Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN : GOTONG-ROYONG

Soalan: Sekolah kamu mengadakan Gotong-royong Perdana Sempena Kempen Anti Denggi.
Sebagai ahli pengakap, nyatakan tindakan kamu.

Sekolah saya telah mengadakan Gotong-royong Perdana Sempena Kempen Anti


Denggi pada hari Sabtu yang lepas. Ahli pasukan pengakap diwajibkan hadir. Sebagai ahli
pasukan pengakap, saya telah menyertai kempen tersebut. Gotong-royong tersebut telah
diadakan di sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Kampung Nasib.

Setiap orang mestilah membawa peralatan sendiri. Kami berkumpul di padang.


Sebelum memulakan aktiviti gotong-royong, kami mendengar taklimat yang disampaikan
oleh guru besar.

Kemudian, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kami diberi tugasan yang
amat mudah. Kami pergi ke tempat yang ditetapkan.

Saya dan kawan-kawan membersihkan kawasan persekitaran. Kami membuang air


yang bertakung di dalam pasu bunga supaya nyamuk aedes tidak membiak. Seterusnya,
saya dan kawan-kawan menyapu daun-daun kering yang terdapat di kawasan tersebut. Saya
juga membersihkan longkang agar aliran air menjadi lancar.

Selepas itu, kami semua berehat di kantin sekolah. Kami makan makanan yang
disediakan. Kami makan sambil berbual-bual dengan rancak sekali.

Setelah lewat petang, aktiviti gotong-royong berakhir. Saya berasa sangat gembira
kerana dapat bergotong-royong bersama-sama. Kawasan sekolah menjadi ceria dan pelajar
dapat belajar dengan selesa. Saya juga berharap agar kempen anti denggi ini akan dilakukan
lagi pada masa akan datang. Melalui aktiviti gotong-royong ini dapat mengeratkan
silaturahim.

Faedah-faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan
masyarakat haruslah berusaha mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan
Ilmu.

Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita


dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini.
Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.

Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang
berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan
peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita
tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung".

Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat
mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk
berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.

Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini
amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan
membaca buku amalan harian.

Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca.
Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap
masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup
mereka.

Contoh karangan 4 - Faedah Berjimat Cermat.

Berjimat cermat amalan mulia. Tuliskan sebuah karangan tentang faedah berjimat cermat.

Berjimat cermat merupakan amalan mulia yang dituntut oleh setiap agama. Amalan
ini perlulah dipupuk sejak dari kecil lagi. Terdapat banyak faedah jika kita berjimat cermat.

Antara faedah berjimat cermat adalah dapat melatih diri daripada melakukan
pembaziran. Contohnya amalan menabung. Jika seseorang itu selalu menabung, wangnya
akan semakin bertambah seperti pepatah “ sedikit- sedikit, lama- lama jadi bukit “ . Wang
tabungan tersebut dapat digunakan untuk perkara- perkara berfaedah seperti membeli
barangan keperluan atau apabila melangkah ke menara gading kelak.

Dalam situasi dunia sekarang di mana keadaan ekonomi yang tidak stabil, amalan ini
perlulah dititikberatkan. Contohnya jika kita berjimat cermat dalam penggunaan tenaga
elektrik dan air akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk membayar bil bulanan. Wang
yang selebihnya dapat disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.

Di samping itu, berkongsi kenderaan ke tempat kerja juga adalah satu daripada
amalan yang dapat menjimatkan kos bulanan. Memandangkan harga bahan bakar yang kian
meningkat, amalan ini dilihat dapat mengurangkan perbelanjaan harian. Justeru, dengan
berkongsi kereta juga dapat mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya sekali gus dapat
mengurangkan kadar kemalangan.

Selain itu, amalan berjimat cermat ini dapat menginsafkan diri akan penderitaan
orang lain seperti masalah kebuluran yang dialami oleh penduduk di benua Afrika. Apabila
membayangkan penderitaan mereka, sudah pasti kita tidak akan membazir makanan dan
minuman yang kita nikmati setiap hari. Jika ada peluang kita juga boleh menyumbangkan
sesuatu untuk meringankan penderitaan mereka.

Oleh itu, marilah kita amalkan sikap berjimat cermat kerana amalan ini menjadikan
kita seorang yang bertanggungjawab. Kita perlu sederhana dalam setiap perkara kerana
membazir itu adalah amalan syaitan.

Menyambung Cerita TIBA –TIBA


; Rumah dimasuki pencuri
Hari sudah jauh malam. Adik-adik aku sudah tidur, namun ibu bapa aku
belum juga pulang. Aku menjadi bimbang dan risau.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu. Malam semakin sejuk, hendak


lelapkan mata, aku tidak rasa mengantuk. Aku ingin bangun dari tempat tidurku,
namun pelbagai andaian bermain dikepalaku. Aku berasa tidak sedap hati.

Bunyi itu semakin jelas. Setahuku, jiranku telahpun pulang ke kampungnya.


Dari manakah datangnya bunyi itu? Aku memberanikan diri untuk mengintai dari
celah pintu. Aku dapat melihat dengan jelas kelibat dua orang lelaki sedang
mundar-mandir di dapur. Aku segera menutup lampu ka lau-kalau pergerakkanku
diperhatikan.

Kedua-dua mereka nampak mencurigakan. Mereka berjalan terbongkok -


bongkok. Mereka membawa beberapa peralatan rumah ke sudut halamman.

Menyedari kejadian itu, aku segera menelefon polis. Tidak l ama kemudian,
pihak polis pun tiba. Kedua-dua lelaki itu telah ditangkap. Kedua-duanya ialah
kumpulan pencuri yang dikehendaki polis.

Aku juga terdengar bunyi deruan enjin kereta ayah. Rupa -rupanya ibu dan
ayahku telahpun pulang. Aku amat gembira da n berasa lega. Ibu dan ayah
tercengang melihat polis disekeliling kawasan rumah. Pihak polis mengucapkan
terima kasih kepadaku.

Ibu dan ayahku tersenyum mendengar cerita itu. Tiba -tiba, ibu datang
memelukku. Ibu dan ayah bangga denganku. Aku akan m engingati peristiwa itu
sebagai kenangan manis buatku.

Anda mungkin juga menyukai