Anda di halaman 1dari 8

Bai' al-Salam ( )

Pengenalan

Al-Salam dari sudut bahasa () ialah al-Salaf () yang bermaksud () iaitu pendahuluan atau mendahulukan. Di
dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ala Mazhab al-Imam al-Syafie, Bai al-Salam didefinasikan sebagai : Menjual sesuatu
yang dinyatakan sifat-sifatnya dalam tanggungan dengan lafaz al-Salam atau al-Salaf. Di dalam al-Fiqh ala Mazahib al-
Arbaah menyatakan al-Salam ialah bahasa penduduk Hijaz, manakala al-Salaf ialah bahasa penduduk Iraq.

Sayyid Saabiq di dalam bukunya Fiqh al-Sunnah menyebut al-Salam dinamakan juga sebagai al-Salaf. Ianya penjualan
sesuatu dengan dinyatakan sifat-sifatnya dalam tanggungan dengan bayaran segera. Di bahagian nota kakinya disebut,
(al-Salam yang dinamakan juga al-Salaf) diambil dari perkataan al-Taslif () iaitu al-Taqdiim ( - Pendahuluan)
kerana harganya didahulukan kepada penjual.

Di dalam buku Fiqh dan Perundangan Islam, Bai al-Salam didefinasikan sebagai menjual sesuatu yang bertangguh
dengan yang segera, ataupun menjual suatu yang disifatkan dalam tanggungan, iaitu dengan mendahulukan harga dan
menangguhkan barangan untuk ke suatu tempoh. Dengan perkataan lain, ia menyerahkan tukaran yang ada untuk
tukaran yang ditetapkan sifatnya dalam tanggungan sehingga ke suatu tempoh.

Ulama mazhab Syafie dan Hanbali mendefinasikannya sebagai satu akad ke atas suatu perkara yang disifatkan dalam
tanggungan serta bertangguh dengan harganya diterima di dalam majlis akad berkenaan. Ulama Maliki pula
mendefinasikan sebagai jualan yang didahulukan harga dan ditangguhkan barangan ke suatu tempoh.

Para fuqaha () menamakan juga Bai al-Salam ini sebagai al-Mahaawiij ( Barang-barang yang diperlukan),
kerana ia adalah jualan sesuatu yang tidak ada () di dalam majlis jual-beli, dimana kedua-dua pihak yang melakukan
jual beli memerlukan antara satu sama lain. Pemilik wang ( ) memerlukan barang jualan, manakala pemilik
barang ( ) memerlukan wang. Maka ini termasuk dalam maslahat keperluan. Pembeli disebut sebagai al-Muslim
() atau pemilik al-Salam ( ) iaitu yang menyerahkan bayaran, dan penjual disebut sebagai al-Muslam Alai (
), dan barang yang dijual disebut sebagai al-Muslam fiih ( ), dan harganya disebut sebagai Rasu Maal al-Salam
( ).

Maka Bai al-Salam atau al-Salaf adalah jual beli secara tempahan, dimana pembeli menempah barang dan melunaskan
harganya. Manakala penjual menerima bayaran dan barangan yang ditempah akan diserahkan kepada pembeli dalam
suatu tempoh tertentu.

Dalil-Dalil Pensyariatan

Asas pensyariatan aqad Bai al-Salam terdapat di dalam al-Quran, al-Sunnah dan Ijma ulama.

Al-Quran

Di dalam al-Quran terkandung ayat berhubung dengan penghutang, iaitulah di dalam surah al-Baqarah ayat 282, Allah
swt berfirman :

Maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang
diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu
(al-Baqarah : 282)

Al-Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim menyebut satu riwayat dari Ibn Abbas r.anhuma, dimana ketika
beliau menafsirkan ayat ini, Ibn Abbas berkata :

Aku bersaksi bahawa al-Salaf (Bai al-Salam) yang terjamin untuk suatu tempoh yang tertentu telah dihalalkan oleh Allah
dan telah diizinkan padanya, kemudian beliau membaca (ayat di atas).

