Anda di halaman 1dari 6

Erti Kesopanan Dan Kesusilaan

05.19.2012 Posted in Isu Masyarakat

Masyarakat Malaysia terutamanya bangsa Melayu amat terkenal dengan adab dan sopannya kerana kita telah diajar oleh generasi terdahulu agal mengamalkan budaya bersopan-santun demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan saling hormat-menghormati diantara satu sama lain.

Justeru, tindakan oleh segelintir warga Malaysia yang membuat kacau ketika ucapan oleh Perdana Menteri dalam acara An Evening with the Prime Minister di lokasi berprestij seperti di dewan konsert 02 Arena di Grenwich, timur London adalah satu tindakan yang sama sekali bertentangan dengan budaya kita dan prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Apakah kita yang dikatakan sudah maju dari segi pemikiran dan cerdik akal dapat menghalalkan tindakan mengganggu majlis yang dihadiri oleh pemimpin negara? Fikir-fikirkan apakah dengan tindakan menjerit-jerit ke arah Perdana Menteri dengan perkataan bersih adalah satu tindakan yang murni dan terpuji?.

Budaya Melayu sendiri sering menekankan adat jangan mengganggu majlis orang dan kalau tidak dijemput jangan hadir, apatah lagi jika hadir dengan niat untuk merosakkan majlis.

Jika ada yang tidak sehaluan pemikiran dengan Perdana Menteri akibat dari perbezaan pendapat dan fahaman politik, janganlah bertindak sedemikian rupa. Sekurang-kurangnya mereka yang menjerit itu, belajarlah menghormati orang lain. Kita telah diajar oleh ibu bapa kita supaya menghormati orang lain tambahan orang yang lebih tua daripada kita.

Cuba kita fikirkan sedalam-dalamnya, apakah yang dapat dicapai dengan tindakan mengganggu majlis sedemikian? Sepatutnya, perbezaan pandangan itu boleh diajukan terus secara diplomasi kepada Perdana Menteri, lebih-lebih lagi beliau sendiri telah mempelawa mereka yang hadir untuk berjumpa dengannya jika ada sebarang pertanyaan dan persoalan.

Jika budaya kurang sihat ini tidak dihentikan, dalam masa yang singkat saja ada kemungkinan Malaysia bakal menyaksikan rakyatnya hilang identiti sebagai sebuah masyarakat dunia yang tinggi nilai kesopanan dan kesusilaannya.

Sudah tiba masanya, baik kerajaan mahupun barisan pembangkang mengambil langkah untuk memastikan rakyat diberikan kesedaran betapa pentingnya budaya menghormati antara satu sama lain. Kembalilah kepada ajaran agama masing-masing sebagai asasnya dan Rukun Negara sebahagian daripada panduan kerana kita adalah pewaris kepada generasi masa lalu yang tentunya mahu melihat kita hidup dalam budaya Timur walaupun kehidupan kita sudah jauh maju ke hadapan dan setanding dengan negara maju. a) adat istiadat yg baik, keadaban, kesopanan: pergaulan aku dgn kau pd ~ bangsaku tidak menjadi ke-salahan; b) pengetahuan bkn adab: pen-didikan kemasyarakatan dan pendidikan kesusilaan amat erat hubungannya;

Susila juga membawa makna:

1. baik budi bahasanya, beradab, sopan, tertib; 2. = kesusilaan a) adat istiadat yg baik, keadaban, kesopanan: pergaulan aku dgn kau pd ~ bangsaku tidak menjadi ke-salahan; b) pengetahuan bkn adab: pen-didikan kemasyarakatan dan pendidikan kesusilaan amat erat hubungannya; bersusila bersopan santun, beradab, ber-akhlak.

(Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4, atau jengah di Laman Sesawang http://prpm.dbp.gov.my/ dan ketik Kesopanan dan Kesusilaan).

Masalahnya apa? Ya, kerana hari ini rakyat Malaysia sudah lagi hilang sopan dan susilanya. Apa yang paling mencolok mata ialah, cara berpakaian rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan wanita di bandar dan pekan. Maaf cakap, khususnya anak gadis dalam kalangan kaum Cina dan kini kian menular dalam kalangan anak gadis Melayu, amat menyimpang dari Kesopanan dan Kesusilaan ini.

