Anda di halaman 1dari 4

Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Keempat Tahun 2018

SJK(C) Hwa Min, 35350 Temoh,Perak.


Tarikh : 13-11-2018 (Selasa)
Tempat : Pusat Sumber
Masa :3.00 p.m.-5.00 p.m.
Rumusan Kehadiran : ( Sila rujuk lampiran )
Tidak Hadir : -
Kehadiaran : 6/6

B Nama Pegawai Jawatan T/Tangan


il
1 Guru Besar Tan Lay Bee Pengerusi

2 Puan Foo Yoke Foung Guru Matematik Tahun 4

3 Encik Teng Soon Yeow Guru Matematik Tahun 2

4 Cik Phan Chei Wei Guru Matematik Tahun 6

5 Cik Hew Choo Yee Guru Matematik Tahun 5

6 Puan Yong Pao Yen Guru Matematik Tahun 3

7 Encik Tan Yann Yuan Guru Matematik Tahun 4


AGENDA 1: UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru bagi
melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kali Keempat ini.

(Makluman)

AGENDA 2: MEMBACA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Setelah membaca minit mesyuarat yang lalu, Puan Yong bercadang dan disokong oleh Encik
Tan semua bersetuju minit ini diterima.
(Makluman)

AGENDA 3: PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.


(Makluman)

AGENDA 4: PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1 Keputusan subjek Matematik bulan Oktober (PKSR 2), semua kelas mendapat peratus
kelulusan yang memuaskan. Namun, guru Tahun 5 perlu berusaha lebih gigih untuk
mencapai peratusan kelulusan sebanyak 90%. Murid Tahun 3 dan 4 telah mendapat kelulusan
100%.

4.2 Guru-guru diminta membimbing murid yang gagal dalam Ujian Bulanan Oktober dengan
menyemak semula P&P supaya pencapaian guru menuju ke arah positif. Guru-guru perlu gigih
lagi dalam mengukuhkan asas murid. Latihan perlu diperbanyakan supaya murid dapaat
menguasai cara menyelesaikan soalan Matematik.
(Tindakan: Guru Matematik)

4.3 Guru-guru yang mengajar subjek Matematik digalak menggunakan alatan ICT semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru-guru perlu banyak menggunakan alat bantu
dalam bab-bab yang melibatkan kehidupan harian, contohnya, waktu dan masa, jisim dan
panjang.
(Tindakan: Guru Matematik)
4.4 Semua murid telah lulus dalam Ujian LINUS (Saringan 2) yang dijalankan dari bulan August
hingga bulan Oktober.

AGENDA 5: UCAPAN PENANGGUHAN

5.1 Pengerusi mengatakan kita perlu sentiasa menghadapi kehidupan harian dengan lebih gigih
dan tabah lagi.. Selain itu, kita juga perlu bertabah dalam mengekalkan semangat yang tinggi
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

------------------------ ------------------------
(HEW CHOO YEE) (TAN LAY BEE)
Setiausaha Panitia Matematik, Guru Besar,
SJK (C) Hwa Min SJK (C) Hwa Min

Anda mungkin juga menyukai