Anda di halaman 1dari 52

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Oleh : SAHRUDIN BIN SAMSUDDIN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR ( KUIS )
1

MUQADDIMAH

Kematian adalah satu kepastian bagi makhluk yang bernyawa. Redha ataupun tidak, bersedia atau sebaliknya ia pasti akan kita hadapi. Ibrahim Adham (seorang wali Allah) ketika ditanya Apakah yang paling hampir kepadanya? lalu beliau menjawab ialah kematian. Namun apabila berlaku kematian hanya segelintir manusia yang mahu mengambil pengiktibaran daripadanya

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH


Objektif Melahirkan seorang dalam setiap keluarga yang boleh mengendalikan jenazah. Menyelaras dan menyediakan satu garis panduan cara-cara pengurusan jenazah mengikut Agama Islam diseluruh Negeri Selangor. Menghindarkan amalan-amalan khurafat dan Bidah berkaitan pengurusan jenazah.

Melawat Orang Yang Sakit Dan Hikmahnya


Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah : 1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah. 2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah. 3. Allah ingin mengampunkan dosa yang telah kita lakukan samada secara sedar atau sebaliknya.
4

4.

Kita hendaklah bersabar dan redha di atas dugaan yang Allah berikan dan berusahalah untuk menyembuhkannya. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.

5. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud : 'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudian daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.

6. Islam menuntut umatnya untuk menziarahi seseorang yang ditimpa musibah, walaupun ianya terdiri daripada kalangan yang berlainan agama.
5

DEFINISI MATI

Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati. Maksud Firman Allah s.w.t : "Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat. ( Surah Ali Imran ayat 185 ) Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada. Maksud Firman Allah s.w.t : "Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh." (Surah an-Nisaa' ayat 78)
6

HUKUM MENGINGATI MATI

Islam menganjurkan umatnya (sunat) supaya mengingati saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya. Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita ingin mati, kerana bercita-cita ingin mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.

Memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharuskan, seperti ungkapan doanya:"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan 7 matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"

Kriteria Seorang Pengurusan Jenazah


1. 2. 3. 4. Sifat berani. Sabar. Amanah. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang mencukupi.
8

Susunan Pengurusan Jenazah

Seorang suami boleh memandikan isterinya begitu juga sebaliknya. Rasulullah s.a.w pernah berkata kepada isterinya Aisyah bahawa sekiranya Aisyah yang wafat terlebih dahulu maka Banginda sendiri yang akan memandikan jenazah isterinya. Saidina Ali K.W telah memandikan jenazah isterinya Siti Fatimah.
9

Carta Keutamaan ( Afdhal ) Ahli Waris Yang Utama Menguruskan Jenazah

Suami ( Si Mati )

1
Isteri dan anak-anak Lelaki dan anak perempuan

2
Adik beradik suami yang perempuan

3
Ibu @ Bapa Saudara si mati

4
Adik beradik Isteri yang lelaki

5
Orang awam ( Nazir,Imam, bilal dan lain-lain )

10

BADI / SAWAN MAYAT

Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini telah dikembarkan dengan Qarin. Ia merupakan makhluk ciptaan Allah daripada kalangan jin. Nabi Muhammad S.A.W telah dikembarkan dengan perkara yang sama, namun demikian ketika pembedahan yang dilakukan oleh Malaikat Jibril Qarin tersebut telah dibuang/dipisahkan daripada tubuh badan Baginda. Bagi kita sebagai menusia biasa, Qarin tersebut akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan cuba menyesatkan manusia. Apabila seseorang itu meninggal dunia Qarin tersebut bertukar menjadi hantu mayat, ianya dikenali sebagai badi atau sawan mayat dan berfungsi selama 40 hari. Selepas itu seandainya ada sebarang gangguan atau jelmaan, ianya berkemungkinan sebahagian ilmu hitam yang dituntut oleh si mati ketika hayatnya di dunia.
11

