Anda di halaman 1dari 7

MURTAD Banyak orang menganggap bahawa orang yang murtad itu ialah orang yang keluar dari Islam

dan mengaku menganut agama lain sahaja. Sedangkan dalam banyak hal, banyak orang menjadi murtad kerana perbuatan, tingkahlaku, kepercayaan dan sebagainya. Antara ciri orang yang tergolong dalam golongan murtad ialah: 1. Menyandarkan hukum kepada selain Allah. Barangsiapa yang bertahkim atau merujuk kepada hukum-hukum selain yang telah ditetapkan oleh Allah maka ia termasuk orang yang murtad. Kerana memang masalah hukum yang menjadi pagar kehidupan manusia tidak boleh dibiarkan begitu saja. Maka secara tegas Al-Quran menyebut: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Al-Maidah 44) 2. Kebencian terhadap hukum Islam,atau mengutamakan peraturan lain,atau menyamaratakan Islam dengan peraturan lain. Seperti perkataan seseorang, "Aku benci dengan puasa. Sebab puasa ini menyebabkan tenaga fizikal dan keupayaan kerja menurun, sehingga memerosotkan ekonomi." Atau perkataan lain, "Aku benci dengan hijab (pakaian penutup) wanita. Kerana mengurangi ruang gerak dan tidak sesuai dengan kemajuan zaman." Dan antara perkataan lain iaitu: "Dan orang-orang yang kafir maka kecelakaan bagi mereka dan Allah menyesatkan amalanamalan mereka."Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka membenci kepada apa yang diturunkan Allah (Al-Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka." (Muhammad 8-9) 3. Mengolok-olok sebahagian isi Al-Quran atau Sunnah syiar Islam. Seperti memperolokkan pembahagian harta waris yang tidak sama antara lelaki dan perempuan atau mengolokkan sunnah yang telah melarang kaum lelaki menggunakan perhiasan emas, atau mengolokan syiar Islam seperti penggunaan azan sebelum solat dan sebagainya. Allah berfirman "Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskan lah ejekkanejekanmu (terhadap Allah dan Rasul-Nya) sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti. Dan jika tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja. Katakanlah: "Apakah dengan Allah,ayat-ayat-Nya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok." "Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika kamu memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan yang lain disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa." (At-Taubah 64-66) 4. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Haram dan halal adalah ketetapan Allah dan RasulNya yang tidak ditunggangi oleh unsur-unsur nafsu. Orang yang menghalalkan sesuatu yang sudah jelas diharamkan Allah, atau sebaliknya,bererti ia melawan hukum dan syariat-Nya, lalu dengan bebas ia meletakan hukum dan syariat secara peribadi. Perbuatan seperti itu jelas perbuatan orang kafir dan orang yang tersesat. Allah berfirman: "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini" halal dan "ini" haram, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguh-nya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. Itu adalah kesenangan yang sedikit dan bagi mereka azab yang pedih" (An-Nahl:116-117) 5. Mengimami sebahagian dasar-dasar Islam dan mengingkari sebahagian yang lain. Contohnya: Orang Islam yang menyakini Islam sebahagian agama pegangan, tapi disaat ia mengingkari Islam sebagai agama yang meletakkan kaedah-kaedah hukum kehidupan atau peraturan. Atau ia menyakini Islam sebagai pegangan hidup dan disatu saat mengingkari Islam sebagai agama yang dapat mengatur politik, negara dan ekonomi. Firman Allah: "Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Taurat) dan ingkar kepada sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat." (Al-Baqarah 85) 6. Beriman kepada Al-Quran dan menolak sunnah. Padahal Al-Quran sendiri telah menegaskan bahawa beriman dan taat kepada Rasulullah SAW merupakan satu ketaatan kepada Allah. Ketaatan kepada Rasul harus meliputi segala perintah dan larangan, perkataan dan perbuatan. Firman Allah bermaksud: "Barangsiapa mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu) maka Kami tidak mengutus untuk menjadi pemeliharaan bagi mereka." (An-Nisaa':80) 7. Menjadikan orang kafir, munafik dan ateis sebagai pemimpin. Allah berfirman maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpinmu, sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin maka sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Al-Maidah 51)

