Anda di halaman 1dari 10

1.

PENDAHULUAN

Kertas cadangan ini dibentangkan adalah bertujuan untuk memberi gambaran dan penjelasan mengenai program PERTANDINGAN PENCAK SILAT DAERAH MANJUNG DAN JEMPUTAN NEGERI PERAK 2009.

2.

LATAR BELAKANG

Aktiviti pencak silat bergiat aktif di daerah Manjung, sama ada secara terbuka mahupun tertutup di ceruk-ceruk kampung. Mengikut statistik PESAKA MANJUNG (telah bubar) pada tahun 2003, terdapat kira-kira 15 gelanggang pencak silat yang aktif di daerah ini. Mengikut data retan kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Manjung, terdapat 18 sekolah yang menjadikan aktiviti pencak silat sebagai salah satu bidang kokurikulum. Statistik ini menunjukkan kesediaan dan kekuatan daerah Manjung dalam menyediakan atlet-atlet pencak silat dalam mana-mana pertandingan dan kejohanan. Menjelang Sukan Perak (SUPER V) 2009, penyediaan atlet pencak silat khasnya hendaklah dibuat dengan rapi. Langkah proaktif perlu diambil untuk memastikan atlet-atlet yang akan bertanding memberi saingan dan membawa pulang kejayaan. Oleh itu, satu kaedah pemilihan atlet pencak silat perlu dirancang dan dilaksanakan untuk merealisasikan hasrat tersebut. Sehubungan dengan itu, JAWATANKUASA TEKNIKAL PENCAK SILAT DAERAH MANJUNG yang dianggotai oleh para wasit juri negeri Perak berbesar hati untuk bekerjasama dengan PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MANJUNG dan PERSEKUTUAN PENCAK SILAT OLAHRAGA DAERAH MANJUNG (PESADA) untuk menganjurkan PERTANDINGAN PENCAK SILAT DAERAH MANJUNG DAN JEMPUTAN NEGERI PERAK 2009 bagi merealisasikan hasrat ini.

3. 3.1

MATLAMAT Memilih dan menyediakan atlet pencak silat daerah Manjung yang berkualiti dan bersedia mengharumkan nama daerah dalam mana-mana kejohanan dan pertandingan.

3.2

Memilih dan menyediakan atlet pencak silat untuk program PUSAT LATIHAN NEGERI (PLN) anjuran MAJLIS SUKAN NEGERI PERAK.

4. 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

OBJEKTIF Memilih atlet pencak silat untuk pertandingan SUPER V. Memilih atlet pencak silat untuk PUSAT LATIHAN NEGERI (PLN) Memberi pendedahan pengurusan teknikal sukan pencak silat. Menyediakan atlet-atlet pelapis untuk pertandingan-pertandingan akan datang. Menyediakan data rujukan aktiviti sukan pencak silat untuk urusan pentadbiran.

5. 5.1 5.2 5.4

KHALAYAK SASARAN Persatuan-persatuan pencak silat di daerah Manjung. Atlet-atlet pencak silat di daerah Manjung berumur 17 hingga 20 tahun. Atlet-atlet pencak silat di daerah-daerah dalam negeri Perak berumur 17 hingga 20 tahun.

6.

TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Penganjuran aktiviti ini dicadangkan seperti berikut : 6.1 6.2 6.3 Tarikh Masa Tempat - 14 dan 15 Mac 2009 (Sabtu dan Ahad) - 8.00 pagi hingga 6.00 petang - Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Manjung

7.

YURAN PENYERTAAN

Untuk menampung kos penganjuran, perancangan aktiviti ini bercadang untuk mengenakan bayaran yuran penyertaan seperti berikut : 7.1 7.2 Penyertaan dari daerah Manjung (Putera / Puteri) Penyertaan dari daerah lain (Putera / Puteri) RM 7. 00 RM 10. 00

8.

ACARA PERTANDINGAN DAN PERATURAN

Acara pertandingan adalah acara yang akan dipertandingkan dalam SUPER V nanti dan mengikut peraturan Pencak Silat Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT).

9.

TENTATIF PROGRAM

TARIKH

MASA

AKTIVITI

8.00 am

Pendaftaran - taklimat dan pemeriksaan senjata Pertandingan Silat Seni

9.00 am 14 MAC 2009 12.00 th

- Tari solo - Ganda - Tempur silat Rehat Pertandingan Silat Seni

2.00 pm

- Jurus Tunggal Baku - Regu - Jurus wajib

6.00 pm

Penutup Pendaftaran - Timbang atlet dan Penyediaan jadual Taklimat atlet Pertandingan Silat Olahraga Rehat Pertandingan Silat Olahraga Penutup

8.00 am

9.00 am 15 MAC 2009 9.30 am 12.00 th 2.00 pm 6.00 pm

10.

ANGGARAN KEWANGAN

Penganjuran aktiviti ini memerlukan anggaran perbelanjaan berikut : 10.1 10.2 10.3 10.4 10.5 10.6 10.7 10.8 Hadiah Sijil penyertaan Sagu hati wasit juri Sewa mattress pertandingan Pengangkutan Pengiring muzik silat Seranta Alat tulis dan rencam RM 10 x 102 peserta RM 3 x 102 peserta RM 50 x 12 wasit juri RM 1020 RM 306 RM 600 RM 150 RM 300 RM 200 RM 200 RM 224

JUMLAH

RM 3 000

11.

