirasai secara sihat. Kelantan tidak timbul seperti dulu-dulu dengan ramai kawan sebagai keluarga Malaysia dalam medan sukan, olahraga, kesenian, kebudayaan, pendidikan, pergerakan amal dan sukarela. Kelantan sekarang masyhur sebagai negeri yang diperintah oleh ulama. Kelantan masyhur kerana gerhana. Pegawai-pegawai yang mempunyai tugas-tugas khas untuk menggerak

masyarakat dalam kegiatan belia, sukan, olahraga, seni budaya dan pelbagai bidang hidup masyarakat tidak dapat mencerminkan kecemerlangan dalam hasil kerja mereka. Baik di sekolah-sekolah atau persatuan-persatuan sukar dicari penggalak. Pegawai-pegawai dan tenaga tenaga pendidik perlu muhasabah. Apa telah terjadi kepada prestasi Kelantan dalam semua bidang. Adakah itu kerana tidak ada wang, tidak pandai mencari wang atau masalah tidak ada komitmen. Jadilah Kelantan Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang, negeri yang tidak lagi cergas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti antara negeri dan aktiviti yang dianjur di peringkat pusat secara high profile memenangi hadiah di sana-sini, mengharum nama Kelantan seperti pernah Kelantan perolehi di masamasa dulu. Demi kesihatan negara, Kelantan mesti diasuh bergerak cergas dalam

88

keluarga negeri-negeri Malaysia. Pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai Kelantan bukan saja perlu tumpu kepada perkara-perkara dalaman bagi Kelantan tetapi perlu juga melihat dan memupuk hubungan yang sihat antara masyarakat Kelantan dengan masyarakat luar Kelantan, hubungan Kerajaan dengan Kerajaan dan hubungan rakyat dengan rakyat secara berfaedah dari segi sosio ekonomi. Kelantan mesti melawan arus yang meminggirkannya. Dalam hal ini Kerajaan dan rakyat mempunyai peranan masingmasing. Di mana Kerajaan tidak mudah berperanan kegiatan rakyat boleh dimanfaatkan untuk mendekatkan Kelantan di hati masyarakat di luar Kelantan. Imej Kelantan perlu dijaga dan diketengahkan. Pemimpin politik Kelantan

apabila berada di luar Kelantan sentiasa mengajak masyarakat luar Kelantan melawat Kelantan untuk melihat sendiri keadaan di Kelantan. Sungguhpun usaha dan cara itu baik, tetapi kegiatan mempromosikan imej Kelantan sebagai satu cara hidup bermasyarakat Malaysia patut dilihat secara menyeluruh Banyak yang boleh dibuat; bukan sekadar mempromosi pelancongan ke Kelantan di luar Kelantan. Jika pemimpinpemimpin politik dan pemimpin-pemimpin pentadbiran dan pengurusan memberi perhatian yang sewajarnya kepada kegiatan-kegiatan sukan dan olahraga, kegiatan budaya, kegiatan riadhah, kegiatan pendidikan, dan kegiatan-kegiatan sukarela mereka akan dapat memain peranan penting masing-masing sebagai duta-duta Kelantan di luar negeri Kelantan. Pemimpin-pemimpin mesti memupuk kemunculan dan kemajuan serta kecemerlangan mereka itu dengan memberi sokongan, galakan dan memudahkan penyertaan mereka dalam pertandingan, perlawanan, pertunjukan dan perkumpulan di peringkat kebangsaan atau peringkat negeri-negeri, Semua itu tidak akan jadi dengan sendiri. Pemimpin-pemimpin Kelantan perlu lihat kepada kemungkinan ini secara positif dan membina program yang sesuai untuk mengambil kesempatan yang terbentang luas. Jika ini tidak dibuat Kelantan kehilangan peluang membangun dan berinteraksi secara sihat dalam medan pergaulan masyarakat Malaysia; dan dengan itu tidak mendapat pendedahan imej secara natural melalui kegiatan-kegiatan rakyat. Ingatkah betapa

naiknya nama Kelantan satu masa dahulu apabila anak-anak Kelantan mengharumkan namanya sebagai qari dan qariah, sebagai jaguh sukan dan kebudayaan dan lain-lain? Alangkah baiknya jika petugas-petugas dan pegawai-pegawai di jabatan-jabatan, agensi-

89

agensi dan organisasi-oragnisasi di Kelantan yang bertanggungjawab bagi kegiatankegiatan itu mengambil berat dan melibatkan pemimpin-pemimpin atasan dalam satu rancangan dan gandingan usaha baru untuk meneraju Kelantan supaya giat dan cemerlang di arena kebangsaan, antarabangsa dan di mana sahaja. Penilaian organisasi adalah relevan ke arah menghasilkan kesan dan kecemerlangan. Dari situ keupayaan dan kesesuaian pegawai-pegawai dan petugas-petugas dapat diketahui supaya yang tidak beridea, tidak cergas dan yang tidak berguna dapat dihindar dari merugikan masyarakat Kelantan. Jika tidak segala perbelanjaan bagi pegawai-pegawai dan bagi urusan pejabatpejabat berkenaan boleh dianggap pembaziran. Jabatan-jabatan dan organisasi-organisasi Kerajaan di Kelantan tidak boleh dibiar jadi sarang untuk orang makan gaji yang tidak produktif. Kerja dan pekerja yang tidak berfaedah mesti digugurkan atau ditempatkan di tempat lain atau dilatih semula untuk kerja-kerja lain supaya setiap kegiatan dan setiap perbelanjaan dapat dikaitkan dengan kemajuan.

90

PRINSIP JANGGAL

eberapa amalan atau prinsip yang dipegang oleh Kerajaan Kelantan nampak janggal dari segi pembangunan dalam konteks masyarakat dan persekitaran

moden. Mungkin amalan yang nampak janggal itu langsung tidak berasas. Ianya timbul dalam politiking mengikut keperluan retorik dan emosi dan kemudiannya secara tidak disedari diterima sebagai prinsip. Prinsip-prinsip yang janggal itu diguna dengan baik untuk mendapat mata dalam politicking. Tetapi prinsip-prinsip yang janggal itu jugalah yang membuka peluang kepada lawan untuk melemahkan Kerajaan Kelantan. Prinsipprinsip yang janggal itu menafikan peluang untuk Kelantan membangun dengan sihat. Tidak ada siapa pun berani menyuara dan menimbulkan hujah-hujah mencabar prinsip prinsip itu kerana takut melawan arus. Di antara prinsip-prinsip itu ialah tidak mahu mengenakan tol untuk jalan dan jambatan sebagai satu cara membiayai pembangunan sosio ekonomi. Rakyat Kelantan yang ingin tahu boleh cari sendiri lain-lain prinsip janggal iaitu prinsip-prinsip yang tidak ada logik dari segi pembangunan dan tidak juga dapat dipertahankan dari segi moral. Cara tol ditolak membayangkan seolah-olah tidak mahu tol sudah jadi dasar. Tidak kurang janggalnya ialah kata kata yang diterbit dari pemimpin atasan dan kemudian diulang membuta tuli oleh yang lain seolah olah ungkapan asal itu adalah mutiara kata bagi mencermin sifat Kerajaan yang mentadbir Kelantan. Kata saorang ahli exco baru baru ini kepada akhbar dan secara tercetak dalam buletin kerajaan: Kerajaan membangunun bersama Islam berpegang kepada konsep dan falsafah biar kerajaan nampak sesak dan susah kerana kerajaan adalah pemegang amanah rakyat dan rakyat berhak menerima perkhidmatan terbaik dari kerajaan . Baik daripada logiknya atau pun konsepnya atau pun falsafahnya ungkapan itu tidak ada hikmatnya. Hanya pemimpin yang ketandusan idea sahaja yang merapu seperti itu. Falsafah itu adalah janggal. Rakyat Kelantan tidak pernah mahu kerajaan berbangga dengan kekayaan dan tidak juga suka melihat atau mendenggar kerajaan mengeluh kerana sesak. Juga rakyat Kelantan tidak suka dan tidak pernah mahu melihat ketua mereka apatah lagi kerajaan mereka sesak atau nampak sesak. Maruah mereka jatuh di pandangan rakyat kerajaan lain yang ketua atau kerajaan mereka tidak sesak. Bahkan mereka akan lindungi gambaran

91

sesak itu dengan helah helah mereka yang sesuai bagi menunjukkan yang ketua mereka atau kerajaan mereka tidak sesak. Dari manakah datangnya konsep dan falsafah

songsang itu. Lebeh baik konsep dan falsafah itu dicampak segera ke laut Cina. Falsafah itu tidak ada kena mengena dengan amanah rakyat dan tanggungjawab kerajaan memberi perkhidmatan yang terbaik kepeda rakyat. Boleh kah sesiapa menghurai bagaimana konsep dan falsafah itu memboleh rakyat mendapat hak menerima perkhidmatan yang terbaik dari kerajaan. Pemikiran kampungan seperti yang dijelmakan sebagai kosep dan falsafah itu walaupun laku dalam kegunaan di lain-lain tempat tidak harus ditonjol dan dijadikan sesuatu yang gah, terutama dalam suasana rakyat jelata sudah celek. Rakyat tidak mahu dengar helah dan keluhan kerajaan negeri lambat terima itu dan ini dari kerajaan pusat. Rakyat mahu dengar perkara perkara yang kerajaan negeri telah ikhtiar dan berjaya memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Pada realitinya masyarakat Kelantan sudah banyak terdedah kepada maklumat dan pengalaman sendiri atau pengalaman ahli keluarga tentang bayaran tol. Jambatan pertama menyeberangi Sungai Kelantan di Kota Bharu yang dibina dalam tahun 60an dikenakan tol. Alasan yang diberikan oleh Kerajaan Kelantan masa itu diterima rakyat dan tidak ada rakyat yang membantah. Apabila tol dinafikan sebagai satu cara

membiayai infrastruktur maka satu cara untuk membangun Kelantan telah dilumpuhkan. Jika mengenakan tol adalah ditegah oleh Islam maka itu tidak boleh ditawar-menawar. Tetapi jika tidak mahu tol adalah satu falsafah yang terbit dan datang dari medan politik murahan untuk menyedapkan hujah menghentam lawan dalam polemik politik sedangkan baik buruk tol tidak pernah dikaji; dan kemungkinan tol dijadikan ringan, tidak membebankan, dan banyak memberi faedah daripada masalah tidak pernah dikaji maka prinsip tidak mahukan tol patut diberi penilaian semula dengan serious. Prinsip itu patut dibuang. Setiap Kerajaan harus peka terhadap kemampuan dan keperluan di kalangan rakyat akan kemudahan-kemudahan awam, tetapi pertimbangan itu hendaklah mengikut keadaan ekonomi dan kedudukan masyarakat. Di mana masyarakat mahu kepada

kemudahan dan ramai sanggup membayar bagi perkhidmatan itu sebagai mencermin peningkatan kualiti hidup, adalah tidak wajar prinsip sama rasa dijadikan juga prinsip

92

sama merasa susah kerana memikirkan ada pihak yang tidak dapat atau tidak mampu membayar. Sebaliknya Kerajaan perlu lihat kepada kemudahan dan kesannya ke arah mendinamikkan urusan masyarakat ramai yang mahu bergerak pantas dan mahu sistem yang efisyen dan sanggup membayar dengan tidak menafikan kemudahan kepada masyarakat yang tidak mampu membayar tol; misalnya membina jambatan dan jalan pantas yang bertol menyeberangi sungai Kelantan bagi orang yang mampu menggunakannya jika dengan itu urusan ekonomi dan sosial di Kota Bharu akan jadi lebih cekap dan menambah kualiti hidup. Dilihat dari perspektif dasar yang tentunya mahu kepada pembangunan infrastruktur yang baik dan berpadanan dengan pekembangan ekonomi dan kemajuan taraf hidup masyarakat langkah mengadakan kemudahan awam dengan bayaran tol adalah bertepatan dengan Membangun Bersama Islam dan keadaan di mana Kerajaan negeri tidak mempunyai sumber kewangan sendiri yang cukup bagi menyediakan kemudahan yang rakyat perlu sedangkan rakyat sanggup menyumbang wang untuk perkhidmatan itu. Adanya prinsip-prinsip janggal seperti itu dalam masyarakat moden dan terbuka mengingatkan rakyat Kelantan terhadap bahaya kelompok-kelompok fikiran buruk dan basi dalam barisan kepimpinan politik baik politik sekular mahupun politik Islam. Tidak mahu jalan tol adalah sama buruk dan janggal dengan tidak mahu bawa lebuhraya Pantai Timur ke Kelantan, atau tidak mahu tubuh Univerisiti penuh di Kelantan atau tidak mahu adakan pelabuhan Malaysia di Kelantan, atau tidak mahu mendaratkan minyak dan gas di Kelantan. Jika amalam dan prinsip yang tidak selari dengan dasar, matlamat dan visi kerajaan dapat diperbetulkan, dan masyarakat yang selama ini telah dibuai dengan prinsip yang tidak betul untuk menolak tol dapat diberi penerangan dan diyakinkan akan baiknya cara membiayai pembangunan dengan sumbangan pengguna berbanding dengan tidak ada kemudahan dan tidak ada pembangunan maka pintu pembangunan akan segera terbuka luas. Masyarakat dengan keupayaan dan kemampuannya dapat menyokong kemudahan

Kerajaan menggunakan cara pembiayaan projek yang viable dengan

kewangan dari pasaran bagi melaksanakan projek. Dengan cara demikian juga rakyat

93

tidak payah menunggu sehingga Kerajaan mempunyai wang terkumpul terlebih dahulu sebelum dapat menyediakan sesuatu kemudahan atau projek. Pelabur-pelabur yang

faham dengan cara tol perlu dicari dan diberi galakan. Kaedah membincang dan berunding untuk memberi projek yang viable kepada pemaju adalah bukan satu perkara yang menjadi masalah. Yang dikehendaki dibuat oleh pegawai-pegawai perancang ialah mengenal pasti projek projek yang berdaya maju, baik, dan bermutu untuk dirunding dengan pelabur pelabur atau pemaju pemaju atau kontraktor yang berkemampuan. Jika Kelantan mahu permudahkan pembangunan, prinsip-prinsip janggal yang ada perlu dikaji semula secara bijaksana dan prinsip prinsip yang progresif yang mampu mendorong kemajuan dan pembangunan perlu dipinjam dari kerajaan kerajaan yang sudah maju atau pun dicambahkan sendiri dan disemaikan secara berkesan di dalam minda setiap pemimpin besar dan kecil di seluruh peringkat dan di seluruh pelusuk Kelantan. Pegawai-pegawai dan penyokong-penyokong perlu diorientasikan supaya menerima prinsip prinsip dengan betul Prinsip prinsip baru yang progresif akan memberi daya berdikari kepada Kelantan.

94

ORANG ADA KITA PUN ADA

agi yang mahu menegak benang basah dan mempertahankan bahawa Kelantan tidak lesu dari segi pembangunan memang tidak dinafikan bahawa Kelantan

sudah ada banyak perkara yang dulunya tidak ada. Kelantan 2003 adalah tidak

sama dengan Kelantan 1957. Tebing Sungai Kelantan sekarang dihubungi oleh empat jambatan. Jalan-jalan baru dan jalan-jalan bendang banyak dibuka. Bangunanbangunan batu di bandar telah bertambah. Kota Bharu ada empat lima bangunan tinggi. Bangunan pejabat Kerajaan telah dipertingkatkan. Orang ada stadium, Kelantan ada stadium; orang ada istana besar Kelantan pun tidak kalah dengan istana air matanya. Orang ada lebuhraya Kelantan pun ada. Orang ada universiti, Kelantan ada cawangan universiti; orang ada supermarket Kelantan pun ada, orang ada hotel lima bintang, Kelantan pun ada hotel yang ada bintang. Orang ada industri Kelantan pun ada. Orang ada laman web Kerajaan Kelantan pun ada, ADUN pun ada, dan istana pun ada. Rumah kediaman yang besar-besar dan indah kepunyaan anak-anak Kelantan yang berjaya boleh menandingi rumah kediaman orang-orang berjaya di Lembah Kelang. Taburan rumah-rumah kediaman itu membuat landskap bandar dan luar bandar Kelantan cukup indah. Pendek kata di bidang perniagaan, perdagangan, perusahaan, pendidikan dan perkhidmatan, baik yang biasa dan ikhtisas ramai anak-anak Kelantan yang berjaya di Kelantan. Seluruh rakyat Kelantan menumpang rasa bangga dengan kejayaan mereka. Walaupun Kelantan telah maju, namun sesiapa yang pulang dari luar negeri setelah lama di negeri orang tidak akan terasa banyak perubahan. Yang jelas terasa di bandar ialah kesesakan manusia, kenderaan yang bertambah dan kedai-kedai yang bertambah. Suasana luar bandar masih segar seperti dulu. Yang nostalgia dengan cara hidup di Kelantan tidak akan kecewa kerana tidak banyak yang berubah; nostalgia mereka boleh hidup. Pelancong melawat Kelantan kerana rentak hidupnya lebih perlahan dan masyarakatnya cepat mesra dan melayan mereka dengan

95

baik. Akhir akhir ini pelancong ramai ke Kelantan kerana mahu melihat Kelantan aman damai di bawah Kerajaan Islam. Dalam banyak perkara Kelantan masih seperti keadaan lama. Tanah terbiar masih terbiar dan lebih banyak yang terbiar. Tebing Sungai Kelantan masih memberi gambaran yang sama. Kebun-kebun kecil getah ditinggal tidak ditoreh dan tidak ditukar

kegunaannya kepada lain-lain jenis pertanian atau kepada lain-lain kegunaan. Jelas nampak pengurus dan pentadbir pertanian tidak berkesan dalam membawa kemajuan dan pembangunan ka tahap yang lebeh tinggi. Selama tiga empat dekad Kelantan mencatat pertumbuhan ekonomi yang rendah walaupun program dan peruntukan kewangan oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri telah diadakan bagi tujuan pembangunan dan pengurusan menggalak pertumbuhan. Bagi orang yang hendak buktikan ada pembangunan, memang ada bukti-bukti perbelanjaan ke arah itu. Tetapi dilihat dari segi pelaburan yang terancang ke arah pembangunan yang berterusan Kelantan jauh ketinggalan. Secara relatif pembangunan dan kemajuan yang dilihat dalam masa 30 tahu hingga kini tidak setimpal dengan perbelanjaan dan dengan apa yang patut dan boleh dicapai. Perubahan bukan tidak ada. Pertambahan bilangan penduduk dan penjanaan peluang peluang pekerjaan melalui projek projek sosial, budaya, dan rojek projek perasarana serta pengaliran wang dari ahli ahli keluaraga yang bekerja dan menjalankan perusahaan di luar Kelantan selama ini mencergaskan kehidupan di Kelantan. Di bandar-bandar dan di pekan-pekan kecil urusan jual beli di kedai-kedai, di pasar-pasar, dan di warung-warung kelihatan berjalan dengan laris dan ceria. Namun demikian asas pertumbuhan ekonomi untuk menyokong dan menggerak kemajuan ekonomi ke paras yang lebeh tinggi dan maju belum nampak dibuka dan belum pun ada tanda tanda perancangan yang baik kearah itu. Siapakah tokoh besar dalam kerajaan dan dalam negeri yang bertanggungjawab menggerakkan ekonomi bandar dan ekonomi luar bandar dan ekonomi negeri Kelantan seluruhnya; sila tampil kehadapan untuk dikenali. Pembinaan jalan raya, jambatan, jalan kampung, jalan bendang, parit dan tali air, bangunan sekolah dan institusi latihan dan pendidikan, kem-kem askar, perumahan kakitangan pegawai-pegawai Kerajaan dan pembinaan kilang-kilang industri kecil dan sederhana di sana sini, kerja-kerja awam di kawasan-kawasan bandar dan bandar-bandar

96

kecil adalah tanda-tanda pembangunan; kebanyakannya dihasilkan oleh perbelanjaan kerajaan pusat. Begitu juga pertumbuhan kedai-kedai perkhidmatan dan runcit dan

pembinaan rumah-rumah kediaman adalah juga tanda-tanda pembangunan. Kerancakan ekonomi negeri Kelantan nampaknya banyak berkisar kepada perbelanjaan consumption yang dimungkinkan oleh pendapatan dari pelbagai gaji dan habuan yang dibayar oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat bagi pegawai dan kakitangan dalam pelbagai perkhidmatan; perbelanjaan kerajaan dalam menyenggara sistem perkhidmatan yang wujud; dan kiriman wang serta perbelanjaan oleh ratusan ribu anak-anak Kelantan di perantauan; dan perbelajaan oleh yang pulang setiap hari dengan kapal terbang, kenderaan jalan, dan rail; beribu orang setiap hari. Tetapi kalau itulah yang dianggap oleh pemimpin-pemimpin Kerajaan Kelantan hari ini sebagai manifestasi bahawa Kelantan sudah membangun maka itu belum cukup kerana dengan cara pentadbiran dan pengurusan Kelantan yang lebih bercorak penyenggaraan maintenance, kemajuan yang menepati kayu ukur pentadbiran pembangunan adalah amat sedikit, dan belum mampu menjadi tapak pertumbuhan ekonomi. Kerja-kerja mengurus kehidupan harian masyarakat adalah penting; tetapi

kejayaan di peringkat itu sahaja tidak memadai. Setakat Kerajaan dapat kekal itu sahaja tidak mencukupi. Setakat pegawai-pegawai Kerajaan dan kakitangan Kerajaan dapat dibayar gaji itu pun belum boleh memenuhi harapan rakyat dari Kerajaan di bumi merdeka. Negeri perlu dimajukan, dibangunkan. Perkhidmatan perlu dipertingkatkan. Peluang-peluang pekerjaan yang berasaskan ilmu tinggi, kemahiran tinggi perlu diwujudkan. Sumber kewangan negeri perlu dipelbagaikan dan kekayaan negeri perlu ditambahkan supaya projek-projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat jelata dapat dibiayai dengan mudah. Rakyat mahu lihat asas pertumbuhan ekonomi diperkukuhkan di antara lain dengan peningkatan dan perluasan penggunaan ilmu dan kemahiran peringkat tinggi di bidang pengurusan Kerajaan dan pengurusan pelbagai bidang industri dalam menggunakan tenaga mahir dan professional dalam bidang high tech, pengeluran mutu tinggi dan nilai tinggi. Juga rakyat mahu lihat kesungguhan kerajaan dalam usaha mengembeling dan menggalakkan pelaburan dalam bidang industri pembuatan dan pengeksploitan sumber ekonomi negeri Kelantan dengan secekap cekapnya bagi

97

mewujudkan peluang pekerjaan dan meneguhkan pendapatan negeri. Sumber sumber ekonomi Kelantan perlu dikenalpasti bagi menjana industri yang spesifik bagi negeri Kelantan se cara besar besaran bagi pasaran negara dan luar negara. Bagaimana ilmu, kemahiran dan modal digembelingkan adalah cabaran yang menghadapi Kerajaan Kelantan. Cabaran cabaran itu perlu dihadapi dengan keutamaan yang setimpal di bawah tanggungjawab pemimpin-pemimpin yang berupaya. Kerajaan Kelantan perlu membebaskan diri dari alasan-alasan lapuk kenapa Kelantan tidak dapat membangun. Alasan alasan yang lapuk itu sebenarnya boleh di selesai oleh Kerajaan sendiri jika ia hadapi masalah dengan berani dan dengan positif untuk membuat perubahan. Kemajuan hanya boleh dilihat jika Kerajaan berani membuat perubahan; ia itu perubahan dasar, perubahan undang undang, perubahan cara memilih pegawai-pegawai yang diberi tugas tugas tertentu bersesuaian dengan pengalaman dan kelulusan mereka. Dari apa yang didengar, dilihat, dan dibaca, Kelantan tidak pernah berpeluang menikmati pembangunan secara rasional, logik, dan yang berupa hasil cemerlang dari pemikiran anak watan dalam perkhidmatan tadbir yang mahu melihat sumber-sumber yang ada di Kelantan digembeling secara optima. Orang-orang politik yang memimpin Kelantan juga masing-masing telah memilih jalan yang secara sedar atau tidak sedar mengabaikan tanggungjawab membina landasan dan asas bagi pembangunan sosioekonomi yang sihat bagi rakyat. Pada keseluruhannya baik dari segi perlaksanaan fizikal mahupun dalam amalan pentadbirannya Kelantan belum dapat melahirkan keupayaan menjana tenaga pembangunan dari dalam ataupun dari luar negeri Kelantan atau dari luar negara bagi membina asas untuk economic take off. Pembinaan asas untuk economic take off perlu kepada perancangan, input dan strategi yang berdaya maju. Pelan yang berstretegi belum ada bagi Kelantan. Kerajaan Kelantan sekarang berjaya menunjukkan kredibiliti dan kebijaksanaan dalam mengurus hasil mahsul dari segi sifat lurus dan buat kira kira dengan betul tanpa penyelewengan. Tetapi kejayaan demikian belum boleh menjamin daya maju pentadbiran dan pengurusan negeri dan pengurusan pembangunan negeri untuk jangka masa sederhana dan jangka masa panjang. Permintaan rakyat untuk maju dalam pelbagai bidang ekonomi dan sosial mendapat layanan lemah. Seluruh rakyat Kelantan mahu lihat

98

bahawa usaha Membangun Bersama Islam adalah satu langkah yang nyata, bukan khayalan, bukan berat sebelah tetapi berimbang. Bukan setakat dikata berimbang tetapi di abai dari jadi berimbang. Walaupun dikepung, dipinggir dan diancam dari luar dan dalam, Kelantan masih boleh bernafas, bergerak dan berfikir. Kelantan mempunyai aset. Kelantan masih viable. Kerajaannya berwibawa. Rakyatnya menyokong Kerajaan secara teguh. Rakyatnya meletak keyakinan dan harapan kepada Kerajaan yang ada untuk mengecap kemanisan Membangun Bersama Islam. Kelantan mempunyai sumber alam yang mampu membawa manfaat jika digembelingkan dengan bijaksana dan strategik. Kelantan boleh dan patut bergerak ke arah pembangunan dan kemajuan walaupun dalam keadaan dikepung, dipinggir dan diganggu. Kelantan tidak payah menunggu untuk melangkah ke arah pembangunan. Kerajaan Kelantan perlu bezakan kesibukan dengan kerja kerja

penyenggaraan berbanding dengan kesebukan membuat kerja-kerja besar, tindakantindakan dan keputusan keputusan besar, yang mampu menarik imaginasi dan sokongan rakyat jelata. Kerajaan perlu bertindak untuk menarik minat dan dokongan rakyat

Kelantan dari kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan, professional di sektor swasta, dan pengusaha-pengsuaha serta seluruh masyarakat yang menunggu

pembangunan di dalam pelbagai bidang. Dasar dan program Kerajaan mesti berupaya menimbulkan minat rakyat mecebur diri dan memberi sumbangan terbaik kepada tanah tumpah darah Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang. Alhamdulillah. Bukan sahaja dari gulongan tua tetapi makin ramai dari gulongan muda yang mahu menghimpun pahala sebagai persediaan menghadapi akhirat. Selagi pemimpin sekular tidak berupaya memimpin orang orang muda yang mahu mencari keredhaan Allah selama itulah peluang mendekatkan diri dengan segmen masyarakat yang berjiwa murni, bermoral tinggi dan berpotensi besar terbuang. Hari demi hari golongan muda menambah nilai kepada kepimpinan Islam, dan menambah rasa gerun dikalangan lawan terhadap barisan kepimpinan Islam. Golongan muda yang sudah mendapat ilmu pengtahuan Islam yang berkat tidak segan mengibar bendera dan lencana perjuangan suci Islam berbanding dengan pemuda barisan lawan yang segan melekatkan lencana dikenderaan sendiri; terpaksa di kempen baru dibuat. Hanya orang dewasa berilmu ugama tinggi dalam bidang Islam yang

99

mungkin ilmunya tidak diberkati yang masih terumbang ambing diperalatkan oleh pihakpihak yang mahu menyekat kemaraan Islam. Alangkah gembiranya ibu bapa dan datuk nenek mereka, sanak saudara dan kaum keluarga mereka jika mereka gunakan ilmu Islam mereka ke jalan Allah dengan setinggi tinggi ketaqwaan. Alangkah gembiranya masyarakat Islam jika mereka tidak memusuhi usaha mendaulatkan Islam walaupun mereka berbeza fahaman politik. Sekurang kurangnya biarkanlah orang Islam lain menjayakan apa yang mereka sendiri belum mampu buat. Buat masa ini harapan rakyat terhadap Membangun Bersama Islam masih tidak luntur; sentimen sokongan masih kuat dikalangan rakyat. Bahkan cerita-cerita negatif tentang kelemahan Kerajaan disangkal oleh rakyat sendiri untuk memagar Kerajaan, untuk tidak mahu melemahkan suasana. Tetapi awasilah bahawa jika Kerajaan tidak menunjukkan keupayaan untuk menggerakkan pembangunan rakyat akan mula bertanya dan peluang keemasan untuk Membangun Bersama Islam akan hilang, bukan kerana rakyat menolak Kerajaan Islam tetapi rakyat tidak boleh dan tidak mahu menyokong Kerajaan yang tidak mahu berusaha dan membina keupayaan mengurus negeri dan pembangunan secara berkesan. Orang-orang muda yang bersungguh-sungguh berkerja keras dalam pilihanraya akan kecewa. Kesabaran terhadap Islam dan kesabaran terhadap manusia yang tidak bertulang belakang akan main tarik tali. Rakyat tetap sabar terhadap janji Allah s.w.t; tetapi rakyat ragui janji manusia yang tidak menunjuk kesungguhan dan keupayaan. Sebelum teraju Kerajaan Kelantan diambil alih oleh Tok Guru dua belas tahun dulu pemimpin Kelantan pada masa itu lazim menyambut tetamu tetamu VIP ke

Kelantan dengan ungkapan Selamat datang ke Kelantan; Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang. Negeri yang paaaaling mundur. Negeri yang paaaaling miskin. Walaupun kerajaan sedar bahawa Kelantan pada masa itu mundur dan miskin, anehnya tidak ada yang dibuat dalam bentuk projek dan program yang boleh menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi. Akhirnya rakyat meluat dan bertindak

menukar selera. Kita tidak mahu perkara seperti itu berulang. Nampaknya Kerajaan sekarang seolah-olah terbawa-bawa oleh corak pemerintahan Kerajaan sekular dahulu. Itu mesti distop. Dihentikan.

100

PETANI BERSUARA

elama ini kaum tani, pekebun-pekebun, penternak, nelayan dan masyarakat luar bandar di Kelantan yang terlibat dalam pelbagai bidang pertanian hanya Rakyat

mendengar gesaan Kerajaan untuk menjadikan Kelantan jelapang makanan.

Kelantan yang bertani sudah lama dilalikan oleh birokrasi pertanian yang tahun demi tahun melayan mereka dengan cara dan kaedah yang tidak pun mencerminkan apa yang berlaku di bidang pertanian swasta yang tidak dibantu oleh Kerajaan. Rakyat sudah sedar bahawa di negeri lain wujud industri pertanian yang maju, yang menguntungkan, yang berteknologi tinggi, yang memberi hasil bermutu tinggi, yang memberi hasil bernilai tinggi, yang dibantu oleh jentera moden, yang menggunakan benih dan baka yang baik, yang berasaskan ilmu pengetahuan; sedangkan mereka di Kelantan dianggap sebagai penerima apa yang ada, apa yang dapat ditambah sedikit-sedikit, apa yang ada dalam dada pegawai-pegawai yang tidak sebanyak mana jika dibanding dengan petugas-petugas yang telah menjayakan usaha-usaha pertanian di luar Kelantan. Pertanian di Kelantan mungkin dimelesetkan oleh birokrasi pertanian yang seolah-olah tidak mahu masyarakat pertanian terlalu giat dan cergas sehingga tidak terkejar oleh mereka; seolah-olah mereka tidak ingin tempo kerja yang berat. Lama sudah petani tahu tentang amalan pegawai-pegawai berulang alik tiap-tiap hari dari tempat bertugas di luar bandar atau di bandar kecil untuk tinggal di bandar walaupun kemudahan disediakan oleh jabatan untuk mereka tinggal dalam masyarakat tani. Amalan itu berbeza dengan apa yang diharap dari mereka untuk turun ke dalam masyarakat membimbing rakyat mengubah sikap dan budaya pertanian ke arah yang maju. Masyarakat petani merasai masanya sudah tiba supaya birokrat pertanian sedar bahawa mereka tidak memberi yang terbaik dari apa yang patut sebagai agent of change. Wujudnya kumpulan-kumpulan pertanian yang tidak menghasilkan tanaman dan ternakan yang menguntungkan dalam persekitaran yang patut menguntungkan adalah satu petanda bahawa masih banyak yang boleh dibuat dan perlu dibuat oleh pegawai-pegawai dibidang pertanian, ternakan dan perikanan bagi menjayakan usaha-usaha masyarakat petani

101

supaya dalam jangka yang terdekat keseluruhan usaha pertanian di Kelantan akan jadi segar, cergas, menguntungkan dan benar-benar mengenjakkan paradigma pertanian. Walaupun pemimpin-pemimpin Kelantan mahu berbangga dengan pertanian di Kelantan sebagai jelapang itu dan ini namun apa yang tidak dibuat oleh pegawai-pegawai selama ini meninggalkan Kelantan sebagai negeri pertanian yang lemah dari segi disiplin pertanian, jauh jika dibanding dengan muka bumi dan persekitaran kawasan pertanian yang setiasa rapi dan terkawal seperti yang dapat dilihat di tanah Jawa. Thailand, Vietnam,Taiwan, Jepun yang selama ini dilawati sebagai model untuk diikuti oleh Kelantan; bahkan keadaan di Kelantan tidak juga menyerupai keadaan di kawasan kawasan pertanian maju dalam negara kita sendiri. Sesungguhnya sawah, dusun, dan ladang di Kelantan sebelum Merdeka adalah lebeh mencermin disiplin pertanian dari apa yang ada pada hari ini. Dahulu tanah pertanian sentiasa diguna mengikut musim. Lepas menanam padi petani menanam tanaman lain. Mereka menanam jagung, ubi, kacang, dan sayur sayuran. Terpancar nikmat dari Allah dalam usaha manusia. Orang yang bukan petani pun dapat rasa kebahagian dari bumi yang menghijau. Perasaan demikian tidak mudah timbul hari ini kerana disana sini belukar, menerung, rumput rampai liar, dan bahkan lalang di bahu jalan sudah cukup mebuat seseorang kenangkan kepada bumi yang tidak dimanfaatkan, dan kenangkan betapa tidak berkesannya birokrat pertanian dan pemimpin politik yang bertanggungjawab bagi bidang pertanian, mata melihat tetapi buta. Walaupun ada kehijauan tanaman padi di musim padi dan kehijauan lain-lain tanaman dimusim musim tertentu namun kelihatan tanah terbiar di merata-rata tempat tidak lagi mudah secara spontan melahir rasa riang di mata memandang. Rakyat Kelantan terutama petani-petani yang mengharap kepada bimbingan ka era kemajuan dalam pertanian di alaf baru tidak dapat berbangga dengan pengumuman bahawa tanaman yang digalak dan akan diberi tanah oleh Kerajaan Kelantan ialah ubi stelo, nanas, dan rosel. Agak malang bagi negeri Kelantan dan petani-petani jika pilihan utama dalam pertanian ialah apa yang diumumkan itu. Nyatalah jenis jenis tanaman yang diumumkan itu tidak mencermin penglibatan yang mendalam dan bijak dari segi skop dan ilmu pertanian yang terbentang luas bagi Kelantan. Petani rugi mendapat pemimpin yang malas berfikir panjang.

102

Dari pengumuman itu jelas nampak bahawa pihak-pihak yang bertanggungjawab memberi nasihat kepada Kerajaan dalam hal membawa kemajuan di bidang pertanian tidak belajar dari sejarah dan tidak juga bawa ke meja mesyuarat ilmu pengtahuan terkini tentang kemajuan di bidang pertanian dan pasaran hasil pertanian. Bagaimanakah petanipetani dapat dipimpin keluar dari penglibatan mengluar hasil bernilai rendah kepada pengluaran yang berpenghasilan tinggi, bermutu tinggi, dan bernilai tinggi. Pemimpinpemimpin pertanian, birokrat pertanian, dan teknokrat pertanian yang ramai dan berkelulusan tinggi dalam perkhidmatan pertanian perlu rasa bersalah kerana kehadhiran mereka selama ini tidak membanggakan kemajuan di bidang pemodenan pertanian. Pebelanjaan gaji dan lain-lain telah hangus tanpa bakti yang setimpal. Birokrat pertanian perlu membuat perancangan yang bersifat innovatif dan kreatif bagi menghasil kemajuan besar. Jika mereka tidak mampu mereka harus berterus terang supaya Kerajaan tidak terikat dengan ketiadaan keupayaan mereka dan rakyat tidak di mangsakan oleh birokrat hampa. Matlamat dan political will mesti datang dari Jwatankuasa Pertanian Negeri. Kaedah gerakan bersepadu yang disebut sebut oleh pemimpin-pemimpin perlu dibuktikan boleh berfungsi meluas kerana sehingga kini mungkin tidak ada kemajuan pertanian yang boleh dikaitkan secara lansung dengan amalan amalan yang perlu diasuh dan dijadikan asas bertindak dan amalan gerakan bersepadau. Dan jika sekali lagi rakyat dijanjikan kejayaan melalui gerakan sepadu sedangkan gerakan sepadu tidak pernah bersepadu itu aka melambatkan lagi kemajuan ekonomi Kelantan. Pendekatan usaha pertanian bersepadu adalah bukan asing bagi Kelantan. Jika Kelantan mengharap kepada pendekatan bersepadu untuk menjayakan cadangan menjadikan Kelantan jelapang makanan Negara rakyat ingin tahu apakah track record dan prestasi prestsi ajensi ajensi Kerajaan yang telah memberi kepercayaan dan keyakinan kepada kerajaan apabila ia menandatangani persefajhaman dengan kerajaan pusat untuk mengadakan taman kekal pengeluaran makanan. Dimanakah datangnya sumber inspirasi dan dorongan bagi kegiatan pertanian di taman kekal itu. Banyak tahun telah berlalu dan tidak ada tanda kesungguhan ke arah menggalakkan pertanian secara berilmu tinggi bagi memenuhi hasrat tinggi. Dari apa yang ada dan apa yang tidak ada di

103

Kelantan rakyat Kelantan nampak seolah-olah Kerajaan negeri tidak tahu membuat persediaan atau belum bersedia untuk menjadikan Kelantan sebagai jelapang makanan. Tidak juga nampak ada kesan nasihat yang bernas, baik, jelas dan ikhlas dari birokrat pertanian yang telah menjelma menjadi dasar dan program untuk diceburi oleh rakyat jelata yang berminat. Atas asas apakah pemimpin-pemimpin Kelantan bercakap di sana sini mengenai Kelantan sebagai jelapang makanan. Rakyat Kelantan menyeru kepada berpuluh-puluh birokrat dan teknokrat pertanian yang berkelulusan tinggi dalam ilmu pertanian yang berkhidmat di Kelantan supaya mengurangkan kerja persuratan di pejabat dan meluangkan masa yang berpatutan untuk turun ke padang memberi perhatian kepada sawah, bendang, kebun, ladang, ternakan, kolam ternakan untuk memberi bimbingan kepada anak watan yang sudah lama menunggu mendapat faedah dari ilmu pertanian dari universiti tempatan dan universiti luar negeri, dan dari pusat pusat penyelidikan yang disebut sebut sebagi sumber ilmu pengtahuan untuk disebar bagi faedah pertanian. Dalam jangka pendek apa yang rakyat mahu ialah menumpang kejayaan dari segi replication, ia itu mengulangi kejayaan di satu satu tempat atau meniru kejayaan di tempat lain supaya yang meniru itu boleh ikut maju dalam erti amalan pertanian dapat ditingkatkan dalam masa yang singkat dengan tanaman yang spesifik. Dalam keadaan di mana kesesuaian tanah dan iklim dan lain-lain keperluan tumbuhan dapat persamaan cara replication adalah di antara yang berisiko rendah kerana pengusaha pengusaha yang berjaya dan pegawai-pegawai yang berkelulusan dan berpengalaman dapat membantu bagi menentukan kejayaan dengan menjadi pakar rujuk dan penasihat. Kegiatan meniru kejayaan orang lain dari tempat lain dengan bantuan dan tunjuk ajar yang jujur memungkinkan Kelantan melonjak dalam pengeluaran pertanian. Alangkah baiknya jika Kerajaan dapat mengisytiharkan dasar dan program jangka pendek untuk melibatkan seluruh pegawai pertanian negeri dan pakar-pakar dari luar negeri dalanm satu gerakan besar bagi pemindahan teknologi secara praktik kepada petani-petani yang menunggu kemajuan. Jika birokrasi pertanian tidak mampu dalam pemindahan teknologi dan knowhow eloklah Kerajaan segera membuat enjakan mendapatkan perkhidmatan pengusahapengusaha yang berjaya untuk menolong para petani, penternak dan pengusaha mengikut bidang kepakaran masing-masing. Mungkin cara baru demikian lebih menjimatkan dan

104

berkesan dalam jangkamasa pendek, sederhana, dan panjang.

Mungkin juga

perkhidmatan birokrasi pertanian boleh dikecilkan saiznya bagi menjimatkan wang untuk digunakan langsung bagi perkhidmatan dari pihak swasta. Pertanian di Kelantan mungkin sudah maju jauh jika pegawai-pegawai yang memimpin Jabatan Pertanian dan pemimpin-pemimpin politik yang bertanggungjawab mengenai pertanian membuka minda dan mencari penyelesaian pertanian dan pertumbuhan pertanian secara kreatif dan imaginatif. Ilham bagi reformasi pertanian hendaklah dicari di luar pagar Kelantan. Rakyat petani Kelantan sudah lama menunggu perubahan tetapi tidak seorang pun pengarah pertanian atau pengarah-pengarah jabatan berkaitan meninggal tugu peringatan menanda satu-satu aspek kemajuan pertanian. Mereka bersara satu lepas satu dan menghilang begitu saja. Kelantan tidak boleh

berbangga dengan mereka dan mereka pun mungkin tidak ada yang hendak dibanggakan. Untuk berlaku adil tidak dapat dinafikan bahawa ada pegawai-pegawai serta kakitangan yang bersifat positif dan proaktif yang didorong oleh misi berkhidmat untuk rakyat, tetapi bilangan mereka adalah amat rendah. Kalau ada pun mereka adalah di peringkat bawah. Usaha mereka tidak mudah dilihat dan kejayaan mereka dikelompokkelompok belum berdaya mempengaruhi budaya kerja rakan-rakan, apalagi bilamana pegawai-pegawai atasan mereka tidak bersama dalam misi mereka. Untuk berlaku adil juga memang ada petani-petani yang menerima cadangan untuk mengamal cara cara pertanian yang baik dan menggunakan alat alat pertanian yang bersesuaian dengan kaedah moden. Tetapi itu belum boleh dan jahuh dari mecermin kemodenan pertanian di Kelantan. . Rakyat Kelantan terutama rakyat luar bandar masih melihat kepada pemberian Kerajaan dengan penuh sanjungan. Oleh kerana mereka sudah lama dibiar dan terbiar mereka cepat rasa bersyukur, terhutang budi dan banyak berterima kasih ke atas apa yang diberi oleh Kerajaan walaupun yang diberi itu tidak seberapa. Di tangan orang politik yang tidak beretika sifat penduduk luar bandar yang sedemikian dipermainkan betul-betul untuk menambat hati mereka. Jika pemberian yang kecil-kecil sudah memadai orang politik tidak payah berfikir mengenai projek-projek besar yang tentunya membawa banyak kerenah.

105

Pembawaan kepimpinan politik sekarang yang berupa mahu cari nama menjadikan orang politik mahu sentiasa dikaitkan dengan program dan projek sosioekonomi. Pegawai-pegawai Kerajaan tidak ditimbulkan. Dengan demikian pegawaipegawai tidak dinilai prestasi mereka oleh rakyat. Birokrat mendapat perlindungan. Jika mereka gagal pun kegagalan itu dibendung, dan dibela di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri kerana orang politik tidak mahu Kerajaan dilihat lemah. Mereka akan menegak benang basah, memberi pelbagai alasan untuk menutup kegagalan dan kelemahan pegawai. Selama ini pegawai-pegawai Kelantan terselamat; dan dalam keadaan ada penyelamat mereka rasa tidak perlu tunjuk kesungguhan, bahkan tidak perlu kerja kuatkuat. Petani-petani dan pengusaha-pengusaha yang inovatif dan maju adalah mereka yang berdaya usaha sendiri mencari dan memperkenalkan benih atau kaedah dari luar negeri. Mereka mendahului jabatan-jabatan pertanian di dalam negeri Kelantan. Hanya apabila kedengaran ada petani-petani yang berjaya dengan tanaman baru, baka baru dan sebagainya, barulah seorang dua pegawai mengambil inisiatif mendampingi petani-petani tersebut. Yang lain-lain tidak menunjukkan minat untuk mempelajari dari pengalaman dan proses yang boleh memberi ilmu pengetahuan untuk membantu mereka dalam kerjakerja pengembangan. Tidak hairanlah jika di Kelantan terdapat kemunculan tanaman dan penanaman yang disebarkan oleh petani-petani sendiri atau kadang-kadang satu-satu tanaman yang baik itu ada di satu tempat atau kawasan sahaja tanpa disebarkan oleh pegawai-pegawai. Banyak helah yang diberikan apabila pegawai-pegawai tidak melibatkan diri. Bertahuntahun pegawai-pegawai tenggelam sebagai pak turut dalam pengalaman-pengalaman memperkenalkan tanaman baru satu persatu oleh pengusaha swasta. Itulah nasib petani Kelantan. Di dalam keadaan di mana Kerajaan dan pegawai-pegawai yang

bertanggungjawab mengenai pertanian sudah tahu betapa susah untuk mengerjakan tanah masam dan kelat dan tanah hutan oleh orang-orang yang tidak bermodal untuk menghasilkan tanaman secara yang boleh mendatangkan pendapatan lebih dari paras kemiskinan adalah boleh dikatakan tidak bertanggungjawab bagi Kerajaan memberikan tanah pertanian demikian kepada rakyat tanpa disusuli dengan program bantuan

106

kewangan dan teknikal untuk menjayakan pertanian di kawasan-kawasan berkenaan. Tidakkah sudah lama nampak kepada umum bahawa tanpa bantuan kawasan-kawasan itu terus menjadi kawasan meleset? Kenapakah jabatan-jabatan dan pegawai-pegawai yang misi mereka ialah menjayakan pertanian tidak rasa bersalah melihat banyak masyarakat petani dan peladang yang meleset dari segi amalan pertanian dan persekitaran? Kenapakah mereka tidak mahu jadikan kejayaan pertanian keseluruhannya sebagai kebanggaan mereka? Pada hari ini jika lawatan dibuat ke jabatan-jabatan dan pusat-pusat pertanian jelas nampak kemelesetan di sekitar pusat-pusat dan jabatanjabatan itu sendiri. Tidak ada teladan yang menggalakkan dari tanaman-tanaman yang dilihat disekitar jabatan-jabatan itu. Adanya plot-plot yang dijaga baik-baik untuk

ditunjuk kepada pelawat-pelawat tidak boleh melenyapkan gambaran ketiadaan kesungguhan dan komitmen pegawai-pegawai dan jabatan-jabatan terhadap kemajuan pertanian dan petani. Sudah berpuluh tahun keadaan pertanian Kelantan tidak

menunjukkan kemajuan yang sepatutnya secara menyeluruh dari segi amalan, teknologi, dan pengurusan yang dapat dijadikan asas pembangunan moden. Kegiatan pertanian secara biasa yang diceburi oleh rakyat kerana pertambahan penduduk bukanlah bukti kemajuan; kemajuan perlu membawa bersamanya peningkatan ilmu pengetahuan mengenai pertanian, peladang, pengurusan, kaedah dan proses yang terbaik, peningkatan kecekapan, pengurangan pembaziran, peningkatan penggunaan alat jentera yang membantu mengurangkan kos dan menyenangkan pekerjaan petani. Kadang-kadang masyarakat petani merasai mereka seolah-olah ditipu oleh jabatan Kerajaan. Lihatlah bagaimana ruginya pada satu masa dulu program akuakultur di mana petani-petani digalak memohon bantuan untuk mengusaha ternakan air dalam kolam. Di bawah program itu pegawai berkaitan mengatur supaya kolam-kolam digali oleh kontraktor dengan menggunakan jentera. Kolamnya digali dalam-dalam atas sebab-sebab yang tidak ada kena-mengena dengan amalan ternakan air yang baik. Kolam digali dalam kerana kontraktor memerlukan tanah untuk dibuat tambak supaya jentera beratnya berada di atas tapak yang stabil. Mengikut cara demikian keluasan kolam terhad

mengikut panjang boom jentera pengorek. Kolam jadi dalam dan panjang dan biasanya permukaan bahagian bawah tidak diratakan. Juga kolam digali dalam-dalam kerana

107

tujuan mendapat mata air. Kolam seperti itu tidak ada saluran mengering dan tidak mungkin boleh dikeringkan kecuali dengan menggunakan pump. Kolam-kolam yang dibina sedemikian tidak mungkin membolehkan amalan ternakan air diusahakan dengan baik dan menguntungkan. Air tidak dapat ditukar dan diurus, alat memberi oksigen kepada air tidak dipakai, dan kalau dipakai memerlukan belanja dan kemudahan kuasa elektrik atau motor. Persekitaran kolam tidak dibersih. Petani yang mengusahakan kolam seperti itu hanya tahu banyak mana anak ikan atau anak udang yang dilepas di dalam kolam itu; selepas itu dia tidak akan dapat tahu berapa banyak yang hidup, berapa banyak yang sakit atau mati. Airnya gelap. Makanan yang diberi kepada ternakan ada yang dimakan, dan ada yang memendap di bawah; kolam menjadi masam dan merosakkan mutu air. Tanpa oksigen yang cukup hidupan dalam air tidak sihat dan tidak membesar. Dan tidak hairanlah kolam-kolam demikian menjadi tanda kegagalan jabatan di merata-rata. Tetapi kenapakah program seperti itu yang hanya memberi untung kepada syarikat tukang gali dilaksanakan? Program seperti itu gagal pada mulanya lagi, gagal pada masa kolam digali, gagal pada masa pegawai mula bertindak melaksanakan program. Ada lagi contoh contoh program lain yang diadakan untuk rakyat yang dilaksanakan tanpa penilaian dan tanpa imaginasi yang akhirnya merugikan rakyat. Bukan sedikit bilangan petani yang menjual baja pemberian kerajaan, dan mereka mempunyai alasan yang baik untuk berbuat demikian. Perbuatan mereka adalah berasaskan logik dan pengalaman yang pegawai-pegawai tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu selain dari menuduh petani-petani menyeleweng. Punca penyakit jual baja adalah pegawai yang tidak perihatin dengan pengelaman dan persekitran setempat di mana bantuan diberi, iaitu masyarakat di mana mereka ditugas untuk tolong memajukan. Petani yang cerdik yang tahu keadaan tanah mereka, yang tahu rekod penghasilan maksima dari tanah mereka, yang tahu tentang kehadhiran perosak di kawasan sekitar yang tidak mampu dikawal dari awal lagi dapat membuat jangkaan bahawa kesan dari pembajaan tidak akan kemana mana. Penat lelah membaja, masa yang dihabiskan untuk membaja, angkut mengankut baja, persiapan dan urusan untuk membaja, dan kemusnahan yang dialami dari perosak tidak memberi tambahan hasil yang setimpal dengan nilai masa dan nilai kerjaa serta nilai baja yang digunakan untuk tanaman. Jika

108

baja dijual bukan saja duit yang diperolehi tetapi penat lelah mengangkut dan membaja tidak perlu dialami, dan masa dapat diguna untuk kerja kerja lain yang lebeh berfaedah. Penggunaan baja di tempat lain yang nyata menberi pulangan hasil yang lebeh mungkin mendapat penerimaan petani yang berbeza. Lagipun ramai petani yang jemu dengan pengalaman hubungan mereka dengan pegawai-pegawai pertanian yang muncul merayu sokongan bagi projek jabatan mereka atau menggalak bermacam macam percubaan dan lepas itu menghilangkan diri kerana bertukar dan meninggalkan anak projek setengah jalan, atau pun meninggalakan perojek terbengkalai. Siapakah dalam kerajaan yang ambil tahu tentang itu semua, yang mahu ambil tahu tentang itu semua selain dari hanya mempersalahkan petani. Program-program yang dilaksanakan untuk rakyat yang dilaksanakan tanpa imaginasi dan tanpa penilaian yang berkesan akhirnya merugikan wang rakyat dan mengecewakan kumpulan sasaran. Pegawai-pegawai yang melaksanakan projek-projek seperti itu tidak terjejas tetapi terus dapat hidup selesa tanpa disoal periksa oleh Ketua Jabatan. Tahun demi tahun

pengkhianatan seperti itu dilakukan atas nama bantuan yang dilaksana tanpa imaginasi. Mengikut rekod jabatan pegawai-pegawai berkenaan berjaya membelanjakan wang bantuan yang diperuntukkan unutk masyarakat tetapi tidak ada pihak yang mahu ambil tahu tentang kegagalan projek-projek itu. Di manakah pemimpin-pemimpin politik yang mahu ambil tahu, bertanya, dan menyoal tentang perbuatan yang merugikan rakyat dan harta benda Kerajaan? Pengurusan yang baik patutnya mahu semua amalam yang tidak baik dan songsang yang berulang-ulang tahun demi tahun dibasmikan.

109

NASIB KELANTAN

emang nasib Kelantan.