Doa Untuk Menghindar Dari Badi Mayat

12

KESAN DARI TARBIYAH KURSUS

Adalah diharapkan semoga setiap peserta kursus atau ahli waris dapat tampil bagi menguruskan jenazah terutama apabila berlaku kematian ke atas keluarganya sendiri. Telah menjadi tradisi dalam masyarakat kita apabila berlaku sesuatu kematian ianya diurus atau diserahkan kepada imam, nazir atau badan khairat kematian yang berkemahiran dan berkemampuan. Amalan ini perlu diperbetulkan semula mengikut lunas-lunas ajaran Islam yang sebenar.
13

KHIDMAT DAN PENGHORMATAN TERAKHIR

Setiap manusia telah melalui proses kehidupan dari zaman bayi hingga dewasa. Ketika bayi atau kanak-kanak segala urusan kehidupannya makan dan minum suci daripada najis, berpakaian menutup aurat, sakit demam dan sebagainya semuanya ini telah diuruskan oleh kedua ibu bapanya dengan penuh ketabahan tanpa mengenal jemu atau keletihan terhadap semua anak-anak di bawah tanggungannya.

Tetapi apabila tiba giliran ibu bapanya meninggal dunia siapakah yang akan menguruskannya, memandikan, mengapankan, menyembahyangkan, membawa jenazah hingga ke tanah perkuburan serta mengkebumikannya? Dimanakah kewibawaan anak-anak serta tanggungjawabnya?
Sebagai ibu bapa pernahkan anda berwasiat atau berpesan kepada anak-anaknya apabila dirinya mati kelak jenazahnya hendaklah diuruskan oleh anak-anaknya atau waris yang terdekat. Kenapa tidak?....
14

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARIS TERDEKAT


A) DISAAT KEMATIAN ( Ketika Nazak )
1. Membersihkan dan mengemaskan badan pesakit barang kemas- gigi palsu-potong kuku dll. 2. Ajarkan kalimah syahadah ditelinga kanannya. 3. Hadapkan mukanya ke arah qiblat dengan kakinya dilunjurkan ke arah qiblat 4. Titiskan air ke dalam mulut pesakit. 5. Peranan keluarga dalam mengiringi pesakit dengan bacaan Al-Quran

15

B)
1.

SETELAH MENINGGAL DUNIA


Selimutkan dengan kain yang bersih dan letakkan di tempat yang tinggi.
Tanggalkan pakaiannya. Istinjak ( sucikan daripada najis ) Senamkan sendi tangan dan kakinya menggunakan minyak atau seumpamanya (sunat dilakukan sebanyak 3 kali,setelah meninggal, sebelum dimandikan dan sebelum dikapankan) Rapatkan kedua belah matanya, ikat bahagian dagu dan pergelangan kaki dan qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang dan dibengkungkan bahagian perutnya untuk mengelakkan daripada kembung. Hubungi pegawai masjid atau surau dan khairat kematian (mohon bantuan pengurusan) Buat laporan polis Uruskan pembelian kain kapan, peralatan mandi / tempat mandi, papan keranda (mengikut keadaan atau keperluan setempat) Hubungi kereta jenazah dan penggali kubur.
16

2. 3. 4.

5.

6.

7. 8.

9.

C) PEMBELIAN ALAT KELENGKAPAN KAPAN 1. 15 meter kain putih (bidang 60 inci ) untuk orang dewasa mengikut keperluan jenazah. 2. 3 bantal kapas atau 2 potong kapas yang berukuran lebar 3. 3 bungkus serbuk kapur barus / 1 botol losyen kapur barus. 4. 1 botol air mawar (mengikut keperluan) 5. 3 bungkus serbuk kayu cendana 6. 1 botol minyak wangi 7. 5 utas tali pengikat 8. Serbuk tanah untuk tayamum bagi mayat yang uzur atau kanak-kanak lelaki yang belum berkhatan.
17

SAMB

9. 10. 11. 12. 13. 14.


