Anda di halaman 1dari 6

"SETIAP DARIPADA KAMU ADALAH PEMIMPIN...

" PERINGKAT PERTAMA - wujudkan hubungan silaturrahim melalui taaruf ataupun perkenalan secara santai dan bersahaja. -Tunjuk rasa hormat dan minat dengan apa sahaja topik percakapan yang berlaku. - usaha untuk ziarahinya di rumah atau bertemu di tempat-tempat yang TIDAK mengganggu keselesaannya. -Pada peringkat ini TIDAK perlu disentuh subjek dakwah atau mesej utama yang hendak kita sampaikan. -Apabila hatinya telah agak terbuka dengan persahabatan dan kemesraan yang kita tunjukkan serta menampakkan hatinya yang terbuka untuk mendengar mesej kita, perhatikan dahulu sama ada mesej kita akan disambutnya atau tidak. -Ingat, penerimaan orang yang hendak diajak kepada dakwah kita bergantung kepada sejauh mana kita memberikan perhatian dan menunjukkan kemesraan kepadanya. -Mesti perlu dari hati ke hati, bukan kepura-puraan.

PERINGKAT KEDUA -Bila hubungan dah makin mesra, mulakan perbualan dengan isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat. Jangan paksakan apakah isu yang hendak dibawa. Lebih utama isu-isu ini ditimbulkan melalui lontaran-lontaran soalan. Biar orang yang hendak dibawa kepada mesej dakwah kita itu berfikir dan beliau sendiri yang mengetengahkan isu tersebut.

-Mungkin sesuatu isu itu ditimbulkannya dalam bentuk persoalan juga atau mungkin dengan luahan hati dan pandangannya. -Jika ia dalam bentuk luahan hati dan pandangannya, jangan cepat-cepat menyanggahnya jika pandangan tersebut tidak selaras dengan pandangan kita. -Sebaliknya, hendaklah kita melontarkan beberapa soalan ringan kepadanya untuk ia memikirkan apa yang diperkatakannya. -Jika pandangannya bertepatan dengan pandangan kita, maka berilah perakuan, pujian dan sokongan terhadap pandangan tersebut. Biarlah dia yang bercakap agar apa yang didengarinya sendiri daripada ucapan mulutnya akan lebih mengesani hati dan perasaannya. -Apabila peringkat ini sudah berjalan baik, maka hendaklah kita menyentuh sedikit sebanyak persoalan iman dan aqidah dalam isu-isu yang dikemukakannya itu. Jika persoalan iman dan Islam sudah mula bertapak dalam fikiran dan hatinya, dia akan melihat isu-isu itu dari sudut pandang yang lebih luas dan merangkumi. -Bermula daripada bibit-bibit iman inilah dia akan memikirkan betapa alpa dan lalainya ia terhadap isu-isu yang sedang dihadapi oleh umat Islam dan masyarakat masakini. Asas ini akan menjadikannya mahu membuat anjakan dalam dirinya dan seterusnya melakukan perubahan demi kebaikan diri dan orang-orang yang terdekat dalam kehidupannya. <!--[if !supportLineBreakNewLine]--> <!--[endif]-->

PERINGKAT KETIGA -Pada tahap ini hendaklah kita membantu beberapa urusan hidupnya yang memerlukan bantuan.

-Jika dia seorang yang masih lemah dalam kefahaman Islamnya, maka bantulah ia untuk memahami asas-asas kefahaman Islam yang utama. Hulurkanlah kepadanya rencana, majalah atau buku-buku ringkas berkenaan Islam. -Sebaliknya jika kefahaman dan amalan Islam asas telah beres pada dirinya, maka bantulah ia untuk memahami Islam dalam konteks penghayatan yang lebih luas. Beri makna kepada kefahaman dan amalan Islamnya dengan tuntutan dan tugastugas untuk mencegah kemungkaran dan usaha memperbaiki masyarakat sekeliling.

PERINGKAT KEEMPAT -Pada tahap ini sebaik-baiknya tingkat kefahaman dan keyakinannya terhadap pengertian ibadah yang syumul. Tekankan bahawa ibadah dalam Islam merangkumi segenap aktiviti hidup dalam pelbagai jurusan. -Urusan mengurus dan menangani hal-ehwal sosial, kemasyarakatan, ekonomi dan politik adalah juga termasuk ruang lingkup ibadah. -Kemukakan sirah perjuangan Rasulullah s.a.w dan para anbiya' dalam Al-Quran sebagai bukti bahawa ibadah yang dituntut oleh Islam adalah amat luas maknanya.