Ada dari kalangan pegawai-pegawai kanan dalam

Kerajaan negeri dari dulu lagi lebih mengambil berat tentang kedudukan, itu semua matlamat

pangkat, darjat dan bintang. Mereka masing-masing menjadikan

utama. Mereka lebih berusaha untuk mendekatkan diri kepada raja dari mendekatkan diri kepada rakyat. Rajalah yang boleh memberi semua itu kepada mereka. Memang nasib Kelantan. Minda kebanyakkan pegawai-pegawai dikongkong oleh hasrat dan harapan mendapat pangkat dan bintang kebesaran. Gerakgeri dan tindakan mereka sebagai pegawai kanan dipandu oleh matlamat itu. Jika tidak membuat apa apa yang berkesan menjamin kedudukan mereka maka mereka tidak membuat apa apa supaya kerajaan di lemahkan. Hanya kebelakangan ini baru muncul jiwa-jiwa muda yang lebih mementingkan perkhidmatan. Bilangan pegawai-pegawai progresif belum lagi ramai tetapi harapan rakyat Kelantan ialah supaya ramai akan muncul. Sepatutnya anggota-anggota perkhidmatan awam negeri Kelantanlah yang menjadi pejuang dan penggerak pembangunan di Kelantan. Merekalah yang mengumpul maklumat, data, membuat kajian dan analisis. Merekalah yang menyediakan nasihat dasar dan nasihat projek kepada Kerajaan. Tetapi melihat kepada Kelantan semenjak 30 tahun lalu mungkin semua itu tidak pernah dibuat dengan berkesan. Bukan saja apa yang dilihat di Kelantan hari ini tidak mencermin pemikiran perkhidmatan awam yang positif dan imaginatif, ia juga tidak mencerminkan langkah turun ke bawah menggerak masyarakat dalam kegiatan sosio-ekonomi dan menjana kegiatan pembangunan sosioekonomi yang sistematik. Tanpa penyeliaan dan penglibatan pegawai-pegawai tinggi kawasan-kawasan yang patut maju tinggal meleset. Kadang-kadang ada kemudahan fizikal disediakan tetapi program yang imaginatif tidak ada. Rakyat jelata dibiar seolaholah negeri tidak ada pemimpin. Ada pegawai-pegawai Jajahan dan pegawai-pegawai kanan lain yang tidak ambil berat sepatutnya tentang potensi masyarakat dalam jajahan masing-masing. Dilihat kepada projek yang gagal, kempen yang tidak berkesan, tanah terbiar, kemudahan yang tidak diguna, kelompok-kelompok yang meleset, industri yang

110

mati tidak berkubur di tangan ajensi-ajensi dan jabatan-jabatan Kerajaan, maka sepatutnya tindakan perlu segera diambil oleh pegawai-pegawai bertanggungjawab untuk menyelesai masalah pembaziran yang dialami itu. Kerajaan patut beri perhatian segera kepada pembaziran demikian dan jangan mudah berpuas hati dengan amalan jimat cermat dan berbelanja berhemah. Bolehkah kerajaan berharap semua akan baik berasaskan nasihat berbelanja jangan sampai

membazir dan berjimat jangan sampai kedekut. Tidak ada yang tidak kena dengan nasihat itu. Itu adalah mutiara kata. Yang menjadi masalah ialah pegawai-pegawai yang mentadbir dan mengurus kewangan. Masih banyak yang perlu diperkatakan mengenai pembaziran , dan salah satu darinya ialah sumber yang terbiar. Siapakah yang bertanggungjawab membawa kemajuan dan pembangunan ke luar bandar. Siapakah yang ditugas untuk menggerakkan masyarakat kampung supaya tanah dikawasan kampung dimanfaatkan sepenuhnya dengan pelbagai kegunaan, bersih dari lalang dan rumput rampai yang merosak tanaman, bebas dari menjadi sarang makhluk perosak, dan di tanam dengan pelbagai tanaman yang sesuai yang bermutu tinggi, bernilai tinggi dan juga memberi untung tinggi. Ada logiknya negeri yang mahu dan dahagakan kemajuan patut mengengbeling dan menggerakkan segala sumber ke arah kemajuan dan pembangunan. Sambil menunggu projek yang besar besar program-program kecil tetapi berdaya maju cukup sesuai untuk digerakkan oleh DO, ADO, ADUN, dan Ahli Parlimen. Galakan, asuhan dan rangsangan patut diperkenalkan. Jika perlu pertandingan sebagai satu cara motivasi yang lazim diguna dapat dihidupkan secara serious sebagai satu cara yang benar benar memberi erti kepada yang mengambil bahagian. Itu perlu dibuat bersungguh dengan penglibatan orang orang ternama tempatan. Jangan buat seperti yang diamalkan oleh badan badan pertanian dan peladang dan perikanan yang membeli hasil pertanian dan perikanan dari Siam untuk dipamirkan pada pertunjukan pertunjukan tertentu di Kuala Lumpur kononnya hasil kerja ahli ahli sedangkan kegiatan membimbing ahli-ahli diabaikan. Tidakklah keterlaluan bagi rakyat mengharap pegawai-pegawai tinggi Kerajaan berusaha mencari pelaburan, memohon pinjaman, melobi segala punca untuk membiayai projek-projek di Kelantan. Pegawai-pegawai kanan di Kelantan tidak nampak ada

111

menggunakan kedudukan untuk merapatkan pentadbiran negeri dengan pentadbiran Pusat dan pentadbiran negeri-negeri lain melalui pelbagai saluran yang ada untuk menolong Kelantan. Ada di kalangan pegawai-pegawai kanan Kelantan yang membisu kaku dalam masyarakat sendiri; tidak memberi tunjuk ajar, tidak memberi nasihat, tidak memberi galakan dan tidak memimpin. Berapa kalikah semenjak 20 tahun lalu pegawai-pegawai tinggi Kerajaan negeri bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin politik Kelantan bersidang khusus dengan pegawai-pegawai kanan Kerajaan Pusat untuk berbincang mengenai pembangunan negeri Kelantan dari segi insfrastruktur, penempatan industri, penarikan pelaburan, pinjaman dan galakan supaya orang-orang Melayu Kelantan tidak ketinggalan? Sejauh mana pegawai-pegawai kanan Kerajaan telah menyediakan fakta, hujah, pujuk rayu untuk menimbul kesedaran supaya Kelantan tidak dipinggir dari pembangunan negara yang sihat dan supaya tenaga Melayu di Kelantan tidak terkunci sia-sia? Memang nasib rakyat Kelantan. Peringkat demi peringkat pegawai-pegawai

kanan yang bersara hilang nilai begitu saja. Jika ada yang diletak di jawatan-jawatan tertentu sebagai pemimpin selepas bersara mereka membisu, seolah-olah mereka tidak berdaya berfikir dengan bernas dan menyalurkan buah fikiran yang baik kepada Kerajaan. Dengan sikap demikian Kelantan kehilangan pengalaman dan buah fikiran dari pegawai-pegawai kanan yang mungkin boleh membantu, terutama dari mereka yang cemerlang semasa dalam perkhidmatan dulu. Budaya tidak menghargai pengetahuan dan pengalaman yang dibawa oleh orang-orang berumur yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang berguna bagi negeri yang memerlukan itu untuk membangun perlu diubah. Memang nasib rakyat Kelantan. Tidak ada yang meniup nafas inspirasi kepada anggota-anggota perkhidmatan awam untuk berkorban bagi memajukan Kelantan di atas landasan yang perlu dibina dengan baik. Bahkan raja yang dipuja oleh pegawai-pegawai itu pun tidak nampak meniup nafas inspirasi kepada pegawai-pegawai untuk bekerja keras memajukan masyarakat Kelantan. Memang nasib rakyat Kelantan. Apa yang ada sekarang adalah peninggalan anggota-anggota perkhidmatan awam Negeri Kelantan dahulu yang kebanyakannya

112

memang tidak berusaha untuk membina tapak dan landasan pembangunan. Mungkin boleh dikatakan bahawa keadaan di Kelantan hari ini adalah antara lain disebabkan oleh ramai elemen dalam perkhidmatan awam yang tidak imaginatif, yang tidak kreatif, yang tidak bijak, yang tidak bernetwork, yang tidak menggunakan ilmu pengetahuan dan yang hanya bersifat makan gaji. Mereka tidak bertalian secara berkesan dengan pegawaipegawai tadbir Pusat. Jika ke Kuala Lumpur untuk mesyuarat-mesyuarat penting mereka tidak ambil kesempatan menjalin hubungan dengan pegawai-pegawai tinggi di Kuala Lumpur. Habis saja mesyuarat mereka cabut; terus balik ke Kelantan atau ke pusat-pusat membeli belah, atau pun berdiam-diam di rumah Kelantan atau berdiam-diam di bilik hotel. Adakah pernah mereka mengatur dan mengadakan masa untuk berjumpa dengan orang-orang penting seperti Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-Ketua Jabatan di peringkat Persekutuan yang boleh memberi nasihat dan idea untuk Kelantan? Bilakah masa pegawai-pegawai kanan Kelantan berkenalan dan bergaul dengan pegawai-pegawai kanan penting di Kuala Lumpur? Bilakah Kelantan? Bilakah masa pegawai-pegawai kanan Kelantan melobi untuk mendapat sokongan bagi pembangunan Kelantan? Bilakah masa pegawai-pegawai kanan Kelantan mendapat tip yang baik untuk Kelantan? Bilakah masa pegawai-pegawai kanan Kelantan meminta pertolongan dari pihak yang lebih berupaya? Bilakah pegawai-pegawai kanan Kelantan berjinak-jinak dengan pakarpakar? Sifat dan sikap yang ditunjuk selama ini oleh pegawai-pegawai kanan yang mempunyai potensi mempengaruhi dasar dan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan tambah menyempitkan Kelantan. Pegawai dan kakitangan patutnya berkayuh, tetapi ramai yang memeluk tubuh. Beratlah Tok Guru dan TMB sahaja yang berkayuh! masa pegawai-pegawai kanan Kelantan mempromosikan

113

Lama manakah se lepas Simposium Perdana Membangun Bersama Islam baru rakyat dapat melihat jentera kerajaan bergerak cergas di belakang kerajaan? Bolehkah perkembangan demikian diharap. Atau itu kah isyarat supaya rakyat bersabar tanpa hujung untuk menunggu perubahan kerana pemimpin mahu bertindak se cara perlahan, teratur, cermat, melangkah biar betul dan melontar biar kena dalam menangani rintangan pentadbiran? Bagaimana pula dengan masa dan peluang yang terlepas, dan bagaimana dengan tanggungjawab memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat yang sangat memerlukan itu semua sekarang. Jika momentum dari Simposium Perdana Membangun Bersama Islam telah tidak disusuli secara berkesan untuk membawa perubahan yang ketara dan berkesan dengan menggerakkan pegawai-pegawai tadbir se cara menghidupkan apa yang dilafazkan oleh ketua mereka di simposium itu nyatalah apa yang dilihat di Simposium itu adalah sendiwara oleh kedua dua belah pihak. Walaupun Kerajaan telah memberi tahu bahawa ia mempunyai cara tersendiri yang tidak di ketahui umum untuk memupuk kemesraan dan persefahaman dengan pegawai-pegawai itu ada lah kenyataan kosong yang tidak dapat dibuktikan. Benarkah wujud persefaman itu rakyat sendiri dapat lihat dalam kelancaran pentadbiran. Apa kah boleh diharap dari Pusat Kajian Strategik bagi menggerakkan pentadbiran awam di jalan yang dinamik dan berkesan.

114

ISTANA AIR MATA

pabila Menteri Besar dan ramai ahli ahli Kerajaan negeri dilihat tidak dapat berbaik baik dengan raja seperti mana yang sepatutnya; apabila hubungan

diantara pemimpin-pemimpin politik dengan raja tidak boleh menghasilkan kesan baik dalam pentadbiran negeri; apabila rakyat jelata Kelantan tahu bahawa satu pihak tidak senang hati dengan satu pihak; dan apabila rakyat sekali sekala dapat lihat ketegangan hubungan dan perasaan melimpah ke pengtahuan awam menjadikan yang sulit tidak lagi sulit semua itu adalah manifestasi keadaan yang cukup tidak sihat bagi Kelantan. Keretakan, ketegangan, kemasaman diantara raja dengan pemimpin-pemimpin politik sudah lama wujud sebagai rahsia terbuka, dilapur dalam media massa. Dalam keadaan hidup rakyat biasa apabila timbul pergeseran atau perbalahan pihak-pihak yang berniat baik untuk mewujudkan kembali pertalian di antara pihak-pihak yang bermasam muka akan berusaha ka arah itu; tidak mudah tetapi jika usaha dibuat dengan bersungguh hasilnya insyaAllah akan memberi puashati. Tetapi dalam keadaan hubungan raja dengan pemimpin-pemimpin politik Kelantan bermasalah rakyat tidak nampak dan tidak dengar usaha usaha yang serious oleh pihak-pihak yang berkelayakan mengambil langkah memulihkan hubungan baik dan berkesan diantara pihak-pihak yang berkenaan. Sebaliknya yang dapat dilihat dan didengar ialah usaha usaha mengambil kesepatan dari keretakan yang wujud untuk menangguk di air yang keruh bagi pelbagai faedah. Ada yang hendak dapat kuasa dan pangkat; ada yang hendak tambah pengaruh; ada yang hendak balas dendam; dan ada yang kembali berbaik baik dengan istana setelah memaki hamunnya; dan ada yang merapatkan diri dengan istana dengan mengharap istana dapat menolong mereka menang pilihan raya. Apabila istana raja di Kota Bharu digelarkan oleh rakyat Istana Air Mata itu adalah satu petanda ada sesuatu yang perlu mendapat perhatian dalam hubungan rakyat dengan raja. Rakyat Kelantan sukar hendak ingat bila masa dan zaman raja pernah bersama rakyat, mengajak rakyat menuju kemajuan dan pembangunan. Yang lazim

115

rakyat tertentu dengar ialah titah raja di majlis-majlis resmi. Tetapi rakyat nampak dan ingat bila istana telah dilibatkan dalam usaha untuk kepentingan individu-individu atau entiti tertentu. Rakyat Kelantan tahu tahun demi tahun anak-anak Kelantan dan individuindividu dari luar Kelantan menerima bintang-bintang kebesaran dan tauliah-tauliah yang biasanya dianugerah oleh raja kepada orang-orang yang berjasa kepada Kelantan; taukeytaukey dari Singapura ramai yang menerima anugerah bitang kebesaran dan pingat tetapi jasa apa dan faedah apa kepada Kelantan dan kesejahteraan rakyat Kelantan ramai yang tidak tahu; ramai tidak ambil kisah. Dalam sejarah moden Kelantan raja Kelantan mahu berjiwa rakyat. Bukan sahaja rakyat yang berminat terhadap tanah, projek dan industri. Di bawah Kerajaan dulu dan di bawah Kerajaan yang ada raja tidak nampak mengecapi nikmat bersama Kerajaan yang di pilih oleh rakyat. Di dalam suasana yang wujud di Kota Bharu dan seluruh Kelantan istana nampak tidak menikmati sanjungan dan pujaan rakyat jelata secara penuh mulut dan spontan. Sambutan dan sanjungan yang rakyat nampak adalah yang diatur dan diurus. Tanpa itu sukar didengar suara suara pujian, sanjungan, dan pujaan. Pemerhati nampak seolah-olah istana tidak berakyat. Keadaan dan cara hidup di Kelantan memperlihatkan betapa berbezanya kedudukan raja dikacamata rakyat berbanding dengan kedudukan rakyat dibawah Kerajaan dulu dulu dimana raja dipuja, disanjung, dijunjung, dan dikasihi oleh rakyat jelata. Hari ini rakyat nampak bahawa istana ha nya bersama rakyat berkelompok kelompok. Raja nampak dikelilingi oleh orang orang tertentu sahaja dan kurang terlibat dalam perkara perkara yang menyentuh aspirasi rakyat jelata secara yang boleh menimbulkan rasa bangga rakyat yang dahagakan kemajuan dan pembangunan serta sanjungan sebagai rakyat sabuah negeri. Dengan masalah-masalah yang ada rakyat melihat itu semua sebagai rakyat didera kerana keadaan demikian tidak memungkinkan wujud kestabilan dalam pentadbiran negeri dan boleh melambatkan pembangunan. Rakyat tidak marah jika raja melambatkan permulaan solat Jumaat kerana imam terpaksa menunggu ketibaan raja. Rakyat tidak marah jika raja melambatkan permulaan sesuatu majlis makan malam kerana menunggu raja. Tetapi rakyat akan tidak senang hati jika pihak istana dalam pelbagai kapasiti, peranan dan kedudukan tidak menolong Kerajaan mengatasi masalah mentadbir dan mengurus negeri, terutama apabila rakyat tahu istana boleh berperanan dengan berkesan.Yang cukup rakyat harap dari istana ialah
116

supaya tidak ada pihak yang berlindung dengannya sambil memberi masalah kepada pentadbiran negeri sehingga jentera kerajaan jadi tidak berkesan. Peristiwa peristiwa baru di Kota Bharu di mana raja dengan senang hati melibatkan diri dengan perkara perkara yang ulama anggap mungkar tidak menyenangkan hati rakyat yang inginkan seorang raja yang menjunjung perintah Allah dan ajaran Nabi. Masih ada kah lagi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan? Walau apa pun yang telah berlaku, walau apa pun pandangan rakyat terhadap raja namun raja Kelantan mempunyai kemungkinan memain peranan istimewa dalam era baru. Dengan pengalaman dan ilmu yang ada raja mempunyai peranan raja yang sesuai dalam menggalak kemajuan dan pembangunan bagi Kelantan. Kemungkinan itu sentiasa ada dan hanya menunggu ketika sahaja.. Raja mempunyai masa depan yang mungkin unik dan sangat bermakna, dan mampu memberi puashati dan kebangaan berada di puncak masyarakat Kelantan yang memilih mencuba membangun bersama Islam setelah umat Islam selama ini dilihat dan dianggap tidak berdaya membangun mengikut ajaran Allah dan Rasul. Alangkah baiknya jika raja ikut sama dalam usaha mempelupuri cara hidup yang menjadi mercu kepada segala usaha dakwah yang dilakukan oleh setiap pihak yang mahu kepada keredhaan Allah. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar1. Rakyat menunggu anxiously bilakah peranan yang hebat dan istimewa itu boleh dimainkan secara bersama oleh raja dengan Tok Guru yang diberi kepercayaan oleh rakyat. Hubungan istana dengan rakyat boleh dinilai dengan mata kasar. Rasa kagum rakyat terhadap kebesaran manusia adalah persepsi tentang kuasa, kekayaan, gaya hidup dan tradisi adat istadat serta protocol yang menimbulkan kebesaran. Tanpa kuasa, kekayaan, dan gaya hidup kebesaran sukar disuburkan. Adat istiadat dan protokol sahaja tidak memberi kehebatan kebesaran raja. Kebesaran sepatutnyalah membawa peluang mengembang sayap. Pada mata kasar raja raja lain dilihat mengembang sayap manakala peluang untuk rakyat Kelantan merasa kebesaran yang ada pada raja mereka adalah terbatas. Dalam keadaan dimana rakyat sukar melihat kebesaran raja kerana pancaran kebesaran itu terbatas perkara perkara kecil telah dijadikan jendela mempamerkan kebesaran oleh pihak-pihak yang berkepentingan memancarkan kebesaran raja. Lihat saja apa yang berlaku pada hari Jumaat sebagai satu jedela kebesaran raja, Raja berangkat ke masjid lama salepas masuk waktu. dengan eskot bermotosikal bersiren walaupun dalam
117

perjalanan yang tidak sukar dalam bandar kecil. Motorsikal besar, siren, dan berlambat lambat adalah perkara kecil yang boleh berperanan besar sebagai lambang kebesaran bagi negeri yang dhaif dalam pentadbiran. Sayangnya rakyat melihat itu semua bukan sebagai tanda kebesaran tetapi sebagai amalan yang menjauhkan rakyat dari raja mereka. Lambat ke masjid dan pergerakan bereskot bersiren keterlaluan adalah tidak mesra rakyat dan menjauhkan raja dari rakyat. Dengan cara demikian raja tidak nampak memaut hati rakyat. Bilakah orang orang yang berperanan dapat menyusun suasana yang membawa perubahan supaya keterbukaan, gerak geri, air muka, dan mata raja dapat menawan hati rakyat yang sebenarnya hendak beraja dalam erti kata beraja sabenar. Tidak kah didengar betapa rakyat Kelantan puji dan puja raja raja Melayu lain yang memperlihatkan hemah dan watak mesera rakyat. Bayangkan jika raja mereka sendiri dapat menambat hati mereka. Tidak kah didengar betapa gembiranya rakyat Kelantan melihat anak raja berdampingan dengan Tok Guru satu ketika dahulu. Kelantan disusahkan kerana organisasi yang percaya bahawa istana mempunyai kuasa ke atasnya dan memilih mencari jaminan kerjaya di bawah payung istana setakat ini berjaya memberi masalah kepada Kerajaan yang dipilih oleh rakyat dari berjalan dengan licin. Masalah yang ditimbulkan membantut dan meyusahkan Kelantan dan rakyat jelata, termasuk mereka yang menimbulkan masalah itu sendiri. Perkara-perkara yang dibuat dan yang tidak dibuat oleh istana menimbul masalah kepada Kerajaan dan rakyat. Hubungan istana dengan kerajaan negeri dahulu semua tahu tidak membantu pentadbiran negeri mewujudkan solidarity peringkat atas. Di bawah Kerajaan sekarang pun perpaduan peringkat atas belum nampak boleh diwujudkan. Rakyat tahu dan nampak ada masalah Istana dan Kerajaan. Mereka tidak ngam. Rakyat nampak jelas kesan pergeseran. Halangan dan rintangan yang diletak oleh pihak-pihak yang menganggap kedudukan dan jawatan mereka dijamin banyak merugikan rakyat jelata dan memberi gambaran saolah olah rakyat dan raja tidak seiring. Apa yang rakyat harapkan ialah masalah itu dapat dipulihkan. Rakyat ingin sangat supaya raja kembali berperana sebagai raja berperlembagaan yang dihormati dan ditaati serta disayangi; dan

118

Kerajaan yang dipilih oleh rakyat pula direstui oleh raja untuk mentadbir serta dibantu dalam usahanya untuk membangunkan negeri. Perbuatan yang ditakrifkan sebagai campurtangan memang dilihat sebagai negatif dan tidak diingini. Tetapi jika raja dengan hemah tinggi, tanpa kepentingan peribadi dengan jujur dan ikhlas mahu melihat kemajuan di Kelantan dan mengambil inisiatif yang didorongkan oleh azam yang baik maka itu tidak akan dilihat oleh rakyat jelata sebagai campurtangan yang tidak diingini. Sebaliknya itu akan dilihat sebagai satu manifestasi raja cintakan rakyatnya. Raja boleh mengambil inisiatif secara raja untuk membuka dialog dengan YAB Menteri Besar dalam suasana penuh muhibah dan kemesraan bagi berbakti kepada negeri; raja sebagai raja dan payung dan YAB Menteri Besar sebagai Ketua Kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyat jelata dan berkuasa mentadbir negeri. Dengan sokongan raja dan rakyat Kerajaan Kelantan akan stabil dan boleh menghadapi tugas pembangunan dengan berkesan insyaAllah. Rakyat sedang menunggu bila ketika raja akan mengambil langkah

mengembelingkan tenaga rakyat, pemimpin-pemimpin politik, dan pegawai-pegawai Kerajaan dalam satu gelombang perubahan yang akan menggerakkan Kelantan ke arah kemajuan dan pembangunan. Raja mempunyai keistimewaan. Institusi raja boleh mengubat penyakit Kelantan. Dengan mudah semua pihak di Kelantan akan bergerak dalam satu rentak walaupun berbeza fahaman politik jika raja sudi bersama rakyat menamatkan persengketaan yang merugikan semua pihak. Raja Kelantan akan menjadi raja sebuah negeri yang dinamik membangun jika raja membuka langkah memulakan dialog positif, melantik pakar-pakar sebagai penasihat atau pakar rujuk, dan melihat kepada Kelantan sebagai satu warisan yang perlu dimaju dan dibangunkan. Dengan berperanannya raja sebagai raja berperlembagaan dalam erti kata yang dimaksudkan oleh perlembagaan rakyat boleh mengharap akan kewujudan kestabilan dalam pentadbiran dan pengurusan negeri dan serentak dengan itu kedaulatan raja, kemuliaan raja, kebesaran raja, dan kesayangan rakyat kepada raja insyaAllah akan pulih. Kestabilan insyaAllah akan membawa kepada pembangunan, dan pembangunan akan

119

membawa kepada pertumbuhan peluang ekonomi dan kekayaan negeri dan kesejateraan untuk semua; raja dan rakyat. Dalam keadaan persengketaan dan tidak stabil ekonomi jadi sempit dan kemewahan raja tidak mampu dilayan. Tetapi dalam keadaan ekonomi berkembang raja akan turut mewah. Apa lagi jika itu semua dimungkinkan dengan langkah dari raja. Tidak hilang bisa ular menyusur akar. Tanpa suasana sihat dalam pentadbiran negeri, tanpa kekayaan yang dapat diagih-agihkan, tanpa keredaan dalam pergeseran, istana akan terus renggang dengan rakyat. kelemahan Negeri Kelantan. Walau apa pun yang berlaku sekarang rakyat menaruh harapan besar kepada tenaga muda dalam istana yang pada satu ketika dahulu pernah menarik perhatian masyarakat dan memaut hati rakyat sebagai yang berjiwa progresif dan prihatin terhadap kemahuan rakyat kepada agama Islam. Rakyat menaruh harapan kepada putra yang belum digoda untuk muncul sebagai wira dan menjadi patron kepada para ulama sebagaimana yang pernah dialami oleh istana silam yang rapat dengan ulama jati, bukan ulama upahan; dan dengan demikian melahir kembali kegemilangan Istana bagi Kelantan dan rakyatnya. Rakyat jelata Kelantan sedar sesedar sedarnya akan kesan buruk dari tindakan atau kesan buruk dari tiada tindakan oleh istana terhadap perjalanan pentadbiran Kelantan di bawah Kerajaan yang dipilih dengan majoriti begitu tinggi oleh rakyat Kelantan. Rakyat jelata Kelantan sedar sesedar-sedarnya bahawa kesihatan pentadbiran negeri adalah bergantung kepada isatana dan juga menjadi tanggungjawab istana. Rakyat jelata Kelantan sedar sesedar sedarnya bahawa kunci bagi pencergasan pentadbiran negeri dalam keadaan sekarang ada pada istana dan rakyat sangat mengharap supaya kuasa dan pengaruh diguna dengan saksama demi kelicinan pentadbiran negeri dan demi maruah Kelantan dan rakyatnya. Di bawah sistem raja berperlembagaan tanggungjawab raja adalah jelas. Kerajaan pilihan rakyatlah yang memerintah. Raja menjadi payung. Raja memain Istana akan terus dilihat sebagai salah satu punca

peranan Raja Melayu yang tidak berpolitik dan tidak juga berbau politik. Segala-gala saki baki ketuanan Melayu, keistimewaan Melayu, hak Melayu dan agama Islam yang

120

perlu dipayungi perlu dipayungi dengan teguh dengan sokongan rakyat jelata. Itu dia kedudukan raja sebenar. Raja dikehendaki menunjukkan kuku dan taring apabila ada yang mengancam rakyat baginda, termasuk jika yang mengancam rakyat itu adalah Kerajaan sendiri yang bertindak mengkhianati kedudukan Melayu dengan tindakan-tindakan yang belok, penghakisan, penggadaian, dan segala keputusan-keputusan Kerajaan yang meniadakan tapak untuk Melayu berpijak di bumi Melayu sendiri dengan megah. Itulah peranan dan tanggungjawab Raja Melayu. Segala program raja yang dibuat oleh Kerajaan negeri kearah memajukan negeri mestilah jadi program Kerajaan. Tidak boleh dan tidak patut ada program Kerajaan yang dijalankan oleh raja seolah-olah itu program raja sendiri. Istana tidak perlu mengadakan program diluar dari apa yang kerajaan rancangkan. Kerajaan dan rakyatlah yang bertanggungjawab mempopularkan raja. Raja berperlembagaan memerintah atas nasihat Kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Raja berperlembagaan perlu mengutamakan program Kerajaan. Segala program raja dibuat oleh Kerajaan atas nama Kerajaan dan ditanggung segala-galanya oleh Kerajaan, kecuali program istana yang bercorak program keluarga raja dan program peribadi yang jelas diberi peruntukan dan dinyatakan demikian oleh pentadbiran dan Dewan Undangan Negeri. Namun program-program peribadi seperti itu tidak juga boleh menjejas nama baik Kerajaan Kelantan. Cara-cara yang mudah dan yang lazim bagi mengatur perlakuan raja dan Kerajaan secara berperlembagaan perlu dihidupkan. Bersediakah dan mahukah Kerajaan Kelantan meminta bantuan dari yang berkelayakan untuk menggabungkan kembali istana dan suara rakyat di bumi merdeka Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang yang cinta damai itu. Kerajaan Kelantan tidak boleh berdiam diri tanpa usaha bersungguh-sungguh dengan cara yang sepatutnya bagi menentukan pembahagian kuasa. Kerajaan negeri mesti mengambil langkah memohon penentuan dari raja dan mengambil tindakan yang wajar jika penentuan tidak dapat dibuat.

121

Raja Berjiwa Rakyat

Raja bertakhta Rakyat berniaga Rakyat berusaha Raja dipuja Ikut ggapo kato Sapo kauk harta Raja berjiwa rakyat Jangan sama dengan rakyat Rajaku berjiwa rakyat Biarlah rakyat berjiwa rakyat Raja jangan sekali-kali berjiwa rakyat Raja jangan sekali-kali berjiwa politik Jadilah Raja rakyat Raja penaung rakyat Jadilah Raja payung rakyat Raja yang disanjung rakyat Jadilah Raja yang berdaulat Kemunculan mu ditunggu Menyahut hajat rakyat mu Berperanan mengikut sumpah mu Raja bukan raja jika tidak Raja Melayu

122

TZAR EKONOMI

eratus-ratus bahkan mungkin beribu-ribu penerima bintang kebesaran dan pingat-pingat dari kalangan rakyat Kelantan dan orang-orang bukan dari

Kelantan yang berjasa kepada Kelantan dalam pelbagai bidang merupakan himpunan manusia berpotensi besar untuk membangun Kelantan. Setiap anugerah ada catatan ataupun penyataan jasa penerima kepada Kelantan, Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang. Sepatutnya dengan jasa-jasa itu Kelantan tidaklah

mundur berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Kemanakah jasa-jasa besar itu pergi, Tuhan sahaja yang tahu. Walau apa pun sumbangan mereka, pada

keseluruhannya jasa-jasa atau sumbangan-sumbangan mereka seharusnya dapat menolong Kelantan dalam banyak hal. Bahkan selepas mereka berjasa dan selepas

mereka dikurnia bintang kebesaran banyak yang boleh diharap dari mereka dari segi bantuan moral dan pemikiran kerana lazimnya yang dikurniakan bintang kebesaran negeri adalah kebanyakkannya orang-orang yang berpelajaran tinggi, berpengalaman luas, berpergaulan luas, berpengaruh dan berada. Selain dari penerima anugerah bintang kebesaran ramai lagi penerima pelbagai pingat yang di antara mereka mungkin juga tidak kurang berilmu pengetahuan tinggi, berkepakaran dan berpengalaman luas. Jika sepuluh peratus sahaja dari yang menerima kurnia bintang kebesaran negeri dapat digembeling untuk menolong Kerajaan Kelantan, bayangkanlah kesannya. Lima peratus pun boleh memberi kesan. Tetapi rakyat tidak pernah tahu jasa mereka dan tidak mendapat faedah dan manfaat dari orang-orang besar yang berjasa kepada negeri kerana tidak ada program yang mengembelingkan perkhidmatan mereka secara yang boleh menolong Kerajaan menolong rakyat. Jikalau selama ini jasa mereka tidak diberi tahu kepada rakyat dan perkhidmatan mereka tidak diminta, bolehkah di masa depan ataupun mulai dari sekarang perhatian diberi kepada penerima-penerima kurniaan bintang kebesaran negeri Kelantan? Mereka datang dari pelbagai latarbelakang dari Kelantan dan luar Kelantan. Kelantan yang
123

berada dalam keadaan tersepit, dihalang dan disekat, Kelantan yang memerlukan rakan untuk bernafas, Kelantan yang memerlukan jaringan untuk membangun sudah tentu perlu mencuba mendapat sumbangan perkhidmatan dari mereka yang telah terbukti berjasa kepada Kelantan dan yang mungkin ingin terus berjasa pada Kelantan atas sebab-sebab yang hanya mereka sahaja yang tahu. Rakyat tahu bahawa jasa-jasa itu diketahui oleh istana. Rakyat tahu sudah ada penerima-penerima bintang kebesaran membuat

pelaburan. Tetapi setakat ini pelaburan-pelaburan itu belum berkesan dari segi menjana pembangunan. Yang perlu dicuba ialah bukan sahaja setakat mendapat pelaburan dari mereka atau melalui mereka tetapi mendapat apa-apa perkhidmatan yang boleh menolong Kelantan maju secara stable, bukan dari perspektif jangka pendek. Di samping itu berbagai persatuan dan club wujud di Kelantan yang dipimpin oleh orang-orang kenamaan dari kalangan yang dianugerah bintang dan pingat. Dalam keadaan biasa orang-orang seperti itu boleh diharap untuk memberi sumbangan bakti kepada negeri yang sudah menunjuk penghargaan kepada jasa mereka. Tak cuba tak tahu. Barisan kepimpinan Kerajaan negeri perlu melapangkan masa untuk berdekatdekat dengan pelbagai persatuan dan club yang ada dengan tujuan mencungkil bakat dan sumbangan mereka. Peluasan jaringan penglibatan barisan pemimpin Islam akan

memungkin pencergasan kegiatan pembangunan dan memberi peluang yang lebih luas untuk rakyat menyokong Kerajaan dalam bentuk-bentuk yang mereka berdaya. Di negeri-negeri lain di luar negara Dewan Perdagangan dan Perindustrian adalah satu-satunya organisasi yang bergerak cergas membantu Kerajaan dalam hal-hal yang menolong menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan industri. Badan seperti itu ada di Kelantan. Lebih-lebih lagi bagi Kelantan yang dahagakan kepimpinan Dewan

Perdagangan dan Perindustrian sepatutnya sudah lama mencari dan memain peranan yang penting untuk mencergaskan diri sebagai organisasi yang sambil berkhidmat untuk kepentingan ahli juga membuka jendela untuk perkhidmatan kepada masyarakat dalam bidang yang kena mengena secara langsung dengan matlamat organisasi sendiri. Selama ini organisasi itu tidak nampak berjasa kepada Kelantan dan rakyat Kelantan dari segi menjadi suara dalam mengajak kepada kemajuan dan pembangunan yang tersusun dan berstrategi. Dewan mempunyai peranan penting jika ia mahu main peranan. Ia mesti bertindak proaktif. Kerajaan juga perlu melihat kepada badan itu secara proaktif dan

124

mengambil langkah memberi keteguhan kepada badan itu supaya ia dapat berperanan. Kerajaan perlu lihat kepada aset badan itu dan gembelingkan aset itu.

Selain dari institusi-instusi yang formal yang mengurus hal ekonomi Kelantan pada masa ini Kelantan patut juga ada Economic Tzar, iaitu orang yang kuat kedudukan ekonominya dan mempunyai pertalian dan pengaruh yang kuat dalam ekonomi tempatan secara positif yang boleh menjadi tumpuan pemikiran dan usaha disektor swasta. Memang Kelantan sudah ada ramai jutawan tetapi yang dikehendaki ialah orang yang boleh memain peranan menggerak ekonomi tempatan dengan penglibatannya secara peribadi dan memungkinkan pelaksanaan projek dengan mudah dan segera melalui pengaliran idea dan pendapat kepada Kerajaan dan pemimpin-pemimpin tinggi secara tidak formal dan formal yang boleh mempercepatkan pertimbangan cadangan dan permohonan dan memberi keyakinan kepada sektor swasta tentang sikap Kerajaan. Orang seperti ini cepat muncul jika kerajaan sendiri secara langsung dan tidak langsung menggalakkan kemunculannya. Economic Tzar biasanya lahir dengan sendiri di atas kekuatan perdagangan dan perusahaan sendiri. Tetapi dalam keadaan seperti Kelantan adalah tidak rugi jika

Kerajaan memain peranan sedikit ke arah itu. Ramai pengusaha Kelantan memilih untuk bergiat secara low profile. Ada di antara mereka yang mungkin layak diajak ke depan asalkan proses itu tidak membawa kepada kronisme. Seeloknya Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Kelantan dapat memain peranan ke arah itu, dan amnya dalam menjana pembangunan di Kelantan. Kehadiran Dewan selama ini tidak langsung mencerminkan dinamisma yang biasa dikaitkan dengan badan seperti itu. Dalam masyarakat lama orang kaya di kampung menjadi tumpuan urusan jual beli dan perusahaan. Dalam masyarakat baru pun tradisi itu tidk kurang berjasa dalam membawa perubahan dan kemajuan walaupun ada juga terdapat orang orang kaya yang jadi lintah darat di kampung. Tetapi aspek positifnya ialah orang orang kaya dalam masyarakat mudah berperanan dalam usaha memajukan masyarakat jika diberi sokongan dan galakan oleh kerajaan untuk menjadi jambatan bagi melibatkan pelaburan dan penyertaan syarikat swasta dan individu. Kehadhiran orang orang seperti itu boleh membuat Kerajaan dilihat dan diterima sebagai mudah berkira, faham terhadap aspirasi

125

rakyat dan tidak membiarkan birokrasi selama ini dengan sengaja atau tidak sengaja menjadi benteng menyusahkan Kerajaan dan menyusahkan rakyat.

TANAH TANEH

elantan mempunyai masalah tanah untuk pertanian dan pembangunan perbandaran dan perumahan, dan Kelantan juga mempunyai masalah tanah untuk

industri besar dan kecil. Tuan punya tanah sudah tentu bebas membuat apa saja dengan tanah mereka termasuk tidak membuat apa-apa. Di kawasan bandar, bila ada faedah bagi mereka barulah tuan-tuan tanah itu majukan tanah-tanah mereka bagi tujuan bangunan pejabat dan perniagaan atau untuk kegunaan-kegunaan lain yang sesuai dengan keperluan perbandaran. Ketiadaan land bank Kerajaan di dalam bandar menyebabkan banyak tanah lapang dan kawasan rekreasi di dalam bandar dipinda guna tanah bagi tujuan bangunan. Pengambilan tanah oleh Kerajaan adalah satu tindakan yang cukup tidak disenangi dan membuat langkah itu tidak mudah diguna oleh Kerajaan. Tanah-tanah milik dalam katogeri tanah pertanian juga memberi masalah dalam pembangunan. Ada tanah dimiliki oleh spekulator atau oleh orang yang berada dengan tidak mengusahakannya. Juga tanah peninggalan yang menjadi harta pusaka yang

dimiliki oleh waris yang ramai tidak mengizinkan atau memudahkan mana-mana satu pihak mengerjakan tanah tersebut dan akibatnya tanah menjadi terbiar. Tanah terbiar akibat dari sebab-sebab yang disebutkan di atas dan oleh sebab-sebab teknikal seperti tidak ada bekalan air yang cukup untuk pertanian yang sesuai menjadi satu cabaran besar kepada pembangunan dan perlu dicari penyelesaian secara kreatif, imaginatif dengan langkah dan kaedah yang strategik. Bertahun-tahun keadaan demikian wujud di Kelantan. Yang rakyat diberitahu ialah Kelantan hadapi masalah kekurangan tanah dan masalah pengambilan tanah untuk keperluan pembangunan. Tidak ada kedengaran tentang usaha untuk mencari jalan

mengatasi masalah itu. Masalah tanah perlu diselesai dan diberi keutamaan tinggi dalam pengurusan pembangunan negeri.

126

Inilah satu contoh yang membayangkan kekurangan kapasiti pentadbir dan pengurus Negeri Kelantan menyelesai masalah. Anak-anak Kelantan hairan tentang apa yang dibuat oleh pentadbir tanah dan ahli exco berkenaan setiap hari, setiap minggu, tahun demi tahun. Jika dari tahun 70an lagi tidak ada langkah yang diambil untuk mengatasi satu rintangan besar dalam laluan pembangunan, apakah yang boleh diharap dari Kerajaan hari ini. Tetapi penyakit apa yang tidak ada ubat? Penyelesaian bagi masalah itu ada jika dicari. Negeri-negeri yang menghadapi halangan seperti itu telah lama menyelesaikannya dan membawa faedah kepada semua pihak. Kelantan boleh, jika masalah itu diberi fokus, menyelesaikannya dengan cara positif. Perkara tanah mesti mendapat prioriti dan penyelesaiannya boleh dicari dalam konteks suasana yang wujud. Ia memerlukan kepimpinan yang progresif dan imaginatif bagi mengepalai satu projek yang sedemikian mencabar. Secara kasarnya program boleh diusahakan ke arah melegakan kekurangan tanah untuk pembangunan. Pokoknya perkara Kelantan tidak ada tanah luas untuk industri sudah lama diketahui oleh orang ramai dan bakal pelabur. Tetapi yang masyarakat tidak faham ialah kenapa perkara itu tidak dapat diselesaikan? Oleh kerana tanah adalah penting dalam konteks menarik pelabur dan industri, maka hal tanah perlu mendapat keutamaan dalam pentadbiran dan pengurusan negeri. Kelantan tidak mudah membangun jika hal tanah tidak diberi perhatian oleh Kerajaan. Ada beberapa pilihan yang boleh dibuat oleh Kerajaan supaya tanah tidak lagi menjadi masalah bagi bakal pelabur dan pengusaha yang ke Kelantan untuk mengambil peluang. Yang hendak didengar oleh pelabur apabila mereka berurusan dengan Kerajaan ialah Kelantan tidak ada masalah tentang tanah. Semua dapat diurus. Apabila begitulah keadannya rakyat akan tahu bahawa Kelantan sudah bersedia melangkah ke pentas dunia. Keadaan yang wujud memperlihatkan kelemahan perancangan strategik bagi Kelatan oleh pihak-pihak yang ditugaskan untuk itu. Kelemahan seperti itu wujud semenjak kerajaan dulu lagi. Pegawai-pegawai dan orang orang politik yang diberi tanggungjawab bagi membuka jalan untuk memajukan Kelantan selama ini gagal melepaskan Kelantan dari masalah tanah dalam konteks keperluan pembangunan. Mereka tidak menyusun dan mentadbir hal ehwal tanah secara berkesan bagi membawa kemajuan. Pegawai-pegawai dan orang orang politik berkenaan mungkin telah bekerja keras tetapi kerja keras perlu diimbangkan dengan penggunaan fikiran dengan berat

127

untuk menyelesaikan masalah. Turut bertanggungjawab bagi kelemahan ini yang terbiar selama dua belas tahun ialah pemimpin-pemimpin politik yang tidak mengambil inisiatif bagi meletakkan perkara tanah bagi keperluan pembangunan sebagai priority utama. Jika kemampuan menyelesaikan masalah yang begitu besar dan penting tidak ada dalam barisan pentadbir dan barisan ahli kerajaan maka adalah sangat wajar supaya tugas memikir itu diserahkan kepada pihak lain yang lebih berkemampuan. Penyelesaian masalah tanah bagi pembangunan adalah di tangan Kerajaan negeri. Ramai pihak yang boleh menolong menghamparkan kepada Kelantan satu program yang membuka bidang yang selesa untuk pentadbiran Kelantan menyelesaikan isu tiada tanah untuk pembangunan. Kerajaan mesti pandai buka pintu itu. Helah tiada tanah untuk pembangunan tidak harus turun temurun dari kerajaan dahulu hingga sekarang menjadi penghalang kepada usaha menarik pelabur. Sekatan keatas pemilikan tanah oleh pelabur pelabur bukan anak Kelantan juga tidak harus dibiar tanpa penyelesaian. Di tangan kerajaan yang mahu dan berani serta jelas dalam visi dan matlamatnya keputusan keputusan yang penting boleh dibuat dengan bijaksana.

128

YANG TAHU dan YANG MAHU

emenjak negara mencapai kemerdekaan, Kelantan tidak pernah dapat sentuhan pemerintahan dan kepimpinan yang menunjuk kebolehan dan minat membawa

pembangunan sosio-ekonomi secara terancang. Asas pertumbuhan ekonomi tidak dibina. Pemimpin-pemimpin dahulu hanya mahu kuasa, dapat kuasa tunjuk bisa, hanyut dengan kedudukan dan kuasa, leka dengan membuat harta untuk diri sendiri dan orang-orang terpilih, dan membiarkan pentadbiran kepada pegawai-pegawai tadbir yang rosak dengan gila pangkat dan kedudukan tanpa mengambil peduli tentang tanggungjawab membina asas pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh. Bagi mereka mentadbir atau memerintah adalah mengguna kuasa untuk menyenggara negeri dengan mengutip cukai dan pelbagai hasil dan membelenjakannya. Mereka cuba supaya tidak berbelanja lebih, dan jika terpaksa lebih mereka berhutang. Sukar ditunjuk bukti-bukti usaha berfikir, berbincang dan berikhtiar bagi menegakkan asas pembangunan dan pertumbuhan kekayaan negeri secara yang berhemah. Oleh hal yang demikian Kelantan di bawah Kerajaan sekarang mewarisi dari Kerajaan dulu tahap pembangunan yang rendah, pelaburan yang rendah, infrastruktur yang rendah, peluang pekerjaan yang rendah, akses kepada sumber alam dan pendalaman yang rendah, dan pelbagai aspek kelemahan yang berkaitan dengan keadaan ekonomi negeri yang kurang maju. Menggerakkan pembangunan bagi meletakkan Kelantan di atas landasan pertumbuhan ekonomi memerlukan satu tenaga dan kepimpinan yang tahu dan yang mahu mengambil langkah ke arah itu; kepimpinan yang bukan sahaja tahu mahu, tetapi tahu untuk menyahut cabaran itu dengan berani, memberi prioriti dan masa untuk merancang dan mengembeling tenaga dan sumber bagi menjayakan usaha itu, tahu dan mahu meminta tolong dari kalangan yang berupaya menolong, dan berani membuat keputusan yang telah ditimbang masak-masak walaupun keputusan seperti itu membawa risiko. Tanpa keputusan yang besar dan hebat, tanpa risiko, Kerajaan Kelantan boleh diibaratkan saperti Kerajaan yang tidak berbuat apa-apa. Ianya selamat tetapi merugikan rugi masa, melepas peluang, dan tidak ada harapan untuk mendapat untung kerana takut

129

mengambil risiko.

Kerajaan yang merasa selamat dengan cara begini, jangan terkejut

jika ditolak rakyat kerana dianggap Kerajaan yang tidak efektif. Kejayaan memenangi pilihanraya Umum 1999 tidak boleh dijadikan hujah, bahawa apa yang telah dibuat oleh Kerajaan lima tahun sebelum itu atau sepuluh tahun sebelum itu mendapat approval rakyat Kelantan. Memang rakyat Kelantan memilih barisan kepimpinan Islam kerana hendak membangun bersama Islam. Orang Islam yang taqwa, yang mahu keredhaan Allah di dunia dan akhirat tidak akan melepas peluang untuk ikut serta membangun bersama Islam. Tetapi rakyat Kelantan yang mahu kepada Islam akan juga menilai sama ada orang-orang yang diberi kepercayaan memimpin mampu mentadbir dan mengurus pembangunan. Bukan agama Islam yang dinilai tetapi orang-orang politik yang membuat janji yang akan dinilai kebolehan dan keupayaan mereka. Mereka akan dinilai secara perbandingan yang mudah, dibanding dengan orangorang politik yang membentuk Kerajaan Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, N. Sembilan, Selangor, Perak, P.Pinang, Kedah dan Perlis malah dengan Sarawak dan Sabah. Jika lima tahun, sepuluh tahun dan lima belas tahun berlalu dan tidak nampak bukti penubuhan asas yang baik bagi pembangunan yang dihasilkan oleh Kerajaan, dan tidak ada pembangunan yang menepati harapan rakyat untuk membangun bersama Islam dari segi kemajuan di bidang sosio-ekonomi, dari segi perimbangan pembangunan jasmani dan rohani, dari segi kemajuan di bidang kesejahteraan di dunia ekonomi, pekerjaan, perumahan, industri, infrastruktur, pengangkutan, ICT, komunikasi, pentadbiran dan pengurusan maka bolehkah rakyat diharap akan terus menyokong? Kerajaan Kelantan memikul tanggungjawab yang berat bagi memenuhi harapan rakyat untuk membangun bersama Islam, mengekal daya tarik yang kuat yang ada pada slogan Membangun Bersama Islam, dan mengekal harapan, kesabaran, dan pengorbanan rakyat Islam dengan cita-cita untuk hidup dalam suasana maju dan membangun dalam masyarakat majmuk di mana orang orang Islam dapat hidup penuh seperti disuruh dengan berlandaskan Al-Quran dan Hadith. Rakyat Kelantan rata-rata tidak mahu Kerajaan barisan kepimpinan Islam gagal. Rakyat Kelantan mahu Kerajaan berjaya. Rakyat Kelantan akan sukar terima keadaan di mana harapan mereka dihampa oleh pemimpin-pemimpin politik yang berada dalam Kerajaan Kelantan. Rakyat Kelantan tidak boleh terima pemimpin yang tidak berusaha

130

keras untuk melayakkan diri mentadbir dan mengurus Negeri Kelantan dengan berkesan. Rakyat Kelantan tidah boleh terima pemimpin yang tidak merancang dan mengarah dan menggerakkan jentera Kerajaan Kelantan dengan segala kebijaksanaan. Rakyat tidak dapat terima pemimpin yang tidak menghadapi dan menyelesai masalah secara positif. Rakyat tidak mahu pemimpin yang tidak melihat semangat dan harapan rakyat. Rakyat mahu pemimpin yang tidak lari dari tanggungjawab bagi mengekal kredibiliti sebagai Kerajaan sepanjang zaman. Rakyat mahu yang terbaik dan yang berupaya dibariskan dalam exco. Mahu kah yang tidak mampu menjalankan tugas mengudur diri dengan terhurmat supaya usaha Membangun Bersama Islam dapat maju dengan berkesan. Rakyat Kelantan yang telah berani membuat pengorbanan untuk meletak harapan dan kepercayaan dalam wawasan Membangun Bersama Islam berhadapan denganrisiko besar di tangan pemimpin-pemimpin politik yang sanggup menerima perlantikan ke jawatan tinggi dalam Kerajaan tetapi tidak sanggup melengkapkan diri dengan segera untuk melayakkan mereka memainkan peranan sebagai pemimpin. Semenjak berpuluh tahun lalu rakyat Kelantan telah melihat orang orang politik mendapat perlantikan sebagai ahli exco tanpa meninggal apa apa kesan apabila berhenti jadi ahli exco selain dari hanya meninggal rekod sebagai ahli exco. Mereka, semasa jadi ahli exco tidak menghasil initiatif yang boleh disebut-sebut sebagai sumbangan terhadap membina asas membangun bersama Islam. Mereka datang dan mereka pergi tanpa sebarang impak. Bagaimanakah dengan ahli-ahli exco yang berpengalaman lima tahun dan sepuluh tahun? Apakah nilai pentadbiran yang telah dikumpul untuk diguna secara berkesan oleh barisan kepimpinan Islam? Bagaimana tentang ahli-ahli exco yang baru dilantik? Adakah

mereka mahu dibimbing dan berusaha belajar melayakkan diri?

Siapakah yang

membimbing? Atau adakah masing-masing berpura-pura atau bersandiwara berperanan sedangkan jawatan exco itu dijadikan seperti satu-satunya peluang makan gaji, satu lapis birokrasi yang ada peranan tetapi tidak ada pengalaman, tidak berkebolehan, atau sangat bergantung kepada pegawai dan petugas dalam perkhidmatan awam sehingga mereka yang patut memimpin dari segi pemikiran dan halatuju sanggup menjadi pengikut, menjadi bayangan pegawa?

131

Adalah tidak terlewat untuk Kerajaan Kelantan membuat penilaian keupayaan di kalangan ahli-ahli exconya bagi tujuan memperkukuhkan keupayaan semua dalam bidang masing-masing supaya tidak ada di antara mereka dicap sebagai tidak berperanan dengan teguh menggerakkan rakyat dan pegawai ke arah pembangunan dalam bidang tanggungjawab masing-masing. Ahli-ahli exco dikehendaki mengembeling kepakaran dan pemikiran bagi menjayakan usaha-usaha yang tidak lagi boleh dijayakan dengan cara-cara lama. Ahli-ahli exco dikehendaki melihat lebih dari daya dan upaya dan helah pegawai-pegawai yang selama ini melesukan usaha pembangunan Kelantan. Mereka harus menjadi pejuang pembangunan. Barisan exco seharusnya tidak dijadikan tempat selamat bagi orang-orang politik yang tidak mahu melawan arus, yang mahu mengelak dari perbezaan pendapat, yang mahu jaga nama sebagai yang tidak bermasalah. Semua itu boleh dibuat dengan bijaksana. Melawan arus dengan mencuba apa yang belum pernah dicuba, berbeza pendapat dalam mencari kaedah dan cara mentadbir yang berkesan dan menjaga nama supaya tidak kontroversi adalah tanda-tanda orang politik yang berwawasan. Apakah yang rakyat Kelantan boleh harap dari slogan Membangun Bersama Islam jika yang didengar dari ahli-ahli exco adalah hanya sungutan tentang apa yang tidak dapat dibuat dan kenapa sesuatu tidak dapat dibuat? Dan alasan-alasan itu sudah lapuk diulang-ulang semenjak dua puluh tahun dahulu lagi. Kesempatan yang paling baik bagi ahli-ahli exco yang tidak banyak pengalaman atau yang kurang ilmu dalam bidang tanggungjawab masing-masing ialah untuk mendapat bimbingan dan pendedahan segera melalui apa cara. Lebih cepat dapat mereka keluar dari bayang pegawai-pegawai yang menjadi jentera pelaksanaan dasar dan program lebih baik. Lebih cepat dapat mereka jalin hubungan yang positif dan realistik dengan pegawai-pegawai lebih baik. Ahli-ahli exco yang anggap dan rasa diri mereka dibeban oleh kerja harian lima tahun dahulu, sepuluh tahun dahulu tahulah bahawa beban itu adalah beban sia-sia, menghampakan Kerajaan dan menghampakan rakyat. Yang dirasai berat itu ialah kerjakerja biasa yang tidak memberi kesan bagi Membangun Bersama Islam dari segi fisikal dan material.

132

Jika ahli-ahli exco dahulu berperanan dengan cergas dan berkesan mungkin pada hari ini Kelantan sudah jauh kehadapan. Dan jika ada di kalangan ahli-ahli exco hari ini yang mengikut jejak ahli-ahli exco dahulu yang tidak cergas dan berkesan besar kemungkinannya tidak ada yang boleh diharap dari mereka tentang pembangunan. Mereka akan kecewakan rakyat dan akan juga meletakkan Kerajaan dalam risiko tinggi di hati rakyat. Kerajaan mungkin akan tergugat. Ahli-ahli exco adalah anggota Kerajaan negeri yang setiap orang darinya dikehendaki oleh rakyat supaya berfungsi dengan berkesan. Masing-masing perlu berdiri memimpin, mengarah, menentu haluan dan menghasilkan kemajuan dan pembangunan dengan membuat keputusan-keputusan bernas dan bertenaga, dan mempengaruhi proses membuat keputusan peringkat Kerajaan secara yang boleh menghasilkan pergerakkan ke arah kemajuan dan pembangunan. Rakyat tidak gembira dengan ahli-ahli exco yang pentingkan kedudukan di mata Tok Guru; tidak mengambil risiko, buat apa yang disuruh, ikut apa yang pegawai suruh tetapi tidak mahu tampil berperanan. Orang-orang seperti itu akan juga menjadi seperti ahli-ahli exco dulu yang tidak berjasa yang merugikan penantian rakyat untuk merasai pembangunan bersama Islam. Rakyat mahu exco

pertanian berjaya di bidang pembangunan pertanian, exco industri berjaya di bidang industri dan demikianlah dengan portfolio-portfolio lain. Rakyat mahu melihat usaha, kesungguhan, ikhtiar dan gerakan mengembeling masyarakat selari dengan keterampilan mereka di bidang politik parti. Kelantan seperti negeri-negeri lain sudah tentu mempunyai pelan pembangunan lima tahunnya dan pelan pembangunan dua puluh tahunnya, pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang. Tetapi pelan akan tinggal pelan jika dasar dan perancangan

pelaksanaan pelan itu tidak diwujudkan bagi menentukan supaya pelan dapat dijadikan program dan projek. Pelan juga bergantung kepada wang, dan itu perlu dicari dengan cergas. Pembiayaan boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk asalkan Kerajaan Kelantan tahu apa yang ia mahu; dan mahu apa yang boleh diadakan oleh dunia pelaburan dan kewangan. Kerajaan Kelantan akan berhdapan dengan pilihan cara pembiayaan jika ia berdampingan dengan atau masuk ke gelanggang kewangan. Jika Kelantan sudah

bertindak apakah kesannya. Jika Kelantan belum bertindak apakah sebabnya.

133

Lebih kerap pemimpin Kerajaan Kelantan merungut dan komplen tentang Kerajaan Pusat tidak salurkan wang mengikut jadual atau mengikut yang patut ke Kelantan lebih nampak kepada rakyat bahawa pemimpin Kelantan tidak ada daya. Kerajaan perlu mengambil inisiatif dan langkah-langkah untuk mempelbagaikan sumber hasil dan pendapatan Kerajaan supaya kedudukan kewangan negeri bertambah upaya menjana pembangunan sosioekonomi di dalam menghadapi harapan rakyat yang makin meningkat. Walau apa pun yang sudah dibuat bagi menambah pendapatan dan

mengukuhkan kedudukan kewangan negeri namun masih banyak lagi yang perlu diusahakan. Rakyat Kelantan tidak dengar atau baca tentang fikiran atau cadangan

tindakan dari pegawai-pegawai tinggi yang diharap oleh rakyat Kelantan untuk menasihati Kerajaan Kelantan dalam hal-hal kewangan. Walaupun Kerajaan negeri Kelantan di bawah pimpinan YAB Tok Guru telah membawa perubahan kualitatif dalam pengurusan kewangan, mengurus apa yang ada dengan prinsip dan peraturan yang berwibawa dan bijak dengan menutup kebocoran dan pembaziran tetapi rakyat belum nampak strategi dan dasar untuk menambah pendapatan negeri secara terperancang, tersusun, dan yang mampu mendapat sokongan meluas. Langkah-langkah pengurusan untuk mempercekap jentera pengutipan hasil walaupun positif tidak boleh dijadikan helah dan bukti oleh pentadbir bahawa usaha mengukuhkan kedudukan kewangan negeri sudah dibuat. Jika orang politik terikut-ikut dengan pemikiran pegawai-pegawai seperti itu, itu alamat tidak baik. Selagi sumber baru tidak dikenalpasti dan digembleng, selagi sistem-sistem yang cekap tidak diwujudkan, selagi strategi dan dasar belum diletak di tempat yang wajar maka selagi itulah kedudukan kewangan negeri Kelantan tidak teguh. Ia tetap berkisar dari punca hasil tanah, bayaran permit tanah, TOL, permohonan tanah, dan perhutanan. Dengan bertambahnya harapan rakyat untuk mendapat faedah dari pembangunan sosioekonomi sejajar dengan negeri-negeri lain maka pentadbiran negeri Kelantan perlu mengambil kesempatan awal untuk menyusun langkah secara strategik untuk mengenal pasti, mengkaji dan menggembleng segala punca penambahan pendapatan negeri bagi dijadikan asas yang kukuh untuk pertumbuhan ekonomi.

134

Sebarang pertimbangan mengenai langkah mempelbagaikan sumber hasil mahsul dan pendapatan Kerajaan negeri mesti ada kaitan langsung dan bergantung kepada pertimbangan strategi, dasar, undang-undang, mutu dan keupayaan pentadbiran dan pengurusan negeri serta keupayaan merancang dan menangani masalah baru di dalam pengurusan dan pentadbiran secara berkesan dan mendapat sokongan ramai. Bukan saja sumber-sumber baru yang dikenalpasti perlu dinilai feasibility dan viabilitynya dengan kondisi dan situasi yang sedia wujud, tetapi jika perlu strategi, dasar dan undang-undang perlu selaraskan dengan kehendak dan matlamat memperteguhkan kedudukan kewangan negeri. Usaha besar bagi menambah pendapatan negeri yang dimaksudkan oleh rakyat bukanlah terhad di bidang pengutipan cukai, hasil, yuran, sewa, tol, kepala bakul, bayaran, bonus, keuntungan, royalti dan segala rupa kutipan yang dibuat sekarang secara menaikkan kadar atau memperhebatkan pengutipan walaupun cara itu sah. Yang diharap adalah lebih dari itu. Rakyat kecewa mendengar pengumuman Kerajaan menubuh

pasukan petugas 16 orang untuk mengutip tunggakan cukai. Langkah demikian bukan smart namanya. Langkah demikian hanya terbit dari kepala yang buntu, yang tidak dapat lihat cara dan kaedah yang lebih positif, proaktif, dan mampu memikat hati rakyat. Rakyat menanti-nanti langkah enjakan paradigma, langkah yang mengalih pergantungan kepada yang lazim kepada cara pengurusan dan pentadbiran kewangan yang jauh berbeza dengan cara penjajah. Ia harus mencermin sifat merdeka dan moden. Banyak yang patut dinilai dalam konteks strategi, dasar, undang-undang, dan reformasi dalam jentera pengurusan kewangan yang ada untuk mengenal pasti potensi dan bakat bagi kerja-kerja dan tanggungjawab yang lebih mencabar menjana idea, merangka bentuk projek dan menggembleng sumber baru yang feasible dan viable. Jika jentera

pengurusan dan pentadbiran kewangan negeri belum berupaya menyahut harapan rakyat maka organisasi itu perlu diretool segera. Ada satu penyakit dinegeri Kelantan yang menumbangkan Kerajaan dengan teruk apabila iklim yang sesuai wujud. Penyakit itu tidak ada ubat. Didalam bahasa Inggeris ia dinamakan disillussion, iaitu rasa kecewa dengan sesuatu yang diharap-harapkan yang membawa kepada tawar hati dan penolakan apa yang pernah dipegang kuat. Pemimpin barisan Islam mesti ambil tahu secara berat

135

tentang fenomena ini dan bersedia setiap masa untuk mengelak wabak itu seperti mana jabatan kesihatan mencegah wabak.

136

KUASA PECAH BELAH

lhamdulillah. Rakyat Kelantan bersyukur Kelantan terpelihara dari bencana alam. Ribut taufan, gempa bumi, ombak besar dan lain-lain bencana yang Tetapi bala yang

didengar berlaku di negeri-negeri lain tidak berlaku di Kelantan.

menimpa Kelantan adalah dalam bentuk pemimpin-pemimpin politik yang gila kuasa. Kegilaan hendak menang satu ratus peratus bilangan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya menyebabkan mereka ketepikan segala prinsip-prinsip moral dan demokrasi. Mengapakah barisan sekular memulakan budaya berkempen dengan cara, kaedah, alat, dan perbelanjaan yang lebih dari yang patut kerana mahu menang semua undi; kerana bermati-matian mahu menang semua kerusi dalam pilihanraya. Suasana aman damai seperti biasa di kalangan rakyat dapat dipelihara jika kebesan rakyat menggundi tidak di kusutkan oleh usaha usaha mahu sapu 100% undi. Di bawah amalan sedemikian Kelantan dicaturkan. Barisan kepimpinan sekularlah yang menjadi salah satu sebab kenapa Bagi mereka politik adalah satu obsession untuk

Kelantan masih mundur.

menghancurkan barisan kepimpinan Islam dengan menimbulkan pelbagai masalah walawpun masalah itu menimpa seluruh rakyat temasuk penyokong-penyokong mereka sendiri. Dari apa yang dihasilkan semenjak Merdeka baik dari segi kemajuan dan pembangunan negeri Kelantan mahu pun dari segi kebajikan dan kesejahteraan rakyat nampaknya sedikit sahaja pemikiran dan masa pemimpin-pemimpin politik diguna untuk perkhidmatan mengisi kemerdekaan. Banyak masa diguna untuk rebut merebut kuasa dan kedudukan, dan melemahkan pentadbiran lawan dengan tidak mengira bahawa dengan cara mereka itu Kelantan jadi mangsa. Strategi menawan Kelantan dengan

melemahkan Kerajaan dan dengan itu melembabkan pembangunan Kelantan dan memangsakan anak-anak Kelantan yang tidak berdosa perlu dinilai semula. Dalam

zaman bila mana ramai yang mahukan kepada yang bistari dan Islam ada banyak cara untuk menawan hati rakyat secara yang tidak menafikan mereka segala peluang untuk maju dalam Malaysia yang pesat membangun. Strategi berkasar yang timbul waktu para guru Melayu menguasai politik luar bandar dulu tidak relevan lagi. Guru-guru yang malas berfikir dan berhujah dengan lebai-lebai yang nyata tahu apa yang mereka

137

perjuangkan telah memilih jalan ringkas, jalan pancaroba, jalan pecahbelah, jalan tidak adil {zalim} untuk mendera rakyat supaya tunduk. Tidakkah lebih baik jika perlawanan itu dihad ke paras ideologi sahaja supaya kemajuan negeri dan rakyat tidak dihalang. Anehnya Negeri Pulau Pinang yang jatuh ke tangan pembangkang dulu tidak dizalimi. Kemajuan negeri itu tidak dijejas. Usaha membangun negeri itu bersambung-sambung. Nyatalah orang-orang yang memimpin politik di Pulau Pinang lebih cerdik dalam hal menjaga kepentingan pembangunan negeri sendiri. Pemimpin-pemimpin politik Kelantan memecahbelahkan rakyat kerana hendak meramaikan pengikut dalam parti sendiri. Perebutan kuasa dan kemahuan yang amat sangat untuk menjadi pemimpin dalam barisan sekular di peringkat Cawangan, Bahagian dan Negeri, melibatkan penggunaan wang, salahguna kuasa, ancaman, ugutan, penapian peluang dan pelbagai perbuatan yang melaga-laga pengikut untuk menentang musuh masing-masing untuk menolak kepimpinan lawan, dan mensabotaj kerja-kerja dan nama baik lawan. Kerja-kerja seperti itu memecahbelahkan rakyat di akar umbi, dan tidak menggalak ke arah usaha memajukan diri, memajukan masyarakat. Perbuatan mereka menyebabkan psyche orang ramai didominasi oleh perbalahan politik dan percaturan politik. Mereka bertindak tidak adil terhadap ahli parti lawan. Ramai yang berebut-rebut kuasa hendak jadi pemimpin. Wang diguna, pengaruh diguna, ugutan diguna untuk camp masing-masing. Jadilah rakyat berpecahbelah. Mereka abaikan usaha sebenar ke arah peningkatan kedudukan ekonomi. Mereka cakap saja tentang pembangunan tetapi tidak disusuli dengan tindakan. Rakyat dibiar mencari-cari. Bagi rakyat yang berupaya dan berkemampuan itu tidak jadi masalah. Tetapi bagi yang perlu dibantu, dipimpin, diberi kemudahan dan didekati tidak banyak dan tidak meluas usaha turun ke bawah kepada mereka. Mesyuarat bahagian, cawangan, dan biro-biro tidak banyak menyentuh hal ekonomi kampung dan sebagainya. Jarang ada projek kampung yang diwujud sebagai satu cara berpolitik. Jika ada pun pemimpin mewujudkan projek itu adalah luar dari biasa dan khusus untuk faedah orang-orang tertentu.

138

Orang politik yang membentuk Kerajaan sekarang nampak seperti kurang berilmu pengetahuan dan kebolehan untuk memimpin pegawai pentadbir secara berkesan bagi melaksanakan aspirasi politik dan merancang pembangunan. Dalam keadaan demikian pegawai-pegawai dibiar mentadbir Kelantan ikut rentak sendiri sebagai maintenance administrators. Orang politik tidak berdaya mendapat perkhidmatan lebih dari minima dari pegawai-pegawai. Orang politik tidak ada kebolehan dan keupayaan dan jika

berupaya dan berkebolehanpun mereka tidak pernah gunakan kebolehan itu untuk menggalak, meyakin, memujuk, memberi perangsang supaya pegawai-pegawai pentadbir benar-benar berfungsi sebagai pengurus iaitu merancang, mentadbir, mengadakan projek-projek pembangunan dan melaksanakan segala-gala tanggungjawab Kerajaan dengan berkesan untuk kemakmuran negeri. Ramai dari kalangan orang orang politik Kelantan adalah contoh terbaik kata-kata orang tua cerdik tidak boleh diikut; yang tidak pandai tidak mahu belajar. Mereka buatbuat pandai di depan pegawai Kerajaan dan sentiasa turut cakap pegawai. Walaupun peluang wujud untuk menambah ilmu pengetahuan dan keupayaan mereka tidak ambil peluang. Mereka tidak mahu cari jalan mengatasi kekurangan ilmu dengan cara belajar atau berkursus khusus. Mereka sanggup memimpin dalam gelap. Tidak hairanlah jika jawatankuasa-jawatankuasa penting yang dipimpin oleh ahli-ahli exco tidak berkesan. Tidak hairan jika minit-minit mesyuarat tidak menunjukkan kecekapan berfikir dan bertindak, tidak mencerminkan penggunaan kuasa dan pengetahuan untuk mencorak tindakan yang patut diambil oleh pegawai-pegawai Kerajaan, dan lebih mencerminkan sikap dan kemahuan pegawai. Tidak ada kegesaan, tidak ada keputusan yang bernas yang mencermin kemahuan politik, political will. Mesyuarat jadi medan cakap dan dengar untuk direkod bagi mesyuarat akan datang, berulang-ulang tanpa impak. Hasil kerja yang disediakan oleh pegawai yang tidak pandai atau malas atau tidak bermotivasi diterima tanpa teguran atau ulasan. Tidak hairan jika pegawai tidak tingkatkan mutu dan nilai kerja mereka dalam pentadbiran pembangunan. Kerajaan. Dalam keadaan demikian payah hendak dicari asas pertumbuhan atau peningkatan perkhidmatan bagi pembangunan sosio-ekonomi yang lebih dari apa yang lazim. Kreativiti dan imaginasi sukar diperolehi tanpa pimpinan politik yang berkesan
139

Orang politik jadi mainan pegawai

bagi jentera pentadbiran. Hubungan baik yang wujud di antara orang politik dengan pegawai-pegawai pentadbir tidak boleh dijadikan bukti pentadbiran dan pengurusan negeri berjalan baik, iaitu baik dari segi pengurusan yang menelurkan perubahan dan pembangunan dan pengurusan yang menyelesai banyak masalah yang membawa kepada kesejahteraan masyarakat dan negeri. Orang politik yang takut bersuara kerana tidak mahu tunjuk yang dia sendiri lemah di tangan pentadbir dan pengurusan telah mengkhianati rakyat yang banyak mengharap kepada prestasi yang berkesan dari mereka. Lebih baik mereka bebaskan pemikiran dan muncul sebagai penentu arah tuju pentadbiran bagi membawa perubahan, pembaharuan, dan pembangunan. Dengan demikian lebih cepat rakyat akan melihat kesan pemerintahan Kerajaan negeri. Pegawai-pegawai tadbir yang lesu di bawah

Kerajaan dahulu juga telah membuat Kerajaan iti bermasalah dalam menunaikan janjijanji. YAB Menteri Besar pada masa itu bercakap tentang hendak jadikan Kelantan jelapang makanan, jelapang sayur-sayuran tetapi jentera pembangunan negeri tidak terdaya mengembeling idea dan sumber-sumber yang perlu bagi menjayakan matlamat itu. Jika hari ini pun isu-isu berkaitan dengan kemajuan pertanian tidak diberi perhatian oleh pakar-pakar pertanian dan perancang ekonomi negeri masanya akan tiba bila mana kegagalan pegawai-pegawai terpaksa dipikul oleh orang-orang politik. Kelembapan kemajuan di Kelantan yang diakibatkan oleh jentera pentadbiran yang lemah boleh diperbaiki oleh pemimpin-pemimpin politik jika mereka bertindak segera melengkapkan diri untuk memimpin seperti mana seorang Menteri memimpin kementerian masing-masing melaksanakan dasar-dasar dan keputusan-keputusan secara yang memberi rangsangan dan kepuasan hati kepada pegawai-pegawai untuk mencapai matlamat portfolionya. Pegawai-pegawai patut diasuh, dibimbing, digalak, dipimpin, dirangsang dan diberi penghargaan supaya jentera Kerajaan sentiasa bergerak dan berkesan. Ahli-ahli exco yang memimpin jawatankuasa-jawatankuasa tertentu mesti

bersikap dan bertindak sebagai Menteri. Jika perlu Perlembangaan Negeri patut dipinda untuk menggunakan istilah Menteri bagi ahli-ahli exco. Orang-orang politik yang memimpin Kelantan seolah-olah takut masuk gelanggang pentadbiran dan pengurusan. Mereka takut tidak dapat berdiri teguh dalam

140

arena yang mereka kurang yakin mengenai ilmu dan pengetahuan pentadbiran dan pengurusan. Apabila berdepan dengan hal-hal pengurusan mereka beralah, seolah-olah takut diuji, takut didedahkan sebagai tidak bersedia dan tidak pandai. Mereka lebih selesa bersama-sama orang politik, dalam lingkaran aktiviti politik dengan pengikutpengikut mereka yang terima mereka tanpa soal. Jika pada hari ini banyak terdapat keadaan ketinggalan dan kemunduran itu adalah tanda dan contoh jelas akibat tindakan politik yang mendera rakyat Kelantan. Projek tidak dibenarkan di tempat yang sesuai kerana orang politik mahukan tapaknya di tempat yang lebih menguntungkan diri orang berkenaan. Ada kampung yang dapat bekalan elektrik dan ada tidak kerana orang politik tidak mahu kemudahan itu sampai kepada rakyat yang dicurigai tidak menyokong mereka. Ada stesyen radio dan TV untuk memberi maklumat dan ilmu tetapi fikiran rakyat diracuni. Apabila pemimpin pusat melulus peruntukan untuk mempertingkatkan bekalan air di Kelantan pihak pemimpinpemimpin politik Kelantan pula yang tidak henti-henti bercakaran merebut kuasa dan pengaruh tidak mahu peruntukan itu menjadi senjata pihak tertentu. dijadikan isu. Kelulusan itu

Apa yang pada mulanya nampak baik sebagai peluang memperbaiki

masalah bekalan air dengan segera dan dapat menawan hati rakyat dengan cepat menjadi kusut. Rakyat menjadi mangsa didera. Walaupun Kelantan masyhur dengan usaha penangkapan ikan dan orang

Kelantan masyhur dengan kemahiran membuat bot dan alat-alat berkaitan perikanan dan pelayaran, tetapi pada hari ini tidak ada pun usaha dan tanda kesungguhan di kalangan pemimpin-pemimpin politik Kelantan untuk menjadikan itu satu asas kegiatan ekonomi untuk rakyat Kelantan. Satu demi satu baik di bidang infrastruktur atau pun kemudahan awam orang-orang politik di Kelantan secara sedar atau tidak sedar telah menghalang, melambat dan mematikan kemajuan dan pembangunan di Kelantan dengan cara mereka berpolitik. Jangan mudah salahkan pemimpin barisan Islam jika rakyat nampak

berpecah-belah. Pecah-belah selama ini diakibatkan oleh orang politik yang pilih untuk mengekalkan kuasa dengan cara divide and rule, ia itu pecah-belah dan kuasai rakyat. Hanya orang politik berjiwa besar yang boleh berfikir ke arah politik memajukan Kelantan.

141

142

RAKYAT MENDESAK

elantan tidak mungkin dapat lihat dalam jangka pendek program-program dan projek-projek pembangunan besar jika rakyat tidak mendesak Kerajaan dan

tidak membawa cadangan-cadangan pembangunan kepada Kerajaan sekarang yang seolah-olah mati punca atau kekeringan idea yang segar dan menarik. Entahlah jika ada rancangan yang diatur secara senyap-senyap untuk memeranjatkan rakyat. Kelantan tidak akan berubah temponya jika rakyat Kelantan tidak mahu berubah atau mengubah. Dari satu segi apa yang wujud di Kelantan sekarang dan cara Kerajaan mentadbir sebenarnya dengan tidak sengaja dicorakkan oleh rakyat Kelantan sendiri. Pertukaran Kerajaan dari Kerajaan penjajah kepada Kerajaan Malaya (Malaysia) merdeka tidak banyak membawa perubahan dalam sistem.. Pertukaran itu berlaku sebagai penerusan kerja-kerja yang dibuat semasa di bawah penjajahan dahulu. Susunan pentadbiran kampung, mukim, daerah, jajahan tidak berubah. Pegawai Jajahan masih D.O; jabatanjabatan lain kekal seperti di bawah penjajah dahulu. Pendek kata tidak banyak yang berubah. Dalam keadaan demikian boleh dikatakan bahawa rakyat tidak kisah sangat dengan sifat dan tanggungjawab Kerajaan Rakyat - Kerajaan bagi rakyat, untuk rakyat dan oleh rakyat. Dalam loghat Kelantan rakyat dikatakan tak cagha magha, tidak kisah apa yang berlaku, tidak terasa hendak ambil tahu. Apa yang Kerajaan buat buatlah. Sikap tidak kisah dengan tingkah laku Kerajaan itu menyebabkan pegawaipegawai tinggi Kerajaan yang lebih berperanan dari wakil-wakil rakyat yang belum pandai memerintah pada masa dahulu menganggap ringan tanggungjawab terhadap rakyat merdeka. Rakyat dilayan saolah-olah seperti penjajah melayan rakyat. D.O.

berlagak seperti raja. Kampung-kampung dibiar tidak dilawati dan jika dilawati pun tidak menghasilkan teguran dan tindakan yang membawa perubahan dan susulan oleh pegawai-pegawai rendah. Tanah yang tidak diusahakan tiada siapa yang ambil tahu. Apabila tembakau mula ditanam di Kelantan yang bekerja kuat ialah kakitangan syarikat

143

tembakau. Pegawai-pegawai tidak ambil tahu dan apabila ditanya tentang masalah berbangkit, dijawabnya tanaman tembakau tidak ada dalam senarai keutamaan tanaman yang diiktiraf oleh Jabatan Pertanian. Apabila penanaman telah meluas dan menjadi penting barulah perhatian diberi. Banyak tanggungjawab terhadap sosioekonomi rakyat tidak diambil tahu; dan sikap itu berterusan kerana sikap rakyat tak cagha magha tadi. Rakyat tidak kisah dan pegawai pun tak kisah. Rakyat zama dulu dan mungkin sekarang ada yang berasa tidak perlu bersua dengan Kerajaan kecuali untuk membayar cukai tanah atau ada hal-hal kelahiran bayi atau kematian; dalam hal persekolahan pun ramai ke sekolah rakyat di kampung. Rakyat Kelantan dari dahulu lagi bebas dari Kerajaan dalam hal-hal mencari rezeki. Mereka bercucuk tanam dan bekerja sendiri. Yang makan gaji dengan Kerajaan lagi tidak kisah dengan apa yang Kerajaan buat dan tidak buat. Mereka tidak kisah dengan tanggungjawab Kerajaan terhadap kesejahteraan, pembangunan, dan kemajuan hidup mereka, asalkan mereka dapat terima gaji mereka tiap-tiap bulan. Kerajaan demi Kerajaan yang memerintah negeri Kelantan memimpin Kelantan seperti menarik lembu yang dicucuk hidung. Rakyat mengikut, rakyat tidak membantah dan rakyat tidak protes. Tidak pernah didengar rakyat Kelantan berdemonstrasi kerana bekalan air untuk sawah tidak cukup atau bekalan air untuk minum tidak disalurkan ke kampung-kampung mereka. Rakyat menerima, rakyat sabar, rakyat ingat ajaran tok guru-tok guru supaya sabar. Yang tidak berapa kuat beribadat pun ikut masuk bakul yang sama bersabar. Itu lah orang Kelantan. Orang-orang pengikut pemimpin sekular pun kuat bersabar dan kuat dengan pegangan Islam mereka. Rakyat tidak pernah berdemonstrasi kerana kemiskinan kerana orang miskin yang tidak bersyukur pun ada balasannya nanti. Sebenarnya rakyat Kelantan tidak mahu mereka dikatakan miskin. Itu satu penghinaan. Mereka tidak berada, tetapi pada mereka itu bukan kemiskinan. Mereka terima itu semua sebagai takdir dari Allah s.w.t. Mereka tetap bersyukur kerana orang miskin yang bersyukur boleh mengharap ke syurga. Pernah apabila ditanya tentang kemiskinan, mereka dalam nada cerdik kampong menjawab, kalau lembu di padang atau cacing di celah batu dapat hidup manusia juga boleh cari makan untuk hidup. Hidup tidak semestinya mewah. Kepada mereka orang yang dikatakan miskin itu adalah mereka yang benar-benar tidak berdaya dan tidak berada. Itulah yang benar-benar miskin dan yang

144

bermasalah untuk hidup. Orang-orang politik yang mahu menjatuhkan kerajaan yang ada suka menghebohkan tentang Kelantan negeri yang termiskin manakala orang-orang yang tidak mahu melihat kemiskinan di Kelantan sentiasa berbangga dengan keadaan ramai rakyat Kelantan terdiri dari orang yang berada. Sebenarnya di kalangan rakyat yang dikatakan miskin tidak ramai yang dihimpit dalam kemelaratan kemiskinan seperti

kebuluran, berpenyakit dan tersisih dari masyarakat biasa. Ada benar ramai rakyat Kelantan yang berada, dan juga benar ialah negeri Kelantan adalah mundur. Dengan persekitaran luar bandar dan sikap rakyat seperti itu Kerajaan Kelantan satu lepas satu mendapat laluan mudah dalam pemerintahan. Tidak hairanlah senarai kejayaan pemerintahan Kerajaan 1978-1990 cukup daif. Tidak buat apa-apa pun, rakyat tidak berang. Rakyat seolah-olah ditipu oleh orang-orang politik. Sepuluh tahun Kerajaan barisan Islam memerintah Kelantan dan rakyat lihat sikap Kerajaan terhadap rakyat hampir sama dengan Kerajaan sekular dahulu. Kerana rakyat tidak protes maka itu dianggap approval. Rakyat nampak dan terima baik penerapan nilai-nilai Islam dan pelaksanaan cara hidup Islam dalam kehidupan hari-hari dan dalam politik cuti bersalin, tutup aurat, larangan wanita bertanding dalam pilihan raya, pelantikan senator wanita, pengharaman tempat-tempat judi, tempat jual arak, nasihat tidak kerja malam bagi wanita, rumah murah tiga bilik, pencegahan maksiat amnya dan segala langkah yang setakat ini mampu dilaksanakan dalam program pengIslaman pentadbiran, sosioekonomi dan segala aspek kehidupan orang-orang Islam. Tetapi kelekaan yang dilihat dari segi mengambil mudah aspirasi rakyat hari ini, seolah-olah rakyat boleh terus dicucuk hidung, tidak boleh diteruskan selepas ini. Sebenarnya rakyat Kelantan sudah lama celik. Mereka luas terdedah kepada media, kepada maklumat dari ahli keluarga, kepada maklumat dari orang sekampung dan berita dari anak-anak. Ramai yang sudah ke luar negeri dan ke luar negara. Sebelum Kerajaan bermasalah dengan rakyat, rakyat mendesak Kerajaan supaya berperanan secara yang sesuai dengan kehendak zaman dan kehendak wawasan pembangunan negara. Rakyat menyatakan sudah tiba masanya mutu pemikiran dalam Kerajaan diimbangkan dengan mutu pemikiran yang tinggi yang ada dan yang diamal di luar Kerajaan. Rakyat mendesak supaya mutu tinggi penghasilan kerja yang wujud di luar barisan kepimpinan Kerajaan Kelantan juga diamalkan oleh barisan kepimpinan

145

Kerajaan. Rakyat mendesak supaya Kerajaan memusatkan padanya dan disekelilingnya orang-orang yang cemerlang yang mampu memberi makna kepada wawasan Membangun Bersama Islam sebelum rakyat jelata Kelantan lemah semangat dan hilang minat dengan orang-orang politik yang mengecewakan. Apa yang didesak oleh rakyat Kelantan itu tidak patut dilihat sebagai satu gangguan terhadap pemerintahan barisan Islam. Gesaan dan desakan itu adalah satu peringatan awal supaya pemerintahan dapat diisi dengan usaha yang semua penyokong Islam dapat berbangga, dapat menyertai, dapat merangsangkan kemajuan dan pencapaian yang lebih bermakna. Desakan terhadap Kerajaan untuk memperlihatkan prestasi cemerlang dan bermutu tinggi adalah untuk sepanjang zaman. Kerajaan yang datang selepas ini tidak dapat lari dari keperluan membariskan yang terbaik sebagai barisan membentuk Kerajaan. Bahkan kerajaan hari ini perlu memperkemaskan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan supaya yang dibariskan ialah yang terbaik atau yang boleh dilatih menjadi yang terbaik. Masih ingatkah bagaimana orang Kelantan ditertawakan bila seorang anak Kelantan yang langsung tidak ada kelayakan berkenaan diberi jawatan di peringkat Pusat. Lihat apa telah terjadi? Demikian juga di peringkat negeri. Rakyat nampak siapa yang layak dan siapa tidak layak walau apa pun yang ketua Kerajaan nampak dan berhak nampak demikian. Rakyat nampak walaupun TV tidak suluh dan media tidak dedah kelemahan kelemahan dalaman.

146

KELANTAN KAYA

erajaan Kelantan nampak seperti orang yang duduk atas cepu emas tetapi yang tidak sedar ada emas di bawah punggungnya. Rakyat tidak tahu sama Rakyat tidak percaya jika

ada Kerajaan Kelantan tahu atau tidak tahu hakikat itu.

diberitahu Kerajaan tidak tahu. Rakyat akan bertanya Kerajaan what the hell are you doing? jika diberi tahu Kerajaan tahu bahawa ada emas di bawah punggungnya. Bagi negeri yang belum banyak kemajuan tentulah banyak yang perlu dimajukan. Kerajaan Kelantan mesti sentiasa ingat bahawa Kelantan adalah bukan negeri kecil. Perlis adalah kecil dari Kelantan, Kedah kecil dari Kelantan, juga Pulau Pinang. Negeri Sembilan kecil dari Kelantan, Selangor kecil dari Kelantan dan Melaka kecil dari Kelantan. Kunci bagi kemajuan negeri-negeri lain itu ialah pentadbiran dan pengurusan pembangunan yang baik, dasar yang baik, keutamaan-keutamaan yang baik, perancangan dan strategi yang baik. Perbandingan ini adalah sekadar menyatakan keyakinan bahawa Kelantan ada peluang jika pengurusan pembangunan, dasar, keutamaan, perancangan dan strategi semuanya baik untuk Membangun Bersama Islam. Satu contoh yang baik bagi

menggambarkan nilai pentadbiran dan pengurusan negeri ialah negara China. Di bawah pimpinan Mao Tse Tung rakyatnya hidup dalam keadaan serba kekurangan kekurangan makanan, kekurangan tempat tinggal, kekurangan ubat-ubatan dan pelbagai lagi. Pada masa itu bilangan penduduknya adalah kira-kira 700 juta orang sahaja. Pada hari ini rakyat China mencecah 1.2 bilion tetapi keadaan hidup rakyat jauh lebih baik dari segi makan pakai, perumahan, kesihatan, dan berjaya menunjuk kehandalan di bidang sains, teknology, industri, serta sukan dan olahraga antarabangsa. Semuanya itu ditakdirkan Allah boleh dicapai melalui kepimpinan yang berani membuat perubahan untuk mengurus masyarakat yang lebih ramai dengan pengurusan pembangunan yang baik,

147

yang dirancang dengan strategi yang baik dan berani, yang sanggup mengambil keputusan bersesuaian dengan suasana dan keadaan pada masa itu. Contoh ini baik bagi Kelantan. Lebih cepat pengajaran ini diterima lebih baik. Rakyat tidak nampak reformasi yang didesakkan itu menjejas perlaksanaan usaha mendaulatkan Islam dalam pentadbiran negeri dan kehidupan mereka. Sebaliknya jika perubahan-perubahan besar tidak dibuat, jika penyusunan tugas tidak dilakukan, jika keupayaan tidak dipertingkatkan, jika bantuan tidak dicari dan dibawa masuk ke dalam Kerajaan di mana perlu, besar kemungkinannya Membangun Bersama Islam akan menghadapi cuaca buruk. Itu mesti dielak. Memikirkan kemungkinan kehilangan

peluang Membangun Bersama Islam sudah pun cukup untuk menimbulkan perasaan hiba dan sayu sama seperti perasaan kehilangan kegemilangan tamadun Islam silam apabila kita membaca dan melihat gambar-gambar mengenainya. Kelantan memang kaya. Buminya sesuai untuk pertanian, dan ia ada pelbagai kekayaan galian. Negerinya luas, rakyatnya cergas, cerdas dan sihat. Simpanan minyak bukan sahaja ada di laut. Minyak emas hitam di Kelantan ada di darat. Kekayaan itu tidak akan jadi kenyataan tanpa pengurusan kreatif dan imaginatif yang mampu membuka kunci ke arah itu. Kerana itu, Kerajaan tidak boleh lagi bersandiwara seperti ia mendapat laluan mudah mentadbir Kelantan dua belas tahun lalu. Mengikut rekod Kerajaan Kelantan sudah mempunyai tanda-tanda banyak cakap dari bikin. Jika tidak dikawal penyakit cakap tidak serupa bikin akan berjangkit dan merebak. Ubat pencegah penyakit ini ialah kurangkan cakap, banyakkan bikin. Dari situ bikin akan cakap sendiri, dan orang lain pun akan tolong cakap tentang apa yang dibikin, terutama apabila yang dibikin itu baik, hebat, berkesan dan mampu menjana pembangunan. Satu penyakit lagi ialah penyakit mudah melompat. Pemimpin-pemimpin cepat excited dengan benda-benda kecil. Pernah apabila ditanya adakah Kerajaan

mempunyai rancangan untuk menambahkan hasil dan mempelbagaikan sumber hasil negeri, cepat-cepat ada yang menjawab Oh kita dah atur supaya pejabat-pejabat tanah dikomputerkan seolah-olah itulah tindakan yang paling cerdik. Jika rakyat tidak

mendesak, mengorek, bertanya, apakah cara-cara menambah hasil nampaknya perkara itu berhenti dengan jawapan yang cerdik itu sahaja.

148

Pengeksploitan sumber alam negeri Kelantan secara berkesan bagi menjana pembangunan yang cepat memerlukan pendekatan yang luar biasa dari cara dan prosedur yang diamalkan sekarang. Cara mengeluarkan kelulusan permohonan tanah lombong dan permit carigali kepada pemohon-pemohon kecil, persendirian atau syarikat, adalah ketinggalan zaman, tidak lagi sesuai dengan keadaan Kelantan yang sangat memerlukan hasil seberapa banyak yang boleh dari seberapa banyak sumber yang boleh. Mungkin Kerajaan belum sedar akan kesan negatif cara itu dan tidak pernah mengarah pegawaipegawai tadbir supaya lebih kritikal. Oleh itu cara itu terus diamal. Mungkin Kerajaan dilalikan oleh rasa puas hati dan kejayaan apabila exco melulus banyak permohonan. Bukan sedikit kerja memproses permohonan dan menyediakan kertas exco, menyedia minit exco, dan menyediakan surat kelulusan. Tetapi pada hakikatnya ramai yang

menerima kelulusan tidak mencari gali kerana tidak ada modal. Jika mereka mencari gali pun kaedah-kaedah yang diguna ialah tidak lengkap kerana mereka menjimatkan perbelanjaan. Ramai yang menjaja kelulusan permohonan mencari pelabur. Bertahuntahun amalan ini berlaku. Pelabur yang berusaha dengan modal kecil, mudah kekeringan modal. Kerana itu ada tanah ditinggal tidak dilombongkan dan ada lombong acap kali bertukar tangan. Jika kelulusan atau permit lombong mati tempoh itu dengan mudah disambung. Tiada siapa yang bertanya dan menilai sebab musabab. exco pun tidak ambil kesah. Pejabat Tanah pun tidak ambil kesah. Tidak ada pihak-pihak lain yang ambil kesah. Tidak ada yang ambil peduli tentang kesan keputusan exco meluluskan permohonanpermohonan itu. Demikianlah amalannya yang mengakibatkan gambaran kegiatan

perlombongan yang meleset. Kadang-kadang terasa ada benarnya dalam kata-kata makan gaji buta. Nyata sekali kepada rakyat bahawa cara mengurus seperti itu tidak berkesan. Mutu mesyuarat dan perlaksanaan keputusan peringkat tinggi tidak ada nilai selain dari nilai puas hati kerana mesyuarat telah membuat keputusan. Nilai hanya ada pada pemohon yang memegang kertas kelulusan itu. Mungkinkah selama ini exco

menimbang dan membuat keputusan melulus permohonan tanah lombong atau tanah ladang tanpa dasar yang jelas, dengan tujuan berbeza-beza sehingga hasil tindakan jadi lemah. Rakyat memohon, Kerajaan memberi. Dua-dua puashati. Pejabat tanah puashati kerana timbunan failnya sampai ke exco, dan exco puashati kerana timbunan failnya

149

dapat disurutkan,

pegawai kewangan negeri dapat kutip bayaran untuk tabung

pentadbiran dan pengurusan, orang politik dapat menanam budi, ada yang berasa kerja baik telah dilaksanakan. Jika itulah yang memberi puashati maka cara yang diamal sekarang adalah cara sesat. Apa telah jadi kepada kajian semula sistem blok carigali? Apa kesan nya dari kajian itu? Apa kah yang baik yang terbit dari perubahan yang berbangkit? Tetapi hari ini rakyat tuntut Kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi supaya lihat lebih dari kepentingan sempit itu. Rakyat mahu pengurusan sumber asli dibuat dengan bijak dan profesional untuk dijadikan punca hasil yang penting. Kerajaan yang tidak mahu ambil langkah besar untuk membina asas pembangunan yang teguh akan menghadapi kemunduran yang lebih lama. Kelantan mempunyai pelbagai bahan galian, ada yang bernilai dan ada juga yang tidak ekonomik pada masa ini. Langkah perlu diambil untuk merangka pelan secara tersusun supaya pengusaha-pengusaha yang bermodal besar dan berteknologi tinggi dapat masuk menggerakkan aliran pendapatan negeri. Pemantauan kemajuan ke atas pihak yang diberi kelulusan harus dilakukan

dengan rapi secara positif dan berterusan bagi menjamin kejayaan. Amalan meluluskan permohonan sebagai satu cara mengutip hasil untuk perbelanjaan negeri merupakan amalan ketinggalan zaman. Amalan itu diasas kepada fikiran singkat penjajah. Cara-cara lain untuk mencari dan meningkatkan hasil perlu di fikir. Pengaliran masuk hasil harus mendapat perhatian berat. Keupayaan kewangan negeri yang patut diteguhkan oleh pengusaha-pengusaha memerlukan pegawai-pegawai kanan mengambil berat tentang usaha-usaha pelabur dengan memberi pertolongan kepada mereka. Pengurusan dan kakitangan yang tidak proaktif terhadap pelabur perlu ditangani dengan tegas dan adil. pembangunan lebih baik. Umum tahu salah satu faktor daya maju perlombongan ialah rizab yang banyak dan kawasan yang luas. Oleh itu kelulusan perlu ditumpukan kepada perlombongan besar-besaran oleh syarikat gergasi. Jika ada pihak yang mahu menegak benang basah dengan mengatakan cara itu sudah dicuba dan tidak berjaya maka rakyat mahu pengalaman itu dikaji semula dan pelajaran diambil dari pengalaman itu. Rakyat tahu kelulusan besar-besaran pernah diberi kepada pemohon spekulator bagi tujuan-tujuan tertentu; dan rakyat tahu spekulator berkenaan telah mencapai matlamat syarikatnya; Lebih cepat mereka dihindar dari melambatkan

150

telah berjaya membuat untung.

Yang terkena ialah pegawai-pegawai yang telah

diperdaya kerana tidak melengkapkan diri supaya dapat berfungsi dengan berkesan apabila berhadapan dengan pihak sektor swasta dan dapat menjalankan amanah rakyat dengan pandai dan cerdik. Lebih ramai pegawai patut dilatih dan dilengkapkan untuk tugas-tugas yang dapat memberi kesan secara langsung di bidang pengurusan dan ekonomi. Rakyat sudah lama tidak suka kepada orang yang makan gaji buta kerana orang seperti merekalah yang menyebabkan kekayaan Kelantan tidak boleh dimanfaatkan. Hanya Kerajaan yang boleh mengubah keadaan jentera pentadbiran

dengan cara reformasi. Kelantan kaya dengan potensi.

151

KUASA TARIK TURUN

emenangan barisan kepimpinan Islam di Kelantan adalah bukan setakat rakyat Kelantan mahukan Islam. Rakyat Kelantan mengenali Islam jauh lebih

dahulu dari mengenali ideologi politik. Memang rakyat Kelantan mahukan Islam. Jika tidak kerana sifat itu bagaimana boleh dua orang ahli Dewan Undangan Negeri melawan arus kepimpinan sekular mengundi menyokong Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II bagi Kelantan. Dapat dirasai bahawa bukan dua orang itu sahaja dalam barisan sekular yang mahu keredhaan Allah s.w.t. Jiwa raga mereka itu diselimuti oleh Islam sama seperti penyokong barisan kepimpinan Islam. Barisan kepimpinan Islam menang di Kelantan bukan sahaja kerana mereka dapat menarik orang Islam Kelantan jadi lebih bertaqwa dan lebih kuat iman dan mahu Membangun Bersama Islam. Mereka menang kerana orang-orang Islam dalam barisan lawan tidak bersatu dan tidak kemas pengurusan mereka, dan ramai golongan muda Islam laki-laki dan perempuan tampil dengan lantang dan giat menyatakan sokongan bagi perjuangan Islam. Umat Islam di Kelantan menjalani hidup yang secara langsung atau tidak langsung dipimpin. Dalam masyarakat kampung dan masyarakat bandar ada pemimpinnya. Dalam pengajian-pengajian ilmu atau amalan-amalan tertentu ada tok gurunya. Semua itu diterima oleh umat Islam secara dipilih atau tidak dipilih atau secara ikut-ikutan, ikut orang tua-tua, ikut rakan-rakan yang berpengaruh atau ikut apa yang ditentukan oleh orang yang berkuasa atau ikut siapa yang telah dilantik menjadi pemimpin. Adakalanya pemimpin dipilih. Seseorang boleh memilih untuk tidak mahu ikut pemimpin yang tidak disukai dan cari pemimpin yang disukai. Seseorang pemimpin yang terpesong ke lorong sekular tetapi sayangkan Islam perlu berfikir bagaimana untuk memimpin pengikut-pengikut dari golongan yang hidup bertaqwa, patuh kepada suruhan dan larangan Allah s.w.t. Dari kecil anak-anak diasuh menjadi anak yang baik, kuat iman, mendekati kepada yang makruf dan menjauhi yang mungkar. Tetapi apabila anakanak itu masuk ke alam dewasa mereka bersua dengan orang Islam yang cakap lainn buat lain. Mulut kata takutkan tuhan tapi perintahnya tidak diikut. Mulut kata sayangkan Nabi tapi ajaran nya tidak diikut. Mulut kata benci kepada syaitan tetapi segala bisikan syaitan

152

diikut. Pemuda pemuda Islam sudah tentu tidak dapat terima orang orang dari barisab seperti itu, pemimpin yang berfahaman atau pembawaan sekular yang bercanggah dengan ajaran Islam. Sudah tentu pemimpin-pemimpin seperti itu ditolak. Pemimpin-pemimpin sekular janganlah rasa hairan kenapa mereka ditolak walaupun mereka berilmu dan berbudi pekerti baik, anak cucu orang baik baik; bahkan walaupun mereka berpendidikan Islam. Mereka dilihat sebagai tidak beramal dengan ilmu Islam. Pemimpin-pemimpin sekular di Kelantan masih belum faham apa yang di kehendaki dari mereka sebagai pemimpin yang layak dipilih. Berlatar belakangkan keluarga yang dikenali sebagai kuat beragama, berlatar belakangkan pendidikan agama, atau berkelulusan tinggi dalam ilmu agama adalah tidak dianggap mencukupi. Perkara ini tidak juga difahami oleh media yang lazim mengenengahkan pemimpin-pemimpin muda sekular Kelantan sebagai yang berlatar belakang bersekolah agama sebagai salah satu ciri yang melayakkan pemimpin muda mendapat tempat di hati masyarakat dan di terima oleh rakyat sebagai pelapis. Yang masyarakat Kelantan mahu ialah orang yang beramal dengan ilmu Islam dalam kehidupan mereka; melakukan apa yang disuruh oleh Tuhan dan Rasul dengan sebaik baiknya dan meninggal serta mencegah segala yang dilarang oleh agama Islam. Yang bermuka muka mengaku Islam tetapi takut bersuara menentang kemungkaran adalah memang tidak layak di kaca mata masyarakat Kelantan. Yang bermuka muka mengaku Islam tetapi tidak mahu menegak dan tidak mahu mempermudahkan usaha orang Islam lain menegakkan ajaran Islam lagi tidak disukai oleh masyarakat Kelantan. Pemimpin-pemimpin muda Kelantan perlu sedar tentang aspek ini supaya mereka berpeluang mencapai cita cita mereka untuk memimpin dengan jaya. Di sinilah letaknya asas apa apa formula bagi mana-mana pihak yang mahu memerintah Kelantan. Melihat kepada hanya perpaduan dan tenaga muda sebagi formula menawan Kelantan adalah salah kira. Barisan kepimpinan sekular di Kelantan tidak nampak mendidik generasi muda untuk memimpin masyarakat Kelantan secara yang sesuai dengan keadaan dimana majoriti rakyatnya orang Islam. Tumpuan banyak diberi kepada wang ringgit, perebutan pangkat, kedudukan, dan harta. Nilai-nilai kelayakan sebagai pemimpin lebih tertumpu kepada pertalian dengan pemimpin-pemimpin besar. Pasang surut kedudukan pemimpin tidak diukur dari keupayaan menarik kepercayaan dan keyakinan penyokong dan

153

pengundi tetapi diukur dengan kepercayaan pemimpin atasan terhadap mereka, sekejap naik sekejap turun dan sekejap naik lagi. Dalam keadaan demikian pemimpin-pemimpin di bawah tidak nampak diasuh untuk berhadapan dengan rakyat dengan pintar dan mampu berhujah dengan baik dan menawan. Ideologi perjuangan tidak dirasai dihayati oleh pemimpin-pemimpin kecil. Mereka tidak boleh berhujah menarik sokongan apa lagi jika berkaitan dengan agama Islam. Jiwa mereka mungkin tidak kenal erti perjuangan dan pengorbanan. Mereka tidak tunjuk yang mereka menjiwai semangat berkhidmat. Mereka lebih kenal upah dari perkhidmatan dan pengorbanan. Pemimpin-pemimpin sekular tidak mesra dengan rakyat dalam erti mereka tidak memberi banyak masa untuk berdamping dengan rakyat untuk memahai aspirasi mereka dan berkongsi visi dan menimbulkan keyakinan akan kebaikan perjuangan yang mereka bawa. Mungkin mereka telah menipu diri sendiri dengan menganggap kegiatan-kegiatan bersama penyokong di hujung minggu atau di hujung bulan, atau sekali sekala dalam majlis majlis makan dengan pemimpin-pemimpin besar dari Kuala Lumpur, atau dengan perjumpaan sekali sekala sudah memadai. Mereka lebih mementingkan menjaga orang di atas. Mereka lebih sibuk mengejar peluang untuk menjaga kedudukan diri, satu

perbuatan yang logik dan boleh dikira cerdik kerana pandai menjaga diri namanya. Tetapi perbuatan begitu tidak menguntungkan parti sedikit pun. Sudah pun lama timbul sebutan di bibir rakyat bahawa orang-orang yang berada dalam barisan sekular mementingkan kebendaan, pangkat dan harta, sedangkan ramai yang berada dalam barisan Islam adalah semata-mata kerana ingin mendaulatkan Islam; mereka bekerja secara sukarela mencari keredhaan Allah. Persepsi ini belum berubah. Anak-anak Kelantan lebih-lebih lagi yang terlanjur mengikut pemimpin sekular sedangkan Islamlah hidup mati mereka, dan anak-anak Kelantan yang tidak dapat lepas diri dari rasa terhutang budi kepada pemimpin-pemimpin sekular mengharap kepada sesuatu yang baik apabila kebelakangan ini timbul panggilan dari pemimpin-pemimpin sekular mengajak anak buah kembali kepada perjuangan asal. Kepada yang sekular mereka tersangkut dan kepada Islam mereka masih sayang. Tetapi malangnya tiada yang menyahut dan bercakap atau berbincang mengenai perjuangan asal. Kenapa demikian? Adakah pemimpin sekular tersalah cakap? Adakah tiada lagi di kalangan mereka yang kenal jalan untuk kembali kepada perjuangan asal? Atau adakah semua takut untuk

154

bersua dengan sifat perjuangan asal? Atau pun tidak ada yang kenal wajah perjuangan asal walaupun ianya ada di depan mata, dan oleh kerana tidak kenal maka tidak dapat perturunkan perjuangan asal itu kepada generasi baru. Yang merindui perjuangan asal adalah veteran dan murid-murid kepada veteran yang pada satu masa dahulu telah perolehi sentuhan romantika politik dari pejuang-pejuang kemerdekaan. Sesiapa yang jujur dan teliti yang mahu kembali kepada perjuangan asal akan tidak dapat tidak melangkah terus secara sedar atau tidak sedar ke pangkuan slogan keramat perjuangan Melayu ia itu Agama Bangsa Dan Tanahair yang telah ditempa dan diwajakan dalam sejarah Melayu moden semasa pemimpin-pemimpin Melayu dahulu bersatu menyelamatkan tanah air dari menjadi Malayan Union. Melayu yang terancam pada masa itu bersatu padu walaupun berbeza pendapat dalam banyak perkara. Mereka dapat bersama sama melaungkan dalam satu suara dengan nyaring cogan kata atau slogan yang melambangkan hasrat Melayu mahu menebus kembali maruah bangsa yang merdeka. Dan melambangkan hasrat yang mendalam untuk mendaulatkan agama Islam, mendaulatkan bangsa Melayu, dan mendaulatkan tanah air. Agama di dalam seruan kemerdekaan yang diteriakkan oleh orang Melayu ialah panggilan untuk kembali berkuasa penuh dalam hal ehwal agama. Selagi orang orang Islam tidak dapat hidup dan mati dalam pangkuan Islam dari lahir ke liang lahat maka selama itulah perjuangan belum selesai. Perjuangan orang Melayu itu tidak ada kena mengena dengan apa yang dikehendaki oleh orang bukan-Islam atau apa yang mereka fikir patut bagi orang Islam, atau apa yang mereka mahu untuk mereka. Selagi orang Melayu Islam di tanah air sendiri tidak dapat mengikut apa yang ditunjuk oleh Al Quran dan Hadith selama itulah orang Melayu Islam gagal atau cacat atau tidak sempurna dalam menegak kedaulatan Islam. Tugas itu mesti dipikul oleh orang Islam dalam hidup mereka di bumi ini dan sekarang; bukan untuk diserah kepada generasi akan datang. Oleh itu perlaksanaan undang undang Islam tidak wajar dikaitkan dengan kehidupan beragama orang-orang bukan-Islam dan tidak juga dengan logik orang-orang sekular kerana mereka tidak percaya atau memandang sepi perhitungan di akhirat nanti atau pun mereka sudah ada perdediaan lain untuk berhadapan dengan Khalik nanti. Oleh itu sesiapa yang mahu memimpin Melayu sebagai lanjutan daripada perjuangan suci dan keramat itu hendaklah kenal Perlembagaan Persekutuan Tanah

155

Melayu serta seluruh memoranda dan harapan di sebalik kompromi yang telah dibuat. Pada saat Kemerdekaan dicapai majority orang Melayu bersama dengan seluruh rakyat bersetuju menerima Perlembagaan itu dengan penuh harapan bahawa ia menjamin usaha mendaulatkan agama Islam, mendaulatkan bangsa Melayu, dan mendaulatkan tanah air dalam konteks negara berbilang kaum dan agama, dengan jaminan jaminan yang memberi maruah kepada Melayu dan yang diterima sebagai workable oleh kaum kaum lain. Tidak perlu Pelembagaan itu dilonggarkan, dihakiskan, atau dipindakan secara menafikan matlamat perjuangan asal. Tiang seri bangsa Melayu ialah raja Melayu. Tidak ada raja Melayu maka tidak ada rakyat Melayu dan tidak ada rakyat Melayu maka tidak adalah raja Melayu. Tetapi pemimpin-pemimpin Melayu sekular sendiri yang mengheret raja ke lembah yang tidak diingini apa bila mereka secara kasar berkempen menundukkan raja dan menghapuskan kekebalan raja. Jika raja Melayu tidak ada lagi kuasa untuk mempertahankan kedudukan orang-orang Melayu yang mungkin diancam maka di manakah kebijaksanaan kepimpinan yang mengurangkan kuasa raja dalam hal-hal yang menentukan pengurusan negeri dan negara. Orang-orang Melayu sendiri yang membuat itu semua, bukan didesak oleh orang-orang bukan-Melayu. Kuasa raja perlu di kembalikan seperti asal jika payung bagi orang Melayu hendak diperteguhkan supaya kelak tidak bocor. Penggubal penggubal Perlembagaan faham benar tentang kemahuan orang Melayu se waktu menuntut Kemerdekaan, maka itulah raja dijadikan payung. Hanya peraturan peraturan perlu disesuaikan supaya pentadbiran tidak tersangkut tanpa menyentuh kuasa raja sebagai payung orang Melayu. Perjuangan asal orang Melayu tidak dapat elak berhadapan dengan kerja-kerja restoration iaitu membina kembali apa yang telah dihakis dan dilonggarkan atau dibocorkan. Tidak mungkin pemimpin-pemimpin Melayu boleh membawa bendera

perjuangan Melayu asal jika mereka tidak dapat atau mereka takut bertentang mata dengan slogan keramat perjuangan Melayu. Kalangan pemimpin-pemimpin termasuk pemimpin-pemimpin veteran yang

terang-terang dalam ucapan mereka sudah mengelak slogan keramat Agama Bangsa dan Tanah Air atau yang menyebut slogan keramat itu dengan susunan kata-kata yang ditukar kedudukannya atau dipinda susunannya atau disebut dengan nada yang tidak bersemangat

156

seolah-olah sengaja mahu slogan itu didengar tetapi tidak didengar tidak boleh menjadi pemimpin-pemimpin perjuangan Melayu. Vetran yang pernah pegang jawatan tinggi yang sekarang tidak berjawatan adalah paling pathetic. Mereka menulis di surat khabar atau sekali sekala membuat kenyataan akhbar untuk berperanan tetapi membisu di depan pucuk pimpinan pada masa dan ketika yang mereka patut bersuara, dan hambar dalam nilai moral kepimpinan. Pemimpin vetran yang masih mahu berperanan hanya nampak mampu menyebuk di luar pagar sahaja untuk menarik perhatian. Tidak didengar penurunan yang jelas kepada generasi muda tentang matlamat perjuangan Melayu supaya matlamat tidak hilang disapu oleh zaman. Label vetran dijaja murahan untuk pelbagai pentas dengan tidak segan silu kepada Melayu Melayu muda yang lebeh tahu nilai moral dan kebenaran. Yang terakhir mereka kelihatan ialah di pentas Barisan Bertidak Melayu dengan pemikiran lapuk mereka dan apabila ditegur di atas perbuatan mereka masing masing menyuruk, bukan mereka mengambil peluang menghujah tentang pegangan mereka. Itulah dia barisan orang berani yang takut. Itulah dia wira yang orang Kelantan kenal sebagai Pak Dogo, wira yang mahu berjuang di medan hadapan tetapi takut mati. Orang orang Melayu yang menghadhiri perhimpunan mereka atau menjadai pengikut mereka sekali lagi dihampakan tidak ketentuan. Mereka muncul atas agenda orang lain. Semasa berkuasa dahulu mereka tidak buat apa apa untuk memperkukuhkan kedudukan Melayu tetapi setelah tiada kuku dan tinggal gusi baru mereka terhuyung hayang naik pentas turun pentas bersuara tentang kepimpinan dan perpaduan. Generasi baru tidak dapat terima perjuangan songsang mereka. Vetran Melayu mahu kumpulan mereka berperanan sebagai satu force tetapi malangnya masyarakat Melayu melihatnya sebagai satu farce. Orang Melayu sangka mereka dapat bertindak bijak dengan menggunakan saluran saluran istimewa untuk berhubung dengan pemimpinpemimpin negara dengan berkesan untuk memperkukuhkan kedudukan orang Melayu dan dalam isu isu penting berkaitan masa depan orang Melayu tetapi dari apa yang dilihat nyatalah mereka tidak menunjuk kemampuan berbincang dengan pemimpin- pemimpin negara secara rapat diatas isu isu penting mengenai masa depan orang Melayu. Mereka terpaksa naik turun pentas. Vetran masih lagi bercakap tentang sanggup berkorban demi kedaulatan agama, bangsa, dan tanah air tetapi apa yang mereka buat dan tidak buat tidak sedikitpun membantu meninggikan kedudukan dan kedaulatan apa yang mereka kata

157

menjadi perjuangan mereka. Melihat kepada kerapuhan kedudukan orang Melayu di bumi sendiri nyatalah pemimpin-pemimpin vetran tidak berusaha dengan bijak untuk membina ketahanan Melayu. Mereka lebih kepada menghakis. Jikalah perbuatan menghakis itu membawa dosa maka dosa itu sukar ditebus. Di tangan pemimpin-pemimpin vetran Melayu sekular dari gulungan yang tidak mempunyai asas perjuangan kemerdekaan yang kuat, yang tidak menghayati aspirasi orang Melayu, dan yang hanya melihat kemerdekaan sebagai satu proses politik yang memberi kuasa kepada mereka, dengan mudah perkara-perkara simbolik mengenai orang Melayu telah dihakis satu lepas satu. Kedudukan agama Islam dikabur dan diperkecilkan dari segi amalan sebagai agama yang berstatus agama resmi negara, sekolah Melayu menjadi sekolah kebangsaan, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, tulisan jawi dihentikan dari diajar di sekolah kebangsaan, Persekutuan Tanah Melayu dipinda dan disebut Persekutuan sahaja, liga bola piala raja-raja Melayu entah ke mana, hak-hak istimewa bagi orang-orang Melayu dirangkum di bawah istilah hak bumiputera. Dilihat secara kritikal rakyat nampak dan menyindir bahawa Bumiputra adalah satu kaum tersendiri yang istimewa yang dicemburui oleh Melayu, China, India dan lain-lain kaum yang melihat mereka dapat itu dan ini dari pihak berkuasa. Walaupun Bumiputra yang diberi keutamaan tetapi dalam sistem yang tidak ada sistem orang bukan Melayulah yang mendapat madu dari dasar yang bertujuan menolong Melayu. Melayu menang sorak kampung tergadai. Nampaknya yang tinggal memberi kebanggaan kepada orang Melayu dari segi kedaulatan tanah air Tanah Melayu ialah Keretapi Tanah Melayu. Itu pun orang Melayu tidak boleh berbangga lama kerana ia perlahan-lahan akan terhapus dengan cara dipopularkan perkataan ringkas KTM sahaja. Mungkin tidak lama lagi pasti ada orang Melayu sendiri yang berkuasa, cerdik, dan yang jiwanya kosong terhadap perjuangan Melayu yang akan tergamak menukarkan Keretapi Tanah Melayu kepada Keretapi Nasional atau nama-nama yang lain daripada nama sekarang. Begitulah simbol-simbol keMelayuan yang boleh memberi erti kepada kedaulatan agama, bangsa dan tanahair dipudarkan oleh Melayu sendiri tanpa sebabsebab yang kuat selain dari sebab hati mereka mati. Bukan sahaja simbol-simbol Melayu tetapi perkara-perkara lain pun turut dihakis atas nama penyesuaian kepada keadaan.