1 botol body syampoo / mandian buih (250 ml) Span mandi secukupnya Gayung / getah paip Kayu penyugi / berus gigi Sarung tangan getah / plastik (digunakan untuk semua jenazah umum, kritikal dan HIV / AIDS. Lain-lain keperluan mengikut keadaan jenazah
Jug untuk mengisi air Limau nipis atau seumpamanya jika perlu Batu nisan Apa-apa jenis pewangi / spray / bakaran (untuk persekitaran) Sehelai tikar berukuran sederhana

18

D) MEMOTONG KAIN KAPAN


1. 2. Ukur panjang jenazah dan lebihkan 2 kaki Potong kain sama panjang sebanyak 4 helai

3 helai kain kapan 1 helai kain mandi Sehelai jubah dan serban untuk lelaki atau telekung untuk perempuan (boleh ditambah kain sebagai pakaian )

3. 4.

Sarung tangan kain untuk istinjak 3 potong kapas mengikut ukuran jenazah

2 potong diletakkan pada belakang badan jenazah 1 potong pada atas dada jenazah 3 potong kapas berukuran 2 kaki setiap satu

Diletakkan pada bahu kanan hingga ke hujung jari Diletakkan pada bahu kiri hingga ke hujung jari Lilitan pada kepala Atau

5.
Atau 6.

Potong 4 keratan kapas mengikut ukuran badan jenazah dan susunkan kapas tersebut secara melintang dari bahu hingga ke kaki jenazah

2 helai kapas berukuran 2 kaki x 7 kaki diletakkan dibawah dan diatas tubuh jenazah.
19

E) PERALATAN KELENGKAPAN MANDI


1. Tempat khas memandikan jenazah 2. Besen / baldi untuk takungan air yang secukupnya (jika perlu) 3. Getah paip / gayung 4. 1 botol body shampoo / mandian buih 5. Sarung tangan getah dan kain untuk meruang 6. Serbuk kayu cendana 7. Span mandi 8. Serbuk kapur barus 9. Kapas gulung mengikut keperluan 10. Gunting 11. Pewangi spray / bakaran mengikut keperluan 12. Apron 13. Tuala mandi 14. Kain batik lepas yang mencukupi *** Tempat memandikan jenazah hendaklah tertutup, hanya wariswaris yang terdekat sahaja dibenarkan berada di dalam bilik / tempat tersebut.
20

JENAZAH HIV / AIDS

Pengurusan jenazah HIV / AIDS adalah tanggungjawab keluarga si mati sebagaimana juga fardhu kifayah dari hukum syarak. Pihak hospital atau klinik kesihatan kerajaan tidak menyediakan perkhidmatan jurumandi.
21

Peralatan Mandi Jenazah HIV / AIDS


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Baju khas atau apron plastik (kalis air) untuk dipakai oleh semua petugas Sarung tangan getah / plastik sebaik-baiknya 2 lapis Penutup mulut dan pelindung mata Kasut boot getah yang panjang Penyepit @ alatan yang berfungsi sebagai pemegang kapas Gunting Kapas gulung Bahan peluntur seperti klorox (nisbah 1:9) iaitu 1 bahagian bahan peluntur dibancuh dengan 9 bahagian air mutlak

22

Sunat Membaca Doa Sepanjang Pengurusan Jenazah

23

Mandi Jenazah Biasa / Normal


1.

Senamkan sendi tangan dan kakinya Siram dengan air mutlak sehingga rata keseluruh anggota Bersihkan jari / kuku tangan dan kaki, kedua cuping telinga, lubang hidung, sugi giginya dan sunat disikat rambut dan janggutnya dengan NIAT mengistinjakkan jenazah Sahaja aku mengistinjakkan mayat ini kerana Allah Taala. Duduk / sandarkan jenazah 10 -15 darjah. Tekan bahagian kiri perutnya dengan tangan kanan dan instinjak bahagian punggung dan kemaluannya dengan tangan kiri yang berbalut (angkat dan renggangkan kaki kiri / kangkangkan sedikit kedua belah kakinya). Wudukkan jenazah (di awal dan di akhir). Sahaja aku mengwudukan mayat ini kerana Allah Taala Siram dengan air mutlak dan gosok bahagian atas badannya dengan menggunakan span mandi dan body syampoo dari kepala hingga ke kaki.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Siram dan gosok bahagian rusuk kanan dan diikuti rusuk kiri.

