Anda di halaman 1dari 4

Sejarah awal

Lukisan prasejarah di Gua Tambun, Perak

Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang
ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks Gua Niah, Sarawak. Secara dasarnya sejarah
negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu Prasejarah, Proto Sejarah,
Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial. Namun begitu, penemuan terbaru oleh sejarawan
terhadap DNA bangsa Melayu meletakkan Melayu sebagai bangsa tertua di dunia selepas
letusan Gunung Toba dengan usia DNA sekitar 60, 000 tahun.[perlu rujukan]
Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan
India memulakan perdagangan mereka melalui pelabuhan di Selat Melaka. Penemuan beberapa
tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud penempatan pesisiran pantai seawal
abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10
yang merupakan penempatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Kerajaan awal ini termasuk
Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan
di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya
telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain
untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.
Manakala di Borneo pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masihi dan
Santubung lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului kewujudan
Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.

Zaman penjajahan

Tunku Abdul Rahmanmengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957

Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada
tahun 1769 hasil perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala
penempatan Selat Koloni DiRaja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit
menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat
termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif
dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara dan
gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah-masalah
penduduk Negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan
perluasan kuasa Britain ke negeri negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri
Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai
Negeri-Negeri Tidak Bersekutu ialah Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu yang berada di
bawah kuasa Thai.
Di Borneo pula, Borneo Utara yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei
dan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) telah berada di bawah pajakan Syarikat Berpiagam
Borneo Utara British pada tahun 1881 sehingga 1946 apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja
British. Manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum detik itu.
Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk
merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatiri oleh British khususnya dalam
menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. Justeru, British mewujudkan Malayan Union.
Lantas, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak
kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding
dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya
dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah
nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.

Penubuhan Malaysia
Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan baru diwujudkan bagi menggantikan
Persekutuan Tanah Melayu/Malaya di bawah nama Malaysia yang terdiri daripada 5 entiti iaitu

 Malaya / Persekutuan Tanah Melayu


 Singapura
 Brunei
 Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah )
 Sarawak
Kesultanan Brunei pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia, akan tetapi
telah menarik diri akibat tentangan sebahagian rakyat Brunei dan Sultan Brunei diletakkan di
tempat terakhir dalam penggiliran sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk sistem Raja
Berperlembagaan serta isu masa depan royalti minyak asli. Pada awal penubuhan Malaysia,
banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia untuk menakluk Malaysia, dan tuntutan yang
dibuat oleh Filipina terhadap Sabah.
Pada tahun 1965, Singapura pula dikeluarkan daripada Malaysia dan berlakunya desakan
ekonomi daripada kaum Cina pimpinan mendiang Lee Kwan Yew.
Dengan itu, Malaysia kekal dengan 3 entiti sahaja sehingga ke hari ini.

 Malaysia
 Sabah
 Sarawak
Pencapaian Sukan Antarabangsa

Pencapaian negara dalam arena sukan dan pembangunan negara yang pesat telah membuka
peluang kepada negara untuk menganjurkan pelbagai temasya sukan, seperti sukan Komanwel 1998.
Setelah dua bulan, pasukan Badminton Malaysia berjaya mengembalikan Piala Thomas ke pangkuan
kita. Pada 21 Julai 1992, kita berjaya pula mendapat kepercayaan negara Komanwel untuk
mengadakan sukan berkenaan di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Semua ini adalah kejayaan kita.
Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan perkembangan ini. Tentulah ada sesuatu yang
istimewa yang menarik perhatian negara Komanwel mengenai pencapaian Malaysia menyebabkan
mereka mengundi menyokong kita menjadi tuan rumah sukan itu. Sebagaimana yang diucapkan oleh
Datuk Alex Lee, selaku Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia di Barcelona, "mesej yang kita
sampaikan ialah jika tawaran Malaysia untuk menjadi tuan rumah ditolak, maka negara Dunia Ketiga
yang mana serta negara membangun mana pula yang mungkin boleh"
Kejayaan Malaysia menduduki tempat keempat di temasya Kuala Lumpur '98- Sukan Komanwel XVI
(KL '98) adalah sesuatu yang sungguh membanggakan, malah memeranjatkan pengkritik. Siapa
sangka atlit Malaysia berupaya mencatat kejayaan di luar jangkaan pegawai sukan sendiri.
Pencapaian 10 pingat emas, 14 perak, 12 gangsa di belakang juara keseluruhan Australia, 80-61-58;
England, 36-47-53 dan Kanada 30-31-38 dianggap prestasi terbaik dalam sejarah penyertaan negara.
Pada Sukan Komanwel di Victoria '94, Kanada, kita hanya menduduki tempat ke-13 dengan dua
emas, satu perak dan dua gangsa. Lebih manis lagi pencapaian itu melepasi ramalan yang ditetapkan
Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), sebelum temasya sukan setiap
empat tahun itu bermula.

Kemajuan infrastruktur negara telah sekali lagi memberi peluang kepada negara untuk
menganjurkan pelbagai temasya sukan yang lain. Wawasan Perdana Menteri untuk membina sebuah
litar lumba formula satu di Sepang, pada mulanya telah mendapat pelbagai kritikan daripada
pelbagai pihak. Namun, setelah terbinanya Litar F1 Sepang, Malaysia telah berjaya dengan julung-
julung kalinya mengadakan perlumbaan Formula Satu pada bulan November 1998. Selain daripada
itu, di Litar F1 Sepang juga, Malaysia telah menganjurkan perlumbaan Motosikal Grand Prix Dunia.

Tidak cukup dengan itu, kini Malaysia adalah diantara calon-calon yang akan dipilih sebagai tuan
rumah bagi temasya Sukan Asia 2006. Dengan kelengkapan dan infrastruktur yang tercanggih, tidak
hairanlah jika negara kita terpilih sebagai tuan rumah. Pengiktirafan sebegini seharusnya menjadi
kebanggaan rakyat Malaysia. Kejayaan yang akan ditempa oleh atlit-atlit negara pada masa depan
perlulah disertakan keazaman dan ketabahan yang kental agar digeruni dan dihormati semua di
peringkat antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai