Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUNKU SYED IDRUS

73000 TAMPIN NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEMBINA APLIKASI PENGIRAAN


Body Mass Index (BMI)
ANJURAN PANITIA SAINS KOMPUTER

PENDAHULUAN

Pertandingan membina aplikasi pengiraan Body Mass Index (BMI) ini dianjurkan bagi
memahirkan murid dalam pembelajaran dan pengajaran topik aturcara. Dalam masa sama
mencungkil bakat, kemahiran dan pengetahuan murid dalam pembangunan aplikasi
menggunakan Scratch.

MATLAMAT

Memberi pendedahan kepada murid-murid serta diharap dapat membantu murid-


murid ini menguasai kemahiran diri di samping meningkatkan potensi diri serta tahap
keyakinan diri secara tidak langsung melalui pertandingan.

OBJEKTIF

Pertandingan ini dianjurkan bertujuan ;

1.      Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam semua topik aturcara.

2.      Meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar melalui aktiviti bersuasana pertandingan.

3.      Meningkatkan daya saing dan memupuk semangat kerja berpasukan.

5.      Membimbing sikap berdikari dalam diri murid

6.      Mengaplikasikan pembelajaran di dalam kelas ke situasi sebenar


SASARAN

Pelajar Asas Sains Komputer Tingkatan 1

Pelajar Asas Sains Komputer Tingkatan 2

(50 orang)

1.      PERATURAN PERTANDINGAN

1.1     Ahli Kumpulan

1.1.1        Terdiri daripada 3 orang murid dalam satu kumpulan

1.2     Perkakasan

1.2.1        Semua bahan dan alatan untuk tujuan pertandingan perlu disediakan. Murid juga
digalakkan menggunakan komputer atau laptop masing-masing.

1.3     Pengadilan

1.3.1        Setiap kumpulan diminta membangunkan satu aplikasi pengiraan Body Mass
Index (BMI) untuk tujuan pengadilan.

1.3.2        Ketua kumpulan perlu membentangkan konsep rekaan laman web kumpulan
mereka.

1.3.3        Keputusan pengadil adalah muktamad.

2.      BUTIRAN PERTANDINGAN

2.1     Butiran ;

2.1.1        Tarikh : 11 Nov 2020 – 10 Dis 2020

2.1.2        Tempoh: Sebulan


3. ANGGARAN PERBELANJAAN

No Hadiah Bilangan Harga Jumlah


seunit
1 Hadiah Tempat pertama 2 RM 50.00 RM 100.00
2 Hadiah Tempat kedua 2 RM 30.00 RM 60.00
3 Hadiah Tempat ketiga 2 RM20.00 RM 40.00
Jumlah RM 200.00

4. PENUTUP

Diharapkan cadangan KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEMBINA LAMAN WEB ini


dapat memenuhi objektif yang dinyatakan. Semoga program ini mendapat sokongan dan
penyertaan penuh daripada pelajar.

Ulasan Pengetua

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

…………………………….. ……………………………..
(MASTURA MOHD AZLIM)
Ketua Panitia Sains Komputer
LAMPIRAN:
Aplikasi Digunakan:

1. Scratch

Anda mungkin juga menyukai