Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA LAWATAN MUHIBAH

KE SMK BANDAR SRI ALAM TAHUN 2015


1.0 PENDAHULUAN
Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang telah dirancang dalam takwim Program Anbum
Aatharavum (Love & Support). Pertandingan ini disertai oleh 5 buah sekolah dari daerah
Johor Bahru dan Pasir Gudang. Pertandingan ini akan diadakan di padang SMK Bandar
Sri Alam, Pasir Gudang. Aktiviti ini diadakan selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan
disamping memenuhi

kehendak Falsafah Pendidikan negara yang ingin mewujudkan

modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui
penyertaan dalam bidang sukan.

2.0 MATLAMAT
Program ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal
dan mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam
setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang
mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi
memperoleh sebuah piala kemenangan dan sijil kecemerlangan.
3.0 OBJEKTIF
3.1

Merasai pengalaman, kepuasan dan keseronokan dalam menyertai sesebuah


pertandingan.

3.2

Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri


dalam sesebuah kumpulan.

3.3

Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam


sesebuah pasukan dengan semangat kesukanan.

3.4

Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.

3.5

Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi


yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.6

Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 ANJURAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Taman Sutera dengan kerjasama Kelab Bahasa
Tamil.
5.0 TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh

: 11 Julai 2015

Hari

: Sabtu

Masa

: (7.30 pagi 3 petang)

6.0 SASARAN
33 pelajar India SMK Taman Sutera
7.0 LOKASI
SMK Bandar Sri Alam, Pasir Gudang
8.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Aktiviti Moral
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
1. Pengangkutan Bas (pergi dan balik)
RM 440
2. Makanan Pelajar
RM 12 x 33
RM 396
..
JUMLAH
10.0

RM 836

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA & BIDANG TUGAS


Pengerusi

Pn. Han Jot Khim (Pengetua)

Timbalan
Pengerusi

En. Bahrin b. Abd. Rahman (PK HEM)

Naib
Pengerusi I

Pn. Rohanariah Binti Abdul Kahar ( PK Pentadbiran)

Naib
Pengerusi II

Pn. Zaharah Bte Abu Salleh (PK Kokurikulum)

Setiausaha

Pn. Nor Bayah Binti Suror (GBK)

AJK
1. Pn. Vijayamalar a/p Bosan
2. Premalatha a/p Ponniah
3. Nur Aisyah Michael Abdullah

11.0

ATURCARA / JADUAL
7.30

pagi

- Pelajar berkumpul di sekolah

8.00

pagi

- Bergerak ke SMK Taman Sutera

9.00

pagi

- Pertandingan Piala Menteri


Pertandingan Bola Sepak (L)
Pertandingan Bola Jaring (P)

12.0

1.10

petang

- REHAT

2.00

petang

- Penyampaian Hadiah

3.00

petang

- Bersurai

PENUTUP
Program yang dirancang ini dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada kepada pelajar.
Selain daripada itu, semangat setiakawan dan toleransi akan dapat dipupuk. Adalah
diharapkan cadangan ini dapat berjalan dengan lancar demi merealisasikan matlamat
program ini.

Disediakan oleh,

.....................................................
(NOR BAYAH BINTI SUROR)
Kaunselor
SMK Taman Sutera

Disemak oleh,
.
(MD BAHRIN BIN ABD RAHMAN)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Taman Sutera

Disahkan oleh,
............................
(HAN JOT KHIM)
Pengetua
SMK Taman Sutera

Anda mungkin juga menyukai