Ayat ini (al-Baqarah : 282) dijadikan dalil bolehnya jual beli salam menurut syara kerana ia termasuk dari jenis hutang.
Ayat tersebut menerima dan membenarkan hutang, dengan itu jual beli salam juga dibenarkan (al-Fiqh al-Manhaji. ms.
46)

al-Sunnah

Ibn Abbas r.anhuma meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw setelah tiba di Madinah, dalam keadaan penduduk
Madinah mengamalkan tempahan terhadap buah untuk tempoh setahun, dua tahun atau tiga tahun. Lalu Baginda saw
bersabda :

)

Maksudnya : Sesiapa yang menjual beli sesuatu (secara) salaf (salam), hendaklah dia lakukan jual beli salaf (salam)
dengan sukatan yang termaklum dan timbangan yang termaklum bagi tempoh yang juga termaklum. (Hadith riwayat al-
Bukhari dan Muslim)

Sayyid Saabiq di dalam Fiqh al-Sunnah menukilkan perkataan Ibn al-Munzir ( ) yang berkata : Telah sepakat
orang-orang yang kami ambil (ilmu) daripadanya dari kalangan ahli ilmu (ulama), bahawa al-Salam adalah harus.

Selain dalil dari ayat al-Quran dan al-Hadith di atas, Bai al-Salam juga bertepatan dengan kaedah-kaedah syara dan ia
tidak bertentangan dengan qiyas. Sebagaimana diharuskan menangguhkan bayaran dalam jual beli, maka demikian juga
menangguhkan barang dalam jual beli al-salam juga dibenarkan tanpa dibezakan antara keduanya. Seperti hutang yang
diharuskan. Selama sifat-sifat barang diketahui dengan jelas dan berada dalam tanggungan dan pembeli menyakini akan
dipenuhi oleh penjual, maka ia termasuk keharusan di dalam ayat 282 dari surah al-Baqarah tersebut.

Bai al-Salam tidak termasuk larangan Nabi saw, tentang tidak bolehnya seseorang menjual sesuatu yang tidak ada
padanya. Ibn Abbas berkata :

Dan ia (Bai al-Salam) tidak termasuk dalam larangan Rasulullah saw, dari seseorang menjual apa yang tidak ada di
sisinya sepertimana sabda baginda saw :

(

)

Maksudnya : Jangan kamu menjual sesuatu yang tidak ada di sisi kamu. (Riwayat Ahmad, dan Ashab al-Sunan, dan
disahihkan oleh al-Tirmizi dan Ibn Hibban)

Larangan yang dimaksudkan di dalam hadith ini ialah seseorang menjual barang yang ia tidak dapat menyerahkannya
dan bukan miliknya. Sehingga jual beli itu menjadi gharar (penipuan). Adapun Bai al-Salam yang disifatkan
(barangannya) dan dijamin dalam tanggungan, disertai dengan sangkaan yang kuat ( ) ianya dapat dipenuhi pada
waktunya, maka ia tidak termasuk dalam larangan hadith di atas. Disamping itu orang ramai memerlukan akad ini,
kerana pemilik tanaman, buah-buahan dan perniagaan sangat memerlukan kepada perbelanjaan untuk mereka ataupun
tanaman mereka dan sebagainya sementara menanti buahnya masak. Maka Bai al-Salam diharuskan bagi memenuhi
keperluan mereka, bagi memberikan kelonggaran dan kemudahan kepada orang ramai.

Rukun Bai al-Salam

Kitab al-Fiqh al-Manhaji menyatakan terdapat empat rukun Bai al-Salam.

1- al-Aaqidaan () iaitu pihak yang mengikat perjanjian, mereka terdiri dari pembeli dan penjual. Pembeli ialah orang
yang mendahulukan wangnya untuk mendapatkan barang dagangan () yang dikehendakinya. Pembeli disebut
sebagai al-Muslim ( ) atau pemilik al-Salam (

) iaitu yang menyerahkan atau mendahulukan bayaran. Manakala


penjual ialah orang yang menerima wang sebagai bayaran kepada barangan yang akan diberikannya. Ia namakan
sebagai al-Muslam Ilai (

). Pembeli dan penjual ini disyaratkan sama seperti syarat penjual dan pembeli dalam
akad jual beli iaitulah berakal, baligh, sukarela dan seumpamanya.

