Anda di halaman 1dari 5

DASAR PANITIA BAHASA TAMIL

1.0 PENGURUSAN

1.1 Mesyuarat panitia akan diadakan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.

1.2 Perjumpaan kecil akan diadakan pada masa diperlukan.

1.3 Guru BahasaTamil perlu serahkan biodata dan jadual waktu peribadi kepada

panitia pada awal sesi persekolahan.

1.4 Seorang penyelaras akan dilantik untuk setiap tahun.

2.0 DSKP, DSKP SEMAKAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN DAN

RANCANGAN HARIAN

2.1 DSKP Bahasa Tamil patut dijadikan sebagai panduan pengajaran dan

pembelajaran oleh semua guru Bahasa Tamil mengikut tahun yang diajar.

2.2 Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Tamil yang terkini mesti dipaparkan

dalam buku rekod mengajar mengikut tahun yang diajar.

2.3 Rancangan Harian Bahasa Tamil mesti selaras, seperti contoh dibawah:

Tarikh :
Kelas :
Tajuk :
Standard kandungan :
Standard pembelajaran :
Objektif :
Aktiviti PdPc :
Elemen merentas Kurikulum :
PAK 21 :
BBB :
Pemulihan/Pengayaan :
Refleksi / Impak :

:
3.0 PENGGUNAAN BUKU TEKS/ BUKU TULIS/ BUKU AKTIVITI

3.1 Panitia telah tetapkan kuantiti minimum latihan yang ditetapkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bilangan buku mengikut tahun

Jenis buku tulis Thn 1 Thn 2 Thn 3 Thn 4 Thn 5 Thn 6

Buku latihan(Tatabahasa) 2 2 2 2 2 2

Buku latihan (Ejaan) 1 1 1 1 1 -

Buku latihan (Pemahaman) 1 1 1 1 1 -

Buku Bina Ayat/ Karangan 1 1 1 2 2 2

Buku Bacaan B.Tamil 1 1 1 - - -

Buku Aktiviti B.Tamil 1 1 1 - - 1

4.0 KEWANGAN

4.1 Dasar kewangan mesti dipatuhi mengikut Tatacara Kewangan.

4.2 Perancangan pembelian BBB mestilah berbincang dengan ketua panitia

terlebih dahulu.

5.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.1 Kaedah pengajaran dan pembelajaran harus menyeronokkan dan berkesan

dengan penggunaan :

 PAK 21

 CD yang sedia ada.

 Frog VLE

 Penggunaan Netbook
 Sudut Bahasa Tamil

 Alat Bantu Mengajar

 Kad Bacaan

 Set soalan (MIED)

6.0 PROGRAM NILAM

6.1 Program Nilam seharusnya dilaksanakan dengan sepenuhnya.

6.2 Sebanyak 1 waktu daripada 10 waktu seminggu bagi pengajaran Bahasa

Tamil Tahap 1 & 2 hendaklah digunakan untuk program ini.

6.3 Program bacaan juga seharusnya dilaksanakan setiap hari jumaat selama

40 minit iaitu dari 7.00pg hingga 7.40pg.

7.0 PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN

7.1 Guru Besar , Guru Kanan akan mengadakan pencerapan klinikal mengikut

jadual yang ditetapkan.

7.2 Guru Besar dan Guru Kanan akan mencerap hasil kerja murid melalui

buku-buku latihan dan buku kerja.

7.3 Guru B.Tamil dikehendaki menghantar buku latihan murid kepada Guru

besar / Guru kanan berkenaan mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan.

8.0 PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN


8.1 Peperiksaan akan diadakan 3 kali setahun – OTI 1, OTI 2, OTI 3
8.2 Kertas peperiksaan yang disediakan adalah berdasarkan kepada JSU
(Jadual Spesifikasi Ujian) & JSI (Jadual Spesifikasi Item) dari Lembaga
Peperiksaan.
8.3 Penggubal soalan harus sediakan skema pemarkahan dan jawapan.
8.4 Pemeriksa kertas soalan adalah guru B. Tamil mengikut tahun yang diajar.
( Sekiranya guru B.Tamil berada dalam cuti panjang, maka pemeriksaan
kertas soalan guru tersebut akan diagihkan di antara guru B.Tamil yang
lain.)
8.5 Setiap kali peperiksaan selesai , guru matapelajaran perlu :
a. memeriksa kertas soalan.
b. mengisi markah dalam borang markah.
c. menyediakan post –mortem – membuat analisa mengikut kelas.
- membuat analisis item/headcount.
- menyatakan kekuatan, kelemahan dan
cara mengatasi masalah yang dihadapi.
9.0 PERANCANGAN STRATEGIK
9.1 Panitia merancang satu Perancangan Strategik setiap tahun. Semua guru
B.Tamil secara lansung terlibat dalam program yang disenaraikan dalam
Perancangan strategik dan diharap dapat memberi kerjasama bagi menjayakan
program-program itu.

9.2 Setiap guru B.Tamil dikehendaki merancang satu projek khas untuk tahun/
kelas yang diajar. Projek Khas itu mesti disediakan dalam satu pelan tindakan.
Pelan tindakan itu mesti diserahkan kepada Ketua Panitia pada awal bulan
Mac.(Contoh: Tajuk karangan, Pelunjuran).

10.1 WAKTU RELIEF


10.1 Guru B.Tamil yang menjalankan waktu relief di kelas tertentu
Ditetapkan menjalankan aktiviti seperti:
a. menjalankan kuiz B.Tamil
b. ulangkaji
c.memberikan maklumat tentang B.Tamil
d. program bacaan
e. aktiviti di sudut B.Tamil
10.2 Guru relief mesti mengajar seperti yang ditulis oleh guru B.Tamil dalam buku
rekodnya atau guru boleh menukar jumlah waktu yang digantikan bersama guru yang
tidak hadir tersebut.

GURU BERKURSUS
Setiap guru Bahasa Tamil yang pergi berkursus perlu :
 Mengisi Borang Minit Curai
 Menyerahkan segala peralatan yang diterima semasa berkursus kepada Ketua
Panitia.
 Menetapkan tarikh hendak jalankan kursus dalaman untuk perkembangan staff.
 Guru yang diminta menghadiri kursus atau mengambil cuti rehat perlulah menulis
buku rekod dan menyimpan di dalam kelas untuk rujukan guru ganti.
 Guru yang perlu menghadiri kursus atau mengambil cuti rehat perlulah menukar
waktu pembelajaran dengan guru lain supaya guru lain tersebut dapat
menggantikan waktu guru yang akan keluar.
 Menyediakan latihan untuk murid-muridnya

DISEDIAKAN OLEH, DISAHKAN OLEH,

…………………………………… ………………………………
(KASTURI A/P MUNIANDY) (KALAI ARASI A/P ALAGARASAMY)
KETUA PANITIA BT GURU BESAR

Anda mungkin juga menyukai