Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH AGAMA MENENGAH

BAGAN TERAP 45300 SUNGAI BESAR


SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI KELAB TENPIN BOLING
SAMBT

TAHUN 2009

DISEDIAKAN OLEH:

SETIAUSAHA SUKAN

ENCIK MUHAMMAD RAZMAN BIN MASWAN


PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI KELAB BOLING TENPIN
SAMBT PADA TAHUN 2009

1. PENGENALAN
Program ini diadakan bagi mengasah bakat para pelajar agar menjadi
pelajar yang aktif di dalam bidang kokurikulum di sekolah,sekaligus
dapat mencapai visi sekolah SAMBT cemerlang 2012,selain itu ia
menjadi syarat untuk kemasukan pelajar ke institut pengajian tinggi di
Malaysia,malahan dapat mengetahui kelemahan serta bakat semula jadi
yang ada di dalam diri individu itu sendiri.

2. OBJAKTIF
 Melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan diri semasa
menyertai kejohanan peringkat daerah sehingga ke peringkat
antarabangsa.
 Memberi peluang yang lebih luas kepada pelajar untuk mengasah
bakat yang ada di dalam diri.
 Melahirkan pelajar yang mempunyai daya saing yang tinggi bagi
merebut gelaran juara.

3. SASARAN PROGRAM
Ahli kelab Boling Tenpin serta para pelajar SAMT.

4. LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB.


Kelab ini baru ditubuhkan pada tahun 2009. Hal ini disebabkan
pencapaian yang memberangsangkan pada penyertaan tahun
sebelumnya.

5. PENGURUSAN
Program ini diuruskan oleh Kelab Boling Tenpin SAMBT.

6. ORGANISASI KELAB.
Seperti pada lampiran.
7. ANGGARAN BELANJAWAN.
Seperti pada lampiranan.

8. JADUAL LATIHAN.
Latihan dijalankan dua minggu sekali iaitu setiap hari sabtu minggu
pertama dan ketiga. Namun pada bulan Mac dan April latihan di jalankan
setiap minggu bagi persediaan kejohanan MSSD Sabak Bernam. Setiap
kali latihan 20 orang murid akan terlibat.

9. KESIMPULAN
Dengan pelaksanaan program ini diharap dapat membantu
meningkatkan mutu permainan tenpin boling.Melalui latihan-latihan
serta aktiviti yang disediakan oleh pihak sekolah.Diharap akan lahirlah
pemain tenpin boling di peringkat sekolah yang akan terus menyumbang
bakatnya hingga keperingkat antarabangsa. Pengorbanan dan
kesungguhan ini moga dirahmati dariNya

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

…………………………….. …………………………..
(En Razman Bin Maswan)
Setiausaha Kelab Tenpin Boling
SAM Bagan Terap

Disemak oleh :

…………………………..
ANGGARAN BELANJAWAN.

Berikut ialah kos latihan yang diperlukan untuk sekali latihan.

BIL PERKARA JUMLAH SUMBER


1 PENGANGKUTAN
-5 buah kereta guru membawa RM250 Guru Kelab
murid dari Sabak Bernam ke Tenpin Boling.
Lumut
2 Sewa.
-Lanes 5 game X RM4.80 RM500 Murid yang
-Kasut Sepasang X RM1.00 terlibat
3 Jurulatih RM200 -
-bayaran bagi sebulan
JUMLAH SEBULAN RM 950

Berikut ialah kos latihan yang di perlukan untuk setahun:

BIL PERKARA JUMLAH SUMBER


1 Pengangkutan
-Dari Bulan Januari hingga Ogos RM4000 Guru Kelab
Tenpin Boling
2 Sewa.
-Dari Bulan Januari hingga Ogos RM8000 Murid yang
terlibat
3 Jurulatih RM1600 -
JUMLAH SETAHUN RM13600

TENTATIF PROGRAM

Hari : Sabtu

Minggu : Pertama

Lokasi : ARL SUPER BOWL,PENGKALAN TLDM LUMUT.


Masa Program
10.30 – 11.30 Latihan tenpin boling (sesi 1)
11.30 -2.30 Rehat
2.30 – 5.30 Latihan tenpin boling (sesi 2)
5.30 bersurai

TENTATIF PROGRAM

Hari : Sabtu

Minggu : Ketiga

Lokasi : ARL SUPER BOWL, PENGKALAN TLDM LUMUT.

Masa Program
10.30 – 11.30 Latihan tenpin boling (sesi 1)
11.30 -2.30 Rehat
2.30 – 5.30 Latihan tenpin boling (sesi 2)
5.30 bersurai

Anda mungkin juga menyukai