Adakah dengan berseluar pendek hingga nampak paha, mengenakan baju ketat dan sendat, mengenakan baju jarang dan mengenakan blaus nipis serta sebagainya lagi, semua ini boleh dianggap sopan dan bersusila?

Akal waras akan menolaknya. Soalannya, kenapakah ia semakin menjadi-jadi? Bahkan seakan menjadi trend, kaum wanita Cina misalnya, amat selesa mengenakan seluar pendek dan berbaju sendat. Kenapa tidak ditegur oleh pihak berkuasa? Kenapa semua ini dibiarkan berleluasa? Kenapa dan kenapa?

Inilah yang membengangkan saya. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negaranya, kita tidak mahu Malaysia jadi cacamarba dan celaru dalam aspek budaya. Buku tulis lain, buatnya lain.

Apatah lagi sebagai umat Islam, yang baru belajar menghafal al-Quran, apabila terpandang segala macam inialamat TUMPO le jawabnya! Bahkan, tidak mustahil berleluasanya segala penyakit sosial dalam masyarakat juga, turut disumbangkan oleh gaya berpakaian seperti ini.

Maka, wahai para penguasa, ayuhlahberilah teguran kepada seluruh rakyat Malaysia. Tidak kira Melayu, Cina dan India, amalkanlah Kesopanan dan Kesusilaan ini. Tiada maknanya anak-anak sekolah dipaksa menghafal Rukun Negara, jika ia tidak diamalkan. Lebih baik hafal lagu Isabella Wallahualam.

Selamat pagi semua... Hari ini saya ingin berkongsi satu cerita berkenaan ikrar Rukun Negara kita yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan. Kita sedia maklum bahawa ikrar tersebut mengajak kita supaya sentiasa bersopansantun tidak kira di dalam perbuatan atau percakapan. Sebagai masyarakat Timur, kita tentulah sudah diasuh untuk sentiasa berlemah-lembut dan menjaga kesopanan kita agar tidak dipandang enteng oleh masyarakat lain. Berkenaan ikrar tersebut juga, saya mempunyai satu cerita berkenaan sesuatu yang pernah saya alami. Pertama, situasi ini berlaku di rumah saya. Rumah sewa yang saya diami ini dihuni juga oleh pelajar junior. Perbezaan umur di antara kami ini membuatkan mereka menjadi lebih hormat kepada saya dan kawan-kawan yang lain. Setiap tutur kata yang dikeluarkan sentiasa kelihatan sopan dan mereka membahasakan diri saya sebagai 'kakak' dan mereka tidak pernah meninggikan suara kepada saya. Malah, dalam pelbagai hal yang berkaitan rumah, kami sentiasa menjadi rujukan mereka dan ini dapat dilihat bahawa mereka lebih mengutamakan yang lebih dewasa. Perihal kesopanan ini jelas dilihat dalam diri mereka. Tetapi berbeza pula dengan seorang rakan saya yang sebaya juga dengan saya. Apabila berlaku perselisihan faham, dia selalu menggunakan perkataan-perkataan yang kesat dan tidak sopan seolahseolah perkataan tersebut sudah terbiasa meniti dibibirnya. Hal ini ditambahkan lagi apabila dia suka mengepos sesuatu yang dia rasakan tidak di matanya di laman sosial. Hal ini menampakkan dirinya yang

cepat melatah dan tidak rasional. Di laman sosialnya juga kita dapat lihat setiap bentuk dan jenis penulisannya yang agak teruk dan kasar dari segi bahasanya.Sepatutnya kita tidak boleh menjadikan laman sosial sebagai tempat untuk kita melepaskan amarah kita. Kita tentunya sudah sedia maklum bahawa laman sosial milik kita itu akan menjadi santapan pemilik-pemilik laman sosial yang lain. Jadi, fikir-fikirkanlah...

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana sekali lagi kita bertemu dalam penulisan blog penulis pada hari ini. Ketika saat blog ini dinukilkan, penulis sekarang berada di dalam bas bergerak dari Kuala Lumpur menuju ke halaman kampung tercinta, Ipoh. Penulis mengambil cuti rehat selama dua hari untuk melarikan diri seketika dari kesibukan rutin harian sebagai seorang pensyarah Pengajian Malaysia di Kolej KPJ.