PENUTUP

Kesungguhan, keikhlasan, dan kerjasama semua pihak akan menjayakan program ini seterusnya membantu membentuk pasukan Pencak Silat Daerah Manjung yang berkualiti dan mampu bersaing dalam kejuaraan SUPER V akan datang. Semoga usaha ini mendapat keredaan Allah dan diharapkan akan menjadi acara tahunan bagi memastikan daerah ini sentiasa melahirkan atlet pencak silat yang mantap.

MENJULANG WARISAN BANGSA

Disediakan oleh, (AHMAD TAJUDDIN B. AYEOB @ HASHIM) JK Teknikal Pencak Silat Daerah Manjung

LAMPIRAN 1 Senarai gelanggang silat di daerah Manjung mengikut statistik PESAKA Manjung tahun 2003.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Negeri Perak Persatuan Seni Silat Kerayong Sendeng Persatuan Seni Silat Cemara Bugis Akademi Seni Silat Sendeng Hanafi Persatuan Seni Silat Kalimah Yahya Said Pertubuhan Seni Silat Cekak Malaysia Persatuan Seni Silat Semangat Warisan Negeri Perak Seni Silat Rencong Rentak Sembilan Seni Silat Gayung Panglima Ulung Seni Silat Sendeng Tujuh Seni Silat Kuntau Tomoi Seni Silat Pendekar Muda Seni Silat Siamang Laut Seni Silat Gerbang Sakti Seni Silat Pukulan Kerambit

Sitiawan Lekir, Sitiawan Sitiawan Sitiawan Ayer Tawar Sitiawan Pantai Remis Manjung Sitiawan Manjung Pantai Remis Beruas Beruas Pangkor Sitiawan

LAMPIRAN 2 Senarai persatuan seni silat di sekolah-sekolah daerah Manjung mengikut data retan kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Manjung 2008. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. SMK Dato Idris, Pengkalan Baharu SMK Pantai Remis SMK Tok Perdana, Sitiawan SMK Ahmad Boestamam, Sitiawan SMK ACS, Sitiawan SMK Teknik Seri Manjung SMK Taman Samudera, Seri Manjung SMK Seri Manjung SMK Pangkalan TLDM, Lumut SMK Pangkor SMK Batu 10, Lekir SMK Raja Shahriman, Beruas SK Gugusan Lekir SK Beruas SK Pangkalan Baharu SK Pantai Remis SK Seri Bayu, Manjung SK Seri Selamat, Sitiawan

LAMPIRAN 3 Cadangan acara Pencak Silat yang dipertandingkan merujuk kepada format SUPER IV 2007 dan SUKMA XII 2008.

SILAT OLAHRAGA PUTERA Kelas A (45 kg - 50 kg) Kelas B (50 kg - 55 kg) Kelas C (55 kg - 60 kg) Kelas D (60 kg - 65 kg) Kelas E (65 kg - 70 kg) Kelas F (70 kg - 75 kg) Kelas G (75 kg - 80 kg) Kelas H (80 kg - 85 kg) Kelas I (85 kg - 90 kg) Kelas J (90 kg - 95 kg)

SILAT OLAHRAGA PUTERI Kelas A (45 kg - 50 kg) Kelas B (50 kg - 55 kg) Kelas C (55 kg - 60 kg) Kelas D (60 kg - 65 kg) Kelas E (65 kg - 70 kg)

SILAT SENI PUTERA Tari solo Jurus tunggal baku Ganda - Tempur silat Regu - Jurus wajib

SILAT SENI PUTERI Tari solo Jurus tunggal baku Ganda - Tempur silat Regu - Jurus wajib

KERTAS CADANGAN

PERTANDINGAN PENCAK SILAT DAERAH MANJUNG DAN JEMPUTAN NEGERI PERAK 2009
14 dan 15 MAC 2009 (Sabtu dan Ahad) 8.00 A.M - 6.00 P.M KOMPLEKS SUKAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

ANJURAN : PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MANJUNG

DENGAN KERJASAMA : PERSEKUTUAN PENCAK SILAT OLAHRAGA (PERSADA) MANJUNG JAWATANKUASA TEKNIKAL PENCAK SILAT DAERAH MANJUNG

LAMPIRAN 4 Cadangan hadiah/ pingat mengikut kategori penyertaan : PINGAT/ HADIAH PERAK GANGSA 2 2 2 2 2 1 1 1 1 1 15 4 4 4 4 4 2 2 2 2 2 30

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

SILAT OLAHRAGA Kelas A (45 kg - 50 kg) L/ P Kelas B (50 kg - 55 kg) L/ P Kelas C (55 kg - 60 kg) L/ P Kelas D (60 kg - 65 kg) L/ P Kelas E (65 kg - 70 kg) L/ P Kelas F (70 kg - 75 kg) L Kelas G (75 kg - 80 kg) L Kelas H (80 kg - 85 kg) L Kelas I (85 kg - 90 kg) L Kelas J (90 kg - 95 kg) L JUMLAH

EMAS 2 2 2 2 2 1 1 1 1 1 15

Bil. 1. 2. 3. 4.

SILAT SENI Tari solo L/ P Jurus Tunggal Baku L/ P Ganda - Tempur Silat L/ P Regu - Jurus Wajib L/ P JUMLAH

EMAS 2 2 4 6 14

PINGAT/ HADIAH PERAK GANGSA 2 2 4 6 14 2 2 4 6 14

JUMLAH BESAR JUMLAH PINGAT

29

29 102

44

Anda mungkin juga menyukai