24

8.

Mengiringkan badannya dengan rusuk kanan ke atas, siram dan gosok ke seluruhannya dan diikuti rusuk sebelah kiri
Terlentangkan badannya dan siram dengan air mutlak (bilas). Sunat di ulangi 3 kali berturut-turut ke atas jenazah tersebut. Siram 3 kali dari kepala hingga ke kaki dengan air mutlak yang bercampur air kapur barus dan kayu cendana (air sembilan) atau gunakan spray/lotion kapur barus setelah jenazah dilap. Salinkan kain mandi dan lap hingga kering. Pakaikan lampin ( jika perlu ) lapiskan plastik lut sinar (jika perlu) Pengendali jenazah ( bagi semua keadaan ) disunatkan mandi selepas menguruskannya.
25

9.

10.

11.

12. 13. 14.

***

Mandi Jenazah HIV / AIDS


1.

Sediakan bancuhan peluntur (klorox) dengan air mutlak nisbah 1:9 di dalam bekas yang mencukupi dan disiramkan ke seluruh tubuh jenazah.
Lakukan langkah seterusnya seperti jenazah biasa dengan menggunakan penyepit khas dan kapas. Bilas dengan air bercampur bahan peluntur. Tutupkan semua rongga seperti mulut, telinga, hidung, bahagian pungggung dan kemaluan dengan menggunakan kapas yang di basahi dengan air campuran bahan peluntur. Bersihkan tempat mandi dan peralatan yang masih boleh digunakan dengan air panas mendidih atau dengan air mutlak yang bercampur bahan peluntur. *** Bahan-bahan pakai buang hendaklah dimasukkan ke dalam poly bag untuk pelupusan.
26

2.

3. 4.

5.

6.

Mandi dan Mengkapankan Jenazah Reput / Hancur (Kritikal)


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Bentangkan sehelai kain putih / jaring khas dan masukkan cebisan daging / tulang ke atas kain yang di pegang setiap penjuru. Siram dengan air mutlak. Wuduk dan mandikan jenazah hanya dengan niat seandainya bermasalah. Siram dengan air mutlak bercampur dengan body syampoo sehingga di yakini bersih dan suci. Cantumkan semua penjuru kain dan lipat dengan sempurna. Bentangkan 3 helai kain kapan, sehelai plastik lutsinar dan kapas di atasnya serta ditaburkan serbuk kayu cendana dan kapur barus. Letakkan jenazah tersebut di atas plastik dan kapankan dengan sempurna .

27

Mengkapankan Jenazah Biasa / Normal


1.

Bentangkan 3 helai kain kapan.


Bentangkan jubah dan serban untuk lelaki ,telekong dan baju untuk perempuan. Bentangkan kapas yang panjang mengikut ukuran jenazah dan taburkan serbuk kayu cendana, kapur barus di atas kapas tersebut. Letakkan jenazah di atas kapas yang disediakan dan disolek.

2. 3. 4. 5. 6. 7.

Bentangkan satu potong kapas yang panjang di atas dada jenazah daripada leher hingga ke kaki ( seandainya kapas itu membujur ). Letakkan 3 potong kapas yang pendek pada bahu kanan, bahu kiri dan lilitan pada kepala kemudian pakaikan serban bagi lelaki / serkup kepala bagi perempuan. Sembur /renjiskan pewangi. Lipatkan jubah / telekung / kain kapan pada tubuh jenazah dimulai dari sebelah kiri ke kanan. Ikat Jenazah dengan lima tali pengikat dan disimpulkan pada rusuk sebelah kiri jenazah. ( atas kepala, aras dada, aras kelangkang, lutut dan bawah telapak kaki) Renjis dengan air mawar.
28

