Anda di halaman 1dari 2

ISL MINGGU 5 Layari internet untuk mencari penggunaan kalkulator dan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Matematik sekolah rendah. PENGGUNAAN KALKULATOR (a) (b) (c) PECAHAN = Tekan 4, d/c dan 5 akan menjadi pecahan 4/5 PECAHAN MENJADI PERPULUHAN = Dapatkan 4/5 dan tekan d/c akan mendapat 0.8 OPERASI BERCAMPUR = Tekan 4, symbol +, 5, simbol darab akan menjadi 34. Tidak perlu membuat kurungan.

PENGGUNAAN KOMPUTER Microsoft Excel = Sesuai bagi tajuk Statistik kerana hanya memasukkan data ke dalam jadual dan menekan pada Charts untuk memilih graf yang sesuai. Secara automatiknya, graf yang lengkap dengan jumlah data yang dinyatakan terhasil. Murid hanya menambah tajuk, petunjuk dan perkara pada paksi x dan y.

REFLEKSI Alat pengiraan khususnya kalkulator dan komputer sangat digalakkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik sekolah rendah pada alaf 21. Hal ini demikian kerana murid-murid era moden terdedah dengan alat teknologi yang memudahkan sesi pembelajaran termasuklan melakukan proses pengiraan dan mempersembahkan data dalam pelbagai bentuk grafik seperti graf. Selain itu, penggunaan kalkulator dan komputer akan membiasakan murid-murid dengan nombornombor yang mengandungi beberapa digit (nombor bulat yang besar). Manfaat yang diperoleh apabila menggunakan kalkulator dan komputer ketika mempelajari subjek Matematik adalah seperti berikut : Dapat meningkatkan pemahaman dalam konsep Matematik seperti dapat mengenal pasti nombor bulat, pecahan, sistem perpuluhan dan sistem digit dengan menggunakan kalkulator Dapat mengembangkan kemahiran teknikal kanak-kanak dalam menggunakan komputer iaitu mempersembahkan data dalam pelbagai bentuk grafik seperti graf dan carta pai serta dapat menguasai konsep statistik dengan menggunakan Microsoft Excel

Pengembangan otak kanak-kanak selari dengan sistem komputer apabila kanak-kanak dapat membuat ramalan bentuk grafik seperti graf dan carta pai setelah diberikan jadual statistik Dapat mempertingkatkan penguasaan kemahiran mengira iaitu murid-murid diminta mengira secara manual dan memeriksa jawapan sendiri dengan menggunakan kalkulator

Peranan guru dalam menggunakan kalkulator dan komputer di dalam bilik darjah ialah : Mengajar kemahiran teknikal iaitu menekan nombor mengikut sistem digit yang betul pada kalkulator serta memasukkan data di dalam jadual Microsoft Excel untuk mendapatkan bentuk graf yang tepat Memberi pengetahuan asas tentang kecekapan menggunakan kalkulator dan komputer dengan mengetahui bagaimana proses pengiraan dilakukan dan pelbagai bentuk grafik dibina berdasarkan statistik yang diberikan Mengadakan demonstrasi menggunakan kalkulator saintifik bagi mengajar kanak-kanak tentang penggunaan kalkulator yang kompleks apabila melibatkan sistem perpuluhan, pecahan, peratus dan operasi bercampur Memberi latih tubi kepada murid-murid dengan mencari jawapan dengan lebih cepat dengan menggunakan kalkulator

Disediakan oleh, Nur Adibah Binti Harun Siti Nur Zulaikha Binti Draman @Zulkifli Nur Adibah Binti Harun Zulaikha Binti Abd Rahman

Anda mungkin juga menyukai