Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN ROBOTIK 2017


SMKA DATO’ HAJI ABBAS (SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN)

1. PENDAHULUAN

Program ini bertujuan untuk memberikan inspirasi terhadap pelajar agar berusaha
mencapai kecemerlangan dan berani menerokai bidang baru dalam sains dan
teknologi.Program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar kepentingan
menguasai subjek sains dan teknologi serta memupuk minat melakukan eksperimen
pembinaan robotik dalam mencapai kejayaan.

2. ANJURAN

Pertandingan adalah dibawah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan


kerjasama Sasbadi Holdings Berhad.

3. MATLAMAT

3.1 Meningkatkan semangat dan kecintaan pelajar untuk mendalami ilmu dan teknologi
robotik.
3.2 Memberikan pendedahan kepada pelajar aplikasi sains dan teknologi dalam
kehidupan seharian.
3.3 Memupuk dan mencungkil bakat, daya kreativiti dan inovasi pelajar.

4. OBJEKTIF

4.1 Membina modal insan pelajar yang cemerlang, seimbang dan gigih berusaha
dalam melakukan kajian susulan.
4.2Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan Sains dan Teknologi.
4.3Mengeratkan kerjasama dan semangat sepasukan.
4.4Memupuk semangat setiakawan dan keharmonian.

5. TEMPAT

Dewan SMK Padang Negara, Kuala Terengganu


(bagi Latihan Teknikal & NRC peringkat Negeri)

6. TARIKH

Bulan Julai 2015 (tarikh sebenar pertandingan akan dimaklumkan kemudian)


7. KUMPULAN SASARAN

Bil Kategori Kumpulan Sasaran


1 Menengah Rendah - Regular Pelajar tingkatan 1 – 3
( Bawah 15 Tahun ) ( 2 pasukan akan bertanding )

8. JADUAL LATIHAN TEKNIKAL & PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN

Lihat Lampiran

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Kos

1 45544 LEGO MINDSTORMS EDUCATION EV3 CORE SET


45560 LEGO MINDSTORMS EDUCATION EV3 EXPANSION
SET
Jumlah = RM 3,470.00 (bagi satu pasukan)
Jumlah Keseluruhan = RM 6,940.00
(bagi dua pasukan)

**Rujuk Borang Pesanan

2 Litar Robotik bagi kategori Menengah Rendah = RM500

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN YANG DIPERLUKAN UNTUK


PERTANDINGAN INI
= RM 7440.00

11. ANGGARAN SUMBER PENDAPATAN (memohon sumbangan dari penaja)

i. Alumni SMKA Dato’ Haji Abbas


ii. Koperasi SMKA Tok Jiring
iii. PIBG SMKA Dato’ Haji Abbas
iv. Pembekal Sekolah
12. PENUTUP

Diharap melalui program ini dapat membantu pelajar dalam membina keyakinan diri,
daya juang, kreativiti dan inovasi untuk merealisasi visi dan misi diri serta sekolah untuk
memperolehi kejayaan yang cemerlang dan terbilang.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

(NOR ROHAYA BINTI IBRAHIM ) (TG RUGAYAH BT TG SEMBOK)


Guru Penasihat Kelab Robotik Guru Kanan Bidang VOTEK

Disahkan oleh

(RAMLI BIN IJON)


Penolong Kanan Kokurikulum
SMKA Dato’ Haji Abbas
(Sekolah Kluster Kecemerlangan)
Kuala Terengganu
JADUAL SESI LATIHAN & PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN (NRC) 2015

BULAN AKTIVITI

Februari Latihan Teknikal Berpusat Siri 1

April Latihan Teknikal Berpusat Siri 2

Julai Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC)


peringkat Negeri

September Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC)


peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang

November WORLD ROBOT OLYMPIAD (WRO)


di Doha, Qatar

Anda mungkin juga menyukai