Anda di halaman 1dari 2
Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga bercadang bercuti di Pulau Langkawi. Saya berasa sangat seronok kerana itu kali pertama aku ke sana. Sebelum bertolak, kami mengemas barang-barang keperluan. Kami sekeluarga menaiki kereta ke jeti. Apabila sampai di jeti, kami membeli tiket di kaunter jeti untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi. Masa yang diambil untuk sampai ke Pulau Langkawi selama satu jam dari jeti. Apabila sampai di sana, ayah segera menyewa kereta untuk pergi ke hotel. Setelah sampai di hotel yang telah ditempah oleh ayah seminggu yang ldlu, kami terus merehatkan diri dahulu. Tempat pertama yang kami lawati ialah Makam Mahsuri. Saya berasa sangat gembira kerana dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi tentang sejarah Mahsuri. Pada hari kedua, kami berkesempatan untuk menaiki kereta kabel. Saya sangat seronok sekali kerana pertama kali menaiki kereta kabel tersebut. Saya dapat melihat pemandangan di seluruh Pulau Langkawi. Saya juga dapat menghirup udara yang segar dan nyaman di sini. Pada waktu petang, kami pergi ke Dataran Helang. Terdapat ramai pelancong yang mengunjungi Dataran Helang. Kebanyakan mereka datang ke Dataran Helang untuk mengambil gambar. Pada hari ketiga pula, Kami juga tidak melepaskan peluang pergi pantai. Kami mandi-manda di pantai yang bersih. Adik saya membina istana pasir, saya pula bermain layang-layang selepas bermandi-manda. Ibu dan ayah bersiar- siar sambil berbual-bual di tepi pantai. Pada waktu malam, ayah membawa kami sekeluarga makan malam di restoran yang diusahakan oleh penduduk tempatan. Di restoran itu ada banyak pilihan makanan dan harganya murah. Pada hari keempat, kami berangkat pulang meninggalkan pulau yang indah, bersih dan menarik. Walaupun tidak lama kami sekeluarga berada di sana, tetapi banyak kenangan yang dapat saya peroleh. Saya berharap saya dapat pergi ke pulau langkawi lagi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai