Anda di halaman 1dari 7

PENGERTIAN TALBINAH

Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Valgare) bersama
kulitnya, ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis.
Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya seperti warna susu .Ia digunakan sebagai
pemakanan tambahan dan juga sebagai rawatan alternatif pelbagai penyakit kronik masa kini
yang sukar dirawati melalui kaedah moden.

KANDUNGAN TALBINAH
Talbinah mengandungi bahan-bahan seperti : B Glucane yang berfungsi menurunkan kadar
kolesterol dalam darah, Vitamin E yang boleh melemahkan enzim-enzim yang mensintesis
kolesterol , mengandungi Potasium yang berfungsi menurunkan tekanan darah, mengandungi
Melatonin yang berfungsi menurunkan kolesterol, menurunkan tekanan darah, mengubati
Parkinson, meningkatkan ketahanan tubuh, mengubati gangguan tidur, mengubati kanser dan
mengubati kemurungan. Ia juga mengandungi Lysine yang berfungsi membangun kesihatan
tubuh, Mineral-mineral yang berfungsi membangunkan kesihatan tubuh, mencergaskan sistem
ketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran hormon dari kelenjar-kelenjar. Selain itu ia juga
mengandungi serat (fiber), vitamin-vitamin A,C ,D,E dan B Complex serta bahan-bahan lain
yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

FAEDAH DAN KHASIAT BERDASARKAN RUJUKAN


HADIS NABI S.A.W
Oleh kerana Talbinah mengandungi bahan-bahan yang sangat baik untuk kesihatan dan sangat
banyak faedahnya, maka Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah untuk
mengatasi pelbagai jenis penyakit, samada berkaitan dengan fizikal mahupun kejiwaan,
diantaranya ialah :

1) Menenangkan Hati Pesakit


Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, sifatnya yang lembut dan mudah dihadam. Ia sangat
baik untuk menenangkan hati pesakit. Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit
yang baru sembuh dari penyakit, iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan diantara
sakit dan sembuh (an naqahah). Dalam satu riwayat dari Imam Ahmad yang bermaksud :
Aisyah RA telah berkata "Adalah Nabi Saw apabila diberitahu kepadanya bahawa seseorang
telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah SAW "Hendaklah kamu
menyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya (Diriwayatkan oleh Imam
Ahmad )

Di dalam satu hadis riwayat Tarmizi katanya : Adalah nabi SAW apabila ahli rumahnya
ditimpa sakit, baginda SAW memerintah supaya dibawa minuman dari Syaeer lalu dibuat
untuk mereka (riwayat Tarmizi dan beliau berkata hadis ini adalah Hasan lagi Soheh )
2- Membantu Menghilangkan Kesedihan dan
Kemurungan ( Depression )
Terdapat satu hadis bahawa Rasulullah SAW telah mengesyorkan penggunaan Talbinah bagi
mereka yang ditimpa musibah. Diriwayatkan bahawa Aisyah RA apabila berlaku kematian
dikalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudian
disediakan roti dari Syaeer (tharid) lalu dituangkan Talbinah ke atas tharid tersebut, lalu ia
berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir : makanlah roti ini kerana saya mendengar
Rasulullah SAW bersabda : Maksudnya : Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat
meringankan kesedihan (riwayat Bukhari dan Muslim )

Dan Nabi SAW bersabda tentang Talbinah ini, maksudnya :

Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan
membersihkan hati pesakit, sebagaimana seorang kamu membersihkan kotoran dari mukanya

Diantara bahan yang dapat melawan penyakit kemurungan (depression) yang terdapat
didalam Talbinah adalah seperti Asid Amino, Minerals, Vitamin B dan Anti Oksidan.