Mengkapankan jenazah HIV / AIDS


1. Bentangkan 3 helai kain kapan. 2. Bentangkan sehelai plastik lutsinar yang lembut. 3. Bentangkan jubah dan serban untuk lelaki ,telekong dan baju untuk perempuan 4. Bentangkan kapas seperti jenazah biasa di atas jubah/telekung dan taburkan serbuk kayu cendana dan kapur barus. 5. Lakukan langkah seterusnya seperti jenazah biasa. 6. Pastikan semua rongga telah ditutup dengan kapas yang telah dibasahi oleh bahan peluntur.

29

Solat Jenazah
i.

Hukumnya fardhu Kifayah Dari abi Hurairah ra bahawa ia pernah mendengar Rasulullah SAW berkata : Siapa yang keluar bersama jenazah dari rumahnya, kemudian ia ikut mensolatkan dan mengiringinya sampai ke pemakaman untuk memakamkan, baginya pahala sebesar dua bukit. Dan siapa yang ikut mensolatkannya kemudian ia pulang ke rumahnya (tidak ikut ke pemakaman), baginya pahala sebesar gunung Uhud. (HR Muslim).

ii.

Solat jenazah dianjurkan dilakukan secara berjamaah. * Jika yang hadir sendirian wajib dilakukan secara bersendirian.

30

ORANG YANG LEBIH UTAMA MENJADI IMAM SOLAT JENAZAH


1. Menurut Syafie walinya lebih utama dari penguasa walaupun si mayat mewasiatkan kepada penguasa atau orang lain. Wasiat tidak dapat menggugurkan hak tersebut. Oleh kerana solat jenazah adalah doa maka doa adalah lebih makbul dengan ikhlas dan penuh harapan .Hal ini lebih banyak diperolehi dari walinya.

2. 3.

31

4. Wali yang lebih utama adalah yang lebih dekat kekerabatannya dengan si mayat. 5. Imam Hanafi pihak penguasa lebih utama atau wakilnya. 6. Imam Maliki dan Hanafi lebih utama orang yang mendapat wasiat sekiranya tidak ada wasiat maka walinya adalah diutamakan kemudian barulah mengikut urutan kekeluargaan yang terdekat.
32

SYARAT SAH SOLAT JENAZAH


i.

Disyaratkan seperti solat wajib:

Menutup aurat Suci dari hadas kecil / hadas besar. Suci badan / tempat / pakaian. Menghadap kiblat

ii.

Jenazah yang akan disolatkan hendaklah terlebih dahulu dimandikan dan dikafankan.

33

RUKUN SOLAT JENAZAH

i. ii. iii. iv. v. vi. vii.

Niat Berdiri bagi yang kuasa 4 kali takbir termasuk takbiratul ihram Membaca Fatihah selepas takbir pertama Membaca selawat atas Nabi selepas takbir kedua Doa khusus bagi mayat selepas takbir ketiga Salam selepas takbir keempat
34

SOLAT GHAIB
i. Menurut pendapat Imam Syafie dan Hambali mereka membolehkan solat ghaib. Menurut pendapat Imam Hanafi dan Maliki mereka tidak membolehkan kerana hadis di atas bersifat khusus untuk Nabi SAW.
35

ii.

TEMPAT SOLAT JENAZAH


Jumhur ulamak membolehkan solat jenazah di masjid atau di rumah.

36

PENGKEBUMIAN JENAZAH
1. a. b. CARA CARA MEMBAWA JENAZAH KE TANAH PERKUBURAN 3 orang membawa pengusung, seorang di hadapan, 2 orang di belakang atau, 4 orang membawa pengusung, 2 di hadapan 2 di belakang mengikut pendapat Imam Nawawi. Boleh dilakukan dengan berbagai cara dan lebih afdal orang yang mengiringi jenazah berjalan di hadapan mengikut pendapat Imam Syafie. Orang yang mengiringi jenazah berjalan di belakang mengikut pendapat Imam Hanafi. Sunat mengusung jenazah didahului bahagian kepala.
37

c.

d.
e.

