Anda di halaman 1dari 4

0 PERKARA YANG

MEMBATALKAN ISLAM
Posted by Abu Anas Madani on 20 Oktober 2011

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM.


Saudara muslim! Ketahuilah, bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh membatalkan
Islam seseorang. Antara yang paling banyak terjadi ialah sepuluh perkara. Maka hindarilah diri

anda daripadanya.
Pertama:
Syirik iaitu mempersekutukan Allah dalam ibadat. Firman Allah swt:

َّ ‫علَ ْي ِه ا ْل َجنَّةَ َو َمأ ْ َواهُ النَّا ُر َو َما لِل‬


)72 :‫ظا ِل ِمينَ مِ ْن أ َ ْنصَار } (المائدة‬ َّ ‫اَّلل فَقَ ْد ح ََّر َم‬
َ ُ‫َّللا‬ ِ َّ ِ‫{ إِنَّهُ ُ َم ْن يُش ِْركْ ب‬
“Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah, mengharamkan Syurga
baginya dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka, dan tiada penolong bagi orang-orang
yang zalim”. (Al-Maidah: 72)

Antara perbuatan syirik tersebut ialah: Meminta doa dan pertolongan dari orang-orang yang
telah mati, bernazar dan menyembelih korban kepada mereka.

Kedua:
Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah, meminta doa dan syafaat
serta berserah diri (tawakkal) kepada perantara itu. Orang yang melakukan perkara tersebut,
menurut kesepakatan (ijma’) ulama’ adalah kafir.

Ketiga:
Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka atau
membenarkan fahaman mereka. Dengan melakukan demikian, ia telah kafir.

Keempat:
Berkeyakinan bahawa petunjuk yang lain daripada petunjuk Nabi saw adalah lebih sempurna
atau berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi saw lebih baik seperti
mereka yang mengutamakan peraturan thaghut (peraturan manusia yang melampaui batas dan
menyimpang dari hukum Allah) dan mengenepikan hukum Rasulullah saw. Maka orang yang
berkeyakinan seperti itu adalah kafir.
Sebagai contoh:
a-Berkeyakinan bahawa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama
daripada Syariat Islam;
 atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan di abad kedua puluh satu.

· atau Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin.

· atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan
urusan kehidupan dunia.

b-Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah swt dalam perkara hukum hudud seperti
memotong tangan pencuri dan merejam penzina yang telah berkahwin (muhsan) tidak sesuai
lagi pada masa kini.
c- Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada
syariat yang diturunkan oleh Allah swt samada dalam hukum mu’amalat (perdagangan) atau
dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan
keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada Syariat Islam, kerana dengan
sedemikian ia telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah menurut ijma’ ulama.
Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah
swt dalam agama seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain dari syariat
Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam (ijma’).

Kelima:
Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw sebagai syariat walaupun ia
mengamalkannya. Dengan melakukan demikian, ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah:

} ‫ط أ َ ْع َمالَ ُه ْم‬
َ َ‫َّللاُ فَأَحْ ب‬
َّ ‫{ ذَ ِلكَ بِأَنَّ ُه ْم ك َِرهُوا َما أ َ ْن َز َل‬
“Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang diturunkan oleh Allah, maka
Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka”. (Muhammad: 9)
Keenam:
Mempersendakan Allah swt atau kitab-Nya atau Rasulullah saw atau sesuatu daripada ajaran
agama, maka ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah swt:

)66-65 :‫ ال ت َ ْعت َ ِذ ُروا قَ ْد َكفَ ْرت ُ ْم بَ ْع َد إِي َمانِ ُك ْم } (التوبة‬، َ‫ستَه ِْزئ ُون‬ ِ َّ ِ‫{ قُ ْل أَب‬
ْ َ ‫اَّلل َوآَيَاتِ ِه َو َرسُو ِل ِه ُك ْنت ُ ْم ت‬
“Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya
kamu sekelian memperolok-olok main? Tiada ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah
kafir setelah beriman”. (At-Taubah: 65-66)