3- Merawat Penyakit Pada Sistem Penghadaman


Talbinah dapat menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam serta
menghilangkan kesakitan. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

Hendaklah kamu menggunakan suatu yang tidak disukai tetapi berfaedah iaitu Talbinah,
Demi nyawaku yang berada didalam kekuasaan Allah, sesungguhnya ia (Talbinah) pasti
menyucikan perut seorang kamu sebagaimana dia menyucikan kotoran dari mukanya (riwayat
Ibn Majah dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Al Zahabi )

Rasulullah telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukai
kerana kebanyakan orang tidak suka memakannya kerana rasanya yang tidak sedap. Talbinah
dapat membantu merawat penyakit pada sistem penghadaman seperti penyakit sembelit yang
lama, mengawal dari kanser usus, mengawal dari penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang
menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak,
vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh) dan merawat kegemukan serta
merawat penyakit-penyakit merbahaya yang lahir dari kegemukan.

4- Membantu Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah


Kolestrol bergerak dalam darah melalui sistem pengangkutan tubuh yang dinamakan protein-
protein lemak (Lipoproteins). Peranan kolesterol yang paling penting ialah mengangkut lemak
di dalam saluran darah ke semua destinasi tubuh, kerana lemak tidak boleh beredar dalam
saluran darah dengan sendiri. Kebiasaannya sistem pengangkutan ini berjalan lancar tetapi
apabila terlalu banyak lemak dimakan, badan memerlukan lebih banyak kolesterol untuk
mengerakkannya, maka kolesterol akan bertambah.

Lipoproteins terbahagi kepada dua jenis, iaitu LDL yang dikenali dengan kolesterol jahat
kerana serpihannya senang melekat pada dinding saluran darah dan HDL yang dikenali
sebagai kolesterol baik dimana ia berfungsi mencari dan menyelamatkan serpihan LDL yang
terlekat pada dinding saluran darah dan membawanya balik ke hati lalu dikitar semula.
Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan bahawa Talbinah sangat berperanan mengurangkan
kadar kolesterol jahat didalam darah manusia.

5- Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Darah Tinggi


Penyakit darah tinggi ialah keadaan dimana tekanan darah berlaku ke atas dinding saluran-
saluran darah. Talbinah dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium
yang berfungsi seimbangkan garam dan air dalam tubuh. Selain itu Talbinah berfungsi
melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.

6- Talbinah Dapat Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah


Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan fiber yang tidak boleh larut (Soluble
Fibers & Insoluble) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula dan
lemak dalam darah.

7- Mengawal Dari Penyakit Kanser Dan Melambatkan


Penuaan (Awet Muda)
Oleh kerana Talbinah kaya dengan serat (fiber), antioksidan dan vitamin, maka ia boleh
mengatasi masalah pergerakan oksigen yang bergerak secara bersendirian didalam tubuh yang
boleh menjadi punca penyakit-penyakit kanser. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor
dari Universiti Waskingson di Amerika membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi
penyakit kanser tersebut. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya dalam Talbinah juga
membantu mengawal penyakit kanser daripada merebak.

8- Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Kesukaran Tidur


(Insomnia)
Talbinah dapat membantu mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana ia mengandungi
hormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur. Bila pengeluaran hormon ini
berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi.
Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaran
hormon Prostaglofin tersebut yang menghalang Insomnia.

9- Talbinah Menguatkan Sistem Ketahanan Tubuh :


Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan oksigen yang
bergerak secara berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh di cerna pada
dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh. Zarah-zarah Oksigen biasanya akan
berpasangan dan apabila ia berasingan ia akan bergerak secara tidak menentu untuk mengejar
pasangannya yang menyebabkan berlaku pertembungan. Bahan anti-oksidan yang terdapat
dalam Talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding
sel bagi menentang kuman-kuman yang merosakkan nya. Zarah oksigen yang berasingan
tersebut jika ia berkumpul pada dinding saluran darah ia boleh menyempitkan saluran darah
dan jika ia berkumpul pada kulit ia boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan
mewujudkan kedutan pada kulit dan jika ia berkumpul di bahagian otak ia boleh melemahkan
daya ingatan dan berkemungkinan akan menghilangkan daya ingatan tersebut. Kandungan
vitamin A dan E yang banyak di dalam Talbinah dapat mengatasi masalah tersebut daripada
berlaku.

