Anda di halaman 1dari 24

PROGRAM BAKAT TAEKWONDO

KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI DUN RANTAU


KELAB TAEKWONDO (WTF) PERANG
PERWIRA
MAKLUMAT PROGRAM BAKAT TAEKWONDO (WTF)

Pengelola : KELAB TAEKWONDO WTF PERANG PERWIRA

Tempat : Kompleks Sukan Komuniti DUN Rantau, Bandar Ekar

Hari : setiap rabu malam khamis(2014 HINGGA 2023)

Masa : 7.30 malam hingga 9.30 malam

Penyertaan : remaja sekitar DUN Rantau,

Pelajar sekolah - SK.Dato’ Akhir Zaman, SK.Dato’ Raja Melana, SK.Sega, SMK.Dato’shamsudin Nain,
SMK.Rantau SM.Agama Rantau, TADIKA LITLE CALIPH DARI SENDAYAN HINGGA SENAWANG

Tarikh mula : September 2014

Jumlah pelatih : 70 orang berbagai lapisan umur (semasa)

Status program : terbuka kepada semua kanak-kanak, remaja dan belia DUN Rantau.

*Bermula tahun 2020 jadual kelas mengalami perubahan kerana tidak lagi menggunakan kompleks sukan rantau
sebagai tempat latihan. Jadual baharu adalah seperti berikut.

Hari : setiap isnin hingga khamis (kanank-kanak dan remaja)


: khamis malam jumaat (dewasa)
: sabtu pagi latihan khas prestasi tinggi setiap dua minggu
Masa : 8.00 hingga 9.30 malam(isnin hingga jumaat)
: 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (sabtu)

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM

Mencari dan melatih bakat dari DUN rantau dalam sukan tempur Taekwondo (WTF) bagi membarisi
pasukan Negeri Sembilan ke temasya SUKMA
Memperkenalkan cara hidup sihat di kalangan kumpulan sasaran agar mengisi masa lapang dengan
aktiviti berfaedah.
Memperkenalkan taekwondo(WTF) sebagai salah satu sukan tempur bertaraf dunia yang
dipertandingkan sehingga temasya Olimpik dan bukan sekadar seni bela diri.
Mengukuhkan jatidiri di kalangan kumpulan sasaran melalui disiplin dalam sukan tempur Taekwondo
dan semangat kesukanan yang tinggi.
GAMBARAN KESELURUHAN PROGRAM

Program bakat ini telah berjalan hampir 5 tahun bermula September 2014 hingga kini. Setakat hari ini
program telah mempunyai 20 orang pemain aktif yang bertaraf kebangsaan. Seramai 10 orang lelaki dan
10orang perempuan. 20 orang pemain ini menjalani latihan 2kali seminggu dan mengikuti program
intensif semasa cuti sekolah bagi memantapkan kemahiran. Setelah hamper 5 tahun berlalu kini program
ini telah berkembang dengan mempunyai 70 pelatih tetap dari berbagai kategori umur. Pemain yang
telah menamatkan persekolahan telah mendapat laluan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian
Tinggi Awam Malaysia(IPTA) seperti University Pertahanan Malaysia UPNM, University Sains Malaysia
USM, UITM, politeknik dan lain lain institusi di dalam Negara.

Hasil dari program ini setelah hampir 5 tahun berjalan amat memberansangkan apabila pemain pemain
yang berasal dari program ini mula membariskan nama setaraf dengan pemain kebangsaan dan pemain di
dalam program bakat negeri. Pada tahun 2016 kelab taekwondo perang perwira telah bergabung dengan
kelab primier The elementh Martial Art and Taekwondo Acedemy(TEMATA) sekaligus melonjakan
keupayaan program dalam menghasilkan atlet yang lebih berkualiti.

Program lebih menumpukan kepada komitmen pembentukan atlet yang mampu bersaing di peringkat
kebangsaan dan mampu beraksi di pentas antarabangsa.
PENCAPAIAN

1) naib johan kejohanan taekwondo WTF zon selatan 2014

2) johan keseluruhan kategori bawah 18 tahun kejohanan taekwondo wtf Universiti teknologi Melaka 2014

3) 12 pingat emas 9perak dan 11gangsa di kejohanan putrajaya-milo 2014 dari 40 penyertaan.

4) johan kejohanan seni bela diri taekwondo DUN Rantau 2014

5) naib johan keseluruhan kejohanan taekwondo terbuka Melaka 2015

6) pingat gangsa kejohanan taekwondo kebangsaan 2015

7) menyertai liga taekwondo kebangsaan circuit 1,2 dan 3

8) pendahulu liga taekwondo hypermax negeri Sembilan 2015

9) 2pingat gangsa di International Club Taekwondo Organisation(ICTO) Vietnam 2015

10) SMA.Rantau johan keseluruhan Kejohanan Taekwondo Antara Sekolah Sekolah Negeri Sembilan2016

11) 1pingat perak di ICTO Jordan 2016

12) 2 pemain mewakili Melaka dan Pahang di SUKMA Sarawak 2016

13) 4emas di kejohanan 1st KPNP international taekwondo championship,2017

14) 3emas di Semenyeh open championship(2017)

15) naib johan keseluruhan terbuka remaja negeri Sembilan (2018)

16) 1 pingat gangsa di kejohanan remaja kebangsaan di johor (2018)

17) 3 emas dan 2 perak di kejohanan antarabangsa song ki yong cup,hatyai Thailand.