Isu yang cuba untuk diketengahkan oleh penulis kali ini berkenaan kesopanan dan kesusilaan. Sebagai orang yang tinggal di Timur, masyarakat Malaysia pada amnya, Melayu khususnya, terkenal dengan kehalusan dan kesopanan nilai tatacara kehidupan yang tinggi. Setiap aspek cakupan kehidupan masyarakat Malaysia sebenarnya bertunjang kepada kesopanan dan kesusilaan, berdasarkan kepada kepercayaan adat dan amalan praktis agama yang dianuti masing-masing. Malahan kesopanan dan kesusilaan juga di dalam prinsip idealogi Rukun Negara Malaysia sebagai sebahagian amalan kehidupan berdemokrasi Malaysia.

Cuma apa yang penulis kesalkan dan rasa begitu sedih, di manakah nilai kesopanan dan kesusilaan masyarakat Malaysia. Acapkali penulis begitu tersentuh melihat golongan orang kelainan upaya, orang tua ataupun mereka yang sakit tidak dipedulikan langsung di dalam mana-mana kenderaan awam. Kepada mereka yang sering membantu mereka, ucapan jutaan tahniah, syabas dan terima kasih kepada anda. Anda telah menunjukkan adab nilai ketimuran yang tinggi serta masih mempunyai kekuatan serta keutuhan nilai moraliti. Bagi mereka yang langsung tidak mempunyai perasaan belas ihsan kepada golongan yang penulis sebutkan tadi, celiklah mata, bukalah pintu hati. Fikirkan sejenak apakah kita mahu menjadi seperti mereka?

Tadi penulis menaiki komuter dari Batang Benar ke Bandar Tasik Selatan. Di dalam tren penulis hanya berdiri memandangkan ramai penumpang. Setibanya di Stesen Koumuter Kajang, terdapat orang tua dan seorang wanita buta yang menaiki tren tersebut. Alangkah sedihnya hati penulis apabila ramai orang Malaysia tidak mempedulikan kehadiran mereka. Malahan, tidak pula dipelawa memberi tempat duduk kepada mereka. Apa yang penulis terasa ialah, seorang makcik yang lewat usia sanggup memberikan tempat duduknya kepada wanita buta berkenaan. Makcik itu berdiri sehinggalah penulis keluar di Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan. Kelihatan makcik itumasih berdiri. Dihadapannya,

seorang pemuda lelaki Melayu yang senang lenang bersembang melalui telefon bimbitnya. Tidak mempedulikan makcik yang berdiri dihadapannya. Masya Allah, apakah kerana terlalu asyik menelefon (mungkin menelefon buah hati pengarang jantungnya) sehingga tidak sedar wanita tua itu berdiri dihadapannya? Bagi penulis, seburuk-buruk hati dan seteruk-teruknya perangai apabila tidak memandang berat kepada ketidak upayaan seseorang yang perlu diberi bantuan. Apakah ini yang terdidik dan dimiliki oleh golongan orang muda kini?

Sehingga ini pelbagai persoalan bermain di benak sanubari dan pemikiran penulis. Dari sudut keagamaan, dari sudut moraliti, pendidikan dan sebagainya. Semuanya itu saling melengkapi antara satu sama lain. Namun demikian, jika sifat dan nilai kasih, kesopanan dan kesusilaan di dalam diri kita masih lemah, ini menunjukkan ketempangan, kecetekan dan kejumudan kita dalam menerobos sempadan makna hakikat kehidupan sebenar. Pegangan agama yang lemah, moraliti yang sumbang dan keegoan merupakan antara perkara yang memberi kesan kepada pembentukan sahsiah dan disiplin diri.

Bagaimanakah nasib masa depan negara kita di bumi bertuah ini andai kesopanan dan kesusilaan masyarakat semakin terhakis? Penulis amat takut jika negara bertuah ini diwarisi oleh mereka yang rakus, biadab dan kecetakan terhadap pengetahuan agama akan mebawa ke gerbang kehancuran. Penulis menasihati diri penulis sendiri yang serba serbi lemah dan jahil ini, serta kepada pembaca budiman sekalian, marilah kita mantapkan pegangan jati diri kita. Tidak akan jatuh maruah dan kehebatan diri andai kita merendahkan diri, melakukan perbuatan yang bukan sahaja memberi impak positif diri, malahan dipandang sebagai penegak kepada pembudayaan ajaran agama yang kita anuti.

Sekian sahaja penulisan kali ini. Diharapkan apa yang baik dari penulis dapat dijadikan iktibar. Mrilah kita muhasabah diri, merenung hakikat makna diri. Bukan mencermin orang lain, baik menengok cacat celanya tepi kain kita dahulu sebelum mahu mengintai menjaga tepi kain orang lain. Sekian...wassalam. Posted by MOHD HAFIZ SHAHUDDIN at 3:45 PM SITUASI : KESOPANAN DAN KESUSILAAN Kesopanan dan kesusilaan merupakan cabang Rukun Negara yang kelima. Berbicara tentang kesopanan dan kesusilaan, senario yang berlaku di perkarangan gelanggang futsal Kolej Zaba benar-benar mencuit mata hati saya. Saya bersama empat orang rakan sekelas sedang asyik menonton perlawanan futsal. Di sebelah kiri saya, sekumpulan siswi yang lengkap berjersi bola sepak sedondon, sedang menjerit, melolong memberi sokongan kepada pasukan yang sedang bermain. Apa yang menarik perhatian saya adalah, cara siswi-siswi itu memberikan sokongan. Suara yang pada umumnya aurat bagi perempuan sebaliknya telah dikeluarkan semaksimum yang mungkin. Tidak cukup dengan itu, siswi-siswi berkenaan bahkan bertindak menggoncang jaring yang mengelilingi gelanggang futsal berkenaan. Semakin lama, suara mereka semakin kuat sehingga mencuit hati sahabat saya untuk menegurnya. Sapaan sahabat

saya dibalas dengan nada yang agak santai, pada pandangan mata hati sayalah. Dan, mereka terus bersorak. Antara sorakan yang sempat saya rakamkan ialah :

Ahh, tue dia Ff Fc. Steady Ff Fc! Go Ff FC go! Go Mus*** go! Go Sal***! Try! Yeah, try! Goooaaahhh! Its ok, its alright. Ff FC is the best! Demikianlah sedikit sebanyak gambaran senario yang melibatkan siswi-siswi yang saya sifatkan sebagai brutal. Secara peribadinya, saya memahami situasi siswi-siswi berkenaan yakni mereka begitu bersemangat dan berkobar-kobar jiwanya tatkala menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan kegemaran mereka. Sehubungan dengan itu, mereka telah pun beraksi ala-ala pasukan sorak bagi pertandingan bola keranjang yang acapkali ditayangkan di kaca televisyen. Walau bagaimanapun, sebagai seorang insan yang bernama wanita, saya berpendapat bahawa, aspek kesopanan dan kesusilaan itu biarlah kekal terpelihara walau di mana jua berada. Tidak bermakna salah untuk kita menyokong pasukan kegemaran yang sedang beraksi, tetapi, alangkah eloknya jika perlakuan dan pertuturan kita diletakkan batas! Hal ini demikian kerana, adalah kurang enak dipandang mata para siswa tatkala melihat perlakuan dan pertuturan siswi-siswi berkenaan. Tambahan pula, perkarangan gelanggang dimonopoli oleh kaum Adam! Di samping itu, saya juga sempat menafsir bait-bait kata yang terungkap dari bibir siswi-siswi berkenaan. Selain daripada pencampuran antara Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu, siswi-siswi terbabit menggunakan bahasa badan yang saya kira kurang sesuai untuk dipertontonkan dalam khalayak yang sebilangan besarnya lelaki.

Kesimpulannya, aspek kesopanan dan kesusilaan amat penting khasnya bagi seorang wanita. Justeru, wanita perlu menjaga tutur kata dan perilaku mereka ketika berada dalam keramaian. Bersorak itu boleh tetapi biarlah berpada-pada dan tetap memelihara kesopanan dan kesusilaan individu yang terlibat. Buat kaum Hawa termasuk diri saya sendiri, marilah kita sama-sama memelihara kesantunan diri. Mudah-mudahan

Anda mungkin juga menyukai