Ketujuh:
Sihir, di antaranya ilmu guna-guna (sarf), iaitu mengubah kecintaan seorang suami terhadap
isterinya menjadi benci dan ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang
tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan. Mereka yang mengamalkan sihir atau rela
dengannya adalah kafir kerana firman Allah swt:
)102 :‫ان مِ ْن أَحَد َحت َّى َيقُوال ِإنَّ َما نَ ْحنُ ِفتْنَةٌ َفال ت َ ْكفُ ْر } (البقرة‬
ِ ‫{ َو َما يُ َع ِِّل َم‬
“Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada sesiapa pun
sebelum mengatakan: sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, oleh itu janganlah kamu
menjadi kafir”. (Al-Baqarah: 102)
Kelapan:
Membantu dan menolong orang musyrikin untuk memusuhi kaum muslimin kerana firman Allah
swt:

َّ ‫َّللاَ ال يَ ْهدِي ْالقَ ْو َم‬


)51 :‫الظالِمِ ينَ } (المائدة‬ َّ ‫{ َو َم ْن يَت ََولَّ ُه ْم مِ ْن ُك ْم فَإِنَّه ُ مِ ْن ُه ْم إِ َّن‬

“Dan barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi
pemimpin, maka dia termasuk di dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 51)

Kesembilan:
Berkeyakinan bahawa sesetengah individu diperbolehkan untuk tidak mengikuti syariat
Muhammad saw. Orang yang berkeyakinan sedemikian adalah kafir kerana firman Allah swt:

)85 :‫الم دِينًا فَلَ ْن يُ ْق َب َل مِ ْنهُ َوه َُو فِي اآلَخِ َر ِة مِ نَ ا ْل َخاس ِِرينَ } (آل عمران‬
ِ ‫س‬ ْ ‫اإل‬ َ ‫{ َو َم ْن َي ْبت َ ِغ‬
ِ ‫غي َْر‬
“Dan sesiapa yang menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima agama
itu darinya, dan di akhirat ia tergolong di kalangan orang-orang yang rugi”. (Aali Imran: 85).

Kesepuluh:
Berpaling daripada agama Allah swt atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai
muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. Firman Allah swt:
َ َ‫ت َر ِِّب ِه ث ُ َّم أَع َْرض‬
)22 :‫ع ْنهَا ِإنَّا مِ نَ ا ْل ُمجْ ِرمِ ينَ ُم ْنت َ ِق ُمونَ } (السجدة‬ ِ ‫{ َو َم ْن أ َ ْظلَ ُم مِ َّم ْن ذُ ِك َِّر ِبآَيَا‬
“Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat-
ayat Tuhannya kemudian ia berpaling daripadanya. Sesungguhnya kami akan menimpakan
balasan kepada orang-orang yang berdosa”. (As-Sajadah: 22)

Firman Allah swt:

)3 :‫ع َّما أ ُ ْن ِذ ُروا ُم ْع ِرضُونَ } (األحقاف‬


َ ‫{ َوالَّ ِذينَ َكفَ ُروا‬
“Dan orang-orang yang kafir berpaling daripada perkara yang diperingatkan kepada mereka”.
(Al-Ahqaf: 3).

Dalam perkara yang membatalkan Islam ini, hukumnya tidak berbeza sama ada secara
bergurau atau bersungguh-sungguh, sengaja melakukannya atau takut, kecuali apabila
diancam dan dipaksa.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada melakukan perbuatan yang mendatangkan
kemurkaan Allah swt dan seksaan yang sangat pedih.

Dari Buku: Panduan Untuk Jemaah Haji Dan Umrah Serta Pengunjung Masjid Rasul Saw.

20 Oktober 2011 – 22 Zulqa’dah 1432H.

Anda mungkin juga menyukai