18) Kedudukan ke lima kejohanan remaja dunia di shang hai 2019

19) 12 penyertaan , 6 emas, 2 perak, 4 gangsa, MWB Junior Taekwondo Championship (2023)

20) 5 emas, 9 perak, 13 gangsa, Wu Kwon Taekwondo invitation Championship (2023)


KERTAS KERJA
MEMOHON SUMBANGAN PEMBELIAN ALATAN LATIHAN YANG ROSAK

PENGENALAN

Kelab Perang Perwira Taekwondo (WTF) merupakan kelab berdaftar penuh dengan pesuruhjaya sukan malaysia. Kelab
Perang Perwira Taekwondo (WTF) merupakan satu-satunya kelab Taekwondo beribu pejabat di Rantau dan diangotai oleh
masyarakat setempat dari seluruh kawasan Rantau. Kelab ini telah aktif di kawasan Rantau sejak tahun 2010 dan telah
melahirkan puluhan pemain dari Rantau ke arena antarabangsa. Kelab ini juga telah menawarkan aktiviti Taekwondo
dengan kadar paling murah di Malaysia iaitu hanya RM15.00 sebulan dengan kemudahan pusat latihan yang setaraf
dengan kelab lain yang mengenakan yuran yang lebih tinggi.

Sehubungan dengan itu, pihak kelab ingin meminta sumbangan dari YAB, YB, DATO’, DATIN, TUAN, PUAN, ENCIK supaya
kelab akan lebih berdaya saing dan dapat menambah kelengkapan latihan agar dapat melahirkan lebih ramai anak Rantau
yang mampu bersaing ke arena antarabangsa. Wabak covid19 yang melanda negara sepanjang tahun 2020 menjadi satu
cabaran yang berat bagi kami meneruskan perjuangan membangunkan anak muda di Rantau dengan kos pusat latihan
dan lain-lain kos.

RASIONAL

Rasional pembelian ini adalah bagi memenuhi keperluan latihan para pelatih di Kelab Perang Perwira Taekwondo (WTF).
Bukan itu sahaja, ia sebagai tambahan untuk memenuhi keperluan kejohanan-kejohanan yang akan diadakan dibawah
kelolaan Kelab Perang Perwira Taekwondo (WTF).

OBJEKTIF
I. Bagi memastikan para pelatih dapat berlatih dengan lebih selesa dan selamat dengan melalui pengantian barang
latihan yang baru.
II. Pihak kelab dapat menganjurkan kejohanan-kejohanan taekwondo dengan lebih baik.
BARANG DIPERLUKAN

SENARAI BARANG YANG DIPERLUKAN :

BIL. PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH (RM)


DIPERLUKAN SEUNIT
(RM)

1. FLOOR MAT 100 KEPING 111.62 11,162.00

2. KICKING TARGET 45 UNIT 51.90 2,335.50

3. KICKING BAG 30 UNIT 78.95 2,368.50

4. KICKING PAD 35 UNIT 55.41 1,939.35

JUMLAH RM 17,805.35

PENUTUP

Diharapkan menerusi pembelian alatan baru ini, peralatan lama dapat digantikan dan alatan latihan di Kelab Taekwondo
Perang Perwira akan lebih lengkap dan selamat digunakan untuk tujuan latihan. Selain itu, menerusi pembelian alatan
baru ini juga dapat memberikan keselesaan kepada para pelatih untuk terus berlatih tanpa ada sebarang kecederaan dan
lebih selesa ketika menggunakannya. Diharapkan melalui pengantian alatan latihan ini juga, para pelatih dapat mencipta
lebih banyak kejayaan dalam acara sukan taekwondo dari masa kesemasa.
BARANG-BARANG LATIHAN YANG ROSAK SEWAKTU PKP

KICKING PAD

KICKING BAG
KICKING TARGET

FLOOR MAT
LAMPIRAN GAMBAR PROGRAM
KEJOHANAN TAEKWONDO WTF ZON SELATAN

KEJOHANAN TAEKWONDO UTEM 2014


KEJOHANAN TAEKWONDO MILO-PUTRAJAYA
KEJOHANAN TAEKWONDO TM-NSC-MILO KEBANGSAAN 2015
LIGA TAEKWONDO MALAYSIA

KEM LATIHAN DALAM CUTI SEKOLAH


SESI PERLAWANAN PERSAHABATAN DENGAN KELAB TAEKWONDO SPEED POWER

ICTO DI VIETNAM 2015


FATIN ZULAIKHA 2 DARI KANAN MOHD AIDIL HAKIMI 1 DARI KANAN

KEJOHANAN JEMPUTAN PANGKOR 2015


KEJOHANAN REMAJA DUNIA SHANG HAI 2019
WU KWON TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2023
MBW JUNIOR TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2023

Anda mungkin juga menyukai