158

Yang rugi dan sedihnya ialah setelah perkataan Melayu ditiadakan dalam nama-nama penting dengan tujuan menimbulkan integrasi nasional tidak juga makin teguh integrasi nasional. Perkataan Melayu yang diguna pada nama-nama tertentu yang patut dikekal sebagai warisan yang bernilai di bumi ini tidak mungkin timbul balik tetapi perkataan China dan India dan lain-lain kaum masih kekal menanda budaya dan institusi mereka, tidak diusik dan tidak lusuh. Bahkan yang dulu tidak ada sekarang diwujudkan dan dipopularkan saperti Chinatown, Little India dan lain-lain. Jika demikian mana bijaknya pemimpin-pemimpin vetran Melayu? Jika ada yang berkata apalah yang ada pada nama yang perlu dipertahankan sangat maka jawabnya ialah alangkah baiknya jika perkataan Melayu dan Tanah Melayu dapat hidup segar memberi maruah kepada Melayu. Bukankah itu adalah sebahagian dari apa yang dikatakan mendaulatkan agama, bangsa, dan tanahair. Hilang nama hilanglah apa yang perlu didaulatkan. Jika selama ini orang Melayu ikut saja apa yang pemimpin mereka tentukan seolah-olah mereka bersetuju dan mahu kenapakah ada orang Melayu hari ini risau dengan apa yang kaum-kaum lain kehendaki. Bukankah pemimpin-pemimpin

Melayu sendiri yang menggugurkan apa yang bernama Melayu dan Tanah Melayu. Kepimpinan seperti itulah yang menyebabkan orang-orang Melayu meluat. Anak-anak Kelantan sudah faham, dan orang-orang Melayu yang belum faham mungkin ingin tahu bahawa menggunakan agama untuk menyatakan perjuangan bukan saja sah dan halal tetapi itu adalah pusaka perjuangan yang tersipul dalan slogan keramat seruan perjuangan kemerdekaan agama, bangsa, tanah air. Islam adalah kedamaian. Orang Islam yang melihat Islam sebagai punca perpecahan, perbalahan, permusuhan, dan anti pembangunan adalah orang yang memerlukan pertolongan. Orang Islam perlu bahkan mesti melawan nafsu yang mahu menghapuskan simbol Islam dalam apa bentuk di mana-mana di muka bumi ini. Jangan bakar kelambu. Ingatlah bahawa Melayu telah diberi kemuliaan oleh Islam. Dalam Perlembagaan pun tiada Islam tiada Melayu. Bayangkan masyarakat Melayu yang bukan Islam. Belumpun wujud kaum seperti itu sudah dirasai hinanya orang Melayu yang tidak beragama Islam dalam pandangan masyarakat Melayu. Sesiapa yang sanggup mati mempertahankan bangsa Melayu yang tidak gemar kepada Islam akan mati katak.

159

Orang Melayu tidak menolak masyarakat berbilang kaum. Orang Melayu Islam lagi tidak menolak masyarakat berbilang kaum. Orang Melayu mahu kepada usaha nation building yang menjamin kedaulatan Melayu dalam tanahair sendiri seperti yang di persetujui oleh kaum-kaum lain, dan seperti yang termaktub di dalam perlembagaan. Sebelum orang orang politik Melayu mencanang politik perkauman orang-bukan Melayu ada menunjuk hurmat kepada agama Islam, dan hurmat terhadap adat istiadat orang Melayu dengan raja Melayu. Apabila perkataan Tuan Alla dilafaz dengan hurmat oleh orang bukan Melayu bukan saja orang Melayu Islam rasa Islam dihurmati tetapi orang Melayu yang meganuti ugama Islam turut merasai keikhlasan lafaz itu. Hari ini lafaz itu kurang kedengaran. Hurmat seperti itu bukan dipelajari dari buku atau di sekolah. Hurmat itu dipelajari dari kawan yang rapat atau jiran atau orang Islam yang berhemah tinggi yang memancarkan kebaikan Islam dalam urusan hari-hari. Hari ini walaupun adanya kementerian dan ajensi bagi memupuk perhubungan kaum indeks hurmat dalam sifat dan bentuk yang dibayangkan di atas itu cukup rendah. Tidak segan silu lagi ada pemimpin-pemimpin bukan-Melayu dan bukan-Islam masuk campur dan di-biar memberi pandangan yang bukan-bukan tehadap pentadbiran hal-ehwal agama dan tafsiran hukum Allah. Sopan-santun terhadap raja Melayu yang menaung hal-ehwal agama Islam tidak ditunjuk lansung. Pandangan-pandangan yang melulu menentang langkah-langkah pentadbiran yang nyata baik bagi orang Islam yang akan bertemu dengan perhitungan di hari akhirat nanti telah dibuat melalui akhbar dan risalah dengan tidak sedikit pun mendapat teguran dan nasihat dari pada rakan-rakan Melayu Islam mereka yang berhaluan sekular. Di manakah ruangnya bagi orang-orang Melayu bergantung kepada pemimpin-pemimpin sekular yang mahu terus memimpin

orang Islam yang sudah tawar hati dengan cara mereka layani keperluan Islam. Pemimpin-pemimpin bukan-Islam yang menjadi sekutu mereka berani meminta pentadbir-pentadbir undang-undang Islam bersifat moderate dalam menguatkuasakan undang-undang Islam. Begitu juga pemimpin-pemimpin sekular lantang mahukan penguatkuasaan undang-undang Islam dilaksanakan dengan moderate seolah-olah duadua kumpulan itu tidak tahu lansung bahawa yang haram tetap haram dan Islam tidak boleh mengambil rengan perkara haram dan mungkar. Keadilan adalah tuntutan Islam.

160

Orang Melayu telah dihampakan oleh pemimpin-pemimpin besar mereka. Kuasa kepimpinan biasa dalam amalan demokrasi telah diperteguhkan dan dalam situasi-situasi tertentu telah disalahgunakan. Keputusan-keputusan penting mengenai masa depan dan kedudukan orang Melayu tidak dibincang masak-masak dan seluas luasnya dengan rakyat Melayu. Kadang-kadang terasa bahawa keputusan telah dibuat secara mengelak

perhatian dan perbicangan oleh rakyat jelata Melayu. Jika pun ada perbicanganperbicangan peringkat atas orang Melayu tidak boleh mengharap kepada partisipasi yang cergas dan mendalam dari pemimpin-pemimpin yang rakyat tahu takut berbeza pendapat dengan ketua. Tidak lama dahulu pemimpin-pemimpin Melayu termasuk dari kalangan ketuaketua pemuda yang leka dengan jawatan dan kedudukan masing-masing tiba-tiba baru rasa kedudukan Melayu terancam oleh hanya-rayuan oleh kumpulan kaum China Suqiu yang mahu pertingkatkan amalan prinsip kenegaraan dan menebus maruah negara yang telah dinodai oleh ketidakadilan (kezaliman). Dengan rasa tidak bertanggungjawab pemimpin-pemimpin Melayu yang baru sedar dari tidur terutama pemimpin penuntut dan akhbar-akhbar Melayu telah menaikkan sentimen perkauman Melayu dengan cara yang boleh dikatakan menghasut, mengajak, mengheret, mengumpul, dan memperdayakan orang Melayu supaya bersatu di belakang mereka kononnya untuk mempertahan kedudukan Melayu. Mereka seolah-olah mahu tunjuk kepada masyarakat Melayu bahawa merekalah pejuang dan pelindung orang Melayu sedangkan kepincangan mengenai penggunaan kuasa yang menimpa orang Melayu dan orang-bukan Melayu dalam negara selama ini tidak pun menimbul penyesalan di kalangan mereka, jauh dari menimbulkan kesedaran dan keinsafan terhadap pegangan mereka yang tidak selari dengan aspirasi Melayu. Melayu sebenarnya tidak perlu kepada kepimpinan chickenliken yang gelojoh dengan ketakutan langit hendak runtuh. Di manakah kebijaksanaan orang-orang yang mahum memimpin Melayu tetapi melawan arus kehendak orang Melayu. Di manakah kebijaksanaan pemimpin-pemimpin yang mahu memimpin Melayu tetapi

membangkitkan rasa takut dan benchi terhadap kaum lain yang

digambar sebagai

mencabar kedudukan orang Melayu. Di manakah keyakinan diri mereka terhadap

161

kewibawaan dan isi perjuangan mereka di mata rakyat dengan tidak payah mereka peralatkan persatuan persatuan penuntut untuk mencapai matlamat mereka. Sudah lama orang Melayu tunggu untuk mendengar suara dan melihat langkah langkah yang bijaksana pemimimpin-pemimpin pemuda dan pelapis dalam menempa rupa bangsa Melayu yang bermaruah dan erat dengan kaum-kaum lain di tanah air sendiri. Penghakisan kedudukan orang Melayu yang mereka turut mengambil bahagian dalam menghasilkan tanpa membawa integerasi nasional yang erat adalah contoh kepimpinan pemuda yang tidak boleh jadi tiang bangsa dan tiang negara. Sampai hari ini belum ada pemimpin angkatan pelapis yang berjiwa besar yang dapat masuk ke medan atau arena politik atau arena masayarakat berbilang kaum dan berdiri tegak dengan mendapat hurmat dari sekeliling mereka. Siapa dari kalangan pemimpin pelapis Melayu yang melazimkan perdampingan diri secara resmi atau tidak resmi dengan masyarakat bukan Melayu dengan mengenengahkan visi mereka sebagai negarawan pelapis jika mereka percaya dan mahu terajui kepimpinan negara kelak. Melayu yang sudah lama kecewa dengan kepimpinan seperti itu sudah nampak masalah di kalangan pelapis sekular yang tidak tahu dan tidak mampu mengangkat diri sendiri bagi memain peranan besar dalam negara. Sentimen yang tidak mahu Perdana Menteri melepas jawatan adalah di antara lain berkait rapat dengan ketiadan kewibawaan dan persediaan pemimpin pelapis memimpin masyarakat berbilang kaum. Jika benar pelapis belum bersedia dan jika pelapis terpaksa bertolak ansur dan berkompromi kedudukan Melayu satu round lagi untuk melayakkan diri mereka diterima sebagai pemimpin negara maka ada bijaknya jika jawatan Perdana Menteri tidak dilepaskan sehingga pelapis boleh dilepas tangan untuk terus berperanan secara berkesan di medan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Pemimpin Melayu yang belum bersedia berperanan di medan antara kaum akan dilapah hidup-hidup oleh pemimpin vetran bukan Melayu walaupun mereka dan segelintir penyokong mereka yang berkepentingan jangka pendek sudah yakin akan kebolehan pemimpin-pemimpin berkenaan. Lebih banyak pelapis didedah kepada realiti politik berbilang kaum lebih baik orang Melayu dapat menilai kelayakan mereka. Orang Melayu mudah dicucuk hidung oleh pemimpin seperti yang dibuat selama ini. Tetapi memimpin negara berbilang kaum adalah satu tugas yang paling memerlukan

162

kebijaksnaan dalam bidang yang mereka belum lagi teruji. Mereka perlu diuji dahulu kali ini. Mereka tidak boleh diberi tugas dahulu baru diuji. Situasi dan kondisi hari ini cukup berbeza. Pemimpin-pemimpin vetran bukan Melayu yang bersabar selama ini yang sudah menentukan kedudukan mereka untuk terus memimpin akan menjadi pendesak kuat kepada pemimpuin pelapis Melayu. Orang Melayu tidak mahu gendang perkauman dipalu sekali lagi oleh pemimpin Melayu terutama vetran dan media media Melayu untuk membakar semangat keMelayuan semata mata untuk mengukuhkan kedudukan pemimpin yang lemah. Pemimpin-pemimpin Melayu yang berfikiran sempit tetapi heboh dengan the Big Picture sekarang mesti faham apa dia the Big Picture yang sebenar dan tidak kembali mengajak Melayu bersatu padu dengan membenci kaum lain. Yang patut di tegur ialah Melayu yang berkuasa yang telah mendedahkan bangsa Melayu kepada kedudukan yang lemah. Yang patut tidak diangkat dari awal awal lagi ialah Melayu yang tidak layak memimpin negara berbilang kaum. Dari pengalaman terakhir dapat dilihat bahawa pemimpin Melayu dan pemimpin penuntut Melayu yang berangan-angan hendak pimpin Melayu tetapi kurang yakin diri melihat rayuan dari kumpulan China Suqiu itu sebagai mengancam Melayu. Tetapi kepada Melayu yang berpandangan lebeh jauh dari itu perkara rayuan itu adalah satu non-issue yang patut dibiar untuk dijawab oleh pihak yang menerima rayuan itu. Surat khabar Melayu pun ikut sama tidak berkeyakinan diri dengan mecanang dan mengibas api perkauman secara tidak bertanggung jawab. Tetapi baik pemimpin-pemimpin yang mengelabah mahu pun surat surat khabar mereka tidak pernah dan tidak mahu bertanya kenapakah peristiwa seperti itu telah terjadi. Dimanakah mereka apabila perkara-perkara yang memberi maruah kepada raja Melayu dan orang Melayu dihakis sehingga hormat kepada kedudukan Melayu hilang daripada budi dalam bicara dan pertimbangan kaum kaum lain terutama pemimpin mereka yang seharusnya faham dan hurmati apa yang telah dipersetujui bersama dalam perundingan Kemerdekaan dahulu. Tan Cheng Lock dan Sambanthan tidak melampaui batas, dan Tan Siew Sin dan Manikavasagam pun juga tidak melampaui batas dan tahu menjaga hati orang Melayu dengan agama mereka. Pengikut pengikut mereka dalam zaman mereka pun tahu menghormati agama orang Melayu walaupun dalam hal-hal lain mereka berbeza pendapat. Pemimpin Melayu yang

163

baru sedar dari tidur sahaja yang menggelabah mahu pertahan pertuanan Melayu sedangkan orang orang Melayu yang celek sudah lama kecewa dengan kepimpinan vetran dan sudah pun memilih kepimpinan Melayu yang lebih berwibawa. Mengikut kiraan popular vote pemimpin orang Melayu sekarang bukan lagi dari kalangan sekular. Melayu mungkin mudah lupa tetapi anak-anak Kelantan tidak mudah lupa semua itu. Anak-anak Kelantan sedar bahawa maruah Melayu adalah pada Melayu yang berani manyatakan yang benar bagi menghapuskan iklim kezaliman, keganasan, ketidakadilan, kemungkaran, dan segala bentuk dan rupa salah guna kuasa. Melayu yang mahu bermusuh dan mahu membangkitkan kebencian terhadap kaum lain sebagai cara mencari sokongan dan mengekalkan kuasa adalah Melayu yang tidak layak bercakap tentang maruah Melayu. Melayu tidak tidak akan hilang di dunia. Melayu bukan tidak akan hilang di dunia. Banyak rupa bangsa lain sudah hilang dari dunia. Di bawah pemimpin yang tidak berwibawa dan hilang pedoman sahingga menghakis apa yang melambangkan keMelayuan lebeh cepat Melayu hilang dari dunia. Melayu Islam boleh menumpang kepada Islam kerana Islam tidak akan hilang sehingga hari kiamat. Tak akan Melayu hilang di dunia adalah satu dongeng yang sudah lama ditolak oleh Melayu celik tetapi masih dipegang oleh kumpulan vetran, brisan bertidak Melayu, dan kumpulan yang selama ini tidur. Orang orang Melayu yang mahu memimpin Melayu mesti membawa berita baik dan kedamaian dan sanggup memaut hati orang Melayu dengan melihat kepada mereka sebagai yang celik dan cerdik dan berdaya mengukuhkan perjuangan bukan sebagai penyokong buta tuli. Memisahkan Melayu yang celik dan cerdik dan memeluk yang seperti lembu bersongkok yang boleh dicucuk hidung akan cepat meghaibkan Melayu dari dunia. Pemimpin Melayu yang menerajui media negara mesti hentikan segera penghinaan intelek orang orang Melayu supaya maruah orang Melayu tidak dihakis. Anak-anak Kelantan dan bangsa Melayu tidak mudah lupa penghinaan yang dicurahkan dalam mahkamah di Australia yang sekali gus menghebahkan keseluruh dunia tentang bodohnya dan ketinggalan zamannya cara hidup orang Melayu di Malaysia. Maruah Melayu telah diconteng sebagai bangsa yang belum pandai berurusan dengan cerdik dalam dunia moden. Melayu telah dihina di mata dunia oleh pembelaan diri itu.. Orang Melayu seperti itu tidak layak menawarkan diri memimpin Melayu; dan orang

164

Melayu yang memilih orang seperti itu menjadi pemimpin atau yang bersekongkol dengan orang seperti itu tidak boleh diharap untuk menaikkan maruah Melayu. Di Kelantan tidak ada di kalangan barisan sekular sa orang pemimpin besar yang boleh beri kata putus tanpa ditentang dalam selimut. Ramai pemimpin barisan sekular lebih bersifat atau dilihat oleh rakyat Kelantan sebagai jenis pemimpin yang tidak ada di kawasan. Hati rakyat, aspirasi rakyat, masalah rakyat tidak dijadikan agenda yang boleh memberi kesan di akar umbi masyarakat. Undi yang dijaga ialah undi untuk mendapat jawatan dalam parti, dan itu juga dijaga dengan wang ringgit. Mereka mahu dilihat berguna kepada ketua di Kuala Lumpur. Rakyat adalah mungkin perkara yang ka duabelas dalam agenda mereka. Semasa barisan sekular berada di dalam Dewan Undangan Negeri sebagai pembangkang rakyat tidak ingat pernah dengar idea dan cadangan baik yang didicanang untuk kemajuan dan pembangunan negeri Kelantan. Di luar Dewan pun tidak nampak minat pemimpin sekular atau wakil-wakil rakyat sekular untuk berperanan bagi pembangunan negeri. Di Parlimen pun tidak kedengaran idea-idea yang bernas untuk kemajuan rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan tidak dapat lihat kesungguhan kata-kata dan perbuatan pemimpin sekular untuk memajukan Kelantan secara yang dirancang sebagai satu agenda, kecuali beberapa aktiviti bagi menonjol imej batang tubuh individu-individu dengan tujuan mencari dan mengekal pengaruh, memperkayakan kroni dan menguntungkan anak buah dan penyokong. Rakyat Kelantan tidak nampak usaha-usaha dari mereka yang mencermin patriotisme terhadap Kelantan sebagai tanah tumpah darah, terhadap kesejahteraan rakyat, dan ke arah membina masyarakat maju, aman damai dan adil makmur. Rakyat Kelantan tidak nampak mereka sebagai hero Kelantan baik di Kelantan mahu pun di luar Kelantan. Pemimpin atasan dalam barisan sekular mungkin lebeh merminat menggunakan pemimpin Kelantan sebagai alat bagi kepentingan diri untuk mendapat jaminan undi bagi jawatan tinggi; lebih mengambil dari memberi, lebih memperalat dari menolong. Pernah rakyat Kelantan diperalatkan untuk melayakkan anak Kelantan jadi Perdana Menteri. Bukan sekali hasutan seperti itu didengar. Sebaliknya tidak seorang pun yang matimatian berkempen atau menjadi penaja bagi menjadikan Kelantan tapak industri minyak dan gas untuk mendapat faedah dari eksploitasi gas dan minyak di darat dan di laut di

165

kawasan Kelantan dan di kawasan pembangunan bersama gas dan minyak dengan Thailand di Laut China Selatan. Apabila projek gas dari Laut China Selatan di arah di bawa ke Kedah tidak seorang pun pemimpin sekular Kelantan cuba berhujah secara logik menariknya ke Kelantan. Mungkin jika logiknya betul, jika agenda Melayu nya betul, jika seruan pembangunan Kelantannya betul tentu pemimpin pusat boleh terima. Tetapi pemimpin Kelantan memilih untuk membisu dicucuk hidung. Peluang keemasan bagi pemimpin sekular mengemukakan kes yang terbaik sebagai lambang perjuangan mereka untuk berjasa kepada Kelantan terlepas bagitu sahaja. Jika perkara perkara seperti itu tidak diperjuangkan apa guana mereka berpolitik sebagai pemimpin Kelantan. Peluang keemasan bagi pemimpin sekular di Kelantan mengemukakan kes terbaik sebagai anak jantan Kelantan berjasa kepada Kelantan terlepas. Peluang berjuang dalam erti yang diharapkan oleh rakyat diabai. Peluang menebus imej dilepas. Jika itu pun tidak boleh dibuat apakah yang boleh diharap. Rakyat Kelantan tidak boleh berbangga dengan pemimpin sekular yang mengkhianati Kelantan seperti itu. Sokongan dari rakyat yang bermaruah tidak akan mengalir ke bakul Dalam zaman Melayu belum Islam perbuatan seperti itu

kepunyaan yang khianat.

disumpah 7 keturunan. Rakyat Kelantan menunggu pemimpin-pemimpin Kelantan baik yang dewasa dan baik pemuda dan puteri muncul berperanan Membangun Bersama Islam mengikut arus kegemaran rakyat. Kebebasan memilih yang menjadi salah satu sifat demokrasi yang kita anuti tidak harus menghalang penyertaan oleh mana mana pihak bagi memajukan Kelantan. Ketiadaan idea dan usaha konkrit dari barisan sekular untuk memajukan Kelantan, walaupun tiada kuasa yang menyekat usaha seperti itu, menimbul tanda tanya tentang kecerdikan politik anak Kelantan yang berada dalam barisan kepimpinan sekular dan penyokong-penyokong mereka. Apakah yang mereka boleh beri kepada Kelantan.

Dizaman ini rakyat Kelantan tidak mengharap buku second hand, kain baju terpakai atau benda benda seperti itu dari pemimpin. Mereka mahu yang lebeh solid. Manifesto politik biasanya mati dan lenyap dari perhatian masyarakat selepas demam pilihan raya berlalu. Pejuang politik yang jati yang melihat kepada perkhidmatan dan pengorbanan bagi mewujudkan masyarakat maju aman damai dan adil lagi makmur di Kelantan sudah tentu tidak bersifat seperti pemimpin sekular Kelantan yang jika kalah pilihan raya bersepi di

166

Kuala Lumpur bersama sama dengan projek projek yang dicanang dalam pilihan raya. Tidak mudah dicari program konkrit dari barisan kepimpinan sekular Kelantan yang menganjur kegiatan sosio ekonomi yang tersusun bagi faedah jajahan dan negeri walaupun mereka tidak menerajui Kerajaan Kelantan. Yang menyulitkan kepimpinan sekular dalam masa terdekat ialah adanya di kalangan mereka pemimpin-pemimpin yang sudah dicalit bauan yang tidak berapa harum. Ini menimbulkan masalah kredibiliti dan kelayakan diri bagi orang kaya baru atau yang buta baru celik berbanding dengan orang-orang yang ada harta dari usaha sendiri atau peninggalan orang tua yang berharta tanpa patronage pihak berkuasa. Rakyat Kelantan sudah pun nampak betapa rapuhnya individu yang muncul memimpin di atas tajaan dan patronage pihak-pihak yang berkuasa apabila patronage itu diberhentikan. Rakyat Kelantan mengharap kepada pemimpin yang membawa pembangunan sosio ekonomi berasaskan Islam; pembangunan yang membawa kesejahteraan rohani dan jasmani, pembangunan fizikal yang sambil memajukan Kelantan dapat meningkatkan kekayaan negara. Pemimpin sekular Kelantan belum dapat petunjuk, baik semasa memerintah dahulu atau dalam keadaan sekarang, mengenai cara dan jalan bagi mengukuhkan ekonomi Kelantan. Apa yang berjaya dibuat sebelum pilihan raya ke 10 dahulu ialah menyemai perpecahan, masing-masing mahu memegang teraju di peringkat negeri. Pemimpin yang berpotensi dilemahkan dan dijatuhkan dengan cara jahat. Rakyat

Kelantan nampak itu semua, dan rakyat nampak bagaimana kuasa tarik turun digunakan oleh setiap puak terhadap ketua mereka sendiri bagi menaikkan ketua ganti yang menjanji dan membawa faedah kepada mereka yang berjaya menggulingkan ketua sendiri. Dalam keadaan kurang kesedaran politik sebagai wadah perjuangan untuk masyarakat sukar dicari khidmat bakti memperjuangkan kemajuan Kelantan secara tidak putus-putus yang telah ditunjukkan oleh pemimpin sekular kepada Kelantan dan rakyat amnya. Bukan tidak ada di kalangan pemimpin sekular Kelantan individu individu yang berilmu dan berkemampuan membuat baik dan berjiwa politik beridealisma Melayu Islam. Ada yang menaruh harapan untuk memaut yang sekular kepada nilai nilai Islam tetapi tanpa asas yang bertunjangkan kepada ilmu Islam harapan itu tinggal harapan.

167

Sayangnya kalangan pemimpin sekular yang diam-diam berpegang kepada Islam sudah terperangkap dengan lebeh sayang kepada dunia. Mungkin mereka tunggu dicampak baru mahu memeluk Islam. Episod orang orang yang dicampak mencari platform Islam berlaku berulang ulang. Jika pemimpin politik Kelantan benar-benar hendak berkhidmat kepada Kelantan banyak yang boleh dibuat tanpa menunggu menang pilihan raya. Mereka boleh sediakan rancangan ekonomi yang berkesan dari segi pembangunan. Tiap-tiap bahagian boleh mewujudkan program yang berdaya maju untuk menjana kegiatan-kegiatan Tiap-tiap

pembangunan sosioekonomi; tidak kira siapa yang memerintah negeri.

pemimpin peringkat bahagian boleh bertindak positif dengan menarik pelaburan secara sendiri atau melalui pertalian dengan ketua-ketua Kerajaan atau ketua-ketua badan-badan Kerajaan atau organisasi yang mempunyai tugas dan tanggungjawab menarik pelaburan dan menempatkan industri dan pelbagai jenis pelaburan di setiap tempat yang dirancang. Rakyat tentu sanjung pemimpin sedemikian. Politik adalah mungkin bersih tetapi yang nyata kotor ialah politiking. Orang baik baik dari keluarga alim ulama yang berpolitik boleh berubah menjadi menjadi kotor oleh kerana politiking. Dalam menghadapi musuh yang tidak senonoh pemimpin pemompin Islam telah dengan bijak dapat memaut hati rakyat dan mendapat songkongan dengan sebahagia besarnya hanya menggunakan lidah. TV, radio, dan media perdana lain bukan sahaja tidak memberi liputan positif kepada berita baik yang dibawa oleh mereka tetapi sebaliknya mereka difitnah dan diburuk-burukkan. Allah meberi rahmat dan berkat kepada perjuangan Islam. Setakat ini David manusia biasa dapat menunduk gergasi Goliath di Kelantan. Dalam pertempuran itu, dan di dalam berpolitik dan politiking barisan kepimpinan Islam sudah tidak dapat tidak juga ikut sama bermandi air keroh politik kotor. Anak-anak Kelantan yang mahu kepada Islam hanya mengharap supaya perjuangan suci Islam tidak akan dinodai oleh cara politiking yang diamalkan oleh lawan secara kotor. Politiking yang melampaui batas ajaran Islam mesti dielak dan dihapuskan. Keceluparan mulut perlu dikawal dan dihentikan demi menjaga imej dan isi perjuangan Islam. Banyak yang boleh dibuat oleh individu yang berpolitik cerdik, dan yang kurang berpolitik kepentingan diri untuk menolong Kelantan membangun; tambahan jika

168

individu itu mempunyai hubungan baik dengan pemimpin pusat dan dapat berhujah dengan jelas dan bijak kenapa Kelantan tidak patut dipinggir, disekat, dihalang, diancam, didera dan dinafikan peluang membangun seperti negeri-negeri lain. Selama mana

Kelantan dipinggirkan selama itulah 1.2 juta orang Melayu akan cacat dari segi tidak dapat peluang memperolehi ilmu dan teknologi yang pesat dipindah ke Malaysia; dan dari segi tidak dapat faedah-faedah pembangunan lain. Peluang dari gelombang besar perindutrian tahun 80an dan 90an telah terlepas. Banyak yang boleh dibuat oleh pemimpin sekular Kelantan jika mereka ikhlas mahu berkhidmat kepada tanah tumpah darah sendiri. Gerakan akar umbi boleh dihidupkan dengan kepimpinan mutu tinggi. Industri pembuatan, industri pertanian dan industri perkhidmatan serta lain-lain yang tidak memerlukan kuasa memerintah negeri untuk menjayakannya boleh digalakkan. Begitu juga di peringkat atasan; pelaburan di bidang infrastruktur, industri dan perkhidmatan secara besar-besaran boleh digalakkan. Setakat ini rakyat Kelantan tidak nampak dan tidak dengar mengenai visi, misi dan program pemimpin sekular selain dari mendengar hajat sahaja dalam bentuk janjijanji bersyarat. Sehingga ini rakyat jelata di Kelantan termasuk yang setia menyokong parti sekular belum dapat berbangga dengan faedah dari buah fikiran dan hasil kerja pemimpin sekular selain dari apa yang dibuat secara rutin oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan yang wujud di Kelantan. Pemimpin-pemimpin barisan sekular berada dalam keadaan menunggu kuasa untuk memerintah jika menang pilihan raya nanti. Sindrom menunggu ini membazir dan negetif dengan memberi gambaran hilang punca walaupun keadaan sebenar bukan begitu. Mungkin mereka ada cadangan membawa pembaharuan, tetapi tanpa apa-apa kegiatan yang konkrit dan menyeluruh pemimpin-pemimpin besar barisan sekular di Kelantan hanya boleh berdiri dan berlegar di atas pengaruh dan sokongan di Bahagian-Bahagian tertentu sahaja; satu keadaan yang tidak sehat dan tidak menolong mereka merapatkan barisan dengan padu bagi seluruh negeri. Dalam keadaan sekarang mereka kurang yakin diri untuk berhadapan dengan rakyat di rapat-rapat umum. Yang selamat bagi mereka ialah beucap kepada penyokong yang tidak membantah dalam majlis majlis tertutup di dewan-dewan sekolah. Peluang menyebar pengaruh diri dengan cara itu cukup terhad dan memisahkan diri dari masyarakat Kelantan amnya.

169

Bolehkah anak-anak Kelantan berbangga dengan pemimpim sekular yang berharapan untuk menjadi pilihan rakyat yang mahu kepada Islam tetapi dalam masa yang sama mencabar kuasa Kerajaan negeri Kelantan membuat undang undang berasaskan hukum Islam dan dengan sekali gus mencabar kuasa raja di bawah perlembagaan negeri terhadap agama Islam sedangkan yang sepatutnya pemimpin yang mahu memimpin rakyat Kelantan yang mahu kepada Islamlah yang berperanan menjadi penasihat dan wira bagi memperkukuhkan saki-baki kuasa dan kedudukan raja dan Kerajaan negeri sebagai pihak berkuasa bagi agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan. Rakyat Kelantan sudah mengalami kepahitan dan kehampaan pengurusan pembangunan di bawah pemerintahan kepimpinan sekular dahulu yang terpaksa digulingkan. Dan tanpa apa-apa yang baru dari barisan sekular rakyat tidak akan bertukar balik kepada cara pentadbiran yang telah ditunjuk di antara 76 hingga 90 dahulu. Tetapi jika barisan kepimpinan Islam tidak membuktikan keupayaan mentadbir negeri dengan membawa kemajuan dan pembangunan rakyat Islam Kelantan akan mungkin memberi sokongan kepada pihak yang lebih bijak mentadbir. Kemungkinan itu besar. Orang-orang politik sekular sekarang beranggapan pemimpin-pemimpin barisan Islam sangat kuat di Kelantan tetapi pada hakikatnya kekuatan itu adalah pada permukaan sahaja kesan dari ledakan kemenangan pilihan raya ke 10 itu. Kekuatan yang ada adalah pada kebijaksanaan ulama dan hemah tinggi yang ditunjuk oleh individu individu tertentu dan kesabaran orang Islam Kelantan menunggu melihat keupayaan membangunkan negeri. Jika pemimpin-pemimpin sekular dapat memperbetulkan perjalanan mereka besar kemungkinannya barisan pemimpin Islam yang tidak menunjuk kesan yang baik dalam pentadbiran pembangunan negeri akan terancam kembali. Orang Islam Kelantan akan berfikir dua kali. Mereka telah pilih pemimpin sekular dahulu bukan kerana mereka kurang Islam atau menolak Islam. Mereka junjung Islam. Mereka taat kepada Islam. Mereka menilai pemimpin individu, dan mereka menilai ulama

keupayaan barisan sebagai pasukan. Rakyat Kelantan mahukan kepada Membangun Bersama Islam. Potensi itu cukup segar sebelum pilihan raya ke 10. Mereka telah di

170

lalikan oleh pemimpin-pemimpin sekular bahawa di antara dua pilihan tidak ada bezanya. Pada setiap musim pilihan raya tiada dirasai ada ketua besar atau pemimpin besar kaum bukan Melayu yang dibawa berkempen ke Kelantan. Pemimpin-pemimpin Melayu sekular pun turut berpakaian Pak Lebai semasa berkempen. Jadilah suasana di Kelantan suasana Melayu dan Islam. Buat seketika tidak terasa dan tidak nampak Melayu sekular berbeza dengan Melayu Islam. Demikianlah undi dipancing di Kelantan. Walaupun persoalan-persoalan telah ditimbulkan dalam penilaian barisan kepimpinan Islam dalam setiap pilihanraya tetapi hasrat kepada menegakkan Islam telah mengatasi pertimbangan-pertimbangan lain yang boleh menghalang gelombang kemenangan ketika itu. Solidaritas orang Islam di Kelantan ketika pilihan raya

memang kuat dan bijak. Mereka membuktikan bahawa orang Islam boleh bersatu jika mereka mahu dan boleh berpecah jika mereka leka. Dengan kemenangan itu kepimpinan Islam tidak wajar mengabai dan melenyapkan pertanyaan-pertanyaan yang terpendam dan sengaja dipendamkan oleh orang Islam. Orang Melayu Islam

bersikap demikian kerana tidak mahu melemahkan perjuangan.dan kedudukan pemimpin Islam Orang Islam yang tolak pemimpin Islam tanpa sebab adalah berhati mati. Dalam suasana tenang sekarang tanpa demam pilihan raya dan dalam konteks ingat mengingati sebelum terhantuk dahi orang Islam Kelantan ingin tahu sudahkah ada pelapis kepimpinan yang disediakan untuk memimpin usaha membangun bersama Islam? Siapakah, bukan satu, bukan dua dan bukan tiga, bahkan seramai manakah penyambut yang akan meneruskan perjuangan Tok Guru supaya harapan Membangun Bersama Islam tidak terkandas? Apakah usaha yang dibuat untuk

mengasuh pimpinan pelapis? Bolehkah pelapis menyahut cabaran se zaman, muncul memimpin di bidang agama sebagai ulama, dan memimpin dunia moden dalam bidang jasmani, ekonomi, industri dan teknologi, serta lain-lain cabaran se masa. Dalam hal ini adalah bijak jika pemimpin-pemimpin barisan Islam tidak bersandiwara dengan rakyat. Sebaliknya jika ada kelemahan keadaan itu perlu

dibaiki segera di bawah satu program keutamaan tinggi bagi mempertingkatkan mutu

171

kepimpinan. Rakyat Kelantan mahukan kepadatan dalam barisan kepimpinan Islam. Rakyat bersyukur dengan kehadiran pemimpin-pemimpin aktivis dan penceramahpenceramah yang petah dan pintar untuk bermain politik dan berlawan politicking di medan politik. Itu diakui penting dan perlu dalam suasana berpolitik di Negara ini. Mereka mungkin bukan ulama tetapi nyata mereka telah memain peranan penting sebagai regu ulama. Tanpa mereka politik Islam mungkin tidak mampu dibawa ke seluruh pelusuk negara. Mereka adalah wira, bukan gurkha. Di Kelantan Buniyamin adalah wira. Mat Sabu adalah wira. Mereka adalah pelengkap politik kepada ulama. Ada ramai lagi wira dalam perkhidmatan. Kejayaan mereka dalam memberi khidmat nyata sekali mengatasi kelemahan mereka jika ada. Dengan watak dan gaya tersendiri mereka telah mematahkan dakyah musuh Islam. Mereka hidup untuk berperanan penting pada ketika dan tempat yang sangat menentukan. Mereka berpolitik di mana berpolitik diperlukan dalam barisan kepimpinan Islam. Bayangkan situasi jika Walau apa pun

mereka tidak ada di hadapan dalam medan politik Kelantan.

kelemahan jika ada pada mereka itu semua telah ditebus oleh prestasi mereka yang cukup baik. Tanpa khidmat mereka perjuangan Islam tidak mungkin menjadi

semarak seperti yang ada hari ini. Pejuang dan penggerak seperti itu perlu disanjung. Jangan sekali-kali mereka diketepikan. Berikanlah kepada mereka tempat yang baik. Jangan lah pula habis manis sepah dibuang. Masyarakat Islam sekarang perlu berhati hati dan patut segera bertindak dengan cara yang sesuai untuk memberi kesedaran kepada segulungan orang Melayu lelaki dan perempuan yang dengan cara penampilan mereka mahu sangat dikenali sebagai orang Islam tetapi berperangai secara tidak mencermin keindahan Islam. Mereka boleh menyebabkan orang Islam lain dan orang bukan-Islam berfikir panjang tentang masa depan pergerakan Islam yang dipromosikan oleh orang-orang seperti itu. Mungkin gulungan seperti iti tidak ramai tetapi kehadhiran segelintir itu sudah cukup memberi gambaran negetif terhadap Islam sebagai agama yang suci dan damai. Orang Islam yang suka cari pasal dengan Islam sudah pun mengambil kesempatan dari kehadhiran orang Islam yang tidak senonoh untuk menyemai kebencian terhadap barisan kepimpinan Islam walau pun apa yang dilihat itu tidak ada kena mengena

172

dengan corak dan cara perjuangan Islam; apa tah lagi jika pandangan negetif itu di jadikan label keburukan Islam. Untuk melenyapkan keraguan rakyat Kelantan tentang keupayaan barisan Islam memimpin Kelantan maka bukti keupayaan yang nyata perlu disediakan. Rakyat takut bahawa selepas Tok Guru berundur tiada yang dapat menggantinya. Keraguan rakyat perlu dilihat secara positif, beringat sebelum kena. Mengikut

sejarah apa bila pergi saorang Tok Guru tidak mudah timbul yang baru; itulah keadaannya yang ditakuti. Tok Tok Guru yang muncul tidak muncul berturut turut bersusun susun. Selepas pemergian se saorang Tok Guru agong lama selepas itu baru muncul yang lain. Demikianlah satu lepas satu Tok Tok Guru muncul dan hilang. Sekali ini rakyat tidak mahu hilang peluang mengekalakan kehadhiran pengaruh ilmu Islam di tengah-tengah masyarakat Kelantan. Jika pengganti belum ada maka kaedah atau kemudahan bagi membolehkan rakyat mendapat bimbingan dari pusat ilmu Islam perlu diwujudkan dengan apa cara. Sebagai contoh jika tidak ada pengganti kepada Tok Guru kewibawaan kepimpinan ulama boleh disambung hidupnya melalui satu instusi ulama yang ditubuhkan oleh Tok Guru sendiri dengan beliau memimpinnya semasa beliau masih mampu sebagai satu majlis yang terdiri dari alim ulama yang berfungsi seperti Tok Guru memberi kekuatan batin kepada Kerajaan dan rakyat. Majlis seperti itu boleh memperteguhkan kewibawaan barisan kepimpinan Islam sebagai mana semangat itu diberi oleh Tok Guru di masa ini. Jika majlis seperti itu boleh dijadikan pengganti kehadhiran ulama besar ditengah tengah masyarakat maka ia perlu ditubuhkan semas Tok Guru masih cergas dan Kerajaan Kelantan masih kuat dan mampu mempromosikan konsep dan fungsinya supaya setiap pelusuk negeri dapat menerimanya dari tangan Tok Guru sendiri sebagai warisan beliau; warisan yang dapat menjadi sumber kekuatan rohani dan jasmani barisan kepimpinan Islam Kelantan, Kerajaan Kelantan, dan rakyat Kelantan seluruhnya dalam konteks dan batas ajaran Islam. Tok Gurulah orangnya yang harus menjadi bapa kepada penubuhan majlis seperti itu. Majlis itu perlu hidup dan bertenaga dan menyerap ke dalam

173

masyarakat untuk berfungsi sebagai satu badan yang tidak akan hilang pengaruhnya sebagai sumber kebijaksanaan mengamal ilmu Islam dalam kehidupan rakyat Kelantan. Darinya mesti muncul kebijaksanaan yang bersumberkan ilmu Islam, keberanian, keadilan, dan keazaman mendaulatkan Islam. Majlis itu mesti mengelak jejak Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Keanggotaan majlis itu tidak semestinya terhad kepada orang Kelantan. Yang penting mereka itu mesti berilmu dan berwibawa sebagai ulama dan mampu menjadikan majlis itu lanjutan kepada keistimewaan, hikmah dan sifat murni dan taqwa yang dipancarkan oleh Tok Guru. Majlis itu insyaAllah boleh melapaui jangka hayat Tok Guru dan insahAllah akan menjadi sumber ilham dan kebijaksanaan yang yang terkandung dalam Al Quran dan Hadith yang Tok Guru telah tunjuk bagaimana menimbanya dan beramal dengannya. Dengan adanya institusi seperti itu kepimpinan ulama dapat diasuh untuk berpindah dari individu kepada badan yang mempunyai kemungkinan umur yang lebih panjang, serta menghapuskan kemungkinan Kerajaan dan kepimpinan jadi lemah dan hilang pengaruh jika ulama individu tidak dapat berkhidmat. Idea seperti itu tidak dilihat sebagai merendahkan pengaruh Tok Guru. Malah Tok Gurulah orang nya yang boleh menubuhkan dan memartabatkan majlis itu dan menarik sanjungan seluruh rakyat Kelantan terhadapnya. Majlis itu tidak boleh ditubuhkan senyapsenyap atau ditubuh tanpa restu dan sokongan ikhlas oleh semua pihak dalam barisan kepimpinan Islam. Keraguan rakyat terhadap individu-individu dalam barisan kepimpinan Islam yang mereka anggap sebagai orang politik yang tidak ada beza dari segi perangai dan tutur kata dengan individu-individu sekular perlu dihapuskan. Barisan kepimpinan Islam perlu diperkayakan dengan nilai-nilai yang mencerminkan harapan masyarakat, dan dengan suntikan tokoh-tokoh yang berdaya memberi kepercayaan kepada rakyat sebagai orang yang boleh melambangkan kesucian dan kemurnian Islam dalam percakapan dan tingkah laku, pemikiran dan tindakan. Anak-anak Kelantan mudah terima kepimpinan ulama kerana yang ada di hadapan mereka ialah pemimpin-pemimpin yang berilmu al-Quran dan Hadith yang

174

mendalam termasuk ilmu-ilmu keagamaan Islam yang lain-lain; dan ulama-ulama itu beramal dengan ilmu-ilmu yang ada dalam dada mereka. Hal yang sama tidak boleh dikata tentang pemimpin-pemimpin sekular yang bercelaru pegangan mereka dan jauh sekali dari mempunyai keupayaan berkongsi pegangan ideologi politik yang bermaruah, sejagat dan berunsur perjuangan kemanusiaan. Pemimpin-pemimpin barisan Islam yang berilmu ugama Islam boleh dan layak dipanggil ulama, tetapi pemimpin-pemimpin barisan sekular yang berilmu ugama tetapi tidak nampak beramal dengan ilmu agama Islam tidak dan belum layak dibariskan dalam barisan ulama. Jika istilah terompah kayu boleh dipopularkan maka bagi yang berilmu agama Islam tetapi tidak beramal dalam kehidupan hari-hari dengan ilmu mereka tetapi mahu mencari tempat sebagai ulama anak-anak Kelantan bolehlah gunakan istilah ugamawan untuk orang-orang seperti itu. Ugamawan Islam di Kelantan boleh jadi ulama jika mereka beramal dengan ilmu ugama mereka, bertaqwa dengan setinggi-tinggi ketaqwaan, dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan menjauhkan dari segala laranganNya. Mereka boleh dipanggil ulama jika mereka menjauhkan diri dari merendah-rendahkan Islam melalui tutur kata dan

perbuatan, dan menghalangkan usaha-usaha orang Islam lain untuk mendaulatkan Islam di negara ini mengikut Perlembagaan. Ketua-ketua dan pegawai-pegawai jabatan-jabatan dan institusi-institusi agama Islam yang berilmu Islam tetapi yang menjadi orang suruhan memusuhi pemimpin-pemimpin kerajaan Kelantan yang hendak melaksanakan ajaran Allah dan Rasul, yang tidak beramal dengan jujur dengan ilmu Islam yang ada dalam dada mereka, dan yang tidak juga berani menyatakan perjuangan Islam yang benar sebagai orang yang beriman dan bertaqwa setinggi tingginya belum boleh digelar ulama. Mereka adalah hanya ugamawan dan tidak layak digelar ulama.

175

KELANTAN RUGI

engan terpinggirnya Kelantan dari arus pembangunan negara sejak 60an lagi rakyat Kelantan dan orang Melayu Kelantan di Kelantan tidak berpeluang

mendapat faedah dari pemindahan ilmu dan teknologi dari kemasukan pelaburan dan teknologi dan ilmu serta kepakaran ke negara ini dalam gelombang perindustrian negara dalam tahun 70an, 80an dan 90an. Tanpa persediaan dan pengalaman serta peningkatan keupayaan di bidang ekonomi moden dan industri moden bagaimanakah rakyat Kelantan boleh melangkah ke wawasan 2020? Kepada orang Kelantan wawasan 2020 akan jadi igauan jika dari sekarang mereka tidak dipimpin segera melangkah serentak dengan saudara mereka di negeri-negeri lain. Kelantan perlu dimajukan segera demi

perimbangan pembangunan dengan negeri-negeri lain. Tanpa langkah langkah yang membawa kemajuan tidak hairan jika wawasan 2020 dipersendakan dengan ditafsirkan sebagai dua kosong dua kosong, dua dua kosong; tetapi walaupun demikian keseluruhan rakyat Kelantan tidak pertikaikan wawasan 2020. Mereka mahu melangkah serentak dengan seluruh rakyat Malaysia. Kelantan perlu dimajukan segera demi menyelamatkan orang-orang Melayu dari tertinggal dalam kemajuan negara memandangkan bilangan Melayu ramai di Kelantan. Kelantan perlu dimajukan segera demi keadilan kepada rakyat Kelantan. Jangan cakap tentang agenda Melayu jika Melayu Kelantan diabaikan dengan begitu sahaja. Jangan cakap tentang ketuanan Melayu jika Melayu Kelantan dipinggirkan. Sekian lama kepimpinan pemuda di Kelantan hanya sibuk sesama sendiri sahaja. Kegiatan mereka berkisar di lingkungan merebut kuasa, menghadiri mesyuarat berbagai jawatankuasa, mengumpul harta cara luar biasa, menjadi orang suruhan pemimpin atasan dan dalam proses itu mungkin memecah belah rakyat. Kita dengar dan tahu tentang pemuda tahan lasak, tetapi rakyat tidak dapat berbangga dengan kepimpinan begitu. Susah hendak dicari program-program ekonomi yang dianjur oleh pemimpin-pemimpin pemuda yang mampu mengerak pertumbuhan kegiatan ekonomi yang berjaya dan berkekalan memberi faedah dan mendorong masyarakat bergiat di bidang ekonomi dengan cergas dan sihat. Kepimpinan pemuda di kawasan-kawasan tidak meninggal

176

bekas.

Politik sebagai saluran perkhidmatan kepada rakyat tidak dihidupkan oleh

kepimpinan pemuda, terutamanya pemuda sekular. Bukan sahaja pemuda bahkan semua pemimpin patut mencetus program ekonomi dan sosial di tempat masing masing. Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri dan pemimpin pemimimpin lain patut mula beri perhatian kepada pembangunan di kawasan masing masimg, dan rakyat pula patut menilaikan prestasi pemimpin-pemimpin dengan berasaskan apa yang mereka buat dan tidak semata mata berasaskan apa yang mereka cakap. Tidak kurang mengecewakan Kelantan ialah pemimpin-pemimpin pemuda sekular yang langsung tidak berwawasan bagi Kelantan. Mereka kurang berkelayakan untuk menjadi pemuda harapan bangsa. Mereka tidak punya idealisme. Mereka tidak punya liberalisme yang sepatutnya ada pada pemuda pemudi. Untuk apa mereka

berpolitik jika semua itu tidak ada dalam jiwa. Apakah yang rakyat boleh harap dari jiwa politik yang dayus, yang tidak ada api perjuangan yang mulia, yang tidak bermaruah dan yang tidak kenal demokrasi bermoral. Pemimpin-pemimpin sekular telah menyesatkan minda-minda muda secara tidak bertanggungjawab untuk mengajak mereka mengikut logik dan crooked thinking mereka sebagai tukang arak panji-panji dan tukang perbarisan dan demonstrasi sebagai bukti perjuangan. Tetapi dimanakah pemuda pengikut

pemimpin sekular dengan panji-panji perang mereka sewaktu Kelantan memerlukan tenaga untuk pembangunan. Dimanakah tenaga fikir pemimpin pemuda sekular.

Sebaliknya mereka digunakan untuk menyesatkan lagi minda-minda Islam yang positif di kampus-kampus supaya ikut runtuh dengan logik-logik songsang. Pemimpin-pemimpin Melayu sekular tidak akan hilang kuasa, kedudukan dan pengaruh dalam masyarakat berbilang kaum jika mereka buang pakaian sekular dan pakai pakaian Islam. Besar kemungkinan kepimpinan mereka akan jadi lebih teguh jika pertukaran itu dibuat dengan bijaksana dan tertib; mulia di mata orang bukan-Islam dan bertambah mulia dan di sanjung oleh orang Islam. Anak-anak Kelantan hendaklah waspada dengan istilah kebangsaan yang di guna oleh pemimpin-pemimpin sekular apabila mereka bercakap tentang perjuangan. Istilah itu sekarang dikekal untuk mengelirukan orang Melayu. Misalnya akhbar yang mengaku akhbar kebangsaan mempunyai matlamat dan sifat lain dari apa yang disebut kebangsaan sebagai perjuangan kebangsaan dahulu. Yang diperjuangkan oleh pemimpin-

177

pemimpin sekular Melayu Kelantan ialah dua bidang yang tidak mampu ke mana-mana. Mereka kata mereka berjuang untuk Melayu tetapi Melayu semua tahu itu adalah di bibir sahaja kerana perjuangan mereka tidak mungkin dapat diteruskan ke tahap yang orang Melayu mahu. Mereka kata mereka berjuang atas dasar kebangsaan tetapi perjuangan kebangsaan itu sendiri mesti dan harus mengenepikan kepentingan puak-puak perkauman yang mereka sendiri belum bersedia berbuat demikian dan oleh itu penggunaan istilah kebangsaan oleh pemimpin perkauman adalah satu sandiwara kata-kata. Keadaan

kepimpinan yang tersepit dari segi dasar dan ideologi seperti itu tidak mungkin dapat berdiri tegak dan lantang di hadapan anak-anak Kelantan. Lebih awal isu itu diselesai lebih cepat kepimpinan mereka dapat dijangka membawa erti kepada rakyat. Tetapi selagi mereka memimpin di atas dasar perkauman dan tidak atas dasar keupayaan memberi maruah kepada kedudukan orang Melayu mereka akan ketinggalan zaman. Orang Melayu Kelantan telah menolak seruan perpaduan yang membawa ketakutan kepada kaum lain atau bersifat hendak bermusuh atau bersifat membenci kaum lain. Rakyat Kelantan cinta damai dan sudah terima hakikat Malaysia berbilang kaum. Rakyat Kelantan mahu kepada proses integrasi negara yang berkesan yang diasaskan dengan deguh di atas kefahaman yang jelas, dan taat setia yang tidak melihat kepada negara lain sebagai destinasi menyelamatkan diri. Tetapi orang Melayu Kelantan tidak akan abai tanggungjawab untuk mempertahankan agama, bangsa, dan tanah air jika itu benar-benar diancam. Anak-anak Kelantan yang mengharap kepada kepimpinan berkesan dapat lihat bahawa tiap-tiap kali krisis perkauman timbul pemimpin yang bertanggungjawab mengenai perpaduan negara terus membisu. Pemimpin-pemimpin tertinngi kaum pun juga membisu. Yang disuarakan ialah gesaan supaya rakyat bertenang dengan tidak menghangatkan isu. Pemimpin-pemimpin kaum tidak muncul secara berwibawa memimpin pemikiran rakyat sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pemimpin kaum. Bahaya yang didedahkan dari pengalaman peristiwa seperti itu ialah bukan semua

pemimpin kaum yang dianggap ramai sebagai pemimpin kaum dapat berperanan apabila khidmat penting dari mereka dikehendaki. Ada yang didedah sebagai yang tidak boleh di terima oleh kaum sendiri. Rakyat mahu supaya selepas krisis perkauman diredakan akan kedengaran visi dan misi untuk mengasaskan perpaduan di atas tapak yang kukuh yang

178

mampu melemahkan potensi kemunculan isu perkauman secara mengancam di masa depan. Tetapi selepas isu diredakan tidak juga kedengaran rancangan dan program ke arah itu. Pemimpin-pemimpin perkaumanlah yang sentiasa dalam tindak tanduk menjaga kedudukan mereka mengingatkan rakyat kepada kaum. Mereka mengstrategikan

pilihanraya mengikut kaum, merayu undi mengikut kaum, meletak harapan kemenangan ke atas sokongan kaum. Sebenarnya mereka ketakutan kehilangan kuasa jika perkauman tidak lagi relevan. Betapa mudahnya Kelantan dipercaturkan. Betapa tidak bertanggungjawabnya pemimpin-pemimpin perosak Kelantan yang hanya mahu mengejar kedudukan dan harta. Mereka sanggup jadi bisu apabila rakyat jelata Kelantan diketepikan. Mereka pandai cakap tentang agenda Melayu. Apakah agenda Melayu mereka termasuk menafikan kepada orang Melayu Kelantan kesempatan dan peluang untuk menghirup sama faedah dari pembangunan negara sama seperti yang diperolehi oleh rakyat bukan Melayu? Kepincangan dan jurang Melayu bukan Melayu yang nampak hari ini mungkin tidak sebegitu jika rakyat Kelantan di setiap pelusuk jajahan, daerah dan kampung diberi kesempatan untuk maju dan timbul. Politik yang membawa janji kemerdekaan dan kemajuan kepada negara meninggal kesan terbalik di Kelantan. Bagi Kelantan sehingga kini politik membawa pelbagai masalah. Pembangunan Kelantan tidak harus mengkompromi kemajuan dalam bidang perlaksanaan undang-undang Islam dan amalan-amalan yang diterapkan ke dalam masyarakat oleh kepimpinan ulama. Orang Kelantan akan rugi dunia dan akhirat jika tidak cermat dan melepaskan kepimpinan dari tangan ulama. Kemungkinan orang-orang Melayu Kelantan yang cintakan Islam dihakis keIslaman mereka oleh pemimpinpemimpin sekular sangat menakutkan. Bayangkan bagaimana kehidupan orang Islam dalam negara-negara Barat dan negara-negara lain yang pernah menjadi negara Islam yang kuat yang sekarang ini didominasi oleh pemimpin sekular. Perubahan ke arah itu mudah berlaku jika rakyat Kelantan cuai dan serahkan Kelantan kepada pemimpin yang tidak ada misi mendaulatkan Islam dalam dada mereka.