8. Mengolok-olok sifat Rasulullah SAW ataupun pekerjaan baginda. Allah SWT bersabda maksudnya: "Hai orangorang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lainnya, supaya tidak hapus pahala amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedari." (AlHujurat 2)

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Wahai orang yang beriman barangsiapa diantara kamu yang murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan kepada mereka satu kaum lain yang Allah sayangi mereka dan mereka menyayangi Allah, mereka bersifat lemah lembut sesama orang yang beriman dan bersikap tegas dengan orangorang yang tidak beriman, mereka berjuang dijalan Allah tanpa rasa takut dan gerun terhadap celaan orang yang suka mencela. Itulah kelebihan Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Dan Allah Maha luas ilmu dan Maha mengetahui. (SURAH AL-MAIDAH AYAT: 54) - YB. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam Penerangan dan Dakwah Negeri Kelantan - YBrs. Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Kelantan - Yang Arif Peguam Zulkifli- selaku penceramah jemputan - Ahli-ahli Yang Berhormat - Para Alim Ulama - Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Allah kerana pagi ini kita sama-sama berkumpul didalam dewan ini dengan tujuan berbincang dan mendapat penjelasan mengenai gejala murtad yang sedang melanda umat Islam dinegara ini. Semuga dengan perbincangan dan penjelasan akan membolehkan kita mendapat kefahaman yang jelas dan terang terhadap gejala murtad yang sedang berlaku didalam negara ini. Dengan kefahaman yang jelas ini, sekurang-kurangnya akan menimbulkan rasa keinsafan dan kesedaran betapa gejala ini adalah musuh kita bersama yang perlu ditangani dengan baik dan bersungguh-sungguh. Supaya kaum keluarga dan anggota masyarakat kita tidak terjerat dengannya. Para hadirin sekelian, Pada suku yang terakhir abad yang ke.20 ini, kita dapati sebagai satu jangka masa yang memberi sinar dan harapan kepada Islam. Dimana dalam tempuh masa suku yang terakhir ini kita dapati jenerasi muda dari masyarakat melayu telah mula mendekatkan diri dengan ilmu dan kefahaman Islam yang

sebenar, kalau dalam tempuh yang sama sebelumnya adalah masa yang gemilang bagi pelbagai fahaman ciptaan manusia seperti komunis, sosialis dan nasionalis. Tetapi segala fahaman ini telah menghadapi zaman malap dan semakin hilang tempatnya didalam masyarakat dalam tempuh 25 tahun yang terakhir ini. Kehilangan mereka ini telah diambil alih oleh Islam. Oleh sebab itu dalam tempuh tersebut kita dapati kebangkitan dipelbagai peringkat masyarakat bermula dari desa dan kampung hingga ke bandar-bandar besar dan pusatpusat pendidikan tinggi telah mula menerima Islam. Mereka telah mendampingi dan mempelajari Islam serta turut terlibat didalam menyebarkan Islam kepada orang lain. Hasilnya sangat ketara sekali dimana pada hari ini secara jelas kita dapat lihat betapa ajaran Islam telah diperketatkan oleh masyarakat Melayu jauh lebih banyak dan lebih menyeluruh daripada sebelumnya. Kalau kita berjalan kemana sahaja sekarang ini kita dapati bilangan kaum wanita yang menutup aurat sudah mencapai kesuatu peratus yang begitu tinggi. Umat Islam telah mula memecahkan kepompong kefahaman Islam yang sempit kepada satu kefahaman yang lebih luas. Sebab itu pada hari ini umat Islam sudah mula pandai dan berani menuntut dan meminta daripada pihak berkuasa dinegeri mereka supaya ajaran Islam perlu dipeluaskan dalam semua kegiatan hidup bermasyarakat, berekonomi dan bernegara. Tidak sebagaimana sebelumnya yang hanya terikat kepada beberapa ibadah khusus sahaja. Fenomena ini telah mendapat perhatian dan pengamatan musuh-musuh Islam dari Timur dan Barat. Mereka telah memerhati dan memantau keadaan ini dari masa kesemasa. Akhirnya mereka telah merumuskan satu strategi bagi melemah dan menghancurkan Islam melalui pelbagai cara. Musuh-musuh Islam terdiri dari tiga pihak iaitu penjajah, orientalis dan zionis telah berkumpul dan bersatu tenaga memikir dan merancang untuk menghancurkan Islam melalui pelbagai cara dan bentuk, antaranya ialah penggunaan mediamasa internate, badan bukan kerajaan, pusat-pusat hiburan dan seumpamanya yang menjurus kearah mengajak masyarakat Islam meruntuhkan akhlak dan keperibadian Islam mereka. Generasi muda Islam secara beransur-ansur dan perlahan-lahan telah diheret melalui pengaruh media masa untuk mengamal satu budaya yang dikenali sebagai budaya serba boleh. Budaya serba boleh apabila dimasukan

