Anda di halaman 1dari 3

MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS 2017

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS KALI PERTAMA 2017


Tarikh
HARI
MASA
TEMPAT

: 30 Disember 2016
: Khamis
: 8.30 Pagi
: Kelas 1A

Kehadiran:
i.
Pn Juliana Liew Siaw Ming (Ketua Bidang Bahasa)
ii.
Pn Maimunah Bt Haji Rambli (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
iii.
Pn Jamie Lim Sin Ping (Guru Cemerlang Bahasa Inggeris)
iv. En Muhammad Azmeer B Basir (Penolong Ketua Panitia/Setiausaha)
v. Cik Helena Bulan Apoi
vi.
Pn Rosita Ak Sebastian Rumpang
vii.
Pn Nadia Bt Abdul Wahid
viii.
Cik Chin Ka Phin
ix.
Puan Anita Awing Sigau
BIL
1.

PERKARA
Kata-kata Aluan Pengerusi
1.1
1.2

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru Bahasa Inggeris ke mesyuarat


panitia 1/2017
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah berusaha
keras sepanjang tahun 2017 terutamanya kepada guru-guru yang terlibat secara
langsung dengan kelas PT3 dan SPM

Agenda
2.1

2.2

2.3

Berikut adalah senarai penyelaras tingkatan bagi tahun 2017: - Peralihan Pn Anita Awing Sigau
- Tingkatan 1 Cik Chin Ka Phin
- Tingkatan 2 En Muhammad Azmeer B Basir
- Tingkatan 3 Pn Jamie Lim Sin Ping
- Tingkatan 4 Pn Nadia Bt Abdul Wahid
- Tingkatan 5 Pn Maimunah Bt Haji Rambli
Rekod PdP bagi tahun 2017 akan menggunakan sistem 2 fail. Isi kandungan
setiap fail telah diperincikan oleh KB. Diharap semua guru akan dapat
memastikan fail 1 dan fail 2 siap sebelum diserahkan kepada Pengetua.
Giliran menyiapkan kertas soalan telah disiapkan oleh KP seadilnya dan diharap
semua guru dapat menyiap kertas soalan penngal pertama pada 6 Feb 2017
manakala penggal kedua pada 12 Jun. Semakan akan dilakukan oleh KB dan KP
sebelum dibenarkan membuat salinan bagi peperiksaan.

MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS 2017

2.4
2.5
2.6
2.7
2.8

2.9

2.10
2.11
2.12

2.13

2.14

2.15

Peperiksaan percubaan hanya akan dijalankan sekali sahaja bagi semua kelas
peperiksaan PT3 dan SPM.
Semua guru juga diingatkan tentang penyediaan kertas soalan perlu mengukit 4
aras seperti yang telah ditetapkan oleh unit peperiksaan sekolah.
JSU dan analisis item perlu disiapkan berserta dengan kertas soalan sebelum
dihantar untuk pemeriksaan KB dan KP
Bank soalan akan dikumpul dalam bentuk softcopy oleh setiausaha
peperiksaan sekolah.
KP telah mengumumkan prestasi PT3 2016 dengan Ujian bertulis mencatatkan
peratusan lulus sebanyak 47.71% berbanding 51.56% pada tahun sebelumnya.
Ujian lisan pula mengalami peningkatan dengan mencatatkan 77.9% berbanding
67.5% bagi tahun sebelumnya.
Perlaksanaan ULBS dan PBS akan diteruskan seperti biasa dengan KP menekan
tentang pentingnya semua guru untuk mempuyai system rekod yang baik bagi
mengelakkan keciciran keputusan pelajar. Pengrekodan PBS perlu dijalankan
secara offline sejak tahun 2014 dan perlu diteruskan bagi tahun 2017.
Fail PBS akan disemak oleh KP selepas sahaja cuti sempena Tahun Baru Cina
Tamat.
Perlaksaan MBMMBI berjalan seperti biasa dengan semua guru diingatkan
untuk menerapkan penggunaan yang secara efektif dalam PdP
Program Bacaan Hebat perlu dilakukan secara konsisten oleh guru Tingkatan 3
tahun 2017. KP menegaskan setiap unit yang dihabiskan perlu dilengkapkan
dengan projek yang akan menjadi bukti pemahanan pelajar terhadap input ynag
telah diajar.
Panitia telah membuat keputusan untuk menyertai pertandingan Bahasa Inggeris
Peringkat Miri 2017 yang melibatkan:
- Pertandingan Choral Speaking (Cik Chin Ka Phin)
- Pertandingan Public Speaking (Pn Jamie Lim Siu Ping)
Semua guru diminta bersedia dengan perlaksanaan Bulan Bahasa 2017 yang
akan diadakan pada bulan Febuari. Semua telah bersetuju menggugurkan
aktiviti yang kurang mendapat sambutan dan diganti dengan aktiviti yang akan
dicadangkan dari semasa ke semasa.
KP meminta semua guru untuk menyimpan bahan penulisan yang dirasakan
sesuai untuk diletakkan di dalam majalah sekolah. Guru-guru kelas hadapan
perlu lebih proaktif dalam memberi galakan kepada pelajar untuk berkarya.
Karya-karya pelajar boleh diserahakan kepada En Muhammad Azmeer bin Basir
Makluman: Semua ahli mesyuarat

Hal-hal lain
3.1 KB menegaskan tentang menepati ketetapan masa yang telah diperuntukkan
dalam menyiapkan semua kerja yang perlu diselesaikan. Semua guru diminta
lebih peka dengan tarikh akhir kerana kelewatan menyiapkan sesuatu tugasan

MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS 2017

3.2

3.2

2.3

3.4

akan memberi kesan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung.
KB memaklumkan bahawa peruntukan panitia hendaklah dirancang awal dan
serta perlu digunakan sebaik mungkin. Bagi tahun 2017, bajet berfokus untuk
membeli radio bagi tujuan perlaksanaan PT3. Selain itu, jam rantik sebanyak 5
unit juga dalam perancangan bagi perbelanjaan peruntukkan panitia 2017 selain
alatan PdP yang telah ditempah oleh KP
KP meminta semua guru untuk menyimpan bahan penulisan yang dirasakan
sesuai untuk diletakkan di dalam majalah sekolah. Guru-guru kelas hadapan
perlu lebih proaktif dalam memberi galakan kepada pelajar untuk berkarya.
Karya-karya pelajar boleh diserahakan kepada En Muhammad Azmeer bin Basir
Perlaksanaan LDP akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek PdP yang
dirasakan perlu didedahkan kepada semua guru. Perubahan jadual secara total
juga memerlukan guru bersedia untuk menghadirkan diri dalam perlaksanaan
LDP pada petang Jumaat ataupun pagi Sabtu mengikut kesesuaian.
Mesyuarat ditangguhkan pada 10.30 pagi
Makluman: KP dan semua ahli mesyuarat

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

..
En Muhammad Azmeer B. Basir
(Pencatat Minit Mesyuarat)

Pn Maimunah Bt Haji Rambli


(Ketua Panitia Bahasa Inggeris)

Anda mungkin juga menyukai