179

KELANTAN DIDERA

pabila Negara mendengar Perdana Menteri kita berucap dengan lantang dan berani di Bangsa-Bangsa Bersatu atau di persidangan-persidangan

antarabangsa di seluruh dunia seluruh rakyat Kelantan turut bersama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan apa yang ditegur, diingatkan, diajar, dirayukan dan dilemparkan ke atas muka Barat, kapitalis, neokolonialis dan spekulator mata wang dengan berani, tegas, keras dan logik mengajak kepada yang baik. Amalan dan nilai buruk mereka didedah, dicaci, dikutuk. Nilai-nilai baik ditunjuk. Semua dibuat dalam suasana majlis yang mulia secara gentleman. Rakyat Kelantan puas hati mendengar betapa buruknya mainan yang mementingkan faedah Barat dan kapitalis dalam urusan perdagangan antarabangsa. Rakyat puas hati mendengar pemimpin besar kita menggesa betapa Barat perlu lebih bertanggungjawab tentang alam sekitar dunia kerana cara hidup merekalah yang memusnahkan perimbangan ekosistem hari ini. Rakyat Kelantan puas hati mendengar Barat dibelasah kerana menunduk kebangkitan Islam, menafikan ruang untuk Islam bergerak berkembang dan berprogram untuk berdikari dalam bidang ekonomi, ketenteraan dan lain-lain. Rakyat Kelantan gembira mendengar pemimpin besar kita membelasah media asing kerana berat sebelah, memendamkan berita-berita Islam dan negara membangun, memutar belitkan ucapanucapan pemimpin negara kecil yang berani bercakap benar. Rakyat Kelantan berbangga dengan penyataan nilai-nilai kenegaraan dan politik yang diutarakan oleh pemimpin besar kita di persidangan-persidangan antarabangsa dan di majlis-majlis lain peringkat antarabangsa yang memberi nafas segar tentang erti hubungan kejiranan yang baik, kebebasan, hak-hak asasi, hak untuk memilih apa yang baik, tanggungjawab untuk berlaku adil, tanggungjawab menolong negara kurang maju dan miskin. Pendek kata rakyat Kelantan bermegah dengan pelbagai ajaran dan nasihat baik-baik yang telah dilafazkan oleh pemimpin besar kita kepada masyarakat dunia. Maruah bangsa, imej negara turut terangkat.

180

Mendengar itu semua rakyat Kelantan turut berbangga, turut bersorak, turut bertepuk tangan. Tapi kegembiraan itu dengan cepat disusuli oleh rasa duka dan kecewa; kecewa dengan pengalaman yang dialami dan dirasai di negara sendiri. Rakyat Kelantan tidak faham kenapa Kelantan dipinggirkan, dilemahkan, dilayan seperti penjajah atau Barat melayan negara Islam. Dalam hal ekonomi, industri, perdagangan dan hal ehwal Islam rakyat Kelantan berasa seperti berada dalam keadaan Islam dihina dan ditekan oleh kuasa besar Barat. Apabila Barat disuruh supaya tidak memiskinkan jiran, Kelantan dimiskinkan; apabila Barat disuruh melonggarkan syarat-syarat perdagangan dan meratakan padang permainan, padang Kelantan tidak diratakan; apabila media asing disuruh berlaku adil, media-media dalam negara disuruh memutar belit dan membuat kerosakan hubungan rakyat ke taraf yang cukup hina. Kebebasan membuat pilihan dan keadilan ditunggang-langgangkan menjadi paksaan dan kezaliman. Sayang sekali cakap tidak serupa bikin. Setelah diambil kira apa yang pentadbiran Pusat beri dan buat untuk Kelantan dan apa yang tidak diberi dan tidak dibuat untuk Kelantan, nyatalah Kelantan telah didera. Kelantan sudah lama didera dan penderaan itu berlaku dalam berbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau dalam bentuk yang tidak dapat dilihat. Rakyat Kelantan merasa layanan pentadbiran pusat terhadap Kelantan adalah masam manis. Ada kala masam, ada kala manis. Banyak masam sedikit manis. Mungkin rakyat Malaysia yang lain tidak rasa demikian tetapi rakyat Kelantan sangat ingin kepada kemanisan. Dalam keadaan masam perkara-perkara yang diberi dan dibuat di Kelantan tidak menimbul dan tidak dicakap cakap tentang keistimewaannya oleh rakyat jelata Kelantan kerana perkara-perkara itu diselubungi oleh kekeruhan, keraguan tentang keikhlasan dan matlamat-matlamat yang di nampak tidak jernih. Jika sekolah atau jalan atau parit dan saliran dibina rakyat jelata menganggapkan itu sudah terlambat dari yang sepatutnya setelah lama menunggu. Hikmat dari pemberian itu tidak menjadi buah mulut yang boleh mengharumkan imej pihak pemberi. Rakyat Kelantan tahu kerjajaan Pusat banyak berbelanja di Kelantan untuk pelbagai perkhidmatan tetapi rakyat juga terasa Kelantan ditekan, dizalimi dan didera oleh pentadbiran pusat. Perbuatan itu rakyat nampak dibuat secara langsung atau melalui pemimpin-pemimpin perosak Kelantan sendiri. Apa yang dilakukan itu adalah pada mata

181

orang Kelantan terbit dari sifat gila kuasa dan kedudukan yang mungkin didorong oleh nafsu terhadap kekayaan dan harta benda bukan drongan untuk berkhidmat dan berjasa kepada Kelantan. Perbuatan-perbuatan negatif terhadap Kelantan adalah manifestasi atau penjelmaan secara lahir dari ketiadaan kebolehan pemimpin-pemimpin barisan sekular Kelantan menghadapi rakyat dan lawan membentangkan idea dan program mereka dan falsafah serta matlamat perjuangan sekular mereka secara meyakinkan. Mereka tidak ada kebolehan, keupayaan dan kemampuan menarik minat rakyat jelata secara berkomunikasi atau secara membentangkan perjuangan dan perkhidmatan dengan berhujah dan berbincang. Mereka mencari jalan mudah. Dahulu tukang mengelabui mata rakyat di kampung ialah guru-guru, dan apabila guru-guru kurang berperanan, cara yang digunakan ialah dengan menafikan Kelantan. Itulah jalan yang mudah untuk melawan dan menyusahkan kemajuan Kelantan. Di peringkat pentadbiran hubungan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri direnggangkan dengan pegawai dan kakitangan kerajaan pusat melalui arahan-arahan tertentu. Pemimpin-pemimpin kerajaan Kelantan dipinggirkan dari mesyuaratmesyuarat penting berhubung dengan pentadbiran dan penyelarasan pembangunan. Susunan pengurusan pembangunan yang bersepadu di bawah kerajaan negeri dirombak dan jabatan di bawah pentadbiran kerajaan pusat diwujudkan dengan mengadakan susunan tersendiri sampai ke akar umbi. Tindakan itu menimbulkan pecah-belah dan menyukarkan usaha pembangunan itu sendiri. Ada juga kedengaran di Kelantan bahawa pemimpin-pemimpin perosak di Kelantan melaga-lagakan pegawai-pegawai tinggi kerajaan dengan pemimpin-pemimpin yang menerajui kerajaan Kelantan. Akibat dari semua itu tidak ada pendekatan yang padu dalam pentadbiran negeri. Di peringkat pembangunan pula pengkhianatan berlaku dengan cara tidak menyempurnakan janji-janji pembangunan infrastruktur dan penyaluran pelaburan dan penempatan industri-industri yang boleh dijadikan engine of growth yang berkesan kepada satu wilayah yang penting dalam konteks masyarakat Melayu, masyarakat Islam, masyarakat yang belum maju dan wilayah yang cukup berpotensi dan strategik dalam konteks Malaysia. Kenapakah sistem tidak meliputi Kelantan? Kenapakah pintu keluar masuk perdagangan antarabangsa Malaysia dan Thailand di Kelantan tidak dimajukan dengan bersungguh-sungguh? Apakah perancangan yang dibuat untuk menghadapi dan

182

mengambil peluang dalam bidang perdagangan antarabangsa yang akan muncul di bawah peraturan WTO AFTA, khususnya dalam perdagangan dengan negara-negara di Tenggara Asia dan Timur Jauh? Kenapakah pembangunan minyak dan gas tidak

dimajukan di pantai Kelantan? Kenapakah lapangan terbang Kelantan tidak diperlengkapkan dengan kemudahan dan persiapan tertentu untuk menggalak penempatan industri yang sesuai di Kelantan? Kenapakah pelabuhan yang besar di lokasi strategik berhadapan terus dengan pasaran ASEAN tidak disediakan di Tumpat Kelantan, sebuah bandar terminal Keretapi Tanah Melayu yang sangat masyhur pada suatu masa dahulu? Banyak yang pentadbiran pusat boleh buat untuk memajukan Kelantan dan sekaligus memajukan Melayu setempat dan ekonomi negara. Berbelanja untuk memajukan Kelantan adalah melabur untuk meneguhkan resilience negara dalam banyak perkara. Dengan majunya Kelantan pembangunan negara lebih seimbang. Kekayaan negeri Kelantan akan jadi kekayaan dan punca kekayaan negara. Integrasi negara akan lebih sempurna. Keupayaan untuk menerima teknologi dan kepakaran dari luar untuk faedah Bumiputera seluruhnya akan bertambah dengan terlibatnya orang-orang Melayu di Kelantan dalam arus perdana pembangunan dan dengan kehadiran syarikat-syarikat multinasional di Kelantan. Walaupun Kerajaan yang memerintah Kelantan adalah Kerajaan barisan Islam, seharusnya kemajuan Kelantan tidak diabaikan. Setakat ini kerja-kerja pembangunan infrastruktur di Kelantan belum sampai kepada tahap yang dapat menjana pembangunan sosioekonomi yang teguh dan berterusan secara sendiri, secara mapan. Yang anehnya tidak pun terdengar lobby yang sihat dan berkesan dari pemimpinpemimpin sekular Kelantan yang mahukan Kelantan dimaju demi kesejahteraan rakyat Kelantan yang menjadi tumpuan sokongan politik mereka. Yang anehnya juga peningkatan kemajuan dan kesejahteraan di Kelantan tidak pernah dijadikan potensi untuk menarik dan memaut hati rakyat jelata Kelantan. Mereka, baik pemimpin perosak atau pemimpin dari kalangan orang baik-baik, rela melihat Kelantan terjerumus ke dalam keadaan ketinggalan asalkan mereka selamat dari dituduh tidak bersama dengan pihakpihak yang memilih strategi melumpuhkan Kelantan. Rakyat Kelantan melihat pengkhianatan itu dengan rasa kesal dan rasa sedih kerana tiada terdaya bertindak, tiada saluran untuk membawa kesedaran, tiada ruang untuk menyata harapan dalam sistem

183

yang wujud. Takut dan bisu adalah ciri masyarakat yang muncul akibat adanya corak kepimpinan yang cenderung kepada salah guna kuasa dan zalim. Di peringkat kewangan pula rakyat sekali sekala mendengar bagaimana susahnya Kerajaan Kelantan mendapat peruntukan daripada Pusat. Peruntukan tidak datang ke Kelantan mengikut peraturan dan jadual yang wujud. Usaha yang lebih terpaksa dilakukan untuk meminta dan meminta. Rakyat pernah mendengar tentang masa-masa cemas yang dihadapi oleh Kerajaan negeri kerana lambat menerima peruntukan dari Kuala Lumpur. Tidak keterlaluanlah jika rakyat Kelantan membuat banyak sangkaan tentang kesusahan mendapat peruntukan untuk projek-projek

pembangunan di Kelantan walaupun setiap rancangan lima yahun membariskan pelbagai projek untuk Kelantan. Lebih dari sepuluh jabatan dan agensi besar kerajaan mempunyai tugas mengerak dan memajukan pertanian dan masyarakat pertanian. Tetapi rakyat bertanya di manakah kemajuan dalam cara, teknologi, sistem, hasil mutu tinggi, hasil nilai tinggi, amalan lepas tuai, lepas tangkap, lepas pungut dan pemasaran yang dinikmati oleh masyarakat. Sukar untuk rakyat berkata bahawa jabatan-jabatan itu berjaya mewujudkan dalam masyarakat pertanian dan perikanan komponen yang maju dan kukuh dalam ekonomi Kelantan. Pada hakikatnya masyarakat pertanian di Kelantan berupa masyarakat meleset dengan kelompok-kelompok kejayaan di sana sini. Setelah sekian lama jabatan-jabatan dan agensi-agensi itu wujud gambaran yang sepatutnya dapat dilihat ialah pemodenan dan kejayaan yang merata dengan hanya kelompok-kelompok kawasan bermasalah dan meleset. Dimanakah perginya ilmu dan kemahiran pengurusan pembangunan pertanian dan perbelanjaan yang begitu banyak untuk kemajuan pertanian yang telah diperuntukkan tahun demi tahun bagi jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkenaan. Dalam hal pertanian senario yang dapat dilihat di Kelantan adalah suasana dunia ketiga. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa banyak tenaga dan masa pegawaipegawai dan kakitangan dihabiskan untuk kerja-kerja di atas kertas dari kerja-kerja membantu petani peladang, penternak dan nelayan dalam proses pemodenan dan kemajuan. Jika hendak bukti anak-anak Kelantan boleh melawat jabatan-jabatan dan lihat sendiri dunia birokrasi pertanian yang belum tentu relevan dengan keutamaan yang dikehendaki oleh rakyat. Hari demi hari, tahun demi tahun pegawai-pegawai hidup dalam

184

dunia yang mempunyai matlamat lain dari matlamat rakyat. Adakah pernah ahli exco dan ketua-ketua jabatan masing-masing bertanya apakah telah terjadi kepada pengetahuan dan pengalaman lawatan sambil belajar dan kursus-kursus yang dihadiri oleh pegawaipegawai dan personel-personel di Jepun, Korea, Taiwan, England, Peranchis, Amerika Syarikat, Thailand, Indonesia, Filipina, dan lain-lain tempat baik luar negeri mahupun di dalam Malaysia sendiri! Pentadbiran dan pengawasan pembangunan perlu diambil berat oleh Kerajaan negeri supaya kerajaan tidak terus dikelentong oleh pegawai-pegawai. Pemimpin-pemimpin jangan hanya pandai menyebut perkataan ketelusan tetapi tidak pandai menikmati hikmat ketelusan. Ketelusan yang diikuti dengan penilaian prestasi dan kos akan membersihkan kekotoran dalam jentera pengurusan pertanian. Lebih cepat overhaul dibuat lebih baik untuk masa depan pertanian di Kelantan. Sebagai tempat makan gaji badan-badan itu hidup, tetapi sebagai tempat mencetus pemodenan pertanian dan memajukan masyarakat yang menjadi client mereka rakyat belum merasai kejayaan pemodenan dari sentuhan pengurusan, perancangan dan teknologi yang disebar oleh pegawai-pegawai. Jika ada kejayaan yang menarik itu adalah kebanyakannya yang diusahakan dengan inisiatif sendiri oleh rakyat. Apakah perubahan yang dibawa oleh agensi-agensi itu? Apakah rancangan masa depan mereka? Bahkan Kelantan yang masyhur di bidang tanaman tembakau telah mengalami pengurangan quota tanaman itu setelah Kerajaan di bawah kepimpinan barisan Islam mengambil alih. Apa bila kedudukan Kelantan sebagai pengluar utama tembakau dalam negara dirombak secara sistematikbagi melemahkan pemimpin-pemimpin dam masyarakat yang bergantung kepada tembakau apa kah hujah balas dari anak-anak Kelantan yang berkedudukan tinggi dalam Ajensi yang berkenaan? Apa kah penilaian strategi yang baik untuk menghadapi penurunan aktiviti perushaan tembakau di Kelantan yang telah dibuat oleh Kerajaan dan para strategist Kerajaan Kelantan. Kalaupun pengurangan quota telah menyebabkan industri tembakau di Kelantan lumpuh, birokrat pertanian sepatutnya memperkenalkan tanaman yang setanding jika tidak lebih menguntungkan dari tanaman tembakau apabila penanaman tembakau terbantut. Tetapi itu tidak dibuat. Kawasankawasan pertanian di bawah agensi-agensi pertanian masih memberi imej meleset yang tidak setimpal dengan masa yang lama di bawah urusan agensi yang ditugas untuk membawa kemajuan. Banyak ruang yang masih ada dan boleh dimajukan.

185

Walaupun negara telah lama menggalakkan pemodenan pertanian, itu semua tidak memberi kesan yang membanggakan dalam kehidupan masyarakat pertanian Kelantan. Penggunaan jentera untuk menanam dan menuai padi dengan mengupah pihak lain tidak mengubah masyarakat tani dan persekitaran hidup petani. Pengurusan program pertanian tidak menunjukkan kesungguhan merancang dan memperkenalkan program yang mampu memajukan keluarga tani secara sistematik. Jika ada dua atau tiga kejayaan, yang mungkin tidak ada kaitan dengan sistem yang diamalkan pun, itu disebut-sebut dan ditunjuk-tunjuk sebagai bukti kejayaan. Hakikat bahawa banyak lagi kawasan yang meleset, yang tidak berubah, yang tidak maju, yang tidak memperlihat kesan pemodenan tidak dihirau. Hakikat bahawa kejayaan di satu-satu tempat yang diheboh-hebohkan itu tidak dapat diulangi di tempat-tempat lain tidak dihirau. Jika batu uji kejayaan di bidang pertanian ialah produktiviti yang meningkat, pendapatan yang lebih, amalan pertanian yang maju dan moden, peralihan dari penanaman tanaman biasa kepada tanaman bermutu tinggi dan bernilai tinggi rakyat Kelantan tidak dapat cari bukti dengan mudah. Jauh bezanya dengan apa yang dapat dilihat di negara jiran yang sekarang membekal Kelantan dengan berbagai hasil sayur-sayuran dan buah-buahan. Kerajaan Kelantan sendiri yang nampak seperti sudah puashati dengan prestasi pertanian di Kelantan memperlihatkan kesempitan pandangan dan visi untuk memimpin dengan tidak memberi arah kepada sektor pertanian yang sangat memerlukan panduan untuk mencapai kejayaan; kejayaan yang lebih tinggi dan lebih hebat dari apa yang ditunjuk oleh pengurusan yang ada semenjak 30 tahun lalu. Kalaulah ada pemimpin-pemimpin yang telah bersuara menegur kelemahan yang berlaku di bidang pertanian sudah pasti prestasi agensi-agensi yang wujud di Kelantan tidaklah seperti yang dialami sekarang. Pada keseluruhannya kemajuan dan pemodenan yang ditunjukkan dalam program pertanian adalah ditunjukkan di peringkat pejabat agensi-agensi itu sendiri sahaja. Alat-alat dan kelengkapan pejabat ditingkatkan. Bilangan pegawai dan kakitangan ditambah. Jika pejabat-pejabat agensi pertanian dijadikan petunjuk kemajuan, petunjuk ini nyata sekali tidak mencerminkan keadaan di bendang dan ladang. Dilihat pada taraf kemajuan pertanian dan petani terbayang tanda tanya, adakah kos yang dibelanja bulan demi bulan serta tahun demi tahun untuk kemajuan pertanian berpadanan dengan kemajuan yang dilihat di bendang dan di ladang?

186

Berbanding dengan pencapaian usaha swasta di luar Kelantan kemudahan, alat-alat, jentera dan bilangan kakitangan yang ramai yang ada di Kelantan sudah boleh menghasilkan kemajuan yang cukup banyak. Mungkin benar bahawa tiada siapa yang berani bertanya tentang kos yang dicurah oleh agensi-agensi yang lebih mementingkan birokrasi sendiri dari kebajikan petani. Jika ditanya akan pecah tembelang. Atau

mungkinkah Jawatankuasa Pertanian Negeri Kelantan tidak berfungsi dengan sepatutnya. Pemimpin-pemimpin perosak Kelantan yang terlibat dengan pengkhianatan mengabaikan nasib anak-anak Kelantan yang begitu lama dahagakan pembangunan. Mereka samalah dengan lain-lain yang tidak jujur dalam perjuangan politik bagi membawa perkhidmatan, pembangunan, kedamaian, kesejahteraan untuk rakyat jelata. Salah satu tanda tiada kejujuran ialah kurangnya kehadiran mereka dalam masyarakat bawah. Mereka itu muncul semasa merayu sokongan rakyat. Mereka tidak kisah apa jadi selepas itu. Mereka tidak berjuang untuk membina tapak pembangunan ekonomi secara yang teguh. Mereka tidak mempedulikan nasib rakyat. Jika mereka jemu mereka lari ke Kuala Lumpur, tinggalkan rakyat dengan penderitaan mereka di kampung sehingga musim pilihanraya tiba. Jika tindakan demikian dikira satu cara berpolitik dan dalam politik matlamat mendapat kuasa menghalalkan cara maka rakyat Kelantan telah jadi mangsa cara pemimpin-pemimpin Kelantan berpolitik. Pemimpin-pemimpin perosak Kelantan merestui cara yang boleh mendera Kelantan sendiri. Prinsip federalisme diabaikan tanpa suara tentangan dari pemimpin-pemimpin Kelantan. Tidak juga dari mereka yang layak bercakap tentang undang-undang dan Perlembagaan. Suara yang didengar datang dari pemimpin-pemimpin barisan Islam. Tidakkah itu kerja bermaruah namanya;

memperjuangkan kebenaran dan berusaha menghapuskan kezaliman dan ketidakadilan terhadap rakyat Kelantan. Di lain-lain negeri cara berpolitik amat berbeza. Mereka berpolitik dengan cara yang lebih cerdik, lebih smart dan lebih mementingkan rakyat dan negeri sendiri.

187

KUASA DI TANGAN

ang

menjadi teka-teki rakyat Kelantan ialah ketiadaan tindakan Kerajaan

terhadap kalangan pegawai-pegawai tadbir Negeri yang tidak mahu mengikut

arahan atau yang cuai dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab; yang tidak menjalankan tugas seperti yang dikehendaki kerana tidak ada kebolehan, tidak tahu atau enggan. Rakyat tidak faham kenapa Ketua Kerajaan Kelantan tidak meminta supaya tindakan tatatertib diambil ke atas pegawai yang dilihat oleh rakyat sebagai tidak patuh kepada ketua. Bahkan jika pihak berkuasa tatatertib tidak bertindak mungkin Kerajaan boleh ambil tindakan undang-undang kerana Kerajaan sendiri ada bukti tentang penyelewengan dan salahguna kuasa oleh pihak yang berkenaan. Jika itu pun tidak dapat dibuat Kerajaan tidak patut berhenti di situ. Jika tindakan disiplin dan undang-undang tidak boleh diambil itu perlu diselesaikan dengan cara lain. Apakah kedudukan pegawai-pegawai tertinggi berbanding dengan Ketua Kerajaan Negeri sebagai majikan kepada mereka? Jika arahan dikeluarkan kepada

pegawai oleh Ketua Kerajaan dan arahan itu tidak diikut apakah yang patut dibuat? Jika ini berulang sekali, dua kali atau tiga kali apakah yang patut dibuat? Jika tiap-tiap kali arahan diabaikan apakah yang patut dibuat oleh Ketua Kerajaan? Rakyat tidak faham apabila Ketua Kerajaan tidak mahu bertindak tegas. Rakyat tidak faham apabila Ketua Kerajaan hilang punca dalam perkara pentadbiran biasa seumpama itu. Rakyat bukan tidak tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri tetapi rakyat sukar menerima sikap Kerajaan dalam hal itu. Apakah Kerajaan sebagai majikan patut bertindak terhadap pegawai yang tidak ikut arahan atau engkar perintah atau membuat kerja dengan tidak memberi puashati kepada majikan? Yang paling mudah dan diamal dimana-mana dalam situasi buruk seperti itu ialah Kerajaan tidak memberi tugas kepada yang bermasalah dan yang peronaliti nya tidak dapat dibaikpulih. Kerja-kerja besar patut ditugaskan kepada orang-orang yang memberi kesan. Adakah kelengahan bertindak itu satu prokrastinasi di pihak Kerajaan atau satu lagi

188

contoh Kerajaan bertidak secara perlahan, teratur, cermat, melangkah biar betul, melontar biar kena, satu sifat yang rakyat nampak sebagai mementingkan diri supaya kulit tidak luka, nama sentiasa baik, dan rakyat boleh tunggu .

Rakyat membuat perbandingan dengan pengalaman dalam situasi biasa di luar Kerajaan di mana pemimpin biasa atau individu diberi tanggungjawab mengendali organisasi atau syarikat. Jika kejadian tidak mengikut perintah berlaku mereka tahu apa yang patut dibuat untuk menyelamatkan organisasi atau syarikat berkenaan. Pengurus yang berdolak-dalik, yang tidak tegas, yang tidak boleh atau tidak mahu membuat keputusan, dikatakan tidak layak menjadi pengurus. Bagaimana jikalau Ketua Kerajaan atau orang yang memegang portfolio berkenaan tidak boleh atau tidak mahu membuat keputusan? Pegawai-pegawai lain jadi berani mengenepikan pemimpin politik. Istilah apakah yang hendak diguna bagi menyatakan sikap dan watak pemimpin demikian? Rakyat mahu Kerajaan get on with the business of governing. Kuasa di tangan perlu di guna; masalah perlu diselesai. Tindakan perlu diambil ke atas pegawai-pegawai yang nyata engkar, tidak menjalankan tugas seperti yang diarah atau gagal menjalankan tugas kerana tidak pandai. Menggunakan kuasa memang membawa risiko. Apabila sampai masa bertindak semua pemimpin-pemimpin besar Islam di masa silam bertindak untuk membawa perubahan. Kerana mereka membuat keputusan dan baertindaklah maka kemajuan telah dicapai. Bahkan keputusan berperang pun dibuat bila perlu. Jika tidakan tidak diambil maka kelemahan itu akan kekal menjadi masalah besar kepada Kerajaan. Kelemahankelemahan itulah yang menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk menyelesaikan. Sebagai contoh bayangkan jika masalah mutu bekalan air minuman tidak dihirau oleh pegawai yang bertanggungjawab dan akibat kecuaian itu ramai rakyat dengan cara perlahan-lahan diracuni; ada anak-anak menjadi cacat, ada rakyat yang mendapat penyakit dan sebagainya. Apakah itu tidak cukup dijadikan asas untuk Ketua Pentadbiran digantikan dengan orang lain yang lebih bertanggungjawab? Jika Ketua Kerajaan tidak boleh bertindak kerana pegawai tinggi Kerajaan tidak pernah diarah untuk melaksanakan sesuatu tugas tertentu maka sudah tiba masanya Kerajan mengaturkan komunikasi yang boleh dipertanggungjawabkan apabila

189

mengeluarkan perintah atau arahan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Walau apa pun yang dibuat atau tidak dibuat oleh Ketua Kerajaan hakikatnya yang memerintah

Kelantan adalah seperti harimau yang tidak ada kuku, satu perkembangan yang mengecewakan rakyat yang mahu melihat pentadbiran dilakukan secara yang sewajarnya. Pemegang portfolio berkenaan telah gagal. Politik dan agama bagi orang-orang Kelantan adalah seperti yang ditunjukkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Bagindalah yang memerintah dan Baginda jugalah yang mengajar dan membimbing. Tetapi apabila kemajuan dalam pengurusan hal-hal negeri nampak berat kepada mengajar dan memastikan supaya ajaran Islam diikut dan itu tidak reda-reda dibuat oleh Tok Guru sendiri dan pembetulan pentadbiran nampaknya tidak dibuat oleh Tok Guru atau tidak mahu dibuat, maka rakyat yang mahu Membangun Bersama Islam, dan mahu melihat kecemerlangan sentuhan kepimpinan Islam terasa takut, tergugat, dan bimbang kalau-kalau proses politik yang berasaskan seorang satu undi akan menolak kepimpinan yang hanya tahu mahu kuasa tetapi tidak tahu mentadbir. Kata orang Kelantan gelenya-gelenya nak kuasa, buleh kuasa tak tahu nak buat ggapo. Ramai musuh dan rakyat yang atas pagar yang bukan sahaja menunggu dan melihat tetapi yang sentiasa mudah diajak untuk bertindak dengan berkesan untuk tidak menyokong kepimpinan yang lembik dan tidak mahu cuba menjadi berkesan. Perkembangan menolak pemimpin-pemimpin seperti itu berlaku setiap hari bukan kerana yang menolak itu menolak agama, perjuangan, idealisme atau apa-apa matlamat yang dituju, tetapi yang ditolak nanti ialah kepimpinan; iaitu kuasa untuk memimpin. Jika itu terjadi ke atas Kerajaan Kelantan yang ada atau jika kuasa yang kuat itu dilemahkan apakah akan terjadi dengan janji-janji yang masih belum lagi ditunai? Bagi orang Islam di Kelantan, jika orang politik tidak ada pun pegangan Islam mereka insya-Allah akan tetap tidak hilang. Rakyat Kelantan akan pertahan dan perkembangkan Islam seperti dulu dulu. Orang Islam akan ke masjid seperti dulu. Beratus-ratus tahun dengan cara dan corak hidup yang diamalkan orang-orang Kelantan dapat berpegang, mengembangkan Islam, membina masjid, membina surau, pondok dan menyempurnakan ibadat haji dan lain-lain. Jika orang politik tidak ada pun orang-orang Islam Kelantan akan mencari jalan untuk mengekalkan cara hidup Islam insyaAllah. Tetapi dengan harapan politik boleh membawa kepada pendaulatan Islam dan kemajuan

190

ummah di atas jalan yang lebih cepat, teguh, berperlembagaan, dan selesa maka rakyat Kelantan telah membuat pilihan supaya Kelantan dipimpin oleh ulama. Jika orang politik yang diberi kuasa masih tidak mahu melangkah masuk ke gelanggang pentadbiran tetapi mahu terus berperanan sebagai guru, guru, dan guru dan mengabaikan corak pentadbiran yang lebih baik demi kegemilangan Membangun Bersama Islam maka baiklah tugas itu diserahkan kepada orang politik lain yang mampu. Dengan demikian rakyat tidak dikhianati, dan perjuangan politik Islam terselamat dari kebimbangan ditolak oleh rakyat. Rakyat tidak menolak Islam. Orang Islam akan bersabar menunggu kejayaan yang dijanjikan Allah s.w.t. Rakyat akan sentiasa cari pemimpin yang lebih mampu membawa mereka kepada kecemerlangan dan kesejahteraan baldatun tayyibatunyang dirahmati Allah. Dalam perspektif perkembangan Islam di negara ini, 50 tahun adalah satu jangka masa yang singkat; tetapi dari jangka masa perjuangan Islam dan jangka masa menunggu dan mengharap, sehari dirasakan seperti setahun. Kejayaan pemimpin barisan Islam mengajak orang Melayu menyokong mereka adalah satu kejayaan yang cukup hebat dan cukup bertenaga. Tetapi kelambatan menjanakan pembangunan ekonomi sosial boleh melemahkan semangat penyokong-penyokong. Sudah lebih dari 12 tahun rakyat menunggu pembangunan yang boleh dibanggakan bersama, tetapi itu nampaknya tidak muncul. Yang ada dan yang nampak ialah kemajuan dalam bidang hal ehwal Islam. Itu rakyat tidak nafi. Tetapi dalam konteks kesejahteraan di dunia masih banyak yang boleh diusahakan terutamanya dalam sektor ekonomi, industri dan sosial. Lebih lama rakyat Kelantan nampak ahli-ahli exco tidak turun ke padang memimpin program-program kerajaan rakyat akan membuat pelbagai andaian ke atas wakil-wakil mereka dari segi peranan mereka dalam Kerajaan. Rakyat tidak mempertikai kelulusan dan kebolehan mereka dalam bidang-bidang yang diceburi sebelum mereka dipilih dan dilantik sebagai ahli exco; tetapi rakyat akan sangsi tentang ilmu pengetahuan serta pengalaman memimpin kerajaan. Rakyat akan sangsi tentang sikap rendah diri yang negatif, tentang inferiority complex pemimpin-pemimpin bila mereka ada bersama

dengan pegawai, kerana semua itu tidak berapa selari dengan harapan rakyat terhadap barisan kepimpinan kerajaan negeri . Rakyat juga sangat mengharapkan supaya pegawai

191

pegawi kanan turut melahirkan sifat warak dan tawaddak memainkan peranan memimpin dan mentadbir dengan cekap dan berkesan. Walaupun mungkin ada bidang bidang di mana ahli-ahli exco telah menghasilkan impak yang baik itu tidak berapa dirasai oleh masyarakat, tidak disebut sebut. Jika ada lebih rakyat tahu mengenainya lebih baik. Sudah pun ada kegelisahan rakyat yang ingin melihat kegiatan-kegiatan dan kemajuan. Dan sudah pun timbul rasa kecewa rakyat di tangan ahli-ahli exco yang tidak dapat membuat keputusan dan menyalur sesuatu yang memerlukan keputusan dari satu tempat ke satu tempat dengan tidak ada siapa yang boleh memberi kata putus. Rakyat Kelantan tidak nampak tindakan dan impak yang dibuat oleh exco dalam bidang masing-masing secara yang boleh mencetuskan rasa

penghargaan, kebanggaan, sokongan dan puas hati dengan Kerajaan. Gambaran yang rakyat dapat rumuskan dari mata memandang bukan bahu memikul ialah: Ahli-ahli exco tidak memimpin dan tidak memberi panduan kepada pegawaipegawai; Ahli-ahli exco tidak menjana idea; Ahli-ahli exco tidak mengambil daya utama bertindak; Ahli-ahli exco terlalu memberi laluan kepada pegawai-pegawai; Ahli-ahli exco terlalu bergantung kepada pegawai-pegawai; Ahli-ahli exco dikelentong oleh pegawai-pegawai; Ahli-ahli exco tidak dapat bezakan form dari substance. Mereka sibuk bermesyuarat tetapi tidak ambil berat tentang isu-isu yang dihadapi rakyat dan negeri.

Ahli-ahli exco walaupun tidak diberi nama Menteri patut bertindak seperti se orang Menteri: memperjelaskan dasar dan peraturan kepada rakyat. Mengadakan program dan projek. Memandu dan memberi arah kepada jentera Kerajaan untuk mengurus secara berkesan. Memantau dan menilai kemajuan dan membuat keputusan-keputusan penting bagi memperbetul kesilapan atau kelemahan dalam perlaksanaan program.
192

Menggerakkan pentadbiran dan pengurusan negeri ke peringkat pencapaian yang lebih tinggi.

Rakyat Kelantan yang mengharap kepada peluang keemasan untuk Membangun Bersama Islam, yang tidak mahu hidup seperti masyarakat Islam di Turki, rakyat yang mahu hidup dalam masyarakat berbilang kaum dengan aman damai tetapi dengan mendapat kesempatan penuh untuk hidup seperti yang ditunjuk oleh Al-Quran dan Hadith, rakyat yang tidak mahu bergaduh dengan rakyat Malaysia lain yang bukan Islam, tidak mahu barisan kepimpinan Islam di Kelantan gagal. Tetapi melihat kepada ketiadaan perancangan yang kemas dan berstrategi, dan ketiadaan pelan perlaksanaan dan program yang bertenaga, tanda-tanda kepimpinan akan menghadapi kegagalan itu ada. Jika dalam jangka masa yang ada ini Kerajaan tidak berbuat apa-apa, maka tunggulah masanya Kerajaan Kelantan akan menghadapi masala; barang dijauhkan Allah. Masalah akan wujud jika:

Jentera Kerajaan tidak dapat dikawal dan diarah. Perubahan-perubahan penting tidak dilakukan. Hasil dan pendapatan negeri tidak dipertingkatkan. Program-program yang lemah dan tidak relevan tidak diperbaiki atau dihentikan. Pegawai-pegawai yang bermasalah tidak dibaikpulih atau diketepikan ke tempat yang tidak menghalang perjalanan pengurusan negeri. Peluang dan kesempatan untuk maju cepat tidak diguna sepenuhnya. Banyak masa dan tenaga diguna untuk perkara-perkara kecil atau perkaraperkara yang terhad kesannya kepada rakyat. Projek dan program yang baik tidak disokong dengan kuat atau dengan kewangan sehingga menyebabkan pegawai-pegawai lemah semangat dan projek atau program memberi gambaran meleset.

Kerajaan tidak permudahkan prosedur untuk rakyat berurusan dengannya. Kerajaan tidak menghentikan perbelanjaan overhead bagi pejabat-pejabat dan agensi-agensi yang tidak langsung berkesan semenjak Kerajaan dahulu lagi.
193

Kerajaan tidak menilai semula dan memberi tugas secara berfokus kepada agensi-agensi dan pejabat-pejabat Kerajaan yang semenjak Kerajaan dahulu lagi sibuk dengan kerja-kerja yang tidak dapat membawa Kelantan ke manamana. Mereka hanya menghabiskan masa dan wang Kerajaan secara sia-sia.

Ada masanya menyorok masalah di bawah permaidani dapat menolong orang yang menghadapi masalah jika masalah itu disapu ke bawah permaidani pada masa dan tempat yang betul. Jika itu dilakukan oleh pemimpin, ia dikatakan cara yang bijaksana, dan jika itu dilakukan oleh orang bawah itu dikatakan tidak bertanggungjawab. Dalam kes pergeseran pemimpin-pemimpin politik dengan pegawai-pegawai, rakyat

diperbodohkan. Masalah yang ada dikatakan tidak ada. Dan tidak nampak pun usaha untuk menyelesaikannya. Jika jalan pindaan Perlembagaan Negeri dan undang-undang serta peraturan tidak mahu dilalui, sekurang-kurangnya rakyat mahu melihat usaha dibuat untuk memimpin pegawai-pegawai ala profesional. Sekurang-kurangnya percubaan untuk memimpin pegawai-pegawai dibuat. Adalah sukar bagi rakyat menerima keadaan di mana sebuah jentera kerajaan dibiarkan hanyut tanpa haluan. Sampai bila? 5, 10, tahun lagi? Jika langkah untuk memimpin pegawai-pegawai hendak dimulakan maka inilah masanya, iaitu waktu rakyat masih segar menyokong kerajaan dan masih menaruh harapan dan keyakinan kepada kepimpinan Tok Guru. Untuk berlaku adil rakyat tidak ragu ragu tentang keinginan pemimpin barisan Islam membawa perubahan kearah yang baik tetapi cukup ragu di atas keupayaan membawa kemajuan berasaskan kepada apa yang dilihat selama ini. Rakyat mahu mereka segera atasi kelemahan mentadbir dan mengurus. Rayat tidak mahu mereka bergantung kepada kepandaian berkata kata, kepetahan bermain kata dan berdolak dalik. Kadang kala kepetahan pemimpin-pemimpin bermain kata mengingatkan kita kepada abu nawas. Itu semua rakyat nampak. Rakyat Kelantan mula hairan kenapa orang politik yang tidak ada kuasa mahukan kuasa mutlak, dan bila ada kuasa mutlak tidak mahu guna kuasa dan tidak tahu guna kuasa. Kelantan tidak boleh biarkan jentera pentadbiran yang tidak boleh berfungsi dijadikan alat merealisasikan perjuangan politik dengan slogan Membangun Bersama Islam. Tindakan memimpin dan membimbing dan tindakan disiplin perlu dilaksanakan. Barisan pimpinan kerajaan perlu melangkah memberi sentuhan kepimpinan terhadap

194

pegawai-pegawainya. Mereka perlu diberi rangsangan, disegarkan, digalakkan, dibangkitkan minat untuk berkhidmat. Perkara yang sudah-sudah tidak perlu diungkit. Yang mustahak ialah kebolehan pegawai-pegawai itu perlu diiktiraf dan digalakkan supaya digunakan ke arah apa yang dirancangkan untuk kemajuan dan pembangunan Kelantan. Pemimpin-pemimpin perlu menyemai dalam jiwa pegawai-pegawai semangat berkorban untuk Kelantan dan memberi yang terbaik dari mereka untuk Kelantan. Pegawai-pegawai perlu diberi kuasa yang sesuai untuk menjalankan tugas, dan pemimpin-pemimpin politik harus tahu bagaimana membuat mereka bangga dengan hasil kerja mereka dan membuat mereka rasa mereka adalah anggota penting bagi misi menjana pembangunan Kelantan. Apa gunanya ada pengarah-pengarah yang tidak mahu mengarah dan yang tidak pandai mengarah, dan yang tidak mahu belajar mengarah. Apakah gunanya ada Setiausaha Kerajaan yang tidak setia dan tidak juga berusaha. Pemimpin-pemimpin Kerajaan dikelilingi oleh pegawai-pegawai yang takut bertindak. Akibatnya pengurusan tidak berkesan. Pemimpin-pemimpin Kerajaan dikelilingi oleh pegawai-pegawai yang tidak boleh memberi nasihat. Akibatnya tidak ada idea dan pandangan yang boleh memperkayakan proses pentadbiran. Jangan jadikan kejayaan terpencil sebagai dalil bagi kemajuan. Jangan jadikan apa yang jarang-jarang berlaku dalil kejayaan. Jangan gunakan kepetahan bercakap untuk memukau dan memalingkan perhatian rakyat biasa kepada kelemahan kelemahan pentadbiran. Misalnya apa bila ditegur kerana tidak ada pembangunan bukan bukti pembangunan yang ditunjuk tetapi yang dilaung balas ialah: Firaun pun boleh membawa pembangunan. Apakah yang hendak dibanggakan dengan pembangunan. Pembangunan yang lepas lepas telah akhirnya hancur. Kepintaran berpolemik secara itu dengan kepandaian menegak benang basah yang melampaui medan politicking di alam nyata adalah salah satu kelemahan besar pemimpin-pemimpin Islam di Kelantan. Mereka percaya kepada hujah boneka mereka sendiri. Ramai di antara mereka yang berilmu tinggi, pandai berucap di khalayak ramai, pandai memilih kata, pandai berhujah, pintar dengan logik dan mantik, pandai dengan cara menarik sokongan tetapi malangnya tidak ramai yang pandai membuat kerja mentadbir, mengurus, merancang, dan tidak juga pandai menggunakan perkhidmatan orang lain dengan berkesan, bahkan mencurigai jika

195

ada pihak yang menegur, dan tidak mudah mendengar teguran tanpa terlebih dulu menunjukkan mereka lebih tahu dalam hal-hal yang dibangkitkan sedangkan mereka sebenarnya kurang tahu dan mungkin tidak tahu mengenai perkara perkara yang di tegurkan itu tetapi merka mahu tunjuk tahu. Itu rakyat faham tetapi janganlah sampai apa yang mencukupi untuk tujuan melepas batuk di tangga juga diterima sebai cukup untuk mentadbir negeri. Pejabat-pejabat Kerajaan termasuk agensi-agensi Kerajaan dan kemudahan kemudahan swasta yang berdiri megah tidak berdaya menggalakkan interaksi dan

transaksi yang boleh membawa kepada kerancakan pelaburan dan kegiatan ekonomi. Nampak sangat tidak ada tindakan dan usaha sokong-menyokong Kelantan incorporated, masing-masing dengan misi masing-masing. Bolehkah pemimpinpemimpin Kerajaan negeri Kelantan membaik-pulih keadaan dan menyuntik rasa gembira di kalangan pegawai-pegawai supaya buat pertama kali sejak Kerajaan dahulu lagi pegawai-pegawai dapat rasa diberi kesempatan dan peranan yang jelas untuk mendapat kepuasan hati dalam menjalankan kerja, kepuasan hati kerana berjasa kepada kerajaan, dan kepuasan hati berjasa kepada rakyat; sesuatu yang mereka tak pernah rasa.. Jika segala yang dibayangkan itu dapat dicuba, Insya-Allah usaha Membangun Bersama Islam tidak akan menghadapi banyak masalah. Bahkan jika sebahagian dari apa yang dibayangkan itu dapat dicuba, rakyat akan menghargai percubaan itu. Dan tidak ada sebab kenapa pentadbiran sebagai alat melaksanakan visi politik tidak dapat diberi keutamaan. Jika itu diabaikan, rakyat tidak perlu kepada pemimpin seperti itu. Rakyat kena angkat pemimpin-pemimpin Islam yang lebih berpotensi sebagai pembawa perjuangan Islam dan pentadbir masyarakat dan negeri.

196

MINDA MELAYU KELANTAN

inda Melayu Kelantan sudah lama terbuka. Merekalah yang dari awal lagi telah menunjuk keupayaan menilai dan memilih yang baik untuk dunia dan

akhirat. Mereka sudah beberapa kali menolak apa yang mereka tidak suka. Wakil rakyat dan Kerajaan pun telah mereka tolak dan tukar; tidak mudah mereka menjadi lembu bersongkok dan bersampin. Apabila orang-orang politik menyuruh Melayu Kelantan buka minda, Melayu di luar politik rasa geram, kecewa, malu, marah, kesal, dan lucu, kerana orang-orang yang menyuruh itulah yang sepatutnya buka minda sendiri terlebih dahulu. Merekalah yang menyempitkan minda Melayu Merekalah yang mengongkong minda Melayu. Mereka lah yang memesongkan minda Melayu. Merekalah yang memujuk Melayu menerima iklim kezaliman, kekerasan, pembatasan kebebasan, penyalahgunaan kuasa, korupsi dan nepotisme sebagai perkara biasa. Mereka menodai nilai-nilai baik yang diajar oleh agama dan oleh datuk nenek orang Melayu. Perbuatan perbuatan yang nyata tidak bermoral dalam masyarakat Melayu yang dibuat oleh orang politik diminta orang Melayu menerimanya sebagai kesalahan teknikal. Maruah Melayu hilang di mata orang yang tahu apa itu moral. Maruah Melayu hilang di mata kaumkaum lain yang tahu apa itu moral. Pemimpin Melayu tidak boleh cakap pasal ketuanan jika maruah tidak dijaga. Tidak ada yang mahu bertuan kepada yang tidak bermoral. Jika orang yang terang terang tidak bermoral telah ditolak sebagai pemimpin dan kemudian orang yang sama diangkat balik menjadi pemimpin jawatan tinggi di manakah dia kebijaksanaan dan maruah Melayu sekular. Adakah masyarakat Melayu begitu meleset dari segi bilangan orang yang berkebolehan dan kewibawaan sehingga kerak pun terpaksa dipilih. Bagaimanakah orang orang Melayu boleh membawa bendera dengan megah di belakang pemimpin yang masyarakat tahu tidak bermoral baik dan tidak pernah berkongsi visi mereka dengan rakyat. Pemimpin seperti itu jika diberi kuasa akan merugikan rakyat dalam pelbagai aspek. Kaum kaum lain sudah tentu tidak mahu kepada pemimpin

197

sedemikian. Yang mahu kepada pemimpin demikian ialah mereka yang mahu menunggang pemimpin yang tidak bermoral.

Apa pun parti politik yang memerintah Kelantan mereka sentiasa berhadapan dengan penilaian kritikal oleh rakyat. Dulu rakyat diam, rakyat ikut tanpa kata. Sekarang rakyat tegur driver bus kerana memandu tidak selamat, tidak cermat, tidak ikut panduan, tidak cekap. Apabila rakyat menuntut Kerajaan pinda perlembagaan negeri, Kerajaan berdolak dalik, tetapi rakyat tidak berkeras kerana rakyat tahu Kerajaan lebih tahu. Apabila rakyat menuntut Kerajaan pinda undang-undang, Kerajaan berdolak dalik tetapi rakyat tidak berkeras kerana rakyat tahu Kerajaan lebih tahu. Tetapi rakyat tidak mahu senyap di situ. Jika proses perundangan tidak mahu diambil untuk melicinkan urusan pentadbiran dan pengurusan negeri maka rakyat mahu Kerajaan negeri

mengambil inisiatif untuk melangkah ke hadapan memimpin pegawai-pegawai Kerajaan dengan cara memberikan kepada ahli-ahli exco kuasa supaya mereka mempunyai kewibawaan dan fleksibiliti untuk memimpin secara yang boleh diibaratkan sebagai harimau ada kuku dan taring. Ahli-ahli exco yang mempunyai kuasa mestilah bersifat seperti Menteri yang rakyat mahu ada kedudukan untuk memimpin dan tidak mudah dibuli oleh pegawai kerana ada kuasa. Bukan kuasa untuk memerintah secara kasar tetapi kuasa untuk memberi nilai dan hormat kepada batang tubuh. Hanya batang tubuh yang ada kuasalah yang boleh membawa reformasi dalam pentadbiran. Rakyat mahu Kerajaan cuba memimpin pegawai-pegawai kanan dan seterusnya pegawai-pegawai bawah dengan memberi kesedaran mendalam kenapa mereka sebagai anak Kelantan yang berpelajaran tinggi patut tampil dengan bertenaga untuk memberi yang terbaik untuk pembangunan Kelantan. Pegawai-pegawai patut diberi kuasa, diberi motivasi, diberi peluang dan sebab untuk merasa megah dan mendapat rasa puas hati dan bangga dengan hasil kerja mereka berbanding dengan keadaan lemah lesu sekarang. Tidak mungkin ahli-ahli e4xco yang tidak bersedia dengan ilmu pengetahuan bagi bidang portfolio masing-masing dan kaedah memimpin yang sesuai dapat memberi kesan. Ahliahli exco yang banyak bergantung kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk berfikir untuk mereka akan terjerat dalam lingkaran pemikiran yang sedia wujud. Segala helah dan dalih yang digunakan oleh pegawai akan diguna oleh ahli-ahli exco sebagai yang benar.

198

Misalnya apabila pegawai kata Projek Tok Bali adalah projek besar pengkalan perikanan, ahli-ahli exco tidak pula usul periksa bagaimanakah projek itu akan maju. Apakah perkara-perkara penting yang mesti ada untuk menjamin kejayaan projek itu Berapa banyakkah pelaburan yang diperlukan bagi memajukan infrastrukturnya? Orang politik yang banyak bercakap tentang itu sekarang berhadapan dengan situasi tidak dapat mengotakan apa yang dikata. Semua itu tidak disokong oleh prestasi yang menggalakkan dari kalangan pegawai-pegawai yang seharusnya bertungkus lumus mengotakan apa yang dikatakan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Disinilah perlunya ahli-ahli exco mempunyai ketokohan untuk memimpin pegawai-pegawai dengan cara yang pegawai-pegawai boleh lihat mereka sebagai sumber kuasa, sumber inspirasi, sumber motivasi, sumber kepuasan hati, sumber maruah diri, sumber pergantungan bagi idea, arah tuju dan idealisme. Individu biasa termasuk pegawai-pegawai tidak akan pandang dua kali kepada pemimpin yang tidak mampu mencetus rasa kagum dan rasa mahu ikut bertuankan kepadanya di kalangan pegawaipegawai. Diri yang tidak ada ketokohan tidak mungkin dapat menarik minat orang. Tidak hairanlah jika selama ini pegawai-pegawai tidak terpanggil untuk berkhidmat secara bersungguh-sungguh kerana jiwa mereka tidak disentuh oleh pemimpin yang tidak ada tokoh, pemimpin yang berilmu tapi tidak ada tokoh, pemimpin yang tidak mampu memberi visi dan misi kepada pegawai-pegawai. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pegawai-pegawai yang memegang kunci kepada pentadbiran memperbodohkan pemimpin-pemimpin politik. Apalagi apabila ahli-ahli exco tidak pandai bertanya dan jika bertanya pun tidak pandai menyusul. Budaya seolah-olah pemimpin-pemimpin politik ikut telunjuk pegawai-pegawai ini sudah lama wujud di Kelantan; lama sebelum kerajaan yang ada sekarang. Siapakah pernah bertanya pegawai-pegawai jajahan dan pegawai-pegawai lain yang berkaitan kenapa di kiri kanan jalan di kawasan tanaman padi banyak terdapat kawasan terbiar yang luas. Apakah langkah yang diambil oleh pegawaipegawai jajahan? Apakah langkah yang diambil oleh jabatan-jabatan yang bersangkutan? Apakah ahli-ahli exco berbincang mengenainya ? Apakah keputusan mengenainya? Apakah masalahnya? Apakah penyelesaiannya? Berdasarkan latar belakang pengalaman itu apakah yang memberanikan kerajaan bercakap untuk menjadikan Kelantan jelapang makanan lebih dari apa yang selama ini

199

dihasilkan oleh Kelantan. Pertanyaan seperti itu boleh ditujukan juga kepada bidang perikanan, bidang perkebunan kecil, bidang industri kampung, bidang industri kecil, bidang pelancongan; bahkan bagi semua bidang. Bayangkan jika Jabatan Pengairan dan Saliran ditanya tentang prestasinya. Bayangkan jika Jabatan Pertanian ditanya prestasinya? Mungkin tidak ada yang bertanya tentang perbelanjaan dan kesan perkhidmatan jabatan-jabatan itu. Bolehkah rakyat tahu selama 30 tahun ini apakah perkara-perkara yang jabatan itu tidak berjaya tunaikan bagi memajukan pertanian di Kelantan? Mahukah Kerajaan negeri bertanyakan hal itu? Oleh kerana soalan-soalan yang bernas tidak ditanya kepada ketua-ketua jabatan dan susulan ke atas prestasi mereka tidak dibuat untuk mengukur kebolehan mereka, maka tahun demi tahun sudah 12 tahun berlalu batu-batu tanda kejayaan yang luar biasa belum nampak. Kadang kala ada soalan soalan dimajukan dalam Dewan Undangan Negeri tetapi jawapan yang diberi mati di situ sahaja; tidak disusuli untuk memperbaiki keadaan. Dengan demikian kesempatan mendapat yang terbaik dari demokrasi dan buah fikiran yang berkualiti dari ahli ahli DUN terlepas kerana kecuaian pentadbir. Kejayaan luar biasa hanya boleh diharap jika ada usaha luar biasa. Perbelanjaan jabatan-jabatan kerajaan mesti dibanding dengan kesan yang munasabah yang dapat dihasilkan. Di mana kesannya tidak ada maka bolehlah diandaikan bahawa perbelanjaan yang dibuat ke atasnya pasti dikira sebagai sia-sia. Lebih baik tidak ada jabatan dari ada. Lebih baik ada jabatan kecil yang berkesan dari jabatan besar yang tidak berkesan. Ada jabatan yang jika ditutup pun tidak menjejas apa-apa. Mahukah Kerajaan membuat penyusunan semula di mana sesuai dan perlu. Nyatalah bahawa dari satu segi jika Kerajaan negeri, atas sebab-sebab yang hanya ia tahu, tidak mahu teruskan dengan kehendak rakyat supaya membebaskan kerajaan dari kuasa-kuasa yang menghalang dengan meminda Perlembagaan Negeri dan undangundang lain yang berkenaan, ia perlu berhadapan dengan cabaran memimpin perkhidmatan pentadbiran negeri. Dan jika ia mahu dan pinda Perlembagaan dan undangundang, langkah itu tidak juga menjamin penyelesaian masalah pegawai-pegawai yang tidak mahu berkhidmat secara berkesan. Di dalam kedua-dua senario itu, Kerajaan melalui ahli-ahli exconya mesti tampil memimpin secara berkesan. Mereka tidak boleh berlindung di sebalik karisma Tok Guru. Adalah terlalu berat untuk seorang sahaja

200

memikul tugas menggerak jentera pentadbiran dan pengurusan. Pandangan ini tidak menolak keupayaan Tok Guru sendiri menjadi orang yang meniup semangat kepada pegawai-pegawai yang sekarang nampak bahawa tempat untuk mereka bergantung bukanlah kepada Kerajaan Negeri. Tidak mustahil Tok Guru boleh memalingkan mereka itu. Dengan motivasi, inspirasi dan penurunan kuasa serta dengan diwujudkan persekitaran dan cara bekerja yang memberi peluang kepada pegawai menyedari nilai diri dan menikmati kepuasan hati dalam menjalankan tugas serta jaminan yang memberikan kepada mereka keselamatan kerjaya, jentera Kerajaan mungkin dapat digerak dengan segar dan berjasa. Insya-Allah. Jika cara-cara demikian yang menjadi pilihan terbuka tidak mahu dicuba dan ditunjuk oleh Kerajaan kepada umum bahawa langkah-langkah demikian sedang diusahakan besar kemungkinannya Kerajaan negeri Kelantan akan mencipta musuhnya sendiri. Barisan kepimpinan Islam dapat menawan Kelantan dahulu kerana lawan politiknya pada masa itu mencipta rekod yang tidak baik dan dengan demikian rakyat membuat pilihan alternatif lebih menarik. Lawan politiknya yang kedua yang telah membunuh diri tidak lagi menjadi cabaran. Jika lawan pertamanya dan lawan keduanya telah ditewaskan habis siapakah yang akan dihadapi oleh Kerajaan sekarang apabila pilihan raya tiba nanti. Jika langkah baik tidak diambil sekarang mungkin rakyatlah yang akan menjadi penentang. Mungkin juga penyokong-penyokong, aktivis aktivis, pemuda pemudi yang ramai turun berkempen musim lalu dan pemimpin-pmimpin kecil barisan Islam yang berselerak akan ikut tawar hati. Tanda-anda tawar hati sudah ada. Pemimpin-pemimpin barisan Islam di Kelantan boleh berdiri di majlis-majlis ceramah dan bermegah dengan rekod tiada sungutan yang diterima dari rakyat. Tiada sungutan dilihat sebagai rakyat sayang kepada mereka. Kerajaan dikatakan tidak menindas rakyat. Sebenarnya rakyat tidak bersungut atau merungut kerana ada sebab. Yang lebeh penting ialah rakyat Melayu Islam tidak mahu menggolekkan perahu, tidak mahu mengganggu barisan kepimpinan Islam supaya mereka dapat tumpukan perhatian merka untuk mentadbir negeri dan membuktikan ulama dapat memeritah dan mentadbir. Rakyat menaruh harapan supaya Membangun Bersama Islam berjaya. Rakyat akan tunjuk kemahuan pilihan seperti yang ditunjukkan dahulu. Tetpi musuh-musuh yang dikalahkan dahulu akan mengambil peluang mengipas api kemarahan rakyat terhadap

201

Kerajaan jika rakyat bergelisah. Kemungkinan ini ngeri. Jika kedudukan Kerajaan terjejas itu akan membawa riak yang luas.