didalam aspek akidah ia melahirkan golongan yang berpegang kepada tidak ada Tuhan atau tidak ada ugama yang disebut juga sebagai 'Free thinker'. Dan kalau ia dimasukan dalam aspek akhlak dan tingkahlaku, ia melahirkan budaya suka berhibur semata-mata yang dikenali juga sebagai hedonisma kedua-dua budaya ini akhirnya akan meruntuhkan sama sekali akidah Islam yang menjadi pegangan mereka sebelum ini. Para hadirin sekelian, Kita umat Islam mempunyai tanggungjawab dan kewajipan untuk menjaga dan menyelamatkan sekurang-kurangnya lima perkara yang telah diberi oleh Allah secara semula jadi kepada kita, iaitu akidah atau ugama, akal, keturunan, harta dan jiwaraga. Kelima-lima ini adalah fitrah yang ada pada setiap manusia, ia mesti dijaga dan dipertahankan, kalau tidak, kita tidak layak dipanggil manusia, ataupun kalau di panggil juga manusia, tetapi manusia tanpa kemanusiaan. Ciri-ciri kemanusiaan hanya lah ada pada manusia yang mampu mempertahankan kehormatan dan kemuliaan yang diberikan Allah kepadanya. Islam telah mengajar dan mengarahkan umat supaya kelima- lima perkara ini dijaga dan dipelihara dengan baik. Murtad adalah perbuatan meninggalkan agama yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti yang di sebut tadi, oleh kerana itu ia mesti ditentang dan dihalang supaya ia tidak berlaku. Murtad ialah satu benda buruk yang mesti dilawan, samada ia memberi kesan kepada orang lain atau tidak itu soal lain. Tetapi perbuatan murtad itu sendiri adalah satu perbuatan yang buruk yang mesti ditentang. Murtad seperti kegiatan jenayah yang lain yang mesti dibendung dan dihapuskan. Haramnya murtad seperti juga zina, begitu juga undang-undang mewajibkan pakai topi keledar. Asalnya undang-undang dibuat bagi mengelak kematian apabila berlakunya kemalangan jalanraya. Apabila undang-undang dikuatkuasa ia tetap dianggap salah jikalau tidak pakai tanpa merujuk samada berlaku kemalangan atau tidak. Begitu juga dengan arak, ia haram dan tetap haram walaupun sedikit dan tidak memabukan dan tidak mengacau orang lain. Masalah murtad adalah masalah kita bersama, ia bukan masalah peribadi orang yang murtad atau keluarganya sahaja, seperti dalam kes yang berlaku kepada Siti Aishah dan keluarga Hj.Bukhari, ia adalah masalah masyarakat dan negara umat Islam. Kegiatan murtad ini kalau dibiarkan berleluasa, ia akan menimbulkan kemurkaan Allah kepada seluruh umat manusia dari masyarakat tersebut. Sebab itu Allah menyebutkan didalam al-Quran yang dibacakan dalam mukadimah tadi. Bahawa apabila sesuatu kaum yang beriman itu murtad, maka Allah akan ganti dengan kaum yang lain, penggantinya satu kaum