2- Al-Sighah () iaitu ijab ( : Penawaran) dan qabul ( : Persetujuan). Sebagai contoh pemilik modal berkata :
Saya dahulukan kepada kamu () RM 1,000.00 ini untuk mendapat 1000 helai baju dengan sifat-sifatnya seperti
berikut. Sementara penerima pula berkata : Saya terima pembayarannya (), atau Saya terima pembayaran yang
didahulukan ini (), atau seumpama dengannya. Satu pendapat di dalam mazhab al-Syafie menyatakan sighah
mesti menggunakan perkataan salam atau salaf sahaja. Tidak sah jika menggunakan perkataan lain. Ini kerana akad
salam tidak sama dengan jual beli biasa. Namun satu pendapat yang lain mengatakan jika menggunakan sighah jual dan
beli juga sah kerana Bai al-Salam juga adalah salah satu daripada bentuk jual beli yang memerlukan penerimaan dalam
majlis akad.

3- Ra-s al-Maal ( ) iaitu modal atau harga. Ia bayaran yang dibuat oleh pembeli sebagai mendahulukan bayaran
kepada penjual.

4- Al-Muslam fih ( ) iaitu barang yang ditempah. Ianya barangan yang dijual dalam perjanjian dan penjual berjanji
untuk menyerahkannya kepada pembeli dari bayaran harga yang didahulukan.

Syarat Bai al-Salam

Dalam aqad al-Salam dikenakan beberapa syarat. Antaranya berkaitan dengan harga tempahan atau bayaran ( ),
yang lainnya berkaitan dengan barang yang dijual dengan al-Salam ( ). Ulama empat Mazhab telah sepakat
bahawa Bai al-Salam ini sah dengan enam syarat, iaitu :

1- Hendaklah ia diketahui jenisnya.

2- Hendaklah diketahui sifatnya.

3- Hendaklah diketahui jumlahnya.

4- Tempoh penyerahan ditentukan.

5- Mengetahui kadar nilai harganya.

6- Hendaklah tempat penyerahannya dimaklumi jika membawa barang tempahan ke sana memerlukan perbelanjaan.

Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebut syarat-syarat Bai al-Salam seperti berikut :

1- Barang tersebut mestilah boleh dinyatakan sifat-sifat dan ciri-cirinya.

2- Barang tersebut diketahui jenis, kualiti, jumlah dan sifat oleh kedua-dua pihak. Bagi jenis contohnya gandum atau bali.
Kualiti seperti barangan tempatan atau import. Jumlah seperti1,000 gantang jika mengikut sukatan, atau mengikut
timbangan jika boleh ditimbang, mengikut bilangan jika boleh dikira atau dengan ukuran jika boleh diukur. Untuk sifat pula
contohnya dinyatakan warna, ukiran atau acuan, tebal atau nipis, atau sifat-sifat lain yang berbeza-beza mengikut
kehendak pengguna.

3- Barangan tersebut tidak bercampur aduk dengan barang lain yang berlainan jenis. Dan kadar campuran tidak dapat
diketahui dengan jelas. Jika kandungan campuran dan kadar setiap campuran dapat diketahui, jual beli salam adalah
sah.

4- Barangan tersebut mestilah diperhutangkan, iaitu barang yang disebut sifat-sifatnya dalam tanggungan, tanpa merujuk
kepada barangan tertentu.

5- Barang tersebut mampu diserahkan, berdasarkan tempoh dan jenis yang ditetapkan. Dan menurut sangkaan berat,
jenis yang ditetapkan itu akan wujud pada masa yang ditetapkan. Jika jual beli salam tersebut membabitkan barangan
yang biasanya tidak wujud pada masa yang ditetapkan, contohnya buah anggur dalam musim sejuk atau buah kurma
atau sebagainya, maka jual beli salam itu tidak sah.
Jika barangan yang dijual secara jual beli salam mudah didapati, tetapi tidak berjaya diperolehi pada masa yang
ditetapkan, perjanjian (al-Salam) tersebut tidak terbatal. Pembeli boleh membuat pilihan samaada menunggu sehingga
barang yang ditempah wujud atau membatalkan perjanjian tersebut dan mengambil semula modal atau harga yang telah
dibayar, tanpa kurang dan lebih.