Di lihat dari satu sudut masyarakat Kelantan yang memang mahukan agamalah yang menyuburkan dan menegakkan barisan kepimpinan Islam, dan menegak imej Islam bagi Kelantan. Jangan salah sangka dan berpegang kepada ilusi yang dilukis oleh

petugas-petugas propaganda kampungan yang mahu sangat-sangat menonjolkan keunikan pemerintahan Kelantan bahawa barisan kepimpinan Islam yang rakyat mahu menumpang untuk Membangun Bersama Islam itulah yang memberi imej Islam kepada Kelantan. Implikasi dari pandangan ini perlu diteliti dan dikaji serta diuji dalam perspektif yang betul. Jika benar maka strategi barisan kepimpinan Islam perlu mengemudikan bahtera supaya perjalanan perjuangan tidak terkandas. Jika program pembangunan tidak dapat dilaksanakan secara yang boleh memberi puas hati kepada penyokong maka strategi mengekalkan sokongan perlu dicari dan dilaksanakan. Berbagai cara pernah diguna untuk menundukkan rakyat Kelantan. Kesan yang demikian telah dicapai oleh orang politik dengan menakut-nakutkan rakyat. Barisan kepimpinan sekular menakutkan rakyat Kelantan dengan pelbagai kuasa yang mereka ada. Barisan kepimpinan Islam juga menakutkan rakyat dengan dosa-dosa. Jika akan datang ini rakyat akan juga di takutkan selepas rakyat telah menunjuk sokongan penuh maka akan nampak sangat bahawa barisan kepimpinan Islam Kelantan tidak ada kebolehan untuk memenuhi tanggungjawab membawa kesejahteraan semasa memerintah. Di manakah dia pemimpin Kerajaan Kelantan yang mengajak rakyat melihat dengan jelas visi kepimpinan itu, bukan sahaja visi akhirat tetapi juga visi dunia dari segi kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia. Di manakah dia pemimpin Kerajaan Kelantan yang mengajak rakyat melihat dengan jelas matlamat-matlamat yang patut diwujudkan oleh Kerajaan bagi menunaikan tanggungjawab Kerajaan semasa ia mempunyai mandat mentadbir dan mengurus negeri Kelantan yang telah diperolehinya dengan bersusah payah. Di manakah dia pemimpin Kerajaan negeri Kelantan yang mengajak rakyat faham dengan jelas nilai-nilai yang perlu diketengahkan untuk dijadikan batu uji dan pendokong bagi matlamat-matlamat kemajuan dan pembangunan negeri Kelantan supaya Kerajaan boleh melangkah dengan teguh dan berani satu bulan ke satu

202

bulan, satu tahun ke satu tahun membawa perubahan ke arah yang baik dan maju berbanding dengan keadaan paradigma lama yang seolah-olah ada visi, matlamat, dan nilai tetapi yang tidak merangsangkan jentera Kerajaan secara relevan dengan tanggungjawab mentadbir Kelantan dengan berimbang untuk kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dua puluh tahun lebeh rakyat Kelantan menunggu dan bersabar menanti kemajuan kemajuan kecil dan kemajuan kemajuan besar, kemajuan ekonomi luar bandar, dan kemajuan ekonomi bandar. Sesungguhnya Allah adalah bersama orang yang sabar tetapi Allah juga mahu supaya manusia dan umat Islam berikhtiar bekerja keras berjuang mengambil kesempatan untuk menghasilkan apa yang berguna, berfaedah, dan yang membawa kejayaan. Rakyat tidak jemu dengan mutiara kata dan buah pemikiran yang di dengar hari-hari. Rakyat tidak ada masalah dengan program pembangunan insan dan majlis ilmu di sana sini. Tetapi rakyat Kelantan mahu juga melihat perbendaharaan ilmu Islam dan kebijaksanaan ilmuwan Islam muncul segar menjana usaha dan program bagi faedah ummah yang menunggu ingin Membangun Bersama Islam untuk mengecap kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dalam perjalanan ke akhirat yang sentiasa di doa supaya juga bahagia dan sejahtera. Rakyat Kelantan mahu Kerajaan beri perhatian kepada program dan projek untuk membawa kemajuan dari segi kualiti makan minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan, pekerjaan, pendapatan, kualiti hidup dalam keluarga, kualiti hidup di tempat kerja, kualiti hidup waktu beriadhah; dan pada keseluruhannya peningkatan taraf hidup ke tahap moden yang selari dengan peredaran zaman supaya rakyat turut menguasai faedah-faedah dari kemajuan sains dan teknologi. Rakyat mahu Kelantan maju dan membangun lebih dari program-program pelaksanaan syariah Islam serta pembangunan insan dan pentadbiran secara Islam setakat yang dijayakan hari ini. Rakyat mahu

pentadbiran Islam memberi perhatian kepada pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal lebih dari cakap-cakap tetapi dijelmakan dalam bentuk program yang kukuh sehingga berjaya menjana pertumbuhan ekonomi dan kekayaan negeri untuk faedah menegak dan menggerakkan masyarakat Islam moden di Kelantan dalam konteks negara berbilang kaum dan agama.

203

Rakyat Kelantan boleh terima elemen-elemen atau bahan-bahan politicking yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin asalkan apa yang disuarakan itu tidak melalaikan dari tanggungjawab sebenar, tidak absurd, dan tidak tongong. Apabila Wawasan 2020 diketepikan untuk memberi laluan kepada wawasan akhirat rakyat biarkan, bukan rakyat tidak terima wawasan itu. Apabila menyelamatkan ummah menjadi agenda besar di pentas politik itu rakyat terima dengan senang hati. Banyak tegahan dan larangan dan keputusan-keputusan yang bercorak ad hoc yang rakyat terima demi mendaulatkan Islam. Tetapi umat Islam Kelantan dan rakyat bukan-Islam Kelantan juga mahu melihat kemajuan dan pembangunan di alam nyata, alam fizikal dan alam sekarang dijayakan oleh Kerajaan Islam Kelantan. Kejayaan-kejayaan yang disenaraikan oleh Kerajaan

untuk tujuan propaganda walaupun benar dan baik dari segi kemajuan dan pentadbiran cara Islam adalah belum cukup dalam perhitungan governance yang bertanggungjawab dalam perspektif Malaysia moden. Kerajaan negeri Kelantan perlu menghasilkan kesan lebih daripada itu. Rakyat Kelantan tidak mahu dikecewakan oleh pemimpin dan pentadbir yang tidak pandai dan tidak tahu menguruskan pembangunan negeri Kelantan secara berkesan. Rakyat lebih suka jika yang tidak pandai dan tidak tahu segera meminta tolong dari yang pandai dan yang tahu dan tidak pula berselindung menutup kelemahan dengan sebuk memberi banyak perhatian kepada pembangunan insan dan berdolak dalih tentang bahaya pembangunan yang mengabaikan aspek pembangunan insan. Ramai orang Islam di

Kelantan dan di luar Kelantan yang mahu melihat Kelantan berjaya membangun dan menjadi dewasa sebagai model pentadbiran Islam yang kukuh. Yang rakyat takut ialah berlangsungnya keadaan di mana pemimpin yang lemah dan tersepit akan menuduh rakyat tidak bersyukur. Rakyat takut dan tidak mahu kelak melihat pemimpin-pemimpin yang lemah dan yang tersepit menegak benang basah dan menakut-nakutkan rakyat dengan bala dan laknat Allah s.w.t jika rakyat masih bersuara mahu juga melihat pembangunan dan merasai kebahagiaan dari segi kebendaan dan teknologi yang pemimpin-pemimpin sekarang itu sendiri tidak mampu mewujudkan kerana kelemahan pentadbiran mereka. Barisan kepimpinan Kelantan perlu segera imbangkan corak dan perhatian pentadbiran dengan memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi dan fizikal dan

204

pembangunan sosial dalam erti kata yang lebih luas. Dalam banyak hal Kelantan perlu keluar dari keadaan sekarang dengan bantuan dari semua pihak dari anak-anak Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Serawak. Pemimpin-pemimpin Kelantan perlu menahan diri dari menyuarakan perasaan bangga tentang kemajuan yang telah dicapai dalam masa 12 tahun. Pemimpin-pemimpin Kelantan perlu tunggu sebelum merayakan kejayaan kerana kebun yang diusahakan belum lagi belajar menghasilkan buah. Namun demikian komunikasi positif mengenai pembangunan perlu diteruskan. Buat kerja perlahan-lahan, buat kerja dengan cermat, jalankan kerja tanpa harapan publisiti, tidak amal sikap dabek dada adalah cara bekerja yang terpuji tetapi dalam konteks menggerakkan pembangunan dan penyertaan minda dan fisikal rakyat dan kumpulan sasaran yang berkaitan cara menggunakan penerangan, hebahan, dan komunikasi yang berkesan tidak nampak di amalkan. Cara demikian cepat bolehmendorong, merangsan, dan memimpin masyarakat supaya bertidak secara bermatlamat dan berjaya, lebih lebih lagi apabila media perdana tidak memberi perhatian positif terhadap usaha usaha kemajuan dan pembangunan di negeri Kelantan. Apakah cara yang boleh menyebarkan suara pemimpin dan suara rakyat secara berkesan dalam konteks hari ini perlu dicari. Dalam masa baki hanya satu tahun lagi yang ada sebelum pilihan raya ke 11 program yang konkrit yang mampu memerangsangkan penyokong perlu dicari dan diwujudkan. Jika perlu usaha mencari itu mesti disertai oleh seluruh ummah. Kekuatan ummah perlu digembelengkan. Kecemerlangan ummah perlu digembelengkan.

Sebagaimana slogan Membangun Bersama Islam dapat menangkap imaginasi rakyat yang cintakan Islam, begitu juga program mengekalkan sokongan rakyat perlu menarik pengorbanan rakyat. Program itu perlu jujur dan telus. Ada kedengaran bahawa pemimpin-pemimpin Islam Kelantan tidak mahu saudara-saudara dalam barisan kepimpinan Islam di luar Kelantan campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Kelantan. Benar; tidak siapa pun yang mahu campur tangan oleh orang lain dalam apa-apa urusan mereka. Tetapi jangan mudah menolak dan menganggap nasihat dan ingat-mengingati sebagai campur tangan. Apa yang rakyat nampak sekarang ialah Kelantan memang perlukan nasihat yang baik dari semua pihak yang mampu memberinya. Kerajaan Kelantan perlu kepakaran

205

mentadbir. Selain dari ahli ahli Parlimen dari Kelantan ahli ahli Dewan Undangan Negeri Kelatan yang tidak berada dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan serta ahli ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia yang ada kepakaran patut dijemput menolong Kelantan. Barisan kepimpinan Islam Kelantan perlu kepakaran mentadbir. Oleh kerana Kelantan menjadi model Kerajaan di bawah barisan kepimpinan Islam maka lagi-lagilah model itu perlu dijaga integritinya, keselamatannya dan kewujudannya. Kedah, Perlis, Pahang, Perak, Selangor dan orang-orang Islam di negeri-negeri lain mahu ikut model Kelantan. Bayangkan akibatnya jika Kelantan rebah terlentang. Melihat kepada sejarah yang menunjukkan barisan kepimpinan Islam telah dengan mudah menawan hati rakyat Kelantan yang mahukan Islam, mungkin ada yang yakin bahawa tidak ada sebab untuk sesiapa berasa ragu-ragu tentang kemenangan barisan kepimpinan Islam sekali lagi dalam pilihan raya akan datang walaupun Kerajaan sekarang tidak buat lebih dari apa yang ada. Semua itu di tangan Allah s.w.t. Seperti seorang doktor berilmu kesihatan dan tahu akan bahaya kuman dalam air yang berkuman, amalan menggunakan air yang tidak bersih itu perlu dicegah walaupun rakyat tidak tahu tentang kuman dan tidak complain tentang air yang digunakan setiap hari. Demikianlah juga dengan peranan dan tanggungjawab Kerajaan Kelantan untuk membawa perubahan sosio ekonomi yang perlu kepada rakyat jelata ke arah yang lebih baik dan lebih maju sementara rakyat masih sabar menunggu.

206

KELANTAN KE 2020
MIMPI atau VISI HANYUT pabila ada pihak yang mengkritik Kerajaan Kelantan sebagai yang tidak pandai mentadbir ramai rakyat yang ingin membangun bersama Islam sengaja

mengenepikan tuduhan itu, bukan kerana tidak percaya bahawa Kerajaan Kelantan tidak pandai mentadbir tetapi mereka itu lebeh mahu percaya bahawa Kerajaan yang tidak pandai mentadbir itu akan belajar, akan pandai minta tolong, dan akan mahu minta pertolongan dari orang orang yang berupaya untuk membantu mereka bagi menjayakan usaha Membangun Bersama Islam. Tetapi setelah dua belas tahun berlalu lebeh jelas kelihatan bahawa pihak yang dikritik tidak pandai mentadbir bukan sahaja tidak pandai mentadbir tetapi tidak mahu belajar mentadbir dan tidak pandai meminta pertolongan dari orang orang yang pandai untuk membantu mereka, terutama dalam hal hal kritikal di bidang pengurusan pembangunan. Apabila pemimpin-pemimpin Kerajaan Kelantan memetik ayat ayat Al Quran dan Hadith untuk menyatakan kesedaran dan komitmen mereka terhadap rakyat jelata dari segi makan minum, keselamatan dan kesejahteraan rakyat rata rata rakyat cukup gembira dan puashati dengan kefahaman dan kesedaran politik yang asas itu, terutama dalam suasana di mana orang orang politik sekular sudah lupa kepada perjuangan asas itu. Dalam hal ilmu pengtahuan yang terkandung dalam Al Quran dan Hadith serta kitab kitab sarjana agung Islam silam pemimpin-pemimpin Kerajaan Kelantan memang sukar ditandingi oleh pemimpin-pemimpin sekular di negeri itu. Apa yang pemimpinpemimpin Islam suarakan ialah suara dari ajaran suci. Kepintaran dan kebolehan pemimpin-pemimpin Islam memikat minat orang-orang Islam dengan kebijaksanaan yang ditunjukkan melalui ungkapkan ungkapan mereka tidak boleh ditangkis oleh pemimpin-pemimpin sekular Melayu. Al Quran dan Hadith dan kitab-kitab ulama muktabar silam adalah sumber ilham pemimpin-pemimpin Islam Kelantan. Itu adalah sumber dari mana mereka menceduk ajaran-ajaran yang bergeliga untuk didengar oleh

207

manusia. Tidak hairanlah jika ramai rakyat yang dahagakan ilmu terpukau apa bila mendengar mereka kerana sebenarnya rakyat mendengar hikmah dan mutiara kata dari Al Quran dan Hadith., iaitu ilmu yang terbaik, yang profound, dan yang benar se panjang zaman. Itulah kelebihan orang alim dengan ilmu Al Quran dan Hadith. Sebagai sumber ilham Al Quran dan Hadith diguna dengan baik untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Orang yang kurang cerdik tetapi pandai mengungkap

kanndungan Al Quran dan Hadith pun boleh ditersalah anggap sebagai bijaksana kerana kebijaksanaan yang dipancarkan itu adalah milik Al Quran dan Hadith. Malangnya sumber ilham itu dan sumber ilham dari kitab kitab pendita Islam dari zaman kecemerlangan Islam silam tidak nampak dimanfaatkan untuk pentadbiran negeri. Sumber ilmu nampaknya ditimba berat sebelah, berat kepada pembangunan insan dan hampir tak nampak hasil dari ilham kearah pembangunan physical dan material. Pembangunan yang berimbang tidak mungkin datang dari mereka yang berfikir sebelah sahaja atau yang berilmu dan kebolehan sebelah sahaja, atau yang mahu beri perhatian kepada sebelah sahaja. Kepintaran memetik hikmah dari Al Quran dan Hadith dan dari kitab kitab ilmu Islam dari zaman silam tidak dimanfaatkan bagi mendorong kemajuan dan pembangunan negeri. Kepandaian mentadbir yang dituntut dan disebut-sebut oleh pengkritikt yang ikhlas yang mahu melihat kemajuan dalam pentadbiran Islam adalah bukan kepandaian setakat memungut cukai, membayar gaji pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan dan memberi peruntukan untuk istana, dan melaksanakan kerja kerja penyenggaran yang sudah berpuluh puluh tahun dibuat oleh pentadbir-pentadbir negeri. Tanpa orang politik pun pentadbir pentadbir negeri boleh buat kerja kerja mudah seperti itu. Pentadbiran dan pengurusan di zaman ini memerlukan kepandaian lebeh dari pandai pungut cukai, dan bayar gaji. Pemimpin-pemimpin dalam Kerajaan Kelantan perlu sedar perkara ini dengan segera sebelum rakyat buat pilihan. Penyokong-penyokong dan orang-orang media yang bertindak memagari memberi nasihat dan

pemimpin-pemimpin dalam Kerajaan Kelantan dengan tidak

kesedaran secara jujur kepada pemimpin-pemimpin berkenaan terhadap prestasi lemah mereka di bidang pembangunan adalah sebenarnya menolong membawa rebah. Bagi menangkis tuduhan bahawa Kerajaan Kelantan tidak pandai membawa pembangunan

208

kepada Kelantan petugas petugas propaganda di Kota Bharu telah menyenaraikan dengan panjang lebar dan terperinci setiap aktiviti yang telah dibuat oleh Kerajaan kononnya untuk menunjukkan bahawa Kerajaan telah membuat kerja. Senarai itu diterbit dalam buku dan disebut-sebut dalam ucapan. Benang basah seperti itu sudah tidak berkesan lagi dalam zaman ini di mana rakyat sudah celek. Yang rakyat mahu tahu ialah di mana kah dasar dan program yang berupaya membawa kemajuan dan pembangunan. Ada kah Kerajaan benar-benar tahu apa yang diharap darinya oleh rakyat? Masyarakat moden memerlukan pembangunan yang berterusan. Pembangunan bukanlah gimik politik untuk mendapat undi walaupun itu dijadikan alat berpolitik. Pembangunan adalah tuntutan rakyat dari Kerajaan, tidak kira siapa yang memerintah. Prestasi Kerajaan diukur oleh rakyat Islam dengan menggunakan kayu ukur dunia Islam moden seperti yang rakyat baca dan lihat di kaca TV, dan bukan mengikut kayu ukur nilai songsang yang kedengaran di Kota Darulnaim seperti biar Kerajaan nampak miskin asalkan rakyat kaya etc. etc. Rakyat Kelantan mungkin akan masih memilih Kerajaan yang ada untuk meneruskan pemerintahan tetapi itu tidak harus menutup mata pemimpin-pemimpin dari tanggungjawab menjana pembangunan. Rakyat yang memang tidak suka melihat kuasa jatuh ke tangan pihak yang tidak suka dan tidak mahu kepada ajaran Islam akan terus memilih Kerajaan Islam. Tetapi rakyat yang sudah dua penggal melihat kelemahan Kerajaan tidak pandai mentadbir mungkin akan gelap mata dan memangkah musang berbulu ayam. Pada amnya rakyat Kelantan dapat melihat dari jauh dan dekat pelbagai sifat dan tujuan kalangan pemimpin-pemimpin yang muncul bergiat dalam politik atau yang bersetuju untuk diheret masuk bertanding dalam pilihan raya untuk menjadi wakil rakyat. Seperti di lain-lain negeri ada yang bergiat dalam politik kerana mencari kedudukan, kekayaan, kuasa; atau mungkin ada yang bersusah payah mahu jawatan kerana mencari perlindungan dari pihak-pihak yang memberi muka kapada orang politik. Ada yang bergiat dalam politik kerana membawa perjuangan ideoloji tertentu. Ada yang tidak ada tulang belakang tetapi berada di medan politik untuk menolong menjayakan ajenda orang lain tanpa berpemikiran politik sendiri yang kuat.Yang tidak mudah dikenalpasti ialah orang politik yang didorong oleh kemahuan berkhidmat kapada masyarakat, bangsa dan negeri (negara) dengan persiapan diri yang boleh dianggap cukup untuk memimpin

209

dan mentadbir sacara yang mampu membawa kesejahteraan kapada rakyat; iaitu rakyat Islam dan rakyat bukan-Islam; rakyat berbilang kaum. Orang politik yang didorong oleh kemahuan berkhidmat tahu bahawa kesejahteraan bererti keamanan, kemakmuran, kedamaian, kemajuan, kebebasan, keselamatan diri dan harta benda rakyat, kecukupan keperluan asas rakyat, kecukupan keperluan rakyat yang berada, hak kemanusiaan rakyat dalam masyarakat yang dinamik, iaitu masyarakat yang bergerak dan yang faham dan mahu mengharap kapada Kerajaan untuk mentadbir dan membangunkan negeri dengan berkesan. Di dalam kategori manakah pemimpin-pemimpin di Kelantan hari ini dapat di letak? Mudah dikata ada pemimpin yang nampaknya wujud dalam keadaan tidak

mementingkan isi perjuangan politik. Ada yang mungkin wujud dalam keadaan tembelag. Ada yang kuat menegak Islam. Rata rata mereka wujud dalam keadaan bergerak tidak berimbang, banyak politicking dari politik. Politicking adalah mustahak tetapi politik adalah lebih penting; iaitu politik dalam ertikata menggunakan kuasa dan pengaruh dan kewibawaan untuk mentadbir dan mengurus negeri dengan membawa pembangunan yang berimbang ka arah kesejahteraan di akhirat dan juga kesejahteraan di dunia; dan dengan itu membuktikan bahawa pemimpin yang terdiri dari gulongan yang mahu menegak ugama Allah juga mampu mentadbir dan membangunkan negeri moden dan bukan sahaja pandai cakap. Baldatun Tayyibatun perlu dirancang , diasas, dibina, dan di dirikan dengan persiapan tapak yang kukuh dengan perancangan, program, dan projek. Sudah hampir dua belas tahun rakyat menunggu mengharap untuk melihat peralehan ka arah kemajuan yang lebeh dari biasa. Rakyat mahu melihat kesan kesan development administration. Rakyat menunggu usaha yang kreatif dan yang strategik dalam konteks penyelesaian masalah, pembukaan peluang kapada rakyat dan pembangunan negeri. Harapan rakyat itu tinggal harapan. Yang didengar ialah hanya retorik mengenai pembangunan. Tiada siapa bersedia menghadapi isu pembangunan sacara rational. .Hal demikia mungkin tidak akan menjamin laluan yang licin bagi pemimpin-pemimpin bila berhadapan dengan rakyat yang mahu kapada Kerajaan Islam tetapi yang tidak senang dengan Kerajaan yang tidak terdiri dari gulongan yang berkebolehan dan yang tidak menunjuk usaha ka arah pembangunan yang berimbang.

210

Semenjak dua belas tahun dahulu kelemahan kuasa kuda jentera kerajaan negeri telah diketahui umum tetapi kenapakah usaha tidak dibuat untuk mempertingkatkan kuasa kuda itu, jika perlu melalui saluran saluran dalaman untuk mendapat mandat yang boleh memberi backing dan kesan dalam tindakan menambah keupayaan. Penyokong atas pagar akan berhadapan dengan pilihan yang mudah jika kelemahan itu diambil kesempatan oleh pihak lawan; lawan yang sentiasa waspada tidak akan lepas peluang sedemikian. Adakah kenyataan puashati dengan keadaan pembangunan di Kelantan itu satu defence mechanism untuk menutup kelemahan ketiadaupayaan membuat lebih dari apa yang ada, atau menutup kelemahan ketiadaan strategi dan perancangan yang baik, atau menutup ketiadaan kepandaian mentadbir dan mengurus. Atau mungkin kah itu satu manifastasi minda tertutup terhadap isu pembangunan berimbang dengan tidak mahu mendengar apa apa dari orang lain mahupun orang lain itu kawan yang mungkin dapat membantu. Dimanakah tanda-tanda penerimaan, penghayatan, dan amalan hikmah Islam sabagai ugama nasihat menasihati yang kedengaran disebut disana sini? Dimanakah imbangan dalam dua perkara ia itu berhajat dengan berusaha. Dimanakah Big Brother dari Kuala Lumpur ia itu cerdik pandai dan professional yang lantang dengan strategy besar mereka hendak menubuh kerajaan di Kedah, Perlis, Pahang, Selangor, dan Johor untuk memimpin saudara saudara yang lemah di Kelantan supaya bukti dapat ditunjuk dan rancangan besar hendak ka negeri negeri lain itu tidak terhindar. Pernahkah mereka itu diminta tolong? Jika wujud di Kelantan sentimen yang tidak gemar kapada

pertolongan dari rakan rakan dari luar adakah sentimen itu sehat jika wujud keadaan yang Kelantan memerlukan pertolongan. Pintu Kelantan patut dibuka luas kapada bantuan di bidang pengurusan demi kejayaan ummah. Jika dibiarkan kelesuan akan sacara lansung melemahkan suasana, dan perbuatan membiar itu akan mungkin bertukar menjelma menjadi pengkhianatan. Barisan kepimpinan Islam di Kelantan memang mempunyai ramai individu yang terbukti melalui ucapan dan tulisan mereka bahawa mereka sedar tentang keperluan visi dan keperluan mentadbir dan merancang untuk masa hadapan. Ramai lagi pemimpinpemimpin Islam diseluruh negara yang ada dalam Parlimen dan yang berada dalam Dewan Undangan Negeri dan yang berada di luar Dewan-Dewan itu yang mempunyai

211

pemikiran yang segar dan visi yang jelas, dan pengertian dan fahaman yang betul terhadap tanggungjawab kerajaan untuk mentadbir dan membawa pembangunan yang boleh menolong Kelantan. Hanya yang ada di dalam kerajaan Kelantan nampaknya tidak faham hakikat itu. Malangnya pemimpin-pemimpin barisan Islam di Kelantan selama ini memperlihatkan sikap dan kelembaban saolah-olah mereka hilang punca tentang

pembangunan berimbang. Mereka becakap tentang pembangunan yang hanya berkisar mengenai pembangunan insan dan penerapan nilai nilai Islam dalam pentadbiran dan kehidupan harian masyarakat. Dalam aspek aspek lain agak sukar dicari siapa panglimanya. Tok Guru sentiasa berkata bahawa dalam hal hal yang melibatkan pembangunan beliau telah serahkan perkara itu kapada timbalan beliau dan pegawaipegawai. Tetapi malangnya mereka itu belum memberi kesan dalam membawa pembangunan mengikut batu uji rakyat. Siapakah yang menjadi pemimpin pemikiran di bidang pentadbiran dan pembangunan? Siapakah yang menjadi penggerak masyarakat dalam bidang aktiviti aktiviti ekonomi dan sosial baik kegiatan di bandar mahupun di luarbandar. Pemimpin-pemimpin Barisan Islam di Kelantan berjaya mematah dengan mudah kehadhiran pemimpin-pemimpin sekular yang memang lemah dari segi ilmu ugama; yang memang lemah dari segi idealisme asal perjuangan politik Melayu yang

berdasarkan slogan Agama Bangsa Tanah Air; yang memang lemah dari segi budaya dan moral; dan yang kebelakangan ini di beban dengan banyak bukti bukti kaitan mereka dengan pihak-pihak yang salahlaku, salahguna kuasa, korupsi, kezaliman, penyempitan demokrasi, penyempitan kebebasan dan lain-lain kelemahan. Sampai hari ini pemimpinpemimpin Kelantan tidak dapat berdiri tegak dengan megah mengajak rakyat Kelantan turun ka padang berduyun duyun dengan sukarela untuk mendengar berita baik dari pemimpin-pemimpin saperti yang dibuat dengan mudah dulu dulu. Hendaknya kejayan pemimpin-pemimpin Islam menawan hati rakyat dengan cara begitu hebat tidak sakali kali melalikan mereka dari menyedari kelemahan diri mereka sendiri.Di masa yang sudah-sudah kelemahan pemimpin-pemimpin sekular telah mudah digunakan oleh pemimpin-emimpin Islam sabagai kayu api untuk membakar imej lawan itu hapus dari hati ramai rakyat Kelantan yang memang takut kapada kemurkaan Allah swt dan memilih untuk bersama pemimpin yang mencari keredhaan Allah. Kejayaan di

212

pihak pemimpin-pemimpin Islam yang sa olah olah datang menggolek itu dan kejayaan mereka mematah hujah dan polemik lawan yang sememangnya lemah dan tidak

berstrategi di tangan pemimpin sekular yang sudah tidak berapa laku dimata rakyat Kelantan dikhuatiri telah membuat sasatengah pemimpin barisan Islam di Kelantan berada serentak dalam alam khayal dan alam nyata. Alam khayal menggalakkan mereka bercakap besar tentang mentadbir negeri dan menawan negeri negeri lain, dan alam nyata menunjukkan kapada orang orang atas pagar dan lawan bahawa mereka kurang berkebolehan, dan tidak nampak ada langkah dan usaha meminta tolong dari rakan rakan di keliling dan di luar Kelantan. Adalah nyata mereka tidak nampak berusaha belajar untuk perolehi kepakaran dan keupayaan mentadbir, merancang, dan melaksanakan pembangunan. Hampir dua belas tahun telah terbuang tanpa tanda tanda tambah nilai dalam barisan pentadbiran. Kerajaan Kelantan tidak perlu kapada pegawai-pegawai kanan di keliling pinggang sabagai pembantu khas itu dan ini jika pegawai-pegawai itu hanya berperanan untuk PR bagi membuat bos rasa sedap duduk sedangkan mereka bisu dalam perkara menyuluh ka arah pembangunan. Kerajaan Kelantan belum boleh berbangga dengan kejayaan dapat bertahan selama 12 tahun jika bertahan itu hanya berupa mentadbir tanpa memberi kesan kemajuan yang diusaha dan dijana dengan kebolehan dan keupayaan yang terbit dari pertimbangan dasar dan strategi yang lahir dari pemikiran dan tenaga politik yang didokong oleh rakyat; Kerajaan tidak boleh jadi Kerajaan hanya setakat bertahan memanaskan kerusi dan berterusan mengikut system dan paradigma pentadbiran yang sedia wujud tanpa jiwa politik baru ; Kerajaan tidak boleh jadi Kerajaan hanya setakat bertahan dengan sistem yang berdasarkan kapada cara dan corak

percukaian dan perbelajaan peninggalan lama tanpa pembaruan . Tanpa identity dan stamp sebagai kerajaan yang mampu membangun bersama Islam bagaimana kah

Kerajaan Kelantan boleh dilihat sebagai model untuk berkembang ke negeri lain. Setakat ini langkah langkah yang diambil oleh pemimpin-pemimpin dalam Kerajaan tidak mempunyai oomph ! Rasa keyakinan kuat dengan kejayaan berpolitik peringkat bawah perlu segera disusuli dengan kerja keras untuk membina politik mentadbir negeri. Pemikiran pemimpin-pemimpin dalam Kerajaan negeri Kelantan perlu digalak untuk menghadapi

213

cabaran pembangunan. Kerja keras saperti itu adalah penting bagi menghadapi rakyat tidak lama lagi. Kerja saperti itu boleh diibaratkan sabagai tanam cacar. Pemikiran pemimpin- pemimpin dan cerdik pandai Islam dan cerdik pandai amnya di luar Kelantan patut segera digembeling untuk menjayakan pentadbiran di Kelantan. Politik Islam di Kelantan membawa janji Membangun Bersama Islam. Membangun Bersama Islam membawa harapan pembangunan yang berimbang. Yang banyak didengar dan dibaca tidak putus putus ialah mengenai perkara perkara untuk persediaan menghadapi akhirat. Perbuatan itu tidak dipertikai. Itu tidak dipersendakan. Itu tidak diperlekehkan di sini. Itu memang perbuatan baik yang perlu dilakukan oleh kerajaan Islam. Itu memang disuruh oleh Allah swt. Tetapi yang tidak banyak didengar dan dibentang dengan jelas kepada rakyat ialah tentang usaha persediaan bagi kesejahteraan rakyat di dunia untuk hari ini dan untuk generasi akan datang. Adakah pihak yang berkenaan sedar akan tuntutan rakyat Kelantan yang mahu membangun bersama Islam. Rakyat Kelantan yang insaf dengan kesusahan dan keperitan mendapat sokongan bagi perjuangan Islam memang mendisiplinkan diri masing masing untuk tidak mahu membawa masalash kapada perjuangan mendaulatkan Islam. Rakyat Kelantan yang sayang kapada Islam dan hurmati Tok Guru dan alim ulama tidak banyak bising

membuat tuntutan bukan kerana tidak ada isu tetapi kerana sayang takut kuasa yang ada di tangan itu tergugat. Rakyat yang mahu membangun bersama Islam sedar bahawa adalah tidak mudah untuk memupuk sokongan padu rakyat ka tahap yang diperlihatkan. Rakyat dapat rasa betapa vulnerablenya kedudukan Kerajaan apabila pemimpin-

pemimpin mendabik dada di majlis-majlis ceramah dengan menyatakan bahawa ketidaan apa apa rungutan dari rakyat terhadap Kerajaan selama ini adalah tanda rakyat sayangkan Kerajaan. Pemimpin boleh rasa yakin bahawa majority rakyat Kelantan adalah di pihak perjuangan Islam. Itu mungkin betul tetapi juga ngeri mengenangkan rakyat Kelantan pernah beberapa kali berpaling 180 darjah dengan tidak hilang belangnya sabagai orang Islam dengan budaya Islam Kelantannya saperti yang diwarisi dari alim ulamanya dahulu. Kemungkinan yang pahit itu diminta direnung sedalam dalam. Risiko itu perlu dielak; barang dijauhkan Allah. Kerajaan Kelantan yang hendak dijadikan atau yang sudah dijadikan model bagi negeri negri yang bakal ditawan sekarang menghadapi ujian kredibiliti memeritah dengan berkesan. Contoh mungkin tidak boleh dijadi contoh.

214

Mengikut report card hari ini ia belum boleh dilulus untuk dijadi contoh tanpa peningkatan prestasi dalam bidang pentadbiran dan pengurusan pembangunan. Jika politik adalah tanggongjawab mentadbir negeri apakah yang telah diusahakan bagi meletakkan tapak pembangunan sacara terperancang untuk kesejahteraan di dunia bagi rakyat Kelantan. Mungkinkah keikhlasan dan usaha berkhidmat kerana Allah yang wujud dalam perjuangan dan menjadi matlamat besar politik di Kelantan sudah dikelabui oleh riak, oleh kejayaan berpolemik dan kepetahan berucap dan tepuk sorak penyokong yang dahaga kejayaan, atau oleh kesegaran aktivis, kesegaran berjemaah, galakan penyokong yang membanjiri majlis ceramah di mana-mana. Dan mood tidak akan kalah itu tidak kurang juga ditimbulkan oleh kelemahan lawan yang lansung tidak dapat menunjuk hemah kepimpinan sacara yang boleh menawan hati rakyat Kelantan. Dalam perspektif yang luas dapat dibeza situasi rakyat yang hangat bersemangat dengan kegiatan parti, dan situasi rakyat Islam yang senyap senyap mahu kapada pemimpin yang berkesan. Kehangatan satu satu isu di dalam lingkungan yang kecil mungkin tidak sabegitu hangat dalam lingkungan yang luas. Berhati-hatilah dengan perasaan syok sendiri yang wujud di kalangan barisan pelapis dan Pegawai-Pegawai yang yang terlibat dengan kerja kerja propaganda. Kelantan sekarang berkehedakkan kapada pentadbiran yang mampu membawa kemajuan physical dan material bagi kesejahteraan rakyat. Yang juga ditunggu-tunggu oleh rakyat Kelantan ialah tanda tanda usaha bagi pembangunan yang berimbang dan berkesan sabagai isi kapada janji membangun bersama Islam. Pembangunan membawa kemungkinan perubahan dimana keadaan dan benda yang wujud dapat ditingkatkan lagi dari segi kegunaannya, nilainya, keupayaannya, kemampuannya, dan kecanggihannya; dan pembangunan juga membawa kemungkinan bahawa benda benda, kemudahan, dan perkhidmatan yang belum ada akan diwujudkan sacara dirancang dan sacara kreatif atas nama pembangunan untuk rakyat supaya dengan itu inshaAllah kehidupan rakyat akan lebeh bertambah maju dan baik dari segi kesejahteraan di dunia dan insahAllah kesejahteraan di akhirat juga. Pembangunan jasmani dan pembangunan bukan physical yang berbentuk perkhidmatan dan social perlu diusahakan segera bersama Islam. untuk menegakkan kredibiliti dan mengotakan janji membangun

215

Kelantan perlu tingkatkan pembangunan di bidang ekonomi yang meliputi pertanian, perindustrian, ICT, perdagangan, infrastruktur, pengangkutan, perhutanan, pelancongan, dan perlombongan. Juga perlu ditingkatkan adalah kemajuan di bidang pendidikan, pelajaran, kesihatan, perumahan, pendapatan, pekerjaan, riadah, sukan, olahraga, perkhidmatan, utilities, seni budaya, serta kualiti hidup dirumah, ditempat kerja, dan di dalam masyarakat amnya. Kerajaan negeri perlu memberi perhatian dan masa untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi. Strategi perlu digubal, dasar perlu dibentuk, program perlu diatur, dan projek perlu dilancar. Pelaksanaannya perlu melibatkan rakyat. Pembangunan yang tidak melibatkan rakyat adalah tidak relevan. Kerajaan tidak boleh lagi berdolakdalik dengan berkata itu tanggongjawab pentadbiran Pusat; dan itu dan ini telah dilaksanakan, cuma hanya rakyat yang tidak tahu. Dalam hal ini siapa yang diberi tanggungjawab untuk apa perlu jelas dimata rakyat. Dia hendaklah berkeupayaan dan dilihat oleh rakyat sabagai orang yang berkesan. Amalan melungguk pelbagai tanggungjawab diatas bahu sasaorang yang nyata tidak berupaya dan didedah kapada rakyat sabagai anggota kerajaan yang tidak berkesan adalah satu amalan yang tidak membawa bonus, bahkan boleh menghilangkan daya tarik dan sokongan. Jika boleh kelemahan demikian perlu dibaiki segera demi misi membangun bersama Islam. Orang-orang yang diberi jawatan tinggi patut dilatih secara intensif dibawah pembimbing khas dan jika mereka tidak boleh dilatih patut sangat mereka digantikan segera supaya mereka tidak berpeluang membawa mudharat dan gambaran negatif

kapada Kerajaan saperti yang sudah pun terjadi pada hari ini. Hanya yang tidak mahu melihat sahaja yang tidak nampak bahaya yang ditimbulkan oleh individu-individu yang mementingkan kedudukan tetapi tidak berperanan dengan berkesan. Mereka sacara

lansung mendedahkan rakan rakan yang mahu membangun bersama Islam kapada risiko kehilangan peluang. Apakah dia tapak tapak atau landasan pembangunan ekonomi yang telah

disediakan selama dua belas tahun lalu? Apakah kegiatan kegiatan yang dicetus diatas tapak tapak itu? Apakah peluang peluang yang dibuka kapada rakyat? Bagaimanakah sambutan rakyat? Siapakah yang menyelaras kegiatan kegiatan pembangunan iaitu yang memantau, menilai, membimbimg, membantu, menggalak, membaja dan memupuk ka arah pencapaiian yang baik? Rakyat selama ini tunggu melihat dan mahu bertanya

216

kapada pihak yang berkuasa yang puashati dengan pembangunan di Kelantan dimanakah kemajuan yang telah dihasilkan yang memperlihatkan pemodenan, pertambahan kuantiti penghasilan yang sapatut, peningkatan kualiti ka paras yang patut, pertambahan

keupayaan, pertambahan kemampuan, pengkukuhan daya saing, peningkatan kecekapan, keberkesanan pengurusan, dan amalan penggunaan sumber alam sacara

bertanggungjawab dan sustainable. Demikianlah diantara lain-lainnya batu uji kemajuan yang rakyat pakai. Apa yang dibuat dan apa yang tidak dibuat oleh Kerajaan negeri bukanlah rahsia kapada rakyat. Musyuarat exco dan kertas kertas exco memang adalah rahsia tetapi hasil kerja Kerajaan dapat dilihat oleh rakyat Kelantan 24 jam tiap tiap hari tiap tiap minggu tiap tiap bulan dan tiap tiap tahun di tepi jalan, di tepi hutan, di tepi sungai, di tepi laut, di bendang, di bandar, dan di mana-mana. Apakah dia isu isu berat yang menjadi ajenda mesyuarat kerajaan selama dua belas tahun lalu jika perkara perkara yang terabai itu tinggal terabai. Tanah terbiar, amalan pertanian yang tidak maju, kekotoran bandar, ketiadan industri besar, kesempitan sumber kewangan, kelemahan pentadbiran, Tok Bali yang berselerak, Pasar Siti Khatijah dengan keadaan yang ada dan banyak lagi keadaan yang terabai memperlihatkan kapada rakyat ketiadaan system penyelesaian masalah yang patut ada pada kerajaan yang bervisi. Pengabaian perkara perkara penting itu mencermin apa yang kerajaan tidak

tangani dengan baik dan berkesan selama ini. Jelaslah bahawa jawatankuasa jawatankuasa yang ada dan mesyuarat mesyuarat yang diadakan selama ini menghasilkan keputusan keputusan yang tidak membawa impek --- jika ada keputusan keputusan di buat ! Rakyat yang tidak puas hati dengan prestasi kerajaan akan tawar hati. Rakyat

yang tidak puas hati terutama yang berada di atas pagar akan tidak banyak berfikir apabila kelak diminta memilih. Rakyat yang tawar hati dengan kerajaan yang ada bukan menolak Islam, bukan tidak sayang dan sanjung Tok Guru dan alim ulama, dan bukan pula memilih pihak zalim dan yang liat hendak menurut perintah Allah. Rakyat

mengharap kapada Kerajaan untuk membawa kemajuan dengan cara masalah-masalah diselesaikan dengan berkesan, jika dengan tidak cara creative pun dengan cara biasa mengikut logic, pemikiran dan kebijaksanaan cerdik pandai Islam yang tidak kurang hebatnya dan telah terbukti kehebatannya. Rakyat yang tawar hati mahu melihat

217

perubahan positif sabelum

advantage yang ada pada kerajaan hari ini dikebas, by

default, oleh petualang kerana orang orang yang diberi tanggongjawab tidak memberi kesan.

218

KELANTAN KE 2020

erajaan di bawah barisan kepimpinan Islam di Kelantan perlu mempunyai pasukan barisan hadapan yang lengkap dan cekap untuk mengurus program

kesejahteraan dunia dan program kesejahteraan akhirat. Pasukan itu ialah gandingan di antara mereka yang berupaya mengurus pembangunan fizikal dengan baik dengan mereka yang berjiwa Islam. Gandingan sedemikian sangat perlu kerana itu akan dapat menyelamatkan Kelantan dari ayunan pilihan dari pimpinan Islam kepada pimpinan sekular dan kemudian kepada pimpinan Islam balik. Rakyat mahukan pemerintahan Islam yang berupaya membangun. Gandingan yang mampu ke arah itu masih belum nampak. Pentadbiran sekular yang membelakangkan cara Islam tidak dapat memenuhi hasrat rakyat mencari keredhaan Allah s.w.t dan pentadbiran di bawah kepimpinan Islam pula lembap dalam hal pembangunan fizikal dan pembangunan ekonomi; diri mereka masih belum lengkap dan lebih aneh mereka tidak pula mahu berdamping dan meminta perkhidmatan dari pihak-pihak yang mampu untuk menolong baik dari dalam barisan kepimpinan Islam sendiri yang tidak duduk dalam Kerajaan Kelantan atau dan dari pemimpin-pemimpin barisan Islam dari luar negeri Kelantan. Ramai rakyat Kelantan di luar Kerajaan baik yang di Kelantan mahupun yang di luar Kelantan yang bersedia untuk berkhidmat. Daya utama bagi menggembleng tenaga kelas pertama seperti itu perlu datang dari Kerajaan. Yang sebenarnya banyak tindakan Kerajaan dinilai oleh rakyat setiap hari. Pembaziran, ketidakcekapan dan pengabaian adalah perkara-perkara yang dilihat oleh rakyat di jalan raya, di tapak projek, di pejabat-pejabat Kerajaan hatta di merata tempat. Rakyat yang sudah tahu apa yang baik dan apa yang rendah mutu mengharapkan yang baik dari Kerajaan, kalau tidak yang terbaik. Rakyat mahu apa yang patut mereka terima. Ketelusan, penyeliaan, kawalan mutu dan penyeliaan perbelanjaan dan hasil kerja adalah amalan-amalan dalaman dalam Kerajaan yang boleh membuka jalan kepada kemajuan di

219

dalam urusan harta benda dan projek Kerajaan. Penghasilan kerja yang tidak berpatutan dengan perbelanjaan Kerajaan adalah satu perkara yang rakyat mahu diperbetulkan.

Kelantan dipinggir dan dinafikan hak dan sebagainya kerana dijolok oleh pemimpin-pemimpin perosak Kelantan sendiri. Kerajaan negeri hari ini tidak boleh menerima keadaan seolah-olah seperti seorang peninju yang dibelasah oleh Mohamad Ali dalam gelanggang tinju. Kelantan ada pilihan dan Kelantan ada potensi. Kelantan ada sumber alam yang kaya, sumber manusia yang berdaya, rakyat yang produktif, rakyat yang berpendidikan, rakyat yang berkedudukan dalam Kerajaan Pusat dan badan korporat dan Kelantan mempunyai kedudukan geografinya yang strategik. Mungkin yang sangat menarik kepada mereka yang berpandangan jauh ialah hakikat bahawa Kelantan belum maju secara relatif dan oleh itu banyak yang boleh diusahakan dan banyak yang menunggu untuk diusahakan. Kunci kepada kemungkinan yang dibayangkan ialah strategi yang pintar, yang mampu menarik modal, menarik pelaburan dan kepakaran teknikal, dan goodwill dari masyarakat dalam negeri dan masyarakat dari luar negara. Strategi yang pintar adalah strategi yang berfaedah bagi Kelantan dan yang boleh memberi faedah win-win-win kepada yang melibatkan diri dengan pembangunan Kelantan, kepada Kerajaan Kelantan, dan kepada rakyat Kelantan. Oleh itu, Kelantan perlu mewujudkan strategi yang mempunyai pelbagai serampang. Diantaranya ialah:

Strategi yang membolehkan Kelantan maju dengan sumber-sumber kewangan selain dari apa yang disumbangkan selama ini oleh Kerajaan Pusat dan hasil negeri. Strategi yang diasaskan kepada pelaburan swasta dari dalam negeri Kelantan, luar negeri Kelantan dan luar negara. Strategi yang diasaskan kepada pelaburan besar oleh pelabur-pelabur atau organisasi besar. Strategi yang membolehkan pelabur-pelabur rasa selamat untuk melabur. Strategi yang membolehkan pelabur-pelabur rasa selesa dengan mutu dan kecekapan pengurusan negeri.

220

Strategi yang berasaskan kepada kesediaan kerajaan negeri membuat segala persediaan untuk menyusun pakej pelaburan yang hebat dan menarik kepada bakal pelabur.

Strategi yang selari dengan keperluan pasaran dunia. Strategi yang didapati berjaya diamal oleh negara-negara kecil di dunia ini. Jika ada yang original dan lebih baik dari itu maka itu yang seharusnya. Strategi yang tidak lupa kepada kejayaan jangka masa pendek yang boleh memberi nafas segar kepada slogan Membangun Bersama Islam. Strategi yang bergantung 90% kepada input sektor swasta dari dalam negeri Kelantan, dari luar negeri Kelantan dan dari luar negara. Strategi yang bergantung kepada reputasi Kerajaan bertindak segera, secara credible dan berwibawa. Strategi yang ikut menyumbang kepada prestasi pembangunan negara.

Dalam hubungan ini Kelantan boleh ikut model negara-negara kecil dan negaranegara pulau yang merdeka, maju dan berjaya di muka bumi ini. Mereka membangun dengan cara mereka. Mereka berdikari. Singapura, Switzerland, Iceland, Hong Kong, Fiji, Cuba, Jamaica, Sri Lanka serta lain-lain negara pulau di Lautan Pasifik, Atlantik, Hindi dan Kepulauan Carribean adalah negara-negara yang boleh dijadikan sumber bagi mempelajari sifat-sifat dan ciri-ciri yang menjadi asas dan dorongan kejayaan mereka sebagai negeri berdikari walaupun ada yang tidak mewah. Negara-negara itu mempunyai pengalaman-pengalaman yang menarik untuk Kelantan pelajari. Kelantan boleh pilih pengalaman-pengalaman yang baik dari negaranegara itu dan menyusun program dan kaedah menggembleng sumber-sumber asli dan sumber-sumber manusia secara yang boleh membawa pembangunan yang bertenaga. Pengalaman negara-negara kecil dan negara-negara pulau yang berjaya itu perlu ditapis dan dinilai oleh pakar-pakar yang mempunyai minda yang mampu melihat kesesuaian pengalaman negara-negara contoh itu dengan keperluan dan keadaan di Kelantan. Kelantan boleh lihat faktor-faktor yang membawa kejayaan dan kecemerlangan bagi negara-negara itu. Kelantan boleh lihat sifat-sifat dan ciri-ciri asas yang membolehkan mereka viable sebagai negara walaupun pulau kecil. Kerja mengkaji dan

221

merangka strategi demikian bukanlah kerja yang boleh diserahkan kepada jawatankuasa khas di peringkat negeri saperti biasa dibuat dalam keadaan tertentu yang memerlukan pertimbangan berat. Tugas itu perlu diberikan kepada mereka yang pakar dalam bidang perancangan strategik. Dengan strategi yang betul Kelantan boleh bertindak cergas menggembleng sumber-sumber dalam negara serta sumber-sumber dan pertalian luar negara dan di luar Kelantan untuk membangun sebagai sebuah negeri. Pokoknya pemimpin-pemimpin Kelantan mesti bertindak. Cabaran dan ujian Allah s.w.t bukan sahaja perlu disahut dengan kesabaran, keikhlasan, keyakinan dan tawakkal, tetapi ikhtiar perlu dicari dan penyelesaian perlu dicuba sebaik mungkin bukan diparas ala kadar seperti yang dicerminkan oleh penghasilan kerja-kerja Kerajaan negeri sekarang tetapi benar-benar mesti bermutu tinggi. Ikhtiar perlu digerak secara berani, tekad dan berasaskan kepada pengetahuan dan contact peringkat tinggi. Ikhtiar perlu diusaha sambil memohon pertolongan Allah s.w.t. Rajah 1 dan 2 membuka pintu bagi Kelantan. InsyaAllah. Ramai anak-anak Kelantan yang berkelulusan tinggi dan yang berwawasan tidak akan melepas peluang jika diberi peranan dalam program yang exciting bagi penggemblengan sumber. Mereka patut dicari, dilantik dan diberi tugas serta kemudahan dan sokongan sepenuhnya untuk mencapai matlamat. Ahli ahli Kerajaan Kelantan serta pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai barisan kepimpinan Islam sama ada secara lansung atau melalui buku buku dan buletin buletin atau melalui tabloid sentiasa mempertahankan Kelantan dengan menafikan tuduhan yang mengatakan Kerajaan Kelantan tidak pandai mentadbir dengan memberi cotoh kemajuan yang dapat dilihat di Kota Bharu dan senarai kerja kerja yang

pembinaan yang telah siap dan yang sedang berjalan. Sambil itu mereka merungut tentang kelambatan mendapat wang dari kerajaan pusat atau tidak mendapat layanan dari kerajaan pusat tentang pembangunan. Selama 12 tahun contoh dan helah yang sama di ulangi tahun demi tahun. Jika satu dua tahun kebuntuan dalam pembangunan ditutup dari mata rakyat dengan helah-helah demikian rakyat boleh ikut bersendiwara. Tetapi jika sampai 12 tahun tidak ada jalan lain yang dicari dan tanda tanda ikhtiar bersungguh yang dibuat untuk meletakkan tapak pembangunan secara strategik dan kukuh itu adalah satu kelemahan yang tidak boleh dipandang rengan.

222

Bagi rakyat jelata yang mahu kepeda Membangun Bersama Islam itu adalah satu let down. Rakyat mahu melihat pemimpin-emimpin menggunakan daya pemikiran

mereka atau menggembeling daya pemikiran orang lain untuk menyelesaikan masalahdan kebuntuan yang dihadapi di bidang kemajuan dan pembangunan. Jika di kata kerajaan negeri telah memajukan pertanian sebagai tapak ekonomi maka rakyat mahu tahu dan lihat apakah dasar dasar dan program-program yang telah diwujudkan dan dilaksanakan, dan bagai manakah rakyat dapat bergerak dan maju di atas tapak ekonomi demikian. Jika bukti yang nyata tidak dapat ditunjuk maka nyatalah apa yang diumumkan oleh kerajaan dalam risalah-risalah, buletin buleti dan surat surat khabar adalah propaganda sahaja yang tidak berbeza dengan propaganda dari pihak yang tidak takut kepada kemurkaan Allah swt. Dalam situasi seperti itu kenapakah kerajaan mesti melindungi birokrat dan teknokrat pertanian yang tidak berkesan. Masyarakat Islam yang mahu kepada Membangun Bersama Islam tidak mahu mendiam diri dan membiarkan maruah orang Islam dimusnah dengan dicap sebagai yang tidak pandai mentadbir dan mengurus apabila diberi mandat yang besar. Sebelum Kerajaan Islam dilekatkan dengan label sebagai tidak pandai mentadbir dan mengurus amatlah mustahak diutamakan usaha untuk menyelamatkan keadaan. Pemimpinpemimpin yang tidak berupaya mesti segera meminta pertolongan untuk jangka pendek, dan belajar untuk jangka panjang. Keruntuhan Kelantan di bawah kepimpinan Islam akan menjejas momentum kemajuan dalam usaha penghayatan Islam dan kepimpinan Islam amnya . Ramai pemimpin-pemimpin Melayu yang tidak senang dengan kepimpinan yang mendaulatkan Al Quran dan Hadith akan melanyak gulungan yang tidak berjaya mempertahankan Kelantan, dan dalam proses itu kepimpinan Islam akan dijadikan bahan momokan. Isu orang Islam bersuara mahu kerajaan Islam bergerak menunjuk kesan adalah tidak ada kena mengena dengan kesabaran, istiqamah dengan perjuangan, berpegang kepada janji Allah. Oang orang Islam yang bersuara tetap bersabar, beristiqamah dan tetap percaya kepada janji Allah. Isu yang dibangkitkan adalah berkaitan lansung dengan sifat manusia biasa yang tampil untuk berperanan memimpin tanpa mahu sambil itu memperlengkapkan diri jika telah tidak memperlengapkan diri dulu sebelum tampil memimpin. Yang diketengahkan ialah kegesaan supaya kepimpinan Islam mengambil

223

berat dalam perkara membariskan hanya yang mampu berperanan dengan berkesan dengan menggunakan kedudukan dan pengaruh untuk mentadbir, dan mengurus. Hampalah pemimpin-pemimpin yang terbawa bawa oleh kehebatan buih pliticking dan membiarkan diri dialun oleh sorak sorai di majlis majlis ceramah tanpa sebagai pemimpin mengambil berat tentang beban kerajaan di dunia nyata untuk mengenal pasti masalah, mendafinasikannya dan mengambil langkah menyelesaikannya. Hampalah para pemimpin yang berdolak dalek menylahkan orang lain sedangkan mereka sendiri yang menguasai se buah kerajaan tidak menunjuk langkah positif, pro-aktif, dan kreatif dalam keadaan mereka tersepit untuk membina asas pembangunan yang sustainable. Jika Kelantan hendak dijadikan model pentadbiran Islam maka seluruh kepimpinan Islam di dalam negara perlu menolong. Dalam konteks pemerintahan dan pentadbiran negeri Kelantan hari ini rakyat sangat-sangat mengharap supaya kerajaan dapat memilih strategi yang mampu mencapai matlamat Membangun Bersama Islam dalam realiti Malaysia secara yang dapat mengatasi segala halangan, kepingan dan lain-lain masalah yang dihadapi di mana kaedah biasa tidak mungkin membawa dan memberi kesan dan kejayaan. Prospek kehilangan kepimpinan Islam sangat menakutkan. Kerajaan Kelantan mesti bangun

memimpin, mentadbir dan mengurus secara pintar dengan strategi yang membawa faedah. Ianya perlu kreatif dan imaginatif dan sudah tentu bukan mimpi di siang hari. Kesan dari strategi itu bergantung kepada pelaksana yang yang faham tentang implikasi, selok-belok dan cara bertindak berstrategi. Strategi yang baik di tangan pelaksana yangtidak faham dan birokrasi yang tidak responsif tidak akan jadi strategi. Dengan bersatu padu Kelantan Boleh!

