Anda di halaman 1dari 3

BIDANG PEMBELAJARAN 1: PERKEMBANGAN DIRI

NILAI 1.2 AMANAH

1. Kesan/implikasi/impak/akibat rasuah terhadap :

a) Diri

 Memalukan diri-menjejaskan imej diri


 Kehilangan pekerjaan- masa depan gelap
 Menjejaskan nama baik diri/menjatuhkan maruah diri – dipandang
serong/hina oleh masyarakat
 Kehilangan kepercayaan masyarakat – susah mendapat pekerjaan
 Mengalami trauma emosi dan psikologi seperti murung

b) Keluarga

 Imej keluarga terjejas – Dipandang rendah/ hina / serong oleh


masyarakat
 Keluarga dipinggirkan / disishkan / dipulau oleh masyarakat.
 Mengaibkan / memalukan keluarga / merosakkan nama baik keluarga

c) Negara

 Negara huru hara – keselamatan rakyat terancam


 Ekonomi negara merosot – pelabur-pelabur asing hilang kepercayaan
untuk melabur dalam negara.
 Pentadbiran negara menjadi lemah dan kurang berkesan – negara tidak
maju

2. Cara-cara kerajaan menangani rasuah

 Megetatkan undang-undang contohnya hukuman penjara / saman /


kompauan / denda wang
 Menggubal undang-undang dengan menetapkan hukuman berat
terhadap pemberi dan penerima rasuah seperti merampas harta mereka
 Menguatkuasakan hukuman yang berat seperti melucutkan jawatan
individu yang didapati bersalah mengamalkan rasuah.
 Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan menjauhi rasuah seperti ceramah/seminar/dialog
 Membentuk institusi pencegahan rasuah-menyiasat kes rasuah
 Memberikan pendidikan pencegahan rasuah seperti taklimat anti rasuah
3. Ciri-ciri seorang pemimpin yang amanah

 Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan adil


 Menolak rasuah
 Sentiasa bercakap benar dan bersikap jujur
 Menyimpan rahsia
 Menunaikan janji

4. Kepentingan sikap amanah dalam kalangan:

1. Pegawai Kerajaan

– imej organisasi/badan kerajaan terpelihara


– tidak berlaku kebocoran rahsia sulit kerajaan
– dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab/berkesan

2. Ahli politik

– mendapat kepercayaan daripada masyarakat

– dapat menjamin keadilan dan ketelusan dalam melaksanakan tugas/projek


pembangunan

3.Pelajar

– melatih diri untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab

– mendapat kepercayaan daripada guru-guru dan rakan-rakan

5. Maksud slogan ‘Bersih, Cekap dan Amanah'( BCA) yang


diamalkan dalam pentadbiran kerajaan

Bersih – tidak menyeleweng, tidak rasuah, tidak mementingkan diri


sendiri dan tidak khianat

Cekap - mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerjaya

Amanah – penuh gigih dan ikhlas serta jujur kepada diri sendiri, rakan
dan organisasi
6. Peranan Badan Pencegah Rasuah (BPR)

– sebuah institusi yang bertanggungjawab khusus untuk mencegah


perbuatan rasuah

7. Akta yang digunakan untuk menangani rasuah

– Akta Pencegahan Rasuah 1997

8. Tujuan BCA ialah pekerja memahami tugas dan tanggungjawab


masing-masing dan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan di
samping mempunyai sikap bersih dan amanah.

9. BCA dalam sistem pentadbiran awam:

– Manual prosedur kerja

– Kad perakam waktu

– Pemakaian tanda nama

– Anugerah khidmat cemerlang

Anda mungkin juga menyukai