Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA DOKUMENTASI SEMPENA FIESTA PONGGAL

IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 2017

TARIKH : 18 JANUARI 2017


HARI : RABU
MASA : 3.00 PETANG HINGGA 7.00 MALAM
TEMPAT : ASTAKA KHALID AL-WALID IPGKTAA

Pada 18 Januari 2017 bersamaan hari Rabu yang lalu, Jabatan Pengajian Tamil, Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan telah mengajurkan Fiesta Ponggal 2017.
Fiesta Ponggal ini telah diadakan di Astaka Khalid al-Walid pada pukul 3 petang. Fiesta Ponggal
ini telah dilaksanakan oleh siswa pendidik dari PISMP Pengajian Bahasa Melayu Semester 7
yang mempunyai ahlinya seramai 18 orang serta dimeriahkan oleh 87 orang siswa pendidik
kaum India.

Jawatankuasa Fiesta Ponggal 2017 telah mengadakan perjumpaan sebanyak tiga kali
dengan siswa pendidik PISMP Pengajian Bahasa Melayu Semester 7 dan membincangkan
tugas masing-masing sebagai ahli jawatankuasa. Puan Hima Devika A/P Raman sebagai
penyelaras Fiesta Ponggal 2017 telah memberikan tunjuk ajar dan menjelaskan tentang proses
pelaksanaan fiesta ini hingga berjaya.

Selain itu, segala perancangan yang dibuat dapat dijalankan dengan lancar dan baik
sekali walaupun terdapat beberapa halangan tanpa sebarang masalah besar. Semua ahli
PISMP Pengajian Bahasa Melayu Semester 7 telah menganding bahu untuk menjayakan Fiesta
Ponggal ini dijalankan dengan teratur seperti yang dirancang. Walau bagaimanapun, setiap
program yang dilaksanakan mempunyai kelebihan, kelemahan dan penambahbaikan yang
perlu kita rekodkan agar program yang akan dilaksanakan pada masa hadapan mempunyai
penambahbaikan serta mengurangkan kelemahan yang sebelumnya.Antaranya ialah:
Kelebihan :

I. Dapat menyediakan peralatan yang cukup serta memenuhi segala permintaan ahli
jawatankuasa yang lain.
II. Persiapan tempat yang mengkagumkan dan sumbangan guru pelatih India yang amat
dihargai.
III. Mempunyai kelainan dari Fiesta Ponggal yang telah diadakan selama ini seperti konsep
perasmian Fiesta Ponggal.
IV. Sumbangan PISMP Pengajian Bahasa Melayu Semester 7 yang telah membersihkan
tempat dan barang-barang yang telah digunakan bagi menghidangkan makanan dengan
bersih.

Kelemahan :

I. Pertandingan yang dilaksanakan terdapat masalah dalam memberitahuan syarat


pertandingan
II. Makanan yang dihidangkan tidak mendapat sambutan yang baik daripada siswa
pendidik
III. Pembayaran duit oleh guru pelatih perlu lebih dititikberatkan.
IV. Ramai siswa pendidik yang tidak menyertai Fiesta Ponggal terutamanya guru pelatih
semester 8

Penambahbaikan :

I. Syarat yang disediakan untuk pertandingan yang dianjurkan perlu diperiksa oleh
pensyarah dan ahli jawatankuasa agar tiada masalah yang wujud.
II. Menggelakkan syarat pertandingan diberitahu secara lisan.
III. Makanan boleh dibincangkan bersama siswa pendidik agar mereka juga berpuas hati.
IV. Tindakan serta merta bagi guru pelatih yang mengingkar arahan yang telah dikeluarkan
oleh Pengerusi Fiesta Ponggal bagi melibatkan semua siswa pendidik India dalam
program ini.

Kesimpulannya, kami bersyukur dan berterima kasih dengan Tuhan kerana Fiesta Ponggal ini
dapat dijalankan dengan meriah dan lancar tanpa sebarang halangan. Saya juga ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada penyelaras Fiesta Ponggal 2017 iaitu Puan Hima
Devika A/P Raman kerana membimbing kami untuk menjayakan program ini. Saya juga ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telibat secara langsung dan tidak
langsung bagi menjayakan Fiesta Ponggal 2017 ini.

Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh,

R. Kithanjali
( KITHANJALI A/P A RAMESH)

Ahli Jawatankuasa Dokumentasi,

Fiesta Ponggal 2017.

Anda mungkin juga menyukai