CARA PENYEDIAAN TALBINAH


Masukkan satu pek Talbinah segera ke dalam secawan air panas yang telah mendidih ( 250 ml
), kemudian dikacau sehingga larut. Biarkan seketika supaya ia suam sebelum ianya diminum.

Talbinah segera juga sesuai dicampur ke dalam masakan seperti sup ayam/daging dan juga
pelbagai masakan lain untuk menambahkan lagi khasiat pemakanan anda seharian.

Untuk mendapat kesan maksima Talbinah, disyorkan agar pengambilannya adalah sebanyak
dua kali sehari, sewaktu perut anda masih kosong iaitu sebelum makan pagi dan makan
malam. Ia sesuai sebagai hidangan untuk seisi keluarga samada dewasa mahupun kanak-
kanak.

MENGATASI MASALAH KADAR KOLESTROL


TINGGI, KENCING MANIS & DARAH TINGGI

Saya menghadapi masalah kadar kolestrol tinggi selama 25 tahun. Selepas itu,
saya disahkan juga menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi . Ini menyebabkan
saya terpaksa bergantung kepada ubat doktor sepanjang masa saya menghidap penyakit-
penyakit tersebut. Kemudian saya diperkenalkan kepada produk Talbinah (makanan Sunnah)
keluaran syarikat AFAQ di Malaysia dan mengambil Talbinah pada setiap pagi sejak 3 bulan
yang lalu. Alhamdulillah, hanya selepas 1 bulan menggunakannya, doktor mengesahkan
bahwa kadar kolestrol, gula dan darah dalam badan saya kini seimbang. Hasilnya, doktor
telah mengurangkan dosej bekalan ubat-ubatan.

Ini adalah buat pertama kali dalam masa 25 tahun sedangkan saya telah mencuba pelbagai
ubat-ubatan yang lain sebelum ini. Pada bulan Mac 2010, saya tidak lagi perlu mengambil
ubat bagi mengawal kadar kolestrol (LDL & HDL) kerana kedua-duanya kini seimbang .
Saya tidak menghadapi sebarang kesan sampingan dari pengambilan Talbinah, bahkan ianya
memperbaiki sistem penghadaman.
Khalifa M Agoub (64 tahun)
Libya
(HP: 12 7058530)

MEMULIHKAN PENYAKIT SEMBELIT, PENING &


MUNTAH-MUNTAH KETIKA HAMIL SERTA
MENAMBAH KHASIAT BAGI MAKANAN.

Saya menghidapi masalah sembelit sejak dari kecil lagi. Ia bertambah sukar
pada waktu hamil. Selain dari itu, saya juga menghadapi masalah sering muntah-muntah dan
pening ketika hamil tidak kira pagi, petang atau malam. Alhamdulillah, sejak mengambil
Talbinah pada setiap pagi sejak 6 bulan yang lalu, saya tidak lagi menghadapi kesukaran
buang air dan kini saya hamil tanpa menghadapi sebarang masalah pening atau muntah-
muntah.

Selain dari mengambil Talbinah secara rutin pada setiap pagi, saya juga menambahkan
Talbinah pada setiap masakan. Saya dapati Talbinah menambah perisa pada makanan,
mempercepatkan daging menjadi empuk serta menjadikan makanan lambat rosak (basi).
Terima kasih kepada Talbinah dan syabas kepada syarikat Afaq !

Shahida Johar (29 tahun)


Singapura
(HP: 012 734 0769)

SEWAKTU BERSALIN, PROSES MELAHIRKAN


ANAK KAMI YANG KESEMBILAN INI SANGAT
MUDAH

Saya menghidap penyakit Bawasir (bahagian dalaman) sehingga ke tahap


mengeluarkan darah yang banyak. Saya diperkenalkan dengan produk Talbinah makanan
Sunnah oleh salah seorang rakan. Selepas seminggu mengambilnya seuncang sehari, tiada lagi
darah yang keluar. Kini telah hampir 1 tahun saya menggunakan Talbinah, saya tidak lagi
menghadapi masalah Bawasir.
Isteri saya juga mengambil Talbinah seawal waktu kehamilan beliau dan tidak
meninggalkannya sehingga tiba waktu bersalin. Natijah yang mengagumkan ialah sewaktu
bersalin, proses melahirkan anak kami yang kesembilan ini sangat mudah dan bayi yang
dilahirkan juga sangat bersih tanpa kesan darah dan sebarang kotoran. Doktor juga sangat
kagum dengan hal ini.

