Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI SAINS GUNAAN

UiTM CAWANGAN SABAH, KAMPUS KOTA KINABALU

AS120 (SEMESTER 1 OKT2022/FEB2023)


KAJIAN LAPANGAN: CTU1011A7
TAJUK : KETAGIHAN MEDIA SOSIAL DI MALAYSIA

PENSYARAH SITI SAIDATULAKMAL ARISHIN


saidatul1862@uitm.edu.my

AHLI KUMPULAN 1. EUSSOFF AIMAN BIN ABU 1. 2022459544


DAN NOMBOR BAKAR
MATRIKS 2. YASMIN BINTI WONG VOO 2. 2022839214
YUNG
3. SITI SYAHZANI BINTI SARA 3. 2022661416
4. NUR SYARFA NAZIRAH
4. 2022863558
BINTI ROSLI
5. DAYANG NURAISYAH BINTI 5. 2022845422
ARIFFIN

TARIKH KERJA 03 NOVEMBER 2022


LAPANGAN DIBERI
TARIKH
PENGHANTARAN 21 NOVEMBER 2022

PENGENALAN
Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, teknologi moden telah
meluaskan sayapnya di Malaysia dan juga negara lain diseluruh pelusuk dunia ini. Setiap
negara berlumba lumba dengan kecanggihan dan kemajuan teknologi yang dimiliki serta
pengeluaran produk yang pelbagai berteraskan teknologi yang mendapat permintaan tinggi
dipasaran dapat membantu dan memudahkan pekerjaan seseorang. Selain itu, terdapat banyak
manfaat dan kebaikkan yang diperolehi daripada produk yang dikeluarkan oleh syarikat dan
kilang-kilang yang berusaha untuk menjulang nama negara agar dijunjung dipersada dunia
serta mampu mengharumkan nama negara. Tidak dinafikan pada masa kini kanak-kanak,
remaja, dewasa atau warga emas sudah memiliki lebih daripada satu peralatan dan gajet yang
berteraskan teknologi moden antaranya telefon pintar, tablet, computer riba, mesin basuh
automatik, vakum pembersih, televisyen, penghawa dingin dan lain-lain kini berada disetiap
rumah kita. Semakin bertambah zaman semakin banyak produk yang dikeluarkan mengikut
kesesuaian untuk menyelesaikan masalah, dengan perkembangan semasa walaupun terdapat
banyak kebaikkan perkara ini tidak terlepas daripada keburukkan sebagai contoh pengunaan
telefon pintar yang berlebihan akan menjejaskan aktiviti seseorang dan akan menimbulkan
rasa ingin bertangguh, ketagihan untuk menggunakan telefon pintar semakin meningkat
mengikut peredaran masa. Di samping itu, ibubapa berperanan untuk mengawal, menasihat
dan memantau penggunaan telefon pintar anak-anak mereka, telefon pintar kini boleh
mengakses pelbagai laman sesawang, memuat turun aplikasi semasa sebagai contoh Tiktok,
Instagram, Twitter, Facebook dan boleh mencari maklumat dengan pantas seperti kata orang
“semua sekarang dihujung jari”. Perilaku ini amat membimbangkan kerana mampu
mengubah dan merosakkan sistem produktif seseorang sehinggahkan berlakunya kesan
sampingan oleh remaja diusia yang begitu muda rata-rata kini kanak-kanak yang berusia 5
tahun juga telah memiliki gajet yang diberikan kepada mereka, ketagihan telefon pintar dan
sosial media bukan satu perkara baharu yang dibahaskan di seluruh dunia namun perkara ini
telah berlaku sejak beberapa dekad yang lalu, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan bahwa terdapat peningkatan peratusan
penggunaan internet dari 76.9 peratus pada tahun 2016 menjadi 87.4 peratus pada tahun
2018. Tinjauan tersebut mendapati bahawa rata-rata, pengguna menghabiskan 6.6 jam dalam
talian sehari untuk melayari internet antaranya melalui medium telefon pintar. Akhir sekali,
terdapat kajian yang membuktikan bahawa sekiranya pengguna kerap kerap menggunakan
telefon pintar lebih daripada satu jam sehari dan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan
psikologi, maka ia dianggap sebagai satu ketagihan.
OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji kesan yang disebabkan oleh penggunaan teknologi yang berlebihan.

