Anda di halaman 1dari 1

MENGHORMATI UNDANG-UNDANG DI JALAN RAYA

Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Setiap pengguna jalan


raya harus mematuhi setiap undang-undang yang telah ditetapkan bagi mengelak
kemalangan daripada terus meningkat.
Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu
perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan amalan keselamatan
yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna semasa di jalan raya.
Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling selamat untuk
melintas. Pastikan kita boleh melihat kenderaan dari semua arah.Setelah memilih
tempat yang paling selamat untuk melintas, perkara yang wajar dan selamat
dilakukan adalah dengan mengamalkan lima langkah melintas.
Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang.
Kedua, lihat ke kanan dan ke kiri.
Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan.
Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak.
Kelima, melintas dengan berwaspada.
Di antara kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya adalah :
1. Mengelakkan kemalangan yang merugikan diri sendiri dan orang lain
2. Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya yang lain
3. Membolehkan semua pengguna jalan raya sampai ke destinasi dengan
selamat
4. Urusan pengangkutan di jalan raya dapat berjalan lancar

Anda mungkin juga menyukai