dengan satu kaum yang lain bukanlah satu proses yang mudah dan senang. Ia bukanlah sahaja mengambil masa yang panjang, tetapi terpaksa mengalami penderitaan dalam kehidupan sementara untuk hilang dan lenyap dari permukaan dunia. Kalau tidak keterlaluan barangkali kita boleh ambil contoh umat Islam di Rusia. Sewaktu Rejim komunis Rusia berkuasa, kebanyakan umat Islam yang ada didalam negara mereka terpaksa murtad dan menerima fahaman kominis. Apabila rejim komunis itu runtuh dan umat Islam bangkit semula, berlakulah penghapusan etnik secara berbunuhan beramai-ramai seperti yang berlaku di Bosnia dahulu dan di Kosovo sekarang. Keadaan yang seumpama ini sudah tentu amat menyiksakan, tetapi inilah balasan Tuhan seperti yang dijanjikan melalui al-Quran. Para hadirin sekelian, Orang yang murtad pada asalnya ialah orang Islam. Mereka sudah pernah merasa nikmat beriman kepada Allah, mereka sudah dapat nikmat hidup bermasyarakat, berumahtangga dan nikmat daripada halal haram yang telah diamalkan oleh Islam. Oleh sebab itu apabila mereka masih lagi memilih untuk murtad walaupun sudah faham dan beramal dengan Islam, ini menunjukan bahawa kejahatan dan kebuasan nafsu dalam diri mereka sangat kuat. Oleh hal yang demikian golongan seperti ini patut sangat di hukum dengan hukuman yang berat seperti dibunuh. Ini berlainan sekali dengan orang yang belum beriman. Mereka tidak boleh di hukum dengan keras sebagaimana yang dikenakan keatas orang murtad. Bahkan mereka perlu dipujuk, dibuat baik dan dinasihat supaya menerima Islam kalau mereka tidak mahu menerimanya hukuman tidak boleh dikenakan keatas mereka sewenang-wenangnya. Hal ini sama dengan orang yang berzina. Hukuman ke atas orang yang berzina yang sudah kahwin yang disebut muhsin. Hukumannya lebih berat berbanding dengan penzina yang tidak muhsin. Para hadirin sekelian, Dalam kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang. Ada orang bimbang bahawa kegawatan ini boleh menyebabkan manusia menjadi miskin. Dan dengan kemiskinan tersebut boleh menjadikan manusia murtad kerana ada hadis yang bermaksud, akan tetapi kita tidak harus lupa kekayaan ini kadang-kadang menyebabkan kita menjadi taghut. Ini bermakna bahawa murtad ini adalah satu gejala yang boleh berlaku samada dalam keadaan kita senang ataupun kita susah. Apa yang penting kepada kita bukanlah kekayaan

dan kemiskinan. Sebaliknya adalah tanggung jawab kita untuk menjaga dan membendung sebarang anasir yang boleh membawa kepada merebaknya gejala tersebut. Antara tindakan yang patut diambil ialah mempertegakan hukuman yang telah ditentukan oleh Islam terhadap sesiapa sahaja yang terlibat dengan gejala ini. Sementara api murtad itu masih kecil dan masih mudah untuk dipadamkan, maka kita tidak boleh boleh lagi berdolak dalik dan bermain-main denganya, kalau tidak apabila sudah menjadi besar, sudah tentu kita tidak ada kemampuan lagi untuk mengatasinya. Kita sepatutnya mengambil pengajaran dari peristiwa-peristiwa dan kesilapankesilapan yang lalu. Diwaktu umat Islam masih banyak bilangan dinegara ini, kedudukan Islam dan perundangan kita buat sambil lewa sahaja, apakah soal dalam murtad ini sikap yang se demikian hendak kita lakukan? Oleh hal yang demikian seluruh umat Islam di negara ini hendaklah mengambil bahagian dan memainkan peranan supaya kita benar-benar mampu menjadi tenaga penggerak agar gejala murtad ini benar-benar diambil perhatian dan tindakan undang-undang yang sewajarnya seperti yang diajar adalah kejayaan Islam dan kegagalannya pula adalah satu bencana kepada umat Islam di negara ini. Sementara masa dan waktu masih ada, dan Allah memberi peluang ini sepenuhnya semuga kita tidak termasuk didalam golongan yang dimurkai olehNya. Petikan Ucapan Tuan Guru Dato Hj. Nik Aziz Nik Mat 31 September, 1998