2. Menghuraikan faktor-faktor yang menyebabkan ketagihan media sosial.

3. Mengenal pasti cara-cara untuk mengelakkan ketagihan media sosial.

4. Membincangkan keburukkan-keburukkan ketagihan media sosial

KAJIAN LITERATUR

Menurut Filyntiana Tenge Andrew, Zurinah Tahir, Jalaluddin Abdul Malek & Ahmad
Rizal Mohd. Yusof dalam penulisan mereka yang bertajuk Ketagihan Penggunaan Media
Sosial Terhadap Gaya, dunia telah mencipta banyak teknologi canggih untuk memudahkan
para pengguna untuk mengakses maklumat dengan menggunakan pelbagai medium jaringan
mengikut kehendak masing-masing. Media sosial merupakan media elektronik seperti
internet dan juga merupakan saluran paling banyak digunakan oleh masyarakat untuk
menyampaikan atau menerima maklumat (Sohana, 2016). Namun, dengan kebaikan yang
disediakan, media sosial juga turut memberi keburukan sekiranya tidak digunakan dengan
bijak. Pelajar yang banyak menghabiskan masa dengan media sosial menyebabkan mereka
mengalami ketagihan untuk mengakses media sosial sepanjang masa (Che Su & Nan Zakiah,
2014)

Ida Nadiera & Ratna Roshida Ab Razak turut menegaskan bahawa kelekaan dalam
menggunakan media sosial menyebabkan para pelajar hilang fokus dan tidak dapat memberi
tumpuan kepada pelajaran mereka. Kelekaan dan ketaasuban pelajar kepada media sosial
boleh menyebabkan pencapaian akademik mereka merosot. Pencapaian akademik merupakan
perkara penting bagi menentukan keupayaan menguasai sesuatu bidang ilmu. Ia juga penting
untuk menentukan masa depan yang lebih baik (Mohadir, Rashidi & Nashad, 2011).

Daripada suatu kajian mengenai Impak Media Sosial Terhadap Keruntuhan Akhlak
Dalam Kalangan Pelajar, tulisan Nurul Hidayah Awang, Mohd Khairul Anuar, Nor Asmirah,
Zanirah Mustafa & Zulkarnain Yusoff, mereka menyatakan aplikasi media sosial juga telah
menjadi satu platfom kepada pengguna yang tidak bermoral untuk menyebar maklumat
negatif seperti kandungan seksual yang eksplisit (Lofgren-Martenson & Mansson, 2010).
Media cetak dan elektronik yang pesat berkembang masa kini mempunyai pengaruh yang
besar terhadap tingkah laku dan keperibadian pelajar. Ini kerana pelajar mudah terpengaruh
serta mencuba perkara baru bertujuan untuk membentuk identiti diri tersendiri. Hasil darpada
ujian yang dijalankan, didapati tahap pendedahan media massa mempunyai hubungan negatif
yang signifikan dengan pegangan akhlak pelajar. Semakin banyak masa yang diluangkan
untuk media massa semakin rendah tahap pegangan akhlak pelajar (Ab. Halim & Zarin,
2009)

Selain itu, Terdapat banyak kajian terdahulu yang menunjukkan bahawa penggunaan
media sosial secara pasif memberi kesan negatif kepada salah satu aspek kesihatan mental
iaitu kesejahteraan pengguna. Ini termasuklah kajian yang dijalankan oleh Verduyn et al.
(2017) mendapati bahawa penggunaan aktif dan pasif pada laman dan rangkaian sosial
memberikan kesan yang berbeza. Membuat hantaran di media sosial Twitter atau memuat
naik gambar di Instagram atau Facebook dianggap sebagai satu cara penggunaan yang aktif.
Manakala penggunaan pasif merujuk kepada memantau kehidupan orang lain di media sosial
tanpa sebarang penukaran maklumat. Misalnya, dengan hanya melihat profil, gambar dan
sebagainya. Kajian menyimpulkan bahawa penggunaan media sosial secara pasif dikaitkan
dengan tahap kesejahteraan subjektif yang rendah (Krasnova et al., 2016; Verduyn et al.,
2017).

Kajian tinjauan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)


mendapati kenaikan sebanyak dua kali ganda dalam isu melibatkan kesihatan mental di
Malaysia. Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan atau National Health and Morbidity
Survey (NHMS) yang dijalankan pada 2015 dan 2017 juga mendapati berlaku peningkatan
dalam masalah kesihatan mental setiap tahun, bahkan remaja dalam lingkungan usia 16-19
tahun mencatat kenaikan sehingga 34.7 peratus, manakala individu berusia 16-24 tahun pula
dilaporkan mempunyai keinginan bunuh diri (suicidal ideation).
METEODOLOGI

Hasil dapatan kajian Fazlinda dan Mohammad Siraj (2018) kebanyakan pengguna
telefon bimbit di Malaysia menyatakan terdapat banyak video tidak bermoral diedarkan di
dalam media sosial. Perkara ini perlu dipandang serius kerana video-video tidak bermoral ini
boleh menyebabkan rosaknya akhlak seseorang. Individu yang senang terdedah kepada bahan
pronografi mempunyai saringan yang sangat lemah terhadap video-video tersebut.