6- Tempoh penyerahan perlu ditetapkan. Tempoh penyerahan perlu dihadkan dalam tempoh tertentu yang dimaklumi
bersama. Contohnya pembeli berkata : Saya serahkan RM 1,000.00 untuk 10 helai baju yang mempunyai spesifikasi
seperti berikut dengan syarat anda serahkan barangan tersebut kepada saya selepas sebulan dari tarikh kontrak ini atau
pada awal bulan hadapan. Jika tiada sebarang tempoh yang dinyatakan atau ada tempoh dinyatakan tetapi tidak
dinyatakan dengan tepat, contohnya pembeli berkata : Barangan tersebut hendaklah diserahkan pada masa si fulan
pulang dari musafirnya. Maka kontrak ini tidak sah kerana tempoh di sini tidak dinyatakan dengan jelas. Ini kerana masa
si fulan itu kembali tidak diketahui dengan tepat. Akibatnya akan berlaku perselisihan dan perbalahan tentang tempoh
yang dimaksudkan oleh kedua-dua pihak. Dalil dalam perkara ini ialah hadith Nabi saw yang bermaksud : Hingga ke
tempoh yang dimaklumi.

Jika penjual membawa barang yang ditempah sebelum tempoh yang ditetapkan, pembeli boleh mengambil barang
tersebut dengan syarat tiada sebarang perbelanjaan atau bebanan yang perlu ditangung dalam baki tempoh yang
dipersetujui. Pembeli juga tidak mempunyai alasan untuk tidak menerimanya. Namun jika barangan tersebut mempunyai
sebab yang dibenarkan syara untuk pembeli tidak menerimanya awal dari waktu yang telah ditetapkan, seperti
memerlukan tempat penyimpanan dan pembeli ketiadaan tempat, atau barangan tersebut adalah haiwan yang perlu
diberikan makan, atau ketika itu berlaku banyak kes rompakan dan pembeli bimbang keselamatan barangnya. Maka
pembeli tidak boleh dipaksa untuk menerima barang tersebut dan dia berhak menolaknya.

7- Tempat penyerahan perlu ditetapkan. Ianya bergantung kepada persetujuan bersama diantara pembeli dan penjual.

8- Jumlah () dan bentuk () pembayaran hendaklah dimaklumi oleh kedua-dua pihak. Sebagai contoh bayaran yang
dibuat sebanyak RM1,000.00 atau RM 2,000.00. Demikian juga perlu menjelaskan sifat barang tersebut seperti kualiti.

9- Penyerahan harga dari pembeli di dalam majlis perjanjian dan penjual menerima (), sebelum mereka berpisah.
Kerana penyerahan inilah makna asal Bai al-Salam. Jika tidak ada penyerahan awal, maka jadilah jual beli ini menjual
hutang dengan hutang yang tidak dibenarkan.

Kontrak Jual Beli Tempahan ( )

Termasuk di dalam bab Bai al-Salam ialah jual beli tempahan. Iaitu seseorang meminta seseorang yang mempunyai
kemahiran membuat sesuatu berdasarkan ciri-ciri tertentu yang berkaitan dengan kemahirannya. Dan bahan yang
diperlukan disediakan oleh pembuat.

Kontrak ini diamalkan secara luas pada zaman ini. Sebagai contoh seseorang meminta dari tukang kasut untuk
membuatkan kasut untuknya, dan segala bahan yang diperlukan disediakan oleh pembuat kasut tersebut dan bukan
penempah. Demikian juga halnya bagi orang yang menenpah peralatan kayu untuk dibuat perabut dan seumpamanya.
Termasuk juga di dalam kategori ini, jual beli rumah yang disediakan oleh pemaju.

