Anda di halaman 1dari 5

Secara ringkasnya, Pendekatan Kepedulian (Caring Approach) adalah salah satu pendekatan yang dapat digunakan dalam pengajaran

Pendidikan Moral di sekolah. Pendekatan jenis ini telah dipelopori oleh Noddings (1984). Noddings telah membuat beberapa sumbangan yang signifikan kepada bidang pendidikan. Antaranya beliau telah mengkaji etika kepedulian dan hubungannya terhadap persekolahan, dan juga terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam keluarga dan komuniti tempatan. Beliau juga telah berjaya mendemonstrasikan signifikan kepedulian dan perhubungan sebagai matlamat pendidikan. Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain. Kepedulian, atau dalam istilah yang lain ialah ambil peduli, mengambil berat dan menyayangi, yang melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka. Perkataan care itu sendiri daripada caring approach diambil daripada konteks Anglo Saxon, dimana ia membawa maksud kesedihan atau keresahan. Oleh yang demikian, kepedulian bolehlah didefinisikan sebagai perasaan ambil berat terhadap orang lain. Nodings melihat pendidikan sebagai medium yang penting dalam mengembangkan perasaan kasih sayang dalam masyarakat. Beliau mendefinisikan pendidikan sebagai tempat perjumpaan yang dirancang atau tidak dirancang yang menggalakkan perkembangan melalui penimbaan ilmu pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan penghargaan. Dengan itu, beliau menyatakan rumah sebagai tempat utama untuk menimba ilmu pengetahuan. Ini sebenarnya bukan menolak peranan sekolah tetapi untuk mengenalpasti apa yang boleh dilakukan oleh rumah untuk memperkembangkan kanak-kanak dan orang muda. Untuk melihat dengan lebih jelas bagaimana pendekatan ini akan dapat meningkatkan pengajaran guru, perbincangan akan merujuk kepada empat komponen penting dalam pendekatan ini, iaitu: 1. Modeling Komponen ini adalah penting dalam menunjukkan bagaimana kita mengambil berat terhadap orang tersayang. Oleh itu, kita menunjukkan kepada mereka bagaimana untuk mengambil berat dan menyayangi dengan cara membuat hubungan yang baik terhadap mereka. Keupayaan untuk mengambil berat mungkin bergantung kepada pengalaman yang cukup dalam disayangi. Merujuk kepada komponen ini, sekiranya guru mengamalkannya dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru akan dapat menamkan perasaan sayangkan murid-murid. Perasaan sayang ini pula akan membolehkan guru mengambil berat terhadap setiap permasalahan yang dihadapi oleh murid-muridnya. Sebagai contoh, seorang guru yang sedang mengajar terlihat seorang muridnya sedang murung dan kelihatan pucat. Guru yang memiliki perasaan kasih sayang terhadap muridnya sudah tentu akan bertanya kepada murid berkenaan sama ada dia mempunyai masalah atau sebaliknya. Sikap guru sedemikian akan dijadikan contoh oleh murid lain di kelas itu. Mereka juga sudah tentu akan lebih menyayangi dan mengambil berat perihal rakan sekelas. Keadaan seumpama ini sudah tentu akan dapat menjalinkan hubungan rapat di antara guru dan murid. 2. Dialog Komponen ini bukan sahaja percakapan atau perbualan semata-mata, tetapi ianya mempunyai pembuka dan penutup, dimana kedua-dua pihak mengetahui keputusan atau matlamat yang akan dicapai melalui akiviti berdialog. Ia memberikan pelajar peluang untuk bertanya dan

membantu kedua-dua pihak mencapai keputusan yang seimbang dan dipersetujui. Guru yang mengamalkan komponen ini pula akan sentiasa mewujudkan komunikasi di dalam kelasnya. Komunikasi yang baik di antara guru dan murid sudah tentu akan meningkatkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini seterusnya akan dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru. 3. Praktis Komponen ketiga ini menyatakan bahawa sikap dan mentaliti sedikit sebanyak dihasilkan oleh pengalaman. Praktis yang diberikan mesti dengan orang yang boleh mendemonstrasi sikap penyayang, kerana kita tidak mahu anak-anak kita mempelajari kemahiran menyayangi dan mengambil berat tanpa ciri-ciri sikap penyayang. Komponen ini juga hampir sama dengan komponen modeling di masa guru akan mempraktikkan bagaimana untuk menunjukkan kasih sayang di antara guru dan murid. Sebagai contoh, guru bertanya khabar kepada seorang murid. Apabila guru berbuat demikian, murid itu mengucapkan terima kasih. Pertanyaan guru dan maklum balas murid itu merupakan salah satu praktis. Praktis yang dilakukan secara bersungguh-sungguh juga akan dapat menggalakkan hubungan baik di antara guru dan murid. 4. Kepastian Komponen ini boleh didefinisikan sebagai perlakuan yang menggalakkan sesuatu yang terbaik daripada orang lain (Martin Buber, 1965). Apabila kita pasti seseorang itu mampu melakukan yang terbaik, kita dapat meningkatkan dan menggalakkan perkembangan mereka. Kita boleh melakukan ini hanya sekiranya kita mengenali seseorang dengan cukup rapat untuk mengenalpasti apa yang mereka hendak capai. Sebagai contoh, jika guru tahu bahawa minat murid-murid di kelas berkenaan adalah lebih kepada belajar menggunakan teknologi maklumat, misalnya komputer, guru perlu menggalakkan aktiviti tersebut. Langkah guru ini sudah tentu akan mewujudkan rasa penghargaan di kalangan murid-murid dan mereka sudah tentu akan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran guru. - See more at: http://kulanzsalleh.blogspot.com/2010/02/pendekatan-kepedulian-caringapproach.html?m=0#sthash.2KWOoGnk.dpuf

Pendekatan Kepedulian (Caring Approach Nodding)Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakankesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain.Kepedulian, atau dalam istilah yang lain ialah ambil peduli,mengambil berat dan menyayangi, yang melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan danperhatian terhadap pengalaman mereka. Perkataan care itu sendiri daripada caring approach diambil daripada konteks Anglo Saxon, dimana ia membawamaksud kesedihan atau keresahan. Oleh yang demikian,kepedulian bolehlah didefinisikan sebagai perasaan ambil beratterhadap orang lain.Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengekal danmengukuhkan amalan penyayang di dalam diri sendiri dansesiapa sahaja yang seorang individu itu mempunyaiperhubungan dengannya. Ini bermaksud bahawaperkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatuyang dalaman.Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah melaluiempat aspek yang berikut iaitu modeling, dialog, praktis dankepastian. Modeling ialah tumpuan harus diberikan kepadaperkembangan pelajar sebagai seorang yang memberi

sayang (carer) dan menerima sayang ( cared for ). Konsep penyayangdapat ditunjukkan dalam tingkah laku melalui teladan di mana iaboleh diperhati dan diikuti.Dialog diadakan dengan pelajar tentang konseppenyayang dengan membimbing pelajar membuat refleksi danmenganalisis perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yangdapat memberi sayang (carer) dan perhubungannya denganorang yang diberikan sayang (cared for).

Praktis dilaksanakan dalam menjalankan usahapenyayang bersama dengan model dewasa seperti melibatkandalam khidmat sosial atau komuniti manakala kepastian pulaboleh didefinisikan sebagai perlakuan yang menggalakkansesuatu yang terbaik daripada orang lain (Martin Buber, 1965)Ia juga berfungsi untuk mengesah dan menggalakkan the bestin others dalam perhubungan antara individu

Anda mungkin juga menyukai