Cir-ciri orang Murtad menurut Ahlussunnah Waljamaah


Rate This Murtad ialah seorang Mukmin yang menjadi Kafir dengan meyakinin, meragukan, menghalalkan atau mengharamkan salah satu dari pada kesepakatan para Ulama. Adapun ciri-ciri orang murtad atau sebab-sebab seseorang menjadi murtad, ulama telah membahasnya. inilah point-point seseorang bisa di katakan Murtad. :

1. Syak (ragu) kepada Allah. 2. Syak (ragu) kepada kerasulan nabi Muhammad anak Abdullah ibunya Aminah. 3. Syak (ragu) kepada Alquran,meragukan bahawa Alquran itu wahyu dari Allah. 4. Syak (ragu) bahwa akan ada hari Qiamat, hari akhir, Syurga dan Neraka dan lain-lain sebagainya. 5. Syak (ragu) bahwa Nabi Muhammad itu Isra dan Mikraj dengan ruh dan tubuh. 6. Mengiktiqatkan bahwa Allah tidak mempunyai sifat, seperti ilmu, Hayat, Baqa, qidam dan lainlainnya. 7. Mengiktiqatkan bahwa Allah bertubuh seperti manusia. 8. Menghalalkan perbuatan yang haram yang Ulama telah sepakat tentang keharamannya,seperti, di halalkannya zina, membunuh, dan berhenti puasa. 9. Mengharamkan perbuatan yang Ulama telah sepakat tentang kebolehannya,seperti kawin haram, jual beli haram makan minum, dan sebagainya. 10. Meniadakan atau mengharamkan yang Ulama telah sepakat atas kewajibannya, seperti Shalat, Zakat, Haji, dan lain-lainnya. 11. Mengingkari keSahabatan Nabi yang paling utama, seperti Saidina Abu Bakar, Sidina Umar, dan lain-lainnya. 12. Mengingkari sepotong ayat atau keseluruhannya, atau menambah sepotong ayat atau seluruhnya dari Alquran dengan tujuan menjadi ia tambahan Alquran. 13. Mengingkari salah satu dari Rasul yang 25 dan Rasul yang telah sepakat para Ulama sekalian. 14. Mendustakan Para Rasulullah 15. Mengiktiqatkan adanya Nabi setelah Nabi Muhammad anak Abdullah, ber Ibukan Aminah. 16. Mendakwakan dirinya jadi Nabi atau Rasul setelah Nabi Muhammad anak Abdullah, ber Ibukan Aminah. Semoga kita dapat menjaga akan iktiqat kita supaya kita tidak terjerumus kelembah kemurtatan,hanya ini yang dapat saya tuliskan semoga bermanfaat untuk saya pribadi dan untuk para pembaca sekalian,semoga allah memberi kita taufiq dan hidayahnya dan di masukinya kita dalam syurga firdaus.amiin yarabbalalamiin. tulisan ini yang saya kutib dari seorang tokoh ulama ahlussunnah waljamaah yaitu K.H. Sirajuddin Abbas. semoga Allah menempatkan beliu di akhirat dengan tempat sebaik-baiknya. amiin.

Anda mungkin juga menyukai