Anda di halaman 1dari 1

Saya selamat di jalan raya

Saban hari kita mendengar dan membaca banyak berita mengenai kemalangan jalan raya
yang ngeri sehingga mengorbankan banyak nyawa anggota keluarga. Pada masa yang sama ramai
yang mengalami kecederaan parah dan kehilangan anggota badan. Saya sebagai seorang pelajar,
sudah tentulah peristiwa malang ini sentiasa menghantui diri. Ibu, ayah dan guru selalu berpesan
supaya sentiasa berwaspada ketika menunggang basikal ke sekolah kerana malang tidak berbau.
Saya sentiasa mengamalkan ciri-ciri keselamatan ketika menunggang basikal supaya perjalanan
saya lancar dan selamat.

Sebelum menunggang, saya akan pastikan terlebih dahulu basikal saya dalam keadaan baik
dan selamat. Basikal atau kenderaan yang kita tunggangi perlu sentiasa diselenggara dengan baik.
Saya akan pastikan tekanan angin tayar mencukupi dan brek berfungsi dengan baik.

Ketika menunggang, saya akan memakai alat perlindungan diri yang sempurna dan selamat
seperti topi keledar khas. Topi keledar dan alat-alat ini mampu melindungi kepala serta anggota
badan saya daripada tercedera dengan lebih teruk sekiranya kemalangan berlaku. Kita mestilah
membuat persediaan yang rapi dan berjaga-jaga sebelum menunggang bak kata pepatah ‘sediakan
payung sebelum hujan’.

Penunggang basikal seperti saya perlu sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang
jalan raya. Saya hanya akan menunggang basikal di laluan yang sudah ditetapkan untuk basikal.
Saya juga memberi isyarat tangan yang betul beberapa saat sebelum menukar lorong sama ada ke
kiri atau ke kanan.

Perjalanan ke sekolah mengambil masa hampir 15 minit daripada rumah saya. Saya akan
merancang perjalanan dengan menggunakan jalan yang biasa saya gunakan bagi mengurangkan
risiko

kemalangan akibat struktur jalan raya tersebut. Saya sentiasa menjaga jarak selamat antara basikal
saya dan rakan-rakan yang lain.

Ciri-ciri dan langkah-langkah penjagaan keselamatan ini sedikit sebanyak dapat


menyelamatkan nyawa saya dan orang sekeliling. Sentiasalah beringat-ingat sebelum terkena
jangan seperti pepatah Melayu ‘sudah terhantuk baru terngadah’. Sebagai penunggang di jalan raya
utamakanlah keselamatan diri, patuhi peraturan-peraturan dan jadilah penunggang yang berhemah
terhadap pengguna jalan raya yang lain.

Anda mungkin juga menyukai