Anda di halaman 1dari 2

FAKTOR KEJATUHAN SESEBUAH TAMADUN

1. Pergolakan dalaman
Pergolakan dalaman berlaku disebabkan oleh ketidakstabilan politik atau kelemahan
pentadbiran di sesebuah negara menyebabkan rakyat memberontak untuk
mendapatkan keadilan seterusnya mengakibatkan berlakunya rusuhan atau
peperangan.

 Thailand
Pergolakan politik yang melanda negara Thailand adalah disebabkan oleh
ketidakpuasan hati rakyat akibat pemerintahan korup dan penyelewengan Thaksin iaitu
pemerintah negara Thailand dan parti Thai Rk Thai ditambah dengan polisi zalim
terhadap masayarakat Islam di selatan Thai.
2. Sikap tertutup
Sikap tidak mahu menerima perubahan dari segi politik,teknologi dan ekonomi ini mampu
menyebabkan keruntuhan sesebuah tamadun. Sikap tertutup ini merencatkan daya kreativiti
dan inovasi sesebuah masyarakat dan seterusnya menyebabkan mereka berada dalam
keadaan yang tidak maju atau jumud berpanjangan.

 Korea Utara
Kehidupan di Korea Utara tidak mudah dilihat dan terekspos keluar, menjadikan negara ini
sebagai salah satu negara yang sangat tertutup. Ekonomi di Korea Utara tidak semaju
negara lain dan mereka sangat ketinggalan dalam penggunaan teknologi yang baru.
3. Peperangan
Peperangan telah berlaku sejak dahulu lagi namun semakin menjadi jadi sejak
kebelakangan ini. Peperangan boleh mengakibatkan berlaku keruntuhan tamadun kerana
banyak kemusnahan yang akan terjadi dan mengorbankan banyak nyawa.

 Iraq
Perang kedua Kurdi-Iraq (1974-1975), Perang Iran-Iraq (1980-1988) dan Perang Teluk
(1990-1991) adalah beberapa perang utama yang dilancarkan oleh Iraq pada abad yang
lalu. Kajian menunjukan bahawa kira-kira setengah juta warga Iraq terbunuh secara
langsung atau tidak langsung disebakan oleh peperangan.

4. Bencana alam

 Jepun
Pada tahun 2011, berlakunya sebuah gempa bumi yang terkuat dan disusuli dengan
tsunami di Jepun. Bencana alam di Jepun ini telah mengakibatkan seramai 15845 orang
maut dan 12500 bangunan telah rosak atau binasa. Negara telah mengalami kerugian yang
besar bagi memulihkan semua pasaran ekonomi dan infrastuktur negara tersebut.

5. Keruntuhan institusi sosial


 Palestin
Konflik antara Israel dan Palestin telah berlaku sejak awal abad 20 sehingga harini.
Konflik ini telah menyebabkan banyak kemusnahan berlaku dan institusi sosial di negara
tersebut telah musnah. Institusi Pendidikan telah merosot kerana sekolah telah
dimusnahkan dan juga institusi kesihatan kerana hospital telah dibomkan. Sebanyak
hampir 12,000 buah rumah pula telah musnah dan rosak teruk akibat serangan udara
yang dilakukan Israel.

6. Keruntuhan nilai moral

 Kerajaan Turki Uthmaniyah


Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan kerajaan islam yang gilang gemilang namun
pada sisa-sisa akhir pemerintahan telah berlaku kejatuhan kerajaan akibat tidak
melandaskan ajaran islam yang sebenar dan telah banyak keruntuhan nilai moral.
Banyak kemungkaran telah dilakukan oleh pemimpin kerajaan itu apabila arak dan
wanita berleluasa di istana. Rasuah juga berleluasa di pentadbiran dan kelemahan
pertadbiran berlaku akibat perlantikan di kerajaan bukan lah berasaskan kebolehan
tetapi melalui konsep menjual jawatan kepada mereka yang mampu untuk
membeli jawatan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai