Anda di halaman 1dari 10

TUGASAN / ASSIGNMENT (70%)

SEMESTER JANUARY 2022

KOD SUBJEK : MPU3222

TAJUK SUBJEK : ACADEMIC WRITING / PENULISAN AKADEMIK

PERINGKAT : IJAZAH SARJANA MUDA / BACHELOR

NAMA PELAJAR : DINIE AZIZI BIN KHALIDI

NOMBOR MATRIK : A30101220010

PROGRAM :

FASILITATOR AKADEMIK :

PUSAT PEMBELAJARAN :

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1) Answer ALL questions/Jawab SEMUA soalan.

2) Plagiarism will not be tolerated. Student must submit this assignment to the Turnitin link that
has been prepared. Action will be taken on students found to have committed plagiarism/Plagiat
adalah dilarang sama sekali. Pelajar harus menghantar tugasan ini ke pautan Turnitin yang
telah disediakan. Tindakan akan diambil ke atas pelajar yang dibuktikan melakukan plagiat.

3) This assignment carries 70% from the overall marks of this subject/Tugasan ini membawa 70%
dari jumlah keseluruhan markah gred akhir.

4) Please read the instructions carefully/Sila baca arahan dengan teliti.


.

5) This assignmet must be submitted BEFORE or BY 03 APRIL 2022/Tugasan ini mesti dihantar
SEBELUM atau PADA 03 APRIL 2022.
SECTION A / BAHAGIAN A
Total: 10 marks /Jumlah: 10 markah
Terangkan dengan ringkas konsep yang berikut dalam konteks penulisan akademik dengan
memberikan contoh yang sesuai.

i. Analyse/Analisa

Huraian idea secara tepat dan terperinci dengan disertakan bukti rujukan dan sebagainya

Contohnya:

ii. Evaluate/Menilai

iii. Synthesise/Sintesis

iv. Periodicals/Terbitan berkala

v. Database/Pangkalan data (Must also provide the name of ONE (1) database that is
available in library.aeu.edu.my/Perlu juga memberikan SATU (1) nama pangkalan data
yang terdapat dalam library.aeu.edu.my)

vi. Journal/Makalah

vii. Journal Article/Artikel jurnal

viii. Citation/Petikan

Petikan yang diambil oleh penulis bagi memberitahu pembaca tentang sumber rujukan
asal yang dipetik bagi sesuatu penulisan.

Contohnya:

Menurut Zakir (2010), punca jatuhkan iman seseorang kerana mata tidak dipelihara.

ix. Paraphrasing/Memparaprasakan

Menukarkan konteks ayat daripada sumber menjadi ayat sendiri tanpa mengubah
maksud.
Contoh :

“Pelbagai punca yang menjadi punca kepada berlakunya penularan COVID-19”

Tukar :

COVID-19 semakin meningkat kerana terlalu banyak punca yang mendorong kepada
penularannya.

x. Summarising/Meringkas
SECTION B / BAHAGIAN B
Total: 45 marks /Jumlah: 45 markah
Tugasan 1 – (30%)

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Akademi Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja Amerika
pada tahun 2018, sebanyak 90% remaja yang berusia di antara 13 dan 17 menggunakan media
sosial. Di Asia Tenggara, Indonesia mempunyai peratusan pengguna sosial media yang
tertinggi, di mana generasi muda merupakan sebahagian besar pengguna yang dilaporkan. Di
Malaysia, penyelidik dari Universiti Sains Malaysia melaporkan kajian yang menunjukkan
generasi muda merupakan 80% dari keseluruhan pengguna sosial di negara ini.
Tulis satu esei sebanyak 1500 patah perkataan yang membincangkan kesan-kesan penggunaan
media sosial ke atas generasi muda masa kini.

Teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia kini kian pesat pembangunan perubahannya.
Penggunaan data internet yang mudah serta murah dari segi harganya menjadikan ia sering dibeli
oleh kalangan belia terutamanya dalam kalangan remaja. Sejajar dengan berkembangnya media
sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan sebagainya menjadikan data internet ini
menjadi sebuah keperluan dalam hidup para masyarakat dunia. Malahan, ditambah pula dengan
permainan-permainan dalam talian yang semakin berkembang era nya seperti permainan Player
Unknown Battle Ground (PUBG), Mobile Lagends dan sebaginya menjadikan arus pembangunan
permainan dalam talian semakin berkembang yang kemudian menjadikan sukan ini salah satu
sukan dunia yang dipanggil sebagai arena E-Sport. Oleh hal yang demikian, ketagihan
penggunaan media sosial dalam kalangan belia terutamanya dalam kalangan generasi muda
menjadi satu permasalahan yang amat besar mudaratnya jika tidak terkawal penggunaanya.
Media sosial ini tidak sepenuhnya membawa kepada implikasi yang baik malah juga membawa
kepada implikasi yang tidak sewajarnya (Rajeev, 2015). Berikut adalah kesan atau implikasi baik
dan buruk penggunaan media sosial dalam kalangan generasi muda.

Antara kesan baik penggunaan media sosial dalam kalangan generasi muda adalah dapat
menyebar ilmu maklumat dan berkongsi-kongsi idea. Menurut Shahjahan dan Christy (2014),
penggunaan media sosial moden seperti Facebook, Twitter, Blog dan Flickr memudahkan lagi
pertukaran idea dan pengembangan maklumat dengan cepat serta pantas berbanding dengan media
traditional. Media sosial merupakan alat atau tempat yang membolehkan para pengguna bertukar-
tukar idea, menunjukkan gambar serta video dan sebagainya sehingga mampu menghasilkan idea-
idea baru serta meluas bagi pengguna-pengguna lain (Siddiqui & Singh, 2016). Sebagai contoh,
pada bulan Mac tahun 2020 tahun yang lalu dunia telah digemparkan dengan penularan COVID-
19 yang mengakibatkan ratusan serta ribuan manusia kehilangan nyawa. Disebabkan oleh
penularannya yang amat drastik tanpa terkawal, maka pihak kerajaan mengisytiharkan COVID-19
ini sebagai pandemik dan mengarahkan seluruh sektor-sektor kerajaan serta swasta di tutup
dengan segera termasuk sekolah-sekolah dan kedai-kedai di seluruh Malaysia. Oleh kerana itu,
para pelajar serta guru tidak dapat menerima ilmu dan menyebarkan ilmu selari dengan kehendak
pihak kerajaan. Namun, media sosial yang wujud pada masa sekarang berjaya mengatasi masalah
itu dengan wujudnya WEBEX, Google Meet, Whatsapp Call dan sebagainya. Maka penyebaran
ilmu tidak terbatas hanya belajar dikelas, malah di media sosial juga boleh menjadi sumber dan
medium bagi penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Di samping itu, manfaat atau kesan baik penggunaan media sosial ke atas generasi muda adalah
mereka dapat menambah pendapatan persendirian. Dalam era globalisasi sekarang, peningkatan
taraf hidup negara semakin meningkat dan menyebabkan barangan keperluan harian semakin
mahal dan kadar sewa yang semakin melonjak naik memaksa para rakyat untuk mencari duit
sampingan tersendiri. Terdapat banyak pekerjaan yang ditawarkan untuk mendapatkan duit
sampingan seperti perkhidmatan menghantar makanan Food Panda dan tidak lupa juga meniaga di
dalam rangkaian media sosial. Media sosial juga mampu menjana pendapat sekiranya kaedah
perniagaan berjaya menarik hati pelanggan seperti berniaga di Facebook, Instagram, Twitter dan
sebagainya. Menurut Peng Li (2010), dalam era perkembangan internet kini mempunyai cara baru
untuk melakukan pembelian dan penjualan di bawah sistem E-Dagang. Manfaat melakukan
perdagangan di dalam media sosial adalah penjual tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak
untuk mencari premis atau sewaan khemah untuk berniaga di samping dapat menjimatkan tenaga
berbanding kaedah media traditional yang memerlukan pengeluaran kos yang banyak untuk
mengiklankan barangan kita di televisyen dan papan tanda.
Disebalik manfaat yang banyak yang diperoleh, namun perlu diingat juga kesan yang sebaliknya
pula jika penggunaan media sosial ini tidak dikawal sepenuhnya tanpa pemantauan dari ibu bapa
atau orang yang lebih dewasa buat para generasi muda masa kini. Antaranya adalah mereka akan
mudah terdedah dengan jenayah buli siber (Cyberbully). Bill Besley (2004) merupakan pendidik
pertama yang menggunakan istilah Cyberbully di dalam esei beliau yang membincangkan tentang
perihal implikasi serta gangguan yang terjadi berkaitan dengan penggunaan media sosial dalam
kalangan masyarakat. Menurut Laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu UNICEF (2020), Malaysia berada di kedudukan kedua tertinggi di Asia Tenggara bagi
salah laku jenayah buli siber. Tumpuan utama bagi buli siber pada zaman sekarang ini adalah di
media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebaginya. Beratnya kes jenayah ini dibuktikan
dengan seorang warga negara Malaysia telah membunuh diri akibat menjadi mangsa buli siber.
Menurut sumber, mendiang R Thivyaanayagi, 20, telah menggantung diri sendiri setelah video
mendiang di tiktok mendapat kecaman dan ulasan berunsurkan kata-kata yang amat menyakitkan
hati oleh pembuli siber (“My Metro”, 2020).

Kesimpulannya, setiap individu mempunyai pendapat tersendiri bahawa media sosial membawa
kepada 1001 kebaikan dan ada juga individu yang lain yang beranggapan bahawa media sosial
hanya membawa kepada kebinasaan serta kemusnahan akhlak semata-mata. Ada juga yang
beranggapan pula bahawa sekiranya seseorang yang tidak mempunyai media sosial adalah orang
yang ketinggalan zaman dalam arus pembangunan dunia terutamanya buat generasi kelahiran
tahun 80-an hingga 90-an. Dapat dilihat bahawa media sosial ini telah memberikan impak yang
amat besar dalam corak kehidupan semua lapisan masyarakat di Malaysia. Maka atas perbalahan
tersebut sedikit sebanyak telah memberikan impak postifi dan negatif dalam setiap individu.
Namun, perlu diingat juga bahawa kesan implikasi positif dan negatif bergantung kepada cara
penggunaan setiap individu tersebut. Ada yang menggunakan media sosial ini sebagai medium
penyampaian dan penyebaran ilmu, sebagai pusat perniagaan, sebagai tempat untuk berjumpa
semula kenalan-kenalan lama yang sudah bertahun lamanya tidak berjumpa dan sebagainya.
Malah, ada juga para pengguna media sosial menggunakan platform ini sebagai tempat hiburan
semata seperti menonton video-video lucah, bermain permainan alam maya sehingga berjam-jam
lamanya sampaikan segala tanggungjawab yang diamanahkan seperti solat dan kerja hakiki
dilupakan begitu sahaja. Oleh itu, pemantauan terhadap aktiviti para generasi muda dalam media
sosial adalah amat diwajarkan untuk dilaksanakan agar medium media sosial ini digunakan kearah
yang lebih bermanfaat. Kenyataan ini ditujukan khususnya kepada para ibu bapa yang mempunyai
anak yang dibesarkan dalam era teknologi ini perlu diberikan perhatian akan aktiviti anak-anak
dalam media sosial mereka agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini dan dapat
menjamin kehidupan yang lebih cerah buat masa akan datang.
Tugasan 2 – (15%)

Dengan penularan pandemik COVID-19, negara di seluruh dunia mengambil tindakan yang
pantas untuk mengekang wabak ini. Antara langkah yang diambil ialah dengan mengenakan
kekangan pergerakan ke atas penduduk sesebuah tempat. Di Malaysia, kerajaan telah
mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac. Ketika ini, Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah berkuatkuasa dan dijadualkan berakhir pada 31
Disember 2020.
Dengan kekangan yang datang dengan perintah kawalan ini, masyarakat berdepan dengan
norma baru.

Tulis esei dalam 250 patah perkataan membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil
untuk menyesuaikan diri dengan norma baru ini.

Anda mungkin juga menyukai