224

ANAK-ANAK KELANTAN MELANGKAH

alau apa pun cara anak-anak Kelantan mengatasi keadaan mereka yang disekat, dihimpit, dipinggir dan didiskriminasi, namun pada hakikatnya jiwa

dan masa depan mereka tetap bersama rakyat Malaysia; mereka bergantung rapat kepada integrasi nasional. Cita-cita untuk hidup senang, mewah, aman dan makmur tetap tersemat pada diri mereka. Tetapi gerakan ke arah itu tidak mungkin berlaku tanpa pemimpin yang boleh memimpin mereka secara dinamik dalam masyarakat berbilang kaum. Soalnya di manakah pemimpin-pemimpin seperti itu? Pemimpin yang ada tidak menampakkan program dan kejayaan yang meyakinkan ke arah integrasi. Mereka cuai tentang tanggungjawab; mereka cuai tentang kedudukan Melayu; mereka telah meletakkan Melayu tersepit dalam negara sendiri. Mereka telah meletakkan orang-orang Melayu dalam kedudukan yang berisiko. Mereka tidak buat apa yang patut mereka buat. Keadaan ini membuatkan anak-anak Kelantan merasa cemas dan mempersoalkan kemampuan dan kejujuran pemimpin-pemimpin mengendalikan program integrasi nasional. Rakyat Kelantan perlu renung dan ambil ingatan dari sejarah supaya tidak terperangkap sekali lagi. Selepas 50 tahun Melayu masih rasa tidak selamat di tanah air sendiri. Kenapa? Perjuangan anak-anak Kelantan dan wakil wakil Kelantan di Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri secara konsisten selama ini mungkin menimbulkan rasa ketertinggalan di kalangan pemimpin-pemimpin sekular yang sekarang baru mahu pertahankan kedudukan dan maruah Melayu. Anak-anak Kelantan bersama dengan

barisan kepimpinan Islam seluruhnyalah yang telah menekan brake menahan kelajuan pemimpin-pemimpin sekular membawa bangsa Melayu ke mulut gaung kemusnahan. Orang Melayu Islam yang hari ini berpuashati dengan apa yang telah dicapai terhadap Islam dan kedudukan orang Melayu di tanah air sendiri patut bersyukur kepada Ilahi dan berterima kaseh kepada pemimpin-pemimpin progresif yang tidak henti-henti menyuarakan jeritan batin orang Melayu Islam dan dengan itu menggerakkan kerajaan

225

sedikit demi sedikit mengadakan program yang bercorak Islam dan nampak berpihak kepada Melayu mungkin bukan sangat kerana dasar tetapi lebeh berupa cara pragmatik bagi menjaga undi dan kedudukan. Simbol simbol Islam yang diwujudkan adalah

kosmetik kepada pentadbiran sekular. Jika pemimpin Melayu Islam mahu benar benar mendaulatkan Islam sudah tentu takrif Islam sebagai ugama resmi negara telah diberi dengan tegas dan mulia supaya hajat dan hasrat perjuangan kemerdekaan orang Melayu dan juga hasrat penggubal Perlembagaan dapat dijelmakan dengan bermaruah kepada masyarakat sebagai hikmat bukan penyekat. Bukan sahaja ciri ciri penting pada Islam sebagai agama resmi negara telah di abaikan tetapi pemimpin-pemimpin Melayu Islam yang mentadbir negara telah tidak memain peranan sepatutnya bagi menimbulkan suasana di mana hal hal agama Islam dalam negara dihurmati oleh semua pihak yang bukan-Islam seperti yang pernah wujud sebelum ini di masa penjajah hinggalah ke baru baru ini. Sekarang orang politik bukanIslam lantang membuat komen memperlekeh perlaksanaan suruhan Allah dengan tidak segan silu kerana di kaca mata mereka itu pemimpin Melayu Islam yang berada bersama mereka sudah hilang maruah dan tidak disegani lagi. Sebelum ini orang bukan-Islam menghurmati agama Islam kerana mereka menghurmati orang Melayu. Mereka menghurmati perasaan orang Melayu terhadap agamanya. Bacalah hansard atau rekod ucapan di Parlimen dan rekod ucapan di Dewan Undangan Negeri yang merakamkan dengan jelas, bernas, tajam, dan ikhlas dalam nada nasihat, teguran, dan pandangan bagi memperteguh dan menjaga maruah dan kedudukan orang Melayu dan agama Islam. Jika suara lantang nasihat, teguran, dan cegahan itu tidak dikeluarkan di Parlimen dan medan medan lain oleh pemimpin-pemimpin Melayu Islam yang kenal kepada matlamat perjuangan mungkin Melayu sudah lama musnah di tangan sekularisme. Mungkin Melayu sudah hilang dari dunia setelah jambatan dibakar berikutan dari keriaan melihat kejayaan segelintir Melayu yang sekarang entah kemana. Bayangkan apa telah jadi jika Parlimen dibiar kepada yang bisu untuk menegur. Anakanak Kelantan berbangga dengan Asri dan rakan rakan yang tidak penah kenal putus asa untuk menegur memberi ingat kepada Melayu yang tidak berpandangan jauh. Perpaduan mutlak adalah mungkin satu perkara mustahil, tetapi perpadun anakanak Kelantan dari segi mencari kata sepakat dikalangan pemimpin-pemimpin yang

226

positif dan proaktif boleh membuka jalan kepada program-program bersama yang tidak berparti bagi memajukan Kelantan. Program demikian jika dirunding dan diwujudkan akan membuka peluang kepada ramai untuk melabur dan mengambil bahagian dalam pelbagai perusahaan . Jika selama ini terdapat satu anggapan bahawa malabur dan menjalan perushaan di Kelantan di bawah Kerajaan Islam akan menolong mengukuhkan Kerajaan itu maka anggapan sedemikian perlu dikaji semula oleh anak-anak Kelantan dari perspektif yang lebeh luas dalam kontsks negara dan antara bangsa. Peluang peluang yang wujud di Kelantan dalam konteks ekonomi Malaysia boleh mengukuh mana mana kerajaan yang memerintah, tetapi melumpuh Kelantan dengan senghaja adalah satu perbuatan yang merugikan negeri dan bangsa Melayu sendiri bukan setakat anak-anak Kelantan sahaja. Umum juga tahu bahawa di kalangan lulusan ilmu agama Islam masing masing bermegah dengan institusi pengjian tinggi masing masing. Begitu juga dengan lulusan dari institusi pengajian tinggi dalam bidang bidang lain. Barisan kepimpinan Islam yang progresif perlu menimbulkan suasana bagi memudahkan penglibatan cerdik pandai Islam dalam pelbagai bidang dalam usaha membangun bersama Islam, baik dalam kerajaan mahu pun di luar kerajaan. Apabila barisan kepimpinan Islam dipikul oleh orang-orang Islam dari pelbagai bidang disiplin ilmu pengtahuan dan kemahiran itu bukan sahaja melambang kemajuan tetapi menjamin kemajuan yang lebih. Tanpa barisan kepimpinan dan penggerak dari pelbagai disiplin Kerajaan negeri dan pergerakan Islam pada hakikatnya berada dalam keadaan tidak lengkap. Bukan tidak boleh bergerak tetapi kurang berdaya mencapai yang lebeh dari biasa. Kerajaan yang kuat boleh mengatasi keadaan kurang lengkap dengan mencari dan melantik dalam pelbagai kapasiti atau kedudukan orang orang Islam yang berilmu pengtahuann dan kebolehan. Kerajaan yang kuat boleh mententeram bantahan orang orang berilmu Islam keatas kemasukan cendikawan dan professionl yang bukan dari jurusan ilmu Islam kedalam bidang kepimpinan dan perkhidmatan dalam kerajaan. Seluruh barisan kepimpinan Islam perlu memperlihatkan sikap menerima kehadhiran dan memberi peluang kepada orang orang Islam dari disiplin lain tanpa curiga untuk berganding bahu menggerakkan usaha membangun bersama Islam. Adanya segelintir professional yang giat dalam perjangan mendaulatkan Islam dalam kehidupan

227

masyarakat Islam memang memberi galakkan yang kuat tetapi itu belum cukup. Seluruh barisan perlu memperlihatkan sikap terbuka menerima kehadhiran orang-orang Islam dan bukan-Islam dari disiplin keduniaan untuk ikut sama memperteguhkan pergerakan Islam. Semua pihak yang berperanan perlu berusaha dan secara terbuka mengambil langkah mempertingkatan paras perhubungan antara mereka satu sama lain. Pemimpin-pemimpin Islam tidak boleh ambil mudah tentang hubungan pelbagai pihak dalam usaha Membangun Bersama Islam. Untuk itu langkah perlu diambil secara sedar, deliberate, dan diatur untuk meningkatkan paras dan bidang kerjasama. Orang-orang Islam mesti mengikiskan sifat kepentingan diri sendiri dengan menghurmati satu sama lain dan di samping itu mencari dan memperkukuhkan kepentingan bersama. Dengan cara itu pihak yang berilmu tinggi dalam pengajian Islam akan dapat bergaul dan bekerjasama dengan sebati dengan orang-orang Islam dan bukan-Islam yang berkelulusan dalam pelbagai bidang keduniaan yang boleh menjana kemajuan dibidang pembangunan. Hubungan antara satu sama lain antara individu, pemuda dengan dewasa, orang politik dengan pegawai, mesti dihala kepada pencapaian kesan tinggi dengan berasaskan kepada persaudaraan Islam yang sebenar. Jika mahu dilihat itu sebagai satu ideal memang itu adalah satu ideal, tetapi ideal itu jugalah yang harus menjadi pendorong yang kuat.

228

PEMBESAR CUAI

Orang Melayu mempunyai masa depan yang cerah untuk membentuk negara yang selesa dengan kemahuan rakyat seperti yang telah diperturunkan dalam perlembagaan semasa negara mencapai kemerdekaan walaupu kehendak kehendak orang Melayu telah dikompromikan bagi mencapai matlamat negara berbilang kaum yang lebeh menjamin kejayaan membentuk negara baru. Malangnya peluang berbuat demikian telah diabaikan oleh sebahagian para pentadbir yang bersikap dan bermentaliti penjajah yang tidak mahu membawa aspirasi orang Melayu dalam arus pentadbiran yang dipandu oleh mereka. Dalam hal-hal menolong Melayu ramai yang cuai dan kurang berjasa dan bahkan tidak berjasa walaupun mereka berfungsi sebagai pentadbir negara atau pentadbir negeri. Sebagai peninggalan British mereka memang tidak berapa sebati dengan perjuangan rakayat Melayu. Sebagai orang makan gaji mereka menjalankan tugas tanpa mengambil kira harapan dan kegesaan orang Melayu untuk perteguhkan kedudukan dalam zaman formative years Pentadbir seperti itulah yang lantang bersuara memperlekehkan pejuang pejuang kemerdekaan dengan mengatakan negara belum boleh merdeka kerana hendak buat jarum pun rakyat belum pandai; ini kan membuat senjata untuk mempertahankan negara. Walaupun orang politik membentuk Kerajaan namun pada masa itu pemimpinpemimpin pentadbiranlah yang mempunyai kedudukan penting sebagai penasihat kepada orang orang politik yang belum pandai mentadbir. Orang orang politik banyak bergantung kepada pentadbir untuk membuat dasar dan mengatur program membawa kemajuan dan pembangunan. Semenjak detik Kemerdekaan diisytiharkan orang Melayu mempunyai empat bidang cabaran yang perlu dihadapi dengan jaya demi kehidupan yang harmoni dan aman damai dalam negara berbilang kaum yang berasaskan negeri-negeri Tanah Melayu

merdeka. Kejayaan mengurus empat bidang itu dengan berkesan menjanji jaminan maruah Melayu. Ia akan mencorak kedudukan Melayu dalam masyarakat Malaysia yang dinamik dan membebaskan Melayu dari jaminan yang bertulis dalam perlembagaan yang sendirinya tidak berupaya dan tidak hidup jika tidak diberi tenaga oleh kuasa yang

229

simpati kepada Melayu.

Lebih dari segala rupa jaminan ialah keupayaan Melayu Matlamat

berganding dalam semua bidang dalam masyarakat berbilang kaum. perjuangan Melayu moden harus ke situ. Tumpuan kepimpinan harus ke situ.

Dilihat dari apa yang telah dibuat dan apa yang tidak dibuat dan apa yang tidak di buat dengan baik dan berkesan nyatalah bahawa pemimpin-pemimpin dan pentadbirpentadbir silam yang nama mereka dikekalkan sebagai nama-nama jalan di negara pada hari ini telah tidak melahirkan strategi dan juga tidak bersungguh mengenegahkan kemahuan orang Melayu sebagai dasar dan program. Merekalah yang patut menyediakan berbagai dasar dan program yang innovatif dan kreatif untuk dilaksanakan sebagai kaedah meneguhkan kedudukan orang Melayu dengan tidak mengenepikan hak-hak kaum lain. Tetapi sukar dicari hari ini contoh-contoh jasa yang terbit dari usaha yang didorong oleh kesedaran yang mendalam tentang aspirasi orang Melayu. Apa yang dibuat yang boleh dianggap bercorak memajukan Melayu adalah sebahagiannya akibat dari desakan masyarakat Melayu melalui pelbagai saluran seperti Parlimen, Dewan Undangan Negeri, konvensyen, seminar, forum dan demonstrasi yang tidak henti-henti dibuat

terutama oleh pemimpin-pemimpin progresif. Suara merekalah yang mengganti suara bisu dan menggerakkan kebanayakan program yang memberi faedah kepada orang Melayu hari ini. Tanpa desakkan dari berbagai pihak kedudukan orang Melayu pada hari ini mungkin lebeh teruk. Kenapa pentadbir dan pemimpin Melayu yang dilantik dan dinaikan untuk menolong Melayu perlu didesak sebelum berperanan Tuhan saja yang tahu. Pengerusi badan-badan berkanun, Pengerusi institusi-institusi kewangan, dan Pentadbir pentadbir kanan Melayu jarang mendapat sanjungan masyarakat Melayu kerana pendirian dan usaha mereka menolong Melayu dengan membuat kerja lebih dari semata mata menjalankan tugas makan gaji. Di manakah dia program-program yang istimewa selain dari dua tiga yang dikenal umum yang telah dicipta dan laksanakan oleh mereka yang boleh dikira sebagai lanjutan dari aspirasi dan matlamat perjuangan Melayu. Sebaliknya dibidang kewangan misalnya kerajaan pula yang terpaksa menggesa bank bank yang ditubuhkan untuk menolong Melayu supaya memain peranan dengan saksama untuk menilai dan membantu orang Melayu yang memerlu pertolongan dan tidak hanya menjadi bank memberi pinjaman secara biasa tanpa melihat kepada kesan jangka panjang

230

dalam meneguhkan kedudukan orang Melayu. Bank bank yang tidak dipimpin oleh orang Melayu mungkin boleh bersikap seperti itu tetapi orang Melayu mengharap kepada cara dan pedekatan yang membina dari bank bank yang kelahiran mereka berasaskan kepada harapan orang Melayu. Jikalau bank yang dilesen dan ditubuhkan kerana ada matlamat menolong Melayu berurusan seperti bank bank lain apa gunanya mereka ditubuhkan. Membuka tanah untuk menempat orang-orang yang tidak berada, menghantar anak-nak untuk belajar ke luar negeri, mengeluarkan minyak dan gas dari bumi, dan lain-lain kerja yang biasanya mudah ditunjuk oleh pihak-pihak yang mahu melihat mereka sebagai berjasa adalah sebenarnya kurang tepat. Sesiapa pun boleh laksanakan itu semua jika diberi wang dan peruntukan-peruntukan lain oleh kerajaan untuk membuat itu semua. Orang bukan Melayu pun boleh menguruskan program untuk menempatkan orang Melayu dalam rancangan rancangan tanah. Yang tidak kelihatan ialah imaginasi pemimpin-pemimpin serta pentadbir-pentadbir besar Melayu untuk

mmenjadikan kelompok-kelompok itu pusat pertumbuhan yang dinamik, yang memberi kesan kepada persekitaran dan tidak kelompok kelompok yang meleset dengan pelbagai masalah yang tidak menolong kemajuan Melayu dengan senang. Demikianlah berjasanya vetran kepada masyarakat Melayu. Memang mereka membuat kerja tetapi jenis kerja yang mereka buat adalah yang tidak imajinatif dan terbatas kesannya memerangkap orang Melayu dalam sektor mutu rendah dan nilai rendah. Melayu diberi kemudahan di warung-warung, kedai-kedai kecil, dan di ruang perniagaan yang didirikan khas untuk orang-orang Melayu di atas tanah kerajaan yang diperolehi dengan percuma atau dengan murah yang terpencil dari kawasan perniagaan yang rancak. Mereka tidak mendesak untuk mendapat ruang yang baik di tempat perniagaan rancak. Mereka tidak menghujah untuk mendapat peruntukan yang berpatutan untuk itu. Mereka ikut pemikiran sempit mereka tanpa mencabar. Sekarang mungkin sudah lama ruang ruang meleset itu ditinggalkan kerana tidak viable sebagai tempat berniaga. Di antara kerja-kerja lain yang membantut kemajuan Melayu dalam zaman formatifnya ialah kerja menubuh pusat-pusat latihan yang sekadar mengluarkan Melayu berkepandaian peringkat rendah, kerja mengadakan perkhidmatan bas yang tidak kira untung rugi kerana kerajaan sentiasa sedia menolong walaupun kerugian itu berpunca

231

dari ketidaan kepakaran dan kecekapan pengurus yang bukan dipilih kerana kebolehan di bidang itu tetapi ditukar dari jabatan lain kerana sampai masanya dia dinaik pangkat. Demikianlah Melayu kehilangan peluang dibimbing dengan baik dan berkesan dalam zaman pembinaan keteguhannya apa bila pada masa yang sama orang bukan Melayu cergas membina keteguhan diri dengan menghantar anak-anak mereka untuk belajar keluar negeri, memperolehi teknologi tinggi, berAli Baba mengambil peluang yang dihidang kepada Melayu yang kurang kemampuan, dan sentiasa bersedia dengan ilmu pengtahuan untuk menuai peluang baru yang membuka seiring dengan keterbukaan dasar kerajaan menarik pelabur pelabur asing dan menggalak pembangunan negara. Ramainya orang Melayu yang berpelajaran tinggi dan kaya raya adalah perkara relatif dan tidak boleh dijadikan petunjuk keteguhan masyarakat Melayu. Melayu tidak boleh sekali-kali terperangkap dengan menggunakan logik bengkok itu untuk mendabek dada bahawa Melayu sudah teguh. Kesilapan mengguna logik bengkok itu biasa timbul di konvensyen-konvensyen di mana pemimpin-pemimpin mahu menunjuk kejayaan. Di dalam zaman sebelum ada Dasar Ekonomi Baru dan di bawah Dasar Ekonomi Baru orang Melayu bukan tidak ada tunjuk kemajuan dalam bidang socio-ekonomitetapi pencapaian mereka secara relatif berbanding dengan kaum-kaumlain dan dengan kemajuan negara seluruhnya adalah tidak boleh dianggap menepati apa yang sepatutnya. Masih banyak yangperlu diusahakan. Kehadhiran orang Melayu atau Bumiputra dengan pemilikan saham dan harta sebagai pemilik yang tidak bermuka di sebalik topeng amanah dan proksi adalah satu fenomena sandiwara yang membawa suka duka. Belum tentu cara itu boleh meneguhkan kedudukan masyarakat Melayu jika tidak segera diurus supaya pemilikan menjadi lebih teguh dengan partisipasi yang cergas dan sihat. Bilakah

sandiwara akan tamat dan realiti akan wujud. Keadaan yang kabur tentang siapa mendapat saham apa atas nama Bumiputram, siapa menjual kepada siapa, dan suasana saham Bumiputra bertukar tangan dengan banyak pada masa-masa tertentu adalah tontonan masyarakat Melayu yang tidak terdaya. Pada akhirnya keadaan terkawal dalam keadaan tidak terkawal akan mungkin sekali lagi mendedahkan orang Melayu kepada pepatah kelasik menang sorak kampong tergadai atau Si Luncai terjun dengan labulabunya yang berulang-ulang menziarahi Melayu dengan sinis kerana orang Melayu lupa pengajaran sejarah.

232

Dilihat dari satu sudut yang mudah cabaran yang dihadapi oleh pemimpin, pentadbir, dan pengurus yang ditugas dan yang membawa mandat menjaga kepentingan Melayu dalam negara berbilang kaum supaya teguh tegak dan bermaruah ialah menentukan supaya orang Melayu maju seiring dengan kaum kaum lain dan maju mengekalkan kedudukan sebagai pewaris kepada Tanah Melayu dan serentak menghilangkan kerisauan yang orang Melayu akan jadi seperti Red Indian di watan sendiri. Cabaran itu dapat dirumuskan kepada sejauh mana pemimpin, pentadbir dan pengurus dapat memenuhi keperluan mengurus dinamika perubahan yang berlaku secara berstrategi dan pintar dan dengan kerja keras dalam arena masyarakat berbilang kaum, bukan setakat melihat kepada masyarakat Melayu sahaja. Sudah berapa kali pemimpinpemimpin yang Malay centric menjerit Melayu ketinggalan semata mata kerana mereka menghadapi tugas dengan tidak memandang jauh dan tidak sentiasa memandang sekeliling bagi melihat perubahan dan kemajuan yang dicapai oleh kaum kaum lain. Dulu dan sekarang cabaran dan tugas pemimpin-pemimpin Melayu adalah sama, iaitu menentukan kedudukan orang Melayu di watan sendiri tidak ketinggalan berbanding dengan kaum kaum lain; dan orang Melayu dilibatkan secara harmoni dengan kaum kaum lain dalam mencapai kejayaan dari peluang peluang yang membuka. Dunia tidak akan tunggu Malaysia dan Malaysia tidak akan tunggu Melayu. Siapa tidak akan tunggu siapa. Jika masyarakat tidak distrukturkan betul-betul dengan asas moral dan rasa tanggungjawab yang mendalam kepada misi menjayakan intigrasi yang padu Malaysia pun tidak akan tunggu Melayu yang laggard. Seperti Melayu yang lemah dalam masyarakat Melayu ditinggalkan di belakang oleh Melayu yang sudah boleh berlari begitulah Malayu dalam Malaysia yang sudah berkejaran akan ditinggalkan di belakang jika pemimpin-pemimpin Melayu tidak ambil berat tentang nilai moral dan tanggungjawab dalam penyusunan masyarakat. Kejayaan negara di bidang ekonomi telah menggerhanakan kelemahan Melayu sacara relatif, dan kedudukan yang relatif itulah yang memberi masalah dan yang patut diberi perhatian segera. Bidang-bidang yang menjadi cabaran itu dapat digambarkan dengan mudah seperti berikut:

233

Bidang

Yang diketahui oleh orang Yang tidak diketahui oleh Melayu orang Melayu.

(1)
Yang diketahui orang-orang Melayu.

(2)
tidak ilmu

oleh Ilmu pengetahuan Orang Melayu bukan kemahiran dan kebolehan mempunyai

yang sama-sama ada pada pengetahuan dan kebolehan orang Melayu dan orang yang ada pada orang bukan bukan Melayu. Melayu

(3)

(4)

dan pengetahuan Yang tidak diketahui oleh Orang Melayu berilmu dan Ilmu orang-orang bukan berkebolehan ulung turun mengenai sesuatu samaMelayu. temurun sebagai warisan sama tidak ada pada orang yang tidak ada pada orang Melayu dan orang bukan bukan Melayu. Melayu.

Di Bidang Pertama, orang Melayu dan orang bukan Melayu berada dalam keadaan mempunyai ilmu pengetahuan yang sama. Ada banyak perkara yang mereka sama tahu. Apa yang orang bukan Melayu tahu, orang Melayu pun tahu ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan dalam pelbagai aspek kehidupan dalam tanah air Malaysia merdeka. Tetapi dengan kepimpinan Melayu yang cuai dan tidak faham matlamat perjuangan, rakyat tidak tahu apa dasar atau program yang telah diwujudkan untuk mengekalkan perimbangan dalam kemajuan sehingga orang-orang Melayu yang dahulu tahu sama tahu dengankaum bukan Melayu dalam perkara perkara berkenaan sekarang menjadi Melayu yang kurang tahu secara relatif berbanding dengan kaumkaum lain.

234

Di dalam Bidang Kedua, ada pelbagai perkara di mana orang-orang bukan Melayu menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang langsung tidak diketahui oleh orang-orang Melayu. Anak-anak Kelantan tidak nampak dasar, program, dan usaha-usaha yang diwujudkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu sama ada sebagai Kerajaan atau secara kerjasama politik untuk memindahkan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kebolehan yang ada pada orang-orang bukan Melayu kepada orangorang Melayu sebagai usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan dalam konteks pembangunan dan kemajuan. Apa yang berlaku, jurangnya bukan sahaja luas tetapi bertambah luas. Bidang Ketiga mencerminkan keutuhan Melayu pada detik Merdeka. Melayu sebagai anak watan mempunyai kedudukan, ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang istimewa dari segi warisan Melayu yang tidak dimiliki oleh orang-orang bukan Melayu. Tetapi pimpinan Melayu yang cuai, yang hilang pedoman, yang mementingkan matlamat-matlamat lain dari matlamat perjuangan Melayu dan yang mementingkan pangkat dan kedudukan diri sendiri yang dimungkinkan melalui kuasa politik telah menumpukan banyak perhatian kapada usaha pengekalan kuasa dan telah mengabaikan tanggungjawab bagi mempertahankan apa yang ada di tangan Melayu. Rakyat tidak tahu apa dia dasar dan program yang diwujudkan yang mampu mempertahankan apa yang ada di tangan Melayu supaya warisan itu dapat dikekal dan dimajukan. Sebelum contohcontoh besar ditunjukkan lihat sahaja contoh-contoh kecil. Tanah orang Melayu jatuh ke tangan bukan Melayu, pakaian Melayu sekarang dijahit dan disulam oleh orang-orang bukan Melayu; kuih-muih dan makanan Melayu dibuat dan diperdagangkan oleh orang-orang bukan Melayu; buku-buku sekolah Melayu dan buku-buku jawi diterbitkan oleh pengusaha bukan Melayu dengan lebih berjaya. Kefasihan dan kecairan bertutur jika dilihat dikaca TV atau dalam penulisan membuktikan orang bukan Melayu telah ramai dapat menguasai bahasa Melayu lebih hebat dari orang Melayu. Jika diperincikan satu persatu banyak perkara yang telah terlepas dari tangan Melayu. Di manakah dasar, program dan tanggungjawab pelbagai Kementerian, agensi-agensi dan pegawai-pegawai Kerajaan dan bukan Kerajaan yang diberi kepercayaan oleh orang Melayu untuk memimpin perjuangan Melayu? Orang-

235

orang Melayu telah dikhianati oleh pemimpin mereka sendiri. Melayu menang sorak kampung tergadai. Buktinya? Boleh dilihat di mana-mana. Bidang ke empat adalah bidang di mana orang-orang bukan Melayu dan orang Melayu sama-sama tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara yang belum ada di Malaysia atau di dunia pada hari Merdeka. Tetapi dalam situasi sekarang kemungkinan untuk mendapat pengetahuan, kemahiran dan kebolehan lebih terbuka luas kepada orangorang bukan Melayu. Sebabnya kerana kecuaian pemimpin Melayu. Di zaman ini ICT dan segala bentuk maklumat dari media cetak dan elektronik yang canggih dan mahal, segala langganan kepada sumber maklumat terkini, lawatan dan penyertaan dalam expoexpo teknology yang ulong, segala pintu peluang dan maklumat, perjalanan dan lawatan ke negara-negara asing, dan seluruh pengalaman harian lebih memihak kepada kemungkinan orang bukan Melayu mendapat nikmat suluhan pengetahuan dan peluang dengan lebih awal dan lebih banyak dibandingkan dengan orang-orang Melayu yang ramai kurang mampu dan kurang minat kepada event event yang bercorak bisnes. Bukan tidak ada orang Melayu yang maju jaya tetapi yang ramai mencari dan meneroka bidang baru adalah lebih ramai dari kalangan bukan Melayu, Semua itu wujud kerana pemimpinpemimpin Melayu yang berkuasa selama ini telah cuai semasa mereka diberi kuasa dan peranan. Anak-anak Kelantan tertinggal dan terpinggir kerana pemimpin-pemimpin Melayu tidak ambil kisah terhadap matlamat perjuangan Melayu. Mereka hanya pandai menggunakan istilah menyusun semula masyarakat tetapi mereka tidak mahu faham tentang the big picture. Lain yang dijanji tetapi lain yang dikejar. Jikalau apa yang sama-sama diketahui oleh orang Melayu dan orang-orang bukan Melayu tidak dapat diimbangkan; jika rakan-rakan bukan Melayu tidak dapat diajak berkongsi pengetahuan; jika apa yang Melayu warisi selama ini sudah hilang ke tangan bukan Melayu; apakah harapan dan kemungkinan yang orang-orang Melayu yang menerokai bidang-bidang baru akan mengekalkan kedudukan dengan jayanya dalam bidang itu? Apa kah konsep dan visi integrasi nasional yang boleh menjami kesejahteraan semua pihak? Dalam bidang di mana orang Melayu tahu sama tahu dengan orang-orang bukan Melayu mengenai ilmu atau kemahiran, orang bukan Melayu telah jauh meninggalkan orang-orang Melayu. Satu masa dahulu, institusi-institusi pendidikan swasta Melayu
236

bercambah di sana sini hasil usaha pengusaha-pengusaha pendidikan Melayu yang bersemangat dan cergas bergiat. Hari ini nama-nama itu lenyap. Yang timbul ialah institusi-institusi di bawah bendera bukan Melayu yang berdiri megah dan hebat, bergerak di bawah syarikat senarai awam, bertaraf universiti, bertaraf dunia! Gabungan universiti-universiti itu mungkin lebih berkesan dan menentukan dari universiti awam! Melayu menang sorak kampung tergadai. Demikian juga di dalam bidang di mana Melayu mempunyai laluan utama mendahului orang-orang bukan Melayu. Dalam penubuhan industri minyak dan gas tidak kah orang-orang Melayu yang menggubal undang-undang industri itu? Menterinya Melayu, ketua organisasinya Melayu, pegawai-pegawai kanannya Melayu terpilih dari Perkhidmatan Awam Malaysia. Pendek kata orang-orang Melayu telah terlebih dahulu terdedah dengan hal-hal berkaitan dengan pembangunan sumber petroleum negara, tetapi di tahap manakah orang Melayu dalam bidang itu sekarang, satu bidang yang muncul dengan segala kemungkinan untuk orang Melayu dalam zaman dasar ekonomi baru? Orang Melayu dengan harapan Melayu bertanya bagaimana kah sumber dari Ilahi itu di agihkan untuk mengimbangkan kedudukan ekonomi orang Melayu di bumi tanah tumpah darah sendiri dengan tidak menjejaskan harta yang dimiliki oleh rakyat bukan Melayu Bukan tidak ada pengusaha Melayu yang terlibat dalam bidang minyak dan gas tetapi kenapa tidak ramai yang jadi buah mulut kebangaan penyertaan Melayu dan yang boleh jadi payung kepada Melayu lain dalam bidang yang sama? Yang ketara ialah pengusahaan stesen minyak dan bidang runcit yang satu masa dulu menjadi rebutan setiap lapisan insan Melayu. Ada hanya beberapa kerat sahaja yang berjaya; yang merana tak terkira. Yang tumbuh besar dan yang sudah sampai ke senarai awam ialah syarikat bukan Melayu. Tidak banyak syarikat Melayu yang sampai ka peringkat itu, bukan tidak ada. Yang disenaraikan sudah tentu hilang keMelayuannya. Tidak dinafikan bahawa ramai anak-anak Melayu dapat makan gaji dan perolehi pengalaman dalam bidang minyak dan gas tetapi sebagai satu cara menstruktur semula masyarakat ianya adalah tidak setimpal dengan peluang ekonomi yang muncul. Syrikat minyak dan gas negara mungkin telah menyebar nama ke seluruh dunia tetapi harta syarikat itu bukan harta orang Melayu. Melayu yang dibuat rasa sedap dengan kejayaan syarikat minyak negara sebagai kejayaan Melayu dibuai mimpi.

237

Apa telah terjadi kepada Kementerian-Kementerian, Agensi-Agensi dan pemimpin-pemimpin yang banyak bercakap mengenai agenda Melayu? Contoh-contoh lain mengenai peluang yang tidak diurus dengan baik untuk kepentingan orang Melayu memang banyak. Perkembangan seperti itu amat mengecewakan orang-orang Melayu yang mengharap-harapkan habuan dari pembesaran kek ekonomi negara. Menterimenteri dan pegawai-pegawai kanan yang bertanggungjawab mengenai perusahaan minyak dan gas dan lain-lain program menolong Melayu sudah ramai yang bersara tetapi tidak seorang pun yang mungkin kecewa dengan kegagalan memenuhi hasrat Melayu yang diharap dari mereka.. Mereka berjaya dalam menjalankan tugas semasa dalam perkhidmatan tetapi kejayaan pribadi mereka tidak relevan dengan aspirasi Melayu. Salah satu kegilaan Melayu sejak lama dahulu ialah dalam gerakan koperasi. Ramai pegawai-pegawai pembangunan koperasi adalah pegawai-pegawai Melayu. Pemimpin-pemimpin gunakan koperasi sebagai tapak berpolitik. Seolah olah dalam

mimpi orang Melayulah yang mendesak Kerajaan meminda Undang-Undang Koperasi kononnya untuk membolehkan koperasi melabur dan berniaga. Tetapi Melayu yang sama telah dikejutkan dari mimpi siang hari apabila telah ditunjukkan bukti-bukti bahawa bukan sekatan undang-undang yang membuatkan koperasi Melayu menjadi tidak maju kerana di bawah undang-undang sama koperasi China dan India berkembang pesat dalam bidang insurans, perumahan, kewangan, pertanian dan berbagai bidang ekonomi yang lain dan sekali gus menunjukkan kepada orang Melayu yang berkoperasi bahawa mereka hanya banyak cakap tetapi tidak berupaya bergerak. Walaupun aktivis-aktivis koperasi tidak jemu-jemu memberi ilmu, petunjuk, panduan, dan nasihat agar taraf koperasi dan peranan koperasi Melayu diperbetul dan ditingkatkan tetapi masih banyak koperasi Melayu tidak berubah, masih ketinggalan, masih di takuk lama. Potensi koperasi sebagai cara, sistem, kaedah, organisasi dan pengurusan untuk menggerak kegiatan ekonomi dan sosial tidak diberi perhatian. Koperasi di tangan pemimpin Melayu dijadi medan merebut kuasa, jatuh menjatuh pemimpin, dengan tidak membawa visi. Pemimpin-pemimpin tidak menjadi penggerak. Ahli ahli tidak perolehi kepuasan berpartisipasi, dan organisasi tidak dapat manarik talent untuk terlibat. Koperasi menjadi organisasi yang dapat disamakan seperti perahu yang sarat dengan ahli ahli yang tidak mahu berkayuh.

238

Kepimpinan Melayu dulu telah meletakkan orang-orang Melayu dalam keadaan handicap. ( Sila lihat rajah di akhir Bab ini ). Peluang dalam bidang ekonomi yang muncul setiap hari telah digunakan sepenuhnya orang oleh-bukan Melayu tetapi pegawaipegawai di Kementerian, jabatan, dan agensi-agensi yang bersangkutan boleh dikatakan tidak berfungsi secara berkesan dalam misi membuka jalan untuk membolehkan orang Melayu mendapat faedah yang setimpal dan teguh. Dalam banyak situasi pegawaipegawai itu pula yang menjadi penghalang. Bukti hasil kerja yang tidak berkesan ialah kedudukan orang-orang Melayu hari ini yang masih ketinggalan. Dengan tidak memandang rendah terhadap kejayaan individu dan syarikatsyarikat Melayu selama ini, petunjuk yang ada di depan dan di sekeliling menyatakan bahawa pegawai dan kakitangan kerajaan dan agensi-agensi yang diberi tugas dan tanggungjawab membawa Melayu ke arah 2020 perlu melengkapkan diri dengan persediaan mental dan dasar-dasar yang cukup untuk memberi khidmat kepada Melayu. Tanpa itu orang-orang Melayu tidak memerlukan mereka. Sejarah Melayu moden jelas menunjukkan pegawai-pegawai dan pemimpin-pemimpin Melayu yang diberi kuasa untuk memberi kelulusan tanah, lombong, permit dan sebagainya sebuk membuat kerja masing-masing tetapi kesannya nyata tidak memehak kepada kemajuan orang Melayu. Umum tahu orang-orang Melayu amnya berat untuk mengunakan cara belakang atau jalan belakang untuk memperolehi sesuatu; tetapi cara salah guna kuasa telah membolehkan orang mendapat segala macam lesen, permit, dan kelulusan-kelulusan yang membuka jalan menjadikan orang Melayu tersepit dalam percaturan hidup dalam susana yang diwujudkan untuk memajukan mereka. Dengan berpindahnya punca kekayaan yang mudah diageh oleh Kerajaan daripada sumber alam dan pelbagai lesen, permit, dan berbagai kelulusan dari pihak berkuasa yang memberi faedah kepada pemegangnya kepada punca yang berasaskan kepada bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran ICT dan teknologi tinggi, maka tugas memperkaya dan memajukan Melayu pada masa sekarang menjadi lebih mencabar. Tahukah orang Melayu bagaimana kerajaan akan menolong mereka di masa depan. Sudahkah perkara itu dibincangkan kerana media senyap-sunyi mengenai perkara itu? Kaedah lama tidak boleh dipakai lagi. Dari pada kecuaian pihak-pihak yang diberi tugas untuk menolong Melayu sekarang wujud keadaan dominasi oleh bukan Melayu yang

239

begitu jelas sekali. Walaupun orang-orang Melayu berjawatan tinggilah yang biasanya mempelopori pembetukan dasar dan mengepalai sesuatu bidang baru itu bagi pihak Kerajaan orang Melayu jarang mendapat laluan mudah untuk bertapak dalam bidangbidang yang baru membuka. Cara menerajui penyertaan Melayu dengan style dan nada lama yang nyata telah gagal patut diganti dengan cara yang lebeh berdaya. Menyalahkan orang Melayu kerana kelemahan dan kegagalan untuk berjaya di bawah dasar ekonomi baru adalah sia-sia. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa selama ini Melayu dalam jawatan yang diamanahkan untuk memartabatkan orang Melayu telah memusnahkan kedudukan Melayu dalam tanah airnya sendiri. Pimpinan ke arah 2020 yang menjanjikan kemakmuran dan kesejahteraan bagi rakyat Malaysia tidak boleh dibiar dalam tangan makhluk seperti itu jika kaum Melayu mahu dijamin supaya ikut makmur dan sejahtera. Mungkin jika orang bukan Melayu diberi amanah untuk menjayakan ajenda memakmur dan mensejahterakan orang Melayu programnya akan lebeh kreatif dan bertenaga dan hasilnya akan lebih berjaya. Dalam menentukan arah perjalanan ke 2020 orang Melayu yang faham tentang perjuangan Melayu dalam konteks Malaysia berbilang kaum boleh dan mesti diberi peranan. Orang-orang Melayu yang tidak berilmu tinggi dan bijak ( walaupun berkelulusan ), dan orang Melayu yang ramai makan gaji di ajensi-ajensi yang ditugas menolong Melayu tetapi lemah dari segi daya berfikir dan pergaulan dalam masyarakat majmuk juga tidak boleh diangkat menjadi pelaksana program untuk memajukan orang Melayu. Pelaksana program untuk memajukan orang Melayu patut diletak di tangan orang yang berkeupayaan tinggi dalam melahirkan program yang berkesan dengan bergantung kepada kebijaksanaan dan kreativiti serta networking yang luas dan berkesan. Dalam menghadapi masa depan di bawah corak pimpinan Melayu yang sudah pun menggagalkan dua generasi, bolehkah anak-anak Melayu yang celik terus memberi dan meletakkan kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin Melayu yang tidak ada blue print integrasi kaum yang berkesan? Anak-anak Melayu yang keciciran dalam arus perdana pembangunan negara mahu supaya pemimpin-pemimpin mereka lebih cerdik dan smart terhadap perjuangan Melayu. Ini mensyaratkan supaya mereka tidak menggunakan perkauman untuk kepentingan diri, dan sanggup menghadapi integrasi negara dengan fikiran terbuka dan sihat. Tanpa perubahan sikap terhadap politik perkauman, dan dengan

240

pengabaian langkah-langkah integrasi yang jujur dan praktikal, pemimpin-pemimpin Melayu bukan sahaja telah meletakkan orang-orang Melayu dalam satu kedudukan berisiko tinggi dalam tanah air sendiri tetapi telah juga meletakkan seluruh rakyat berbilang kaum dalam risiko tinggi dalam negara sendiri. .Pemimpi pemimpin politik perkaumanlah yang mengekalkan potensi pecah-belah dalam masyarakat. Pemimpin-pemimpin politik perkaumanlah yang sentiasa, dalam tindak tanduk menjaga kedudukan mereka, mengingatkan rakyat kepada kaum dan berpemikiran perkauman semata mata kerana dengan cara itu mereka dapat mengekalkan kepimpinan mereka. Mereka menstrategikan pilihan raya mengikut kaum yang mengundi, merayu undi mengikut kaum, dan meletak harapan kemenangan ke atas sokongan kaum. Sebenar nya mereka ketakutan kehilangan kuasa jika perkauman tidak lagi relevan. Berkaum kaum adalah perkara biasa; tetapi menggunakan perkauman untuk memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum dalam perkara-perkara yang sepatutnya menjadi kepentingan umum dengan sentiasa membakar semangat negetif perkauman

adalah anathema kepada integrasi dan perpaduan negara. Sampai hari ini pun ada projek yang patut dijadikan program dan projek kebangsaan telah disalahgunakan untuk

kepentingan secara exclusive, di kaca mata umum, bagi satu-satu kaum. Cemburu, iri hati, dan marah menjadi bunga dan buah pahit yang dirasai rakyat sebagai hasil amalan perkauman. Agensi-agensi untuk memajukan Melayu kebanyakannya diisi oleh kerak, kalangan birokrat yang lemah, tidak bertenaga, dan malas. Mereka jadi orang makan gaji biasa. Matlamat organisasi kabur dan tidak jelas. Khidmat diberi sekadar melepas batuk di tangga. Yang mengajar Melayu berniaga tidak nampak berdamping cergas dengan yang berniaga, dan tidak juga nampak mahu menimba ilmu pengetahuan dari pengusaha dan peniaga di kalangan kaum-kaum lain di negara sendiri. Agensi-agensi yang

diwujudkan untuk memajukan orang Melayu di bidang perniagaan, perdagangan dan industri tidak nampak melibatkan organisasi perniagaan dan perdagangan bukan Melayu untuk mewujudkan program kerjasama latihan dan tunjuk ajar yang kukuh dan jujur. Seminar-seminar ekonomi yang diadakan untuk membincang kedudukan ekonomi orang Melayu, dan seminar-seminar yang melibatkan orang-orang bukan Melayu untuk ikut sama membicangkan masalah orang Melayu biasanya merupakan tempat pegawai

241

Melayu menyedapkan hati masyarakat Melayu.

Konvensyen, seminar, bengkel dan

pelbagai bentuk medan mencari idea yang pernah diadakan tidak nampak boleh dikata telah menghasilkan program yang teguh dan berkesan. Dari segi sumbangan pemikiran di seminar-seminar itu pemimpin-pemimpin bukan Melayu tidak dapat berperanan secara berkesan terhadap usaha menolong Melayu kerana mereka sendiri tidak berupaya menggerakkan masyarakat bukan Melayu ke arah memahami keperluan dan tugas mengimbangkan kedudukan masyarakat Melayu dalam negara. Walaupun kadang-kadang ada seorang dua pegawai tinggi yang muncul bersemangat hendak majukan orang Melayu tetapi rata-rata organisasi mereka itu tidak berupaya dari segi berfikir dan membina strategi. Badan-badan itu menjadi sarang orang memeluk tubuh dan tidak efisyen, dan diejek oleh Melayu sendiri dan diketawa oleh orang-orang bukan Melayu. Badan-badan itu mempunyai wawasan yang kabur dan tidak mengatur langkah dan menukar tempo mengikut perkembangan dan kemajuan kaumkaum lain. Di tangan kepimpinan mereka orang Melayu telah hilang kesempatan bidang kemajuan ekonomi

mengekal kedudukan di barisan hadapan dalam bidang-bidang yang bersifat Melayu dan yang Melayu memang menguasai sebagai warisan Melayu pada saat Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dahulu. Bidang-bidang istimewa itu sekarang banyak berpindah tangan kepada bukan Melayu. Kegagalan mereka memupuk orang-orang Melayu dalam bisnes dan industri yang dikuasai Melayu pada masa dahulu tidak pernah mendapat hukuman dari masyarakat Melayu kerana Melayu digula-gulakan. Bagi menutup

kegagalan mereka sudah beberapa kali nama institusi-institusi ditukar kepada nama baru; logo lama ditukar ke logo baru; dan segala silap mata dimainkan untuk menyelamat petugas-petugas itu. Maka kekallah institusi-institusi berkenaan itu sebagai sarang

kemalasan berfikir; dan tempat mudah meletakkan kesalahan dan kelemahan orang Melayu dan menyelamat pemimpin yang gila kedudukan dan kuasa yang tidak mahu memberi laluan kepada Melayu lain yang lebih berupaya. Negara tidak ingat bilakah ada jalinan kerjasama di mana pemimpin Melayu mengajak pemimpin bukan Melayu dan orang bukan Melayu berkongsi pengalaman kejayaan mereka dengan orang-orang Melayu. Pernahkah langkah seperti itu diambil? Jika itu tidak dicuba kenapa? Salah satu isi persefahaman antara kaum dalam mencapai

242

kemerdekaan ialah orang Melayu yang dominan bertanggungjawab memimpin dan membuka jalan dalam perkembangan politik tanah air, dan kaum bukan Melayu yang maju di bidang ekonomi diminta menolong membimbing orang Melayu dalam bidang ekonomi. Tetapi pemimpin Melayu yang menerajui pentadbiran negara telah Kerjasama dan kompromi sebagai cara

mengabaikan proses kerjasama ke arah itu.

menyelesai masalah hubungan antara kaum telah disalah guna oleh pemimpin perosak secara yang menghakis kedudukan orang Melayu yang mungkin juga menghakis hak-hak orang Melayu. Sehingga hari ini masyarakat Melayu tidak faham kenapa dalam waktu pentadbiran dan kerajaan dipimpin kuat oleh orang-orang Melayu agenda Melayu yang tidak mungkin menjejas orang-orang bukan Melayu tidak dilaksanakan dengan teguh di atas dasar penglibatan semua kaum seperti yang dipandu oleh perlembagaan. Sebaliknya usaha-usaha memajukan Melayu diserahkan kepada badan-badan yang serba kekurangan dan di samping itu menjadikan usaha memajukan Melayu usaha Melayu dan bukan usaha rakyat Malaysia, sedangkan masyarakat Malaysia lain dimajukan atas platform yang bermaruah dan yang tidak ada stigma. Dari segi perspektif sempit setiap institusi yang memberi perkhidmatan tentu memberi faedah. Tetapi dari perspektif yang luas cara menolong Melayu dengan mengadakan program perkauman melemahkan program itu sendiri walaupun orang-orang bukan Melayu ada dilibatkan sama secara kecil dalam program-program itu. Lebih melemahkan Melayu ialah tidak henti-henti Melayu diingat supaya terasa terhutang budi kepada institusi-institusi yang menolong mereka. Harus di ingat bahawa jika orang Melayu dimasukkan ke dalam institusi yang diusahakan oleh kaum Cina atau kaum India kejayaan yang sama boleh diperolehi. Cara menyelesaikan masalah mengikut perkauman akan melambatkan proses integrasi nasional. Pemimpin-pemimpin sekular Melayu jarang sekali muncul menyentuh hati dan minda rakyat dari kaum Cina dan India dan lain-lain kaum secara yang boleh memupuk rasa muhibah di kalangan rakyat. Begitu juga pemimpin-pemimpin Cina dan India tidak tampil menyentuh hati dan minda kaum Melayu dan lain-lain kaum untuk menjalin rasa berbaik baik di antara rakyat. Demikianlah Malaysia yang mahu kepada integrasi nasional telah mengabaikan amalan yang sangat penting selama 45 tahun. Sampai hari ini masih ramai orang dari pelbagai kaum yang tidak sensitif terhadap perhubungan kaum

243

dan terhadap keperluan perhubungan manusia secara baik yang boleh menolong menjamin harmoni dalam masyarakat. Yang nampak di permukaan adalah tolerence. Dalam masing-masing masyarakat ada individu-individu yang masih liar dengan perangai dan tingkah laku perkauman yang bila-bila masa boleh meletus dan mencetus perbalahan perkauman. Orang Melayu mahu melihat kebijaksanaan pemimpin-pemimpin Melayu mengajak orang Melayu bukan sahaja setakat bersatu padu tetapi mengajak sama orangorang bukan Melayu untuk membina rupa bangsa Malaysia di atas asas dan keyakinan yang kukuh dan tidak di atas langkah melalikan kaum; misalnya Melayu dengan

kepuasan bahasa dan budaya negara dan program-program radio dan TV yang nampak saja berat kepada Melayu, China pula dilalikan dengan budaya dan program-programradio dan TV keChinaannya yang hebat, dan India pula dengan budaya dan programprogram radio dan TV keIndiaannya sehingga nampak masing-masing kaum makin jauh terpisah dengan ciri-ciri perkauman yang semakin disuburkan oleh pemimpin-pemimpin perkauman yang mahu menenguhkan sokongan terhadap mereka bagi kepentingan jangka singkat. Dengan media lektronik dan bukan letronik yang mempunyai saluran

perkauman maka suka duka , kejayaan dan pencapaian dan sentimen bahkan kekecewaan masing-masing kaum tidak banyak dirasai oleh kaum-kaum lain. Banyak perkara dalam kehidupan biasa hari-hari terbatas kepada pengtahuan kaum berkenaan sahaja kecualiapabila dilapurkan dalam media arus perdana dalam negeri dan luar negeri.

Dalam keadaan tendency yang dialami sekarang kehidupan perkauman makin menebal.

( RAJAH CARA BERTINDAK)

244

MELAYU TERSENTAK DI TENGAH JALAN

Melayu menang sorak kampung tergadai. Yang dikendong keciciran dan yang dikejar makin jauh. Malaysia boleh sebagai satu slogan adalah baik bagi Malaysia dan bagi Melayu yang telah berjaya menguasai ilmu tetapi maut kepada ramai orang Melayu yang nyata belum berdaya dalam arena yang luas di dalam pertandingan dan persaingan yang kuat di antara kaum-kaum dalam negara. Kejayaan segelintir orang Melayu belum boleh dijadikan asas yang teguh untuk bersaing dan muncul berjaya. Pemimpin Melayu yang hendak sangat menunjuk kejayaan orang Melayu kerana tujuan tujuan tertentu sengaja tidak mahu ambil kira kelemahan Melayu. ekarang kSatu ketika dahulu Melayu telah diberitahu jambatannya telah dibakar; baru-baru ini pula Melayu diberitahu mereka belum bersedia dan masih lemah. Pada realitinya jambatan Melayu telah lama terbakar bukan dibakar. Oleh itu tanggungjawab pemimpin Melayu tulen, jika masih ada yang berjiwa luhur untuk Melayu, ialah menumpukan lebih perhatian kepada membina asas-asas kemajuan orang Melayu. Mereka perlu memberanikan diri melihat dan menggariskan wawasan Melayu dalam konteks Malaysia berbilang kaum supaya wawasan Melayu itu tidak bersifat mimpi di siang hari. Wawasan Melayu dalam alaf baru patut menjadi jalinan wawasan 2020 yang difahami, dipertahan dan disokong oleh semua kaum bukan sebagai satu beban yang perlu dipikul oleh orang Melayu sahaja dan dicemoh dan diejek oleh kaum-kaum lain yang menunggu masa sahaja untuk menghapus saki-baki tongkat yang diwarisi oleh orang Melayu kerana mereka tidak diberi faham dan kesedaran tentang apa yang dijanjikan oleh Tan Cheng Lock dan Sambanthan dulu. Menjelang 2020 orang Melayu tidak lagi patut merungut sendirian kerana ketinggalan. Jika dalam program wawasan 2020 jalinan wawasan Melayu belum ada dan kaum-kaum bukan Melayu belum boleh menerima hakikat bahawa Melayu perlu ditolong, dan jika prinsip siapa cepat dia dapat menjadi pendorong slogan Malaysia Boleh, dan pempimpin pemimpin Melayu masih belum dapat menjiwai paradigma baru maka orang Melayu tidak perlu tunggu 20 tahun untuk mengetahui apa akan jadi akhir

245

nya. Pemimpin Melayu mesti pandai memimpin dalam realiti sasaran yang bergerak dalam negara berbilang kaum. Mereka mesti buktikan keupayaan mereka di arena berbilang kaum. Jangan tunggu mejadi Perdana Menteri baru hendak beli sokongan pemimpin-pemimpin kaum dengan mengorbankan Melayu seperti yang telah terjadi berulang kali setiap kali pemimpin Melayu muncul untuk diterima oleh kaum kaum lain. Melayu sudah tidak ada banyak yang hendak dan boleh disogokkan. Dan kali ini Melayu yang bersongkok jangan mudah membiarkan pemimpin mereka menghakis kedudukan Melayu tanpa jaminan yang teguh bahawa pengorbanan Melayu akan membawa kepada keteguhan negara berbilang kaum melalui perpaduan dan persefahaman kaum. . Segala kerugian, pembaziran, penghakisan, dan kompromi yang ditanggung dan dipikul oleh orang Melayu selama ini akibat pemimpin-pemimpin Melayu mahu sokongan dan populariti di kalangan kaum-kaum lain perlu diakui secara terbuka dan di write off supaya perkara-perkara itu tidak diungkit kembali oleh mana mana puak Melayu yang ketinggalan zaman seperti barisan bertindak Melayu misalnya yang mungkin sekali lagi akan bangun dari tidur dan membakar api perkauman. Dengan dihapuskirakan segala yang orang Melayu telah korbankan setakat ini. Generasi Melayu yang baru tidak akan lagi dibeban oleh pertimbangan pertimbangan itu semua dalam membuat blue print bagi berjalan atau berlari seiring dengan kaum kaum lain dalam realiti baru dan realiti sasaran bergerak negara berbilang kaum. Segala keistimewaan yang ada bagi orang Melayu perlu dinyatakan dengan jelas untuk diketahui asas-asasnya dan diterima oleh semua pihak dalam keadaan terbuka, dan tidak pula nanti keistimewaan itu dicela di belakang sebagai amalan yang tidak adil. Juga dengan demikian amalan menggunakan keistimewaan itu akan dibuat secara positif, berani, dan berkesan; tidak seperti dulu di mana dasar dan program yang bertujuan menolong Melayu nampak seperti dibuat secara curi-curi dalam ketakutan kalau-kalau diketahui umum. Yang sedihnya keistimewaan itu pernah diguna secara salah guna. Harapkan pagar pagar makan padi. Disinilah letaknya cabaran kepada kebijaksanaan pemimpin Melayu sebagai negarawan yang memimpin negara berbilang kaum ke arah kemajuan dan kesejahteraan. Mengikut rekod lama negarawan Melayu gagal ujian itu kerana hari ini Melayu rasa belum lagi mampu bersaing dan belum rasa teguh untuk ditinggal oleh Perdana Menteri yang mahu bersara. Perdana Menteri sendiri telah dengan jelas dan lantang menyuarakan

246

rasa kecewa beliau dengan pengikut pengikut yang tidak memberi response yang sewajar nya kepada kepimpinan beliau yang membuka jalan dan peluang. Beliau kecewa dengan prestasi orang Melayu yang setelah diberi pelbagai peluang masih tidak menunjuk kesan kejayaan yang sewajarnya dalam Malaysia yang pesat membangun. Secara tersirat

mungkin beliau kecewa dengan pemimpin-pemimpin Melayu yang tidak berpegang kepada idea idea baik yang dilahirkan dan mengambil daya usaha menjayakannya secara boleh lepas tangan bagi mengukuhkan langkah orang Melayu untuk seribu langkah lagi ke hadapan. Pemimpin-pemimpin Melayu pada amnya suka berkerumun di mana Pedana Menteri menunjuk minat. Kegiatan kegiatan lain di tempat-tempat lain yang tidak kurang penting bagi masa depan orang Melay dan negara mendapat perhatian bermusim. Rakyat nampak saolah olah pemimpin Melayu atasan dan menengah bersikap menunggu nunggu melihat arah mana bos berfikir, berkata dan bergerak. Selepas bos bersuara tidakkah selalu didengar chorus. Alangkah untungnya negara dan orang Melayu jika pemimpin atasan dan menegah bertebaran berlumba-lumba berusaha memimpin melaksanakan program dan projek untuk mengukuhkan kedudukan orang Melayu dengan sekuat-kuat komitmen seperti yang ditunjuk oleh Perdana Menteri dalam projek-projek yang beliau sendiri ambil berat. Rakyat sudah dengar di mana projek-projek besar yang tidak di pantau sediri oleh Perdana Menteri telah tergendala atau disiap dengan tidak mengikut mutu yang dikehendaki. Bagaimanakah negara dan Melayu dapat maju cepat dan teguh jika pemimpin-pemimpin Melayu yang patut berfungsi menolong tidak menolong secara berkesan. Dalam keadaan demikian orang Melayu dan pemimpin Melayu mesti kembali memperteguhkan diri dengan sifat-sifat keagamaan dan kemanusiaan dan moraliti yang tinggi supaya Allah s.w.t akan membuka pintu hati mereka ke jalan yang benar dan bijak bagi Malaysia yang tercinta; jalan yang tidak diganggu semata-mata oleh godaan faedah materialisme jangka pendek yang mengancam negara hari ini. Umum tahu bahawa masyarakat Melayu surang sihat. Tanda-tanda itu boleh dilihat di sana sini; tetapi langkah-langkah memulihkan kesihatan nampaknya tidak solid. Apa yang rakyat jelata nampak ialah usaha-usaha PR yang dihasilkan oleh pengamalpengamal PR dan bekas-bekas orang surat khabar kampungan yang tidak berkelayakan dan tidak faham keadaan negara dan aspirasi orang Melayu yang sebenar, dan oleh itu

247

tidak dapat menolong memulihkan keyakinan orang Melayu terhadap kepimpinan yang lemah.