PENGKEBUMIAN JENAZAH
f. Mengusung jenazah perempuan / khunsa dengan keadaan tertutup, haram hukumnya menggunakan penutup jenazah dengan kain sutera. Sunat Muakkad orang yang mengusung jenazah itu terdiri daripada kaum lelaki sahaja. Sunat mengusung jenazah secara hormat dan bersegera. Disunatkan menghormati jenazah ketika lalu dihadapannya. Sunat bagi orang yang melihat jenazah membaca doa untuknya. Makruh membuat bising ketika mengusung jenazah. Dilarang percampuran lelaki dan perempuan ketika mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

g. h. i. j. k. l.

38

CARA MENGKEBUMIKAN JENAZAH


1.
2. 3. 4.

5.

Kubur yang telah disiapkan mengikut keadaan setempat. Tiga orang turun ke dalam kubur untuk menyambutnya. Jenazah hendaklah diturunkan secara hormat dan diiringi doa tertentu. Orang yang lebih afdhal memasukkan jenazah ke dalam lahad adalah kerabatnya yang terdekat dan mahramnya bagi jenazah wanita. Pendapat Imam Nawawi sunat mengadang dengan kain ketika jenazah diturunkan ke dalam lahad terutama jenazah wanita.

39

6. Jenazah hendaklah diiringkan ke arah kiblat dengan mukanya dirapatkan ke dinding lahad dan buka semua ikatannya. 7. Letakkan 3 kepal tanah di bahagian belakang tubuh jenazah. 8. Jenazah ditutup dengan papan lahad dan ditimbus dengan tanah setinggi sejengkal daripada permukaan tanah. 9. Tandakan kubur dengan batu nesan. 10.Siram dengan air.
40

PENGURUSAN SELEPAS PENGKEBUMIAN

a.

TALKIN / TAZKIRAH KEMATIAN


( teks dan kaedah pembacaan talqin sewajarnya diberikan nafas baru dalam bentuk yang lebih menginsafkan untuk para jemaah yang hadir.)
41

PENGURUSAN SELEPAS PENGKEBUMIAN


b. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. PENGURUSAN HARTA SIMATI Pembayaran hutang piutang Fidyah puasa Zakat Badal Haji Nazar (jika diketahui) Wasiat Pembahagian harta peninggalan simati
42

PENGURUSAN SELEPAS PENGKEBUMIAN


c. TAHLIL / KENDURI ARWAH Tiada dalil yang qatie dalam AlQuran dan hadis mengenai amalan tahlil arwah namun ia suatu perkara yang dilakukan dengan membaca ayatayat yang tertentu dan zikir-zikir membesarkan Allah swt. Namun ia menjadi kesalahan apabila ia dilakukan dengan ditentukan harinya dan seakan berdosa apabila meninggalkanya dan menjadikan ia sebagai suatu perkara wajib apabila berlakunya kematian. Amalan ini juga sebagai suatu cara untuk ahli keluarga memenuhi amalan sunat untuk memberi makan kepada orang ramai.

43

HIKMAH MENGINGATI MATI

Dengan mengingati mati akan menimbul rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangannya. Serta bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarganya. Timbul rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak disebut orang dengan kebaikan. Lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut keredhaan Allah.

44

Renungan
Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalanya melainkan 3 perkara; amal yang memberi munafaat,sedekah jariah dan anak-anak soleh yang sering mendoakan kebaikan untuk dirinya. Maksud Hadis
45

Salam Perpisahan
-Adalah diharapkan semua peserta kursus dapat memanfaatkan semua ilmu yang dipelajari dan menjalankan tuntutan fardhu kifayah dengan sebaiknya. -Segala ketelanjuran budi-bicara serta kekurangan sepanjang mengendalikan kursus ini mohon jutaan kemaafan.

46

Doa-Doa Khusus



47

: :

48

49

: :

50

: :

51


:
: :

52

Anda mungkin juga menyukai