Sharuddin bin Md Rafie (41 tahun)


Kelantan
(HP: 012 752 8925)

MENAMBAH KECERGASAN MINDA, MENGUATKAN


KETAHANAN TUBUH MELAWAN PENYAKIT DAN
MENGATASI MASALAH BUANG AIR KECIL
KURANG LANCAR
Saya mendapat tahu mengenai Talbinah (makanan Sunnah) dan khasiatnya yang pelbagai,
maka saya mula memberikannya kepada 3 orang anak saya yang berusia 10, 8 dan 7 tahun.
Manfaat pertama yang saya dapati ialah anak-anak saya kini bertambah sihat dan cergas.
Mereka kini tidak mudah dijangkiti penyakit seperti demam, batuk dan sakit perut seperti
sebelum ini. Seterusnya minat mereka terhadap pelajaran kini juga meningkat.

Saya amat mengesyorkan kepada ibu bapa untuk memberikan anak-anak mereka Talbinah
pada setiap pagi kerana selain dari ia merupakan sarapan yang mengenyangkan, ia juga
membekalkan mereka khasiat dan kecergasan yang diperlukan sepanjang masa di sekolah.
Bagi diri saya sendiri, sebelum mengambil Talbinah, saya menghadapi masalah buang air
kecil yang tidak lancar. Alhamdulillah, sejak mengambil Talbinah, masalah tersebut telah
dapat diatasi.

Wan Haliza Wan Dollah (35 tahun)


Kelantan
(HP: 017 718 2859)

MERAWAT MASALAH JERAWAT


Sebelum ini wajah saya sering keluar jerawat. Alhamdulillah, setelah mengamalkan minum
Talbinah sejak 13 November. 2009 setiap hari, wajah saya sekarang nampak berseri dan rasa
lebih bertenaga dan sihat, saya sangat berpuas hati Dengan minuman yang berkhasiat ini.
Pada sesiapa yang belum membelinya, saya syorkan agar anda mencubanya.

Minum sejak: 13 Nov 2009


Minum dalam: 10 kotak

Nur Liyana Hairi (27 tahun)


Admin Executive, Singapore
MEMULIHKAN TENAGA, MENGUATKAN HAFALAN
DAN MELANCARKAN PENCERNAAN
Setelah mencuba Talbinah saya rasa cergas, kekuatan hafalan meningkat dan senang buang air
besar. Setelah saya Rekomenkan Talbinah pada rakan-rakan di NIE (National Institute of
Education), ramai ingin mencubanya. Dan saya Harap makanan sunnah ini dapat diamalkan
secara berterusan, InsyaAllah.

Minum sejak: 17 October 2009


Minum dalam: 10 kotak

Muhd Firdaus Bin Jamil (27 Tahun)


Penuntut NIE, Singapore

MERAWAT PENYAKIT GOUT DAN MEMULIHKAN


TENAGA
Merawat penyakit Gout dan memulihkan tenaga Saya sering sakit-sakit dan ada penyakit
Gout. Setelah minum Talbinah, alhamdulillah badan rasa sihat, raut wajah. Saya kelihatan
lebih segar, lebih bertenaga dan lebih ceria. Setelah saya cuba Talbinah, penyakit Gout di kaki
berkurangan. Setiap pagi saya minum Talbinah 1 kali sehari.

Minum sejak: 26 October 2009


Minum dalam: 8 kotak

Ibrahim Bin Abu Hasan (55 Tahun)


Safety Assistant, Singapore

Anda mungkin juga menyukai