248

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG

Sebenarnya Malaysia hari ini adalah apa yang mampu dibina oleh rakyat jelata di bawah pimpinan Perdana Menteri yang teguh dan berani, dan yang disokong oleh rakyat dengan padu, yang ada masa untuk bermesra dengan rakyat dengan senyum melebar di sana sini.. Slogan Keranamu Malaysia adalah serong yang mungkin diilhamkan oleh sycophant yang tidak berkeyakinan diri. Ada sesuatu yang tidak kena pada slogan itu; tidak terlambat untuk diperbetulkan. The sky is the limit bagi Malaysia yang dianjurkan oleh Perdana Menteri supaya bersih, cekap dan amanah; yang berani mengambil risiko, yang sanggup membuat keputusan tanpa berlengah-lengah; apa lagi jika disokong oleh suasana bebas, adil, rule of law, dan profesionalisme dalam pentadbiran dan pengurusan negara. Rakyat Malaysia pernah menikmati solidaritas yang kukuh sebagai satu bangsa yang megah yang dapat berbangga dengan pemimpin agung mereka. Those were the days. Boleh kah Malaysia hidupkan kembali suasana hebat itu? Apabila slogan bersih, cekap dan amanah muncul dengan mendadak, segar dan bertenaga; apabila pemimpinpemimpin dan pentadbir-pentadbir serta pegawai-pegawai digesa supaya berani membuat keputusan kerana itu lebih baik dari tidak bergerak kerana tidak ada keputusan; apabila pemimpin dan pentadbir dan rakyat jelata diajak mengambil risiko; apabila no venture no gain dijadikan popular; apabila kontrak kerajaan dipaksa supaya saksama kepada kedua belah pihak iaitu rakyat dan Kerajaan; apabila Malaysia Incorporated diamalkan secara mesra terhadap sektor swasta; apabila etika kerja yang mementingkan kecekapan, mutu, dan kesungguhan ditarbiahkan dengan hebat, apa bila tag nama diwajibkan, apabila perakam waktu diperkenalkan di pejabat-pejabat kerajaan, dan apabila waktu jam disatukan bagi seluruh negara. Pada waktu itu rakyat Malaysia buat pertama kali dalam Malaysia merdeka dapat menikmati dan merasai pembebasan dari nilai-nilai peninggalan feudal yang diwarisi yang mencorak pentadbiran dan hubungan kerajaan dengan rakyat.

249

Rakyat jelata bangga dapat Perdana Menteri yang faham selok-belok perniagaan, industri dan pentadbiran; pemimpin yang mahu lihat amalan-amalan pengurusan baik tersebar luas dalam kegiatan ekonomi rakyat; pemimpin yang mahu lihat kemajuan dan mendebarkan orang-orang yang bertanggungjawab kerana prestasi mereka diukur; pemimpin yang tidak mahu menipu diri sendiri dengan mempercayai bahawa pentadbir dan pengurusan di sektor awam dan swasta sudah boleh diharap menjana pembangunan dengan sendiri sedangkan pada waktu itu mereka terang-terang memerlukan direction dan bimbingan serta penyelarasan yang tegas. Rakyat jelata bangga dengan pemimpin yang mementingkan masa dan yang menegur golongan atasan supaya tidak menyalahgunakan kedudukan dan mengabaikan kerja dengan menghabiskan masa di padang golf dalam waktu pejabat. Falsafah pentadbiran dan pengurusan yang disimbolkan oleh slogan bersih, cekap dan amanah telah menghapuskan mentaliti negatif di kalangan pemimpin-pemimpin politik dan pentadbir-pentadbir dan telah meletakkan Malaysia di pintu serba

kemungkinan untuk bergerak maju. Rakyat Melayu, Cina, India dan lain-lain sokong penuh langkah langkah demikian. Prinsip-prinsip pengurusan dan pentadbiran yang teruji dan bernilai yang dahulu terapung-apung sebagai slogan dan ilmu kosong di bawah pemimpin-pemimpin dulu yang kurang cerdik tiba-tiba disanjung dengan tegas menjadi amalan Kerajaan dan contoh kepada masyarakat. Fenomena itu menjadi bertambah hebat apabila falsafah yang diperjuangkan oleh seorang pemimpin sahaja itu telah menghasilkan transformasi sedemikian rupa. Bayangkan kesannya jika 10 orang lagi di sekeliling beliau turut berfikir dan bertindak sedemikian dan tidak semata-mata menunggu dan menurut lembab. Dalam kaca mata rakyat malangnya pemimpinpemimpin Melayu lain di sekeliling Perdana Menteri tidak turut buat persedian menajamkan fikiran dan pemikiran, dan menimba ilmu pentadbiran negara moden supaya tidak ketingalan oleh Perdana Menteri. Mereka tidak melayakkan diri untuk meningkat lebeh dari menjadi orang yang takut berfikiran sendiri. Maka timbullah jurang pemikiran dan kenegarawanan di antara Perdana Menteri dengan pemimpin-pemimpin Melayu sekeliling beliau. Rakyat mana tidak gembira dengan Perdana Menteri seperti itu? Siapa tidak tumpang berbangga dengan kepimpinan yang dapat meninggikan martabat dan kapasiti

250

persaingan negara dalam bidang perdagangan antarabangsa.

Kepimpinan yang

berkebolehan dan yang dinamik itulah yang buat pertama kali menukarkan equation pentadbiran negara. Beliau telah mengenjakkan paradigma Negara dalam erti kata yang sebenar. Nilai-nilai dan pemikiran pengurusan yang lapuk yang diamalkan oleh pentadbir konservatif dan malas berfikir telah dibakulsampahkan sebagai tidak relevan dengan keperluan negara untuk meneroka pembangunan dan membina kekayaan Negara. Di dalam negara dan di luar Negara pegawai pegawi disuruh berfikir Malaysia Inc. Buat pertama kali pemimpin politik mengambil alih teraju menentukan rentak pengurusan negara dari tangan elit pentadbir yang ketakutan untuk meneroka secara pro-aktif baik dalam bidang dasar mahupun dalam perancangan program. Bandar-bandar menjadi

bersih dan berhias. Jabatan-jabatan Kerajaan bertukar ke wajah cekap dan business-like. Industri berkembang. Malaysia Incorporated jadi amalan dan asas kelonggaran

cengkaman birokrat keatas pihak swasta. Kedutaan-kedutaan Malaysia diarah bertukar sikap menjadi pro-aktif di bidang perdagangan dan perindustrian dengan tidak hanya berperanan tradisional sebagai wakil Negara yang berat kepada diplomacy dan protocol dan tidak berat kepada usaha menarik pelabur dan menjual barangan Malaysia. Pada musim panas itu Negara melangkah bersemangat dan berdisiplin dalam masyarakat antarabangsa Pemimpin politik yang berani merintis jalan dengan cara dan idea baru itu tidak dapat dikejar tempo pemikiran dan tempo kerjanya oleh pentadbir yang tidak pro-aktif dan tidak punya tulang belakang. Dalam keadaan demikian, pentadbir yang secara tradisi menjadi penasihat kepada orang politik dan Kerajaan terbalik menjadi orang yang kena di nasihat; dan lebih malang lagi dengan mudah pegawai-pegawai yang dulunya baik baik berubah menjadi berkepentingan diri sendiri dan memilih menjadi tukang ampu dan melepas peranan penting sebagai penasihat dan pemberi pandangan kedua dan ketiga dalam pentadbiran negara. Penubuhan Perusahaan Automobil Nasional, Amanah Saham Nasional, dan pelbagai projek lain yang diilhamkan dan dikehendaki oleh pemimpin agung itu walaupun dilaksanakan dengan cara yang tidak boleh dibanggakan dari segi lain tidak sedikit pun memadamkan kekaguman masyarakat terhadap visi beliau yang mampu menempa sejarah dalam masa yang singkat dengan idea dan penggunaan kuasa

251

yang ada pada beliau dengan se patutnya untuk membawa negara ke arah kemajuan dan kestabilan. Di bawah Perdana Menteri penggerak yang hebat negara yelah pesat membangun. Rakyat bergerak maju ke arah 2020. Ciri-ciri dunia pertama sudah muncul walaupun Malaysia masih berciri dunia ke dua dan dunia ke tiga dengan masyarakat pra

industrinya dan penghuni guanya masih ada. Pembangunan prasarana pengkutan, ICT, bandar-bandar baru, tapak-tapak industri, kemudahan dan perkhidmatan kepada masyarakat perdagangan dan perindustrian antarabangsa, dan penekanan kepada sains dan teknologi membuka peluang kepada kemajuan yang lebih kepada negara. Orang Melayu bersyukur kerana dapat menumpang menikmati faedah. Dan orang-orang yang berasa diri mereka tidak mendapat apa-apa pun turut bersyukur dengan keadaan yang wujud dalam negara, kecuali mereka yang sudah mendapat PR di negara lain termasuk yang berangan-angan untuk berhijrah dan berehat pada hari tua di New Zealand. Orang Melayu buat pertama kali dapat lihat pemimpin mereka diterima all round oleh semua kaum, oleh seluruh rakyat secara aktif dengan sokongan mereka walaupun mereka berbeza dalam fahaman politik. Orang Melayu dan bangsa Melayu buat pertama kali dalam sejarah moden dapat melangkah ke pentas antarabangsa dan dapat merasai sambutan dan sanjungan dunia. Kemana mana rakyat Malaysia pergi ke luar Negara nama Malaysia disanjung dan dipuji. Nama pemimpin besar juga menjadi sinonim dengan negara Malaysia, satu gandingan yang memegahkan rakyat biasa. Kuala Lumpur dipuji sebagai Bandar Raya yang bersih oleh pelawat pelawat yang dating dari negara negara yang berbandar bersih. Kemajuan ekonomi negara mengkagumkan negara negara membangun yang lain yang mengambil langkah mengejutkan rakyat mereka untuk ikut berani melabur di negara negara lain dan untuk berurusan dengan pengusaha pengusaha Malaysia. Negara luar suka berurusan dengan Malaysia. Kehebatan Malaysia membangun dan maju di bawah kepimpinan yang hebat itu mengharumkan nama negara. Ada negara yang mendorong dan menggesa rakyatnya supaya juga berani seperti rakyat Malaysia meneroka melabur di negara lain. Pelaburan asing mencurah masuk.Banyak pinjaman asing mudah diperolehi. Pelancung datang berduyun-duyun. Malaysia berwajah manis, ingin berbaik baik, tidak bercakap besar, dan tidak mencari musuh.

252

Kehebatan

kepimpinan

agung

itu

bukan

sahaja

mengkagumkan

dan

menggerunkan pentadbir tetapi juga meninggalkan kesan yang menggerunkan terhadap ramai pemimpin-pemimpin politik atasan yang berjiwa kecil dan banyak rekod salah laku, dan yang mungkin juga kurang dari segi kecerdasan. Akibatnya mereka masingmasing memilih jalan selamat, jalan tidak berkata-kata kerana mereka takut kena dikata oleh boss kalau salah berkata kata; Jadilah mereka orang yang tidak berani memberi pandangan balas kepada pandangan boss pada masa yang diperlukan diberi; Jadilah mereka yang mengia apa yang tidak patut diiakan dengan mudah pada waktu yang mereka patut bersuara. Rakyat Malaysia yang tertarik dengan kepimpinan yang hebat itu kerana ingin sangat kepada pembangunan sanggup lupa seketika tentang isu-isu pahit dan lain-lain bisul yang wujud dalam negara. Wawasan 2020 perlukan asas yang teguh, tidak seperti yang dinyanyikan, dan tidak juga melalui slogan songsang dan slogan kosong yang dicipta tahun demi tahun bagi perayaan hari kebangsaan. Ruginya, kepimpinan yang hebat satu ketika dahulu telah diselimuti oleh dendalu. Pokok yang tegak teguh itu dibinasa oleh manusia lemah di sekeliling yang hidup mati bergantung kepada naungan itu. Sayang seribu kali sayang memang pemimpin seperti itu sukar dicari. Idea dan cara bertindak telah dibinasakan oleh parasit. Yang bagus dan baik pada permulaan telah dimasamkan. Suasana riang ria bertukar menjadi muram. Raut muka yang jernih dan menawan bertukar menjadi sinis dan tidak menggalak senyuman dari orang lain. Bayangkan jika negara mempunyai di sekeliling beliau petugas-petugas yang faham benar cita-cita beliau, yang mempunyai integrity dan drive untuk mengurus secara bertanggungjawab kepada negara; berani bertukar-tukar pendapat dan membawa cadangan; bukan sahaja negara dapat cepat maju tetapi maju dengan selamat dan tidak didedah kepada segala macam angkara yang menjejak pengurusan yang tidak jujur dan tidak amanah terhadap harapan rakyat. Pandangan seperti ini bukanlah berupa rumah dah siap pahat baru memukul. Sebenarnya sudah bertahun-tahun suara-suara kecil dalam masyarakat sudah mengemukakan pandangan mengenai bahaya budaya membisu di kalangan pemimpin atasan. Sayangnya kepimpinan yang hebat seperti itu telah dirosakkan oleh segelintir kalangan pemimpin-pemimpin, pentadbir-pentadbir, dan usahawan-usahawan yang memilih jalan mudah bagi mencapai matlamat jangka pendek dan kepentingan pribadi

253

dengan mengabaikan keperluan tanggungjawab kepada kesejateraan negara dan keteguhan bangsa Melayu seluruhnya. Rakyat nampak perbuatan mengkhianati boss itu sebagai killing softly. Perangai pemimpin-pemimpin dan pegawai-pegawai di barisan hadapan adalah pathetic, lari dari apa yang diajar di sekolah-sekolah tentang moral, lari dari apa yang diajar dalam ilmu politik, dan lari dari apa yang diajar di management school atau business school. Penglibatan mereka dalam usaha pemupukan perpaduan dan integrasi negara berbilang kaum sukar dilihat; tetapi yang nampak jelas ialah perangai mereka menunggu bos bersuara. Selepas bos bersuara baru mereka bersuara seperti burung tiong mengulangi apa yang bos suarakan. Bolehkah Melayu berketuakan pelapis pelapis seperti itu? Pegawai-pegawai yang sepatutnya menjadi penasihat nampaknya mudah bertukar mengutamakan kepentingan peribadi dan lepas itu mudah pula bertukar menjadi pengampu dan sycophant. Siapakah yang merentang gambar bos yang terbesar di Dataran Merdeka? Siapakah yang berbaris mencium tangan bos di lapangan terbang? Siapakah yang membiarkan cadangan supaya kediaman resmi bos dibina begitu besar? Siapakah yang mengaturkan supaya diadakan rapat-rapat raksasa untuk bos melihat sambutan? Siapakah yang menulis buku mengenai bos untuk memikat hati supaya di terima balik setelah dibakulsampahkan? Perbuatan-perbuatan yang dibuat oleh mereka yang lemah tetapi yang berkepentingan diri telah menyumbang ke arah terjejasnya se orang insan dan pemimpin yang baik dan berpotensi untuk membawa Malaysia ka kejayaan yang lebih tinggi. Bukan tidak ada orang yang baik-baik dan berkelulusan tinggi yang berkhidmat di perinkat tinggi, tetapi orang baik-baik itu tinggal sebagai orang baik-baik tanpa memberi kesan kearah memberi manfaat kepada aspirasi Melayu Islam. Anak-anak Kelantan masih ingat dengan nostalgia zaman indah bila mana Perdana Menteri kita yang disanjungi ramai bergerak dengan bebas berjalan atau berkereta dengan wajah manis dan senyuman lebar dan jelingan mata yang mesera bersama rakyat tanpa kawalan ketat dan tanpa berselindung di balik cermin gelap dalam kereta. Zaman itu pemimpin bebas bergerak sebagai pemimpin rakyat bebas. Zaman itu Islam tidak diperlekehkan. Mungkinkah suasana bebas itu dihidupkan semula? Perpaduan negara dan kerjasama kaum dalam matlamat mewujudkan negara yang berdaya saing di pentas dunia perlu bermula dengan kerja kerja baik di

254

dalam negara sendiri. Di dalam sistem demokrasi tidak ada sebab kenapa istilah pembangkang dalam Parlimen tidak dapat diganti dengan istilah lain yang berdaya memupuk suasana di parlimen ke arah perbahasan dan perbincangan yang positif terhadap kebaikan negara dalam bentuk smart partnership. Perdana Menteri boleh meninggal satu legacy yang cukup bernilai dengan menggantikan istilah pembangkang dengan istilah lain dan menggalakkan kemunculan sikap menerima perbezaan pendapat setakat perbezaan pendapat dan tidak membiarkan perbezaan pendapat dari menjadi penggalak pecah-belah masyarakat di luar dewan di setiap pelusuk negara. Dalan enjakan paradigma seperti itu saudara tua dalam rumah Parlimenlah yang harus mengambil inisiatif mengadakan program yang dirancang rapi untuk dilaksanakan peringkat demi peringkat supaya tidak ada perkara negatif yang menghalang usaha nation building itu. Pengguguran istilah pembangkang akan banyak menolong meredakan perbalahan di kalangan rakyat. Parlimen akan dilihat sebagai sebuah rumah dalam mana ahli ahli yang elite dan bergeliga dari semua aliran politik bukan sahaja di izin berbeza pendapat dan pegangan politik, tetapi di ajak dan di gembelengkan tenaga dan fikiran dalam rangka kerjasama bagi keutuhan dan kemuliaan Parlimen demi keteguhan dan integrasi negara. Mereka yang selama ini di sisihkan dengan label pembangkang baik dalam Parlimen/ Dewan Undangan Negeri atau di luar Parlimen / Dewan Undangan Negeri atau pihak- pihak yang di label berbau pembangkang masih boleh bekerjasama dalam pelbagai kumpulan untuk keteguhan negara. Negara akan untung besar dalam menghadapi saingan dunia baru. Hak berbeza parti dan pendapat dan hak memilih perlu diamal dalam konteks mengelak bermusuhan sampai ke akar umbi tiap tiap pilihan raya. Ini memerlukann anjakan paradigma untuk balik ke pangkal jalan mengamal demokrasi dengan prinsip prinsip yang sehat seperti yang dipusakai dalam Perlembagaan. Hubungan interpersonal yang harmoni dan positif perlu digalakkan sesama ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Demi masa depan keteguhan negara yang perlu bersaing hebat dengan negara negara lain segala punca perbalahan dalam negeri perlu dihadkan ke paras minima. Ada kah ini Utopia? Bagaimana dengan negeri-negeri yang perbezaan politik dapat diurus secara baik yang dapat dijadikan contoh?

255

Tidakkah prospek seperti itu akan menggerak atau mencetus rasa ingin mencuba di kalangan pihak yang layak mengambil inisiatif? Bukankah dalam politik lawan boleh jadi kawan, dan hitam boleh jadi putih. Daya pemikiran elite politik negara dan cerdik pandai yang selama ini mampu menerbit fikiran yang bernas di luar Kerajaan bagi kepentingan keteguhan negara tidak patut lagi dirugikan dalam perbalahan politik mendapat undi. Parlimen tanpa istilah pembangkang akan jadi penggalak perpaduan negara. Perbezaan politik boleh dikenali dengan istilah lain yang tidak membawa unsur perbalahan. Di bawah senario yang dibayangkan peluang negarawan muncul menjadi negarawan dan berperanan sebagai negarawan besar mampu memberi erti yang jelas buat pertama kali kepada istilah Yang Berhormat. Bukan sahaja perpadun dan keteguhan kerjasama rakyat dalam negeri yang di perlukan bagi mengukuhkan daya saing negara di medan antarabangsa yang sekarang sangat kritikal. Cara negara kita menimbul pergeseran dengan negara negara lain dan institusi institusi penting di luar negara menampakkan saolah-olah badan-badan think tank mengenai strategi dan kajian antarabangsa tidak berfungsi. Dalam hubungan

antarabangsa dan dalam bidang usaha memaut hati masyarakat antarabangsa rakyat tidak terasa ada kebijaksanaan yang dimanfaatkan dari badan badan think tank yang wujud di negara ini. Apa telah jadi kepada ilmu pengtahuan yang terkumpul di situ. Jika apa yang dihadapi dan dibuat oleh negara pada hari ini adalah di antara lain dengan nasihat think tank nampaknya negara perlu segera overhaul badan-badan itu. Institusi-institusi seperti itu patut memberi manfaat kepada negara dengan meletakkan negara dalam keadaan selesa di medan masyarakat antarabangsa. Nama baik negara adalah pancaran sinar kerajaan dan pentadbiran yang baik. Alangkah baiknya jika suasana tahun 70an dan 80an dapat diwujudkan kembali. Bagi orang politik kemungkinan itu sentisa ada. Mahu kah pemimpin-pemimpin negara mengorbankan sedikit kepentingan diri demi keteguhan negara. Anak-anak Kelantan yang ada dalam kolam kecil ingin masuk ke dalam kolam besar yang selamat dan mempunyai prospek adil, makmur, aman damai, dan maju untuk orang-orang Melayu menikmati kedaulatan agama dan bangsa dalam tanah air tercinta MALAYSIA!! Pemimpin-pemimpin pelapis perlu berani membawa visi terkini untuk membina di atas visi lama. Yang takut membawa visi baru dan visi sendiri tidak layak berada di

256

barisan hadapan. Dunia berubah dengan cepat, dan oleh itu dasar juga perlu disesuaikan dengan masa. Cabaran dunia baru selepas perang Iraq memerlukan kepada nakhoda yang hebat dan berkeupayaan berfikir dan bertindak dalam dunia yang cepat berubah. Negara perlukan pemimpin yang dinamik, yang tidak kurang dari Perdana Menteri yang mahu bersara. Dari apa yang sudah menjadi pengtahuan umum watak dan ketokohan adalah menjadi kelayakan. Menteri. Memang patah tumbuh hilang berganti tetapi penggantian dalam zaman moden tidak harus mengakibatkan penggelusuran.

257

EPILOG

Kelantan - siapa berani cabar ialah satu introspeksi, satu visi, satu inquiry, satu harapan, dan satu penyataan yang mengajak pemimpin-pemimpin dan pentadbir di Kelantan melihat reality dalam kehidupan di Kelantan dalam keadaan dibiar dan didera yang menyebabkan anak-anak Kelantan yang mengharap kepada kemajuan terpaksa mengalamai kehidupan yang lebih mundur dari saudara-saudara di negeri-negeri lain. Kelantan yang umum kenal sifat majunya secara relatif pada hari Tanah Melayu mencapai kemerdekan sepatutnya sudah jauh ke hadapan berganding bahu dengan rakyat Malaysia yang sudah maju. Kelantan - siapa berani cabar membawa fokus kepada Kelantan terhadap pembangunandan membentangkansecara terbuka harapan rakyat kepada sesiapa saja yang mahu memerintah supaya Kelantan tidak lagi didera. Anak-anak Kelantan layak mendapat Kerajaan yang boleh membawa dan mahu membawa kemajuan dan pembangunan serentak dengan kemajuan zaman. Ia juga membuka medan untuk rakyat dan pemimpin duduk membincang dan membentuk apa yang baik untuk Kelantan demi kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Memang ada ruang yang luas untuk pemimpinpemimpin yang berbezabeza pegangan hidup dan politik untuk merealisasikan kepimpinan masing masing tetapi dalam berbuat demikian mereka diingatkan supaya tidak mengabaikan kemajuan dan pembangunan masyarakat dan negeri. Pemimpinpemimpin diingat dan diajak supaya bijak dan layak mewarisi Tanah Serendah Sa kebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang. Baik raja, baik pentadbir, baik orang politik , baik orang kenamaan, baik pemimpin-pemimpin persatuan dan dewan-dewan perniagaan, bahkan seluruh rakyat, semuanya diajak supaya secara sedar tidak membiar Kelantan didera dan supaya secara sedar juga menepis sebarang perbuatan yang mendera Kelantan. Anak-anak Kelantan diajak berbakti kepada tanah tumpah darah dengan masing-masing

258

memberi yang terbaik untuk mengangkat Kelantan dan meletakkannya di atas landasan pembangunan untuk dilancar supaya maju jaya dan aman damai dengan dirahmati Allah. Anak-anak Kelantan dan pemimpin-pemimpin Kelantan mesti meyakinkan semua pihak bahawa Kelantan adalah viable dengan mengambil langkah membuktikan bahawa Kelantan adalah viable; atau meminta pihak yang tahu menunjukkan bahawa Kelantan adalah viable. Dalam keadaan biasa hanya Kerajaanlah yang diharap untuk melaksanakan segala yang memang menjadi tanggungjawab Kerajaan pentadbiran, pengurusan, dan pembangunan. Tetapi Kelantan berada dalam keadaan luar biasa. Keadaan luar biasa memerlukan langkah luar biasa. Kelantan adalah dalam keadaan didera. Jika Kerajaan tidak mampu ada cara yang boleh menolong membebaskan Kelantan dari didera. Anak-anak Kelantan dan entiti-entiti bukan Kerajaan boleh menolong jika inisiatif diambil oleh Kerajaan untuk membuka pintu dan menggembleng segala tenaga yang mahu dan bersedia menolong Kelantan membangun. berkhidmat. Membiarkan Kelantan menjadi buah catur rebutan kuasa tanpa pembangunan ialah satu perebutan yang merugikan anak-anak Kelantan dan masyarakat Melayu am nya. Menjadikan Kelantan buah catur rebutan kuasa secara yang sentiasa membawa kemajuan dan pembangunan ke Kelantan sebagai cara memaut hati anak-anak Kelantan adalah cara yang terbaik untuk Kelantan. Anak-anak Kelantan dapat menduga bahawa tanpa cabaran yang kuat dan dengan susana di mana rakyat tidak banyak menyuarakan tuntutan terhadap kerajaan pentadbiran dan pengurusan boleh menjadi leka dengan kerja kerja penyenggaraan dan jenis jenis kerja pembangunan fisikal yang bercorak kerja kerja awam . Apa lagi jika kelekaan itu di dodoi oleh salah anggapan syok sendiri bahawa kerajaan disayangi oleh rakyat. Memang ramai rakyat yang kaseh tetapi ramai juga yang sanggup mengubah selera jika kerajaan tidak berkesan. Ketenangan yang wujud sekarang mungkin bertukar menjadi ketenangan sebelum ribut topan. Rakyat Kelantan yang ramai sudah lama terdedah kepada pengalaman dan maklumat mengenai corak dan faedah pembangunan yang wujud di tempat-tempat lain di dalam dan di luar negara tidak mungkin dapat berdiam lama dalam suasana tidak ada Ramai yang menunggu untuk

259

pembangunan; pembangunan dalam erti kata peningkatan daya usaha manusia mewujudkan perubahan ke arah cara hidup moden dengan kemudahan kemudahan yang berkaitan, dan kemajuan ekonomi dan sosial. Sebagai contoh apa bila Kerajaan Kelantan bertanya pembangunan bagaimana kah lagi yang dikehendaki setelah disenaraikan kerja kerja pembinaan jalan, sekolah, pasar, parit, tali air dan lain keja awam ia tidak pernah sebut tentang samaada ada atau tidak usaha merancang dan melaksanakan program yang sesuai untuk menggerakkan dan meningkatkan kegiatan ekonomi supaya lebeh rancak dan mengembang. Kerja kerja yang Kerajaan Kelantan sudah berpaus hati sekarang sebagai bukti kemajuan dan pembangunan adalah jenis kerja yang dibuat oleh penjajah dahulu yang tidak memberi perhatian berat kepada penyediaan tapak pembangunan yang lebeh meluas. Dilihat dari perspektif abad ke 21 kenyataan yang membayangkan rasa memadai dan puashati di bidang pembangunan di Kelantan pada hari ini nyatalah ketinggalan zaman dari segi harapan rakyat yang terpendam. Rakyat yang sudah pandai mengharap akan apa yang lebih baik dalam kehidupan hari hari tidak akan sanggup menunggu lama pokok yang tidak galak berbuah. Jangan terkejut jika rakyat Kelantan menolak kerajaan yang baik. Jangan marah dan salahkan rakyat Kelantan jika merka menolak slogan Membangun Bersama Islam, kerana jika rakyat menolak apa yang ada itu adalah tanda rakyat terus mencari apa yang selama ini dicari dalam kemerdekaan. Rakyat tidak menolak Islam kerana mereka sudah kuat pada Islam sebelum orang politik muncul dengan janji mereka. Tetapi rakyat mungkin tolak pemimpin-pemimpin yang tidak faham hakikat dan erti kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat sebagai satu gandingan yang memerlukan pengurusan yang dapat membawa kepada kesejahteraan di dunia dan kesejateraan di akhirat. Rakyat mungkin menolak kepimpinan yang tidak mahu bergerak walaupun sudah mandapat petunjuk untuk berbuat demikian. Masanya sudah sampai, bahkan lama sudah sampai supaya perhatian yang berat diberi kepada pengurusan negeri Kelantan oleh Kerajaan negeri dan semua pihak supaya trend negatif dalam pembangunan negara di mana Kelantan diabaikan segera diperbaiki demi kesihatan pembangunan negara seluruhnya. Negara akan pincang jika ada poket kemelesetan di Pantai Timur. termasuk Kelantan. Seeloknya semua negeri patut maju bersama-sama

260

Kelantan - siapa berani cabar, mendedahkan penderaan rakyat oleh pihak-pihak yang sepatutnya menjadi pembawa kemajuan. Raja, pemimpin, pentadbir, Kerajaan dan media dengan cara masing-masing lebih mementingkan matlamat sempit masing-masing sehingga melumpuhkan keupayaan masing-masing berfikir dan bertindak bagi kebaikan Kelantan. Selama 45 tahun Kelantan tidak mendapat kepimpinan yang benar-benar melihat kepada cara dan daya untuk memajukan negeri itu; masing-masing pihak yang memimpin dan yang mahu memimpin hanya nampak pada kuasa sahaja. Mereka tidak lihat pada tanggungjawab. Apabila dapat kuasa mereka salah gunakan kuasa atau tidak gunakan kuasa secara yang diharap dari Kerajaan yang bertanggungjawab. Juga tiap-tiap Kerajaan telah gagal memberi pimpinan dan bimbingan kepada anggota perkhidmatan awam negeri secara yang menimbulkan kebanggaan sebagai anggota jentera Kerajaan yang mahu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada negeri tumpah darah. Sebaliknya anggota-anggota perkhidmatan awam terutama yang bertugas dalam perkhidmatan Tadbir Negeri tidak meninggal tradisi disiplin profesional dan kecemerlangan dalam kerja mereka. Begitu juga hampanya wakil-wakil rakyat silam dalam bidang pembangunan Kelantan. Fokus, usaha, perjuangan, dedikasi kepada langkah-langkah teratur untuk mewujudkan tapak pembangunan di Kelantan sukar diketengahkan sebagai bukti jasa mereka. Kerja yang tidak diselesaikan dengan sempurna tidak boleh dijadikan alasan ada sumbangan. Yang menjadi mangsa kepada keadaan demikian ialah rakyat jelata Kelantan. Mereka sabar menanti, tetapi ditipu untuk mengharap kepada janji-janji palsu. Kelantan - siapa berani cabar bukan saja mendedah kepalsuan dan kelemahan pihak-pihak yang mendera Kelantan tetapi memberi ingatan dan petunjuk supaya apa yang selama ini lemah dapat diperbetulkan. Pembesar dan pemimpin-pemimpin Kelantan sekarang

berada dalam rumah kaca. Rakyat dapat melihat mereka dan menilai mereka dengan lebih objektif. Politik dan pentadbiran adalah dua aspek kehidupan yang membawa tanggungjawab yang berat yang hanya layak dipegang oleh orang yang berkemampuan tinggi. Politik tidak harus dilihat sebagai peluang cari makan atau makan gaji. Jawatan tidak harus diberi kepada yang tidak layak dan tidak bersedia. Yang bercita-cita

membentuk Kerajaan perlu bersedia untuk membentuk Kerajaan dengan persediaan yang

261

sempurna. Anak-anak Kelantan diajak ingat dan waspada bahawa niat membuat baik tidak memadai dengan memenangi pilihan raya. Mengisi tempoh memerintah dengan pentadbiran yang membawa kemajuan dan pembangunan adalah apa yang dikehendaki. Selama ini orang di luar Kerajaan adalah lebih berupaya dari yang berada dalam barisan exco jika dilihat dari apa yang dibuat dan apa yang tidak dibuat oleh mereka yang berkuasa. Rakyat Kelantan diajak meletakkan orang yang berupaya atau yang mencuba meningkatkan keupayaan mendaulatkan Islam melalui kejayaan pengurusan dan

pentadbiran negeri yang memberi kesejahteraan kepada rakyat dari segi ibadat dan muamalat. Pilihan bagi Kelantan membangun terbuka luas bagi mereka yang ingin mengusaha. Yang mencabar dan yang dicabar tidak lagi boleh berselindung dibalik tabir misteri masing-masing. Pemimpin tahu rakyat tahu apa yang mereka tidak mahu orang tahu. Pemimpin tahu rakyat tahu lawan mereka tahu apa yang mereka tidak mahu orang tahu. Medan Kelantan sekarang terbuka luas untuk mereka yang mencari keredaan Allah s.w.t. Yang tidak mahu kepada Islam diminta supaya cari makan dipadang lain. Anak-anak Kelantan diajak menilai mutu kepimpinan semua pihak yang menawar diri untuk memimpin masyarakat; dan menilai peranan raja, pegawai, Kerajaan dan pemimpin-pemimpin politik yang selama 45 tahun telah mengabaikan tanggungjawab membina asas pembangunan yang teguh bagi Kelantan. Hari ini Kelantan masih mundur bukan kerana rakyatnya lemah atau tiada punca kekayaan alam atau tiada kebolehan atau tiada kepandaian di kalangan masyarakat untuk berusaha. berpunca dari ketiadaan pengurusan yang berkesan. Kemunduran negeri itu

Pihak atasan tidak berusaha

bertindak untuk menjamin kemajuan dan pembangunan. Kerajaan tidak berusaha dan berikhtiar memecah kebuntuan sedangkan cara-cara menangani masalah yang dihadapi terbentang luas untuk dicuba dan dilaksanakan. Anak-anak Kelantan diajak bersiap sedia melangkah di alaf baru di bawah Kerajaan pro-aktif, yang diharap akan membuat keputusan-keputusan yang kritikal, yang pokok, yang strategik dan yang memberi nafas segar kepada janji Membangun Bersama Islam secara seimbang untuk kemajuan dan kesejahteraan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

262

Kelantan - siapa berani cabar, membuka medan untuk pemimpin-pemimpin mencari pengaruh di atas keinsafan tentang pengkhianatan yang telah dilakukan terhadap rakyat dan negeri selama ini. Jika rakyat hendak dipujuk rayu supaya menyokong untuk pemimpin dapat kuasa dan setelah dapat kuasa rakyat diabaikan seperti sudah-sudah itu adalah hak yang tidak dapat dinafikan di bawah sistem demokrasi. Kelantan hanya akan berubah jika rakyat mahu berubah. Anak-anak Kelantan mengajak pemimpin-pemimpin Kelantan supaya berani berdiri untuk kepentingan Kelantan, dan bersedia untuk bertindak secara bijaksana dan resourceful bagi memastikan Kelantan juga berlangkah serentak dengan negeri-negeri lain dari segi kemajuan dan pembangunan ekonomi. Rakyat Kelantan tidak parochial. Rakyat Kelantan mahu kepada integrasi nasional. Rakyat Kelantan mahu membangun bersama anak-anak negeri lain. Rakyat Kelantan mahu menyumbang kepada Malaysia jaya. Rakyat Kelantan sedia berkorban tetapi tidak rela dikorbankan dan tentu sekali jauh dari mengorbankan.

263

RAHSIA BINGKISAN

CADANGAN STRATEGY UNTUK UMNO MENAWAN KELANTAN Pendekatan kreatif dan inovatif sebagai satu cara untuk UMNO kembali menerajui Kerajaan Kelantan

STRATEGY yang dikemukakan ini merangkumi satu kaedah yang mengelak perlawanan dan perbalahan UMNO dengan PAS dalam perkara agama dan memindahkan perhatian peminpin pemimpin besar dan pemimpin-pemimpin kecil UMNO Kelantan terutamanya dari mayopia terhadap jalan yang terbentang bagi mereka mengambil kembali teraju Kerajaan Kelantan dengan cara menawan hati rakyat amnya kerana rakyatlah yang menentukan kedudukan melalui peti undi. Majority rakyat Kelantan yang beragama Islam marah kepada UMNO kerana perbuatan UNMO yang memandang rengan kepada Islam yang mereka sanjung. Walaupun mereka bukan ahli PAS atau penyokong kuat PAS mereka tidak akan mudah memehak kepada UMNO yang memperlekehkan Islam. Orang Melayu Kelantan kuat berpegang kepada Islam sebelum kemunculan PAS lagi. Kemunculan PAS tambah memperkuatkan lagi perjuangan mendaulatkan Islam dalam kehidupan hari hari. Umno Kelantan perlu wajah baru jika ia mahu menawan Kelantan.

STRATEGY ini diasaskan pada andaian bahawa:

Rakyat Kelantan rata rata mahu kepada Islam. Cara hidup mereka, aspirasi mereka dari muda untuk menunaikan fardhu haji, tabungan mereka dengan Tabung Haji, kehadhiran mereka di majlis-majlis ilmu, kerajinan dan kehadhiran mereka di masjid masjid dan disurau surau, keperihatinan mereka terhadap perkara halal-haram dan

264

keseluruhan budaya Islam Kelantan yang berkisar di sekitar life crisis seperti kelahiran, keremajaan, sakit demam, kematian dsbnya memaut sebahagian besar rakyat Kelantan kapada nilai nilai Islam untuk mencari keredhaan Allah. Walaupun ada rakyat Kelantan yang memandang rengan ajaran Islam, itu jangan sekali-kali dijadikan petunjuk bagi kemahuan orang Kelantan amnya. Orang Kelantan melihat perkara itu dengan penuh tanda tanya kenapa pimpinan UMNO membiarkannya. Jika itu dijadikan asas bertindak oleh pemimpin-pemimpin dan aktivis aktivis liar untuk memperlekehkan usaha suci PAS tidak mungkin rakyat majority akan mudah memehak kapada yang jahil. Pemimpin-pemimpin UMNO yang cuba menjatuhkan PAS dengan

memperlekehkan apa yang PAS buat untuk menjunjung perintah Allah mungkin mendapat publisiti dan sokongan dari yang jahil dan yang kafir di luar Kelantan tetapi majority rakyat Kelantan yang mahu kepada Islam termasuk orang-orang UMNO sendiri melihat perbuatan memperlekehkan suruhan Allah sebagai perbuatan yang tidak patut dan perbuatan yang tidak dapat menyelamatkan mereka di akhirat nanti. Jika majority rakyat Kelantan mahu kepada Islam alangkah selarinya jika UMNO Kelantan juga mahukan kepada Islam. Islam adalah kunci kepada hati rakyat.

PROGRAM DAN TINDAKAN

1. UMNO tidak perlu bersusah payah mencari jalan terutama jalan yang kurang demokratik dan cara zalim atau guna banyak wang ringgit untuk ditabur bagi menumbangkan PAS untuk mendapat tempat menerajui Kerajaan Kelantan. Umno tidak usah cari jalan dan bertindak liar untuk menjatuhkan PAS seperti yang tidak henti-henti diusahakan. UMNO tidak perlu buang masa yang banyak untuk melenyapkan PAS sebagai satu parti politic seolah-olah menumbangkan PAS sebagai satu pergerakan di Kelantan akan membuka jalan. Cara dan kaedah yang dipakai selama ini adalah warisan dari cara cold war bila mana pemimpin-pemimpn besar tertentu telah ditugaskan satu lepas satu untuk menundukkan Kelantan dengan cara yang tidak mesra terhadap rakyat. Approach itu dipakai hingga hari ini dengan menimbulkan rasa tidak senang

265

dengan UMNO di kalangan rakyat termasuk ramai rakyat yang tidak menjadi ahli manamana parti. Pebuatan UMNO bertitik bengek dengan PAS adalah sia-sia kerana ilmu pengtahuan Islam, kebijaksanaan, dan ketaqwaan pemimpin-pemimpin PAS di Kelantan adalah jauh lebih tinggi dan berdaya kesan dari pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan sendiri. Seperti yang pernah dinasihatkan oleh Tun Ghaffar orang UMNO sepatutnya mengelakkan diri dari berhadapan dengan PAS dalam isu agama. Mengikut strategy yang dicadangkan ini orang UMNO wajah baru tidak lagi perlu bercanggah dalam hal agama. Islam bagi dua dua parti itu adalah sama. Yang haram adalah haram. Judi adalah haram. Minuman keras adalah haram. Riba adalah haram. Segala yang mungkar perlu ditinggalkan dan segala perintah Allah perlu diikut. Bagi ramai ahli UMNO sendiri perkara halal haram adalah selama ini menjadi pegangan peribadi yang terpaksa

dipendamkan kerana takut melawan arus dalam parti. Dengan turunnya nikmat dan rahmat yang membuka hati Dr. Mahathir membuat pendirian yang sehat mengenai Islam di Negara ini orang orang UMNO yang terpaksa membendung sentiman ke Islaman selama ini akan mudah muncul untuk berperanan menghilangkan imej UMNO tidak mahu kepada Islam". Jika dilaksanakan reformasi dengan baik imej UMNO dengan mudah dapat dinaikkan sebagai mesra rakyat. Kejayaan UMNO mendekati rakyat secara tidak pilih bulu nanti akan banyak membawa goodwill dan bonus kapada UMNO. 2. UMNO perlu mendekatkan dan memesrakan diri dengan rakyat jelata Kelantan dengan membuktikan bahawa UMNO hari ini adalah bersama mereka dalam mencari keredhaan Allah. Dan oleh kerana rakyat Kelantan rata-rata mahu kepada Islam maka inilah masanya pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan boleh menjadi penyambung lidah Presiden dengan membawa kepada rakyat huraian tentang apa yang dimaksudkan dengan Negara Islam dan apa yang dimaksudkan dengan Islam fundamentalis yang telah diisytiharkan oleh Presiden. UMNO Kelantan boleh menyediakan program dan Islam kembali sebagai satu dari tiga mata

memulakan transformasi menjadikan

serampang perjuangan UMNO silam ia itu Agama, Bangsa, dan Tanah air. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Presiden UMNO tiga tahun dulu apabila beliau meminta ahli-ahli UMNO balik kepangkal jalan untuk memahami dan memperbetulkan perjuangan. Pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan dan ahli-ahli akar umbi perlu menimbulkan satu gelombang menyahut perisytiharan Presiden itu dengan membuktikan

266

UMNO wajah baru memang mahu kepada Islam, memang bertaqwa sebenar benar taqwa kepada Allah dengan menurut segala perintahNya dan meniggal segala laranganNya, memang bersama dengan jiwa orang orang Kelantan untuk mencari keredhaan Allah di dunia dan di akhirat. UMNO wajah baru di Kelantan perlu membawa diri sebagai yang berpegang kepada aqidah dan menjadi suara lantang untuk mengisi kekosongan sebagai juara untuk memajukan ilmu dan teknologi mengikut petunjuk Al Quran dan Hadis seperti yang diwahyukan dalam Iqrak dan seruan junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. 3. Pemimpin-pemimpin UMNO wajah baru di Kelantan harus berupaya

mengembling orang orang alim dan tok tok guru ( bukan ulama upahan ) untuk turun ke padang bersama mereka dengan hati terbuka menyebarkan berita baik tentang UMNO yang mahu kepada Islam fundamentalis seperti semua orang mahu, ia itu menjadikan Al Quran dan Hadis sebagai asas hidup. Program turun ke bawah bertemu rakyat mesti digerak dengan jelas bukan untuk menggempur PAS tetapi mendekati rakyat

dengan tidak menyentuh PAS, dan dengan tidak bertujun mencari balah. Bahkan jika timbul soalan mengenai halal haram UMNO wajah baru hendaklah bijak

mengambil peluang demikian untuk memehak kepada yang diperintah oleh Allah. UMNO wajah baru juga mesti mempunyai confidence untuk membuka masjid dan surau seperti mana sepatutnya untuk masyarakat Islam menggunanya ke jalan yang diredhai Allah.Dengan demikian UMNO akan tidak lagi dilihat sebagai penyekat dan penghalang bagi semua orang Islam menggunakan masjid dan surau tanpa syarat. UMNO harus junjung Islam dan menerimanya dengan terbuka dengan ikhlas sambil mempastikan supaya individu dalam UMNO yang tidak gemar kepada Islam tidak dijadi pembawa obornya. Orang-orang UMNO yang selama ini mengganas terhadap Islam perlu direhabilitate dahulu sebelum diberi peranan dalam masyarakat. 4. Rakyat Kelantan tidak dapat terima dengan mudah penggunaan cara yang keras dan kasar. Juga rakyat Kelantan tidak suka kepada pihak-pihak yang megenepikan pendapat Mufti untuk membuat sesuatu yang bercanggah dengan ajaran agama sambil mendabek dada sanggup menanggung dosa orang-orang yang terlibat dengan perbuatan yang ditegah.Rakyat lebeh suka kepada cara yang mengelak daripada memperlekehkan Islam yang biasa diguna oleh orang-orang UMNO bila mereka tidak

267

dapat berdepan dengan PAS dengan program atau hujah yang lebeh baik. Dimasa sudahsudah orang UMNO mudah mengambil langkah yang tidak bijak dengan tutur kata dan perbuatan yang hilang hurmat kepada ugama suci Islam dengan memperlekehkan

langkah langkah yang diambil oleh PAS untuk menghapuskan kemungkaran dan menggalakkan yang makruf dalam masyarakat. Pendekatan yang dicadangkan ini juga mengajak pemimpin-pemimpin Melayu Kelantan dalam UMNO supaya berjiwa besar untuk tampil ditengah masyarakat Kelantan untuk berjuang bagi kepentingan Kelantan dengan memajukan Kelantan melalui pembangunan ekonomi yang bersesuaian dengan ajaran Islam. Perusahaan oil dan gas, penyaluran industri, dan kegiatan kegiatan lain kearah pembangunan ekonomi Kelantan akan dilihat oleh rakyat Kelantan sebagai bukti perjuangan untuk Kelantan. Kelantan dahagakan pemimpin sedemikian. Dibawah strategy yang tidak mesera rakyat rakyat Kelantan telah kecewa dengan ketiadaan suara yang berhujah dengan baik dan berani untuk meminta supaya minyak dan gas didaratkan di Kelantan. Tidak ada yang dibaca dan didengar tentang perjuangan membawa oil dan gas dan industri industri lain ke Kelantan oleh tokoh-tokoh yang berebut hendak pimpin Kelantan. Bagaimanakah rakyat Kelantan boleh terima mereka sebagai wira Kelantan jika mereka tidak pernah bersusra untuk mendapat kesempatan yang begitu baik bagi memajukan tanah tumpah darah.sendiri. Demikianlah keadaan lama. Dengan imej baru yang dicadangkan ini peluang untuk UMNO Kelantan memikat hati sanubari rakyat jelata yang mahu kepada Islam dan marah kepada yang memperkecilkan ajaran Islam akan tidak mustahil berjaya. UMNO imej baru mesti pastikan akar umbinya tidak akan mudah dipimpin oleh pemimpin yang tidak berilmu dan tidak bertaqwa. Jalan untuk UMNO Kelantan masuk ke hati rakyat dengan wajah baru adalah banyak. Jalan itu hendaklah kreatif dan innovatif dalam kemampuan diwujudkan oleh minda yang berseh dan jelas objektifnya. 5. Pendek kata yang dicadangkan ini juga mengajak pemimpin-pemimpin

Melayu Kelantan dalam UMNO supaya berjiwa besar untuk tampil di tengah masyarakat Kelantan untuk berjuang bagi kepentingan Kelantan dengan memajukan Kelantan melalui pembangunan ekonomi yang bersesuaian dengan ajaran Islam. Perushaan oil a dan gas, penyaluran industri, dan kegiatan-kegiatan lain kea rah pembangunan ekonomi Kelantan akan dilihat oleh rakyat Kelantan sebagai bukti perjuangan untuk Kelantan.

268

Kelantan dahagakan pemimpin sedemikian. Di bawah strategi yang tidak mesera rakyat rakyat Kelantan telah kecewa dengan ketiadaan suara yang berhujah dengan baik dan berani untuk meminta supaya minyak dan gas didaratkan di Kelantan atau Lebuh Raya Pantai Timur disambung ke Kelantan. Tidak ada yang dibaca dan didengar tentang perjuangan membawa oli dan gas dan industri-industri lain ke Kelantan oleh tokoh-tokoh yang berebut hendak pimpin Kelantan. Bagaimanakah rakyat Kelantan boleh menerima mereka sebagai wira Kelantan jika mereka tidak pernah bersuara untuk mendapat kesempatan yangbegitu baik bagi memajukan tanah tumpah darah sendiri? Demikianlah keadaan lama. Deangan imej baru yang dicadangkan ini peluang untuk UMNO Kelantan memikat hati sanubari rakyat jelata yang mahu kepada Islam dan marah kepada yang memperkecilkan ajaran Islam akan tidak mustahil berjaya. UMNO imej baru mesti pastikan akar umbinya tidak akan mudah dipimpin oleh pemimpin yang tidak berilmu dan tidak bertaqwa. 6.Jalan untuk UMNO Kelantan masuk ke hati rakyat dengan wajah baru adalah banyak. Jalan itu hendaklah kreatif, inovatif, dan berkemampuan, dan diwujudkan oleh minda yang bersih dan jelas objektifnya. 7 Strategy yang dicadangkan ini ialah untuk membolehkan UMNO keluar dari kebuntuan dan hilang punca di Kelantan. Ia membuka kesempatan untuk UMNO Kelantan melangkah memain perana yang positif sebagai pemimpin Islam yang berkesan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Kelantan. Pentas Islam di Kelantan dimonopoly oleh PAS kerana UMNO telah lupa kapada perjuangan asal untuk menegakkan agama, bangsa, dan tanah air. Jika UMNO imej baru sanggup memain peranan sama komited terhadap melaksanakan suruhan Allah dan Rasul seperti mana yang dikehendaki dilakukan oleh setiap orang Islam maka itu adalah satu penawar yang cukup baik untuk menyejuk kemarahan rakyat Kelantan kepada UMNO yang zalim. Perubahan sikap dan approach UMNO di Kelantan perlu dilakukan dalam konteks menyambut perisytiharan Presiden bahawa Malaysia adalah Negara Islam dan Islam yang diamalkan ialah yang fundamantalis. Dengan benar benar berpegang kepada Al Quran dan Hadis UMNO akan dilihat oleh rakyat sebagai parti yang boleh diharap menjadi payung kepada orang Melayu dan orang Islam,.dan dengan cara itu dapat menghilangkan konflik yang

berpusat kapada isu agama; iaitu pihak yang memperjuangkan agama dan pihak yang

269

memperlekehkan agama. Dengan hilangnya isu agama sebagai asas pemilihan wakil rakyat maka politik akan berkisar kepada memilih pihak yang beriman dan berilmu yang berupaya dan berkebolehan mentadbir negeri dan Negara dengan sentiasa tidak lupa mecari keredhaan Allah. UMNO Kelantan mesti bersedia memakai label UMNO Islam dengan bangga dibawah prinsip flexibiliti yang diamalkan oleh UMNO selama ini untuk accommodate keperluan setempat seperti membenarkan mesyuarat dalam bahasa Tamil, menerima ahli dari kaum Siam, Kadazan dan lain. Dalam hal ini UMNO Islam bagi Kelantan memang tidak janggal. It will work magic. Orang UMNO yang berfikiran strategic patut beri perhatian berat kepada isu ini dan menyusulinya secara positif. Mewujudkan wajah baru dan menggambil label Islam kerana mencari keredhaan Allah dalam memimpin Melayu Kelantan adalah perbuatan yang baik. 8. UMNO harus dengan tulus ikhlas mulai menerima dengan terbuka langkah langkah pembangunan insan dan penerapan perintah perintah Allah dalam kehidupan masayrakat Islam di Kelantan yang telah dilaksanakan oleh PAS selama ini. Sambil itu ia harus bersuara untuk mempastikan supaya aspek aspek perlaksanaan pentadbiran Islam yang tidak kemas ditegur secara membina untuk diperkemaskan bukan dengan cara politicking tetapi secara berwibawa dan tersusun misalnya melalui Dewan Perundangan Negeri secara berhemah tinggi dari orang Islam yang mahu melihat pentadbiran Islam itu baik untuk Muslim dan dipandang mulia oleh orang bukan-Islam. Jika orang orang UMNO sudah dapat membeza perbuatan perbuatan yang tidak sesuai dengan watak orang Islam yang baik maka lebih lebih lagilah orang orang UMNO wajah baru di Kelantan mesti mendisiplinkan diri supaya tidak terjerumus kedalam kategori yang tidak disukai oleh rakyat Kelantan. 9. Masa akan menentukan kejayaan jika peluang yang digariskan di atas diterima dan dipakai. Tanpa penerimaan hakikat bahawa orang Kelantan mahu kepada Islam masa depan UMNO sebagai parti pilihan di Kelantan tidak akan ditentukan oleh popular votes.

270

Kulit Belakang

KELANTAN - siapa berani cabar mengajak anak-anak Kelantan dan seluruh masyarakat dalam negara dan di luar negara memberi perhatian kepada Kelantan dan menggerakkan kegiatan dan kehidupan ke arah kegemilangan yang menanti. Amat tidak masuk akal jika Kelantan tidak ditadbir dan dimajukan secara pintar dan bijaksana sedangkan anak-anak Kelantan tidak kurang terkenal dengan kebolehan, kemahiran, dan kepakaran dalam bidang perniagaan, perdagangan, dan industri serta di bidang pentadbiran, profesional, dan pengurusan korporat. Setiap anak Kelantan diajak

menyumbang ke arah transformasi yang benar-benar boleh mencerminkan usaha ke arah kesejahteraan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Adakan perbincangan, adakan

muhasabah, dan bertindak supaya yang lembap, lemah dan tidak berfungsi dapat dibaik pulih demi kebaikan prestasi pembangunan negeri. Juga supaya yang selama ini

mendera anak-anak Kelantan tanpa sebab yang munasabah yang kukuh dapat dilembutkan hati-hati mereka dan dapat membuka pintu hati mereka untuk melihat kepada sudut yang positif kepada Kelantan yang sepatutnya cergas membangun dari segi integrasi dan kemakmuran negara. Kelantan boleh!

271

Anda mungkin juga menyukai