PERINGKAT KELIMA -Setelah pintu kesedarannya sudah terbuka, yakinkanlah kepadanya bahawa tidaklah cukupi baginya untuk menjadi seorang Islam yang hanya baik bagi dirinya semata-mata.

-Terangkan kepadanya bahawa Islam merangkumi seluruh urusan kehidupan. Islam adalah satu sistem yang lengkap dan sempurna. Islam adalah juga satu sistem perundangan dan pemerintahan. Islam adalah kemasyarakatan dan ketatanegaraan. Islam adalah dakwah, jihad dan ummah berdaulat. -Inilah kefahaman sahih dan tepat terhadap Islam yang perlu kita terapkan kepadanya. Dengan itu kita yakinkan dia bahawa kita bersama-sama wajib melaksana dan menyempurnakan tugas tersebut kerana ia adalah perintah Allah Rabbul Jalil. -Kita juga mesti fahamkan kepadanya bahawa Islam mewajibkan kita berusaha dan berjuang dengan bersungguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi. Di atas sebab itu adalah wajib bagi kita menyampaikan seruan Islam kepada manusia seluruhnya. Sebagai seorang Islam, tidak mungkin kita dapat menghayati Islam yang sahih kalau kita hidup mengasingkan diri serta tidak ambil peduli kesusahan dan penderitaan saudara-saudara Islam yang lain. -Berbekalkan kefahaman seperti ini, kita terus membimbingnya sehingga ia dapat merasakan tanggungjawab untuk membela Islam, umat Islam dan masyarakat. Ajaklah dia keluar daripada pengasingannya dan hendaklah ia bergerak dalam jamaah Islam secara jamaie. -Setelah rasa tanggungjawab dalam dirinya semakin bertapak, hendaklah kita terangkan pula kepadanya bahawa tuntutan dakwah pada hari ini mewajibkan setiap umat Islam berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan daulah Islamiyyah yang melaksanakan syariat Islam.

PERINGKAT KEENAM -Pada peringkat ini kita jelaskan bahawa usaha untuk menegakkan sebuah masyarakat dan pemerintahan Islam tidak mungkin dapat dilaksanakan secara

individu. Tugas ini mesti dilakukan melalui sebuah jamaah. Melalui sebuah jamaah, segala usaha individu dapat dipadukan. -Untuk tujuan itu, kewujudan sebuah jamaah yang memperjuangkan cita-cita itu adalah satu perkara yang wajib. Demikian juga menyertai dan menggabungkan diri dalam sebuah jamaah yang memperjuangkan cita-cita ini adalah satu tuntutan yang perlu dipenuhi. -Nyatakan kepadanya inilah yang merupakan masalah terbesar umat Islam. Ramai di kalangan umat tidak merasakan perlunya dibangunkan sebuah negara yang melaksanakan syariat Allah. Ramai juga yang merasa bahawa tidak perlu menggabungkan diri mereka dengan jamaah Islam kerana takut memikul berbagai-bagai bebanan. Mereka lebih mengutamakan kesenangan dan keselesaan diri mereka sendiri. -Jelaskan juga bahawa hidup dan berjuang bersama-sama jamaah adalah sunnah Rasulullah s.a.w, para anbiya, para sahabah, para auliya' dan solehin. -Nyatakan bahawa dengan bergabung tenaga bersama-sama dengan jamaah Islam, Allah akan memberi ganjaran pahala yang besar dan keberkatan hidup yang sentiasa dirahmati-Nya.

PERINGKAT KETUJUH -Setelah meyakinkannya bahawa ia perlu bergerak dalam sebuah jamaah Islam, maka terus tawarkan beliau untuk menyertainya. Jika timbul persoalan tentang gerakan dan pertubuhan Islam yang lain, jawablah dengan baik tanpa memburukburuk atau menyerang mana-mana pihak yang juga sedang menjalankan kerjakerja dakwah Islamiyyah. -Tunjukkan syaksiyyah tinggi dan sifat mulia kita tanpa merendah-rendahkan mana-mana pihak. Katakan bahawa semua pihak yang menjalankan kerja-kerja

kebajikan, pengislahan dan berjuang menentang kezaliman dan penindasan serta berusaha menegakkan kebenaran dan keadilan adalah rakan-rakan kongsi sesama jemaah dalam perjuangan ini.

Mulakan dakwah dengan mendekati, menyeru dan mengajak mereka yang tidak tahu, lupa atau lalai tentang ajaran Islam. Selepas itu, beransur-ansur dan sedikit demi sedikit dari satu peringkat ke satu peringkat kita pertingkatkan diri mereka dengan ajaran dan tuntutan Islam dan perjuangan menegakkan Islam.

Anda mungkin juga menyukai