Selain itu, kajian Abdullah dan Mawaddah (2019) media merupakan salah satu medium
yang dapat mengubah dan memberi kesan terhadap sikap dan tingkah laku individu dan
masyarakat merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Media juga bertanggungjawab
dalam membentuk identity bangsa dan budaya untuk pembangunan keseluruhannya. Banyak
kemudahan sosial dan budaya disalurkan melalui televisyen, VCD, buku cerita, majalah,
radio, telefon bimbit, internet, dan lain-lain kemudahan yang sedia ada. Media massa bukan
sahaja memberi banyak memberi saluran maklumat bagi mendapatkan hiburan dan
pengetahuan, tetapi juga melakarkan pelbagai tingkah laku sosial, budaya, meleluasakan
persenaliti dan seterusnya memperkuatkan kendiri individu sama ada ke arah positif ataupun
sebaliknya. Seterusnya, pengaruh impak negatif media massa daripada media cetak dan
media elektronik secara tidak langsung mempengaruhi tingkah laku masyarakat. Pengaruh
media massa sedemikian menjadi salah satu punca utama akhlak mulia pincang dan rosak.
Hal ini menyebabkan, belia kini lebih menyukai untuk menonton televisyen, mendengar
radio, bermain ‘game’ di computer atau melayari internet daripada berinteraksi dengan ibu
bapa dan ahli keluarga di sekeliling. Ini menyebabkan, pelajaran, kerja harian dan
tanggungjawab lain terabai.

Kemudian, kajian daripada Ab. Halim dan Zarin (2009) mengatakan bahawa hasil ujian
yang dilakukan mendapati tahap pendedahan media sosial mempunyai hubungan yang negatif
terhadap pegangan akhlak pelajar. Semakin banyak masa yang dibazirkan untuk media sosial
semakin rapuh akhlak individu itu.

Akhir sekali, Hasil kajian juga mendapati siraran televisyen 24 jam sehari menyebabkan
masyarakat leka untuk melakukan ibadah harian. Hal ini kerena rancangan kartun yang biasa
disiarkan pada waktu magrib, secara tidak langsung mengganggu kanak-kanak untuk
melakukan solat magrib dan membaca al-Quran kerana mereka lebih dipengaruhi pada masa
itu. Begitu juga bagi orang-orang dewasa yang terdorong untuk menonton cerita bersiri
Melayu yang ditayangkan di antara waktu Magrib dan Isyak.

RUMUSAN

Berdasarkan huraian yang telah kami berikan, sudah terang lagi bersuluh bahawa ketagihan
media sosial di Malaysia merupakan sesuatu yang tidak boleh dihindari lagi . Hal ini
dikatakan demikian kerana, kehidupan seharian rakyat Malaysia adalah bergantung kepada
media sosial dan teknologi. Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat segelintir rakyat Malaysia
mengalami ketagihan media sosial ini.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam di Malaysia hendaklah mengambil berat tentang
ketagihan media sosial ini. Hal ini agar mengelakkan sahabat mahupun keluarga kita lalai
dengan media sosial dan melupakan perintah Allah SWT. Contohnya, tidak menunaikan solat
atau sengaja untuk melambat-lambatkan solat. Selain itu, kita hendaklah mencari inisiatif
untuk mengurangkan ketagihan media sosial di kalangan rakyat Malaysia. Hal ini bertujuan
untuk membendung daripada menularnya ketagihan media sosial ini terutamanya terhadap
generasi akan datang. Misalnya, ibu bapa hendaklah memantau masa dan aktiviti anak-anak
mereka dalam bermain media sosial. Seterusnya, kita hendaklah bekerjasama untuk
memastikan ketagihan media sosial dapat dielakkan dalam kalangan rakyat Malaysia. Akhir
sekali, sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa mengingati Allah SWT. Hal ini untuk
membuatkan kita mendekatkan diri dengan Allah dan memantapkan lagi akidah kita sebagai
seorang muslim agar tidak mudah terlalai dengan nikmat duniawi.

