Anda di halaman 1dari 3

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

JELI, KELANTAN

PERMOHONAN KELULUSAN DAN PERUNTUKAN UNTUK PENAMBAHAN PERALATAN ROBOTIK DAN


KEBENARAN MENGADAKAN LATIHAN BERPUSAT DENGAN SMK JELI

PADA 6 HINGGA 8 FEBRUARI 2018

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas cadangan ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan Pengetua MRSM Jeli bagi
membuat pembelian penambahan peralatan kit robotic yang rosak. Peruntukan yang
dipohon adalah RM 2,270 (DUA RIBU DUA RATUS TUJUH PULUH RINGGIT MALAYSIA
SAHAJA.)

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Kelab Robotik MRSM Jeli akan menyertai Pertandingan Robotik Lego Education “ Tug Of
War ” peringkat antarabangsa tahun 2018 bersempena hari wilayah .
2.2 Pertandingan ini akan berlansung pada 27 Februari 2018 di Dewan Sri Siantan Perbadanan
Putrajaya.

3.0 CADANGAN PERLAKSANAAN


3.1 Objektif
Objektif pembelian dan latihan adalah seperti berikut:

i. Menambahbaik peralatan dan kit robotik yang terkini kerana banyak yang telah
rosak.

ii. Memastikan pelajar berpotensi untuk bersaing dengan pihak lawan

iii. Pelajar dapat meningkatkan motivasi dan semangat berdaya saing untuk bersaing
di peringkat antarabangsa.
3.2 TARIKH PROGRAM
Cadangan tarikh program latihan

Tarikh : 6, 7 dan 8 Februari 2018


Masa : 3.00 ptg
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Jeli

3.3 PESERTA

10 orang pelajar MRSM Jeli

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN


4.1 Rujuk Sebut Harga
4.2 Cadangan Sumber pendapatan.

BIL PERKARA JUMLAH

1. Wang Caruman RM 2,270

Jumlah RM 2,270

5.0 JUSTIFIKASI
Dengan melibatkan diri dengan program pertandingan Robotik ini , diharap pelajar dapat
memberi persaingan dalam pertandingan Tug Of War dan mengharumkan nama maktab di
peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.

6.0 PENUTUP
Pertimbangan dan kelulusan Pengetua MRSM Jeli adalah dipohon bagi menjayakan program ini
dengan peruntukan sebanyak RINGGIT MALAYSIA : DUA RIBU DUA RATUS TUJUH PULUH RINGGIT.
DISEDIAKAN OLEH : ______________________________________
MUHAMAD HISYAMUDDIN BIN MAT DERIS
PENYELARAS KELAB ROBOTIK,
MRSM JELI, KELANTAN

DISOKONG OLEH : ____________________________________


HUSSIN BIN OMAR
TIMBALAN PENGETUA PEMBANGUNAN PELAJAR
MRSM JELI, KELANTAN

PERMOHONAN INI DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

: _____________________________________________
NIK ZAINUN BT NIK ABU BAKAR
PENGETUA
MRSM JELI, KELANTAN

TARIKH : 1 FEBRUARI 2018

Anda mungkin juga menyukai