Anda di halaman 1dari 2

APA ITU COPYRIGHT STRIKE DI YOUTUBE?

YouTube Copyright Strike atau Pelanggaran Hak Cipta adalah situasi di mana


sebuah video didapati telah menggunakan konten milik orang lain. Biasanya video
YouTube yang melanggar peraturan hak cipta akan dihalang daripada menjana
pendapatan.

Biasanya apabila sebuah channel YouTube mendapatkan peringatan Copyright


Strike atau Pelanggaran Hak Cipta pada salah satu video yang telah dimuatnaik,
sebahagian atau seluruh isi kandungan video tersebut merupakan karya hak milik
orang lain .

CARA MENGHINDARI COPYRIGHT STRIKE


YOUTUBE
1.  Jangan memuatnaik semula video yang bukan milik anda sendiri

Jangan memuatnaik semula video milik orang lain. Jika tetap ingin menggunakan
video milik orang lain, pastikan bukan seluruh bahagian konten, tetapi hanya
sebahagian kecil saja. Anda selamat memuatnaik semula video sekiranya diberikan
izin oleh pemilik asal konten melalui Copyright Claim. Namun segala pendapatan
yang dijana melalui video tersebut di akaun anda akan disalurkan kepada pemilik
asal video.

2. Gunakan audio atau muzik yang tiada hak cipta

Jika anda tambah audio pada video, gunakan fail audio yang dihasilkan sendiri atau
boleh juga cuba perkhidmatan tersedia dalam perpustakaan audio percuma
seperti YouTube Audio Library dan NCS / Non Copyrighted Songs. Contoh non-
copyrighted songs boleh dilihat pada kredit video Ayuni yang berjudul Malaysian
Creates Hilarious AVENGERS: ENDGAME Ending! [SPOOF ALERT] 

3. Menggunakan lagu versi remix atau cover

Kalau nak pakai lagu-lagu yang tengah popular, lebih baik gunakan versi cover. Jika
cover lagu milik orang lain, mintalah izin daripada tuan empunya.

4. Gunakan audio dan video yang menggunakan lesen Creative Commons

Biasanya video di Youtube dimuatnaik dengan status YouTube Standard License,


namun ada juga yang meletakkan status Creative Commons pada video mereka
untuk kegunaan orang ramai. Cara nak cari video yang gunakan lesen Creative
Commons ni senang saja, cuma taip kata kunci yang berkaitan di enjin carian
YouTube dan pilih filter Creative Commons.
APA AKAN TERJADI SEKIRANYA BERLAKU
COPYRIGHT STRIKE?
Pihak pengurusan Youtube akan memberikan peringatan dan amaran kepada
pengguna. Anda akan diminta oleh pengurusan YouTube untuk
menjalani Copyright School untuk disekolahkan tentang dasar-dasar memuatnaik
video dengan cara betul di YouTube. Memang menyampah bila terpaksa
melalui Copyright School ni, dahlah guna video pembelajaran kartun Happy Tree
Friends yang tidak lengkap, dan Ayuni pula tak dapat jawab kesemua soalan dengan
betul. Dulu-dulu tak ada benda ni pun masa zaman permulaan YouTube. Mengada-
ngada saja media sosial zaman sekarang ni.... *mula membebel panjang-panjang*

Setelah menghadiri Copyright School, status copyright strike di channel anda akan
luput dalam masa 90 hari. Video yang kena copyright strike tersebut akan ditarik
balik oleh YouTube atas permintaan pemuatnaik asal dan anda tidak akan dapat
menjana pendapatan melalui video tersebut.

Sekiranya anda cuma kena Copyright Claim dan bukan Copyright Strike, ia


bermakna anda diberi keizinan oleh pemuatnaik asal untuk menyiarkan video namun
kesemua pendapatan yang dijana melalui video tersebut akan disalurkan kepada
akaun Google Adsense pemuatnaik asal.

Anda mungkin juga menyukai