Dengan ini, marilah kita bersama-sama mengurangkan ketagihan media sosial di


Malaysia untuk melahirkan insan yang beriman dan berakhlak mulia.
RUJUKAN

1. Tasnim Rosli, Yogenathan Muniandy, & Kamarul Azmi Jasmi. (2019, December 15). Media Sosial
dan Impak Tingkah Laku Menurut Islam. ResearchGate; unknown.
https://www.researchgate.net/publication/339400953_Media_Sosial_dan_Impak_Tingkah_Lak
u_Menurut_Islam
2. Kunci: Media, K., Sosial, I., Negatif, P., Individu, Masyarakat, N., Abd Rahman, S., Nur Husna,
M., Kashim, M., Izhar Ariff, Pitchan, M., Adnan; Abd Razak, S., Rashidah, Hamzah, Haslina,
Rashed, Z., Nurzuliana ; Abdul Halim, Z., Zakirah, Azmi, D., Salsabila, & Marni. (2017).
Media Sosial dan Trend Penggunaan Menurut Islam. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar
Sains Teknologi dan Manusia. Journal of Social Ad Humanities, Special Issue, 12(3), 3–19.
http://eprints.utm.my/id/eprint/85046/1/3%20NurulAfizaRazali2019_MediaSosialdanimpakneg
atif.33-48.pdf
3. Zaid Adhar. (2020, August 5). Islam dan penggunaan media sosial. HarakahDaily.
https://harakahdaily.net/index.php/2020/08/05/islam-dan-penggunaan-media-sosial/
4. 45207 - IMPAK MEDIA SOSIAL TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN
PELAJAR: SATU. (2021). Studocu; Studocu.
https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknologi-mara/prinsip-asas-islam/45207-
impak-media-sosial-terhadap-keruntuhan-akhlak-dalam-kalangan-pelajar-satu/20022710
5. Andrew, F., Tahir, Z., Malek, A., Rizal, A., & Yusof, M. (2020). KETAGIHAN PENGGUNAAN
MEDIA SOSIAL TERHADAP GAYA HIDUP BELIA (Social Media Addiction Affecting the
Lifestyles of Youths). 17(9), 1823–1884. http://journalarticle.ukm.my/17021/1/44758-144052-
1-SM.pdf
6. Ida Nadiera Ngahdiman, & Ab, R. (2021, July 10). Hubungan antara Ketagihan Media Sosial
dengan Pencapaian Akademik: Kajian di Fakulti Ekologi Manusia... ResearchGate; unknown.
https://www.researchgate.net/publication/353154688_Hubungan_antara_Ketagihan_Media_So
sial_dengan_Pencapaian_Akademik_Kajian_di_Fakulti_Ekologi_Manusia_Universiti_Putra_
Malaysia_UPM
7. Rashid, A., Mohd, & Nor. (2021). Implikasi Ketagihan Media Sosial Terhadap Kesihatan Mental
Remaja Semasa Pandemik Covid-19. Usim.edu.my. https://doi.org/1823-884X
8. Izzah, N., Zainan, N., Hidayah, N., Rahman, A., Khairul, M., Ismail, A., Asmira, N., Jusoh, M.,
Mustafa, Z., Busu, Yusoff, Z., Teknologi, U., Kelantan, M., Ab, S., Pejabat, R., Daerah, P.,
Bharu, K., & Kelantan. (2021). IMPAK MEDIA SOSIAL TERHADAP KERUNTUHAN
AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR: SATU TINJAUAN AWAL.
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45207/1/45207.pdf
9. NAQIAH ABDUL MALIK. (2022, May 12). KETAGIHAN MEDIA SOSIAL. Laman Web MKN;
Laman Web MKN. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/05/12/ketagihan-media-sosial/
10. suaraswk. (2020, October 13). Kesan media sosial ke atas kesihatan mental. Suara Sarawak.
https://suarasarawak.my/2020/10/kesan-media-sosial-ke-atas-kesihatan-mental/


LAMPIRAN






Format Penulisan

a) Margin 2.54cm ( Top, Left, Right And Bottom)


b) Align : Justify ( All Text)
c) Title : Upper Case, Align Centre, Times New Roman, Size 12
d) Text / Content Not Including Title And Abstract : Times New Roman, Size 12, Spacing 1.5
e) Topic : Title Case, Bold, Numbered.
f) Sub-Topic :Title Case, Bold, Numbered.
g) Table Or Figure : Times New Roman, Size 11, Single Spacing, Title Top.
h) References : Alphabet, Times New Roman, Size 11, Single Spacing
i) Appendix : Title Bottom
j) Pages : Top Of Pages, Left. Total : 15 – 20 Pages
k) Number Of References : Minimum 10 (Authentic Sources Including Books, Articles, Journals,
Cyclopedia, Thesis, Newspaper Etc.)
l) Plagiarism Not Allowed.

Anda mungkin juga menyukai