Anda di halaman 1dari 3

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

JELI, KELANTAN

PERMOHONAN KELULUSAN DAN PERUNTUKAN UNTUK BAYARAN YURAN PENYERTAAN BAGI


MENYERTAI IIUM ROBOTIC COMPETITION, INTERNATIONAL ISLAMIC SCHOOL ROBOTIK OLYMPIAD
(IISTRO 2018) DAN NATIONAL ROBOTIK OPEN CHAMPIONSHIP (NROC) 2018

1.0 TUJUAN
1.1 Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Pengetua MRSM Jeli bagi
membuat bayaran yuran penyertaan program robotik dan peruntukan pembelian
peralatan kit robotik bagi persediaan menghadapi pertandingan. Peruntukan yang
dipohon adalah RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU LIMA RATUS TIGA PULUH TUJUH RINGGIT
DAN LIMA PULUH SEN

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Kelab Robotik MRSM Jeli akan menyertai Pertandingan IIUM ROBOTIC COMPETITION
(IRC) 2018, NROC 2018 dan IISTRO 2018.

2.2 Pertandingan ini akan berlansung dari 7 hingga 10 September 2018 bertempat di
Universiti International Antarabangsa (UIAM) Gombak dan Di St Joseph’s Instituition
International School MalaysiaTropicana PJ Campus,Petaling Jaya, Selangor

3.0 CADANGAN PERLAKSANAAN


3.1 Objektif
Objektif pertandingan dan pembelian peralatan adalah seperti berikut:

i. Menambahbaik peralatan dan keperluan barangan bagi kategori Kreatif untuk


pertandingan IRC DAN IISTRO 2018.
ii. Membayar Yuran penyertaan bagi ketiga- tiga pertandingan yang akan disertai
iii. Memastikan pelajar berpotensi untuk bersaing dengan pihak lawan
iv. Pelajar dapat meningkatkan motivasi dan semangat berdaya saing untuk bersaing
di peringkat antarabangsa.
3.2 TARIKH PROGRAM
Tarikh : 7 HINGGA 10 September 2018
Tempat : 1. Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Gombak.
2. St Joseph’s Instituition International School Malaysia
Tropicana PJ Campus,Petaling Jaya, Selangor
3.3 PESERTA

20 peserta di kalangan para pelajar

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN


4.1 Rujuk Lampiran

5.0 JUSTIFIKASI
Dengan melibatkan diri dengan program pertandingan Robotik ini , diharap pelajar dapat
memberi persaingan dalam pertandingan IRC 2018 dan IISTRO 2018 dan dapat mengharumkan
nama maktab di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

6.0 PENUTUP
6.1 Pertimbangan dan kelulusan Pengetua MRSM Jeli adalah dipohon bagi menjayakan
program ini dengan peruntukan sebanyak RINGGIT MALAYSIA DUA RIBU LIMA RATUS
TIGA PULUH TUJUH RINGGIT DAN LIMA PULUH SEN

DISEDIAKAN OLEH: ______________________________________


MUHAMAD HISYAMUDDIN BIN MAT DERIS
PENYELARAS KELAB ROBOTIK,
MRSM JELI, KELANTAN

DISOKONG OLEH : ____________________________________


HUSSIN BIN OMAR
TIMBALAN PENGETUA PEMBANGUNAN PELAJAR
MRSM JELI, KELANTAN

PERMOHONAN INI DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

: _____________________________________________
MOHD NADZRUL BIN ABD HAMID
TIMBALAN PENGETUA KECEMERLANGAN AKADEMIK
B/P MENJALANKAN TUGAS PENGETUA
MRSM JELI, KELANTAN
TARIKH :
LAMPIRAN A

BIL PERKARA HARGA SEUNIT JUMLAH


1. YURAN NROC
Kategori Menengah Atas RM 200.00
Kategori Menengah Rendah RM 200.00 RM 400
2. Yuran Penyertaan IISTRO
Setiap Pelajar = USD 160.00 (RM 720)
Jurulatih = USD 115.00 (RM517.50) RM 1237.50

3. Yuran Penyertaan IRC UIAM 2018

Kategori Robot Soccer RM 120.00


Kategori Projek Kreatif RM 120.00
Kategori Robot Treasure Hunt RM 120.00
Kategori Robot Time Rush RM 120.00
Kategori Robot Sumo RM 120.00 RM 600.00

4. Kategori Kreatif IRC UIAM 2018 RM 300.00


JUMLAH RM 2537.50

Anda mungkin juga menyukai