Anda di halaman 1dari 3

SAINS DALAM TAMADUN

ROMAWI
Tamadun Romawi - bermula selepas 2000 S.M. - mula bertapak di

tebing Sungai Tiber di Rome, sebelum zaman kegemilangan Yunani


lagi - gagal melahirkan ahli falsafah dan ahli sains terkemuka - kerana
keadaan geografinya yang mempunyai banyak tanah pertanian yang
subur telah menggalakkan rakyatnya menjadi petani, bukannya ahli
perniagaan kerana kurang terdedah kepada perkembangan dunia
luar kerana kurang pelabuhan yang sesuai yang akhirnya menghalang
mereka untuk berniaga dan berinteraksi dengan dunia luar. Keadaan ini
tidak menggalakkan perkembangan intelek kerana pegangan kepada
falsafah Stoik yang mendorong mereka untuk memberi penekanan
kepada tingkah laku, disiplin, undang-undang, serta peraturan hidup
dan tidak mengasah fikiran mereka untuk berfalsafah.

Matematik
Belum ada sistem angka seperti sekarang
Kalendar Romawi dibuat berdasarkan bulan - satu tahun mengandungi

355 hari - bulan pertama dinamai bulan Martius sempena nama tuhan
planet Mars, diikuti bulan Aprilis, Maius dan Junius - nama bulan
Januari sekarang berasal daripada Januarum iaitu tuhan Juno dan
bulan Februari berasal daripada Februre iaitu musim suci - tahun pula
berdasarkan bulan yang dibuat mengikut kitar empat tahun supaya
selari dengan tahun matahari - tahun pertama berjumlah 355 hari,
tahun kedua 377 hari, tahun ketiga 355 hari dan tahun keempat 378
hari - kitaran ini memenuhi 1465 hari bagi empat tahun atau dengan
jumlah purata 366 1/4 hari setahun.

Perubatan
Orang Romawi kaitkan penyakit dengan pelbagai tuhan mereka -

cthnya demam dikaitkan dengan tuhan Febris, bau-bau busuk dikaitkan


dengan tuhan Mephitis dan peranakan wanita dikaitkan dengan tuhan
Uterina
Kepercayaan ini bagaimanapun beransur hilang dengan kedatangan
perubatan Yunani
Terdapat institusi yang mengajar perubatan di samping sistem
perubatan yang baik dengan hospital yang teratur fokus pengajaran
sahaja dan tidak titikberatkan penyelidikan
Mahaguru mereka menaruh kepercayaan penuh kepada ilmu
perubatan Galen dan tidak cuba membuat sebarang kritikan - sebab
itulah mereka tidak membuat penemuan baru.

Anda mungkin juga menyukai