Secara umumnya, jika kontrak ini memenuhi syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam jual beli Salam, seperti spesifikasi
barangan dinyatakan dengan jelas, bahan yang digunakan juga dinyatakan dengan jelas, tempoh penyerahan dinyatakan
dengan jelas, bayaran diserahkan ketika kontrak dimeterai di samping syarat-syarat lain. Maka jual beli ini dikira sah
sebagai sebahagian dari jual beli Salam. Kerana kontrak tersebut diambil kira dengan niat bukan bergantung kepada
lafaz. (al-Fiqh al-Manhaji)

Realiti yang berlaku hari ini, terutamanya dalam urusan jual beli rumah. Kebiasaannya pembeli tidak membayar harga
penuh rumah yang ditempah ketika kontrak dimeterai. Sebaliknya pembeli hanya membayar sebahagian kecil sahaja, dan
bakinya akan dibayar secara ansuran bulanan. Jual beli sebegini berdasarkan mazhab al-Syafie adalah tidak termasuk di
dalam jual beli Salam dan ianya tidak sah. Namun para ulama mazhab Hanafi membenarkan kontrak sebegini dan
mereka berpendapat ianya sah. Ini kerana mengambil kira keperluan orang ramai. Namun dengan syarat kontrak tersebut
dinyatakan dengan jelas segala perkara berkenaan barang yang ditempah yang mana jika tidak dinyatakan dengan jelas
boleh menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak.

Para penulis kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebut : Berdasarkan ini kami tidak melihat adanya larangan untuk mengambil
pandangan ulama mazhab Hanafi ini. Dan hukumnya sah untuk urusan ini sebagai memberi kemudahan kepada orang
ramai, tambahan pula orang ramai mmerlukannya, sebagaimana kami nyatakan tadi orang ramai mengamalkan kontrak
ini dalam kebanyakan urusan mereka. Malah setiap para Imam dan fuqaha sentiasa berusaha mencari kebenaran dan
memberikan kemudahan kepada hamba-hamba Allah mengikut cara yang diredhai oleh Allah dan bertepatan dengan
sunnah Nabi saw.

Demikian juga jual beli rumah berdasarkan plan termasuk dalam kategori ini. Jika kedua-dua pihak mengetahui dengan
jelas spesifikasi rumah dan bahan yang digunakan dan sebagainya, dan bayaran diserahkan ketika memeterai kontrak,
maka jual beli ini sah dan termasuk dalam jual beli salam.

Kesimpulan

Jual beli al-Salam atau Bai al-Salam adalah salah satu cara jual beli yang dibenarkan di dalam Islam. Kebenaran ini
dibina di atas dalil-dalil dari al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma dan juga al-Qiyas. Bersesuaian dengan Islam sebagai sebuah
agama yang bersifat memberikan kemudahan kepada penganutnya, maka jual beli al-Salam dibenarkan kerana ia
merupakan perniagaan yang dihajati oleh menusia. Disamping membenarkan jual beli al-Salam, Islam telah menetapkan
beberapa peraturan-peraturan yang perlu dipenuhi agar jual beli salam ini tidak mengandungi sebarang unsur penipuan
dan sesuatu yang tidak jelas yang akhirnya akan menimbulkan permusuhan dan perkelahian.

Ini bersesuai dengan lima tujuan () utama yang Islam datang untuk memeliharanya, iaitulah memelihara agama )
), memelihara diri ( ), memelihara akal ( ), memelihara keturunan ( ) dan memelihara harta (
).

Maka Islam sebagai agama yang datang dari Allah swt, sentiasa mengutamakan maslahah penganutnya. Peraturan-
peraturan Islam senantiasa memberi manfaat ( ) kepada manusia dan menolak mudarat ( ) dari mereka.
Apabila Islam melihat sesuatu itu dihajati oleh manusia, maka Islam membenarkannya dengan ditetapkan beberapa
peraturan untuk menjamin kebaikan itu kembali kepada manusia. Demikianlah Islam telah menghalalkan Bai al-Salam ini
dan meletakkan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi untuk menjamin kebaikan bersama.

Anda mungkin juga menyukai